haa.. teman nak share lagi satu ni ha.. Sabun Eumora yang rasanya ada yang tahu harganya camne kan.. teman just request sampel aje.. rasanya sebulan yang lepas teman isi form.. semalam (30/10/2014) baru sampai barangnya.. mula2 fikir takkan dapat sabun ni.. yelah sebab jauh di sana.. Singapore kot.. mungkin hilang di perjalanan ke mana tau kan.. so, teman abaikan aje.. tengok2 semalam sampai plak sabun ni.. heee.. rasa nak try tapi risau plak sebab muka tengah berjerawat ni.. maybe teman simpan dulu, nanti kalau muka dah tak imun dengan sabun yang sekarang ni (Al-Razi) teman try la yang ni.. hehehehehe.. So, tak dapat nak bua review buat masa ni yea.. dah guna nanti baru teman up entri review nya.. tQ.. =)
Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger
Featured Posts
31 Oktober 2014
Mini Giveaway Tengkubutang bersama Embun Beauty House TAMAT
Posted on Oktober 31, 2014 by Tengkubutang
Mini Giveaway Tengkubutang bersama Embun Beauty House
Link Entri Giveaway --> Mini GA Tengkubutang bersama Embun Beauty House
TAMAT
Terima kasih kepada yang sudi menyertai Giveaway yang simple ini, semoga korang semua dimurahkan rezeki dari Allah.. Senarai peserta akan teman up kan insyaAllah malam ni atau esok.. nanti korang bolehlah check url blog korang tersenarai ke tak.. kalau tertinggal ke apa.. sila pm teman di Tengkubutang Miaw yea.. tQ..
30 Oktober 2014
Nestle NAN Grow 3 Free Sample | mesti cuba!
Posted on Oktober 30, 2014 by Tengkubutang
Nestle kini sedang baik hati memberi sampel Percuma Makanan Pepejal Nestle NAN Grow 3.. Nak SAMPLE PERCUMA?? haa.. sila scroll bawah sekali yea.. klik link kat situ.. tQ.. |
Untuk ibu-ibu.. nak cuba Sampel FREE percuma untuk anak-anak? boleh try ni.. manalah tau kan kot ada ibu-ibu yang masih tercari-cari susu formula yang sesuai untuk anak-anak korang kan.. meh sini try sampel dulu.. kalau anak-anak suka, boleh try beli yang beso punyaaa.. heeee... jom baca deskrepsi nya dulu yea.. info kena juga amik tau sebelum guna/beli kan!
Dengan 100 juta Bifidus BL Probistics, anak anda boleh menjadi SUPER! Nestle NAN Grow 3 dan NAN Kid 4 diformulasikan susu tepung untuk anak anda. Ia mempunyai kombinasi unik PRO GROW nutrien, termasuk BL BIFIDUS- Sebuah bakteria aktif yang telah terbukti secara saintifik manfaat
Mengenai Nestle NAN Grow3 dan NAN Kid 4
NAN Grow 3 dan NAN Kid 4 diformulasikan susu tepung untuk anak anda. Ia mempunyai kombinasi unik PRO GROW nutrien, yang ..
BL BIFIDUS- Sebuah bakteria aktif yang telah terbukti secara saintifik manfaat
OPTIPRO- protein berkualiti tinggi yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan
LIPID SMART - A baik dan unik dengan campuran lemak tepu dan tak tepu asid lemak
DHA dan ARA - komponen penting dari sel otak
Terma dan Syarat
NAN Grow 3 - Untuk kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas
NAN Kid 4 - Bagi kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas
Cepatttttt!!!! Sampel Terhad kepada 5,000 bungkus NAN Grow 3.
Sekarang si manja anda berusia 6 bulan, ia menjadi lebih aktif kerana ia meneroka sekelilingnya. Dia menemukan hiburan yang besar dalam meraih pada apa-apa yang menarik dia, bahkan rambut anda!
Berkhasiat, ini adalah masa yang penting juga. Pelbagai makanan pertama yang lembut akan mendorong anak anda untuk bergerak dari susu hanya diet. Ia akan menjadi masa yang menarik untuk berdua, tetapi jangan terkejut jika sudu pertama berakhir di lantai!
Nak Sampel Percuma??
Klik sini ---> Nestle NAN Grow 3 Sampel
CETAPHIL PRODUK TERBAIK!!
Posted on Oktober 30, 2014 by Tengkubutang
Haaa.. nak FREE sample lagi tak? Hee.. Sila Scroll bawah sekali untuk pergi ke link Sample FREE tu yea.. Tapi.. kalau rajin.. bacalah dulu tentang produk yang teman nak share ni.. heee.. baca.. baca tau!
heee.. meh teman share lagi satu produk yang sedang ada Giveaway sekarang.. iaitu Cetaphil Cleanser ni.. Mungkin ada yang tak pernah guna lagi, tapi teman pernah dah guna.. biasalah.. orang yang pernah hadapi masalah kulit muka berjerawat dan bermasalah pasti akan guna produk ni sekali dua untuk memperbaiki balik kulit yang degil nak kembali ke asalnya..
heee.. meh teman share lagi satu produk yang sedang ada Giveaway sekarang.. iaitu Cetaphil Cleanser ni.. Mungkin ada yang tak pernah guna lagi, tapi teman pernah dah guna.. biasalah.. orang yang pernah hadapi masalah kulit muka berjerawat dan bermasalah pasti akan guna produk ni sekali dua untuk memperbaiki balik kulit yang degil nak kembali ke asalnya..
Yelah.. korang udah bantai pakai macam-macam produk.. kulit pun dah tak imun dengan apa2 produk dah.. tanggunglah dek badan yoo..
So, kalau muka takdak masalah.. janganlah cuba-cuba nak try produk sembarangan yea.. apa-apa pun, ikut nasihat doktor dulu kalau nak cuba apa2 produk okeh..
Haa.. tapi.. yang Cetaphil ni Ok sangat2 tau.. takde bahan2 yang merosakkan kulit.. mencantik dan memperbaiki kulit adalah..
haa.. ciri-ciri produk ini ialah Ia sejenis soap-free facial wash. Which mean it’s good for sensitive skin.
Mula-mula pakai memang tak selesa sebab pencuci muka Cetaphil ni macam terlalu jernih dan cair. Jadi bila rub pada memang wajah tak banyak keluar buih pun.
Setengah orang akan rasa macam tak bersih je cuci muka.pakai sabun tak berbuih kan. Tapi jangan le korang risau, abaikan perasaan rasa tak bersih tu.. yang benonya produk yang kurang buih tu lah yang seeloknya kita guna yea..
Terbaik Cetaphil ni tau sebab tak perlu letak banyak-banyak. sikit je pun dah OK.. Berdasarkan pengalaman pakai ia memang berkesan, kulit muka rasa tak kering dan tak berminyak, rasa sedang-sedang je. Jerawat pun jarang keluar.
Terbaik Cetaphil ni tau sebab tak perlu letak banyak-banyak. sikit je pun dah OK.. Berdasarkan pengalaman pakai ia memang berkesan, kulit muka rasa tak kering dan tak berminyak, rasa sedang-sedang je. Jerawat pun jarang keluar.
Pencuci muka ni boleh didapati di Guardian. Ada pelbagai jenis produk Cetaphil dengan harga berbeza, untuk kulit berminyak sebotol 250ml berharga lebih kurang RM56. Kalau jenis mild lebih kurang RM26-28 rasanya. Boleh tahan sebulan kalau pakai jimat-jimat.
Mendapatkan hal yang hakiki yang benar, tidak kira jenis kulit anda.
Cetaphil untuk membersihkan kulit adalah salah satu langkah yang paling penting jika kita mahu mengekalkan kulit yang sihat dan awet muda . Pembersihan yang efektif benar-benar dapat meningkatkan kualiti kulit kita dan meningkatkan kecantikan kulit .
Cetaphil ringan, tidak menyebabkan iritasi , sabun bebas dan Wangian percuma. Ia bilasan dengan mudah, menjaga kulit bersih dan terhidrasi.
Moisturizing - Cetaphil membantu memulihkan halangan perlindungan semula jadi kulit .
Gunakan Cetaphil DailyAdvance Ultra Hydrating Lotion- yang tidak berminyak , pewangi percuma, bukan komedogenik pelembap - untuk hidrat dan melembutkan kulit.
kita perlu untuk melindungi kulit setiap hari. Sangat penting untuk melindungi kulit dari paparan sinar UV setiap hari.
Gunakan Cetaphil SPF 50 + / 28 UVA - wangian percuma, tempat tidur tidak menimbulkan alahan , spektrum luas pelindung matahari untuk muka anda dan perlindungan badan.
Facebook Cetaphil Malaysia (Link)
Tips Menghilangkan Jerawat
1) JANGAN picit jerawat! pernah dengar tak orang cakap kalau jerawat dah MASAK, boleh picit bagi keluar nanah dia tu.. hok laaa.. mana ada macam tuuuu.. JANGAN!! tunggu je dia surut sendiri atau pakai gel untuk kecutkan jerawat.. tapi JANGANNN! JANGAN PICIT JERAWAT!!! kalau tak.. jadilah macam teman ni.. kesan parut kerana degil nak jugak picit jerawat!! Erghh..,
2) Setiap kali selepas cuci muka, gunakan tuala yang kering dan bersih untuk lap air pada muka. Jangan biarkan ia kering sendiri. Dan paling penting Asingkan tuala muka dan tuala badan.
3) Biasakan untuk tidak meraba-raba wajah dengan tangan yang kotor. Yang ini serius penting. Orang kata, jerawat ni, kalau kita asik belai2 (pegang), lama2 dia akan membesar bagai johan! ha2..
4) Berhentikan pemakaian make-up buat sementara waktu atau sebaik-baiknya berhenti terus. Kecuali bagi eyeliner, lipstick, atau eyeshadow..itu tak apa.. kalau nak pakai juga pastikan produk bebas minyak. Huk2.. teman bila naik jerawat ni.. susah ahti kot nak gi koje dengan muka yang berparut n berjerawat, terpaksa tampal dengan bedak gak.. tapi, cara tu akan membuatkan kulit bertambah teruk.. jerawat semakin membesar sebab liang roma muak terseumbat lagi.. aiyooo..
5) Gunakan pencuci muka yang lembut dan bebas minyak, sebaik-baiknya yang dikhaskan untuk kulit sensitive.
6) Cuci muka setiap kali sebelum tidur dan tukar sarung bantal sekurang-kurangnya seminggu sekali.
7) Setiap kali sapu ubat jenis krim pada wajah pastikan ia meresap sampai habis.
8) Banyakkan minum air masak dan makan sayur-sayuran. Elakkan makanan yang berminyak terutama yang ada alahan.
9) Gunakan tangan berbanding span untuk mencuci muka.
10) kalau dah berjumpa produk yang sesuai, teruskan guna produk tersebut dan jangan tukar
NAK FREE SAMPLE???
Klik sini---> Free Sample Giveaway - Cetaphil
Mini Giveaway Tengkubutang bersama Embun Beauty House
Posted on Oktober 30, 2014 by Tengkubutang
= COPY BANNER INI DAN PASTE KAN DI ENTRI PENYERTAAN =
( Jangan lupa LINK kan ke entri Giveaway ini...)
Hehehehehe.. Seperti yang teman telah war-war kan di Facebook sebelum ini, Giveaway yang dimaksudkan kini telah tiba dan dengan sukacita teman bagi pihak Butik Online Embun Beauty House melancarkan Giveaway ini bermula 2/10/2014 dan akan berakhir pada 30/10/2014 .. Syarat2nya amat mudah.. ikuti sahaja arahan2 dibawah ini.. Selamat Maju Jaya! =)
Buat satu entri bertajuk :
Mini Giveaway Tengkubutang bersama Embun Beauty House
Like Page Embun Beauty House..
(like terkini 533)
(like terkini 533)
Like Page TeNgkuButang
(Like terkini 1428)
(Like terkini 1428)
Follow Instagram Tengkubutang
(Follower Terkini : 1279)
(Follower Terkini : 1279)
Follow Twitter Tengkubutang
(follower Terkini : 783)
(follower Terkini : 783)
Follow TengkuButang Miaw & Embun Eiza untuk mudah mengetahui status Giveaway
daN Pengumuman pemenang nanti..
Tinggalkan link penyertaan korang di ....SINI
Pemilihan Pemenang Adalah secara Random.org ...
HADIAH-HADIAH ADALAH SEPERTI BERIKUT :
Pemilihan Pemenang Adalah secara Random.org ...
HADIAH-HADIAH ADALAH SEPERTI BERIKUT :
NO.1
Jam Hiasan
Jam Hiasan
NO.2
1 Paket Coklat Daim
1 Paket Coklat Daim
N0.3
Bawal Cantum
Bawal Cantum
NO.4
Bawal Channel
Bawal Channel
NO.5
Bawal Rose Ayu
NO.6
Keychain Comel untuk 2 pemenang
29 Oktober 2014
Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih
Posted on Oktober 29, 2014 by Tengkubutang
As-salam
Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%.
Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale.
Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat
11/11 Lazada Malaysia (link)
Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !!
Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .
PETUA NENEK MENGHALAU LIPAS!
Posted on Oktober 29, 2014 by Tengkubutang
Petua Nenek : Ketahui Petua Menghalau Lipas Di Rumah
Lipas merupakan serangga yang di katakan ramai yang tidak mengemarinya. Jom ketahui petua halau lipas dari rumah kita.
Lipas, salah satu binatang yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Tahukan korang, jika binatang ini dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas.
Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.
Anda tidak percaya! Ia boleh dibuktikan melalui kaedah ini dengan cara meletakkan isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin dan anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang meronta-ronta mencari tempat baru.
Sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka. Nak tahu petua untuk menghalau lipas di dapur atau ruang tamu? Jom ketahuinya!
1. Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.
2. Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
3. Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.
4. Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
5. Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.
6. Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.
HiSHOP - Untuk Mereka Yang Suka Shopping Online!
Posted on Oktober 29, 2014 by Tengkubutang
Nak shopping Online?? haaa klik sini --> HiSHOP |
Perghh,, ada bermacam-macam alat makeup dan pelbagai barangan yang kita boleh dapat di online shope HiSHOP ni tauu.. malah, harganya berpatutan sungguh.. pulak tu.. kalau buat belian melebihi RM50, free postage tauuu.. untung giler.. produk-produk pun semua bagus-bagus.. ramai dah membeli di HiSHOP ni.. dari komen-komen mengatakan sistem penghantaran pun cekap dan balutan juga kemas..
Opss.. jap.. jap.. laaa.. boleh bayar COD rupanyaaa.. (Cash On Delivery), haa.. lagi mudah! Tu ada RM20 Voucher kalau korang Subscribe dengan HiSHOP, haa.. so, sape-sape yang suka memanjakan diri dengan alat makeup dan produk-produk untuk kecantikan ni.. silalah subscribe atau jenguk-jenguk dulu HiSHOP ni yea.. manalah tau banyak yang terbekenan dihati.. heeee.. Opsss.. pastikan duit dalam bank banyak tauuu.. kih3..
Opss.. jap.. jap.. laaa.. boleh bayar COD rupanyaaa.. (Cash On Delivery), haa.. lagi mudah! Tu ada RM20 Voucher kalau korang Subscribe dengan HiSHOP, haa.. so, sape-sape yang suka memanjakan diri dengan alat makeup dan produk-produk untuk kecantikan ni.. silalah subscribe atau jenguk-jenguk dulu HiSHOP ni yea.. manalah tau banyak yang terbekenan dihati.. heeee.. Opsss.. pastikan duit dalam bank banyak tauuu.. kih3..
Haa.. minyak wangi untuk lelaki dan perempuan pun ada weh.. eh eh ada minyak wangi miawwww..!
Nak shopping Online?? haaa klik sini --> HiSHOP
MOTO GP 2014 | AKSI STUNT AARON TWITE
Posted on Oktober 29, 2014 by Tengkubutang
Beberapa minit sebelum Show untuk Moto GP berlansung hari tu, kami disajikan dengan Aksi stunt / freestyler dari Aaron Twite, berusia 32 tahun yang berasal dari Atlanta , Georgia yang menjuarai pelbagai pertandingan stuntwars dunia .
Pelbagai aksi beliau lakukan sehingga mendapat tepukan gemuruh daripada semua penonton di situ.. heee... teman risau je dia tergolek.. sebab masa tu tak kenal pun sape dia.. ingatkan amatur ke kan.. rupa2nya import dari USA tuu.. heee.. sekarang udah tau le.. lupa lak.. kat Malaysia ni pun ada gak tau Freestyler kita sendiri..
Aaron Twite
Nak tengok Aksi Aaron Twite semasa Moto GP 2014 hari tu? meh tengok kat video bawah ni..
yang ni hubby teman yang amikkan video ni.. terbaekkk... jom tengok...
Tangan Kreatif Hasilkan Patung Gergasi Hulk
Posted on Oktober 29, 2014 by Tengkubutang
Hebat! Sangat-sangat kreatif betul tangan-tangan yang menghasilkan patung gergasi HULK ini yang hanya menggunakan besi terpakai... ini kalau terserempak dalam gelap di tengah-tengah malam.. disurami dengan bulan mengambang.. harus terkejut berok ni... dah le besor gedabak, pastu muka ropa tu pulak.. memang terkucil kawan menengoknya.. kih kih kih.. bagaimana pun teman bagi 5 bintang untuk tangan-tangan yang kreatif menghasilkan sesuatu yang Unik seperti ini.. Thumbs Up!
27 Oktober 2014
Moto GP 2014 | Hafiz Syahrin Terbabas
Posted on Oktober 27, 2014 by Tengkubutang
PELUMBA Moto2 Pasukan Petronas Raceline Malaysia,
Hafizh Syahrin beraksi di perlumbaan Shell Advance Malaysian Motorcycle Grand Prix 2014
di Litar Antarabangsa Sepang semalam.. |
Adoiii Hafiz Syahrin...
Start No 18 --> No 5 --> No 9 --> Terbabas
Apa2 pn tahniah Hafiz.. Terbaikkkkk
Hoh.. Dah start dah nak citer pasal MotoGP ni ha.. hee.. citer sikit2 dulu yea.. hee.. Antara pelumba yang teman paling nak tengok masa datang Moto GP ni ialah Hafiz Syahrin, Rossi dan Ramdan Rosli (sebab teman nak tengok camne orangnya.. heee..) Zulfahme pun teman nak nengok gak.. tapi antara semua, teman paling nak tengok Rossi dan Hafiz Syahrin..
Semalam, perlumbaan lain teman tak berapa nak feel sebab tak kenal sape pelumbanya.. perlumbaan yang 1st tu.. Rocky Racer.. untuk pelumba yang cilik.. kecik2 je budak yang bawak motor tu tauu..
alalala.. comey2 belako.. tapi teman idak lea reti nak nengok sape pilihan hati.. sebab tak kenal lagi pelumbanya.. semua pakai helmet sama, jaket pun smaa.. motor pun sama.. yang membezakan hanya nombor pada motor masing2.. apa-apa pun, tahniah! semoga bakal menjadi pelapis untuk rider Malaysia akan datang yea.,.
Haa.. untuk yang kedua punya perlumbaan.. Moto3.. Efren Vazques menoktahkan saingan perlumbaan di tempat pertama, diikuti oleh Jack Miller dan Alex Rins ditempat ketiga selepas aksi yang cukup mendebarkan semalam.
Walaupun pelumba harapan negara Zulfahmi masih belum berupaya bersaing di kelompok hadapan dan tidak dapat menamatkan perlumbaan, namun Hafiq Azmi sedikit mengubati kekecewaan dengan keputusan yang agak cemerlang dengan menamatkan saingan di tempat ke 13.
Haa.. bila tiba time Moto2, teman dah rasa bersemangat lak, memang time tu tak sabar nak tengok aksi Hafiz Syahrin.. dan suka gak tengok telatah Hafiz yang ala-ala Rossi gitu.. tak sombong dan ceria budaknya.. eh.. budak lak.. orangnyaaa.. heee... tapi.. itulah.. nak buat camne.. kali ni bukan rezeki Hafiz.. rasnaya kalau tak kerana terjatuh gerenti Hafiz boleh potng lagi tu.. teman yakin atas kewibawaan Hafiz.. memang boleh pecut .. takpe Hafiz, jangan putus asa, next time boleh try lagi.. Ho.. apa2 pun.. tahniah buat pemenang untuk kategori Moto2.. Jom ikuti ulasa berita dari BH onlien ni..
SEPANG: Kejutan yang ditampilkan di awal perlumbaan Moto2 di Litar Antarabangsa Sepang gagal diteruskan Hafizh Syahrin Abdullah apabila gagal menamatkan perlumbaan di Grand Prix Motosikal Malaysia selepas terjatuh ketika perlumbaan berbaki sembilan pusingan.
Bermula di petak ke-18, Hafizh yang berlumba bersama pasukan PETRONAS Raceline Malaysia membuat kejutan di awal perlumbaan apabila memanfaat sepenuhnya kekalutan untuk berada di kedudukan kelima pada satu ketika.
Sekalipun cuba kekal di kelompok depan, jelas pengalaman tidak memihak pelumba berusia 20 tahun itu yang tergelincir ketika berada di kedudukan kesembilan sebelum terjatuh pada selekoh ke-15 menyaksikan harapannya untuk mengutip mata di laman sendiri, terkubur.
"Tidak ada kesilapan besar yang saya lakukan dan mungkin cuma nasib tidak menyebelahi saya," kata Hafizh mengulas mengenai insiden itu.
"Ketika itu, saya cuba mengikuti belakang (Thomas) Luthi namun disebabkan saya terlebih laju menyebabkan saya terjatuh.
"Ini kali pertama saya berlumba di kelompok depan dalam Moto2 seperti ini jadi ia satu pengajaran yang baik buat saya terutama bagi menghadapi musim depan.
"Saya berharap semua peminat tidak putus harapan terhadap saya dan terus menyokong selain memberi semangat kepada saya," katanya.
Dalam pada itu, seorang lagi penunggang negara di Moto2, Azlan Shah Kamaruzaman (Idemitsu Honda Asia) menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-20 sekali gus pelumba terbaik Asia yang menamatkan perlumbaan di Sepang.
Pelumba Sepanyol, Maverick Vinales menamatkan perlumbaan Moto2 di Sepang selaku juara diikuti pelumba Marc VDS, Mika Kallio dan rakan sepasukannya, Esteve Rabat.
Sekalipun menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga, ia hari yang dianggap istimewa buat Rabat apabila posisi itu sudah cukup untuk mengesahkan kejuaraan dunia Moto2, musim ini.
Buat Pelumba Motor GP .. Tahniah buat semua.. terutama buah hatiku Rossi.. sejak masuk balik team Yamaha ni, terkeluar balik taring dia.. tak seperti semasa bersama team Ducati.. asyik terbolos ke belakang ajo.. hihihi,.. Lorenzo pun OK.. dari dulu maintain 1,2,3 .. bagusss.. hee.. apap2 pun.. Race is over!
Tahniah buat Marc Marquez yang menamatkan perlumbaan podium 1. Walau bagaimanapun, Rossi tidak mengecewakan teman apabila dia berjaya meraih podium dikedudukan ke 2. Yeayyy!!! Lorenzo pula dapat tempat ke 3. Perlumbaan yang sempurna walaupun ketiadaan Dani Pedrosa!
Note : apa2 pun.. teman bverpuashati dengan perlumbaan kali ni... meriah kot.. ramai giler kali ni.. penuh stadium tu.. tambah kat tempat kami lepak tu, sampai berhimpit time waktu kemuncak.. adoiyaii.. panas kot.. sampai migrain n penign2 teman dibuatnya.. hubby siap tanya lagi.. "tahun depan nak gi lagi takk?" ha2.. masa tu takleh nak jawab.. bila dah sampai umah n dah OK teman jawab.. "Mestilah Naaaakkkk".. kekekekeke.. tak serik lagi tuuu..
Note : apa2 pun.. teman bverpuashati dengan perlumbaan kali ni... meriah kot.. ramai giler kali ni.. penuh stadium tu.. tambah kat tempat kami lepak tu, sampai berhimpit time waktu kemuncak.. adoiyaii.. panas kot.. sampai migrain n penign2 teman dibuatnya.. hubby siap tanya lagi.. "tahun depan nak gi lagi takk?" ha2.. masa tu takleh nak jawab.. bila dah sampai umah n dah OK teman jawab.. "Mestilah Naaaakkkk".. kekekekeke.. tak serik lagi tuuu..
AMALAN-AMALAN SUNAT DI BULAN MUHARAM
Posted on Oktober 27, 2014 by Tengkubutang
AMALAN-AMALAN SUNAT
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
- Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
- Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
- Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
- Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Empat Belas Perkara Sunat dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharam) :
- Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
- Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
- Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
- Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
- Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
- Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
- Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
- Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
- Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
- Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
26 Oktober 2014
Moto GP 2014 | Harga Tiket
Posted on Oktober 26, 2014 by Tengkubutang
haii.. Tak nyempat2 tunggu esok. Saja nak up lagi satu entri pasal MotoGP tadi..
Teman tau.. Dalam list rakan Blogger ada berapa kerat je yang punya minat yang sama dengan teman.. Suka tengok racing motor.. So, teman leh agak mesti tak ramai yang akan komen kat entri ini.. Kecuali blogger Abby yang memang terlibat secara lansung gak main motor dan join konvoi.. Ye tak Abby.. Heee..
So, disebabkan nak jadikan kenangan dalam hidup.. Teman buatlah entri gambo tiket moto GP ni yea.. Kalau korang nak tau, teman dan hubby miaw gi motoGP dengan team Kawasaki.. Beli tiket rm200 untuk 2 orang.. Kalau beli kat luar..mahal.. Rm400 untuk 2 orang.. Tempat yang kami dapat ialah Grand Stand.. Ehehehe.. Saja gatai cari tempat setentang dengan pondok hafiz Syahrin.. Leh babai2 hafiz yang tak sombong tu..
Hahh.. Sape tu bisik2 kata teman membazir? Ho.. Maaflah yea.. Kalau korang nak tahu, bagi korang memang le mahal.. Dan bagi kami pun.. Memang rasa macam mahal.. Tapi.. Bila tengok pakej yang team Kawasaki beri iaitu parking disediakan.. Breakfirst (nasi lemak) dan lunch meal(kfc) disediakan.. Dapat t.shirt lagi.. So.. Kami rasa ia berpatutan dengan rm100 tu..
Lagipun teman dan hubby ada Tujuan lain untuk ke MotoGP tu.. Bukan sekadar hiburkan hati aje tau.. Heee.. Kami kesana kerana ingin mencari supplier2 baru untuk beberapa produk.. Kalau ok.. Kami nak sangat kembangkan bisnes kami tu dengan memasarkan barangan mereka juga..
Note: Teman anggap event ke MotoGP ini sebagai reward kepada diri sendiri setelah berhempas pulas dengan kerja setiap hari tanpa pernah cuti.. (Kecuali cuti raya).. Maka bagi teman.. Enjoy saja untuk hari2 yang kita diberi reward! Ehehehe
Langgan:
Catatan (Atom)