Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

14 November 2014

RESEPI IBU DALAM PANTANG | BERSALIN NORMAL/CAESAREAN

= Sharing Is Caring = |
17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan
Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.
1. Ikan Masin Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam
Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati
2. Ikan Tenggiri Kering
Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris
Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas
3. Sambal Tok-tok Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam
Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas
4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa
Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula
Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.
5. Ikan Bilis Goreng Aroma
Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak
Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan
6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin
Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu
Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.
7. Pegaga Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam
Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.
8. Hati Masak Limau Purut
Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis
Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.
9. Hati Goreng Lada
Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan
Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang
10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam
Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)
Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa
11. Sambal Tok-tok
Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang
Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.
12. Daging Goreng Halia
Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.
Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.
13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)
Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa
Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.
14. Ayam Panggang Selera Pantang
Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air
Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.
15. Ayam Percik Chinese Style
Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit
Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)
Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.
16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)
Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah
Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.
17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).
Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah
Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.
Semoga dapat membantu dan semoga bermanfaat, 

kredit  to : Rumahtangga Harmoni Keluarga Bahagia

13 November 2014

RESEPI KUIH KERIA



RESEPI KUIH KERIA


BAHAN-BAHAN:
👉200 gram Keledek
👉80 gram Tepung Gandum
👉Gula
👉Secubit garam
👉6 sudu besar air

CARA-CARA:
Kupas keledek,rebus selama 10-15 minit sehingga keledek lembut.
Lecekkan keledek sehingga halus dan masukkan garam.
Tunggu keledek lecek sejuk sehingga suhu bilik.
Tambahkan tepung gandum pada keledek lecek dan gaul rata.
Bentuk doh seperti donat
Goreng doh sehingga terapung.Ketepikan sehingga sejuk.
Dalam kuali yang bersih, panaskan gula dan air pada api sederhana.
Setelah berkaramel, matikan api dan masukkan kuih keria ke dalam gula dan gaul supaya gula melekat...siap..




12 November 2014

Benda Biasa Bagi Suami | Benda Biasa Jadi Kat Kaum Ibu

Haha.. bila tengok gambar kartun ni, teman rasa nak tergelak aje.. tapi yang sebenarnya kalau ia berlaku kepada kita juga.. tension jugak weh.. yang si ibu bertungkus lumus menyiapkan anak-anak... si bapa nya taknak tolong pulak tu, tau uruskan diri sendiri aje, kesian bini kelam kabut melayan karenah anak-anak seorang diri.. 

Bila dah selesai bab anak barulah dapat siapkan diri sendiri.. dan bila tengah siapkan diri.. si bapa lak buat ayat Epic macam kat atas tu.... Grrrrrrrrrr.. baran je si bini tu kan.. hahahahaha.. hope time teman nanti.. kalau dah ada anak, encik hubby sama-samalah bantu yea.. 

11 November 2014

APA PERLU BUAT JIKA ANAK DEMAM

 Sharing Is Caring..  from Facebook Tips Wanita & Info Keluarga |
PETUA DARI SEORANG IBU JIKA ANAK DEMAM.
Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
• Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.
• Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)
• Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
• Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ….
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.
Dah baca tlg share tau…maklumat ni mungkin membantu ibu yg lain…

10 November 2014

Review : Sabun Al-Razi Serasi Denganku... Terbaekkk!!

REVIEW Sabun Al-Razi ---> Sabun Al-Razi Best!! |
Untuk Order :
pm FanPage ===> Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. rezeki lagi nih.. heee.. dapat Sabun Al-Razi dari Embun Beauty House.. Memang sedang dalam proses nak membeli sabun Al-Razi pun, sebab sabun teman dah tertinggal kat kg masa Hari Raya Haji hari tu.. sedih betuii.. baru je buka sabun tu.. alahai.. sayang aje tertinggal kat kg.. takpelah.. balik kg nanti leh amik.. hu3.. hope sabun tu tertutup rapat laa.. kalau terbuka kang takut masuk menda2 lain lak.. ulat ke.. hu3..
Sabun ni memang sesuai dengan teman yang mana selalu sangat bermasalah, kadang berminyak terlebih, kadang kusam, kadang berjerawat sampai jerawat batu bapak beso nya tumbuh berkoyan2 kat muka ni.. Haa.. yang dalam gambo atas tu muka teman sekarang.. Semua kerana teman pi makan suplemen jenis herba (teman tak sesuai produk berupa herba sebab panas kot) Tu yang jadi berjerawat muka ni.. kalau jerawat kecik2 takpe.. ni jerawat beso2 kottt... sakit lak tu.. huwarggghhh.. tensionnn!! sekali lupa diri jap, tangan pi picit plak jerawat tu.. haiyooo.. jadi lebam sudaa.. korang jangan tiru aksi ini tau!!

hemm.. taktau nak kata apa dah.. tension dan sedih weh.. kalau dok umah je takde lea teman nak heran sangat.. tapi bila kita yang jenis keluar bekerja ni, memang terasa terganggu lah dengan keadaan muka yang penuh jerawat.. ye tak? nak berhadapan dengan orang pun tak konfiden lagu ni..

Dulu kalau muka jadi camni teman guna sabun Al-Razi dengan Krim Herba Kemboja je dah surut dah surut jerawatnya.. pastu hilang terus tak tumbuh2 dah.. tapi sejak tak guna dua produk tu, muka mula tumbuh jerawat, pastu makan plak suplemen herba, lagilah beranak pinak jerawatnya naik.. aiyakk! sedih wooo.. sib baik hari ni dah dapat guna Sabun Al-Razi balik.. Yeayy!! Nanti teman buat Review dnegan gambar sekali selepas guna sabun ni.. tengok perkembangan jerawat teman camne.. heee.. mesti kornag teruja nak beli sabun Al-Razi ni nanti tau!! Percayalahh!!

So, teman berpuas hati pakai sabun ni.. sangat2 puas hati.. tQ buat Embun Beauty House yang telah memperkenalkan sabun ni kat teman.. heee.. sayang kamuuu... Haa.. kalau kornag pun hadapi masalah yang sama macam teman ni.. elok sangat korang beli sabun ni.. sangat2 ok tauu.. haa.. kalau nak murah beli aje dekat Embun Beauty House ni.. senang.. bagi yang tak tahu n tak kenal lagi Sabun Al-Razi ni.. meh kita baca serba sedikit pasal sabun HOT nii.. hehehehehehe.. jom!

!! SABUN AL - RAZI !!!
Untuk Order :

pm FanPage ===> Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873

1 PACK = 2PCS
HARGA ASAL : RM63.00 WM / RM69.00 EMHARGA PROMOSI : RM40 WM/ RM55 EM

Sabun Al-Razi diperbuat daripda bahan semulajadi yang Mampu merawat Serta menyelesaikan masalah kulit Anda!!marilah memcubanya bagi melihat hasilnya seawal 3 hari!..

Sabun AL-Razi merupakan kombinasi HERBA SEMULAJADI,BEBAS BAHAN KIMIA,serta HALAL bagi merawat masalah kulit seperti
*Jerawat/Jerawat Batu*blackhead/whitehead*Pori-pori terbuka*Pigmentasi*Mencerahkan bahagian muka & badan*Meratakan tona kulit muka,*Mengurangkan kedutan.*Ianya juga boleh menghilangkan jeragat,*Membuang parut kecil seperti sel kulit mati*Membaiki lapisan kulit yang bermasalah
KEBAIKAN RAMUAN SABUN AL RAZI:
ALOE VERA/LIDAH BUAYA -> 
boleh merawat parut jerawat,bekas luka dan mengurangi keradangan kulit muka,ia juga digunakan sebagai rawatan untuk kulit yang terbakar sinaran matahari
TEA TREE OIL -> 
untuk mengatasi kulit berjerawat. Kandungan anti bakterianya efektif untuk mengecutkan jerawat yang meradang.
OLIVE OIL -> 
membantu pengelupasan sel-sel kulit mati,pemakaian minyak zaitun pada tubuh juga membuat kulit .
EKSTRAK TIMUN -> 
Baik untuk kulit kering, kulit yang terbakar sinar matahari, kandungan vitaminnya yang tinggi serta melembapkan kulitkandungan mineral sangat membantu mengatasi kekeringan kulit.
EKSTRAK Vitamin C ->
 mampu menyegarkan kulit serta memutihkan wajah secara semulajadi
EKSTRAK BAWANG PUTIH -> 
merawat jerawat batu paling berkesan serta Melembutkan kulit wajah
EKSTRAK SERAI -> 
manfaat serai merupakan rawatan paling berkesan untuk membunuh 99% kuman di kulit muka

Nak share cara nak guna sabun al razi ..
basahkan muka dgn air suam, bilas dgn air sejuk/air biasa. Sapu rata sabun ke muka bermula dari dahi biarkan seketika .....kemudian bilas .... Lap dgn tuala bersih. 
nak kesan lagi cantik....amalkan makan supplement ..

Untuk Order :
pm FanPage ===> Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873
Review Collagen Crystal Eye Gel --> Collagen Crystal Eye Gel Terbaekk!!
Abaikan muka pelik tak senonoh teman ni yea.. hahahaha.. sendiri tengok pun kelakor giler.. takpe.. takpe.. review punya pasai.. heee.. Hu3.. haa.. ni teman saja gatai pakai . tak sabo2 yea.. ha2.. bukan apa.. hari ni kan hari Jumaat.. semua sibuk menunaikan Solat Jumaat.. gerenti takde sape yang nak mai kedai, So, teman pun menyibukkan diri pakai menda ni.. ehehehehe.. sejukkk aje rasa mata ni.. segar aje tau! betuiiii.. tak tifuuuu.. korang tak caya try beli dah cuba sendiri.. memang OK tau.. buka2 je tadi, dark circle dah kurang.. Yeayyyy!!! heee..


Untuk Order :
pm FanPage ===> Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873

Giveaway Cuti Sekolah By : JiwarOsak

Giveaway Cuti Sekolah by JiwarOsak.Com
Mari Sertai Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak.Com


Hadiah Terkumpul
Cash : RM 390
Topup : RM 195
Barangan : Tudung Pashmina x 1, Shawl x 2, Novel Sanctuaria x 1, Tudung Aidijuma x 1, Bantal Handmade x 2

Terima Kasih kepada Sponser

AbgferOz | MahaMahu | Yanty Lee | Afzal Sukasuki | Mawar Biru | Cik Pjaz | Ieta Mat Sa’ad | Mohamad Nasir | Yan Saflina | UmmiMama |Mohd Noor Shawal | Dila KazUha | Doktor Pemasaran | Helmi Julia | Nadia Johari | Suzlin Azreena Nordin| Nurul Syarafina II | Khaty Aiman| KyLe Kesha | Cik Yaya | Putery Memory | Edo Hayra | Delima Zamrud | Karen Nisa 

Untuk menyertai Giveaway Cuti Sekolah anda boleh klik Banner atau SILA LIHAT SINI

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers