Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

20 November 2014

KALENDAR TAKWIM TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2015


Maulidur Rasul
3 Januari 2015 bersamaan 12 Rabiulawal 1436 H
Israk dan Mikraj
16 Mei 2015 bersamaan 27 Rejab 1436 H

Awal Ramadhan / Berpuasa
* 18 Jun 2015 bersamaan  1 Ramadhan 1436 H

Nuzul al-Quran
4 Julai 2015 bersamaan 17 Ramadhan 1436 H

Hari Raya Puasa / Aidilfitri
* 17 Julai 2015 bersamaan 1 Syawal 1436 H

Awal Zulhijjah
15 September 2015 bersamaan 1 Zulhijjah 1436 H

Hari Raya Korban / Aidiladha
* 24 September 2015 bersamaan 10 Zulhijjah 1436 H

Awal Muharam / Maal Hijrah
14 Oktober 2015 bersamaan 1 Muharam 1437 H
Maulidur Rasul
25 Disember 2015 bersamaan 12 Rabiulawal 1437 H


* Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia 
Sumber :  Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Credit to : 
http://www.mialiana.com/

TIPS MUDAH BERSALIN

Sharing Is Caring | Untuk pengetahuan diri sendiri dan perkongsian bersama adik teman.. serta buat semua yang bakal jadi ibu.. (teman lum rezeki lagi..).. buat adik teman Linda yang bakal melahirkan baby nya pada disember 2014 ini.. semoga dipermudahkan proses bersalin ye.. Aamiinn.. 
TIPS MUDAH BERSALIN 
-2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga. 
-Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah.
-Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka. 
-Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction 
-Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin. 
-Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin. 
-Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (nanti baby lahir kulitnya bersih je)
-Makan kurma dalam bilangan ganjil. 
-Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby. 
-Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby
-Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina. 
-Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sbb nt koyak teruk. 
-Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut. 
-Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat2 . 
-Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air. 
-Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu .
-Minum air Selusuh. Lebih baik kalau dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang

credit to : senang hamil page

KALENDAR CUTI-CUTI UMUM 2015


Belum habis tahun 2014 tapi dah terbelek2 kalendar untuk tahun 2015 yeaaaa.. ha2.. sebenarnya teman teringat kat kakak kat Ofis tempat teman bekerja dulu.. Kak Has namanya.. dia cukup pandai mengaturkan percutian bersama keluarganya.. setiap yang dia rancang, pasti akan berjalan lancar.. Happy tengok diorang menghabiskan masa bercuti bersama-sama..Kak Has memang sentiasa peka dan bijak menguruskan cuti-cutinya.. hee.. opss.. takmau puji lebih2.. Ok lah.. yang benonya teman saja nak share dengan korang Kalendar Cuti Umum bagi Tahun 2015 ni haa.. kot lea korang memang tercari-cari dan kot lea ada perancangan nak buat majlis kawen ke, nak bercuti ke luar negeri/negara ke... haa.. bila dah tau tarikh-tarikh yang sesuai pasti semua akan berjalan lancar.. ye tak.. heee.. Jom tinjau2.. 


KALENDAR CUTI UMUM DAN SEKOLAH 2015

Untuk merancang percutian mahupun aktiviti lain perkara utama yang diperlukan adalah kalendar tahunan bagi mengetahui senarai cuti umum di Malaysia .

Manakala untuk cuti persekolahan atau cuti semester perlu merujuk kepada takwim atau perincian persekolahan tahun 2015 mengikut penggal yang akan dikeluarkan pihak bahagian pengurusan sekolah harian Kementerian Pendidikan Malaysia


Kalendar Tahun 2015 Malaysia

Senarai Perincian Cuti Tahun 2015
Credit to : My Sumber

17 November 2014

DEMAM | MOHON MAAF DARI TENGKUBUTANG

Buat semua peserta Birthday Giveaway Embun Beauty House By Tengkubutang, teman mohon maaf kerana tak sempat nak senaraikan peserta yang join.. Teman minta maaf sangat2.. Teman tak sihat sekarang ni.. demam.. harap kawan-kawan sudi tunggu sehingga teman sembuh yea.. InsyaAllah.. kalau dah sihat teman akan list kan peserta yang join.. sorry.. sangat2..tak bole nak tengok pc lama2.. pening kepala.. sorry yea semua,.,
 


15 November 2014

BIRTHDAY GIVEAWAY EMBUN BEAUTY HOUSE BY TENGKUBUTANG TAMAT

Tamat sudah Birthday Giveaway Embun Beauty House by Tengkubutang.. Nanti teman update senarai pesertanya yea.. Tq kepada yang sudi join.. Hope kirang dimurahkan rezeki.. Aamiinn..

Penyertaan telah ditutup yea!

14 November 2014

BIRTHDAY GIVEAWAY EMBUN BEAUTY HOUSE BY TENGKUBUTANG

Ehemm.. untuk ke sekian kalinya teman diberikan kepercayaan oleh Owner Page Embun Beauty House. untuk menganjurkan Giveaway di blog teman sempena Hari Lahir beliau pada 21/10/2014 yang lepas.. Dikesekpatan ini, teman ingin mengucapkan Selamat hari Lahir buat  Embun Eiza iaitu owner Page Embun Beauty House... semoga dipanjangkan Umur dan berjaya disetiap yang  Embun Eiza ceburi yea.. semoga murah rezeki dalam segalanya.. Aamiinnn..

Ok lah.. kali ini Hadiah yang disponsor adalah berupa sekotak Coklat Ferrero Rocher (16 biji).. slurrrppp.. sedapnyaaa.. teman suka tuuu.. tapi.. nak join tak boleh.. hahahaha.. kesian kat teman kann.. kah! dan hadiah kedua ialah Tudung Bawal Ruffle macam dalam gambo tu yea.. bagi tempat ketiga lak.. Sabun yang kini makin mendapat tempat iaitu Alpha Arbutin Soap yang dipercayai boleh memutihkan kulit wehh.. heeee.. 

So, ada sape2 yang berminat nak cuba nasib join? heeee.. meh tengok syarat2 dan cara menyertainya.. =)

Buat satu entri bertajuk : 
Birthday Giveaway Embun Beauty House 
By Tengkubutang
( Copy paste Banner diatas ke entri penyertaan korang..)

Syarat Wajib :
MESTI ada Facebook dan Blog

Follow Blog teman:
http://tengkubutang.blogspot.com/

Like Page Embun Beauty House..
(like terkini 660)

Like Page TeNgkuButang
(Like terkini 1494)

KOMEN "Al-Razi Terbaekk" di Gambar ----> INI
dan SHARE gambar tersebut secara PUBLIC di wall korang
(jangan skip langkah ini.. kami akan check satu persatu)

Follow TengkuButang Miaw & Embun Eiza untuk mudah mengetahui status Giveaway 
dan Pengumuman pemenang nanti..

Selepas dah settle semua syarat.. sila tinggalkan link penyertaan korang di ruangan komen entri ini.. kat tempat lain teman tak terima yea.. apa-apa pun.. Pemenang boleh jadi siapa2 aje tau sebab ia dipilih menggunakan random.org.. so.. apasalahnya mencuba.. ye tak.. kot rezeki korang lak kali ni.. Aamiinn..

Giveaway ini akan berlansung selama seminggu.. bermula pada 7/11/2014 sehingga 14/11/2014 jam 11.59 mlm.. (Jumaat).. (boleh join dah.. saja post sehari awal)

Berikut adalah senarai hadiah yang akan dimenangi oleh korang semua.. heee.. untunglah rezeki sape dapat kan.. Cuba je.. syarat pun tak susah mana.. heee..

Hadiah tempat Pertama :
Coklat Ferrero (16 biji)
|
|
|
V
Hadiah tempat Kedua
Tudung Bawal Ruffle

|
|
|
V
Hadiah tempat Ketiga
Alpha Arbutin Soap
Selamat mencuba yea semua.. teman hanya menunaikan amanah yang diberikan oleh Owner Embun Beauty House je.. jom kita sama-sama support beliau.. join yea.. jangan tak join.. heeee...


RESEPI IBU DALAM PANTANG | BERSALIN NORMAL/CAESAREAN

= Sharing Is Caring = |
17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan
Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.
1. Ikan Masin Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam
Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati
2. Ikan Tenggiri Kering
Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris
Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas
3. Sambal Tok-tok Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam
Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas
4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa
Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula
Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.
5. Ikan Bilis Goreng Aroma
Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak
Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan
6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin
Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu
Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.
7. Pegaga Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam
Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.
8. Hati Masak Limau Purut
Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis
Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.
9. Hati Goreng Lada
Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan
Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang
10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam
Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)
Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa
11. Sambal Tok-tok
Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang
Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.
12. Daging Goreng Halia
Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.
Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.
13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)
Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa
Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.
14. Ayam Panggang Selera Pantang
Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air
Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.
15. Ayam Percik Chinese Style
Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit
Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)
Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.
16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)
Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah
Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.
17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).
Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah
Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.
Semoga dapat membantu dan semoga bermanfaat, 

kredit  to : Rumahtangga Harmoni Keluarga Bahagia

13 November 2014

RESEPI KUIH KERIA



RESEPI KUIH KERIA


BAHAN-BAHAN:
👉200 gram Keledek
👉80 gram Tepung Gandum
👉Gula
👉Secubit garam
👉6 sudu besar air

CARA-CARA:
Kupas keledek,rebus selama 10-15 minit sehingga keledek lembut.
Lecekkan keledek sehingga halus dan masukkan garam.
Tunggu keledek lecek sejuk sehingga suhu bilik.
Tambahkan tepung gandum pada keledek lecek dan gaul rata.
Bentuk doh seperti donat
Goreng doh sehingga terapung.Ketepikan sehingga sejuk.
Dalam kuali yang bersih, panaskan gula dan air pada api sederhana.
Setelah berkaramel, matikan api dan masukkan kuih keria ke dalam gula dan gaul supaya gula melekat...siap..




12 November 2014

Benda Biasa Bagi Suami | Benda Biasa Jadi Kat Kaum Ibu

Haha.. bila tengok gambar kartun ni, teman rasa nak tergelak aje.. tapi yang sebenarnya kalau ia berlaku kepada kita juga.. tension jugak weh.. yang si ibu bertungkus lumus menyiapkan anak-anak... si bapa nya taknak tolong pulak tu, tau uruskan diri sendiri aje, kesian bini kelam kabut melayan karenah anak-anak seorang diri.. 

Bila dah selesai bab anak barulah dapat siapkan diri sendiri.. dan bila tengah siapkan diri.. si bapa lak buat ayat Epic macam kat atas tu.... Grrrrrrrrrr.. baran je si bini tu kan.. hahahahaha.. hope time teman nanti.. kalau dah ada anak, encik hubby sama-samalah bantu yea.. 

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers