Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

09 Disember 2014

SENARAI HADIAH GIVEAWAY 2 YEAR BLOG TENGKUBUTANG

Krim Herba Kemboja x 2 pemenang  DAN
Cash rm50 x 1 pemenang 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cash rm50 x 1 Pemenang..
Sponsor : .Aisyah Ambris

Cash rm50 x 1 Pemenang..
Sponsor : Blog Ieta
Cash rm30 x 1 Pemenang
Sponsor : Mawar Biru
Topup rm10  x 2 Pemenang
Topup rm10 x 1 Pemenang
Sponsor : Jejaka Hangat
Topup rm10  x 2 Pemenang
Sponsor : Ct Aman
Topup rm10  x 1 Pemenang
Sponsor : Iskandar Daughter
Topup rm10  x 2 Pemenang
Sponsor : Mekzumbie
Topup rm10  x 1 pemenang
Sponsor : mamanautokou
 Vitamin C Shaklee
Sponsor : Zarena Heeney
Wangian Gaharu x 1 Pemenang
Sponsor : Harith Iskandar
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tudung Lycra Ariani x 2 Pemenang
Tudung Turki bercorak x 2 Pemenang
Shawl bercorak (butterfly) x 1 Pemenang
Kerongsang x 3 Pemenang
Frame Gambar x 1 Pemenang
Sponsor : Bunga Kayangan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cardigan Blouse 
Sponsor : Fara Hanim
Scrub Badan Sari Ayu x 1 pemenang.. 
Sponsor -->eyzamiel
Ae Noyou
Magic Pink (Krim Pemerah pipi) x 1 Pemenang
Sponsor : Erynix Blog
Bawal Sequin (contoh gambar)
Sponsor : Embun Beauty House
Kerepek Azira Food Enterprise (RM14-1kg) x 2 pemenang
Topup rm10 x 1 pemenang  
5 penanda buku x 5 org pemenang. 
Sponsor : Cik Cyda
Azuria-freebies Blogspot
Thumdrive  x 1 pemenang
Tasbih Pearl x 1 pemenang
Sponsor : EIMANELsDoorgift

NAK JOINNNNN??? KLIK SINI YEA.. ----> GIVEAWAY 2 YEAR BLoG TENGKUBUTANG

Sia-Sia Sahaja Debaran Yang Dirasai

Salam.. | buat kawan-kawan semua.. terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik untuk teman.. didalam entri yang lepas.. iaitu entri Berdebar-debar teman ada mengatakan takut dan berdebar-debar kerana 10/12/2014 (Rabu) kelmarin teman kena  hadiri appointment doktor yang telah tertangguh dari 18/9/2014 hari tu.. 

Pada 18/9/2014 tu teman tak dapat pergi kerana baru sahaja balik dari luar negara, restock barang untuk kedai.. dan disebabkan seminggu kedai ditutup, customer dah mula call dan tanya bila kedai buka? 

So, terpaksalah kami buka kedai dan teman terpaksa melupakan tentang appointment itu, tetapi meminta tolong adik lelaki teman di kg, supaya mohon tukarkan ke tarikh appointment yang baru.. Alhamdulillah dapatlah tarikh 10/12/2014 tu..


Kalau ikutkan, pada tarikh 10/12/2014 tu, teman perlu buat Skop (memasukkan kamera melalui mulut) untuk check apa punca sakit teman selama ni.. 

Teman yang penakot ni, mula-mula seperti nak lari-lari je dari buat skop tu.. risau yang bermacam2 keluar dalam fikiran ni.. takut tekak luka lah, takut susah nak makan lah nanti, takut macam-macam.. sehinggalah stress jadinya.. Hubby teman pun risau kalau teman balik sorang, dia tak yakin teman akan gi buat skop tu.. last-last hubby yang susah nak dapat cuti, apply jugak cuti untuk 2 hari.. temankan teman buat skop di hospital Ipoh.. 

Kami balik anik bas aje kali ni.. sebab taknak penat sangat kalau naik motor.. kalau naik keta takut jam pulok.. huhuhuhu..

So, bila hubby kata nak temankan.. terus muka rasa bersemangat.. dan nak cuba lawan ketakutan tu.. siap makan puas puas sebab nak puasa malam tu, esoknya gi hospital.. appointment jam 10.00 am, tapi kami datang awal sikit.. dalm pukul 9.30.. teman disuruh letak kad appointment tu dalam kotak yang bertulis app jam 10.00, tapi.. menunggu nak dapat nombor.. lama giler.. 

Lepas tu, dah dapat nombor, kena tunggu lak nombor tu dipanggil, baru dapat jumpa doktor.. tunggu punya tunggu.. sekali nombor teman dilangkau pulak.. ok, takpe.. biar dulu.. mungkin lepas tu nombor teman lak.. tapi.. lepas tu, dilangkau lagi, dilangkau lagi.. sampailah 5 nombor... aishhh.. ini sudah mendatangkan marah..

Teman pun gi kaunter dan tanya nape nombor saya tak dipanggil? nombor lain yang dipanggil dulu.. dah langkau 5 nombor ni..? then.. staff kat situ check kad teman, dan dapati kad teman tak sampai lagi.. Aduh.. mana pulok perginya kad teman tu.. hemm.. sambil toleh tengok hubby.. dah lembik lunyai nunggu teman ni haa.. aduii.. kalau lama giler camni, orang yang emnunggu kita, dari tak sakit pun boleh jatuh sakit.. aishhh..

Jam dah menunjukkan pukul 12.30 pm.. aduh.. dalam hati risau je appointment di postpone ke tarikh lain.. sebab ingatkan masa rehat diorang tutup jap kan.. rupanya tak tutup.. tunggulah kami sambil melangut bosan.. nak buka internet slow giler.. kejap ada kejap takde line nya.. line sakit macam tuan dia ni kot.. 

hemm.. akhirnya nombor teman naik.. dalam kul 1.30 camtu.. masuk je bilik doktor.. sembang2.. pastu doktor suruh baring.. doktor tekan-tekan perut.. then doktor kata takde apa.. mungkin masalah tulang rangka yang sakit tu.. (what?? mungkinnn??? ) pastu doktor kata tak perlu buat skop.. hemm.. teman udah puasa dah dari jam 10 mlm tadi sampai 1.30 tengahari.. bole plak kata tak payah skop?? memang keceewa sangat2.. di saat teman dah beranikan diri untuk buat sesuatu yang teman takut.. tiba-tiba tak jadi pulak.. tension teman masa tu..

Pastu doktor kasi ubat tahan sakit.. hemm.. hanya dengan tekan-tekan perut aje, doktor dah bagi ubat tahan sakit.. doktor pun bagi tahu "mungkin" masalah tulang rangka sakit.. napelah ada perkataan mungkin tu? kan elok kalau buat Skop atau X-Ray ke.. at least nampak lea jugak ruang teman nak percaya perkataan "mungkin" tu.. ini just tekan2 perut udah kata takde apa dan bagi ubat tahan sakit?

Kalau teman tak sakit.. teman tak kisah.. tapi masalahnya teman masih rasa sakit.. teman susah nak tarik nafas dalam2.. bila tarik nafas sakit.. tu yang sedih bila doktor kata tak perlu buat skop.. =(

then dah selesai semua, gi menunggu ambil ubat pulak, pastu staff farmasi panggil.. katanya ubat yang doktor catitkan tu dah habis, diorang kena jumpa doktor tu balik untuk tanya nak bagi ubat apa untuk ganti ubat sebelum tu? teman pun disuruh duduk dulu.. lepas 10 minit baru depa panggil balik.. hemm.. tengok pada ubatnya pun teman takut nak makan.. sebab perkataan "mungkin" tu yang buat teman ragu-ragu nak telan ubat tu.. dah settle.. kami pun gi makan kat stadium tu..

Dan masa tengah makan, hubby disapa oleh kawan lamanya.. kami pun sembang-sembang jap.. hubby cerita tentang sakit teman tu, then kawannya kata.. kalau dah berapa kali scan tak nampak, dan berapa kali check doktor kata tak ada apa-apa, seeloknya kita berserah saja kepada Allah.. mohon dari Allah terus.. kawan hubby ajar teman bermacam2 surah yang sesuai utnuk dibaca (surah penyembuh).. sekadar ikhtiar...

dan dia menyuruh teman sentiasa amalkan Selawat Tafrijiah atau Selawat Nariah iaitu Penghulu Segala Selawat.. baca 11x kali selepas Solat.. dan mohon pada Allah agar diberi kesihatan yang elok, dimurahkan rezeki, dan diberi keberkatan dalam setiap apa yang kita lakukan.. meh baca.. 

Nak kongsikan bacaan Selawat Tafrijiyah dalam tulisan rumi:-.

BISMILLAHIRAHMAN NIRRAHIM
ALLAHUMMA SHALLI SHALAATAN KAMILATAN WASALLIM SALAAMAN TAAMAN ' ALAA SAY-YIDINAA MUHAMMADANIL LADZIII TANHALLU BIHIL UQADU WATAN FARIJU BIHIL KURABU WATUQDHAA BIHIL HAWAA IJU WATUNAALU BIHIR-RAGHAA-IBU WAHUSNUL KHAWAATIMI WAYUSTAS-QAL GHAMAAMU BIWAJIHIL KARIIMI WA'ALAA AALIHI WASHAHBIHII FII KULLI LAMHATIN WANAFASIN BI'ADADI KULLI MA'LU-UMILLAK.

Artinya :-

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ya Allah limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta  didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta husnul khatimah (bagus akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung (hujan) lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda, dan sahabat baginda di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh Mu , wahai Zat yang menguasai seluruh alam". 

Note : sekarang.. teman redha aje.. malas nak fikir apa2 tentang sakit ni.. mungkin tak sakit teruk kot, tapi bila teman stress menyebabkan sakit tu jadi teruk.. sekarang ni.. teman hanya fikir positif aje.. malas nak fikir yang rumit2 dah.. jaga kesihatan elok2 dan sentiasa ingat yang Allah yang memberi penyakit itu, maka Allah jugalah akan menyembuhkan sakit itu.. InsyaAllah.. Aamiinn.. 

08 Disember 2014

Afrena De Boutique Di Serang peminat Bola Sepak!!

haha.. Go.. Go.. Harimau Malaya..... Caiyo.. Caiyoo.. Malaysia membuat Vietnam terpana tak berdaya dengan kemenangan 4-2 di Hanoi, Khamis, untuk memastikan tempat mereka di final AFF Suzuki Cup, berkat kemenangan agregat 5-4.

haha.. yang paling best.. disebabkan Malaysia Menang 4-2 (Vietnam) Malam tadi.... AFRENA DE BOUTIQUE diserbu penyokong rimau Malaya.. kerana di AFRENA DE BOUTIQUE terdapat pelbagai Merchandising barangan Harimau Malaya.. seperti... 

- Beg Harimau Malaya.
- Mafla Harimau Malaya.
- Bendera Harimau Malaya.
- Tuala Harimau Malaya.

Lot 243&Lot7,
Danau Kota Uptown.
0166308772

So, tunggu apa lagi.. yang mana masih tercari-cari selama ni, tempatnya udah dijumpai.. haaa.. boleh lah serbu.. untuk dibawa bersama ke final AFF Suzuki Cup nanti, 

Info tambahan : 
Malaysia, juara 2010, bakal menghadapi Thailand di final dengan perlawanan pertama akan berlangsung di Bangkok, 17 Disember sebelum kedua team bertemu di Kuala Lumpur untuk perlawanan penentuan juara pada 20 Disember
Pilih.. Pilih.. Nak Post pun boleh, Nak datang terus tengok dan Beli pun boleh.. jom!
Selain dari gambar-gambar diatas, AFRENA DE BOUTIQUE juga ada menjual pelbagai jenis tuala dengan pelbagai corak, termasuk Frozen, tema ahli Gusti, Tema bola sepak, dan bermacam-macam lagi.. penat teman nak citer kat sini.. huhuhu.. jom klik entri yang berkaitan.. ada banyak lagi gambar-gambar towel dan barangan yang dijual di AFRENA DE BOUTIQUE ini.. 

AMALAN ZIKIR ASMAUL HUSNA

Meh teman kongsikan tentang zikir  yang boleh diamalkan di tempat kerja.. copy paste dari FB aje,, Moga bermanfaat untuk kita semua,.

Pssttt.. dah join Giveaway dah ke? Malam ni TAMAT nya.. pasni takde lanjutan lanjutan dah yea.. kalau nak join, jom join cepat.. Klik LINK bawah ni.. 

GIVEAWAY 2 YEAR BLOG TENGKUBUTANG


VANISH POWER O2 PENGHILANG KOTORAN DEGIL


Haiii.. puas hati betul guna Vanish Power O2 ni.. paling best bila baju-baju dan kain-kain yang terkena kotoran, mudah sahaja dihilangkan kotorannya.. teman suka gunakan ia untuk cuci bahagian kolar baju hubby miaw2 tu.. cepat je hilang daki/kotorannya..

Caranya.. letak je sedikit Vanish Power O2 pada bahagian kotoran/daki di kolar baju tu.. letak air sikit.. then gonyoh lembut-lembut bahagian kolar tu.. sekejap je dah nampak bahagian kolar tu bersihhhhhh ajeee.. sukaaaa.. huhuhuhu..

Oh yea.. Vanish Power O2 ni jugak boleh hilangkan kesan-kesan kotoran degil yang lain tau, seperti karat.. kain yang terkena tumpahan cecair berwarna seperti milo, kopi... dan cecair lain yang berwarna.. malahan kalau pakaian kita terkena dakwat pen atau kosmetik yang kita pakai pun masih bole cuci weh... cubalah!

Ni teman dapat Sampel hari tu.. tak guna lagi dari hari tu.. baru tadi try guna.. wah.. best dan menyenangkan.. barulah nampak lagi bersih.. dari guna sabun biasa.. jenuh menyental.. Leh bli pek beso pasni.. dah terbukti berkesan hasil cubaan sendiri.. heheheheh..


NAK TENGOK PRODUCT TERKINI DARI VANISH?
KLIK SINI

RESEPI LAKSAM SEDAP!

Resepi Laksam Sedap | 

Resepi laksam (12 gulung)
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tpg gandum
sedikit garam
4 3/4 cawan air suam
3 sudu besar minyak masak

campur semua bahan2 diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar

* panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang 
disapu dengan minyak masak
* masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn nipis...agak2 la ye.. kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit..
*angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk..
* guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...
terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..

*kukus lagi adunan laksam tadi sehingga habis..
kuah laksam 6 orang makan
3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
2 biji bwang sederhana besar
2 ulas bawang putih..
sedikit je halia
1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
sedikit belacan
1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
garam , gula
2 keping asam gelugur
* ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan
* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar
bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya
senang kisaran..
* masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..
masukkan baki air rebusan ikan
* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
* masak hingga mendidih..dgn api sederhana
ulaman
kacang panjang
timun
tauge
kobis - semuanya dihiris halus..
belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam
sambal lada
sedikit belacan
lada merah
cili api merah
garam sikit _semuanya kisar/tumbuk halus


resepi dari Facebook..

WWE - TABLES, LADDERS & CHAIRS MATCH

Pautan-pautan 'live streaming' untuk menonton:


1. WWE Tables, Ladders & Chairs (TLC) ...and Stairs 2014 Kickoff (Pra-acara, jam 8 pagi ini):



2. WWE Tables, Ladders & Chairs (TLC) ...and Stairs 2014 (jam 9 pagi ini):


Berikut merupakan senarai perlawanan yang telah dimuktamadkan bagi acara WWE Tables, Ladders & Chairs (TLC)… and Stairs 2014, yang bakal bersiaran secara langsung dari Quicken Loans Arena, Cleveland, Ohio. Acara akan berlangsung hari ini. Ditampilkan secara langsung di Astro Box Office Sport, saluran 971. Klik pada pautan ini untuk melanggan: https://www.astro.com.my/premium_channel/abos-articles/wwe-tlc-2014.html


1. Perlawanan Pra-acara: The New Day melawan Gold & Stardust
Semenjak ketibaan mereka, trio yang dikenali sebagai The New Day telah mencuba untuk menyebarkan mesej positif kepada WWE Universe. Malangnya, Big E, Kofi Kingston & Xavier Woods telah menyedari bahawa mereka telah 'melekat' kepada tarikan graviti dari pasangan regu Gold & Stardust, di mana misi mereka adalah untuk memastikan kegelapan terjadi pada hari baru.

2. Perlawanan Kejuaraan Divas WWE: Nikki Bella (juara) menentang AJ Lee
Setelah tewas dalam masa singkat di Survivor Series bulan lepas, mampukah AJ Lee merampas kembali Kejuaraan Divas WWE daripada Nikki Bella atau Nikki akan membuktikan bahawasanya bakat tidak dipindahkan melalui batin?

3. Perlawanan Kejuaraan Amerika Syarikat WWE: Rusev (juara – ditemani oleh Lana) bertemu Jack Swagger
Adakah Jack Swagger akan membuat Zeb Colter bangga apabila berjaya membuat Rusev mengalah kepada gerakan Patriot Lock, atau Rusev akan meneruskan rekod tanpa kalahnya yang dominan?

4. Perlawanan Tangga untuk Kejuaraan Antarabenua WWE: Luke Harper (juara) melawan Dolph ZIggler
Setelah menjadi 'Sole Survivor' di acara Survivor Series lalu menyingkirkan The Authority dari tampuk pemerintahan WWE, dapatkah Ziggler meneruskan momentum itu dengan merangkul kembali Kejuaraan Antarabenua WWE yang kini dimiliki oleh Luke Harper setelah menewaskan Ziggler seminggu sebelum acara Survivor Series atau Harper akan menghancurkan segala momentum yang Ziggler ada?

5. Perlawanan Tangga Besi: Erick Rowan menentang Big Show
Buat pertama kali dalam sejarah acara TLC ini, perlawanan tangga besi akan mengambil tempat menampilkan Erick Rowan dengan Atlet Terbesar Dunia, Big Show. Apakah Erick Rowan boleh mengajar Big Show supaya jangan menjadi pengkhianat, atau Big Show memberi tunjuk ajar yang berguna kepada Rowan agar hidup ini tidak selamanya senang dan kadangkala memerlukan sedikit pengorbanan & pengkhianatan untuk meneruskan hidup?

6. Perlawanan Kejuaraan Beregu WWE: The Miz & Damien Mizdow (juara) bertemu The Usos (Jimmy & Jey Uso)
The Miz cuba untuk memancing Naomi untuk berlakon di Hollywood, namun hal ini ditegah oleh suami Naomi, Jimmy Uso sehingga timbul pertelingkahan di antara Naomi & Jimmy Uso. Adakah fokus Jimmy Uso akan terganggu akibat taktik The Miz ini? Adakah The Miz bersama pelakon lagak ngerinya, Damien Mizdow akan berjaya mempengaruhi pemikiran Uso lalu mengekalkan sabuk kejuaraan yang dimenangi bulan lalu, di Survivor Series?

7. Perlawanan Kerusi: Ryback melawan Kane
Setelah The Authority ditumbangkan, Kane telah bertukar jawatan dari Pengarah Operasi kepada Pengarah Makanan & Minuman ketika bekas rakan regunya, Daniel Bryan yang berkuasa di Raw sehari pasca Survivor Series. Hal ini disenangi Ryback yang cuba membuli Kane namun Kane tidak gentar dengan ancaman Ryback. Mampukah Ryback mengeroyok Kane cukup-cukup atau Kane akan membuktikan, tanpa The Authority, Kane masih mampu membuat orang menderita?

8. Perlawanan Meja: John Cena menentang Seth Rollins. *Stipulasi perlawanan: Sekiranya John Cena tewas perlawanan ini, Cena akan dilucutkan hak menjadi Pencabar Nombor 1 Kejuaraan Heavyweight Dunia WWE
Adakah John Cena akan menghantar Seth Rollins ke atas meja untuk membuktikan bahawa Cena bersedia untuk mengekalkan hak mencabar Juara Heavyweight Dunia WWE, Brock Lesnar nanti, atau Seth Rollins akan meleburkan hasrat Cena itu lalu menguatkan dakwaan Rollins bahawa beliau adalah penggusti masa hadapan WWE?

9. Perlawanan Meja, Tangga & Kerusi: Dean Ambrose bertemu Bray Wyatt
Selepas perlawanan Survivor Series mereka berakhir dengan Dean Ambrose menganyang Bray Wyatt lalu perlawanan itu dimenangi Wyatt menerusi pembatalan perlawanan, dengan elemen meja, tangga & kerusi kali ini, adakah kita akan melihat suatu sisi Ambrose yang lebih gila-gila, atau Wyatt akan membalas dendam akibat apa yang berlaku di Survivor Series?

Maklumat dan gambar :
Credit to : 
http://www.peminatgustimalaysia.com/


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers