Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

19 Januari 2015

KEPUTUSAN PEMENANG AJL 29 | 2015

KEPUTUSAN PEMENANG AJL 29 |
huarghhh.. ngantoknya.. baru bangun tido tadi.. terlelap kot.. Nasib baik tak terlepas keputusan Pemenang AJL 29.. huhuhu.. teman yang buka website live streaming AJL 29 tu tadi, last2 teman terbongkang.. tertido dan terlelap.. hahahaha.. 

Hubby yang takde kena mengena lak yang nengok Anugerah Berprestij tu.. kikiki... 

Masa teman terjaga tu, Mojo tengah buat persembahan tak silap.. pastu terlelap balik, pastu rasa macam nampak Sheila Amzah punya turn... pastu terlelap  balik.. aishhhh.. hahahaha.. 

Penangan makan Sandwich Telur Super Jumbo lah ni! (opsss.. nanti teman share pasal Sandwich ni dalam entri yang lain ye.. huhuhu.. lapo le pulak terbayang Sandwich Telur Super Jumbo buatan air tangan en. hubby miaw tadi.. slurrpppp.. 

Ok lah.. melalut terlebey pulok yea.. motif buat entri ni sebab nak share Keputusan ni haaaa.. heee.. jom tengok..

Keputusan Pemenang AJL 29 2015 
Kedudukan & KategoriPemenangHadiah
Juara AJL 29Joe Flizzow dan SonaoneRM50,000 & Trofi
Naib JuaraShila AmzahRM35,000 & Trofi
Tempat KetigaDayang NurfaizahRM20,000 & Trofi
Vokal TerbaikDayang NurfaizahRM12,000 & Trofi
Persembahan TerbaikMojoRM12,000 & Trofi
Tahniah Joe Flizzow & Sonaone kerana telah merangkul sebagai  JUARA di Anugerah Juara Lagu Ke- 29 
Lagu : Apa Khabar 
Komposer : Joe Flizzow & Sonaone Penulis 
Lirik : Joe Flizzow
Tahniah Shila Amzah kerana telah merangkul Naib Juara di Anugerah Juara Lagu Ke- 29 
Lagu : Masih Aku Cinta 
Komposer : Shila Amzah 
Penulis Lirik : Shila Amzah
Tahniah Dayang Nurfaizah kerana telah menjuarai Tempat ke-3 dan Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu Ke- 29 
Lagu : Di Pintu Syurga 
Komposer : Tam Spider 
Penulis Lirik : Iman Imran
Tahniah MOJO kerana telah menjuarai Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu Ke- 29 
Lagu : Romancinta 
Komposer : Edry Abd Halim 
Penulis Lirik : Edry Abd Halim

Senarai 12 Lagu dan Finalis Akhir Anugerah Juara Lagu ke 29
Judul laguPenyanyi / kumpulan
Masih Aku CintaShila Amzah
Di Pintu SyurgaDayang Nurfaizah
RomancintaMojo
GilalahStacy
PercayalahIndah Ruhaila
Gadis JolobuDato Hattan dan Waris
MatahariHafiz Suip
Rentak LagukuBunkface dan Amy Search
Sesal Separuh NyawaAlyah
LelakiYuna
Apa KhabarJoe Flizzow dan Sonaone
MalaikatHazama
Tahniah kepada semua yang menang.. hu3.. teman budget lagu Yuna dan hafiz yang menang sebenarnya.. tapi nampaknya bukan.. hee.. kasilah orang lain plak yang menang kan.. asyik orang yang sama, bosan jugak.. apa-apa pun semua keputusan juri adalah muktamad dan keputusan berpandukan Lirik dan Lagu tersebut, bukan penyanyi yang membawakan lagu tersebut yang dinilai yea.. harus faham tu.. ok lah.. itu aje nak taip.. K byeee..

Opsss.. Persembahan Mojo memang terbaek.. sebab? sebab penyanyi gantiannya iaitu CaliphBuskers (OKU) memang terbaik.. Tahniah atas sorakan yang gemuruh...


18 Januari 2015

JOM AKTIFKAN MYKAD

JOM AKTIFKAN MYKAD | 
Jadikan MyKad Anda Sebagai Kad Diskaun dan Kad Ganjaran Secara Percuma |
Klik SINI untuk Aktifkan MyKad

Aishh,, selama ni pakai MyKad tapi tak pernah tahu pun ada kegunaan lain selain digunakan sebagai ID/ Pengenalan Diri.. Rupa-rupanya Mykad yang kita punyai sekarang, terdapat banyak sangat kegunaannya yea? huhuhu.. Teman pun tak pula tahu pasal ni... 

Rupa-rupanya Mykad kita boleh digunakan semasa berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Imigresen, Touch N' Go, dan banyak lagi.. Terdapat 50 aplikasi Mykad kesemuanya.. Wah.. macam mana teman boleh tak perasan pasal benda ni? ketinggalan keretapi rupanya teman ni.. kih kih kih.. Ada satu lagi aplikasi MyKad terbaru.. haaa.. iaitu..

Program Mykad Smart Shopper 
Mykad Smart Shopper Programme merupakan aplikasi MyKad yang ke 50, Kelebihan Program MyKad Smart Shopper ialah apabila kita berbelanja pada harga Diskaun di premis-premis perniagaan di seluruh Malaysia, dalam masa yang sama kita juga boleh kumpul mata ganjaran yang boleh ditebus sebagai Hadiah.. wah wah wah.. lumayan gituu..

Kelebihan Mykad Smart Shopper
Haa.. seperti yang teman katakan tadi.. memang banyak kelebihan 
MyKad Smart Shopper  ni, mana tidaknya.. di samping kita berbelanja, kita boleh mengumpul mata ganjaran sama seperti bonus kad yang ada di Malaysia ini. moh baca kelebihan-kelebihan lain :
  1. Pengaktifan MyKad untuk menjadikan Kad Diskaun adalah PERCUMA
  2. Tiada sebarang Annual Fee dikenakan (Bermakna PERCUMA seumur hidup)
  3. Tidak perlu membawa kad tambahan yang pastinya akan menyesakkan dompet anda. Semua orang membawa mykad ke mana-mana untuk kebanyakkan urusan.
  4. Dapat mata ganjaran dan tidak ada tempoh luput.
  5. Walaupun anda tidak dikenakan sebarang yuran untuk menyertai program ini dan tiada yuran tahunan dikenakan, tetapi anda berpeluang untuk menebus hadiah daripada pihak syarikat berdasarkan mata ganjaran yang telah anda kumpul ketika berbelanja. Menarik bukan? 
  6. Aplikasi Mykad Smart shopper melalui IPAD, Iphone dan Smartphone disokong dengan sistem GPS, dapat memberi panduan, maklumat dan lokasi setiap kedai yang terlibat di dalam program ini. 
Macam mana nak tahu senarai kedai yang telah menyertai Program MyKad Smart Shopper? 

Jika korang pengguna smartphone Android atau iPhone, Sila Install Aplikasi MyKad Smart Shopper dalam Smartphone korang.. Dan lihat ratusan premis perniagaan yang telah menyertai program ini terdapat di seluruh Malaysia..


Jangan lupa Muat Turun Aplikasi MyKad Smart Shopper sekarang juga!

|
|
|
V

Contest SEO: Jom Aktifkan Mykad
KLIK BANNER KALAU NAK JOIN!

Syarat-syarat untuk menyertai Contest ini ialah:
  • Terbuka kepada semua bloggers di Malaysia. Tajuk entri bebas bergantung kepada kreativiti masing-masing. Tetapi entri anda perlu fokus pada keyword "Jom Aktifkan Mykad" 
  • Setiap bloggers boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Tetapi penyertaan yang berjaya berada di Rank 1-10 google Malaysia untuk keyword "Jom Aktifkan Mykad" akan dipilih sebagai pemenang tempat pertama hingga kesepuluh.. Setiap blogger hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
  • Jangan lupa letakkan banner Pertandingan pada entri yang anda hasilkan. (Sekiranya tiada banner pertandingan, entri anda tidak akan dinilai)
  • Letakkan link entri penyertaan anda di ruangan komen entri ini.
  • Di akhir entri anda letak ayat ini " Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja oleh www.aktifmykad.com
  • Cabaran Contest ini akan berlangsung sehingga 2 Mac 2015. Walaubagaimanapun tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 Februari 2015 (Ahad) iaitu seminggu sebelum contest ini berakhir.
Kesimpulan
Entri ini merupakan entri untuk menyertai contest SEO yang dianjurkan oleh rakan blogger kita iaitu Blogger Anuar. Bagi yang ingin menyertai contest SEO ini boleh singgah di blog beliau di CoretanAnuar.com . 

" Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja oleh www.aktifmykad.com. "

17 Januari 2015

Tonton Online AJL 29/2015 (Life Streaming)


TERKINI!! live streaming 
AJL 30/2016--KLIK

Tonton Online AJL 29/2015 (Live Streaming)
Senarai Lagu Masuk Final --> Klik Senarai Lagu Masuk Final AJL 29 / 2015 |

Anugerah Juara Lagu bakal bergema dengan memartabatkan penulis lirik, komposer dan penyanyi, sekali gus menobatkan mereka sebagai juara. AJL29 2015.

Kepada semua yang tidak berpeluang menonton di kaca televisyen, jangan risau..  korang jugak boleh menonton melalui online atau internet. Selamat menonton secara live streaming pentas akhir AJL 29

Nak tonton Online? Klik Website Rasmi AJL 29 : SINI 


Saksikan Live Streaming / Tonton Online AJL 29 Tahun 2015 pada malam esok, Ahad 18 Januari 2015 Jam 9.00 malam bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil dengan menampilkan 12 lagu yang akan berentap di pentas AJL29, bersiaran secara langsung melalui TV3. 

Nak dengar kat Radio pun boleh... 
Dengar siaran langsung melalui radio rasmi AJL 29 iaitu 
HOT FM (klik)


Website Rasmi AJL 29 : SINI   | Fanpage : AJL 29 | Instagram : AJL 29 | Hot FM


Credit : Phat.MY





Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


16 Januari 2015

Kadar harga terkini Passport Malaysia 2015

SHARING IS CARING |
Satu notis arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa kadar bayaran membuat atau memperbaharui passport untuk tempoh lima tahun bagi warganegara Malaysia adalah sebanyak RM200

Kadar bayaran baharu tersebut menyaksikan pengurangan sebanyak RM100 jika dibandingkan dengan kadar harga terdahulu iaitu sebanyak RM300

Dengan pengurangan kadar bayaran untuk tempoh lima tahun, pasport untuk tempoh sah selama dua tahun telah dimansuhkan . 

Sehubungan itu, hanya Pasport Malaysia Antarabangsa tempoh sahlaku lima (5) tahun sahaja yang akan dikeluarkan dengan kadar bayaran seperti lampiran yang disertakan dibawah

Harga baharu ini akan berkuatkuasa mulai 15 Januari 2015
Menurut notis yang sama, bayaran pasport untuk warga emas, kanak-kanak di bawah 12 tahun dan jemaah haji dikenakan bayaran sebanyak RM100 berbanding kadar asal iaitu sebanyak RM150 .

Sementara itu, bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak dikenakan bayaran untuk perkhidmatan tersebut .


KategoriKadar Bayaran
Pemohon yang berumur 13 tahun hingga 59 tahunRM200
Pemohon yang berumur 60 tahun ke atasRM100
Pemohon yang berumur 12 tahun ke bawahRM100
Jemaah HajiRM100
Orang Kelainan Upaya (OKU)Percuma
Sebarang keterangan atau maklumat lanjut sila layari Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di pautan: http://www.imi.gov.my




Credit : My Sumber





Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 




VIDEO 'Slap Her: Children’s Reaction’ | MESEJ KEGANASAN TERHADAP WANITA

VIDEO 'Slap Her: Children’s Reaction’ | MESEJ KEGANASAN TERHADAP WANITA |
Teman dan hubby miaw2 teman suka tengok video reaksi kanak-kanak tentang sesuatu yang mereka lihat.. samada tentang musik, alam sekitar, tingkahlaku manusia dan macam-macam lagi..

Entah kenapa kami suka dengar komen dan reaksi mereka yang kadang-kadang bagi teman seperti mereka matang dalam menilai sesuatu yang mereka lihat.. walaupun usia mereka belum dewasa dan belum terbiasa dengan sekeliling lagi.. 

dan satu lagi video yang menarik perhatian teman dan suami ialah Video tentang Mesej Keganasan Terhadap Wanita ini.. Sangat-sangat mengangumkan dapat lihat kanak-kanak ini bijak memilih keputusan dan tahu menilai yang mana baik atau buruk.. Jom kita baca sedikit tentang Video ini dan tonton sendiri video  'Slap Her: Children’s Reaction’ ini...

KUALA LUMPUR: Satu eksperimen sosial menampilkan empat orang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak wanita trending di YouTube. 

Video ‘Slap Her: Children’s Reaction’ (Tampar dia: Reaksi kanak-kanak)  menggunakan kanak-kanak untuk mengetengahkan mesej tentang keganasan terhadap wanita. 

Video berkenaan menampilkan kanak-kanak lelaki berusia tujuh, lapan, sembilan dan sebelas tahun. Mereka kemudian membawa seorang kanak-kanak perempuan di hadapan mereka. 

Mereka ditanya beberapa soalan seperti apa yang cantik tentang knak-kanak berkenaan. Mereka juga disuruh untuk memegang dan membuat muka lucu di hadapan kanak-kanak perempuan itu. 

Kemudian kanak-kanak lelaki berkenaan disuruh untuk menampar kanak-kanak perempuan berkenaan. 

Mereka hanya tersenyum di hadapan mereka dan menggelengkan kepala. Kesemua mereka tidak mahu untuk menampar kanak-kanak perempuan itu. 

“Kerana beliau seorang wanita, saya tidak boleh melakukannya,” kata seorang kanak-kanak lelaki. 

Sambung seorang lagi, “Saya tidak mahu menyakitinya." 

Saksikan video penuh eksperimen itu:



Video itu dimuat naik pada 4 Januari lalu dan kini telah mendapat lebih daripada 14 jutaviews.


Apa pendapat korang tentang video berkenaan? Adakah sikap sebegini mencerminkan sikap golongan lelaki dewasa? lihat dan komen..


Credit To :AstroAwani

Gambar : extract from google


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

SENARAI LAGU MASUK FINAL AJL 29 2015


Senarai Lagu Final AJL 29 2015
Seriusss.. dah lama benar tak tengok Muzik-Muzik/Juara Lagu ni.. sejak dah kawen ni.. semua citer-citer kat TV teman tak tengok lansung.. apa-apa citer pun teman taktau termasuklah berita.. aiyappaa.. bukan taknak ambil tahu.. tetapi sebab kat umah teman ni TV dah rosak.. then nak beli baru pun fikir 10 ratus kali.. sebab? heee.. biasalah.. kami sayang nak guna duit.. kalau beli TV pun belum tentu kami dok mengadap TV tu kan.. bz sesaja.. Dari buang duti beli TV, baik kami beli mesin-mesin untuk memperkembangkan lagi bisnes kami.. ye dok?? huhuhuhu..

Ni yang benonya nak citer pasal Anugerah Juara Lagu atau 
AJL 29 yang akan bersiaran secara langsung di TV3 pada 18 Januari 2015 ... haa.. lagi 2 hari je.. Ahad ni weh.. 

Jom tengok Senarai Lagu Final AJL 29 2015 yang akan bertanding pada Ahad ini.. 


Terdapat 12 lagu yang akan bertanding pada malam Ahad nanti. Berikut adalah senarai penyanyi dan kumpulan bersama lagu-lagu mereka yang berjaya mara ke pentas akhir AJL 29, dijadual bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 18 Januari 2015 jam 9.00 malam.
Romancinta-Mojo


Gilalah-Stacy

Percayalah-Indah Ruhaila

Gadis Jolobu-Dato Hattan dan Waris

Matahari-Hafiz Suip

Rentak Laguku-Bunkface dan Amy Search

Sesal Separuh Nyawa-Alyah

Lelaki-Yuna

Apa Khabar-Joe Flizzow dan Sonaone

Malaikat-Hazama

Masih Aku Cinta -Shila Amzah

Di Pintu Syurga-Dayang Nurfaizah





Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 



BR1M - JOM SEMAK!

Salam Jumaat semua.. Pekabo.. udah makan kee... haaa.. dari semalam lagi.. bila dapat je online ni, terus fikir nak update menda ni je.. hu2.. pasal BR1M ni lah.. huhu.. bagi sesiapa yang layak terima BR1M tu, udah semak ke? sebab Notis dan dikeluarkan beberapa hari yang lalu dimana semua pemohon yang layak akan menerima BR1M bermula pada 15 Januari ni.. haaaa.. kalau belum check .. jom semak, tengok permohonan korang lulus ke tak..


Check kat ( klik )





Dan kalau bila check kat Bank korang nape jumlah yang dimasukkan sedikit dari tahun lepas, jangan ngelabah ye.. untuk sesiapa yang belum tahu.. kali ni bayaran BR1M dibayar secara berperingkat-peringkat.. iaitu :

Bagi Kategori Jumlah Bantuan RM950
Bayaran Pertama dibayar bermula 15 Januari 2015   : RM300
Bayaran Kedua dibayar bermula 28 Mei 2015           : RM300
Bayaran Ketiga dibayar bermula 28 Spetmber 2015  : RM350

Bagi Kategori Jumlah Bantuan RM750
Bayaran Pertama dibayar bermula 15 Januari 2015   :  RM200
Bayaran Kedua dibayar bermula 28 Mei 2015           :  RM200
Bayaran Ketiga dibayar bermula 28 Spetmber 2015  :  RM350

Bagi Kategori Jumlah Bantuan RM350
Bayaran dibayar bermula 15 Januari 2015                 :  RM350

Haaa.o, jangan ada yang ras apelik lak nape jumlah yang dimasukkan sedikit sangat dari yang dimohon.. hemm.. teman pun rasa macam tak best le pulok bila dapat sikit2 macam ni kan.. ingat dapat sekali banyak terus.. huhuhu.. tapi bersyukurlah dengan apa yang ada.. daripada takde lansung.. kannn.... aaachumm.. K byeee..


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 




12 Januari 2015

SESI PERSEKOLAHAN 2015


Haaa.. Pagi ni mesti ramai ibu-ibu dan bapa-bapa mahupun penjaga yang up status pasal anak-anak dah masuk sekolah/memulakan sesi persekolahan 2015 kan... Huhuhu.. Termasuklah group wasap teman dan adik beradik lain.. Semua pakat share gambo anak masuk sekolah.. Haha.. Semart-semart n cute semua.. Semoga anak-anak sedoro ku dan anak-anak kawan semua berjaya apabila dewasa yea.. Belajo rajin-rajin ok!!
Danish no 4 dari belakang.
Abahnya kat belakang tu..
Danish.. Ready dah tu..
Hujung sekali yang tengok kamera tu balkis namanya.. Anak adik yang bongsu.. 

Ada lagi gambo lum upload.. Biar ini dulu lah.. Huhuhu.. Hari ni bz.. Mcm mcm hal.. K byee..


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 




Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers