Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

04 Februari 2015

BUKAN BERHIJRAH, TAPI SEBAGAI JENAZAH..

Allahuakbar.. sayu dan hiba baca ayat yang terpampang dekat gambar atas ni.. bukan sayu dan hiba kerana orang yang dimaksudkan dalam gambar tu.. Tetapi terkenang kalau diri sendiri jadi seperti itu.. Yea.. memang kita semua akan mati.. tetapi.. cara mati kita tu kita takkan tahu bagaimana.. Bila.. dan dimana.. 

Kalau teman mati, biarlah dalam keadaan telah selesai tunai solat.. kerana takut dengan seksaan yang bakal tiba akan datang ketika di alam barzakh..

Kalau kita selalu lengahkan solat, terlupa solat, apatah lagi tak pernah solat.. mahukah Allah makbulkan segala hajat dan permintaan kita? Mahukah Allah berikan rezeki yang murah untuk kita? Mahukah Allah memelihara keselamatan kita? Hanya Allah yang dapat menjawap semua..

Kadang kita lupa mengucapkan terima kasih kepadaNYA kerana kita fikir setiap kejayaan yang kita kecapi, semua atas usaha kita sendiri.. tetapi.. kita lupa.. Allah yang mengaturkan segalanya.. susah senang, untung rugi, kaya miskin, bahagia atau sedih.. semuanya Allah yang aturkan.. 

Semoga kita sentiasa mengingati Allah setiap masa.. kerana Allah akan sentiasa memerhatikan kita.. InsyaAllah.. jika kita mengingati Allah.. HAJAT dan DOA kita pasti akan termakbul.. 


dan kalau kita LUPA pada Allah.. mana mungkin Allah akan makbulkan permintaan kita? 

Muhasabah diri sendiri .. 




Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 



DAH TERTULIS ITU REZEKI AWAK




SHARING IS CARING | Kebergantungan 100% dengan Allah.. 
Kita akan mendapat rezeki yang tak disangka-sangka..
*****************************


" DAH TERTULIS ITU REZEKI AWAK"

Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya. 

Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol. 

Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle tu sambil tutup lubang minyak tu.. buat lambat sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk. 

Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia. 

Saya cakap ..

"ambillah akak malas nak refund ke dalam.."

Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu.. 

Saya tanya dia, "eh apesal?" 

Dia jawab dalam menahan sebak.

"Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free," 

Saya pula sedih.. saya senyum je dan cakap.

"Dah tertulis rezeki awak," 

Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah 'banjir' dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan. 

Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ..

Dan patutnya tadi saya guna debit kad, isi penuh ja.. tetapi saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah dah susun dan atur cantik2. 

Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Teratur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.

Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak.

**Copy paste dari Fanpage Sambal Ketuk





Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 





30 Januari 2015

Kisah 3 Orang Sahabat Terperangkap Dalam Gua

Diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab beliau pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda :
"Ada 3 orang sahabat yang sedang berjalan jalan di hutan, karena terlalu lama berjalan masuk kedalam  hutan, akhirnya mereka tersesat, malam nya karena terlalu gelap dan akan turun hujan maka mereka berteduh ke dalam gua.Didalam gua ada batu besar yang jatuh dan menutup mulut gua tersebut, Ketiga orang itu panik dan mendorong batu sekuat mungkin tapi tak berhasil. Mereka berkata satu sama lain"Tidak ada yang dapat menyelamatkan kita kecuali Allah Swt. dengan menyebutkan kebaikan kebaikan yang pernah dilakukan".

Orang pertama mengatakan:
"Ya Allah orang tuaku sudah tua renta dan setiap pagi aku mengantarkan susu untuk mereka sebulum keluargaku(anak dan istriku)sendiri. suatu hari aku pulang terlalu malam dan secepatnya aku memerah susu biri biri(domba), tetapi saat melihat mereka, mereka sedang tidur dengan nyenyaknya. Aku tidak ingin memberi minum susu keluargaku sebelum mereka, maka aku tunggu mereka dari malam hingga fajar, saat mereka bangun mereka langsung meminum susu yang aku pegang. Wahai Allah jika dalam pandangan Mu aku melakukan itu semata mata karena Mu maka keluarkan kami dari tempat ini".Maka bergeserlah batu tersebut sedikit.

Orang kedua mengatakan:
"Ya Allah aku adalah orang yang sangat kaya . Aku memiliki seorang sepupu yang cantik nan seksi, aku selalu mengajak Nya untuk berzina namun ia menolak. Pada suatu hari saat sedang krisis makanan ia meminjam uang kepadaku, aku memberikan Nya 120 dinar dengan syarat ia harus  menuruti kemauanku , wanita tersebut tidak mempunyai pilihan lain, namun ia mengatakan"Haram bagimu merengut kesucianku kecuali bila kita sudah menikah".Setelah mendengar hal itu aku mengurunkan niatku tuk berzina dan memberikan uang itu dengan ikhlas.Wahai Allah jika dalam pandangan Mu aku melakukan itu semata mata karena Mu maka keluarkanlah kami dari tempat ini".Lalu bergeser sedikit lagilah batu tersebut.

Orang ketiga mengatakan:
"Ya Allah aku memiliki sejumlah pekerja dan mereka kubayar dengan upah yang penuh kecuali seorang lelaki yang sama sekali tidak mengambil upahnya dan langsung pergi, upahnya yang tak dia ambil dia investasikan hingga aku mempunyai kekayaan yang banyak. Pada kemudian hari dia meminta upahnya yang belum ia ambil "Wahai Hamba Allah bayarlah upah yang belum kuambil selama ini". Kemudian aku mengatakan "Semua haiwan ternak dan pekerja yang sedang kau lihat adalah milikmu". Ia mengatakan"Wahai Hamba Allah janganlah kau mengejekku". Aku mengatakan"Aku tidak mengejekmu, ini semua adalah milikmu ambilah". Maka ia ambil semua miliknya tanpa bersisa.Ya Allah jika dalam pandagan Mu aku melakukan hal tersebut semata mata karena Mu keluarkanlah kami dari tempat ini".Akhirnya batu tersebut bergeser sedikit lagi dan membuat jalur yang sangat lebar, mereka semua dapat keluar dari gua tersebut.

Subhanallah!!!Maha suci Allah dengan segala kesempurnaan.

Wassalamualaikum Wr. Wb.




Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 



Ayatul Qursi dan Maksudnya


Dalam lisan....

ALLAHU LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUMU. LAA TA'KHUDZUHUU SINATUW WA LAA NAUUM. LAHUU MAA FISSAMAAWAATI WA MAA FIL ARDHI. MAN DZAL LADZII YASFA'U 'INDAHUU ILLAA BI IDZNIHI. YA'LAMU MAA BAINA AIDIIHIM WA MAA KHALFAHUM. WA LAA YUHITHUUNA BI SYAI-IN MIN 'ILMIHII ILLAA BI MAASYAA-A. WASI'A KURSIYYUHUSSAMAAWAATI WAL ARDHA. WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL AZHIIM.

Terjemahan....
Allah tiada tuhan selain dia yang maha kekal lagi terus menerus mengurus makhluknya.tiada mengantuk dan tidak tidur kepunyaannya apa yang di langit dan di bumi.siapakah yang dapat memberi syafa'at disisi Allah tanpa izinnya? Allah menetahui apa-apa yang ada di belakang mereka dan didepan mereka,dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang di kehendakinya.kursi Allah meliputi langit dan bumi, dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,dan Allah lagi maha tinggi dan maha besar.(QS : Al-Baqarah : 255)

Khasiat....
Barang siapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali setelah solat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpelihara dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang dapat memudaratkan dirinya dan keluarganya, anak-anaknya, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T

Sedikit keterangan dari kitab, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan hatinya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah..Aminyarobbalallamin

Rasullullah s.a.w. bersabda : "Barang siapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

Sabda baginda rasulullah : "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwudhu dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Allah memelihara Nabi Muhammad.  

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Kursi saat berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sholat yang lain.
  
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap solat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap solat Fardhu, Allah menganugerahkan dia terpelihara keselamatan..

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya,Dari Abdullah bin 'Amr r.a. 



Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 




28 Januari 2015

Giveaway Mudah amirnawawi.com


Klik Banner untuk Join

Giveaway Mudah amirnawawi.com


Salam sejahtera diucapkan kepada semua. Entri ini adalah entri untuk Giveaway Mudah di blog amirnawawi.com. Saya begitu teruja untuk turut serta dalam giveaway ini. Giveaway ini cukup mudah dan pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada pemenang. Jom kita semua sertai bersama.

Berikut adalah antara hadiah yang ditawarkan :
1. Panasonic Digital Cordless Phone
2. Plush Toy dari LINE
3. Wang Tunai RM10 untuk 4 pemenang
4. Review blog untuk 3 pemenang.
5. CD Karmin dan Glee Original dari Sony BMG
6. Patung Churp-churp yang comel lagi kiut miut
7. Dan pelbagai hadiah lain yang akan dikemaskini
(Hadiah akan ditambah dari semasa ke semasa)

Referall terbanyak akan menerima hadiah khas iaitu RM30 & Buku Pilihan
Done Vote!


Tag :

Mimi, Zaza, Fiza


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 






WORDLESS WEDNESDAY | PAGEVIEW CANTIK

Macam biasa.. kalau dah suka No.8 dan no. 2.. Mesti nak tepek gak kat blog.. suka No.8 tu.. heee.. 

Ni saja tepek sini, sebab nak simpan sebagai kenangan.. biasalah.. jakun dapat PV tinggi macam ni.. tak pernah dapat lea katakan.. sekarang PV dah turun balik.. huhuhuhu.. tak sampai 4 ribu PV sehari.. kesiaaannn... bila la nak dapat PV tinggi macam hari tu yea.. aishhh... Verangan jelaaa.. 




Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 






HD WALLPAPER CANTIK-CANTIK!!







Haii.. Nak share dengan korang semua HD Wallpaper kegemaran teman, teman selalu guna untuk jadikan sebagai background Whatsapp , Wechat, LINE dan semua2 yang boleh letak background lah.. hee.. baru ada feel nak menaip kat semua Chat application tu kan.. ho2.. Teman selalu dapat wallpaper cantik cantik dari rakan Blogger zazazehra.com , selalu je curik wallpaper yang dia pakai.. eh.,. bukan curi.. tapi minta atas kebenaran.. ha2.. sampai sekarang masih guna wallpaper bunga2 suasana pink purple tu.. hee.. yang tu tak mau share sini.. ekslusif sikit tu.. heee... yang lain boleh lah share sini.. jom nengok kot korang pun tercari2 wallpaper cantik2.. jomm..!


More HD Wallpaper!!! KLIK link bawah ni..




Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 




27 Januari 2015

RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU

 









Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free )



26 Januari 2015

TIPS DAN CARA KELUARKAN KAHAK BAYI

TIPS HILANGKAN KAHAK BAYI |
Teman teringat dulu pernah ketika teman di Kg, adik teman hadapi kerisauan bila anaknya banyak kahak seperti tersumbat hidungnya.. kesiann.. tau la kan.. baby mana leh bercakap.. kesian tengok baby bernafas pun berbunyi-bunyi.. adik dan teman masa tu tak tahu nak buat apa.. dah cuba sedut hingus dan kahak guna cara petua orang tua-tua.. tak boleh jugak.. guna pum kecik untuk sedut hingus pun tak boleh gak.. lagi risau bila anak tu anak yang first, adik pu  takut-takut nak buat.. akhirnya bawa ke hospital.. sedut kahak guna mesin... 
Ya Allah.. punya lea risau masa tu.. Risau ada effect lain lak sebab guna mesin tu.. Alhamdulillah doktor tersebut pandai kendalikan dengan cermat.. Anak sedar teman tu sihat walafiat hingga kini.. Alhamdulillah.. tapi kalau boleh.. tak digalkkan lah guna mesin tu untuk sedut kahak or hingus baby.. kalau boleh try cara tradisional gak yea.. haa. ni tema  terjumpa petua ni dekat Page Legacy Secret.. jom kita baca sama-sama..
1) Air kelapa
Minum air kelapa yang pure, yang tanpa gula.
Nanti kahak keluar melalui hingus atau najis.

2) Madu
Guna madu asli.
Cara : 1sudu madu + 1biji limau nipis + air
Kalau baby, madu + air
Guna air zam-zam ( ada molekul penyembuhan ) atau air musoffa

3) Teknik tepuk @ percussion

4) Gas nebulizer
Untuk cairkan kahak.
Kahak akan keluar melalui najis atau muntah

5) Rawatan makanan tambahan yang mengandungi Omega - ia membantu mencairkan kahak

6) 2 ulas bawang putih + minyak masak
Cara :
-bawang putih dibakar hingga lembut
-lenyekkan + cikit minyak masak
-lulur ke leher, dada, belakang baby

7) Daun kaduk + kapur + air
Cara :
- daun kaduk + kapur + air di ramas-ramas
- lulur ke dada, leher, belakang baby

8) Kunyit hidup
Cara:
- bakar kunyit hidup
- gesek pada lesung batu
- ambil air pada lesung dan sapu pada hidung dan dada baby
Thermal steam therapy - duduk dekat air humidifier beberapa minit atau letak muka over mangkuk air panas

** Jika bayi hidung tersumbat boleh ambil ibu kunyit, sapu di batang hidung sampai ke dahi secara menegak.

Credit to : Page Legacy Secret



Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers