Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

28 Mac 2015

KLINIK VETERINAR MUEZA, SETAPAK | THANK YOU

Butang dah melepasi tempoh dua minggu yang doktor sarankan untuk pantau kesihatannya.. Malah kalau ikutkan Butang dah kembali sihat dan cergas macam dulu start hujung minggu pertama lagi.. Dia dah pandai gaduh balik.. Dia dah start belasah Oyen balik.. 

Masa sakit hari tu.. Ku sangkakan diorang dah berbaik.. Sebab elok je diorang.. Tak gomol pun.. Rupanya butang saja simpan geram Dia kat Oyen sebab masa tu Butang sakit.. Kalau lawan kang dia yang cedera parah.. Tu sebab time Oyen marah Butang, butang relek je.. Huhuhuhu.. Tahan sabo rupanya.. Bila dah sihat.. Haaa.. Dah Tiga-Empat kali gak bergomol sampai tercabut bulu depa ni.. Adoii lah.. 

Haa.. Dalam punya happy butang dah sembuh.. Rupanya teman terlupa nak citer pasal Klinik Mueza yang kami hantar Butang tu.. Terbaek klinik tu.. Dr pun bagus-bagus.. Tak sombong.. Haa.. Masa hantar Butang tu doktor yg incharge masa tu ialah Dr. Anis.. Kecik molek dan bersuara halus dr nya.. Sebab tu Butang macam tak melawan je dengan Dr Anis ni.. 

Beberapa hari tahan butang di wad klinik mueza.. Kami ada gak datang melawat butang setiap hari.. Semasa berada disana.. Butang makin bolat.. Bermakna dijaga rapi oleh pihak Mueza.. Manja giler butang bila kami datang melawat.. Apa-apa pun thanx buat Dr Anis dan team Klinik Mueza, Setapak.. kami berpuas hati dengan layanan dan cara rawatan u all.. thanx again!

Komen teman dan hubby miaw tentang Klinik Mueza :

1.) DR.Zulkifli ABD Ghani or Dr. Ahmad Razeen Zulkifi dan Doktor Anis.. Semua Doktornya Peramah.. Plus nampak penyayang dengan kucen-kucen.. Lembut je cara melayan kucen.. 

2.) Doktor bagi penerangan begitu terperinci dan sangat puas hati Bila apa yang kita nak tahu terjawap disana..

3.) Senang dan dekat dengan umah teman..

4.) Kos rawatan yang berpatutan..

5.) Ada sistem.. Giliran ikut Nombor daftar

haa.. nanti teman citer lak tentang Hospital Verterinar KL punya citer lak yea..  Hospital Veterinar Kuala Lumpur (HVKL)




Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Entri Tentang Butang di Blog Shehren Shahadan

Jom singgah blog Shehren Shahadan (Rin) dan baca kisah tentang Butang.. alahai.. kalau butang pandai baca dan faham.. tentu dia suka cerita dan gambar pasal dia ada dalam blog lain.. seronok melompat-lompat dia kot.. bangga dan kembang lobang hidung kot.. hihihihi (suka-suka je teman menambah perasa ye!) 

haa.. kalau rajin singgahlah blog Shehren ni yea.. beliau juga seorang Pencenta Kucen.. buat Sheren Shahadan.. tq sebab sudi layan pertanyaan teman yang bertubi-tubi hari tu yea.. 

hehehehe.. lega rasa hati Butang dah Ok sekarang.. buat korang semua.. sila klik link bawah ni untuk baca story tentang butang di blog Shehren Shahadan.. 





Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Pelbagai Jenis Tuala di Afrena de Boutique


Baru balik dari Uptown (Danau Kota), tadi gi jalan2 dan jenguk2 barang2 kat sana kot ada terbekenan nak beli.. tapi last-last tak beli apa-apa pun.. just pusing-pusing ajo.. cuci mata.. heee..

Pastu singgah kat tapak jualan Tuala yang sering di serbu orang ramai tu haaa.. mana lagi kalau tak Afrena De Boutique.. kan kat situ ada bermacam jenis tuala.. Dari semurah rm10 (biasa), rm20 / rm30 (tengah2) hingga ke rm40 (kualiti hotel).. 

Heee.. Dalam cuci mata tu.. Ternampak tuala jenis dalam gambar ni.. Aloh.. Terbekenan le pulokkk..korang suka tak? Mana nak cari?? 

Haaa.. Silalah ke Afrina De Boutique.. Dekat petronas danau kota.. Setentang aje dgn petronas tu.. Mesti jumpa punyaaa..kalau tak jumpa gop.. Hemm.. Nah alamatnya.. 

Afrena de boutique
Lot 7&243 Danau Kota Uptown, 
53300 Setapak,Kl 

Hubungi : 0162148720/0166308772


Haa.. pasni.. korang tak perlu pening-pening kepala nak mencari Tuala yang bermacam corak, nak tuala tema bola sepak?? adaaa.... Nak tuala tema Frozen?? Nak tuala tema Spongebob? Nak tuala MickyMouse? Nak tuala Wrestling?? Haaaaa.. semua adaaaaaaa.. 

Lagi??? Nak Tuala takde tema?? Nak Tuala jimat kos? adaaaaaa... Nak tuala berkualiti hotel? pun adaaaaa... Hehe.. Tapi Tuala macam kat atas tu.. memang cantik kannn.. lepas mandi, sarung je kat badan.. takyah susah2 nak lap.. nanti dia kering sendiri kan.. hihihi... (pemalasnya dia niiii)

Note : kat situ bukan saja ada Tuala.. kalau korang nak cari beg tema bolasepak tu.. pun ada jugak yea.. takyah pening2 nak cari kat mana dah.. situ pun ada.. lagi satu.. kelambu baby.. haaaaa.. pun ado yeoppp.. yong... silalah menjenguk yea.. dibuka setiap jam 10.00 malam hingga 3 pagi.. Isnin dan Selasa je diorang Off..

Kalau nak tempah banyak2 atau secara PUKAL pun boleh.. sila call terus bercakap dengan owner nya yea! tengok No. telefon dan Alamat tertera yang teman berikan tadi.. ..




Nak Baca Lagi Citer Bergambar? 
Klik Link bawah ni ye.. 










Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


26 Mac 2015

ADVERTORIAL.MY BANTU BLOGGER BUAT DUIT TULIS REVIEW

KLIK pada gambar diatas untuk Daftar Advertorial.MY... ada ramai sangat Blogger yang dah merasai income hasil dari join Advertorial ni tau.. terbaekkkk..  |


Bagi korang yang baru mengenali Advertorial.MY dan tak faham apa tugas dan fungsi Advertorial, meh teman share sikit apa yang teman ada baca tentang Advertorial ni.. 


Advertorial.MY adalah sebuah website yang menjadi orang tengah antara blogger dan para pengiklan untuk mendapatkan khidmat review dari blogger. 

Objektif dan tugas UTAMA mereka adalah mencari ADVERTISER atau pengiklan yang berpotensi untuk menggunakan servis review untuk menulis review diblog-blog blogger yang berdaftar secara rasmi di Advertorial.MY.

Tapi ingat.. nak start jana pendapatan dengan Advertorial ni, korang kena mendaftar dahulu dengan Advertorial.. Sebab Job Review ini hanya untuk blogger yang berdaftar sahaja. Blog yang tak daftar tak akan dapat job dari Advertorial.MY ini. tengok cara nak daftar kat bawah ni.. moga membantu korang untuk lebih faham.. hehehehehe.. menyenangkan korang gak kan..
=============== Email dari Advertorial ==============

Hello,
Kalau anda MEMILIKI laman blog dan nak advertorial job sila ke:

Terima upah antara RM30 – RM350 untuk setiap artikel atau review yang anda tulis.

Untuk buat duit caranya mudah:
1: Daftar akaun “Publisher” dengan kami.
2: Submit blog anda untuk penyenaraian.
3: Kami carikan pengiklan berpotensi.
4: Terima tempahan & tulis review.
=============== Email dari Advertorial ==============

Haaa.. kalau korang dah daftar join Advertorial (Publisher) ni.. insyaAllah blog korang berpotensi menerima Job Review oleh para ADVERTISER atau pengiklan nanti.. 

Untuk mendaftar, Blogger perlu mengisi maklumat dan profile blog mereka dengan mantop dan boleh menarik minat ADVERTISER untuk menggunakan khidmat penulisan dan review Blogger itu nanti. Ayat memancing pengiklan kena pandai yeee.. heee.. Tulis ayat yang menarik dan terbaik agar boleh tawan hati advertiser untuk menggunakan khidmat blog kita. Nak seribu daya, taknak seribu dalih.. jangan le pulak korang alakadar aje.. seperti melepaskan batuk ditangga lak.. nak jana duit.. kenalah berusaha bersungguh2.. dan buat elok2.. 

Bagi yang berminat boleh daftar di sini ---->> Daftar Advertorial.MY

Advertorial.MY ini sebenarnya membuka peluang yang terbaik utuk para blogger mencari peluang untuk mendapatkan kerja dengan menulis REVIEW para advertiser diluar sana. Jika diluar negara banyak khidmat sebegini wujud. Alhamdulillah kali ini peluang blogger Malaysia terbuka luas dengan adanya Advertorial.MY ini.

Jika sebelum ini kita dapat lihat dan dengar blogger-blogger otai dapat buat duit dengan menulis REVIEW dari syarikat-syarikat besar. Kali ini peluang blogger biasa juga boleh buat duit dari perkara yang sama dengan platform yang diwujudkan oleh Advertorial.MY. Kira Advertorial.MY ini adalah LUBUK BUAT DUIT baru kepada blogger di Malaysia.

Opsss.. lupa lak nak cakap.. Upah Job Review tu memang kita yang tentukan tau.. tapi.. jangan pulak korang letak harga terlalu tinggi lak.. kang takut pengiklan nak amik korang, dan jangan pulak letak harga rendah sangat.. kang tak balik modal pulak.. huhuhu.. biar sedang-sedang ajo.. Letaklah harga secara berpatutan yeaa..

KLIK gambar untuk Daftar Advertorial.MY
Hari tu masa mula-mula Advertorial diperkenalkan, daftar hanya RM29.90 je seumur hidup.. lepas tu sejak semakin dikenali dan semakin mendapat tempat di kalangan Blogger.. dan banyak menajdikan Blogger2 KAYA walau duduk rumah pun boleh jana duit.. harga pendaftaran dinaikkan pulak.. sekarang RM59.90 (kira Rm60 la senang kan) haaa.. punya mendapat tempat Advertorial ni korang tau.. hoh... boleh naik lagi pasnih.. bahaya ni.. baik cepat2 daftar.. kang lagi mahal fee nya.. aloh.. seumur hidup kot.. pastu bulan2 dapat job review dah boleh cover balik duit daftar tu.. pastu merasalah korang duit gaji walau dok umah aje.. hehehehehe

Sape yang taknak 
peluang mendapat bayaran daripada advertiser  bernilai RM30 hingga RM350 masyukkk tiap tiap bulan? yang penting.. USAHA kena gigih la yea!
Jom!! Klik untuk Daftar Advertorial.MY


credit : Pokok2U

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


25 Mac 2015

KEMPEN BSN KUCING HAPPY! HAHA COMEL!!

Hihihi.. memang kalau bab-bab kucen ni.. teman sukaaa sangat2.. hihihi.. sebab.. comel giler depa nih.. hihihi.. nak pulak boleh bercakap.. kih3.. tengok dalam gambar diatas ni.. comel kannnn.. 

haaa.. buat korang yang belum tau lagi.. sekarang ni team Bank Simpanan Nasional telah menubuhkan sebuah Jabatan baru dan melantik seorang Pengarah yang... comel. 

Memperkenalkan, Kucing Happy! korang hanya perlu beritahu Kucing Happy bagaimana dia boleh membuatkan korang happy, dan dia akan respon kepada permintaan korang dalam video seterusnya.
korang boleh buat permintaan ‪#‎KucingHappy‬ dalam ruang komen di Facebook BSN nanti.. hehehe

Haha.. tak percaya ke teman cakap kucen ni comeyy?? kalau tak caya.. cuba tengok Video kat atas ni.. mesti korang nak senyum sorang-sorang punya bila tengok video ni.. nak tengok lebih lagi? 
Haaa.. ni Video pertama.. Kucing Happy meng-happy-kan 10 orang yang bertuah yang hantar wish diorang di FB/Instagram/Twitter/ dengan Hashtag KucingHappy (@#KucingHappy
Respons korang semua akan dimasukkan ke dalam mangkuk ini. Nantikan videonya esok di mana kucing happy akan menjawab wish korang. Jom tengok siapa yang kena!
 hantarkan lagi wish anda di Facebook, Twitter dan Instagram, atau layari www.bsn40tahun.com.my.
Hemmm.. patutlah BSN ligat buat survey sebelum ni.. ruap-rupanya.. diorang nak buat segmen macam ni.. hehehehe.. boleh menghepi kan diri tengok Video #KucingHappy ni menunaikan hasrat orang.. hihihi.. walaupun hanya gurauan.. tetapi atleast hilang stress tengok video ni..TAPI BILA BACA YANG NI MACAM REAL JE.. KLIK hemmm...  

hihihihi.. So.. kalau korang pun nak join, dan tengok apa pula kata KucingHappy tentang wish korang tu.. haaa.. 


Hantarkan Impian korang di ---> BSN 40 Years

Page Facebook BSN ---> BANK SIMPANAN NASIONAL


Untuk dapatkan happy setiap hari, 


layari www.bsn40tahun.com.my‪#‎bsn40tahun‬ #JomHappy 


*Tertakluk pada terma dan syarat



Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

Resepi Pizza Ala Dominos



Resepi Pizza Ala Dominos 



UNTUK DOH PIZZA

4 cawan tepung gandum/tepung roti

1/4 cawan minyak olive oil ~aku guna minyak sayur je

1/2sk garam

1/2 paket yis mauripan

1 1/2 cawan air suam2 kuku je tau

Secubit gula

CARA BUAT DOH 

campurkn air dan gula kacau sebati

Tuangkan yis dan kacau dan biarkan hingga berbuih

Dlm mangkuk lain ayak tepung dan campurkan garam

Buatkan bulat ditengah2 tepung kemudian curahkn minyak dan bancuhan yis...

Kacau menggunakan pisau rata2 keliling tepung hingga ia menjadi bergumpal...

Uli hingga lembut dan perapkan 30 -45 minit hingga doh naik

Da naik keluarkn doh dan Tumbuk2 dan ratakan dlm loyang or bekas yg sesuai...sebelum ratakn sapu bekas dgn sefikit minyak ye...

Cucuk2 dgn garfu dan bakar dulu 25-30 minit suhu 180°c 

UNTUK TOPPING PIZZA

2 keping daging burger ramly

200gm daging cincang

1 botol sos spaggeti cendawan jenama adabi ~ apa2pon boleh

2 biji bawang merah ~hiris

2 ulas bawang putih ~cincang

1/2sk serbuk lada hitam

Sedikit mix herbs

Lada sulah

UNTUK TABURAN

2 batang sosej ~celur dan hiris

Cendawan butang dlm tin ~hiris

Nenas ~dipotong2

1 biji capsicum hiris

CARA-CARA :

1. tumis bawang merah n putih hingga garing

2. Masukkan daging...lada hitam n lada sulah...

3. Masukkan sos spaggeti gaul rata

4. Masukkan mix herb dan kacau...tutup api

SOS KEJU 

1 1/2 cawan susu segar

1sb butter /mentega

100gm cream cheese ~aku guna cheddar cheese je

1/2sk lada sulah

Garam dan gula secukupnya

2sb tepung gandum larut dlm air

CARA BUAT SOS KEJU

1. Panaskan butter

2. Curahkan susu segar dan masukkan cream cheese..kacau sampai cheese cair

3. Masukkan lada sulah...garam dan gula...4. Masukkan air tepung gandum dan kacau hingga sos agak pekat..tutup api.
.
** Bila doh roti pizza da masak sapu bahan topping....susun sosej n capsicum n nenas. N cendawan.
...
Curah sos keju dan tabur Mozarella cheese...bakar hingga cheese cair dan keperang2 perangan...dlm 25minit...siap!



Credit :


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page




Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers