Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

01 Jun 2015

10 tips motivasi untuk menjaga kesihatan

10 tips motivasi untuk menjaga kesihatan

Ok, sememangnya kita semua tahu menjaga kesihatan diri itu amat penting. Tetapi motivasi diri untuk bersenam adalah hak individu. Ia bergantung kepada pelbagai aspek seperti gaya hidup, pekerjaan, umur dan lain-lain. Tanpa motivasi yang berkesan, program kecergasan dan nutrisi anda tidak akan kekal lama. Mari kita lihat faedah yang biasa apabila kita cergas:
  1. Anda berasa bahagia dengan diri anda. Anda berasa lebih gembira dan boleh fokus tentang aspek-aspek lain dalam kehidupan anda.
  2. Perhubungan anda akan bertambah baik. Manusia suka berada di kalangan mereka yang positif. Sekiranya anda bahagia, orang lain juga begitu.
  3. Kecergasan memberikan anda keyakinan. Contohnya, pergi mesyuarat, mengetahui diri anda cergas dan sihat, memberikan anda kelebihan daripada yang lain.
  4. Kepada ibu yang baru bersalin, menjaga kecergasan dan kesihatan akan mengembalikan bentuk tubuh badan.
  5. Senaman yang berterusan biasanya mengurangkan penyakit kardiovaskular, beberapa jenis kanser, tekanan darah tinggi, kencing manis, osteoporosis dan murung.
  6. Melegakan tekanan: Bagi mereka yang bekerja kuat, sering menghadapi tekanan dan murung, bersukan dan berpeluh boleh membantu melegakan tekanan dan kemurungan ini.
  7. Mengurangkan risiko kecederaan. Apabila tulang dan otot anda kuat, risiko untuk cedera adalah rendah.
  8. Apabila anda sihat dan cergas, anda senantiasa berkeyakinan, melenyapkan rasa malu.
  9. Tubuh yang sihat dan cergas juga mempengaruhi keupayaan seks anda. Anda akan kelihatan hebat dan penuh stamina.
  10. Kepada sesiapa yang menggunakan 2000 kalori seminggu, jangka hayat akan meningkat dua tahun.

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

source : Zarraz Medicare
Zarraz Specialist



NUFFNANG DAH TAKDE IKLAN ??



huhuhu.. keciwa plak rasa bila bulan ni tak dapat cashout.. walhal sebelum ni tiap-tiap bulan cashout.. walaupun skit, janji cukup syarat untuk cashout.. memang taknak tunggu lama dah.. cukup je RM55 memang terus cashout.. bukan apa.. nanti takut Nuffnang Ambil balik kalau tunggu lama-lama.. hahahaha.. mana ada.. gurau je lah! sukati korang lah nak kumpul dan tunggu banyak baru cashout.. Nuffnang tak kaco pun.. cumaaa.. huwaaa... bulan Mei punya cashout tak ado.. geram pulak dengan nuffnang ni.. Nak merajuk lah.. huhuhu..

Ok lah.. actually teman dah cashout Nuffnang kali keempat dah.. baru siang tadi cek Nuffnang sampai.. esok insyaAllah teman nak gi masukkan cek tu .. tapi tu la.. dah le sikit.. pastu bulan Mei plak tak dapat cashout.. erghhh (lagi sekali merungut.. alo adik.. sila bersyukur okeh!) ok.. ok.. teman bersyukur apa adanya.. heee.. rezeki dari Allah.. tq Allah..

Sejak akhir-akhir ni, teman tengok iklan tak menari2 pun dekat blog teman.. apa sudah jadi? ke blog teman je macam tu? blog korang semua camne? huh.. maybe teman jarang update blog sejak akhir-akhir ni kot.. apa2 lah.. rasa nak merajok dengan Nuffnang.. 


JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

Gugusan Manjoi Dalam Sinar Harian 31 Mei 2015

Pintu gerbang memasuki ke Gugusan Manjoi

Gugusan Manjoi masuk paper Sinar Harian semalam.. Huhuhu.. Adik teman yang share kat teman semalam.. Aloh.. Rindu pulok kat kampung teman tu haaa.. Untuk sape-sape yang dok kampung yang sama dalam gugusan manjoi ni.. Meh kita baca sejarah dan asal usul nama "Manjoi" tu.. Hehehehe
GUGUSAN Manjoi adalah gugusan perkampungan Melayu dalam bandar terbesar di negeri ini di mana keluasannya hampir 580 hektar.

Di dalam gugusan ini wujud enam buah kampung iaitu Kampung Manjoi, Kampung Tengku Hussein, Kampung Sungai Tapah Tambahan, Kampung Seberang Sungai Tapah, Kampung Datuk Ahmad Said Satu dan Dua serta Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan Dua dan Jelapang Baru.

Setiap kampung berkenaan mempunyai sejarah kewujudannya tersendiri sehingga terbentuk satu gugusan perkampungan yang masih dipertahankan sehingga hari ini.

Petemuan bersama Ketua Kampung Manjoi, Syed Fairuz Syed Abas membolehkan Sinar Harian mencungkil sejarah kampung berkenaan untuk dikongsi bersama.

Syed Fairuz berkata, kampung itu diasaskan oleh Uda Kidal atau Tok Manjoi yang berpindah bersama isterinya Teh Manja, dari kampung asalnya yang terletak di Bota.

Menurutnya, kampung ini diasaskan Uda kidal sekitar awal 1900 lalu.

"Mengikut kisahnya, Uda Kidal bersama beberapa rakannya telah merantau ke luar daerah kelahirannya bagi memulakan kehidupan baharu.

“Malah nama Manjoi itu juga diambil dari nama isterinya yang dipanggil Manja atau ‘manje’ (dalam loghat Parit), dan akhirnya daerah berkenaan disebut sebagai Manjoi,” katanya.

Syed Fairuz berkata, penempatan asal Manjoi bermula di Kampung Tengku Hussein, kerana Raja Hussein mula-mula membuka penempatan di kawasan berkenaan.

Jelasnya, ketika aktiviti melombong bijih timah giat dijalankan di kawasan berkenaan sekitar zaman 40-an dan 50-an, penempatan di situ mula berkembang.

“Ketika itu, penduduk di kampung ini tidak ramai iaitu kira-kira 20 keluarga sahaja dan kawasan penempatan tersebut kita panggil Manjoi Lama.

“Kemudian pada awal 60-an, bermulalah penempatan baharu dibuka di kawasan Manjoi Seberang yang kemudiannya ditukar kepada Manjoi sahaja untuk meringkaskan panggilannya,” katanya.

Syed Fairuz menambah, enam Kampung di bawah Gugusan Manjoi memiliki ketua kampung yang dilantik kerajaan negeri bagi memudahkan  urusan pentadbiran.

Menurutnya, kerjasama yang baik antara semua ketua kampung dilihat sebagai satu kaedah terbaik dalam memastikan pembangunan dan kemajuan gugusan perkampungan tersebut pada masa hadapan.

“Alhamdulillah, masyarakat hidup dalam suasana harmoni biarpun terdapat enam kampung berlainan.

“Ia dilihat selaras dengan pesanan Tok Manjoi yang mahu generasi hari ini tidak bergaduh sesama sendiri dan dapat menjaga tanah di gugusan perkampungan berkenaan, agar tidak terlepas kepada pihak lain,” katanya.

Pembangunan semakin pesat

Mengulas dari segi pembangunan Gugusan Manjoi, Syed Fairuz berkata, pembangunan di gugusan perkampungan berkenaan begitu pesat melibatkan pelbagai infrastruktur seperti pasar raya, sekolah rumah kedai dan lain-lain lagi.

Jelasnya, kini penduduk boleh berbangga kerana telah memiliki pusat membeli belah iaitu Pasaraya Mydin yang terletak bersebelahan Pejabat Daerah dan Tanah  Kinta.

“Selain itu, kewujudan pasar, deretan kedai, klinik kesihatan, sekolah termasuk Pusat Pendidikan Al-Barakah yang diasaskan penceramah terkemuka, Datuk Mohd Kazim Elias, turut  melambangkan kemajuan di gugusan perkampungan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Fairuz berbangga dengan Padang Lintau yang  kini sedang dibaik pulih kerana melahirkan ramai pemain bola sepak terkemuka sekitar zaman 80-an dan 90-an lalu.

Menurutnya, padang itu bakal berubah wajah apabila dinaik taraf menjadi Stadium Mini Padang Lintau.

“Di Padang Lintau, menyaksikan kelahiran ramai pemain bola sepak terkemuka Perak malah ada yang pernah mewakili skuad kebangsaan.

“Antaranya Allahyarham Baharin Khamis, Abdul Rais Rashid, Ahmad Shahrul Azhar, Khalid Jamlus, V.Saravanan, Hardi Jaafar, Indraputra Mahyuddin dan ramai lagi,” katanya.

Selain itu, beberapa artis terkemuka tanah air juga merupakan anak kelahiran Gugusan Manjoi.

Syed Fairuz berkata, ramai artis-artis terkemuka tanahair era 80-an dan 90-an lalu seperti Aris Ariwatan, ND Lala, Azizul Khamis, Khairil Khamis dan dua kumpulan rock lagenda tanah air SYJ dan May berasal dari gugusan itu.

“Kita berbangga kerana di Gugusan Manjoi  telah lahir ramai artis terkenal tanah air.

“Sebelum itu, kita juga ada kugiran. Kalau tak silap namanya kumpulan Manjaria,” katanya.

Perancangan pembangunan sentiasa ada

Sementara itu Adun Manjoi, Mohd Ziad Zainal Abidin berkata, pihaknya memang memiliki perancangan pembangunan dan kemajuan Gugusan Manjoi pada masa hadapan.

Malah katanya, perancangan bagi memajukan gugusan itu sentiasa ada demi memastikan kesejahteraan hidup rakyat di sekitar kawasan berkenaan.

“Perancangan masa depan untuk gugusan ini sentiasa ada dan kita mahu pastikan Gugusan Manjoi terus membangun seperti kawasan lain,” katanya.

Note: huhuhu.. Teman pulak rasa kelakar baca part yang  kumpulan rock lagenda tanah air SYJ.. Errr.. SYJ tu bukan maharajalawak punya peserta tu ke?????  Ke teman yang silap?? Huhuhu..  

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

29 Mei 2015

Surprise Hadiah Besday dari Embun Beauty House

Huh.. entri ni dah lama sebenarnya.. tapi disebabkan teman terlalu-lalu busy sangat sekarang ni kerana mengejar target jualan.. so, mood nak ber blog tu ke laut sangat2 jugak lah buat masa ni.. hu2.. kesian blog tengkubutang ni kan.. tu yang sampai entri bulan mac punya pun ke laut.. baru hari nak nak publish.. teruk bebeno kan.. huhu.. apa-apa pun teman kena jugak up entri ini untuk ucap terima kasih buat Embun Beauty House kerana menghadiahkan shawl yang sangat cantik ini buat teman.. pandai dia .. pilih kaler kegemaran teman lak tu. Orennnn.. 

haha.. tq yea Embun...ok lah.. bagi sape-sape yang belum mengenali  Embun Beauty House ni.. meh la lawat Page dia.. ada macam-macam yang menarik hati untuk korang lihat dan.. beli.. hehehehe... 

Klik :

Embun Beauty House


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



MAKBULNYA DOA DIHARI JUMAAT


Sebaik-baik hari bagi umat Islam dalam sepekan adalah hari Jum’at. Ia-lahsayyidul ayyaam (pemimpin hari) yang paling agung dan paling utama di sisi Allah Ta’ala. Banyak ibadah yang dikhususkan pada hari itu, misalnya membaca surat As-Sajdah dan Al-Insan pada shalat Subuh, membaca surat Al-Kahfi, shalat Jum’at berikut amalan-amalan yang menyertainya, dan amal ibadah lain yang sangat dianjurkan sekali pada hari Jum’at. Di dalamnya juga terdapat satu waktu di mana doa begitu mustajab; dijanjikan akan dikabulkan. Tidaklah seorang hamba yang beriman memanjatkan do’a kepada Rabbnya pada waktu itu kecuali  Allah akan mengabulkannya selama tidak berisi pemutusan silaturahmi dan tidak meminta yang haram. Karenanya seorang muslim selayaknya memperhatikan dan memanfaatkan waktu yang berbarakah ini.

Salam Jumaat buat semua.. Rasanya blog tengkubutang dah semakin terbiar sahaja saat ini.. adoii.. tak tahu bilalah ada masa nak update blog ni.. rasanya dah seminggu lebih juga blog ini tak publish cerita terbaru.. harap lepas ni ada la juga masa terluang untuk bermanja-manja dengan blog ini.. oklah.. disebabkan ada masa sekejap aje.. (dari haritu taip camni kan..) tapi memang teman takde masa cukup pun untuk berblog.. so.. jom straight to the point lah yea... teman nak ngajak kome berdoa di hari jumaat yang mulia ini kerana pada hari Jumaat lah potensi doa-doa kita semua akan termakbul.. 

"Sesungguhnya pada hari Jumaat itu terdapat satu waktu yang tidaklah seorang hamba muslim berdiri berdoa memohon kebaikan kepada Allah bertepatan pada saat itu, melainkan Dia akan mengkabulkannya." Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya, yang kami fahami, untuk menunjukkan masanya yang tidak lama (sangat singkat)." (Muttafaq 'Alaih) 
Berdasarkan riwayat di atas, saat yang dimaksudkan adalah selepas Asar hingga sebelum Maghrib. Namun ramai juga ulamak yang berpendapat bahawa saat makbulnya doa yang dimaksudkan adalah di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Doa Di Hari Jumaat
Daripada Muhammad bin Al-Munkadir katanya, aku mendengar Jabir Bain Abdullah berkata: Aku pernah memperlihatkan doa ini kepada Rasulullah S.A.W lalu beliau bersabda: "Sekiranya doa ini digunakan untuk memperolehi sesuatu yang ada di antara Timur dan Barat dalam satu saat dari Hari Jumaat nescaya dimakbulkan oleh Allah untuk orang yang berdoa itu."

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

22 Mei 2015

Jom Join Ceria 1st Giveaway!


Petang-Petang ni rasa nak join Giveaway lak.. jom kawan-kawan kita pakat join ramei2.. 25/5/2015 ni tarikh tamat.. maknanya lagi berapa hari je.. jom join.. hadiahnya best gop... Klik Banner atas ni untuk join!

Teman nak tag Mimi , Zaza dengan Linda lah.. jom join jomm!



JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

KELEBIHAN / ISTIMEWA HARI JUMAAT

KELEBIHAN / ISTIMEWA HARI JUMAAT  | Salam Jumaat buat semua.. Hari ni macam biasa.. teman agak terkejar-kejar nak settle kan macam-macam.. aduh.. taktau le bila baru betul-betul sempat mengadap lama depan PC ni.. asik ada je hal nya.. apa-apa pun.. harap semua rakan-rakan yang sudi singgah sini memahami teman yea.. ok lah.. sempena hari jumaat yang mulia ni, teman nak share satu  perkongsian dari sebuah Facebook rakan.. teman amat tertarik dengan perkongsian ini.. maka teman share dengan korang pulak untuk tatapan bersama.. moga bermanfaat buat semua.. sebelum tu, Jom tengok gambar atas 
KELEBIHAN / ISTIMEWA HARI JUMAAT 
Hari Jumaat adalah hari hari besar di sisi Allah dan dikhususkan bagi umatnya. Ini jelas daripada Firman Allah yang bermaksud : "Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamu mengingati Allah serta tinggalkan jual beli. Inilah yang lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui". (Surah Jumaah ayat 9)

Dalam ayat itu, Allah melarang manusia bekerja dan berusaha untuk kepentingan dunia sebaik ia mendengar seruan azan solat Jumaat. Larangan ini menggambarkan bahawa menunaikan fardu Jumaat penting dan wajib dikerjakan.

Dalam hadis lain Rasulullah mengatakan hari Jumaat adalah hari yang besar disisi Allah. Ia lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha.

Pada hari Jumaat kita disunatkan pergi ke masjid awal,sekurang-kurangnya sebelum tergelincir mata hari. Ini kerana pada setiap hari Jumaat, Allah mengutus malaikat berdiri di pintu masjid untuk mencatat nama mereka yang masuk. Apabila khatib naik ke mimbar, berhentilah mereka mencatatnya.

Dalam perjalanan ke masjid kita hendaklah dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri. Apabila berada dalam masjid, janganlah melangkah kepala orang untuk kesaf hadapan atau berjalan di sisi mereka. Jika hendak duduk di saf hadapan, kita hendaklah datang awal kerana Rasulullah melarang keras melangkah kepala orang. Apabila masuk masjid, hendaklah kita solat dua rakaat tahayattul masjid walaupun pada masa itu khatib sedang berkhutbah.

Sebaik-baiknya hendaklah ia solat di tiang yang terdekat dengannya supaya orang ramai tidak lalu di hadapannya ketika ia sedang solat. .Ketika imam berkhutbah, kita hendaklah  mendengar nasihat dan tunjuk ajar yang disampaikan. Anggaplah nasihat itu untuk diri kita dan berazamlah untuk melaksanakan segala nasihat tersebut.

Jangan sekali-kali berkata-kata atau bercakap dengan teman ketika imam berkhutbah. Larangan ini jelas daripada sabda Rasulullah yang bermaksud:"Sesiapa yang berkata kepada temannya sedangkan imam masih berkhutbah: Dengarlah! Maka dia telah lalai, dan barang siapa yang lalai pada waktu imam sedang berkhutbah maka tiada Jumaat baginya." (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Setiap hari-hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. hari Jumaat adalah hari yang paling istimewa daripada hari-hari lain. Terdapat enam keistimewaan hari Jumaat iaitu :

1. Berlakunya hari kiamat.
Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”. (Hadis Riwayat  Ibnu Majah dan  Al-Baihaqi)

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari Syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam a.s. diciptakan, dan hari ini jugalah baginda diturunkan daripada Syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya : “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari Syurga.”

3. Penghulu segala hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat di namakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Daripada Abdullah bin Amr berkata sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

Jadi, sama-samalah kita berdo'a moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah s.w.t.

5. Kebaikan menjaga kebersihan dan memotong kuku.
Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan mandi walaupun waktu solat telah hampir. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yangsebaik-baiknya. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya do'a di antara dua khutbah.
Majoriti ulama'  berpendapat bahawa makbulnya do'a yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan". (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdo'a) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan do'anya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Sahabat yang dimuliakan,
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta."

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu."

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas."

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam , " dan

"Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya  : “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi." 

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tarmizi).

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam antaranya adalah :  

1.Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari kiamat.   Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda maksudnya : "Tidaklah daripada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur".  (Hadis Riwayat Tarmizi)       

2. Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo'akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.    Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

3. Waktu solat subuh membaca surah al-Sajdah dan surah Al-Insan.    

4. Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas 

5. Memperbanyakkan do'a, zikir dan selawat
Firman Allah Dalam Al-Quran maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)". (Surah Al-Ahzab, ayat 56)

6. Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

7. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud:  "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang."

8. "Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar."

9. "Mereka yang berdo'a dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah."

Marilah kita sama-sama kita menfaatkan malam dan hari Jumaat untuk kita mempertingkankan amal ibadah, berdo'a dan berselawat kepada Nabi s.a.w. Hari Jumaat adalah hari kebesaran umat Islam. Terdapat banyak pahala , ganjaran dan keistimewaan yang dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi s.a.w khusus untuk umat Islam yang mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Semoga kalian semua beroleh keberkataan dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t. dalam amalan soleh yang kalian kerjakan.

= BACA DOA INI JUGA =

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers