Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

21 Mei 2015

RESEPI/MENU UNTUK SEBULAN PUNYA MASAK!

RESEPI/MENU UNTUK SEBULAN PUNYA MASAK! haaa.. nin diaaaa.. lepas ni tak payah nak pening-pening dah kome wehh.. dah ada resepi untuk sebulan ni.. bolehlah hari-hari buat menu berbeza.. tak perlu memeningkan kepala lagi kan.. kadang-kadang hari-ghari masak, macam taktau nak masak apa dah.. macam teman ni lagi le.. dok berdua je.. nak masak apa pun taktau.. sampai tahap makan pun taktau nak makan apa.. mungkin kerja dah buat kami rasa mood nak makan tu blurr sikit.. 
Tapi kadang-kadang cuba gak masak makanan yang jarang-jarang makan.. mungkin yang tu buat kami leh makan dengan selera.. huhu.. tapi.. disebabkan bulan Ramadhan nak dekat dah.. teman pun carilah resepi-resepi yang boleh dimasak Ramadhan nanti.. itupun kalau sempat memasak.. kalau tak.. maybe tapau je.. macam tahun lepas.. teman masak sendiri je.. cuma hujung bulan tu teman mengalami sakit dan beraya pun di hospital.. akhirnya pecah jugak cabaran taknak beli makanan dari luar/bazar..  Takmau beli kat bazar bukan apa.. harga lauk atau kuihnya yang melampau serta tak berpadanan dengan harga.. but.. tak semua peniaga la macam tu kan.. ada segelintir nya aje.. 
Oklah.. jom kita tengok apa resepi-resepi untuk sebulan masak tu.. jommm!! 

•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*• Menu •*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.
1. Ayam Panggang Bermadu 
2. Udang Masak Serai Wangi 
3. Ikan Siakap Kukus 
4. Ikan Masak Berlada 
5. Ikan Kerapu Masak Asam Manis 
6. Ayam Masak Cendawan Ala Cina 
7. Pajeri Nenas 
8. Mee Hailam 
9. Ketam Bertelur 
10. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan 
11. Nehari (Kari Kambing Kashmir) 
12. Ikan Tiga Rasa 
13. Ikan Pari Lemas!!!! 
14. Tandoori Kurau 
15. Tom Yam 
16. Nasi Ayam Hakka 
17. Mee Rebus 
18. Gulai Tempoyak Ikan Kembung 
19. Ayam Golek Seri Pahang 
20. Kari Kepala Ikan 
21. Black Pepper Steak 
22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung 
23. Asam Pedas Tumis (Melaka) 
24. Soto Ayam 25. Nasi Paprik 
26. Nasi Dagang 
27. Mee Bandung Muar (resepi asli Muar) 
28. Gulai nenas ikan kering orang utara 
29. Ayam Bercili masak ketumbar 
30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*• Menu •*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.


.♥♥♥♥.•*´¨`*•.Ayam Panggang Bermadu•*´¨`*•.♥♥♥♥.
Bahan-bahan: 
1kg kepak ayam 1 senduk besar minyak bijan 2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi ) sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi) sedikit garam secukup rasa


Cara memasak:

Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu..... 
atas

.♥♥♥♥.•*´¨`*•.Udang Masak Serai Wangi •*´¨`*•.♥♥♥♥.
Bahan-bahan: 
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa 

Cara memasak:
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.
atas


.♥♥♥♥.•*´¨`*•.Ikan Siakap Kukus•*´¨`*•.♥♥♥♥.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
4cm halia - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang besar - dimayang
3 tangkai daun sup(saderi)
1/2 biji limau nipis
garam secukup rasa 


Cara memasak:
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi.
4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.
atas



♥♥♥♥.•*´¨`*•.Ikan Masak Berlada•*´¨`*•.♥♥♥♥.
Bahan-bahan:
3 ~ 4 ekor ikan sembilang
10 biji cili merah - dikisar
2 batang serai - dititik
1 ulas bawang besar - dimayang kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
air limau kasturi
sedikit garam dan gula secukup rasa 


Cara memasak:
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.
atas



.♥♥♥♥.•*´¨`*•.Ikan Kerapu Masak Asam Manis•*´¨`*•.♥♥♥♥ 
Bahan-bahan A :
1 ekor ikan kerapu
120gram tepung jagung
1 biji telur ayam
Sedikit minyak
(untuk goreng)
Garam secukup rasa 


Bahan-bahan B :
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3cm halia
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan
3 sudu cili sos
1 sudu cili giling
Sedikit kunyit hidup
3 sudu tomato sos
3 cawan air
Sedikit cuka masak
Garam secukup rasa 


Cara memasak:
1. Gaulkan bahan-bahan A danB (Goreng hingga rangup)
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.
Untuk hiasan:
Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.
atas



.♥♥♥♥.Ayam Masak Cendawan Ala Cina.♥♥♥♥. 
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam
1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dicincang
4 ~ 5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram 


Cara memasak:
1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).
atas




.♥♥♥♥.•*´¨`*•.Pajeri Nenas•*´¨`*•.♥♥♥♥.
Bahan-bahan:
Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
Sedikit serbuk kunyit
4 biji bawang merah ]
2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang
Biji sawi
gula sikit
garam secukup rasa
Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air 


Cara memasak:
1. Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit.
2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
3. lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).
atas



♥♥♥♥.•*´¨`*•.Mee Hailam•*´¨`*•.♥♥♥♥
Bahan-bahan:
1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn) 


Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dan cili api.
2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil.
4. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
5. Masukkan sayur2 an dan mee.
atas



♥♥♥♥.•*´¨`*•.Ketam Bertelur•*´¨`*•.♥♥♥♥
Bahan-bahan:
2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
3 sudu cili yang dah diblend
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih yang agak besar
sepotong halia
sebiji telur
garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
bawang besar 


Cara memasak:
1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
2. Masukkan secawan air
3. MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa
5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul,
6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.
atas




.♥♥♥♥.Ayam Kepak Masak Minyak Bijan ♥♥♥♥
Bahan-bahan:
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah
Sesame oil/Minyak bijan
Serbuk lada hitam
Fish sauce/Sos ikan
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)
Sos tiram 


Cara memasak:
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.
atas




♥♥♥♥Nehari (Kari Kambing Kashmir)♥♥♥♥ 
Bahan-bahan:
1 camca besar garam masala
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 cm halia dicincang halus sedikit garam
2 camca kecil serbuk cili
1 camca besar serbuk ketumbar
1/2 camca kecil serbuk buah pala
1 camca besar serbuk jintan kasar
1 camca besar paparika
4 labu bawang besar dihiris nipis
1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki )
150ml Tairu
2 camca besar tomato puri
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus
2 biji cili hijau dihiris
Minyak Vesawit untuk menggoreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa 


Cara memasak:
1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit.
3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.
atas




♥♥♥♥.•*´¨`*•.Ikan Tiga Rasa•*´¨`*•.♥♥♥♥
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap / kerapu
sedikit bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia
2 biji tomato (agak masak)
6 biji cili merah
10 biji cili padi
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit gula, garam
bhn utk dikisar 


Cara memasak:
1. Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan.
2. Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar
3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air
4. Tuang atas ikan
atas




.♥♥♥♥.•*´¨`*•.Ikan Pari Lemas!!!!•*´¨`*•.♥♥♥♥.
Bahan-bahanA :
1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar)
- di basuh bersih
- sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu.
- letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks) 


Bahan-bahanB :
5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)
2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus
2 batang serai di mayang halus
1 helai daun limau purut di koyak empat
25 biji cili padi di mayang halus
halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos minyak ikan
sedikit ajinamoto
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula
Bahan C:
10 biji limau kasturi 


Cara memasak:
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit
atas





♥♥♥♥.•*´¨`*•.Tandoori Kurau•*´¨`*•.♥♥♥♥
Bahan-bahan:
3 keping ikan kurau
1 biji liamu purut
1 sudu besar halia (dicincang halus)
2 biji bawang putih (dicincang halus)
5 sudu besar yoghurt
1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar
10 gm jintan halus
Setangkai daun ketumbar (dipotong halus)
Garam dan lada hitam secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi 


Cara memasak:
1. Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk.
2. Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam.
3. Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit.
4. Hidangkan bersama roti atau nasi.
atas




♥♥♥♥.•*´¨`*•.Tom Yam•*´¨`*•.♥♥♥♥
Bahan-bahan:
Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil)
Daging - 250 gm (dipotong kecil)
Udang - terpulang pada tukang masak
Bahan A –
Blenderkan Halia
3 inci Bawang merah
6 ulas Cili api
20 biji (seeloknya yg dah masak berwarna merah) 


Bahan-bahan lain :
Minyak masak - 1/5 cawan
Serai - 6 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh
Lobak merah - 2 btg (dipotong)
Bunga kubis - 150 gram
Putik jagung - 2 bungkus
Tomato - 3 biji (potong 4)
Bawang besar - 3 biji (potong 4)
Daun limau purut - 3 atau 4 helai
Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan
Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan)
Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu
Air
Garam
Bahan perasa - jika berminat 


Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A).
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu !
4. ditambah, hanya utk menyempokkan daging.
5. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu.
6. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak.
7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati).
8. Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api.
9. Akhir sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam.....
atas




.♥♥♥♥.•*´¨`*•.Nasi Ayam Hakka•*´¨`*•.♥♥♥♥.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar
Kicap cair (Cap Camel)
Minyak Bijian Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 biji
1 ketul kecil halia
Beras 2 tin susu
1 sudu besar garam
1 sudu kecil Ajinamoto
Sedikit lada putih 


Cara memasak:
1. Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
2. Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
3. Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
4. Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
5. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
6. Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
7. Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.
atas




♥♥♥♥.•*´¨`*•.Mee Rebus•*´¨`*•.♥♥♥♥.
Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua


Bahan-bahan kuah: 
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah 


Cara memasak:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.....
atas



.♥♥♥♥.Gulai Tempoyak Ikan Kembung.♥♥♥♥
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam 


Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
atas


.♥♥♥♥.•*´¨`*•.Ayam Golek Seri Pahang•*´¨`*•.♥♥♥♥.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan)
300 gm bawng merah (dikisar halus)
5 cm halia (dititik)
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan)
Garam dan gula secukup rasa 


Cara memasak:
1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya.
4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman,
atas




.♥♥♥♥.•*´¨`*•.Kari Kepala Ikan•*´¨`*•.♥♥♥♥.
Bahan-bahan:
1 kg kepala ikan
50 gm bawang merah
30 gm halia (dikisar)
30 gm bawang putih (dikisar)
50 gm cili kering (dikisar)
50 gm ketumbar
40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas
10 gm serbuk lada putih
40 gm serbuk kunyit
1 liter santan kelapa
20 gm garam
10 biji kacang bendi
6 biji terung 


Cara memasak:
1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa.
2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak.
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.
atas




♥♥♥♥.•*´¨`*•.Black Pepper Steak•*´¨`*•.♥♥♥♥ 
Bahan-bahan:
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu besar minyak masak 


Cara memasak:
1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
7. Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.
8. Siap untuk dihidang.
Tips:
Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries.
atas




♥♥♥♥.Gulai Tempoyak Ikan Kembung ♥♥♥♥.
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam 


Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
atas




.♥♥♥♥..Asam Pedas Tumis (Melaka)♥♥♥♥.
Bahan-bahan:
ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang 
7/8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari kaki belacan
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
air asam jawa
cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap)
2 sudu besar kerisik(kelapa goreng)
sedikit halba
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.
garam secukup rasa
perasa ajinomoto jika suka. 


Cara memasak:
1. Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat.
2. kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga.
3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.
5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau.
6. Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik.
7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
8. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.
9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.
10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus.
11. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.
Tips :
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap...
atas



.♥♥♥♥.•*´¨`*•.Soto Ayam•*´¨`*•.♥♥♥♥ 
Bahan-bahan A :
1 ekor ayam di potong ikut suka
3 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (di ketuk je)
2 inci halia (di mayang)
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah)
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)
Cara memasak:
1. Semua bahan A nie hendaklah direbus
2. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.


Bahan-bahan B :
10 bijik bawang merah
Cara memasak:
1. Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat
2. Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu.
3. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.


Bahan-bahan C :
Daun sup dan daun Bawang
Di potong dan masukkan dalam sup tu.
Sambal kicap
Bahan-bahan:
20 bijik cili api
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah)
2 ulas bawang putih
kicap
sikit gula 


Cara memasak:
1. Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat
2. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
3. Sedia untuk dimakan .
atas




♥♥♥♥.•*´¨`*•.NASI PAPRIK •*´¨`*•.♥♥♥♥.
Bahan-bahan
5 pinggan nasi putih panas
1/2 kilo isi ayam/daging
6 biji cili api, dihiris
3 ulas bawang merah, dimayang halus
2 ulas bawang putih, dimayang
1/2 btg serai dihiris
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak 


Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging.
2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.
atas




♥♥♥♥.•*´¨`*•.Nasi Dagang•*´¨`*•.♥♥♥♥
Bahan-bahan
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
6 ulas bawang putih, mayang halus
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa. 


Cara memasak:
1. Didihkan air didalam periuk kukusan
2. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
3. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
4. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
5. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
6. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
7. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang 


Bahan-bahanA :
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci) 


Bahan-bahan B :
Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis 


Cara memasak:
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
Pijarkan minyak di dalam periuk
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih
Masukkan santan pekat dan asam gelugor
Bila mendidih masukkan gula merah
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang 


Bahan-bahan :
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja 


Cara memasak:
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.
atas



♥♥♥♥.Mee Bandung Muar (resepi asli Muar).♥♥♥♥
Bahan-bahan
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)


NOTE:

Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu. 


Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.
atas




♥♥♥♥ Gulai nenas ikan kering orang utara♥♥♥♥. 
Bahan-bahan

1 paket serbuk kari ikan / ikan kering
1 biji nenas
Isi / tulang ikan talang kering
Santan
garam
bawang merah
daun kari
minyak untuk menumis 


Cara memasak:
1. Ikan talang direndam.
2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.
3. Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)
4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari.
5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.
6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi.
7. Siap dan boleh dimakan.
atas



♥♥♥♥.•*´¨.Ayam Bercili masak ketumbar•*´¨`*•.♥♥♥♥
Bahan-bahan :
1/2 kg ayam
Serbuk kunyit gaulkan
Sedikit garam
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putihditumbuk lumat
sedikit halia
4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus
4 sudu besar cili mesin/cili boh
2 asam keping 


Cara memasak:
1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya).
3. Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana).
5. Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan
atas



.♥♥♥♥Ayam Masak Lomak Cili Api 
Nogori Style ♥♥♥♥
Bahan-bahan
1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))
30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
1 inci kunyit hidup
2-3 batang serai (dititik)
santan (dr sebiji kelapa)
2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)


Cara memasak:
1. Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya..
2. Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik
3. Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak
5. Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure)
6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya..

Nota: Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.
nak tau Tips Memasak cepat??? 
KLIK SINI

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


20 Mei 2015

SELAMAT PAGI | DOA MEMULAKAN HARI

ِ السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُُِ 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡـمَÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِـــــــيمِ
Mulakan hari dengan bismillah... dan jangan lupa baca doa memulakan kerja yea.. klik SINI untuk baca Doa memulakan kerja.. dan Doa-Doa lain.. Semoga pada hari ini kita akan beroleh kebahagiaan dalam ibadah kerja kita.. ok.. masa terlalu mencemburui teman.. Jumpa lagi.. Assalammualaikum.. 
Jangan lupa.. Doa pagi ... jemput juga baca ni.. untuk memotivasikan diri kita sendiri..
AURA PAGI : Mengapa Usahawan Berjaya


JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

19 Mei 2015

PRODUK CODI DARI ASIA HERBAL BIOTECH (AHB) BERUPAYA MENYEMBUHKAN PENYAKIT

Produk berasaskan herba CORDYCEPS dengan penggunaan biotechnology |
Produk Cordy adalah satu siri berkhasiat yang dibangunkan menggunakan Cordyceps tertinggi yang dipatenkan, terhasil dari cendawan berharga dari China yang ditemui  sejak 1500 tahun yang lalu. Dibangunkan dengan falsafah menggabungkan pengetahuan lagenda dengan bioteknologi hari ini, Cordy telah mencipta produk yang menawarkan kita hanya yang terbaik untuk kesihatan yang baik .

hai.. pekabo semua,, sihat ke? heee.. gaya teman tanya ni macam dah lama bebeno tak update blog yea.. hehehehe... memang punnnn.. bz wehhh.. Ok lah.. biasalah.. teman kalau buka blog, ada masa selama beberapa minit aje.. tak boleh nak lama-lama.. sebab ada macam-macam kerja nak buat.. maka nya.. teman akan up satu entri yang penting sahaja buat sementara ni... 

dan entri yang paling teman nak up kan ialah tentang produk Cordy Juice, Codi Biosella, Daylite dan Codi Biosella .. Hari tu.. ada seorang rakan FB yang sangat-sangat baik hati telah menjadi pendengar masalah teman tentang Psoriasis.. ada yang taktau pasal psoriasis lagi? takpe.. klik je SINI atau nak lebih info pasal Psoriasis boleh je taip "Psoriasis" dekat kotak search di blog teman ini.. untuk tambah-tambah ilmu kan.. kadang kita taktau kita ada Psoriasis, ingatkan alahan kucing..
set untuk mereka yang mengalami Alergi kulit, Ekzema, Psoriasis
Oklah.. sambung balik citer tadi.. rakan FB yang baik hati itu namanya Deq Noor.. Semuanya bermula pada suatu hari tu, teman post tentang sakit kulit Psoriasis yang teman sedang hadapi ni.. dan dengan murah Deq Noor menyatakan ingin membantu.. pada hari yang sama Deq Noor pm teman dan bercerita tentang produk Cordy/Codi ni.. 

Memang banyak testimoni sahih yang menunjukkan produk Cordy yang memang berasaskan Cordyserp ini telah dikenali ramai dan terbukti berkesan untuk mereka yang mengalami Psoriasis/Ekzema.. mahupun sakit-sakit lain... kalau amalkan, InsyaAllah dengan kuasa Allah juga, penyakit akan sembuh..

Teman nak membeli agak keberatan sebab harganya yang boleh tahan mahal jugak kan.. ditambah pulak sebab dah berhabis banyak duit untuk mengubati Psoriasis tu.. Tapi kalau korang yang berkemampuan dan ada duit lebih tu.. teman sarankan eloklah korang amik ni.. sebab dah terbukti berkesan.. ada sorang pakcik tu.. Psoriasis dia tahap kronik.. selepas amalkan produk Cordy Juice ni.. kulit pakcik tu semakin hari semakin beransur baik.. dan sekarang pun dah elok kulitnya.. tengok gambar bawah ni..

Pakcik ni menderita sakit ICHTHYIOSIS lebih dari 25 tahun.. tetapi kini.. dia bersyukur telah sembuh walaupun bukan sepenuhnya.. kerana Psoriasis tiada ubat.. namun boleh dikawal jika ia dipantau dari awal..  

Testimoni dari pesakit Psoriasis.. Kesian kan tengok kulit macam tu.. dah tentu gatal dan pedih sangat bila garu.. teman pun macam tu gak.. tapi sekarang teman berpantang makan benda gatal untuk mengelakkan menggaru tempat yang terkena psoriasis tu.. Namun.. teman bersyukur.. Alhamdulillah, teman belum sampai ke tahap kronik macam ni..tapi tetap berjaga-jaga dikhuatiri ia merebak kalau tak dipantau.. 
Deq Noor bagi cuba dulu.. kalau OK, bolehlah teman beli.. tetapi memandangkan sekarang ni teman memang sangat-sangat perlu menyimpan untuk hal penting yang lain.. terpaksa tangguhkan dulu membeli.. tapi apa yang teman boleh katakan disini.. berpandukan kepada testimoni lain.. teman turut percaya produk ini memang berupaya menyembuhkan penyakit.. cuma kena ambil dengan teratur dalam tempoh sekurang2nya 6-8 bulan.. maybe setahun.. ikut pada sistem imun badan kita..
Yang ni untuk makan/minum sebelah siang

sedap gak Codi Biosella ni..
Yang ini untuk makan/ minum sebelah malam lak
sekotak ni ada 3 botol.. harga? boleh pm Deq Noor
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JOM BACA APA FUNGSI 
& KEBAIKAN 4 BARANG INI ...

CODI BIOSELLA


Codi BIOSELLA - Gabungan 4 Dalam 1 yg merangkumi

*Enzim Pencernaan, 
*Probiotik, 
*Fiber Pemakanan &
*Cordyceps.

Amalkan produk terbaru AHB ini untuk seisi keluarga anda SETIAP HARI bagi memastikan sistem penghadaman & usus kita sentiasa SIHAT!


 "MENCERNA, MENYERAP & MEMBERSIH dengan Codi BIOSELLA!" 

Codi Biosella 
 Botanical Beverage Mix Fruits and Vegetables with Cordyceps 
“Digestion, Absorption & Cleanse with Codi Biosella!” 

Codi Biosella is a superior combination of digestive enzymes from 60 types of fresh fruits and vegetables with advanced microbial fermentation technology, added with plant source probiotics (Lactobacillus sporogenes), dietary fiber and Royal Herbs Cordyceps. It is 100% natural, contains no artificial preservatives, flavouring or colouring. This will be the first complete functional food for better digestive health for you and family! 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CORDYBELLE

 500 Dalton Collagen untuk penyerapan yang paling baik
 Diperkaya dengan khasiat Protein Ikan dan CORDYCEPS

Apakah Cordy Belle?
Cordy Belle merupakan produk Asia Herbal Biotech yang terbaru bagi mengembalikan keremajaan dari segi luar dan dalaman badan anda. 

Formulasi Cordy Belle adalah minuman khasiat Beri, Ekstraksi epal, Manjakani (Quercus infectoria), Pueraria lobata dan inulin dan diperkayakan dengan Marin kolagen 500 Dalton dengan cordyceps untuk pemulihan keremajaan anda. Cordy Belle adalah produk ekslusif anda supaya kelihatan sihat dan cantik berseri saban hari.

Kenapa pilih Cordy Belle?

*Marin kolagen dari Korea bersaiz kecil, hanya 500 Da (produk biasa: 1000 – 3000 Da) yang terbukti paling berkesan dalam penyerapan gastrointestinal.

*Minuman enak terpaten yang kaya AOX.

*Ramuan herba mahal seperti Kultur Cordyceps Ekstrak, Manjakani Ekstrak, Pueraria Lobata Ekstrak untuk penjagaan dalaman dan luaran badan.

*Kaya Epal polifenol (procyanidin, catechin, phlorizin- appjfnol®) yang membantu kesihatan kulit, rambut dan sistem badan.

*Terbukit berkesan untuk meningkatkan kekenyalan dan ketegangan kulit.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CORDY JUICE

Biasa kita dengar Jus Manggis, Jus Goji, Jus Acai Berry, Jus Anggur.. Tetapi pernah tak kita dengar Jus Cordy? Apa itu Jus Cordy? 

Ianya gabungan dengan 2 bahan asas iaitu herba termahal di dunia Cordyceps dan 20 jenis jus buah-buahan yang melalui 1 proses yang menjadikannya bermolekul hexagon yang mempercepatkan proses penyerapan nutrien oleh sel2 badan.

Kebaikan JUS CORDY

* Anti Oksidan iaitu mengeluarkan toksik dalam badan

* Mengawal hati, paru-paru dan buah pinggang daripada tidak berfungsi

* Mengawal masalah pernafasan dan menambah baik sistem pernafasan

* Mengelakkan kelesuan serta sakit sendi dan otot

* Mengawal aktiviti tumor dan menggalakkan kesihatan kardiovaskular

* Membantu mempercepatkan penyembuhan penyakit

* Menambah baik peredaran dan mengawal tekanan darah

* Meningkatkan sistem imuniti dan memanjangkan jangka hayat

* Meningkatkan tenaga seksual lelaki dan perempuan

* Mengelakkan ketegangan dan melambatkan proses penuaan

* Meningkatkan stamina dan tenaga

* Mengurangkan penyakit kolestrol tinggi

* Meningkatkan keupayaan mental

Dapatkan Jus Cordy Sekarang! Hubungi Deq Noor untuk sebarang pertanyaan.Tempahan secara online atau telefon. Cordyceps kita adalah yang terbaik di dunia dengan khasiat 28 kali ganda dari cordyceps liar.

baca ni..
baca ni jugak..
Cordy Juice ni pal;ing sedap rasa dia..
warna dia macam ni..
sukatan sekali minum.. 30ml.. (goncang dulu yea)


Cordy Daylite

100% SERBUK CORDYCEPS (KAPSUL)

Keunikan
•Cordyceps kultur yang berkolaborasi dengan teknik bioteknologi daripada Universiti di China.

•Cordyceps Berpaten dengan WIPO (WO2005/058022A1)

•Tinggi kandungan aktif ingredien yang unggul jika berbanding dengan cordyceps liar.

MANFAAT
*Menyelaraskan sistem keimunan badan supaya rendahkan risiko penghidapan penyakit.

*Menyihatkan sistem pernafasan manusia dengan mengawalatur aktiviti paru-paru.

*Bertindak sebagai agen anti-tumor atau anti-kanser.

*Meningkatkan sistem peredaran darah untuk menpercepatkan penyingkiran tosik badan.

*Memberi tenaga dan stamina.

*Menyihatkan fungsi hati.


Cara-Cara / Step yang Deq Noor ajar hari tu.. 

Hari pertama pagi, ambil codibiosella 1 sachet dgn 150ml air, 30ml codi juize ( goncang dulu sblm minum) & 1 biji daylite..

Lepas minum nanti, akan rasa nak buang air besar & badan panas / gatal sikit.. Itu effect based on apa yg orang sebelum ini dah rasa..

Malam, ambil 30ml codi juize (goncang dulu sblm minum) & codibelle + 100ml air..

Kalau rasa boleh tahan, malam tu ambil 1 biji daylite juga...

Hari kedua pun sama...

Hari ketiga ambil codi juize dgn daylite 2x sehari..
tQ buat Deq Noor kerana sudi beri teman mencuba produk ini.. teman doakan Semoga Allah murahkan rezeki Deq Noor .. Aamiinn,,

Opss.. nak share rasa dia.. hemmm.. bagi teman.. rasa dia boleh diterima tekak.. hehehehe.. terutama Cordy Juice tu.. sedappp.. suka rasa dia.. hehehe.. tq yea Deq Noor

Jom Follow Blog Deq Noor
Deq Noor Blog

Jom Add
Deq Noor FB

Follow Intagram
Deq Noor Instagram

Whatsapp/SMS 0163364611 (DeQ Noor)


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers