Assalamualaikum..Haaa.. teman nak share resepi Cream Puff ni pulak.. huhu.. bukan teman yang punya resepi tauu.. teman cuma copy n paste aje kat blog ni sebab nanti senang nak tengok balik kalau nak buat nanti..heee.. bila la nak membuatnya kot.. oven pun tak beli lagik.. guna Pemanggang Ajaib buleh kaaa?? Ok, jom tengok Resepi Cara buat Cream Puff yang sedap gebu lembut ni.. insyaallah jika guna teknik yang betul cream puff akan naik gebu... Resepi ini dr myresepi juga oleh zaliana untuk puff dan filling dari yani (myresepi) barakallahu fik...
Resepi dari Facebook
Tahrunnisah Jali
Tahrunnisah Jali
Bahan-bahan puff
( menghasilkan 35 biji )
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1 sudu teh gula
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur (telur ni kalau saiz L 3 biji tp kalau saiz kecik jadikan 4 biji)
Bahan-bahan untuk filling Kastard
(dibuat terlebih dahulu sblm puffnya)
2 sudu besar tepung gandum*
2 sudu besar tepung jagung*
8 sudu besar gula*
2 cup susu segar (240ml X2)
2 biji telur (L size)
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar mentega
secubit pewarna kuning
Cara-cara utk filling
1.Masukkan bahan bertanda * ke dalam mangkuk. Masukkan 5 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan
kacau.
3. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk... masak menggunakan api sederhana dan kacau supaya ia tidak berkerak dan hangus...masak sehingga ia pekat berkilat dan padam api.. masukkan mentega. Kacau
4. sejukkan filling sebelum dimasukkan ke dalam piping bag..
Cara-cara untuk buat puff
1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.Sejukkan
2. Pukul semua telur dlm bekas lain terlebih dahulu. saya guna pemukul tangan Adunan tepung tadi pula letak dlm bekas lain (tgok gambar) kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan tepung ..mix sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 25-30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 200 darjah celcius api atas bawah. kedudukan dulang biarlah ditengah2 supaya permukaan dan bawah cream puff sekata masaknya dan suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.
5. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. jangan bukak oven sebelum tamat tempoh ye..kalau tak mmg puff turun melepek...
6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan filling
Kalau Tak Paham Gak, Jom Tengok Gambo aje.. kat bawah nya ada penerangan sekali..
masak atas dapur je kacau selalu ye...supaya tidak berkerak dan hangus
Bahan utk puff pula
gula, butter dan air masak hingga mendidih
setelah mendidih adunan butter masukkan adunan tepung ..alihkan dr api kacau hingga ia sebati...
setelah sebati alihkan semula ke tempat api ..masak sekejap sehingga jd mcm dlm gambar ni.. masak kejap je
pukul terlebih dahulu telor2 ni..saya guna pemukul tangan je
masukkan adunan tepung yang telah dimasak tadi dlm bekas mixer dan masukkan telor sedikit demi sedkit..masukkan esen vanila dan pukul sehingga sebati
hingga menjadi mcm ni
dlm dulang pembakar letakkan aluminium foil dan oleskan dgn sedikit butter ...
masukkan butter tuk puff dlm piping bag dan juga filling kastard dlm piping bag..
sebelum tu panaskan oven selama 10 minit 200cc
Bentuk Noozle
nampak muncung2 puff tu kan...tekan sikit supaya hasilnya nanti pun cantik
kemudian spray ke atas puff tadi..
spray dgn air utk membantu proses pengembangan yang baik masa bakar
sblm pembakaran
setelah masak
Kegebuan teserlah..
nilah hasilnya dlm puff berlubang
gunting sikit puff dan masukkan filling kastard
Resepi dari Facebook
Tahrunnisah Jali
Pssrttt... Banyak giler resepi best2 untuk dicuba dekat FB belaiu..
jom terjah.. Opss.. kalau korang terkejut beso dengan apa jua yang beliau masak tu,
memang patut pun.. sebab .. kemas dannn.. nampak lazat yoooo.. slurppp...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JOM CANTIK & KURUS DENGAN
PANACEA BEAUTY
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja,
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another )
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free )
Nak tebus barang FREE???
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt..
KLIK
Nak tebus barang FREE???
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt..
KLIK