~~~RESEPI MASAKAN KETAM PELBAGAI CARA~~~
SUP KETAM
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
3 ekor ketam - potong 4
i biji ubi kentang - potong dadu
Garam
Minyak jagung
Bahan tumbuk:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
15 biji lada putih
Bahan tabur:
Daun sup
Bawang goreng
Cara cara:
Tumbuk kasar semua bahan tumbuk. Panaskan sedikit minyak jagung. Tumis bahan tumbuk sehingga garing.
Masukkan air dan ubi kentang. Setelah ubi agak empuk, masukkan ketam. Renih dengan api perlahan supaya isi ketam mesra dengan kuah.
Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa. Sebelum dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MASAK LEMAK CILI PADI KETAM
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
3 ekor ketam
1 pek santan
4 -6 biji cili api kampung
1 inci kunyit hidup
Garam
Cara cara:
Kisar cili padi dan kunyit bersama sedikit santan sehingga halus. Satukan semua bahan kisar bersama santan dan masak dengan api perlahan sambil sentiasa dikacau. Kemudian masukkan ketam.
Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MASAK LEMAK KETAM
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Ketam
1 kotak santan
1 biji bawang besar
10 ulas cili padi
1 inci kunyit hidup
Garam
1 helai daun kunyit
1/2 biji cili merah - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
Air secukupnya
Cara cara:
Kisar bawang besar, cili padi dan kunyit hidup bersama santan. Masakkan di atas api perlahan sehingga hampir mendidih.
Masukkan ketam dan masak sehingga hampir masak. Masukkan garam, daun kunyit, bawang besar dan cili merah hiris. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KETAM TELUR MASIN
Bahan-bahan:
4 biji telur asin ~ direbus, belah 2, korek isi & lenyek
4 ekor ketam
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
8 biji cili padi ~ ditumbuk halus
4 biji cili padi ~ ketuk
4 helai daun kari
2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu cair
Garam ikut masin sbb telur dh msin
Cara:
Ketam kasi rebus
Satukan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam, gaul rata
ketam + tepung jagung = goreng secara terendam dalam minyak
panaskan mentega
Tumiskan bawang putih, cili padi tumbuk, cili padi yang diketuk dan daun kari
telur asin yang di lenyek+ susu cair
Gaul dan masak
Masukkan ketam + gaul.
Siap!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KETAM GORENG CILI
Bahan-bahan:
Fresh ketam(digoreng bersama serbuk kunyit+garam)
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato (agak2 ikut berapa ekor ketam yg nak dimasak)
Hirisan halia
5 ulas bwg putih
2 btg serai
5 ulas bwg merah
Garam,gula n serbuk perasa n cuka.
Cara:
Tumiskan bwg merah,bwg putih,halia,serai sehingga wangi n masukkan sos cili,sos tomato,garam,gula n cuka.Kemudian masukkan ketam n gaul seketika. Angkat hiaskan!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KETAM MASAK TAUCU
Bahan-bahan:
4 ekor ketam sederhana besar (dibersihkan dan belah 2)
sedikit garam
sedikit tepung jagung
sedikit kunyit serbuk
1 biji telur
*** satukan semua bahan, goreng ketam hingga masak, ketepikan.
2sb tauchu
1sb lada serbuk
1st serbuk kunyit
sedikit air limau
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis secukupnya
Bahan dihiris:
1 batang serai
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
6 tangkai cili padi
2 helai daun limau
Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan hiris hingga wangi. Masukkan lada serbuk dan sedikit air, tumis lagi hingga sebati.
2. Masukkan serbuk kunyit, air limau dan tauchu, kacau sebati. Rasakan garam dan gula.
3. Masukkan ketam, gaul sebati dan angkat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KETAM MERAH KARI BABAS
Bahan-bahan:
5 ekor ketam merah (anggaran 11/2 kilo) – seekor dikerat dua
Nanas masak dikupas, dan dipotong nipis 1/4 bahagian daripada sebiji nanas
11/2 cawan santan pekat + 3 cawan air
1 keping asam gelugor
4 – 5 biji tomato kecil (baby tomato) dibelah dua
2 biji cili hijau – dibelah di tengah tetapi tidak putus
1 batang serai - dititik
Garam dan gula perang secukup rasa
Bahan-bahan Pes (disatukan di dalam blender basah dan dikisar halus):
5 sudu besar rempah kari ikan & udang pedas BABAS
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Air secukupnya
Bahan-bahan Tumis Darat:
1 sudu besar jintan manis
4 biji bawang merah (kecil) – dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 tangkai daun kari
1 inci halia – dihiris mancis
Minyak secukupnya
Cara-cara:
1. Buang kulit ketam dan kerat hujung kaki-kaki kecil dan ketuk sedikit bahagian penyepit ketam untuk memudahkan isinya dikeluarkan nanti. Gaul dengan beberapa biji limau kasturi dan garam dan perapkan selama 1 minit. Kemudian dibasuh bersih dan toskan.
2. Masukkan ketam, pes rempah, dan serai di dalam periuk. Tambahkan air secukupnya (anggaran) dan masak sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan nanas dan santan. Masukkan garam, gula, dan asam gelugor dan kacau rata. Biarkan kuah mendidih di atas dapur atau hingga ketam masak. Rasa dan jika ok boleh tutup api. Masukkan buah tomato dan cili hijau. Ketepikan.
Cara Tumis Darat:
Panaskan minyak (anggaran 1 senduk nasi) di dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumis darat sehingga kekuningan dan naik bau. Semasa bahan-bahan tumis masih panas tuangkannya di dalam periuk ketam tadi, dan tutup periuk untuk mengelakkan hilangnya aroma wangi tumisan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TOMYAM KETAM
Bahan-bahan:
1labu bawang besar
5ekor ketam
1biji lobak merah
1/2biji bunga kobis
1 peket pes tomyam (saya guna adabi)
3 batang serai (di ketuk)
4 helai daun limau purut
1 biji limau nipis
3biji cili padi
Cara-cara:
Bersihkan ketam dan potong supaya mudah nak makan.
Tumiskan bawang besar, masak sederhana
Masukkan serai , pes tomyam, ketam dan kacau, kemudian masukkan1 jug air ke dalam periukbersama
Reneh hingga ketam dan lobak empuk . Kemudian masukan daun limau purut. Sebelum tutup api masukkan perah limau nipis, cili api dan kacau sekata.
Sedia untuk dimakan panas-panas.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KETAM TIGA RASA
Bahan-bahan:
5 ekor ketam ~ dipotong 2 dan dibersihkan
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam
4 sb lada kering yang telah dimesin
3 bj bawang putih ~ cincang halus
4 tangkai cili padi ~ dihiris
1 bj bawang besar ~ didadu
1 tangkai lada merah ~ dihiris
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
1 batang serai ~ dihiris halus
1 bj buah tomato ~ didadu
2 sb sos cili
2 sb sos tiram
Garam dan gula secukupnya
Caranya:
1. Ketam diperap dgn serbuk kunyit dan garam. Goreng dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan serai hingga wangi dan keperangan.
3. Masukkan lada yg dimesin, daun limau dan tumis hingga garing.
4. Masukkan bahan lain dan jika terlalu pekat, tambah sedikit air.
5. Dah mendidih dan rasa dah ok, padamkan api. Jirus sos atas ketam yg digoreng tadi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KETAM MADU BEREMPAH
Bahan-bahan :
5 ekor ketam (dibersihkan, diperap bersama bersama kunyit dan garam selama 10 minit dan digoreng sehingga kekuningan)
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 batang serai*
2-3 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan rempah 5-tak ada stok..sy letak rempah kari aje
2 sudu makan sos cili
3 sudu makan madu (dibancuh dgn sedikit air)
sedikit daun ketumbar/daun sup (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
sedikit air dan minyak masak
Cara-cara :
Kisar bahan2 bertanda *.
Sediakan kuali. Panaskan minyak masak dan tumis cili kering dan bahan-bahan kisar sehingga terbit bau. Masukkan rempah 5 dan kacau sebati.
Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, dan sedikit air. Biarkan mendidih.
Setelah kuah agak kering, masukkan madu dan ketam. Gaulkan.
Masukkan daun ketumbar/daun sup. Akhir sekali masukkan tomato. Jika kurang manis atau masin, tambahlah garam dan gula secukupnya.
Hidangkan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KETAM MASAK SOS LADA HITAM
Bahan-bahan:
5 ekor ketam (cuci & potong dua kalau besar)
2 ulas bawang putih (pecahkan/kisar)
1 inci halia (pecahkan/hiris nipis)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk kasar)
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu tepung jagung (bancuh dgn 1/4 cawan air)
Air
Garam
Gula
Minyak
Daun sup/parsley
Lada besar
Cara:
Langkah 1:
Mula2 goreng ketam sehingga berubah warna (lebih kurang 3 minit) & toskan.
Langkah 2:
Tumis bawang putih, halia & lada hitam sehingga garing. Masukkan semua kicap masin, kicap manis, sos tiram & sos tomato. Gaul sebati.
Langkah 3:
Tambahkan 1 cawan air (untuk buat kuah, bergantung le kalau nak kering kurangkan air). Masak kuah sehingga mendidih, perisakan dengan perasa, garam & gula.
Langkah 4:
Masukkan ketam yang telah digoreng tadi & ratakan kuah.
Langkah 5:
Akhir sekali tuangkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Reneh sebentar sebelum diangkat.
Langkah 6:
Hiaskan dengan daun parsley & lada yang dihiris nipis.
Gambar : Ekstrak from google
resepi : Azie's Kicthen dan FB
resepi : Azie's Kicthen dan FB
JOM CANTIK & KURUS DENGAN
PANACEA BEAUTY
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja,
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another )
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free )
Nak tebus barang FREE???
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt..
KLIK
Nak tebus barang FREE???
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt..
KLIK