Haaa.. yang ni teman sukaa.. sukaa.. suka sangat-sangat.. Cara Pakai Tudung Paling Cantik di hari Raya nanti.. heee.. sebab fesyen dia lain dari yang lain.. kan.. heee.. suka la nengoknya.. terutama sekali cara pakai tudung yang dalam gambar paling bawah tuuu.. cer scrolll... heee.. jemput nengok ye.. pastu stail kan sendiri.. pasti tampak anggun bergaya di hari Lebaran.. cewah.. K byee..
Jom Layari dan melawat Website Zolace! pasti korang rambang mata nanti tau!!
Klik pada gambar kalau nak order backpack ni jugak..
Pengalaman order barang dengan Nile.com , pantas dan cepat.. teman order hari ni, esoknya dah sampai.. siap kurier tu call tanya ada kat umah ke, teman masa tu post barang customer kat post office.. terkejut bila org tu kata dia nak datang post office hantar barang tu.. baiknyaaa.. pastu masa jumpa nak cod barang tu, tengok dia bawak moto, sikit punya penuh barang kat motor dia.. nampak la ada box macam pizza punya delivery tu bertulis 24 hours.. huh.. memang terbaekla.. kurier person yang boleh mood ok lagi walaupun motor dah macam anai jual kacang aje teman tengok.. dan paling puas hati.. 24hours kot barang sampai.. memang terkejut sangat.. sebab teman bajet dua hari la paling awal.. tapi dah dapat seawal macam ni.. memang terbaek la kan.. Ok lah.. barang yang teman order hari tu ialah backpack ni haaa.. heeee.. kaler oren sudah semestinya kann..
Klik SINI untuk lihat promosi (bergantung pada stock)
hemm.. korang pernah tak tengok awek lain pakai tudung/shawl comey ajee.. tapi bila kita nak bergaya macam diorang.. udah macam arnab pakai tudung aje.. nape ekkk.. hahaha.. teman kadang geram betui sebab tak dapat nak bergaya tudung berfesyen macam gadis2 lain.. asik-asik tudung bawal.. asik2 tudung bawal.. serupaaa ajo.. tak up to date la i ni.. ekekekekek.. oh pleaseeee.. jangan ada yang geli ok.. teman memang lok lak sikit di bulan puasa ni.. ditambah pula STRESS dengan barang LAZADA yang dah seminggu tak sampai-sampai lagi nih! Hanginnn!!!
Opssss.. Astagfirullah hal Aazimm.. Sabo.. Sabo.. huhu.. ok sambung balik.. Rupa-rupanya.. kalau nak pakai tudung, pastikan korang tau bentuk muka korang jenis apa, sesuai dengan gaya tudung macam mana.. jangan main bedal je yea.. sebab memang tak semua gaya tudung sesuai dengan bentuk muka kita hokeh.. huhuhu.. so, tak perlu nak berdegil sangat nak jugak pakai tudung macam orang lain pakai tu.. kang jadi mangsa fesyen lak ko weh.. huhuhu.. ok lah.. apa kata.. kita tengok Tips dari ZOLACE ni..
Sebenarnya, setiap manusia di dunia ini dilahirkan dengan bentuk muka yang berbeza. Ada yang berbentuk bujur, bulat, bersegi, panjang dan banyak lagi. Oleh sebab wujudnya perbezaan bentuk muka ini, maka tidak semua tudung yang dibeli dan dipakai adalah bersesuaian. Boleh jadi tudung tersebut menyerlahkan kecantikan anda ataupun menyebabkan anda kelihatan kurang menarik. Disebabkan hal ini, adalah penting untuk anda mengenali bentuk muka anda dahulu sebelum mencuba mana-mana fesyen tudung yang terkini. Hal ini penting agar tudung yang dipakai itu menyerlahkan lagi penampilan diri anda, bukannya merosakkan.
Artikel ini akan membawa anda mengenali bentuk muka dan tips-tips yang perlu dalam menggayakan tudung anda. Mari mengenali bentuk-bentuk muka yang berbeza dan tudung- tudung yang bersesuaian dengannya.
1. Bentuk Muka Bujur
Bagi wanita yang mempunyai bentuk muka seperti ini, anda sememangnya bertuah kerana mampu menggayakan hampir kesemua fesyen tudung. Tidak kiralah selendang, tudung bawal, tudung syria ataupun tudung awning, semuanya akan kelihatan cantik apabila anda pakai. Bentuk muka ini bercirikan jarak rahang, pelipis, tinggi kening dan panjang dagu yang seimbang. Sekiranya anda adalah salah seorang yang memiliki bentuk wajah seperti ini, jangan lepaskan anugerah berharga ini untuk bergaya dengan fesyen tudung terkini! Seperti ini, jangan lepaskan anugerah berharga ini untuk bergaya dengan fesyen tudung terkini!
2. Bentuk Muka Bulat
Wanita yang mempunyai bentuk muka ini dicirikan dengan jarak dahi ke dagu adalah sama dengan jarak kedua pelipis, dan juga tulang rahang yang ‘tertimbun’ di bahagian pipi. Ataupun dengan lebih mudah adalah mereka yang tembam ataupun berisi di pipi. Sekiranya anda mempunyai bentuk wajah seperti ini, terdapat beberapa tips untuk memakai tudung yang sesuai iaitu:
Jika anda lebih gemar memakai tudung awning, pastikan potongan tepinya tidak melepasi tulang pipi. Ini adalah untuk mengelakkan daripada wajah anda tertutup. Selain itu, pastikan jahitan awning tersebut panjang sehingga menghampiri tulang pipi. Jika anda memilih awning yang pendek, ia akan menonjolkan pipi anda yang tembam. Ingat tu!
Apabila anda memilih untuk memakai selendang, gunakan cekak yang lembut sebelum memakai anak tudung. Pilihlah anak tudung yang diperbuat daripada bahan yang lebih anjal untuk membantu mengurangkan visual ukuran kepala.
Selendang yang nipis juga digalakkan agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. Pastikan selendang tidak dililit dengan terlalu ketat untuk mengelakkan bentuk wajah anda yang bulat kelihatan lebih jelas.
Agar wajah kelihatan bujur, pakai selendang dengan sedikit longgar dan lipat di bahagian bawah tudung berdekatan dengan tulang pipi. Bentukkan juga sedikit bahagian atas selendang agar ia tidak melekap pada dahi anda.
Cara Pakai Tudung / Pashmina Berwajah Bulat
3. Bentuk Muka Panjang
Sama seperti wanita dengan bentuk muka bujur, bentuk muka yang panjang juga turut menjadi idaman dan pilihan wanita. Ia dicirikan dengan bahagian dagu yang panjang. Jika anda mempunyai bentuk muka seperti ini dan bijak dalam menggayakan tudung yang dipakai, mungkin orang lain akan menyangka anda memiliki bentuk muka yang bujur. Tips utamanya adalah dengan memfokuskan kepada bahagian atas tudung.
Gunakan tudung atau jenis anak tudung yang melekap di dahi agar bahagian tersebut tidak kelihatan terlalu luas. Ia juga merupakan pilihan tepat untuk menutup sedikit bahagian kening yang tinggi.
Usah tutup bahagian pipi anda kerana bahagian ini adalah sangat penting untuk membuat ilusi wajah anda tidak kelihatan terlalu panjang. Pastikan anda menarik sedikit tudung ke belakang, rapat di bawah rahang pipi dan tonjolkan rahang pipi agar bentuk wajah sebenar anda tersembunyi.
Jika anda ingin memilih fesyen tudung yang sesuai, selendang adalah lebih ideal berbanding tudung awning. Anda juga bebas memakai jenis selendang yang anda inginkan mengikut gaya idaman anda.
4. Bentuk Muka Segi Tiga / Bentuk Hati
Ciri utama wanita dengan bentuk wajah seperti ini adalah dagu yang panjang dan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan pangkal rahang. Sekiranya anda mempunyai bentuk muka seperti ini, ikuti tips berikut agar tudung yang dikenakan kelihatan lebih menarik dan sekaligus menjadikan diri anda kelihatan lebih menawan.
Antara tips-tips yang perlu diketahui adalah:
Pilih tudung yang boleh ditarik sebanyak mungkin ke belakang dan bertemu di bahagian leher agar untuk menyerlahkan lagi bahagian rahang anda.
Sebelum memakai anak tudung, gunakan cekak rambut untuk membolehkan kening anda terangkat.
Gunakan anak tudung seperti net supaya bahagian kosong di sebelah kiri dan kanan anda kelihatan lebih terisi.
Anda boleh memakai selendang namun pastikan pemakaian selendang tersebut dapat menutupi kekurangan bentuk wajah anda. Hanya ikuti tips-tips ini dan anda sudah bersedia untuk tampil menawan!
Gaya selendang yang sangat bersesuaian dengan wanita berbentuk wajah seperti ini adalah gaya pintalan dan gaya sanggul kerana ia dapat membuat rahang kelihatan lebih terbuka.
5. Bentuk Muka Petak
Mereka dengan bentuk wajah petak boleh dilihat pada pangkal rahang dan tulang rahang yang lebar dan kawasan dagu yang kelihatan rata. Sekiranya anda tergolong dalam bentuk wajah seperti ini, fokus utama apabila memakai tudung adalah untuk menyembunyikan bahagian rahang yang menonjol itu.
Mari lihat tips-tips memakai tudung untuk bentuk muka ini:
Gunakan anak tudung untuk memperoleh kesan bentuk wajah yang nampak panjang.
Jika ingin memakai selendang, pastikan anda bijak menggayakannya. Gunakan selendang bersama inner neck yang mempunyai lapisan menutupi bahagian bawah dagu.
Pilih gaya selendang dengan fokus utama kepada lilitan dan yang dapat menutupi bahagian rahang.
Elakkan gaya ikatan Bienda atau gaya ikatan di belakang tengkuk kerana ini akan lebih mempamerkan bahagian rahang yang lebar.
Elakkan juga gaya selendang yang mempamerkan bahagian dahi yang luas seperti gaya Turban.
Tudung awning juga bersesuaian dengan bentuk muka ini.
Pengetahuan untuk mengenali bentuk muka serta gaya dan jenis tudung yang bersesuaian amatlah penting. Sekiranya anda mengenali bentuk muka dan bijak memilih jenis tudung yang bersesuaian, sudah pasti penampilan harian anda kelihatan lebih menarik dan cantik. Malah, kesan positif seperti tahap keyakinan juga pasti akan meningkat. Anda juga akan kekal ceria, yakin dan bersemangat sebagai seorang fesyenista Muslimah.
Diharap tips-tips pada artikel ini dapat membantu anda tampil bergaya dan menawan dengan setiap fesyen tudung idaman anda. Kenali bentuk wajah dan gayakan fesyen hijab dambaan anda.
850 Batu 4 1/2, Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur, Malaysia
03-6259 6222
print the map
W O R K I N G H O U R S
Monday / Friday - 09:00 - 18:00
Saturday - 09:00 - 13:00
Sunday - Closed
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- JOM CANTIK & KURUS DENGAN PANACEA BEAUTY
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL ) Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, PERCUMA!
Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) Please visit WHOHAA to join member . (join member for free )
Share Iklan--> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana??
Assalammualaikummm.. huhu.. hari ni nak update pasal cara-cara memakai Shawl atau Tudung.. Mesti ramai yang nak bergaya macam-macam style di hari raya nanti kan? Tapi itulah.. bukan semua pandai menggayakan tudung dan Shawl ala-ala hijabista girl ni.. ada yang dah berlatih pusing2, lilit-lilit tudung berapa jam pun maish tak menjadi... Sebab? huhu.. sebab salah teknik tuu.. haa.. meh sini teman share dengan korang Cara Pakai Tudung Ala Hijabista ni haaa.. hehehehe.. cantik dan mudah.. Apa lagi.. jom tengokkk!! K bye... =)
Haa.. amacam? mudah kan? hehe.. Ok lah.. kalau korang nak tau, cara pakai tudung/shawl ni adalah dari website ZOLACE ye.. dan ZOLACE juga ada menawarkan Ebook percuma cara memakai Tudung/shawl.. so.. kalau ada sape2 yang berminat tu, bolehlah layari website ZOLACE ni yea.. masuk je website tu, korang akan nampak macam gambar dalam bawah ni.. so, just masukkan email korang.. nanti pihak ZOLACE akan hantar ebook cara memakai tudung ni haaa.. heee.. pastu kalau rajin print la buat buku..bagi teman satu ekkk.. hehehehehe..
Ok.. ini adalah serba sedikit tentang ZOLACE ... kot le ada yang baru tahu kewujudan ZOLACE ni kan.. apa kata kita baca kisahnya yea.. tq..
Sejarah bermula pada tahun 2014 oleh dua individu yang mempunyai impian besar dan semangat yang hebat untuk fesyen.
Misi Zolace adalah berdedikasi untuk memastikan semua pelanggannya gembira. Kami berusaha untuk memberikan anda iaitu pelanggan kami, sesuatu yang menyeronokkan, keceriaan bebas dan pengalaman membeli-belah yang menarik di mana anda sendiri boleh mempunyai suara . Inilah yang membuat kita segar , relevan, dan berkembang.
Jom Layari dan melawat Website Zolace! pasti korang rambang mata nanti tau!!