Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

23 Julai 2015

CARA MASAK TELUR IKUT KESUKAAN









 
 - RESEPI TELUR PELBAGAI CARA -



 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 


JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page
 

TEBUS BAUCER LAZADA | MENANG RIANG RIA RAYA CONTEST


Heee.. ingat tak ENTRI teman Menang Hadiah Baucer dari Contest Riang Ria Raya Lazada 3 minggu lepas? hehehehehe.. kalau tak ingat dan tak tahu.. leh baca sini ---> MENANG HADIAH RIANG RIA RAYA CONTEST BY LAZADA , kalau ada lagi kontes tu.. boleh la korang cuba-cuba nasib join.. mana tau rezeki menang jugak.. haaa.. teman pun berasa bersyukur menang walaupun RM100 je baucer nya tapi.. bagi teman bermakna tauu.. sebab leh beli barang yang teman dah lama nak beli.. yeayy!! barang itu ialah... 


Pineng PN-999 20000mAH Powerbank Gold 
haaaaa.. sebenarnya memang dah lama dok mengidam nak beli Powerbank ni.. tapi teragak-agak je nak beli.. sebab? sebab teman perlukan masa nak check seller yang betul2 dipercayai dan seller yang boleh hantar cepat disamping nak jugak seller yang punya produk berkualiti tinggi serta Original.. (cerewat kan teman ni) hahaha.. semua kerana terikut-ikut sikap hubby miaw yang memilih barang cara cenggitu.. survey dulu, tengok review dan tengok komen orang yang pernah beli.. hemm.. selalunya apa yang hubby beli memang terbaek la setakat ni.. cuma teman je kadang teliti punya teliti still dapat yang entah apa-apa.. but.. hope yang ni OK la kan.. sebab nak pakai lama.. huhuhu.. 

So.. selepas teman dah buat survey dan baca komen-komen pembeli yang pernah beli dengan seller tersebut.. akhirnya teman memberanikan diri membeli dari seller yang sorang ni.. heee.. sebab.. komen yang teman baca dekat review customer semuanya bagus2.. so, teman rasa mungkin OK.. dan harap sangat OK.. InsyaAllah.. 
Nampak kan? ada 41 review customer, kebanyakannya puji fast delivery, barangan genuine/asli, good service, trusted seller.. dan nampaknya memang menyakinkan teman untuk membeli.. harap sangat barang tu elok.. risau gak teman tak bernasib baik dapat yang tak elok.. huhuhu...


So, apa perlu fikir lagi? sementara sebelum raya ni, baik order cecepat kan.. heeee.. leh guna sebelum raya... yeay!!! teman terus order dua bijik.. satu untuk hubby, satu lagi untuk teman.. beli dua sebab taknak berebut guna nanti.. hahahaha.. macam le cepat abes yea.. 20000 mAH kottt.. adoii..

Ok lah, lepas Lazada buat kira2nya.. maka semua nya berjumlah RM118 tepat2.. heeee.. pastu teman pun masukkan code baucer yang menang tu.. terus dia tolak.. tinggal RM18 je.. huhuhu.. so, masa COD / barang sampai nanti.. bayar RM18 aje lah.. kikikiki.. untungggg!! ni tunggu barang sampai aje haa.. kalau sape2 nak cuba nasib.. untuk dapatkan baucer rm100 ni.. try la join.. mana tau rezeki.. heee...
 
Haaaa.. ni nak tunjuk lak gambo Powerbank Pineng yang teman dah terima semalam... Walaupun pada mulanya agak frust sebab baet nak dapat barang sebelum raya.. tapi akhirna lepa raya baru dapat.. Namun bila dah terima barang ni, dah malas nak fikir dah.. janji barang sampai.. bagi sap2 yang tau citer teman pasal order di Lazada pada 6hbJulai dan bajet sampai 3 hari selepas tu, tapi tak sampai2 jugak.. haaa.. ni la baangnya yang teman tunggu2 tu.. heeeee.. takpelah.. dah terima ni kira lega la kan.. sebab Lazada pun dah mintak maaf dan bagi tarikh 24Julai dia akan hantar balik.. tengok2 awal pulak dia hantar.. sib baik tak keluar umah.. fuh.. Jom tengok..
camni rupa parcel dari Lazada tu.. masa terima memang dah rasa berat je bungkusan ni..
 
 Teman buk plastic tu, dan isinya rupa dalam gambar ni la.. dua biji powerbank pineng 20000mAh
 Panjang dan tebal, sebab ikut pada kapasiti dia kot.. Saja pilih kaer Gold, cantikk.. heeee... Satu untuk hubby miaw teman, satu lagi untuk teman.. so, takde masalah dah.. takmo rebut2 yea.. hihihi

Baru test satu dulu.. charge Note beso hubby ni dulu.. ok function nya.. PASS.. nanti nak test yang teman punya lak.. kalau dua-dua PASS, teman dah tak marah LAZADA.. hehehehehe.. (mengada-ngada) .. Kalau tak OK gak, kena return balik sebab ada warranty 1 year.. sib baik.. huhuhu.. marah-marah Lazada, Tapi still membeli dengan Lazada lagi.. tak serik-serik.. Last.. hahaha


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


RESEPI NUGGET AYAM BER CHEESE MUDAH DAN SEDAP!!

RESEPI NUGGET AYAM BER CHEESE MUDAH DAN SEDAP!! |
Hai.. ingat nak update pasal lain, last-last terupdate pasal lain lak.. hahaha.. gara-gara tadi lah.. saja buka FB dan jenguk-jenguk apa yang dah terlepas pandang ke apa kan.. sekali ternampak sesuatu yang menyelerakan.. masyaAllah.. Nyum-Nyum.. kebetulan tengah lapar ni.. memang perut rasa macam berkeroncong aje tauuu.. hahaha.. mana tak berkeroncong.. cuba korang tengok gambar atas ni haaa.. tak ke lapo kita dibuatnya???

Haa.. ok lah.. Resepi ni bukan resepi teman tau.. teman share dari FB, pastu takut terlupa, teman tepek kat sini... pastu teman singgah blog Owner resepi ni, MaiMaiMai namanya.. banyak resepi lain yang ada dalam blog MaiMaiMai  , sape2 nak singgah dan tengok resepi lain, meh la singgah blog   ni.. lagi satu, teman perasan di blog MaiMaiMai  ada mempromosi kan Homestay tapi teman tak pasti samada MaiMaiMai punya homestay sendiri atau just promote kan ke.. kot le korang tercari2 homestay berdekatan destinasi jengjalan korang, gi la survey kat blog MaiMaiMai  mana tau kot murah-murah dan berkenan dihati.. hehehehe..Opss.. bagi nak follow kat Fb sila klik -->SINI

Ok lah.. resepi yang teman nak try buat kali ni ialah NUGGET AYAM BER CHEESE MUDAH DAN SEDAP!! jom tengok Bahan-Bahan, dan gabar dibawah.. teman tepek kat sini semua sebijik dalam blog MaiMaiMai sebab nak try buat nanti.. takut terlupa kalau tak simpan sini.., haha.. tQ MaiMaiMai sebab sudi share kat FB dengan kami semua masakan simple dan sedap macam ni.. idea makan petang ni.. heee.. kalau nak tengok resepi lain.. leh jenguk dan follow blog MaiMaiMai yea..
 Bahan2nya:
Dada ayam
telur
garam
lada putih
origano
cheese
serbuk roti
tepung ubi
Sebenarnya bahan2 buat nugget ni tak semestinya kena ikut seperti di atas....boleh ditambah kentang atau tepung gandum atau lain2 ikut bahan apa yang ada di dapur. Perlu diingat jangan letak cecair selain telur sahaja. Telur berfungsi sebagai agen pelekat. Ops....paham ke?? kikikik...bahasa saya memang tuggang terbalik....orang teknikal memang fail kalau bab penulisan kan....kikikik.. satu lagi buat nugget ni tak perlu sukatan....bubuh apa aje yang anda rasa ingin bubuh.

okie...mula2 kisar dada ayam menggunakan food prosessor. Kalau tak ada FP ni pun tak apa....beli daging cincang di kedai.
lepas tu masukkan ayam cincang tadi ke dalam mangkuk. masukkan juga tepung ubi, serbuk roti, telur. lada sulah, garam dan origano. saya bubuh origano sebab saya suka aromanya.
 selepas ayam digaul sebati...potong dadu kecil2 cheese tadi.
 ambil sedikit doh ayam ....bulatkan tengah2 untuk isi cheese..untuk memudahkan proses mengentel ini..bubuh sedikit minyak di tangan agar doh tadi tidak melekat
 masukkan cheese
tutup balik
buat sampai habis
 untuk salut nugget....masukkan bebola tadi ke dalam telur
 kemudian masukkan pula ke dalam tepung ubi
 masukkan kembali ke dalam telur
 akhir sekali masukkan ke dalan serbuk roti
 yey!!! 1 siap! 
sila buat sampai habis
tadaaaaa siap! okie....perlu diingat nugget yang berbentuk bulat sebegini tidak sesuai buat dalam saiz yang agak besar kerana kemungkinan semasa menggoreng nanti isi nugget tidak masak...jadi kena buat comel2 ya
 masukkan dalam bekas. Ini stock nugget untuk seminggu atau 2 minggu
Salah satu sebab teman tertarik resepi ni, sebab boleh simpan dalam fridge, nak makan nanti goreng la, mudah sangat.. macam goring nugget biasa tu, tapi yang ni homemade punya.. best!
Yummy!!!!! napak tak cheese dia...ngeeeeee....serius memang sedap!!
selamat mencuba! 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ini ditujukan buat semua yang membaca, semua yang setia singgah di blog tengkubutang ini, tak kira hari biasa ke, bulan puasa ke, time orang sibuk bakar lemang ke, time orang sibuk pasang langsir raya ke, time orang sibuk nak memasak untuk raya ke, time orang sibuk nak beraya ke... still ada jugak pengunjung yang sudi singgah di blog ini.. walaupun tak ber update dengan latest entri, tapi viewer masih ada.. Alhamdulillah.. terima kasih buat semua..
 
Ok lah, teman nak berceloteh panjang-panjang pun masa tak mengizinkan (ayat dah biasa dengar kan, hahaha) So, teman up dulu gambo ni yea.. ni gambo Raya ke-5, sibulus 3 ekor ni manja semacam selepas ditinggalkan selama 6 hari.. kesiann.. hemm.. kelam kabut balik KL 20hbJulai sampai KL jam 2.15 pagi) sebab taknak biar depa tunggu lama sangat.. 6 hari dah cukup lama buat depa.. sampai je umah.. Alhamdulillah.. umah tak bersepah sangat macam dulu.. depa tiga ekor pun sihat2 aje.. cuma bau-bauan kucen (biasalah kan..) kena gak kemas, menyapu dan mengemop.. akhirnya tidur kul 5 pagi.. penat sangat..
 
hemm.. itu je nak citer.. nantilah teman up entri lain.. banyak sangat entri nak up ni.. entri pasal Giveaway atau contest, entri pasal powrbank Lazada yang dah tiba semalam.. entri pasal Rexona Kit yang teman dapat semalam.. entri pasal Kad Raya dari Blogger.. pergh.. banyaknya sedang beratur untuk di publish.. apa-apa pun teman kena settle kerja2 yang lain dulu ya.. K bye semua..
 
Note : Gambar atas tu gambar depa bersalaman dengan hubby miaw .. hahahaha.. siap adik cium tangan lagi.. yang lagi dua ekor.. hemmm.. bersalaman sambil baring.. pemalasss.. hahahaha..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 




JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

 

13 Julai 2015

RESEPI NASI MINYAK MUDAH DAN SEDAP!

 RESEPI NASI MINYAK MUDAH DAN SEDAP!
Hari Jumaat hari tu teman ada buatkan Nasi Minyak untuk kami berbuka puasa.. dan hari ni hubby request lagi nak makan nasik minyak lagi.. so.. teman pun repeat buat nasi minyak ni.. kalau dah hari tu guna resepi Blogger Ita, maka kali ni pun kenalah guna resepi yang sama.. kang hubby miaw yang terror masak tu kondem lak awat rasa lain kan.. haha.. ok lah.. kali ni teman guna resepi Blogger Ita lak sebab saja nak kelainan, sebelum ni teman guna Resepi sahabat teman Nurul, pun hubby suka.. hehehehe.. cuma kali ni nak kasi kelainan sikit.. teman cuba resepi Blogger Ita.. jom kita tengok apa bahan-bahan dan cara memasaknya.. 

BAHAN-BAHAN 
3 cawan beras basmathi
(teman guna beras Jasmine Super Import)
3 cawan air
1 cawan susu sejat (teman pakai marigold)
1/2  cawan kismis
2 helai daun pandan, siat 2 dan simpul
(teman potong 4 je daun pandan tu)
1 batang serai di titik
1 inci halia di hiris kasar
4 ulas bawang merah di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak jagung (teman tak letak)
1/2 sudu teh garam
1 kiub ikan bilis
Biji Gajus (goreng dulu pastu letak time nasi dah masak)
Pewarna kuning telur
(teman guna serbuk kunyit je..letak dalam periuk masa masukkan susu dan air tadi)

REMPAH TUMIS
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkit
3 biji pelaga
Blogger Ita menggunakan beras Pusa Gold dari Jasmin, beras basmathi ekstra panjang. beliau suka beras jasmin kerana rasanya sedap dan lembut. teman pun suka beras jasmine ni.. sekarang pun pakai beras jasmine tapi bukan basmathi la kan.. beras wangi pun bukan.. heeee.. beras jasmine yang Super Import tu je.. oh.. lupa pulak, Blogger Ita juga mencadangkan boleh juga guna beras basmathi keluaran Faeza

Resepi yang teman masak ni memang teman guna ikut resepi Blogger ita.. so, teman tepek aje resepi dari Blog Blogger Ita ni yea.. mintak Izin yea kak Ita.. Kalau korang nak tengok versi blogger ita, boleh klik link ini ----> Blog Azlita Masam Manis

Ok.. Mula-mula Cuci Beras dan rendam dahulu selama 20 minit. Kemudian beras di tapis dan di toskan .
(Tapi teman pakai beras Jasmine biasa, so takde la rendam dulu..)



Bahan-bahan untuk memasak nasi 

Hiris dahulu bawang putih dan bawang merah .

Hiriskan juga halia kasar-kasar. Hiris halia kasar supaya mudah masa nak asingkan bila nasi dah masak nanti. 

Titik dahulu serai dan simpulkan daun pandan (cara teman: suka potong pendek2)

Teman pun macam Blogger Ita gak, masak menggunakan periuk nasi, kalau masak dengan jumlah tak banyak dalam periuk nasi ni dah ok! lagi pun ianya mudah dan ringkas. Jom kita mula memasak!



Gambar dan Resepi --> Blog Azlita Masam Manis
Haa.. dah siap pun Nasi Minyak versi Tengkubutang.. huhu.. sorry la tak sama pemandangannya dengan dalam gambar Blogger Ita, sebab teman dah terbiasa ikut cara teman.. macam daun pandan.. teman suka potong pendek2.. pastu pewarna merah tu teman tak sempat beli lak.. so, biarlah kaler polos tu.. hahaha.. dah cari pewarna kuning tak jumpa pulak.. aishh.. tapi hubby kata boleh je kaler biasa.. janji ada rasa katanya.. huhuhu.. ada rasa la tu kot sampai request lagi buat Nasi Minyak ni.. huhuhu.. 
Oklah.. jom kita siapkan pula bahan untuk lauk yang akan di gandingkan bersama.Lauk yang sesuai digandingkan dengan Nasi Minyak ini ialah lauk Daging Masak Hitam, Ayam Masak Merah (pilihan teman)...

dan tak lupa Acar Nenas Campur Timun..Ok lah.. ini saja untuk hari ni.. tQ buat Blogger Ita kerana selalu menghasilkan resepi yang teman rasa mudah teman nak masak.. heeee.. 

Nak Resepi Ayam Masak merah Yang Sedap terangkatt?? meh klik LINK kat bawah ni yea... 




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers