RESEPI ROTI JALA SEDAP DAN LEMBUT!! |
Haishh.. hari tu asik terlupa je guna resepi mana yang buat Roti Jala Jadi sedap dan lembut sampai petang.. jenuh mencari sebab dah lama tak buat Roti Jala, dulu rajin la buat.. 1st making Roti Jala pun jadi dan sedap.. tengok SINI yea.. hubby suka.. pastu dah stop buat.. aish..
Tetiba masa raya hari tu hubby tanya resepi nak buat.. alahai.. teman terlupa sudah.. hahaha.. last2 google balik resepi Roti Jala, macam2 resepi ada tapi macam lain je dari yang teman pernah buat.. akhirnya jumpa la blog Azie's Kitchen yang terror memasak tu.. huhu..
haaaa.. Yess!!! dah jumpa.. so, teman terus letak sini aje.. nanti hubby nak cari resepi ni lagi boleh amik kat sini je..
hehehehehe.. hubby buat sekali terus jadi.. Wahhh Masterchef betuiii!! Jom tengok resepi Roti Jala yang teman dah cuba berkali-kali dan takkan cari resepi lain dah ni.. huhuhu.. terbaekkkk.. i likee.. nyum2.. lapo... Opss.. korang nak tengok resepi lain? banyak giler yang sedap2 Kak Azie buat.. jom singgah blog kak Azie's Kitchen
Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi atau kuah kari.. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JOM CANTIK & KURUS DENGAN
PANACEA BEAUTY
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja,
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another )
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free )
Nak tebus barang FREE???
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt..
KLIK
Nak tebus barang FREE???
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt..
KLIK