Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

10 Disember 2015

Atlas Rasulullah S.A.W - Hard Cover (100% Berwarna)

Atlas Rasulullah S.A.W - Hard Cover (100% Berwarna) |

Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah s.w.t. bagi menyampaikan seruan dakwah kepada umat manusia. Ketika membawa panji kebenaran, pelbagai dugaan dan pancaroba dihadapi Baginda Nabi dan para sahabat.

Sirah perjalanan agung Rasulullah s.a.w. dicatatkan secara terperinci dalam buku Atlas Rasulullah s.a.w. ini bagi memberi pengajaran dan pedoman kepada para pembaca.

Lembaran kisah perjalanan hidup insan agung ini memuatkan:

- Sejarah Kelahiran sehingga Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

- Peta Perjalanan Dagang Nabi Muhammad s.a.w. ke Bushra sebelum Nabi Diangkat Menjadi Rasul

- Sejarah Nabi Diutus Menjadi Rasul sehingga Peristiwa Hijrah

- Amalan Keagamaan Pada Zaman Jahiliah

- Sejarah Pembangunan Kaabah, Masjidil Haram, dan Masjidin Nabawi

- Bandar-Bandar yang Menjadi Pusat Peradaban Pada Zaman Rasulullah s.a.w.

- Bukti Ilmiah Makkah Berada di Pusat Bumi

- Peta Perjalanan Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan Kaum Muslimin

- Peperangan yang Dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. dan Beberapa Ekspedisi Perang yang Lain

- Piagam Madinah yang Tersohor

- Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat Menggali Parit semasa Perang Khandaq

- Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. Mampu Memimpin Lebih daripada 100,000 Kaum Muslimin bagi Melaksanakan Ibadah Haji yang Pertama dalam Sejarah Islam

- Strategi Perang Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat

- Rasulullah s.a.w. Mengajarkan Ayat-Ayat Al-Quran kepada Jin Nasibin

- Strategi Formasi 313 Pasukan Badar dapat Mengalahkan Hampir 1000 Kaum Quraisy

ISBN-13: 978-967-366-234-0 
Tarikh Terbit: 7 Feb 2014
Jumlah Muka Surat : 440
Saiz: 8" x 9"
Berat (kg): 1.40

************************************************************************

Review

Setiap helaian demi helaian dalam buku Atlas Rasulullah S.A.W membawa pembaca menelusuri perjalanan sirah Baginda secara lebih dekat lagi. Buku ini adalah rakaman sirah paling lengkap tentang Rasulullah dengan ilustrasi gambar berwarna.

Gambaran keperibadian Nabi Muhammad daripada perspektif sahabat juga dihuraikan dengan baik, sehingga membuatkan para pembaca begitu teruja dan menambahkan lagi kecintaan kepada Rasulullah. Info eksklusif yang dipaparkan dalam atlas ini berkisar tentang kehidupan Rasulullah, peta perjalanan, ekspedisi perang, dan suasana di dua tanah suci Mekah dan Madinah.

Penulis berjaya membongkarkan sejarah silam Semenanjung Tanah Arab dengan ilustrasi gambar dan peta yang berwarna, mampu menarik minat para pembaca untuk memahami lebih mendalam lagi keadaan bangsa Arab sebelum dan selepas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Carta alir yang ringkas mengenai peperangan dan ekspedisi dakwah Baginda Nabi dipaparkan dengan huraian yang jelas dan teliti.

Buku ini wajar menjadi salah satu koleksi buku dan rujukan setiap Muslim untuk lebih mengenali peribadi, sirah dan sejarah Rasulullah. Semakin mengenali Baginda Nabi, semakin membuak-buak perasaan rindu untuk menemuinya. Semoga buku ini menambahkan kecintaan kita kepada manusia paling agung, Muhammad S.A.W. Lebih banyak lagi kisah dan rakaman sirah yang tercatat dalam buku ini. Raikan kasih Rasulullah dan suburkan cinta kepada Baginda dengan menghayati Atlas Rasulullah S.A.W.

“Sesungguhnya, untuk kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik. Iaitu untuk orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari Akhirat. Serta dia pula menyebut dan mengingati Allah dengan banyak ketika susah dan senang.”

(Surah al-Ahzab, ayat 21)


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



Dapat 50 Klik (RM10) Untuk SATU Iklan 8Share!!

Dapat 50 Klik Untuk SATU Iklan 8Share!! | 
Syukur Alhamdulillah.. rezeki.. huhu.. camni citer nya.. Semalam teman terkejut baru je cashout 8share camne boleh dapat RM10 dengan cepat... pelik sangat-sangat.. Tapi buat tak tahu jelah kan.. maybe tu earning sebelum cashout yang belum di credit kan ke akaun kan.. 


Tapi baru jap ni.. tengah nak reshare iklan-iklan 8Share dekat Twitter dan Google+ ternampak pulak ayat RM10.00 ni.. tetiba terhenti semasa scroll tadi.. mata terkebil-kebil.. betul ke ni? huhuhu tengok betul2.. memang betul.. wahhh.. ada 50 orang klik dekat iklan yang teman share tu.. ramai giler berminat dengan iklan tu yea? hemm.. apa ada dengan iklan tu kan?? ho2.. entahlah.. teman dok belek-belek gak iklan apa yang menjadi hit sampai 50 orang klik nak baca.. ni ha iklannya.. cer korang baca dan komen apa yang menarik pada iklan tu?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



07 Disember 2015

PERMOHONAN BARU / KEMASKINI BR1M 2016

KEMASKINI BR1M ANDA |
Permohonan Baru / Kemas Kini BR1M 2016 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang bermula 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015 .

Setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan melalui peringkat semakan dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki

TARIKH JADUAL PEMBAYARAN BR1M 2016
Bagi setiap pemohonan yang diluluskan dan berjaya akan mendapat manfaat nilai atau jumlah bantuan kewangan BR1M seperti berikut
Kategori Isi Rumah
RM1,000
Pendapatan Kasar Bulanan RM3,000 dan kebawah (termasuk warga emas)
Jadual Tarikh Pembayaran Pembayaran akan dibuat secara berperingkat (bulanan) pada tahun 2016
  • Ansuran Fasa 1 (28 Januari) RM250
  • Ansuran Fasa 2 (28 April) RM250
  • Ansuran Fasa 3 (23 Jun) RM250
  • Ansuran Fasa 4 (28 September) RM250
RM800
Pendapatan Kasar Bulanan RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk warga emas)
Jadual Tarikh Pembayaran Pembayaran akan dibuat secara berperingkat (bulanan) pada tahun 2016
  • Ansuran Fasa 1 (28 Januari) RM200
  • Ansuran Fasa 2 (28 April) RM200
  • Ansuran Fasa 3 (23 Jun) RM200
  • Ansuran Fasa 4 (28 September) RM200
Kategori Baru – E-Kasih
RM1,050
Pendapatan Kasar Bulanan RM1,000 dan kebawah (termasuk warga emas)
Jadual Tarikh Pembayaran Pembayaran akan dibuat secara berperingkat (bulanan) pada tahun 2016
  • Ansuran Fasa 1 (28 Januari) RM250
  • Ansuran Fasa 2 (28 April) RM250
  • Ansuran Fasa 3 (23 Jun) RM300
  • Ansuran Fasa 4 (28 September) RM250
Kategori Individu Bujang 21 Tahun Keatas
RM400
Pendapatan Kasar Bulanan RM2,000 kebawah
Cara Pembayaran Diterima Bayaran sekali gus bermula 28 Januari 2016

Agihan BR1M 2016 mengikut tarikh pembayaran adalah tertakluk kepada perubahan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengar kadar segera

Duit BR1M 2016 Masuk Dalam Akaun Penerima
Pembayaran akan dibuat mulai tarikh yang dinyatakan menerusi akaun bank penerima berdasarkan maklumat nombor akaun simpanan diberikan oleh penerima semasa melengkapkan maklumat permohonan baru atau kemaskini
Cara Buat Semakan Status Permohonan
Untuk mengetahui permohonan diluluskan atau tidak, pemohon boleh membuat semakan melalui kaedah berikut
Semakan secara online: Klik – Semakan Keputusan Status Permohonan BR1M 2016
Hubungi Talian Bantuan
Menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke [email protected]
Nota
Keputusan permohonan pemohon juga akan dimaklumkan melalui surat jawapan yang akan dihantar ke alamat kediaman seperti terdapat dalam rekod
SEMAK STATUS PERMOHONAN

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



12 LAGU YANG MARA KE ANUGERAH JUARA LAGU KE-30

12 LAGU YANG MARA KE ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 |
SENARAI PENUH LAGU YANG MARA KE AJL 30

Wahh.. Lagu-Lagu yang bertanding semua best-best kali ni.. tapi kecewa gak Ayda Jebat tak mara ke peringkat Final.. aloh.. sedey nya.. huhu.. Tapi takpelah.. Caliph Buskers masuk senarai.. hehehehe.. mesti havoc giler nanti kan.. dannn.. Dayanggg Nurfaizah pin ado wehhh.. Hazama.. Kaka, Akim, Faizal tahir, Drama Band, Elizabeth Tan, Noh Salleh, BunkFace, dan Black.  Tak lupa juga Stacy & Altimet pun ado.. semua lagu best-best bagi teman.. hehehe.. selalu jadi background video teman di Instagram.. ok lah.. Tahniah buat semua.. jom tengok SENARAI PENUH LAGU YANG MARA KE AJL 30 .. 

Sebanyak 12 buah lagu telah diumumkan bertanding ke Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL 30) yang berjaya melayakkan diri berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional. Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan pencipta lagu yang berjaya berentap ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 30 yang dijadualkan berlangsung pada 24 Januari 2016



Berikut adalah Senarai penuh lagu yang mara ke AJL 30:


Sampai Mati - Hazama

Potret - Akim & The Majistret

Faizal Tahir - Assalamualaikum

Biarkanlah - Drama Band

Hanya Namamu - Caliph Buskers


Malam Ini Kita Punya - Bunkface

Angin Kencang - Noh Salleh

Bukan Hal Aku - Kaka Azraff & Aliff

Mana Mungkin - Black

Not For Sale - Stacy & Altimet

Tak Pernah Menyerah - Dayang Nurfaizah

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



02 Disember 2015

Giveaway Disember 2015 Cash RM500


Hadiah :
RM100 Top Referral
RM50 x 8

Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



LEVITASI - LIRIK LAGU | VIDEO - FYN JAMAL, KIRANA & KAKA

 LEVITASI - LIRIK LAGU | VIDEO - FYN JAMAL, KIRANA & KAKA |
Haish.. masa mula-mula dengar lagu ni dah terpikat dengan bait2 kata yang terdapat pada lirik lagu ni.. Seperti biasa Fynn Jamal memang tidak pernah kalah dengan kata-kata bermakna dan simbolik yang sungguh indah untuk kita hayati.. Teman terus jatuh cinta dengan lagu Levitasi ini.. Nak pulak ada gandingan 2 lagi suara hebat iaitu Kaka dan Kirana.. Pada mulanya teman tertanya-tanya juga apa maksud Levitasi itu.. dan search punya search terjumpalah maknanya..  teman kongsikan disini untuk bacaan semua.. di copy dari instagram Fynn Jamal .. jom hayati maksud Levitasi dan hayati lirik didalam Lagu Levitasi ini.. 

Maksud Levitasi :
FAQ: levitasi = levitation. keterapungan. yakni merujuk perasaan yang tergantung dalam separa sedar.
kerana hakikatnya di situlah kita. di antara. antara hidup dan mati. antara dunia dan akhirat. antara bayangan dan realiti. kita semua masih belum sampai-- selagi nyawa belum tercerai.

Haaa.. kalau tak faham gak.. maksud Levitasi tu.. just tengok aje gambo kucen kat atas tu.. terapung kan? haaa.. itulah maknanya Levitasi.. hehehehehe.. kalau korang amik gambar ibarat macam terapung di awangan.. itulah foto yang dipanggil levitasi foto.. gaya levitasi.. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lirik Lagu : Levitasi  
Nyanyian : Fynn Jamal, Zizi Kirana & Kaka Azraff

Intro (Fynn Jamal)
demi jalan-jalan yang sunyi
yang dipaksa aku berseorang
di bingit malam...aku...berani...
manusia terlalu perlu berkelompok
kalau sendiri serasa mati
tetap aku tak sudi beramai
aku berani...aku berani...
(levitasi)

Verse 1 (Fynn Jamal)
lima belas ribu tiga ratus dua puluh empat saat
aku hitung akhir detik kita dekat-dekat
masih aromamu kuat sitrus yang melekat
akal berselirat urat ke belikat sarat
ku tak pasti apa terjadi
sumpah ku tak pernah begini
tolong khabarkan, cara lekaskan
cepatkan, pantaskan masa berjalan
kau sesungguhnya ketagihan

biar satu dunia terbutakan matanya, pandangnya
biarkan, mungkin pada mereka kau tak terlihatkan
jasadnya, biarkan
perlu apa dihebahkan
bukannya pertandingan
yang terpasti, kau di sisi
yang ku rasa

Chorus
levitasi...
hadirmu membawa misteri...
ku terpisah dari bumi...
terapung
di awang-awangan...
bersama kita keasyikan...
rasakan levitasi...

Verse 2 (Kirana)
sunyi, lari, dengan hingarnya cinta yang kau bawa, sini
meski ku sendirian menongkah, seorangan menadah
ku tak lagi terkejut, terhinjut, diserabut berserah pada ribut
cukup kita tahu apa yang kita tahu
cukup dengan cukup apalah orang tahu
terapung, tergantung ke langit hujung berdua ke tua cinta diusung

dunia bagai membubuh matanya di depan aku
mencari cela, silap, hina dan gelap aku
seakan menyuruhku berhenti bergemuruh
bila beransur guruh berlabuh di langit tujuh
perlu apa dihebahkan, bukannya pertandingan
yang terpasti kau disisi, yang ku rasa

Chorus
levitasi...
hadirmu membawa misteri...
ku terpisah dari bumi...
terapung
di awang-awangan...
bersama kita keasyikan...
rasakan levitasi...


(Bridge : Puisi Fynn Jamal)
entahlah tentang manusia...
mungkin pada riuh...datang kekebalan...
mungkin pada bising...muncul kekuatan...
maka riuhlah, maka bisinglah
aku tak hairan
angin kencang aku tak takut
dengar aku jerit pada langit, gunung, rimba dan laut
aku berani...aku berani...

Verse 3 (Kaka)
kotakan nawaitu
katakan nan hakiki
madunya masih ditagihi
dari tabir balaclava ku dihakimi
masih digembala rejim yang menzalimi
ay...nyalakan pelita hindari kegelapan
nantikan cahaya nur bergemerlapan
di petala lapan emas berdakapan
nantikan keberangkatan

dalam perjalanan
dengar lagu Rindu
senandung lama yang memilu
dihargainya satu, dibencinya seribu
restukan ekstradiksi ke halaman nibiru
sakti dan magika mainan seketika
di persada kalachakra jangan leka
demi kebebasan, esok yang merdeka
hati terbang mencari yang esa

Chorus
levitasi...
hadirmu membawa misteri...
ku terpisah dari bumi...
terapung
di awang-awangan...
bersama kita keasyikan...
rasakan levitasi...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



30 November 2015

Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM".

Random  Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM

Seksanya nak buat entri pakai fon ni.. Asyik tersilap sajaaa.. Tapi sebab nak join contest sifu HH punya pasal, teman redah jugak laaaa.. Adoiyaiii.. Ni pun dah ter publish entri tergantung tadi.. Gasak lah.. Haha.. 

Ok lah, teman terasa nak join Giveaway sifu HH kali ni sebab sebelum ni asyik terlepas je kan.. Haaa.. Kali ni pasti tak terlepas.. Hehe.. 

Blog sifu HH ni terlalu banyak beri tips yang teman perlukan selama ini dalam menambah baikkan blog, tips jana duit dengan blog, pemberi semangat buat teman dan blogger2 lain untuk yakin dengan rezeki ber blog.. 

Tahniah buat sifu HH kerana blog telah mencapai 15 Juta Pageview.. Tahniah!!

Klik SINI untuk Join!!


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



10 Plaza Tol Start Guna Kutipan Elektronik Bermula 13 Januari 2016

Senarai 10 Plaza Tol Menggunakan Kutipan Elektronik Bermula 13 Januari 2016 |
Laaa.. patutlah hari tu teman terkena marah dengan penjaga tol tu.. dia minta kad Touch N Go, teman dok perati jugak tang mana ada tulis Touch N Go, dan teman yakin teman dah masuk lorong yang betul.. Lorong paling hujung.. Lorong TUNAI kottt.. tapi boleh plak dimarahi penjaga Tol tu.. adoii.. manalah teman tau dah takde Lorong Tunai.. bukan selalu naik tol pun.. 

Ingatkan teman sorang je kena.. tengok-tengok yang lain pun sama.. patutlah lama benar pemandu-pemandu kat depan tu bayar tol.. rupanya kena bambu dulu dengan penjaga tol tu sebab takde Kad Touch N Go.. yang teman kena ni masa nak pi Seri kembangan rasanya.. lupa dah...

hemmm.. walaupun blur2.. dan relax je kena marah, still taktahu lagi yang rupa2 akan datang memang sistem kutipan tunai dah takde dah kat sesetngah tol rupanya.. adoi.. tapi awat dah mula dah? kata 13 Januari 2016 baru mula? hemm.. 

Malas nak fikir .. apa-apa pun.. teman dah standby kad Touch N Go.. heeee.. nanti teman share macam mana leh buat Kad Touch N Go ni.. tak pernah rancang pun nak buat.. ingat nak guna MyKad je topup Touch N Go.. tu pun kalau cip nya dah up to date untuk Touch N Go kannn.. heheheh.. jom baca info pasal ni.. teman copy dari Blog Sifu Hasrul Hassan .. 

Blogger yang popular tu.. Mulai 13 Januari 2016, 10 plaza tol sekitar Lembah Klang akan menggunakan sistem kutipan elektronik sepenuhnya. Jadi, buat rakan-rakan yang berada di Lembah Klang dan menggunakan plaza tol berkaitan, adalah dinasihatkan untuk segera mendapatkan kad Touch n Go atau Plusmiles agar tidak hadapi kesulitan kelak.

10 plaza tol yang terbabit adalah merupakan plaza tol dalam Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Pantai Baru (NPE), Grand Saga dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA). Pengumumannya mengenai kutipan elektronik sepenuhnya di 10 plaza tol tersebut telah dibuat oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Salleh.

Senarai 10 Plaza Tol Menggunakan Kutipan Elektronik Bermula 13 Januari 2016

Senarai 10 plaza tol tersebut adalah seperti berikut:

Plaza Tol Salak Selatan
Plaza Tol Putrajaya
Plaza Tol Seri Kembangan.
Plaza Tol PJS2
Plaza Tol PJS5
Plaza Tol Pantai Dalam
Plaza Tol Batu 9
Plaza Tol Batu 11
Plaza Tol Seri Muda
Plaza Tol Alam Impian

Semoga maklumat ini membolehkan anda semua membuat persediaan sepatutnya. Jangan sampai kena macam teman lakkkkkk.. adoiiiyaii..


Sumber Asal: Hasrul Hassan 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers