Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

26 Januari 2016

ISTERI RAMPING RAHSIA RUMAH TANGGA BAHAGIA

ISTERI RAMPING RAHSIA RUMAH TANGGA BAHAGIA |
Terbaca keratan surat khabar lama ni.. Amboiii..semua Isteri kena ramping la lepas ni yea. Haha.. Takut pulak membaca nya.. Teman ni makin lama makin bulat ni.. Naik tangga pun dah semput.. Hihihi..

Nak kurus payah bebeno sebab kena disiplin dengan diet tu yang tak larat.. Hahaha.. Tapi memang dengan usaha nak kurus ni.. Hehehe.. Ada la caranya.. Kih3.. K bye..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



SENARAI PEMENANG AJL 30 | 2016


SENARAI PEMENANG AJL 30 | 2016

Wah.. berkobar-kobar nampak nak tahu keputusan Anugerah Juara Lagu (AJL30) kali ni.. haa.. belum lagii.. hehehe.. tau la semua excited.. Bukan apa, kali ni semua lagu-lagu yang dipertandingkan boleh tahan best-best belaka.. teman pun suka sangat nak nengok siapakah yang bakal menggondol Hadiah sebagai Juara dalam Anugerah Juara Lagu ke 30 ini.. haaa.. 

Tapi.. kalau nak hitung-hitung yang mana yang andaian teman bakal Juara, teman rasa.. Lagu yang best.. haaa.. teman nak tekankan.. LAGU yeee.. bukan penyanyi yea.. sebab yang dipertandingkan Lagu .. bukan Penyanyi okeh.. Penyanyi just menyampaikan lagu tersebut dengan baik agar lagu tersebut benar-benar melekat di jiwa yang mendengar.. cewahhh.. ate, memang betui kannn.. haaa.. 

Ok lah.. teman punya pilihan.. rasanya macam Lagu Potret yang dinyanyikan oleh Akim & The Majistret, Lagu Sampai Mati (Hazama), Hanya Namamu (Caliph Buskers), hemm.. yang lain pun kuat-kuat belaka.. tapi teman senaraikan favourite teman je dulu yea.. Yang lain tu tunggu aje AJL30 yang akan berlansung pada 24 Januari 2016 ni.. Kita tengok siapa yang Menang..

Teman pun suka je nak update dari semasa ke semasa tentang Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu ke 30 (AJL30) ni, Kalau sempat teman update cepat.. kalau tak sempat.. mengkome google lea website AJL30 yea.. hehehehe.. 

Berikut adalah keputusan senarai pemenang bagi AJL 2016 yang akan dikemaskini sebaik sahaja pengumuman keputusan dibuat :

Senarai Pemenang AJL30 (Anugerah Juara Lagu) 2016. Siapakah juara AJL30 tahun 2016 kali ini? Berikut adalah keputusan rasmi pemenang Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30) tahun 2016 yang berlangsung pada 24 Januari 2016 (Ahad) di Stadium Melawati, Shah Alam. AJL30 dihoskan oleh AG dan Fara Fauzana dan disiarkan secara langsung di TV3 dengan tema "Celebrating 30 years AJL". Penaja Utama adalah Pamoga Qu Puteh

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
= SENARAI FINALIS AJL30 =

Berikut adalah senarai finalis AJL 30 yang akan bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu ke 30 pada tarikh 24 Januari 2016:-

LAGU: SAMPAI MATI 
PENYANYI: HAZAMA 
KOMPOSER: OMAR K & AUDI MOK 
PENULIS LIRIK: OMAR K
LAGU: POTRET 
PENYANYI: AKIM & THE MAJISTRET 
KOMPOSER: HANG NADIM 
PENULIS LIRIK: KAMAR EMPAYAR 
PENYANYI: NOH SALLEH 
KOMPOSER: NOH SALLEH 
PENULIS LIRIK: NOH SALLEH 
LAGU: NOT FOR SALE 
PENYANYI: STACY FT ALTIMET 
KOMPOSER: MIKE CHAN & OMAR K PENULIS 
LIRIK: MIKE CHAN, OMAR K & ALTIMET
LAGU: BIARKANLAH 
PENYANYI: DRAMA BAND 
KOMPOSER: AEPUL ROZA, AMMAR HABIR, DAUS SRK DAN FAEEZ HALIM 
PENULIS LIRIK: AEPUL ROZA, AMMAR HABIR, DAUS SRK DAN FAEEZ HALIM
LAGU: ASSALAMUALAIKUM 
PENYANYI ASAL: FAIZAL TAHIR 
KOMPOSER: FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, OMAR K, EZRA KONG, AUDI MOK 
PENULIS LIRIK: FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, OMAR K, EZRA KONG, AUDI MOK
 LAGU: KNOCK KNOCK 
PENYANYI: ELIZABETH TAN 
KOMPOSER: FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN 
PENULIS LIRIK: FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN
LAGU: HANYA NAMAMU 
PENYANYI: CALIPH BUSKERS 
KOMPOSER: EDRY ABDUL HALIM 
PENULIS LIRIK: EDRY ABDUL HALIM
LAGU: MALAM INI KITA PUNYA 
PENYANYI: BUNKFACE 
KOMPOSER: SAM BUNKFACE 
PENULIS LIRIK: SAM BUNKFACE
LAGU: BUKAN HAL AKU 
PENYANYI: KAKA AZRAFF & ALIF 
KOMPOSER: THE GOOD FELLAS 
PENULIS LIRIK: THE GOOD FELLAS
LAGU: MANA MUNGKIN 
PENYANYI: BLACK 
KOMPOSER: AJAI 
PENULIS LIRIK: AJAI
LAGU: TAK PERNAH MENYERAH 
PENYANYI: DAYANG NURFAIZAH 
KOMPOSER: AKID 
PENULIS LIRIK: POJI SAMAD

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KEPUTUSAN RASMI PEMENANG 
JUARA AJL 30 

Keputusan dan senarai hadiah akan teman update dari masa kesemasa, sabo yea.. hehe.. 

Hadiah Untuk Pemenang :-
Juara AJL30 : 
Trofi & wang tunai RM50,000
Pemenang/Lagu :

Akim & Majistret / Potret

Naib Juara : 
Trofi & Wang Tunai RM35,000
Pemenang/Lagu :
Faizal Tahir / Assalamualaikum 

Tempat Ketiga : 
Trofi & wang tunai RM20,000
 Pemenang/Lagu :
Caliph Buskers / Hanya Namamu

Kategori Vokal Terbaik : 
Trofi & Wang Tunai RM12,000 
Pemenang/Lagu: 
Dayang Nurfaezah/Tak Pernah Menyerah

Persembahan Terbaik : 
Trofi & Wang Tunai RM12,000 
Pemenang/Lagu : 
Akim & Majistret/Potret

Anugerah Qu Puteh Diva :
Dato Siti Nurhaliza
Lagu: Cindai

Anugerah xxxx
Combination Band

Haa.. tu apa pulak Anugerah Qu Puteh Diva tu yea? haa.. bagi sesiapa yang belum tahu tentang Anugerah Qu Puteh Diva ni.. meh baca ni... 

Anugerah Qu Puteh Diva adalah anugerah yang baru diperkenalkan bagi meraikan juara-juara sepanjang 30 tahun penubuhan AJL. Pemenang Anugerah ini diundi menerusi laman web www.anugerahjuaralagu.com ini turut memberi peluang kepada penonton untuk mengundi persembahan Juara Lagu terbaik dari AJL 1986 hingga AJL 2014.

Walau apa-apa pun.. Tahniah kepada mereka yang berjaya dalam Anugerah Juara Lagu ke-30 tahun 2016 kali ini.




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



SIARAN LANGSUNG AJL 30 | ANUGERAH JUARA LAGU 2016


Senarai Lagu Masuk Final --> Klik Senarai Lagu Masuk Final AJL 30 / 2016 |

Anugerah Juara Lagu bakal bergema dengan memartabatkan penulis lirik, komposer dan penyanyi, sekali gus menobatkan mereka sebagai juara. AJL30 2016 yang akan berlangsung pada 24 Januari 2016 bertempat di Stadium Melawati Shah Alam dengan menampilkan 12 lagu yang akan berentap di pentas AJL30


Kepada semua yang tidak berpeluang menonton di kaca televisyen, jangan risau..  korang jugak boleh menonton melalui online atau internet. Selamat menonton secara live streaming pentas akhir AJL 30

Nak tonton Online? 
Klik Website Rasmi AJL 30 : SINI 

Atau 
Tonton melalui
(guna fb login)

Atau
Tonton Melalui


Saksikan Live Streaming / Tonton Online AJL 30 Tahun 2016 pada malam esok, Ahad 24 Januari 2016 Jam 9.00 malam bertempat di Stadium Melawati Shah Alam dengan menampilkan 12 lagu yang akan berentap di pentas AJL30, bersiaran secara langsung melalui TV3. 

Nak dengar kat Radio pun boleh... 
Dengar siaran langsung melalui radio rasmi AJL 30 iaitu 
HOT FM (klik)


Website Rasmi AJL 30 : SINI   | Fanpage : AJL 30 | Instagram : AJL 30 | Hot FM

Live Streaming AJL 30 Anugerah Juara Lagu 2016 . Kemuncak Anugerah Juara Lagu 30 (Final AJL30) bakal berlangsung pada Ahad, 24 Januari 2016 secara langsung jam 9 malam dari Stadium Melawati, Shah Alam. 

Penaja utama adalah Pamoga Qu Puteh dan 12 finalis/ lagu akan bersaing untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu AJL, anugerah muzik berprestij yang memartabatkan penyanyi, penulis lirik dan komposer di Malaysia.

Juara tahun lepas adalah lagu Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow ft. SonaOne.

SIARAN LANGSUNG ANUGERAH JUARA LAGU 30 (AJL30) 24 JANUARI 2016

Berikut adalah maklumat penting mengenai Live Streaming AJL30 yang bakal dipancarkan oleh TV3 :-

Hos AJL30 - AG dan Fara Fauzana
Tema - "Celebrating 30 years AJL" 
Konsep ‘Kegemilangan dan Kemeriahan 30 Tahun AJL’
Penaja Utama - Pamoga Qu Puteh
Link Live Streaming - klik Anugerah Juara Lagu 30
Masa : 830 malam hingga 1200
Tempat : Stadium Melawati, Shah Alam
Keputusan Pemenang Juara AJL30 - Klik Juara
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

23 Januari 2016

Tips Berbual dengan Warga Emas Bermasalah Pendengaran



  Tips Berbual dengan Warga Emas Bermasalah Pendengaran |

Hai.. hari ni terbaca satu artikel ni.. dekat Page My Health.. teringat dekat Arwah Atuk dan Opah yang juga kurang pendengaran.. Teman selalu terpaksa bercakap dengan nada kuat kerana kalau bercakap dengan nada perlahan memang mereka tidak akan dengar dan soalan bagai di angin lalu tidak berjawapan.. 

Rupanya ada cara untuk berkomunikasi dengan warga emas yang bermasalah pendengaran.. Teman teringat ada beberapa kali yang teman bercakap dengan nada perlahan tetapi ajaib kerana arwah atok boleh mendengar dan menjawab soalan teman.. wah.. ketika itu rasa seperti pelik dan teman dapati agaknya memang itu je cara nya kot bercakap dengan arwah atok.. apa-apa pun, jom baca artikel dibawah ini.. mana tahu kot korang juga menghadapi situasi berhadapan dengan warga emas yang kurang pendengaran.. Moga ia bermanfaat buat kita semua..

Kesukaran untuk mendengar dan memahami perbualan di peringkat warga emas akan mengganggu emosi dan menjejaskan komunikasi antara individu tersebut dengan orang lain. Tips berbual dengan mereka yang disayangi, klik >>
http://goo.gl/M1zxli atau teruskan membaca disini.. 

Hilang pendengaran sensorineural di usia lanjut (presbycusis) berlaku akibat proses degenerasi organ pendengaran. Gangguan pendengaran ini berlaku secara beransur-ansur dan bersifat kekal. Kira-kira 30 peratus di kalangan warga tua berusia antara 65 hingga 75 tahun, dan 50 peratus di kalangan usia 75 tahun mengalami masalah pendengaran pada peringkat ini.

Faktor penyebab berlakunya presbycusis belum diketahui secara pasti. Akan tetapi, terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi masalah ini seperti faktor usia, hipertensi, diabetes mellitus, dan pendedahan kepada bunyi bising yang berlanjutan. Antara gejala gangguan pendengaran di peringkat ini termasuklah sukar untuk mendengar dan memahami perbualan, seterusnya mengganggu emosi dan menjejaskan komunikasi antara individu tersebut dengan orang lain.

Gambar petikan dari laman sesawang commons.wikimedia/org/wiki/File:Anatomi_Telinga_Manusia.svg


Rehabilitasi aural seperti pemasangan alat bantu dengar dapat membantu warga tua bermasalah pendengaran untuk mendengar dengan lebih baik. Namun, strategi komunikasi dengan individu ini perlu dititikberatkan juga supaya kemampuan mendengar mereka menjadi lebih baik dan berkesan terutamanya apabila berada di persekitaran yang bising.


Antara strategi komunikasi dengan warga tua bermasalah pendengaran yang boleh diaplikasikan adalah:



Tarik Perhatian Sebelum Memulakan Perbualan
Mulakan perbualan dengan menarik perhatian individu tersebut untuk memberitahunya bahawa kita sedang bercakap dengannya. Pastikan topik perbualan tersebut adalah jelas, seterusnya bercakaplah dengan kadar perlahan dan berhadapan dengannya. Kiu-kiu visual seperti isyarat tangan boleh membantu individu tersebut untuk lebih fokus dan memahami mesej yang disampaikan dalam perbualan.

Bercakap dengan Kadar yang Perlahan dan Jelas
Kadar percakapan kita perlu diperlahankan sedikit dan jangan menjerit. Cara ini dapat membantunya mendengar dan memahami perbualan tersebut dengan lebih baik dan berkesan. Setiap mesej yang disampaikan akan menjadi lebih jelas, di samping memudahkannya untuk memproses setiap bunyi pertuturan yang didengari.

Selain tu, pastikan tiada halangan semasa bercakap. Mesej yang disampaikan akan terganggu sekiranya kita bercakap sambil makan, menguap, atau apabila tangan diletakkan menutupi mulut.

Bina/Olah Semula Ayat
Sekiranya berlaku gangguan komunikasi, ulangi mesej yang disampaikan sebentar tadi dalam kadar perlahan, ataupun olah semula ayat pertuturan tersebut supaya lebih senang untuk difahami. Elakkan menggunakan ayat pertuturan yang kompleks

Dapatkan Maklumbalas
Dapatkan maklumbalas daripada warga tua bermasalah pendengaran untuk memastikannya betul-betul memahami mesej yang disampaikan.

Persekitaran Mendengar
Kebanyakan warga tua bermasalah pendengaran menghadapi kesukaran untuk memahami perbualan di persekitaran yang bising. Oleh yang demikian, pastikan persekitaran mendengar mereka jauh dari sumber bunyi bising atau bunyi-bunyi yang boleh mengganggu tumpuan untuk mendengar.

Apabila bercakap, haruslah berada di hadapan mereka dengan jarak yang dekat supaya kiu-kiu visual dapat membantu, di samping mereka dapat membaca gerakan bibir penyampai mesej.

Perlu diingat bahawa matlamat kita adalah untuk memudahkan komunikasi, bukannya mewujudkan emosi atau tanggapan negatif di kalangan warga tua bermasalah pendengaran. Sekiranya matlamat tersebut tidak dapat dicapai menggunakan komunikasi secara lisan, maka komunikasi bukan lisan seperti menyampaikan mesej menggunakan tulisan atau isyarat juga boleh membantu mereka untuk memahami mesej yang disampaikan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



22 Januari 2016

Hadiah dari WOOP.MY


Hadiah yang ditebus guna point 
WOOP.MY

klik sini kalau nak sertai--> WOOP.MY
Haa.. dah sampai pun hadiah yang ditebus minggu lepas.. hemm.. baguslah.. cepat jugak woop proses penghantarn hadiah ni yea.. bagus lah.. hehe.. masa terima semalam, dari luar dah ada bauk wangi.. hehe.. macam tau dah dari mana.. rupanya betul la dari woop.. hehehe.. So, buka dan snap gambo sikit untuk letak kat blog sebagai tatapan semua.. supaya korang tak ragu-ragu lagi untuk join WOOP.MY .. yelah.. ada je yang macam anggap benda ni sia-sia.. tapi cuba lihat teman boleh berjimat berapa banyak hanya dengan join jawap survey WOOP.MY je.. Haa.. so, apa lagi.. jom kumpul point dan tebus hadiah-hadiah best.. jommm!!    

A video posted by 🇹🇪🇳🇬🇰🇺🇧🇺🇹🇦🇳🇬 (ღ˘⌣˘áƒ¦) (@tengkubutang) on


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



DINNER LAMB CHOP HOMEMADE | 20.1.2016


DINNER LAMB CHOP HOMEMADE MALAM KELMARIN |
Haii.. Setelah setahun tak makan Lamb Chop ni.. Baru kelmarin (Rabu) tetiba teringin nak buat Lamb Chop.. dan ternyata memang kami rindu nak makan Lamb Chop.. cuma masa tak mengizinkan sejak buka kedai.. dan lagi malas apabila bahan untuk Lamb Chop pun boleh tahan harga nya.. so.. kami lupakan ajelah nak main masak-masak Lamb Chop.. haha.. Tapi.. hahaha.. kelmarin jadi jugak kami masak Lamb Chop.. haaaa.. akhirnya kannnn.. kenyang dan puasss.. sebab masak sendiri leh letak banyak mana kita nak, leh makan seberapa banyak mana kau mahu.. haha (gelak tak sedor diri)


Haa.. yang ni teman punya.. teman memang suka simple-simple.. tak suka campur-campur.. ehehehe.. 

Ha?? Resepi??? Amik ni.. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers