Hehe.. Semalam berpusu-pusu mesej masuk dalam group what's app yang rata-rata nya mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia yang sememangnya akan disambut semua wanita setiap tahun..
Setiap tahun, masyarakat antarabangsa meraikan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac. dan tema pada tahun ini adalah “Equal Rights, Equal Opportunities: Progress for All” yang objektif utamanya ialah untuk menghapuskan apa-apa rintangan yang dikenakan kepada wanita berdasarkan definisi budaya tentang peranan wanita dalam masyarakat. Ini bagi memastikan hak wanita dan lelaki sama-sama terpelihara seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negara.
Dalam laporan terbaru yang dikeluarkan, didapati kebanyakan negara masih mengamalkan dasar atau undang-undang yang mendiskriminasi wanita.
Tidak hairanlah jika tema Hari Wanita Sedunia tahun ini meminta kita semua merefleksi sama ada wanita diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan.
Moga sambutan Hari Wanita Sedunia pada tahun ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung isu-isu wanita sejagat serta peranan semua pihak dalam menghapuskan diskriminasi gender agar pembangunan potensi wanita dapat dipertingkatkan.
Selain itu, semoga Sambutan Hari Wanita Sedunia menjadi salah satu bentuk pengiktirafan terhadap sumbangan wanita dalam pembangunan dan kesejahteraan keluarga, masyarakat, negara dan juga seantero dunia.
Dibawah ni teman share apa satu ayat yang teman suka dari sahabat alam maya teman iaitu Zaza . tq Zaza.. moga Allah merahmati hidup kita semua.. Aamiinn.. Selamat hari Wanita ye semua..
WANITA HEBAT
Wanita hebat bukan karena dia cantik
Wanita hebat bukan karena dia kaya
Wanita hebat bukan karena dia pintar
Dan bukan pula karena disampingnya ada lelaki kacak dan kaya
Tapi wanita hebat adalah :
Wanita yang mampu terus berdiri menyelesaikan masalahnya
Mampu berdoa dan percaya kepada Allah sumber kekuatan
Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan
Bersabar saat tertekan
Tersenyum saat hati menangis
Diam saat terhina
Mempesona karena memaafkan
Mampu membalut luka hati dengan sabar
Mampu memadam amarah dengan istighfar
Mampu menghapus dendam dengan maaf.
Selamat Hari Wanita
SELAMAT HARI WANITA KEPADA SEMUA WANITA DALAM DUNIA NI ..ANDA ADALAH WANITA YANG HEBAT ANDA WANITA KUAT.. UCAPKANLAH PADA SEMUA WANITA.. HARGAILAH WANITA.. SAYANGILAH WANITA..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
PERCUMA!
Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another )
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free )