Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

11 Mac 2016

REDEEM REWARD DARI WHOHAA KALI KE 6

REDEEM REWARD DARI WHOHAA KALI KE 6 |
Teman redeem apa kali ni? haaa... macam dalam gambar diatas ni la.. heee.. memandangkan barang lain macam biasa-biasa je.. so, teman reedem Bluetooth Shutter For Selfie je la.. haha.. bukan nak selfie mana pun.. dah jarang selfie sekarang ni.. tapi manalah tau kot ada kegunaan nanti.. so, tebus aje dulu.. Lagipun point dah cukup .. kalau simpan-simpan pun tak tau nak tebus apa sebab takde target pun nak tebus dalam senarai tu.. semua dah ada.. hee.. Cuma Fujifilm Instax Mini 8 je yang tak dapat lagi.. tapi dulu la beria sangat nak .. sekarang udah rasa tak teringin pulak.. kikiki.. KECUALI... Kamera tu kaler Orennnn!!! hahahaha.. terus giler nakk!! kikiki..

Haaa.. korang rasa berbaloi tak join WHOHAA ni? kalau tak berbaloi camne teman leh tebus 6 kali jugak lah macam kat atas ni.. memang la tak banyak tapi at least boleh gak topup2 mana yang kurang.. kalau tak dapat redeem maksudnya duit korang kena keluar jugak kan? so, baik la korang join whohaa ni.. then kumpul point dan redeem.. dapat la jugak buat membantu even sikit2.. Tapi bagi yang income memang dah ribu-ribu setiap bulan tu.. silalah pejam mata ok.. K bye... 

klik SINI untuk Daftar PERCUMA!!

entri berkaitan WHOHAA :

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



10 Mac 2016

Happy 4th Anniversary Buat Hubby Tersayang

Gambar lama, Anniversary ke 2 tahun lepas (2013).. | Masa ni muka kami serabut giler sebab tengah bertungkus lumus siapkan kedai.. kenangan abadi buat kami apabila kakak ipar dan abang ipar yang datang buat surprise sambut Anniversary kami.. Sedangkan kami sendiri pun boleh lupa kerana sibuk dengan hal kedai.. tq Kak Ina dan Abg Ma.. 

Hai.. hari ni genap 4 tahun teman dan encik suami melayari hidup bersama.. dan pada tanggal 10 Mac 2012 kenangan saat cincin nikah disarungkan di jari manis masih terbayang dimata.. kenangan yang tidak akan dilupakan hingga akhir hayat.. 

Terima kasih buat suami tersayang kerana telah memberi pelbagai ilmu dan kasih sayang kepada teman sepanjang kami hidup bersama.. Perkenalan yang membawa kami ke jinjang pelamin dan sehinggalah sampai ke tahap ini, diduga dengan pelbagai dugaan namun kami tetap teruskan mengenali hati budi masing-masing walaupun setelah berkahwin. 

Semoga kasih sayang kami berkekalan hingga akhir hayat, hingga hujung nyawa.. abadi selamanya.. Aamiinn.. Aamiin.. Aamiin.. Yarabbal Alamin..  


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Bersyukur kerana bahagia menempuh 4 tahun melayari hidup bersama encik suami tersayang.. Semoga kasih kami semakin erat dan kekal hingga ke Jannah.. Semoga kebahagiaan ini diberkati Allah.. Dimurahkan rezeki oleh Allah.. Dan dipelihara keselamatan kami, diberi kesihatan dan ketenangan dalam hidup. Tq Allah.. Alhamdulillah.. 

Happy Anniversary hubbymiaw.. Happy Anniversary jugak buat Full Throttle Accessories yang menyambut Ulangtahun ke 2 hari ini.. 10 Mac 2016..

Kebetulan 10 Mac juga adalah tarikh pembukaan kedai kami Full Throttle Accessories (FTA), ini adalah tahu kedua bagi FTA .. Semoga perniagaan kami bertambah maju dan berkembang sehingga dapat mengubah masa depan kami akan datang.. Moga Allah permudahkan segalanya.. 



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



09 Mac 2016

REVIEW - SABUN AL-RAZI

IKLAN BERBAYAR!! |
Harga Yang Sangat Murah!!! Berminat untuk order? sila pm Facebook Embun Eiza atau Fanpage Butik Embun Beauty House  Selain Sabun Al-Razi..  Butik Embun Beauty House juga ada menjual bermacam2 barangan lagi seperti Tudung Bawal, Shawl, Pritzel, Krim Untuk Kurus, Produk Marine Essence dan pelbagai lagi.. untuk keterangan lanjut.. rajin2lah singgah Fanpage Butik Embun Beauty House yea! Selamat membeli dan membelah yea.. (^_________________^), 

Jom kita tengok Review tentang Sabun Al-Razi ni pulak.. testimoni diri sendiri ni tauu.. heee..

Terus terang teman nak gitau, memang teman puas hati dapat sabun ni.. sebab selama ni tercari2 sabun yang sesuai dengan kulit muka, susah bebeno nak jumpa.. Tapi Akhirnya Butik Embun Beauty House yang dikendalikan oleh Embun Eiza, telah memperkenalkan teman kepada Sabun Al-Razi ni.. MasyaAllah.. memang rasa kulit nampak semakin ok.. tQ Embun Eiza , kalau korang nak tau apa kebaikan Sabun Al-Razi ni , jom baca bawah ni..
Sabun untuk kecantikan kulit dan wajah anda
1 KOTAK MENGANDUNGI 2 SABUN
Sabun Al-Razi selamat digunakan dan disahkan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Sabun AL-Razi merupakan kombinasi HERBA SEMULAJADI,BEBAS BAHAN KIMIA,serta HALAL bagi merawat masalah kulit seperti :-
*Jerawat/Jerawat Batu
*blackhead/whitehead
*Pori-pori terbuka

*Pigmentasi

*Mencerahkan bahagian muka & badan

*Meratakan tona kulit muka,

*Mengurangkan kedutan.

*Ianya juga boleh menghilangkan jeragat,

*Membuang parut kecil seperti sel kulit mati
*Membaiki lapisan kulit yang bermasalah

NO. KKM --> NOT131103088
Sabun al razi diperbuat daripada bahan semulajadi yg Mampu merawat Serta menyelesaikan masalah kulit Anda!!marilah memcubanya bagi melihat hasilnya seawal 3 hari!..
cara nak guna? meh baca bawah ni.. 
CARA-CARA PENGGUNAAN

Mula2 Basahkan wajah dengan air suam agar pori-pori lebih terbuka. Dengan ini, khasiat Sabun akan lebih mudah meresap ke wajah.

Gosokkan Sabun al razi di telapak tangan dengan sedikit air, dan sapukan secara lembut dengan jari tangan ke seluruh wajah bermula dari dahi, hidung, pipi dan leher

Basuh muka dengan air beberapa kali sehingga sisa-sisa sabun hilang di wajah. Gunakan air sejuk agar pori-pori tertutup dan melancarkan peraliran darah.

Keringkan wajah dengan tuala bersih. Pastikan bukan dengan baju atau kain yang sudah diguna.

Jangan mencuci wajah apalagi menggosok wajah secara berlebihan,seperti 6-7kali malah akan meningkatkan produksi minyak sobaceous yang dapat menyebabkan masalah kulit pada wajah. Cuci wajah 1-2 kali sehari dengan menggunakan sabun Al-Razi sudah memadai.


Teman dah cuba, korang bila lagi? best tau sabun ni, kesan seawal 3 hari tau! Banyak kebaikan yang korang boleh perolehi guna sabun ni.. kerana kandungan ekstraknya terbaekk!

KEBAIKAN RAMUAN SABUN AL RAZI:
Sabun Al-Razi diperkaya dengan Tea tree oil,ekstrak aloe vera,olive oil & vitamin C. Formula baru dengan kombinasi herba semulajadi dan ramuan terpilih sesuai untuk menghapuskan masalah kulit rakyat malaysia. Jom baca apa khasiat yang terkandung dalam sabun ni..



ALOE VERA/LIDAH BUAYA -> boleh merawat parut jerawat,bekas luka dan mengurangi keradangan kulit muka,ia juga digunakan sebagai rawatan untuk kulit yang terbakar sinaran matahari

TEA TREE OIL -> untuk mengatasi kulit berjerawat. Kandungan anti bakterianya efektif untuk mengecutkan jerawat yang meradang.

OLIVE OIL -> membantu pengelupasan sel-sel kulit mati,
pemakaian minyak zaitun pada tubuh juga membuat kulit .

EXTRAK TIMUN -> Baik untuk kulit kering, kulit yang terbakar sinar matahari, kandungan vitaminnya yang tinggi serta melembapkan kulit kandungan mineral sangat membantu mengatasi kekeringan kulit.

EXTRAK Vitamin C -> mampu menyegarkan kulit serta memutihkan wajah secara semulajadi

EXTRAK BAWANG PUTIH -> merawat jerawat batu paling berkesan serta Melembutkan kulit wajah

EXTRAK SERAI -> manfaat serai merupakan rawatan paling berkesan untuk membunuh 99% kuman di kulit muka


Berminat untuk order? sila pm Facebook Embun Eiza atau Fanpage Butik Embun Beauty House  Selain Sabun Al-Razi..  Butik Embun Beauty House juga ada menjual bermacam2 barangan lagi seperti Tudung Bawal, Shawl, Pritzel, Krim Untuk Kurus, Produk Marine Essence dan pelbagai lagi.. untuk keterangan lanjut.. rajin2lah singgah Fanpage Butik Embun Beauty House yea! Selamat membeli dan membelah yea.. (^_________________^), 

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA | 8 MAC 2016


Hehe.. Semalam berpusu-pusu mesej masuk dalam group what's app yang rata-rata nya mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia yang sememangnya akan disambut semua wanita setiap tahun.. 
Setiap tahun, masyarakat antarabangsa meraikan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac. dan tema pada tahun ini adalah “Equal Rights, Equal Opportunities: Progress for All” yang objektif utamanya ialah untuk menghapuskan apa-apa rintangan yang dikenakan kepada wanita berdasarkan definisi budaya tentang peranan wanita dalam masyarakat. Ini bagi memastikan hak wanita dan lelaki sama-sama terpelihara seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negara.

Dalam laporan terbaru yang dikeluarkan, didapati kebanyakan negara masih mengamalkan dasar atau undang-undang yang mendiskriminasi wanita.

Tidak hairanlah jika tema Hari Wanita Sedunia tahun ini meminta kita semua merefleksi sama ada wanita diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan.
Moga sambutan Hari Wanita Sedunia pada tahun ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung isu-isu wanita sejagat serta peranan semua pihak dalam menghapuskan diskriminasi gender agar pembangunan potensi wanita dapat dipertingkatkan. 

Selain itu, semoga Sambutan Hari Wanita Sedunia menjadi salah satu bentuk pengiktirafan terhadap sumbangan wanita dalam pembangunan dan kesejahteraan keluarga, masyarakat, negara dan juga seantero dunia.

Dibawah ni teman share apa satu ayat yang teman suka dari sahabat alam maya teman iaitu Zaza . tq Zaza.. moga Allah merahmati hidup kita semua.. Aamiinn.. Selamat hari Wanita ye semua.. 

WANITA HEBAT

Wanita hebat bukan karena dia cantik 
Wanita hebat bukan karena dia kaya 
Wanita hebat bukan karena dia pintar 
Dan bukan pula karena disampingnya ada lelaki kacak dan kaya 

Tapi wanita hebat adalah : 
Wanita yang mampu terus berdiri menyelesaikan masalahnya 
Mampu berdoa dan percaya kepada Allah sumber kekuatan 
Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan 
Bersabar saat tertekan 
Tersenyum saat hati menangis 
Diam saat terhina 
Mempesona karena memaafkan 
Mampu membalut luka hati dengan sabar 
Mampu memadam amarah dengan istighfar 
Mampu menghapus dendam dengan maaf.

Selamat Hari Wanita

SELAMAT HARI WANITA KEPADA SEMUA WANITA DALAM DUNIA NI ..ANDA ADALAH WANITA YANG HEBAT ANDA WANITA KUAT.. UCAPKANLAH PADA SEMUA WANITA.. HARGAILAH WANITA.. SAYANGILAH WANITA..



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



04 Mac 2016

RESEPI AYAM TANDOORI SEDAP!

RESEPI AYAM TANDOORI SEDAP! |
Resepi?? hehehehe.. Ni makan malam kami semalam.. konon diet la kan.. ewah2.. hahaha.. tapi perut tak surut2 gak.. tapi Ok lah .. nak citer rasa dia je ni.. sedap tau!! eh.. Tajuk entri Resepi ye?? hahaha.. Actually.. Resepi takde.. tapi Rempah dia ada lah!.. sedap giler beb! makan dengan Roti Canai ke.. melambung2 sedapnya.. Tak percaya?? hahaha.. kena rasa dulu baru tauu!! nak tau lebih lanjut.. klik link bawah ni.. mana tau korang dah takde idea nak masak apa hari-hari, leh try buat Ayam Tandoori ni.. sedap wooo!! K bye!



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



REWARD STORE 8SHARE.COM SELALU OUT OF STOCK AJE...

REWARD STORE 8SHARE.COM SELALU OUT OF STOCK AJE... |


Hemm.. setakat ni belum pernah merasa lagi Redeem apa-apa reward dari Reward Store 8share.com ni.. Bila la waktu yang sesuai yang boleh Redeem kan?? Ada sape-sape tahu?? hahaha.. Sebab teman buka asik keluar OUT OF STOCK je.. Awat asik OUT OF STOCK je.. Asal buka je  OUT OF STOCK, Asal buka je  OUT OF STOCK ... hahahaha.. K byeee... Random giler kan!



Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



RESEPI PIZZA HOME MADE SEDAP!!

RESEPI PIZZA HOME MADE SEDAP!! | 
Hahaha.. Home Made le sangat ye.. kalau Home Made, Rotinya tu Uli sendiri OK!!.. hahah.. Alkisahnya Hari Selasa dengan Rabu hari tu berturut-turut kot buat Pizza ni.. haaa.. puas hati.. makan sampai jemu.. heee.. dah lama mengidam nak makan Pizza yang dibuat sendiri.. 

Kalau makan yang Rm3.90 kat AEONBig tu dah biasa sangat.. so, teringin nak makan yang dibuat sendiri.. Tapi bila dah buat sendiri.. rasa macam better beli je.. hahahahaha.. sebab makan berdua je pun.. macam banyak pulak WANG kena keluar beli bahan2.. hu3..

Tapi takpelah.. teman saja nak merasa buat sendiri.. dah lama tak buat.. dulu masa bujang, teman selalu jugak buatkan untuk anak-anak sedara dan abah mak kat kampung... Lepas tu dah duduk KL, memang tak buat dah la kan.. balik pun kejap-kejap.. kelam kabut.. tak sempat nak buatkan Pizza untuk diorang.. but.. One day.. nak buatkan jugak Pizza untuk diorang.. sebab diorang suka pizza tu.. 

Ok lah.. Nak Resepi tak? Tengok je gambar bawah ni.. gerenti korang faham dan terasa senang giler buat Pizza ni.. Erkk... Tapi doh tu teman beli aje.. tak reti nak buat doh nya.. dan masa pun agak mencemburui untuk teman menguli doh.. hehehehehe.. Ok la... Silalah tengok.. K byeee..!!! 


BAHAN-BAHAN
Roti Pizza (nak uli boleh, nak beli siap pun boleh)
Mozarella Cheese
Parmesan Cheese
Nenas (potong kecil2)
Tomato Puree
Sos Cili/Sos Black Pepper
Sosej Ayam/Daging
Chicken Slice
Cendawan Butang (eh Butang? hehehe)
Tuna Mayonis (dalam tin tu)
Tomato (potong dadu)
Cili Cameron (potong dadu)
Daging Cincang (ikut suka nak letak ke tak)

Sediakan je bahan-bahan macam dalam gambar ni..Actually tak perlu nak ikut semua bahan diatas.. buat simple pun boleh tau.. Macam korang nak letak Daging Cincang, Nenas, Sosej,Cili Cameron, Tomato dan akhir sekali letak lah Mozarella Cheese n Oregano.. Mudah kan? Bagi yang suka Topping banyak giler tu.. boleh la kalau nak mencuba nya.. sama je rasa.. yang penting Cheese dia tu wehh.. hahahaha.. 

Nak mudah lagi?? haaa.. contohnya PIZZA TUNA dengan Chicken Slice ke, PIZZA TUNA dengan Hot Dog ke..

Tapi dalam Gambar ni ada satu yang sepatutnya ada tapi kami tak beli.. Cili Cameron.. haaa.. yang tu yang buat penyedapnya tauu!!! dah jangan lupa.. Oregano! itu harus ada untuk rasa PIZZA yang sebenar.. ecececeh.. dannn!! Kalau korang ada Sos BlackPepper, sangat-sangatlah OK tau! sebab Rasa dia lagi nyum-nyum.. Cuma kalau takde pun takpe, korang just letak Sos Cili aje pun boleh.. 

CARA-CARA NAK BUAT :
Ni bahan-bahan yang teman sediakan untuk topping (letak atas roti)
Mula-mula letak tomato puri atas roti ni.. ratakan 
Lepas tu letak la bahan-bahan lain, letak je mana korang suka.. Lepas tu atas sekali letak Mozarella Cheese dan Akhir sekali Parmesan Cheese.. Dan jangan lupa letak Oregano sikit.. tabur sikit-sikit, jangan banyak sangat.. kang pedor rasa Pizza.. tak sedap pulak kan! baru letak Sos Cili atau Sos Black Pepper..ikut suka nak letak gaya mana.. teman buat macam dalam gambar ni je.. hehehe
Pastu bakar la... teman guna Oven halogen tu.. Bakar la dalam 10 minit 150'C macam tu.. teman suka lembut rotinya, so.. agak cheese dah cair je teman keluarkan.. heee.. sape-sape suka roti tu garing.. biar la lama sikit.. ikut suka kome la ye!
Beginilah kejadian Pizza Home Made kami.. hehehehe.. Cheese nya melimpah ruah.. 
Ni makan hari kedua hari tu (Selasa)
Haa.. lupa lak.. tu ada cendawan teman letak.. sedap!! 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 

Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers