Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

30 April 2016

KESAN PEMILIHAN WARNA DALAM KEHIDUPAN, GAYA HIDUP DAN AURA

color
KESAN PEMILIHAN WARNA DALAM KEHIDUPAN, GAYA HIDUP DAN AURA 
Hai.. Assalammualaikum.. hari ini TB nak share tentang erti disebalik setiap warna-warna yang ada. Seperti yang kita tahu, terdapat banyak sangat warna yang cantik-cantik yang seringkali menjadi salah satu faktor yang setiap individu gunakan dalam pemilihan sesuatu barangan/objek sama ada warna pakaian yang ingin dipakai, warna rumah atau bilik untuk di cat, warna barangan yang digunakan..  dan lain-lain..

Yang pastinya, lain orang lain citarasanya.. Ada yang menyukai warna lembut seperti pink, purple, dan bermacam lagi warna lembut.. dan tidak kurang juga ada yang menyukai warna garang seperti Merah dan Orange..

Ada juga yang menyukai warna gelap seperti Hitam, Coklat.. semua ini terpulang kepada hak masing-masing untuk menyukai apa-apa sahaja warna.. namun.. tahukah korang bahawa setiap warna yang kita pilih/suka itu mempunyai Makna disebaliknya dan juga terdapat sisinya diantara AURA NEGATIF mahupun POSITIF .. 

Apa-apa pun.. jom kita baca Makna disebalik warna-warna ini.. 


PUTIH
Putih, melihat warna ini akan memberikan pengertian tentang keaslian, kemurnian, kesucian, tentang kesan ringan, tidak bersalah, dan kebersihan. Dalam makna negatifnya, kita boleh merasakan perasaan dingin, steril, atau terpencil dengan penggunaan warna putih.

Secara psikologi, putih boleh memberikan kesan meredakan rasa sakit, steril, menghadirkan aura kebebasan dan keterbukaan. Kerana itu juga kebanyakan Hospital atau Klinik dan pekerja hospital seperti Jururawat, Doktor dan Atendan Kesihatan dan lain-lain menggunakan warna putih.

Namun dari sudut lain pula, warna putih yang berlebihan dapat pula memberi kesan rasa sakit kepala dan keletihan mata, kerana cahaya yang dipantulkan warna ini.

Penggunaan warna putih yang digunakan dengan tepat juga mampu memberikan kesan keyakinan akan kualiti yang tidak akan mengecewakan.

COKLAT
Coklat selalunya berkaitan dengan kestabilan, dan keadaan di mana kita boleh meletakkan kepercayaan pada objek-objek berwarna coklat.

Warna yang menjadi simbol warna Bumi atau biasa juga bergandingan dengan warna hijau sebagai warna alam, memberikan kehangatan, sokongan, rasa nyaman, dan rasa aman.

Selain itu kesan sederhana sering muncul pada penggunaan warna ini. Coklat sering menghitung keadaan matang atau tua, sehingga boleh menimbulkan kesan boleh dipercayai, elegan, akrab dan kuat.

Sedangkan pada maksud negatifnya, coklat yang terlalu banyak kerap kali dikaitkan sebagai tidak berperasaan, kurang toleran, menguasai, berat, kaku, malas, kolot, dan pesimis.

MERAH
Bersemangat, bertenaga, dinamik, komunikatif, aktif, kegembiraan, dan mewah. Itulah beberapa sifat yang tergambar dengan penggunaan warna merah.

Warna merah mempunyai kesan untuk merangsang sebuah perhatian atau pencapaian, serta merangsang kelenjar adrenal, sehingga meningkatkan degupan jantung.

Sehingga merah biasa digunakan untuk menarik perhatian. Merah juga sering kali dimaknai cinta, kekuatan, percaya diri, dramatik, panas, perjuangan, dan berani.

Khusus untuk warna merah terang, warna ini boleh menggambarkan kerasnya cita-cita atau keinginan.

Namun dari sudut negatifnya, penggunaan terlalu banyak warna merah cenderung untuk menunjukkan sifat agresif dan menuntut. Kemarahan dan nafsu juga adalah emosi lain yang umumnya tergambarkan dari penggunaan warna merah.

Beberapa suara rakyat negatif lain yang boleh muncul dari penggunaan warna merah adalah dominasi, teriakan, persaingan, kekerasan dan penolakan / pertentangan.

BIRU
Ketenangan, kepercayaan, keyakinan, keseriusan, dan professional menjadi gambaran yang nampak dari penggunaan warna biru, hal ini membuatnya menjadi salah satu warna yang sering kali dikaitkan dengan dunia perniagaan, khususnya perniagaan-perniagaan yang mengutamakan keseriusan dalam pekerjaannya.

Penggunaan warna biru yang lebih muda akan memberikan kesan kepercayaan yang lebih dominan, sedangkan warna biru gelap lebih cenderung meningkatkan kesan bijak pada penggunaannya.

Biru adalah warna langit yang mampu memberikan kesan stabil. Secara umum, biru akan dikaitkan dengan kecerdasan, komunikasi, kepercayaan, kecekapan, ketenangan, tugas, logik, kesejukan, perlindungan, refleksi, kooperatif, integriti, dan sensitif.

Gambaran negatif yang cenderung digambarkan dari penggunaan warna ini adalah sikap dingin, keras kepala, bangga diri, acuh tak acuh, tak ramah, kurang emosi. Meski demikian, biru adalah warna yang paling banyak di sukai di dunia.

UNGU
Warna yang sering bermakna ajaib, terasa memancarkan aura kerohanian, misteri, menarik perhatian, memancarkan kekuatan, meningkatkan daya imaginasi, sensitiviti dan keterlaluan. Dengan maksud lainnya kesan dari penggunaan warna ini adalah bercita-cita tinggi, martabat, kebenaran, kualiti, bebas, kebijaksanaan, kesedaran, berwawasan, ketulenan, kekayaan, dan kemewahan.

Ungu adalah warna yang unik, salah satunya kerana jarang ditemui di alam. Penggunaan warna ini menggambarkan pengharapan yang besar dan kepekaan.

Namun dari sudut negatifnya, ungu cenderung menampakkan kesan kurang teliti dan kesendirian.

KUNING
Kuning adalah warna yang ceria, melukiskan kegembiraan, suasana penuh suka cita, bertenaga, dan keghairahan. Secara semulajadi kuning mampu memberikan kesan psikologi berupa kegembiraan, kegembiraan yang ditimbulkan warna ini sendiri adalah yang paling besar jika dibandingkan dengan warna lain.

Warna ini juga mampu menarik perhatian, meskipun tidak sebesar warna merah. Childish atau kebudak-budakan adalah pelambangan berikutnya yang sesuai dengan warna ini.
Warna ini mampu memancarkan kehangatan, memberi inspirasi, menggalakkan pengekspresian diri, dan kemampuan intelektual.

Warna kuning secara umum boleh merangkumi makna kekeluargaan, persahabatan, keleluasaan, santai, spontan, sosial, mendominasi, toleran, rasa ingin tahu, sehingga cita-cita, optimisme, kepercayaan diri, harga diri, ekstraversi, kekuatan emosi, keramahan, kreativiti, imaginasi , masa muda, kedermawanan, dan semangat yang tinggi

Sedangkan disisi negatifnya, kuning akan memberikan penilaian berupa sikap yang berubah-ubah, dan kurang dapat dipercaya. Makna-makna negatif lain yang boleh timbul dari warna ini adalah antara lain: irasional, ketakutan, kerapuhan, emosi, kemurungan, kebimbangan, bunuh diri.


KELABU
Kemudian adalah warna kelabu. Warna yang menggambarkan keseriusan, kemandirian, dan keluasan. Warna kelabu yang merupakan salah satu warna alam ini cenderung memiliki suara rakyat abstrak, atau tidak menyatakan tujuan dengan jelas.

Namun, penggunaan warna ini akan memberikan keyakinan bahawa pengguna warna boleh dipercayai dan mempunyai sifat stabil. Secara umum, kelabu bermakna neutral, tidak memihak kepada mana-mana.

Kesan bertanggungjawab dapat ditunjukkan juga dengan penggunaan warna ini.
Namun, pada sisi negatifnya, warna kelabu yang digunakan dengan terlalu mendominasi akan memberikan kesan tidak pandai berkomunikasi atau membosankan.

Selain itu, beberapa makna negatif yang boleh ditimbulkan dari penggunaan warna ini adalah kurang percaya diri, kelembapan, kemurungan, hibernasi, dan kekurangan tenaga.

HIJAU
Hijau juga adalah salah satu warna alam, sehingga membuatnya selalu nampak bersahabat dengan alam. Memancarkan kesegaran, ketenangan, dan kesejukan.

Warna ini mampu menurunkan stress, dan melambangkan penyembuhan atau kesihatan.

Dari sudut lain warna ini juga mendorong perasaan empati. Secara umum warna ini boleh diertikan sebagai kemenangan, kehidupan, kesuburan, wang, harmoni, keseimbangan, cinta sejagat, rehat, pemulihan, jaminan, kesedaran, alam sekitar, keselamatan, kedamaian, keinginan, ketabahan dan kekerasan hati. Sedangkan, di sisi negatif, warna ini mampu menimbulkan rasa terperangkap / tersesat, kebosanan, terbantut, superior, cita-cita, ketamakan, dan kelemahan.

ORANGE
Orange merupakan simbol interaksi yang mesra, penuh percaya diri, keramahan, penuh harapan, dan kreativiti.

Warna orange yang merupakan gabungan antara merah dan kuning ialah warna yang kuat dan hangat, membuat penggunaan warna ini memberi rasa nyaman.

Secara umum, penggunaan warna ini akan menampakkan makna berupa kemudahan, makanan, kehangatan, keselamatan, ghairah, kelimpahan, dan kesenangan.

Orange yang berlebihan mampu merangsang perilaku hiperaktif, atau menampakkan makna gaduh.

Namun, terdapat juga sisi negatifnya yang boleh muncul dengan penggunaan warna orange adalah perampasan, kecewa, kesembronoan, kurangnya intelektualisme, dan ketidakdewasaan.



MERAH MUDA/PINK
Merah muda atau Pink merupakan warna yang feminin, dalam keadaan normal warna ini hampir selalu berkaitan dengan sesuatu yang bersifat kewanitaan.

Warna ini menampakkan sifat kelembutan, dan mampu menenangkan. Secara umum, merah muda boleh bererti cinta atau kasih sayang, romantisme, ketenangan fizikal, memelihara, kehangatan, kewanitaan, simbol kelangsungan hidup manusia.

Dari sudut negatifnya, warna ini kurang bersemangat dan menyebabkan lemah tenaga.

HITAM
Hitam adalah warna yang mewakili kekuatan, percaya diri, glamor, keselamatan, emosional, kecekapan, bahan, maskulin, keabadian, sifat dramatik, melindungi, kemisteriusan, klasik, dan kecanggihan.

Walaupun sering nampak suram dan menakutkan, namun hitam dengan penggunaan yang tepat akan mampu menimbulkan kesan elegan.

Jika digunakan dalam intensitas besar warna ini mampu menimbulkan perasaan tertekan.
Disisi lain, hitam jua melambangkan berhentinya kehidupan, yang boleh memberikan pemaknaan keadaan hampa, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakan, duka, kemurungan, atau kepupusan.


Baiklah rakan semua.. apakah korang mulai dapat merasakan suasana apa yang terasa dari kombinasi warna - warna yang korang pilih di bilik korang ? Atau korang sedang berada ditengah keramaian , tertarik untuk cuba memberi perhatian kepada orang - orang , melihat gelagat orang-orang disitu dan konon cuba-cuba meneka keadaan emosi atau malah keperibadian mereka dari warna pakaian yang mereka gunakan masa tu ? hehehe.. kena belajar lagi ni pasal warna .. betul tak?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!

Siaran Langsung Anugerah Pilihan Online | APO 2016 Anjuran mStar Online & SuriaFM


Siaran Langsung Anugerah Pilihan Online | APO 2016 Anjuran mStar Online & SuriaFM |


Anugerah Pilihan Online 2016, atau secara ringkasnya APO2016 dianjurkan bersama oleh mStar Online dan Suria FM. Ia merupakan anugerah yang memberi peluang kepada orang ramai memilih pemenang. APO bertujuan mengiktiraf personaliti–personaliti tanah air merangkumi bidang hiburan, sukan, fesyen dan mereka yang terlibat dalam perniagaan. Tidak dilupakan mereka yang menonjol dalam profesion masing-masing. Ia juga bertujuan untuk mengetengahkan mereka yang aktif menggunakan kelebihan alam siber dan media sosial.






Untuk mengetahui siapakah finalis yang akan memenangi APO2016 sila tonton malam kemuncak anugerah ini di TV2, pukul 9 malam pada 30 April 2016 atau juga boleh menyaksikannya melalui Internet di http://apo.mstar.com.my/malam-anugerah.aspx



Malam Anugerah bertempat di :

Siaran Langsung: 30 April 2016 (TV2 – RTM)
Masa: 9 malam
Lokasi: Auditorium Perdana, Angkasapuri, KL
Tema: Glam Digital


Rasai kemeriahan malam kemuncak APO2016 pada 30 April 2016 yang dihebatkan oleh Dnars sambil melalui ruang karpet ungu (purple carpet) bertemakan Glam Digital.




= klik Untuk Tonton Online =




------------------------------------------------------------------------------------------------------------

= Peta ke Lokasi Anugerah APO 2016 =



------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sedikit Sebanyak Tentang APO 2016



Apa itu APO??

APO adalah ringkasan kepada Anugerah Pilihan Online yang dianjurkan bersama oleh mStar Online dan SuriaFM.

mStar adalah sebuah portal berita berbahasa Melayu, manakala SuriaFM adalah stesyen radio, di mana kedua-­duanya milik Star Media Group.

APO adalah anugerah pilihan pembaca yang didorong oleh kehebatan dunia digital dan media sosial.

Terdapat 17 kategori anugerah yang dipertandingkan merangkumi dunia hiburan, sukan, bisnes, fesyen dan digital.

APO dibahagikan kepada tiga peringkat: Pencalonan, Pengundian dan Malam Anugerah.

Peringkat Pencalonan adalah selama hampir sebulan (3 Mac 2016 – 30 Mac 2016). Dalam tempoh ini pembaca dikehendaki mengemukakan maksimum 3 nama calon bagi setiap satu daripada 17 anugerah yang dipertandingkan. 
Nota: Pembaca dinasihatkan membuat pencalonan dengan teliti, kerana pencalonan yang telah dibuat untuk setiap kategori tidak boleh diubah.

Berdasarkan pilihan orang ramai secara dalam talian, lima nama yang mendapat bilangan pencalonan tertinggi akan ke peringkat seterusnya iaitu pengundian.

Satu lagi anugerah ­ Personaliti Terunggul APO ­ akan dipilih daripada 17 anugerah sebelumnya, di mana personaliti yang mendapat undian paling tinggi akan diumumkan sebagai pemenang.

Peringkat Pengundian akan berlangsung selama sebulan (1 April – 27 Apr) dan pembaca dikehendaki memilih satu daripada lima finalis dalam setiap kategori. 
Finalis yang mendapat undian terbanyak daripada pembaca mStar Online akan membolehkan mereka diumumkan sebagai pemenang pada malam anugerah.

Malam Anugerah yang dimeriahkan dengan acara karpet merah akan diperkenalkan untuk mengiktiraf semua personaliti dalam dunia hiburan, sukan, bisnes, fesyen serta digital.


Berdasarkan jumlah undian yang diperoleh finalis, maka seorang daripada lima finalis setiap kategori akan diraikan pada malam berkenaan.



Pssstttt... GOOD LUCK To Uzu Owner Blog Kisah Emas Putih Dot Com .



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!

28 April 2016

PAGEVIEW BLOG TENGKUBUTANG.COM DAH CECAH 3 JUTA VIEW

PAGEVIEW BLOG TENGKUBUTANG.COM DAH CECAH 3 JUTA VIEW |



Alhamdulillah.. dah cecah 3 Juta.. walaupun tak banyak mana macam blog orang lain, tapi bersyukur dengan perkembangan blog ini. huhuhu.. Tapi tu laaa.. Terlepas lagi nak snap angka 3,000,000 tu .. hahaha.. tau-tau dah terlebih pulak.. takpelah.. takde rezeki nak Screenshoot angka tu.. Next time la pulak.. tunggu screenshoot untuk yang ke 4 Juta.. Entah bila la pulak nya kan.. berjanggut nunggu...

Huhuhu.. Alkisahnya Mula-mula dapat la jugak snap countdown nak ke 3 Juta.. tapi tengok macam lambat je naik nya.. so, sambil lewa ajelah.. sekali bila buka nak snap lagi.. udah cecah 3 Juta lebih.. terlepas lue pulokk.. adeh.. 


 





Note untuk diri sendiri :

Perbezaan Visitor Dengan Pageview :


  • Visitor adalah pengunjung.
  • Unique Visitor dikira apabila IP Address berlainan Masuk Blog kita
  • Pageview adalah jumlah tayangan blog.
Kita ambil contoh, misalkan teman mengunjungi blog korang, dan teman pun membaca 5 artikel yang korang buat/tulis, maka penghitungannya adalah: 1 Visitor dan 5 Pageview.

Seperti contoh diatas, kenapa penayangannya 5 sedangkan visitornya hanya 1? Ini adalah kerana yang mengunjungi blog korang tu hanya 1 orang (ini dipanggil Visitor) dan orang itu mengunjungi 5 artikel di blog korang. Yang tu pulak dinamakan Pageview .

Manakala maksud Unique Visitor pula ialah apabila yang memasuki blog kita tu adalah orang berlainan yang menggunakan PC/Laptop/Mobile yang berlainan.. Maka IP Address sudah semestinya berlainan juga.. 

Cara untuk mengetahui statistik unique visitors & pageviews di blog korang ialah dengan melihat di akaun Nuffnang korang. Mudah je. Login ke akaun Nuffnang korang & klik blog stat. Then korang akan melihat paparan terkini pelawat korang.

Psssttt.. teman nak buat Giveaway.. 
agak-agak ada sape2 sudi jadi sponsor tak?


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!

27 April 2016

CASHOUT EARNING BIDVERTISER KALI KEEMPAT

SIDE INCOME
CASHOUT EARNING BIDVERTISER KALI KEEMPAT |
Tak ingat betul ke kali ke 4 .. rasa macam dah banyak kali tapi terlupa nak buat entri.. hemm.. tak kisah lah kan.. saja tepek yang mana ingat.. untuk kali ni.. earning menurun sikit sebab gara-gara teman baru tukar domain ke .com .. maka trafik agak merudum 2 bulan lepas.. dan earning pun menurun jugak.. Tapi Alhamdulillah.. sekarang trafik blog tengkubutang.com dah semakin ok kembali.. harap lepas ni dah stabil balik earning untuk bidvertiser ni.. tunggu aje.. =)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!

SURAH YUSUF FULL

Keistimewaan dan manfaat Surah Yusuf. Al-Qur’an merupakan salah satu anugerah dari Allah SWT kepada seluruh umat Islam yang tidak ternilai harganya. Selain menjadi pedoman hidup, amat banyak manfa’at dan fadhilat yang tersembunyi di dalam Al-Qur’an untuk seluruh umat manusia terutama dari segi perubatan dan pemulihan.

Surah ini terdiri dari 111 ayat dan termasuk golongan Surah Makkiyah. Surah ini dinamakan Surah Yusuf adalah kerana ia menceritakan riwayat hidup Nabi Yusuf. antara salah satunya cerita ghaib yang diwahyukan kepada Nabi Muhammada SAW sebagai mukjizat bagi dia, sedang dia sebelum diturunkan surah ini tidak mengetahuinya. 

Menurut Riwayat Al Baihaqi dalam kitab Ad-Dadail bahawa segolongan orang Yahudi memasuki Agama Islam sesudah mereka mendengar cerita Nabi Yusuf ini, kerana sesuai dengan cerita-cerita yang mereka ketahui. 

Dari cerita Nabi Yusuf ini Nabi Muhammad SAW mengambil pelajaran-pelajaran yang banyak dan merupakan penghibur kepadanya sepanjang menajlankan tugasnya.. Wallahu'alam Bissawab...
















------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers