|
JUADAH BERBUKA PUASA |
TIPS PEMAKANAN SIHAT DIBULAN RAMADHAN |
Haii.. Ramadhan dah semakin hampir ni.. korang dah bersedia ke dari segi mental dan fizikal.. Cewah.. macam nak pi berperang pulak yea.. hahaha.. tapi memang diibaratkan sama macam berperang jugak lah kan.. berperang untuk melawan nafsu dari lapar dan dahaga, melawan nafsu dari melakukan perkara-perkara terlarang di bulan Ramadhan.. Disamping memperbanyakan amalan mulia di bulan yang penuh berkah ini.. Semoga kita sama-sama dapat mengumpul seberapa banyak Pahala di bulan Ramadhan ini dan seterusnya dapat menjalani ibadah puasa ini dengan jayanya..
Berpuasa pada bulan Ramadan, terutama semasa cuaca panas, boleh menyebabkan dehidrasi. So, Pastikan korang minum air kosong selepas berbuka puasa (iftar) dan dalam tempoh sehingga bersahur, untuk memastikan tubuh korang terhidrat. So, kita cover balik air yang kurang dalam badan kita.. kalau kurang nanti mualalh sakit kepala dan boleh demam wooo... tambah-tambah dalam keadaan cuaca yang tak menentu.. dan ketika cuaca panas terik ni lah paling merisaukan kita kan..
Ha.. sebab tu kena pastikan korang berada di dalam rumah atau di bawah naungan semasa panas terik dan hadkan aktiviti fizikal untuk sejukkan badan. Ini akan menjimatkan tenaga kita seterusnya membuatkan kita lebih selesa.
Selain tu.. Aspek pemakanan pun kena jaga juga tau.. jangan main taram aje apa korang nak makan.. mentang-mentang dah berpuasa seharian.. konon nak balas dendam la ye.. nak makan macam-macam time berbuka.. abes semua dibedalnya ye! JANGANNNN!! hehe.. kalau nak buat gak.. tanggunglah dek badan ye!
Ok lah, Berikut adalah beberapa tip pemakanan (diet) sihat sempena bulan puasa. Ia boleh dijadikan panduan dalam memilih atau menyediakan menu yang sihat untuk juadah berbuka puasa dan sahur:
Jus Buah Sitrus (Limau / Oren)
Jus buah sitrus (limau, oren dsb.) adalah pelengkap yang baik kepada juadah berbuka puasa. Jus sitrus kaya dengan vitamin C, memulihkan tubuh selepas berpuasa sepanjang hari.
Buah Kurma
Ada sebab kenapa buah kurma merupakan sebahagian daripada makanan "ruji" berbuka puasa di bulan Ramadan: ia menawarkan pelbagai nutrien seperti serat, vitamin B6, kalium, mangan, magnesium dan kuprum. Mereka menyediakan nutrien yang diperlukan oleh badan yang tidak boleh didapati sepanjang tempoh berpuasa.
Makanan Berat dan Bergoreng
Jangan makan makanan berat dan bergoreng terlalu banyak semasa iftar, kerana ia boleh menyebabkan perut meragam dan menambah berat badan. Sebaliknya, pilihlah hidangan yang dikukus, panggang, atau bakar. Pastikan anda makan makanan yang seimbang, yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak yang baik. Ia mengenyangkan, serta berkhasiat.
Kuih Muih
Kuih-muih merupakan sebahagian penting daripada makan berbuka puasa. Walau bagaimanapun, jangan makan terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Sebaliknya, gantikan kuih-muih dengan pencuci mulut yang lebih menyihatkan, seperti buah-buahan segar atau kering, dan kekacang.
Makanan Yang Kaya Dengan Karbohidrat Kompleks,
protein dan Serat
Untuk sahur, makan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, protein dan serat, kerana ia akan membuat anda merasa kenyang lebih lama, dan membekalkan tenaga yang tubuh anda perlukan dalam jangka masa yang lebih lama.
Semoga tip-tip pemakanan di bulan puasa di atas dapat sedikit sebanyak membantu anda kekal sihat dan ceria sepanjang Ramadan ini.
Selamat Menyambut Ramadhan!! Opss.. jangan lupa ye!! Doa Harian Ramadhan setiap hari semasa Niat bersahur.. Moga Amalan di hari-hari dio bulan Ramdhan mendapat lebih berkah.. Aamiinn
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja,
PERCUMA!
Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another )