Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

04 Oktober 2016

8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8

8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8

"Beauty in Your Own Way" ... Itulah tagline untuk telefon pintar Huawei Honor 8 yang sedang hangat diperkatakan di laman sosial ketika ini. Masing-masing menceritakan kelebihan-kelebihan telefon pintar ini.. termasuklah Tengkubutang sendiri.. 

Bukan setakat kagum dan teruja dengan bentuk body Huawei Honor 8 yang berkilat, Nipis dan bergaya ni.. Tetapi ada banyak lagi ciri-ciri dan sebab yang terdapat pada Huawei Honor 8 ini yang membuatkan Tengkubutang begitu tertarik dan teruja sangat-sangat untuk memiliki Huawei Honor 8 ni. 

Nak tahu apa dia 8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8  ni? Jom baca entri Tengkubutang sampai habis.. mana tahu.. jiwa korang juga akhirnya akan meronta-ronta untuk memiliki telefon pintar yang sangat mengujakan ini.. ?

8 Sebab  untuk Dapatkan Honor 8
[1] Rekabentuk Ekslusif
Tengkubutang suka sangat dengan rekabentuk dan warnanya. Dan sudah semestinya fon yang nipis dan ringan serta punya rekabentuk yang menawan mampu membuat mata yang melihat terpukau dan tidak sabar memilikinya..

Haa.. kalau korang nak tahu, Honor 8 ini Mempunyai 15 lapisan craftmanship dan ia juga didatangkan dengan efek 3D yang mana menghasilkan rekabentuk yang nampak elegan dan ergonomik.  
[2] Memory
Honor 8 ini didatangkan dengan 4GB RAM bersama-sama 32GB & 64GB Internal Memory.  Honor 8 juga mampu menyokong External Memory sehingga 128GB Micro SD Card. Wah.. teruja sangat-sangat part yang ni sebab fon yang Tengkubutang sedang guna sekarang ni pun sangat-sangat terhad memori nya, Bayangkan setiap hari ada sahaja gambar atau video yang hendak dirakamkan dan diabadikan dalam fon, namun terpaksa menghadapi masalah "lagging" atau "hang" kerana ruang memori fon yang teramat terhad.  So, Honor 8 adalah pilihan yang tepat buat tengkubutang dan juga pengguna gadget yang suka mengabadikan kenangan bergambar dan video didalam fon mereka.

[3] Kamera Honor 8 
Haha.. yang ni pun antara sebab-sebab penting Tengkubutang suka Honor 8 ni, sebab Tengkubutang pun kalau membeli fon mesti nak tengok juga kualiti gambar yang terhasil menggunakan Kamera henfon tertentu.

Namun, Ciri-ciri Kamera bagi Honor 8 tidak dinafikan juga telah memikat hati Tengkubutang dimana Telefon Pintar ini mempunyai 12MP Dual Camera (Rear Side) dan 8MP (Front Side). Apabila mengambil gambar makanan, makanan akan nampak lebih menyelerakan dengan efek gambar yang sangat cantik. Begitu juga dengan gambar pemandangan dan sebagainya, kualiti yang diberikan oleh Honor 8 tidak mengecewakan.

Honor 8 mampu mengambil gambar walaupun dalam keadaan kekurangan cahaya, so..  untuk kaki selfie memang sangat sesuai sebab Honor 8 ni ada function Perfect Selfie Mode tau! 

Tengok ni.. ada laser Auto Focus.. patutlah gambar cantikkk.. 
Kelebihan dan fungsi Hybdrid Auto Fokus dan Professional Mode
[4] Fungsi pengimbas Cap Jari 
Haa.. antara yang Tengkubutang suka lagi tentang Huawei Honor 8 ni, mestilah salah satu sebabnya Honor 8 ni ada fungsi Pengimbas Cap Jari yang mana mampu mengimbas cap jari dalam masa 0.4 saat. Diulangi 0.4 saat okey! Nak unlock fon kita pun tak sesusah macam sebelum ni..  nak masuk no PIN bagai.. Tapi Honor 8 ni hanya letak jari sahaja, dalam masa 0.4 saat je terus unlock.. mudah sangat-sangat kan! Kira macam Pengimbas Cap Jari ni juga fungsinya sebagai Sistem Keselamatan untuk fon kita supaya orang lain tidak dapat menceroboh fon kita tanpa pengetahuan kita.. Selain itu Pengimbas Cap Jari ini juga berfungsi untuk NFC Tag read N write, P2P Transfer dan juga SIM/HCE-based mobile payment.
 
[5] Bateri Tahan Lama & Tempoh Mengecas Pantas
Kepada pengguna yang terpaksa bergerak aktif dalam aktiviti harian pastinya penggunaan telefon terpaksa dihadkan kerana masalah bateri yang tidak bertahan lama. Namun, tidak perlu khuatir jika menggunakan Honor 8 ini, masalah bateri lemah dapat diatasi kerana Honor 8 didatangkan dengan kapasiti bateri 3000mAh dan disokong oleh Smart Power yang mampu membuatkan bateri lebih tahan lama. Tambahan pula, dengan teknologi 9V/2A charging, ia memberikan power boost sehingga 47% dalam hanya 30 minit. dan sangat mengujakan apabila hanya cas dalam 10 minit sahaja, ia boleh bertahan untuk 2 jam phone-call. Menarik bukan?

[6] Tarikan Signal Yang Kuat 
Honor 8 ni dilengkapkan dengan dua antena (double antenna) yang dapat memastikan antena dapat memilih rangkaian yang paling kuat dan pengguna sentiasa mendapat rangkaian yang terbaik. So, pendek kata bermacam-macam kelebihan kita dapat dengan honor 8 ni.. 
[7] Smart Control 4.0 
Haaa.. lagi satu sebab Tengkubutang suka tentang Honor 8 ni ialah terdapat fungsi Smart Control di telefon pintar ini.. Ala.. diibaratkan macam Remote Control la gitu.. dengan erti kata lain ia berfungsi sebagai alat kawalan jauh. Dengan Smart Control 4.0 pengguna boleh synchronized telefon ni dengan banyak peralatan elektronik dengan pelbagai jenama antarabangsa yang ada di rumah seperti TV, air-conditioner, DVD Player, Projektor dan banyak lagi. Menarik bukan? sukaaa sangat-sangat.. 
[8] Harga 
Dan.. yang terakhir.. Sebab apa tengkubutang rasa teruja nak memiliki Huawei Honor 8 ini ialah kerana harganya yang boleh dikatakan berbaloi dan kena pada kualiti dan kelebihannya.. Kira seperti alah membeli menang memakai la kan.. berbaloi-baloi gitu..

Dengan harga bermula RM1,699.00, ia boleh dikatakan sangat berbaloi dan mampu milik dengan specs, functions and features yang dimuatkan dalam Honor 8 ditambah pula dengan beberapa penambahbaikan daripada Honor 7. 


Eh lupa pulak nak citer, untuk Huawei Honor 8 ini ada 2 pilihan untuk pengguna buat pilihan iaitu :

Honor 8 dengan 4GB RAM + 64GB ROM
RM1,800.00
(Gold and Blue Edition )

Honor 8 dengan 4GB RAM + 32GB ROM
Harga : 1,699.00
(Black and White )

BERMINAT NAK BELI HUAWEI HONOR 8 JUGA??
KLIK SINI !! CEPAT!! TENGAH ADA OFFER NI!!

Untung beli time ni tau.. sebab Ada free gift seperti Casing,Selfie Stick, atau Powebank yang akan diberikan apabila kita membuat pembelian . 

Nak Tahu lagi tentang Huawei Honor 8? klik Link bawah ni yea!

Pengumuman!! pengumuman!! Lazada Malaysia sedang membuat MYCyberSale iaitu diskaun sehingga 95% bermula pada 26 September sehingga 30 September 2016. Jadi jangan lepaskan peluang akorang untuk gunakan kesempatan ini shopping dengan harga lebih rendah dan berbaloi-baloi! hehehe.. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


03 Oktober 2016

KATA-KATA MOTIVASI PILIHAN TENGKUBUTANG #4




Our greatest weakness lies in giving up. The most certain way to succeed is always to try just one more time. 

Thomas A. Edison

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

Tips Atasi Stress 2 | Lihat Gambar Baby Comel

Tips Atasi Stress 2 | Lihat Gambar Baby Comel

Hehehe.. Tadi teman ada share kan gambar kucen teman si butang yang jalan ala2 bergelek tu.. Hihihi.. Dan secara tak lansung ada teman selitkan juga tips untuk hilangkan bosan, atau hilangkan stress atau cara nak cover balik mood yang tak berapa nak baik dengan cara melihat foto-foto atau video yang kelakar atau comel seperti gambar gif butang berjalan lenggang lenggok tu.. Hahaha.. Comel kannn..  

Haa.. Ni ada lagi satu gambar (gif) yang boleh buat kita tersenyum melihatnya walaupun kita dalam stress.. Gambar baby comel ni lah salah satu nya.. Comel tak..! Ini gambar pilihan teman sebab geram tengok baby tu senyumm.. Hehehe.. Tension pun hilang lepas tengok muka baby ni.. Heee..  

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

Gelek Inul ke Butang?.. Kih kih kih

Butang Gelek Inul

Cakkk... Haha.. Salam Maal Hijrah.. Pekabo semua.. Hari ni masih bercuti lagi kan.. Tapi esok (selasa) dah nak koje.. Malas je rasa kan.. Tapi nak wat lagu mana.. Harus bekerja untuk mencari rezeki untuk kehidupan yang lebih baik.. Cewah.. Tapi teman sejak cuti hari Malaysia hari tu pun tak cuti.. Still bekerja.. Cuti hanya kalau balik kampung aje.. Heee.. 

Memandangkan mood tak berapa nak ok sekarang.. Teman mulalah mencari something yang boleh buat release tension..  Seperti.. Lihat video kucen.. Tengok gambar kucen, main dengan kucen.. Hehehwle.. Terjumpa gambar ni kat wall hubby.. Terus curikk.. Tepek mat sini.. Hahaha   comey la pulak.. Gebu je kucennya.. Macam butang je...heee

Heee.. Teringat kat butang kat umah.. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

02 Oktober 2016

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun.. Salam Maal Hijrah 1438h..


Salam Maal Hijrah buat semua.. Hari ini 2 Oktober 2016 adalah bersamaan dengan 1 Muharram 1438H. Huuuu. lambatnya teman ucap yea.. Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun pun tak sempat teman nak publish semalam.. Busy sikit sekarang ni dan kesihatan pun tak berapa nak ok sejak akhir-akhir ni..

Namun, teman tetap nak ucapkan Salam Tahun Baru Hijrah 1438 buat semua.. InShaAllah moga tahun ini, akan hadir penuh rahmat dan kebaikan untuk semua rakyat Malaysia, khususnya kepada umat Islam. Aaamiinn.. Yarabbal Alamiinnn..

Dibawah ni teman share jugak Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun untuk rujukan semua.. Doa Akhir Tahun ini sepatutnya dibaca selepas Asar semalam.. Dan Doa Awal Tahun dibaca waktu Maghrib nak masuk ke Isyak.. (tolong betulkan kalau teman salah ye).. Tapi takpelah. Teman terlambat share kat sini.. Tahun depan boleh rujuk sini lagi.. Kan.. Doanya sama je tiap tahun.. Moga bermanfaat buat semua ye..


Tema Maal Hijrah 1438H/2016M
Oh ya... Bagi yang belum tahu.. Tema untuk sambutan Maal Hijrah 1438 untuk tahun 2016M ialah Ukhwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah . Nak tahu lebih tentang tema ni.  Boleh google yea.. Salam petang buat semua.. Assalammualaikum.. 



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


29 September 2016

CARA MENGIRA PERGERAKAN BABY DALAM PERUT

CARA MENGIRA PERGERAKAN BABY DALAM PERUT

Hai.. baru-baru ramai pulak kawan-kawan yang bercerita mengandung lagi.. dan bakal melahirkan anak beberapa bulan lagi.. dan ada juga kawan-kawan yang baru nak mendapat zuriat.. Alhamdulillah.. tahniah buat kawan-kawan yea..

Ada yang bercerita tentang pengalaman mereka.. happy sangat diorang.. Alhamdulillah.. dan ada satu perkara yang buat diorang runsing utnuk yang baru pertama kali mengandung, confused cara nak kira pergerakan anak dalam kandungan start dari minggu ke 28 kehamilan..

Teman pun macam biasa, suka jer google dan share-share benda macam ni.. heee.. so, terjumpa lah info tentang ini dekat Page 3D 4D Scan Malaysia ..

Jom baca sama-sama... 
    
Cara Mengira Pergerakan Bayi 
Mengira pergerakan bayi sangat penting sangat penting bagi mengetahui keaktifan, pergerakan jantung dan memahami pola pergerakan harian bayi.

Lazimnya ibu hamil diminta doktor mencatatkan pergerakan bayi bermula dari minggu ke -28 kehamilan. Bagaimanapun, ramai ibu hamil menganggap tugas mengira itu rumit dan kadang-kadang keliru tidak tahu mengesan pergerakan.

Perlu Tahu
Bayi sihat lazimnya bayi yang aktif. Pada minggu ke-28, bayi semakin aktif dan kerap melakukan pelbagai jenis pergerakan. Tambahan pula, kantung ketuban anda pada usia kehamilan ini mengandungi lebih kurang 750ml cecair bagi membolehkan dia bergerak dengan bebas.

Panduan Untuk Ibu Hamil
1 - Menurut kolej pediatrik Amerika dan kebanyakan doktor pakar perbidanan dan sakit puan, mereka mencadangkan agar kiraan sehingga 10 kali pergerakan perlu dilakukan tidak kira sama ada tendangan, gulungan, tumbukan atau pergerakan-pergerakan lainnya dalam tempoh 12 jam.

2- Carta kiraan pergerakan bayi lazimnya digalakkan bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 9 malam. Anda boleh mula mengira pergerakan bayi dengan memilih waktu di mana baayi anda biasanya bergerak aktif. Sehubungan itu, ramai ibu berpendapat, waktu bayi bergerak aktif selepas waktu makan.

3- Ketika mengira pergerakan bayi anda, digalakkan berada di dalam posisi selesa. Anda boleh berbaring dengan posisi mengiring ataupun duduk di sofa. Sesetengah ibu suka duduk sambil merehatkan bahagian belakang dan memegang perut ketika mengira.

4- Pengiraan pergerakan bayi akan dikira sebagai satu gerakan apabila bayi bergerak kemudian berhenti dalam jangka masa yang agak lama. Jika bayi anda bergerak, kemudian berhenti selama beberapa saat dan bergerak kembali, itu masih dikira satu pergerakan.

5- Satu kali gerakan bersamaan dengan satu kali pusingan. Bayi biasanya bergerak aktif ke kiri dan kanan; atas dan ke bawah dalam satu-satu masa..

6- Keadaan itu diambil kira sebagai satu kali gerakan! Setelah beberapa minit, bayi akan bergerak lagi dalam keadaan sama lalu ia dikira sebagai gerakan kali kedua. Berdasarkan pengalaman ramai, carta tendangan bayi mampu dilengkapkan dalam jam 3 petang hingga 4 petang.

Ambil Perhatian
1) Sekirannya bayi tidak bergerak sehingga 10 kali dalam tempoh 12 jam atau anda mendapati bayi kurang aktif berbanding biasa, segera berjumpa doktor. Biasanya doktor akan melakukan pemeriksaan dengan memeriksa kadar degupan jantung dan pergerakan bayi.

2) Jika terdapat perubahan pola tersebut, berjumpalah doktor dengan segera untuk mengetahui puncanya agar kejadian tidak diingini dapat dikenalpasti di peringkat awal.

3) Perlu dumaklumi bahawa jika anda berada dalam keadaan sibuk, anda mungkin tidak dapat menyedari pergerakan bayi. Sebaik-baiknnya, lakukan rutin ini ketika anda berada di dalam keadaan tenang. Sehubungan itu ada beberapa cara untuk merangsang bayi bergerak.

Panduan berikut mungkin dapat membantu:
Baring secara mengiring dengan mengampu punggung dan jangan bergerak. Angkat kaki ke atas dan relaks . Halakan bunyi muzik ke perut anda. Bagi muslim adalah lebih baik anda mendengarkan ayat suci Al-Quran.

Ada juga beberapa orang rakan teman yang berkongsi cara lain untuk mendengar jantung dan pergerakan baby dalam perut... iaitu menggunakan Fetal Doppler Machines,

Ini untuk bakal ibu dan ayah mendengar jantung baby dan mendengar pergerakan baby dalam perut ibu. jadi dari situ kita boleh monitor keadaan baby kita berada dalam keadaan sihat atau tidak. 

So tidak perlulah asyik nak pergi scan setiap masa. Seawal usia kandungan 12minggu pun sudah boleh detect dengan mengunakan machine ini.

Alat yang selalu digunakan oleh doctor atau nurse setiap kali checkup di klinik kesihatan untuk mendapat rate heartbeats & dicatatkan didalam buku pink.

Kalau ada ibu-ibu yang berminat, boleh la PM  De Anna atau boleh terus pm atau wasap 0104060501 .

 Inilah rupa Fetal Doppler Machines tu yea..  


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


28 September 2016

KFC Cheezy Onion 2pc | Jom Order Online !!

KFC Cheezy Onion 2pc

Haaaa.. pekabo.. tengah buat apa malam-maam gini? heheheh.. ni ha.. teman nak citer sikit tentang promosi terbaru KFC.. yang nyum-nyum ni.. hehehe.. Tapi teman buat masa ni takdelah teringin nak makan KFC lagi sebab dah banyak kali makan KFC.. kang jemu pulak kan.. Tapi suka teman nak kongsikan menu terbaru KFC yang ada Cheezy Onion tu.. fuh..

So, Buat Pencinta keju, sila alert ok! KFC Malaysia sekarang sedang mempromosikan menu baru diorang iaitu sos Cheezy Onion Crunch unik yang dihidangkan sekali dengan ayam KFC kegemaran korang!

Gabungan keju dan bawang membangkitkan selera dan sudah pasti menggandakan kepuasan korang dengan ayam Spicy KFC Hot & bersama-sama dengan rasa yang unik dan penuh keju berkrim dan sos bawang. Semuanya dari serendah RM12.50 sahaja! So, apa lagi.. jom la order online!

Jom Order Online Sekarang! Klik !!


KFC Cheezy Bawang Crunch boleh didapati dalam dua hidangan kombo yang termasuk 2 ketul Ayam Hot & Spicy, cheesy sos bawang yang lazat berkrim bersama-sama coleslaw, kentang putar dan minuman berkarbonat hanya pada nilai RM12.50. 

Terdapat juga pakej yang lebih besar iaitu kombo 5 ketul ayam, boleh didapati dengan hanya RM32.50! Pelanggan juga boleh memilih untuk Recipe Original KFC Chicken atau Hot & Spicy .

KFC Cheezy Bawang Crunch didapati di seluruh negara di semua restoran KFC dari 20 September 2016 dan seterusnya, sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my

KLIK UNTUK ORDER ONLINE!


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

KESAN BPA TERHADAP KESIHATAN KITA DAN BAYI

KESAN BPA TERHADAP KESIHATAN 

KITA DAN BAYI

Tertarik untuk kongsikan satu post yang teman jumpa di Facebook.. berkenaan tentang penggunaan bahan plastik yang mengandungi Bisfenol A (BPA) dalam kehidupan seharian kita. Tanpa kita sedar ia memberi kesan yang membahayakan kesihatan kita di masa akan datang..

So, teman kongsikan juga disini post tersebut untuk tatapan dan ilmu berguna buat kita semua.. Sharing Is Caring.. Moga ia bermanfaat buat semua..

############################
Mahal macam mana pun botol tukar la dgn kerap..jangan kedekut..menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat2 tidak relevan..(kecuali belom guna).. 

Tengah bancuh susu anak, entah kenapa tiba-tiba teringat 'Eh, berapa lama eh boleh tahan satu botol susu ni.. takkan la pulak selama-lamanya..

Pernah tak terfikir benda yang sama ? Berapa lama jangka hayat botol susu anak kita tu ? Apa efek bahaya guna botol susu terlampau lama kepada anak ?
TAHU TAK ?
Rupanya bahaya tau guna botol susu yang dah lebih 3 bulan. Tambah lagi yang dah banyak calar balar kat bahagian dalam botol tu. Calar-balar tu akan keluarkan toksid dan bahayakan kesihatan anak kita. Cuma kalau yang botol BPA Free tu paling maksimum pun 6 BULAN SAHAJA TAHAN.

APA ITU BISFENOL A (BPA) ?
Bisfenol A (BPA) ni bahaya terhadap keluarga kita (bayi terutamanya). Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.

JANGKA HAYAT BOTOL SUSU
Jika Botol susu yang ada BPA jangka hayatnya hanya 3 ke 6 bulan. Manakala botol susu yang BPA FREE jangka hayatnya lebih panjang, namun sebaiknya tukar sekiranya berubah warna botol, banyak kesan calar dan sudah kekuning-kuningan.

KESAN BPA TERHADAP KESIHATAN DAN BAYI
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen.

Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan. Bahkan janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti :

• Baligh awal

• Kanser payudara

• Kanser prostat

• Penyakit jantung

• Obesiti

• Kencing manis

• Dan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom !

FAKTOR PENGARUHI LARUT RESAP BPA KE DALAM MAKANAN
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya :

• Kepanasan (api dan matahari)

• Calar

• Pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci)
Bekas plastik yang mempunyai tanda logo segitiga bertulis 
nombor 3 atau 7 adalah mengandungi BPA

TIPS MENGELAKKAN BPA
Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut ~

• Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.

• Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.

• Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).

• Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri. Jangan gunakan plastik. 

• Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.

TIPS ELAK BPA PADA BOTOL SUSU ANAK ANDA

Botol Susu Kaca

Botol Susu Stainless Steel

• Gunakan botol susu daripada KACA atau STANLESS STEEL (tahan lama dan tak perlu risau tentang BPA) atau boleh juga gunakan botol plastik yang bebas BPA (tapi perlu tukar dalam masa 3 bulan atau paling lama 6 bulan). Elakkan menggunakan botol polikarbonat.

• Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.

• Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.

• Gunakan sabun yang sesuai dan selamat untuk mencuci botol anak anda.

BILA BOTOL ANAK PERLU DITUKAR SEGERA ?


1- Kesan Calar Pada Botol
Kesan calar dalam botol anak juga perlu diperhatikan,jika mempunyai banyak kesan calar, anda perlu menukarkan botol anak. Dibimbangi terdapat pembebasan toksik atau bahan kimia daripada plastik botol tersebut.

2- Sterilizer
Pengunaan sterilizer ini sebenarnya dapat mengurangkan jangka hayat botol ,contohnya jika botol boleh digunakan 6 bulan mungkin hanya boleh digunakan 4 bulan. Salah satu sebab adalah kerana ianya melibatkan penggunaan haba yang tinggi.

Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan Bisphenaol A (BPA) dengan kadar lebih cepat berbanding terdedah kepada air sejuk atau air suam.

3- Warna Botol
Jika botol anak kelihatan kekuningan, ianya adalah tanda botol perlu ditukar. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kesan calar di bahagian dalam botol.

4- Bau
Jika botol sudah berbau tidak nyaman walaupun kerapkali kali dibasuh, tukar botol kerana bau tidak menyenangkan boleh berpunca daripada kulat atau mikroorganisma di dalam botol.

5- Pengunaan Sabun Pencuci Botol
Penggunaan pencuci botol susu juga perlu di ambil kira. Mencuci dengan menggunakan sabun biasa ataupun sabun pencuci pinggan perlu dielakkan. Ianya bukan sahaja mengandungi bahan kimia menghakis, malah memberikan kesan bahaya kepada anak sekiranya sabun tidak dibilas dengan bersih. Gunakan bahan pencuci yang bersifat ORGANIK.

Sekarang dah tau kan ? Semoga perkongsian ni beri manfaat kepada ibu-ibu semua, buat pilihan yang tepat untuk kesihatan Si Manje yang tersayang 😊


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers