Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

09 Oktober 2016

6 KUNCI KEBAHAGIAAN HIDUP ala ALI BIN ABI THALIB

6 KUNCI KEBAHAGIAAN HIDUP
ala ALI BIN ABI THALIB

Assalammualaikum.. Sementara jalan-jalan di Facebook tadi.. teman ternampak gambar diatas ini.. dan tertarik sangat nak share tentang 6 Kunci Kebahagiaan hidup ala Ali bin Abi Thalib ni.. memandangkan teman ni suka kartun, Gambar diatas ni memang bagi teman sangat comel untuk teman tempek kan di blog tengkubutang ini.. hehehehe..

Eh.. itu bukanlah motif utamanya... Motif utama teman share gambar diatas ini adalah untuk berkongsikan tentang tips / cara Ali bin Abi Thalib jalani kehidupannya dalam keadaan tenang dan bahagia.. Meh kita baca 6 Kunci Kebahagiaan hidup ala Ali bin Abi Thalib ni ye!.. semoga ia bermanfaat buat kita semua..

1.) Jangan Membenci Sesiapapun, Walaupun Dia Menzalimi Kita .
2.) Jangan Sedih Berlebihan Walaupun Masalah Kita Begitu Berat .
3.) Hiduplah dengan Sederhana Sekalipun Kita Seorang Berada .
4.) Jangan Pernah Berhenti Berdoa kepada Allah Moga Dipermudahkan Segalanya .
5.) Perbanyakkan Sedekah/Memberi Walaupun Ketika Itu Kita Juga Dalam keadaan Susah.
6.) Tersenyumlah Walau Hati Kita Sedang Menangis

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

PAKSU CHICKEN CHOP - WESTERN FOOD MURAH DAN SEDAP DI GOMBAK!!!

PAKSU CHICKEN CHOP -
WESTERN FOOD MURAH DAN SEDAP DI GOMBAK!!!

hehehe.. baru sampai rumah ni.. tadi gi keluar makan dengan hubby jap.. Macam biasa, bila time dinner je mesti blur nak makan apa.. nak pulak barang dapur tak sempat nak beli sebab masa banyak dihabiskan di kedai, fikiran pun mulalah asik "tingtong" fikir dinner nanti nak makan apa.. 

Hubby pulak asik la dok sebut-sebut pasal Gerai Chicken Chop tepi jalan yang harganya semurah RM6.90 yang terletak berdekatan dengan Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas Batu 4, Jalan Gombak tu... 

Teman pulak, bukanlah nak berlagak ke apa.. tekak terasa dah JEMU dengan Chicken Chop / Chicken Grill / Lamp Chop dan seangkatan dengannya.. kira yang western-western ni teman dan hubby dah tak lalu nak makan rasanya.. sebab dekat rumah kami dah selalu sangat buat.. sampai kami laki bini naik jemu dan hampir nak ter uwekk je bila sebut masakan western-western ni.. Tu diaa.. punya kami dah takleh terima makan Chicken Chop dan seangkatan dengannya.. Sekali lagi teman cakap.. bukan berlagak ye! Sumpah! memang tahap dah tak lalu nak sumbat sebab dah selalu masak punya pasal yea.. huhuhu..

Tapi memandangkan perut memang dah berkeroncong dah confused nak makan apa, teman pun cakaplah kat hubby.. Ok lah.. jom kita cuba Chicken Chop kedai tu.. entah-entah sedap ke kan.. kot sos dia lain dan sedap dari yang kita biasa buat ke.. jom lah pi try.. So, kami pun start enjin motor, vrooommm... dah sampai dah Gerai tu.. heeeee.. dekat je punnn... =) 

Dari jauh dah nampak Gerai tu sebab memang selalu ramai je orang makan kat situ.. Nak pulak kawasan situ pencahayaan nya sweet-sweet gitu, tak gelap tak terang sangat.. So, nak makan pun tak lah terang sangat kan.. Oh, lupa lak.. Gerai tu namanya Gerai Paksu Chicken Chop.. Simple je Signboard nya kan.. hehehehe.. 

Gerai Paksu Chicken Chop ni senang je nak cari lokasinya.. betul-betul depan Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Waktu Operasi ialah pada setiap hari kecuali hari ISNIN (tutup) , dibuka dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam .



Nak lagi senang cari.. ni teman tepek kan jugak gambar lagi satu ni supaya korang lebih senang nak cari tempat ni.. haaa. .dekat sini ada satu jejantas depan Masjid ni.. So, kalau korang jumpa Masjid, pastu nampak jejantas.. dah tak perlu pening-pening cari dah.. senang benar kan nak jumpa lokasi gerai Paksu Chicken Chop ni kan.. 

Dah sampai situ terus cari tempat duduk, ada 2 pilihan, samada korang nak makan betul-betul dekat dalam gerai tu ke (dalam kawasan Masjid) ataupun ....

Kalau korang sukakan suasana lebih santai sambil menghirup udara segar dan menikmati suasana tenang berhampiran laluan jalanraya.. boleh je pilih duduk di meja-meja yang diletakkan dihadapan masjid tersebut.. hehehe.. teman dan hubby memang suka pilih duduk diluar je.. konon boleh bernafas lebih sikit.. hahaha.. Nasib baik masa kami sampai meja tak penuh lagi.. Tapi hampir penuh la masa tu.. Kalau lambat sikit memang bahagian depan Masjid tu full dah.. Rezeki kami la dapat meja kat luar.. heheheh.. 

ANTARA MENU MAKANAN YANG ADA 
DI GERAI PAKSU CHICKEN CHOP

MENU MAKANAN

 MENU MINUMAN

Disebabkan kami baru first time makan di Gerai Paksu Chicken Chop, So.. time nak order memang agk blur sikit la kan.. walhal dari rumah dah deal dengan hubby nak try Chicken Chop RM6.90 tu.. Tapi bila tiba di lokasi kami jadi blur pulak melihat menu yang ada.. hahahaha.. Lastly suruh hubby pilih dulu dia nak makan apa.. then teman pun follow aje.. hehehehehe.. Akhirnya Kami pilih Nasi Goreng Chicken Chop yang berharga RM8.90 sahaja.. Murah kan? Pastu hubby tambah Kentang Goreng sebekas.. 

Nasi Goreng Chicken Chop
Inilah menu yang kami ngap tadi.. Nasi Goreng Chicken Chop hehehehe.. Serius! sedap..  Tekak kami macam tak percaya lak boleh terima makan ni tadi.. betul-betul menepati selera kami lak, dan kena pulak pada harga yang murah.. berbaloi-baloi.. disamping makan dalam suasana yang tenang giler.. tak serabut macam makan Western Food kat Gerai di  Kg Baru KL, ehhh... tetiba.. hahahaha.. 

Ni air Hubby order.. tembikai Laici berharga RM3.00
Jus Apple Susu berharga RM2.50
Lepas tu hubby saja nak try Garlic Bread - harga RM4.00

Todiaaa.. nak tahu sedap tak sedap di tekak teman? haaaa.. biarlah gambar ini yang berkata-kata yea! 

Ok lah.. memandangkan teman dan hubby berasa puas hati makan kat Gerai Paksu Chicken Chop hari ni, So, teman pun share lah kat sini untuk tatapan korang yang kadang-kadang blur nak makan apa tu kan.. Serius.. bagi teman dan hubby... puas hati la kan.. berbaloi dengan harga.. 

So, bagi sesiapa yang nak pi sini boleh la ke gerai Paksu Chicken Chop seperti alamat dibawah :

Lokasi gerai Paksu Chicken Chop :
Berhadapan Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. 
Waktu Operasi ialah pada setiap hari kecuali hari ISNIN (tutup) , 
dibuka dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam .

Eh.. Lupa lak nak credit kan ucapan terima kasih buat hubby yang sudi snap kan gambar-gambar diatas ni.. hehehehe.. rajin dia.. macam tau-tau je bini dia nak buat review kat blog pasal gerai ni.. hehehehe.. tq tq encik hubby miaw2.. =) .. 

Komen personal hubby lak tentang apa yang kami makan tadi..
"Nasi goreng chicken chop ok bole tahan sedap ikut nilai yg kita bayar, tempat santai, relaks , murah, dan fully recommended pada kawan-kawan yg tak cukup duit tapi nak makan sedap.... Tadi makan rasa berpuas hati... Air buah pun rm2.00... Ok la.... Dari makan dalam restoran mahal mahal belum tentu rasa..."

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


07 Oktober 2016

SAFI SHAYLA PEK FLEKSI, SYAMPU WANITA BERTUDUNG | WANGINYAAA!!

SAFI SHAYLA PEK FLEKSI, SYAMPU WANITA BERTUDUNG | WANGINYAAA!!

Assalammualaikum.. hari ni teman nak berkongsi cerita tentang pengalaman teman menggunakan Syampu Safi Shayla Pek Fleksi yang sudah sinonim dikalangan wanita-wanita bertudung. Syampu Safi Shayla mempunyai banyak kelebihan dimata teman, antara kelebihannya ialah bau Syampunya yang wangi sangat-sangat, membuatkan kulit kepala berasa segar dan berbau harum je selepas memakainya.. 

Memang kena dengan "trademark" nya Syampu Wanita Bertudung kerana Syampu Safi Shayla yang diinspirasikan untuk wanita bertudung menjadikan kita berasa relaks selepas mandi apabila kulit kepala yang telah bersih dan segar.. Jom kita baca serba sedikit tentang Syampu Safi Shayla yang kini didatangkan dengan Pek Fleksi yang benar-benar berguna dan memudahkan kita.


SAFI Shayla Pek Fleksi: 
Pelbagai fungsi untuk lebih jimat tanpa kompromi
Industri syampu diraikan dengan inovasi terkini .

Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya. 

Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah. 

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatus Sauda memperkenalkan satu solusi penuh inovasi, SAFI Shayla Pek Fleksi.

“SAFI Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita. Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.

Menurutnya lagi, “Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Diambil dari perkataan “fleksibel” iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan, SAFI Shayla melengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. "

"Dengan satu syampu pada satu harga, pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza.”

A photo posted by 🇹🇪🇳🇬🇰🇺🇧🇺🇹🇦🇳🇬 (ღ˘⌣˘áƒ¦) (@tengkubutang) on









Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol, agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini. Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa kemana sahaja. Malah, pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang.

A photo posted by 🇹🇪🇳🇬🇰🇺🇧🇺🇹🇦🇳🇬 (ღ˘⌣˘áƒ¦) (@tengkubutang) on

A photo posted by 🇹🇪🇳🇬🇰🇺🇧🇺🇹🇦🇳🇬 (ღ˘⌣˘áƒ¦) (@tengkubutang) on


Produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65.Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



6 LANGKAH ATASI CIRIT BIRIT KETIKA HAMIL

6 LANGKAH ATASI CIRIT BIRIT KETIKA HAMIL

Hari tu dalam group whatsapp ipar-duai, anak sedara belah suami yang sedang mengandung 6 bulan mengadu cirit birit. Cirit birit nya bukan biasa-biasa, tetapi sampai tahap dah lembik badan katanya.. Sampaikan doktor check amat bahaya kalau berterusan kerana boleh membuatkan si ibu bersalin lebih awal dari tarikh due nya.. Teman pun dah risau mendengarnya pada masa tu.. Tapi nak bagi petua risau pulak tak sesuai kan... sebab anak sedara sedang pregnant, So.. teman biarkan yang mana lebih senior dan berpengalaman dalam group whatsapp tu yang bagi pendapat atau tips2 untuk redakan cirit birit tu..

Selepas itu teman pun macam biasa.. Google jugaklah penyelesaian utnuk masalah kesihatan ketika mengandung ni.. manalah tau boleh share dengan anak sedara teman tu.. mujur lah belum sempat share tips2 ni.. anak sedar dah beransur sembuh.. Alhamdulillah.. Walauapapun, teman share kan jugak disini tips2 atau petua2 serta langkah-langkah atasi cirit birit ketika hamil ni yea..

Moga bermanfaat untuk ibu-ibu diluar sana yang hamil atau sedang bersiap sedia untuk hamil...


6 LANGKAH ATASI CIRIT BIRIT KETIKA HAMIL

Masalah sakit perut dan cirit-birit biasa berlaku ke atas sesiapa sahaja termasuk ibu hamil. Puncanya adalah kerana masalah tersilap makan. Kalau kena cirit-birit masa mengandung, tentu sahaja bakal ibu bertambah bimbang memikirkan keselamatan anak dalam kandungan.

Sebenarnya selagi anda sihat, badan mempunyai banyak kaedah pertahanan semula jadi yang dapat melindungi bayi. Walaupun ibu hamil mengalami masalah cirit-birit dan muntah-muntah, kemungkinan besar ia tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan.

Bagaimanapun kehilangan tenaga dan air dalam badan akibat cirit-birit dan muntah-muntah mungkin akan menjejaskan kesihatan ibu sendiri. Oleh itu beberapa langkah rawatan awal mesti dilakukan seperti berikut:

1. BANYAKKAN BEREHAT
Biasanya bila kena cirit-birit, kita akan letih dan lesu akibat kehilangan banyak tenaga. Maklumlah kena keluar masuk tandas banyak kali. Jadi pastikan anda banyak berehat untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang.


2. MINUM BANYAK AIR
Minum banyak air atau mengambil cecair jernih sebanyak yang boleh. Sekiranya sukar mengekalkan cecair dalam badan, minum sedikit demi sedikit menggunakan penyedut minuman atau boleh mencuba jus atau sup.

Ada sorang lagi anak sedara belah hubby bagi tips.. minum air oren atau fresh oren / jus oren.. insyaAllah.. akan pulih segera.. InsyaAllah..


3. KERAP MAKAN
Walaupun sakit perut dan cirit-birit, anda mesti makan. Makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Cuba makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti, kentang, pasta atau nasi. Elakkan daripada mengambil makanan yang berlemak atau pedas.

Tips dari sahabat teman lak... katanya makan je NASI PANAS-PANAS tu.. letak kicap sikit ke.. letak sup sikit ke.. makan macam tu je.. buat sementara je.. bagi perut dah ok sikit.. 


4. RAWAT SISTEM PENCERNAAN
Minum minuman YOGURT atau minuman yang mengandungi probiotik / VITAGEN setiap hari untuk membantu memulihkan sistem pencernaan anda.


5. ELAKKAN AMBIL SEMBARANGAN UBAT
Jangan mengambil sebarangan ubat untuk masalah cirit-birit. Pastikan anda sudah memeriksa terlebih dahulu dengan doktor atau ahli farmasi.


6. SEGERA JUMPA DOKTOR
Berjumpa dengan doktor secepat mungkin sekiranya anda sakit lebih daripada 48 jam, mengalami dehidrasi teruk dan demam.

Pastikan jangkitan cirit-birit yang anda alami tidak merebak kepada orang lain di dalam rumah dengan cara menjaga kebersihan iaitu mencuci tangan dengan bersih selepas masuk ke tandas, membersihkan tandas dengan cecair pencuci anti bakteria dan tidak berkongsi tuala dengan ahli keluarga yang lain.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


SANDISK CRUZER BLADE CZ50 8GB FLASH DRIVE PADA HARGA RM8 SAHAJA DI GEMFIVE.COM

SANDISK CRUZER BLADE CZ50 8GB FLASH DRIVE PADA HARGA RM8 SAHAJA DI GEMFIVE.COM

Hai.. hari tu teman dah beli Radio MP3 ALQuran yang murah giler dekat Lazada, lepas tu tercari-carilah Pendrive/Flash Drive untuk masukkan MP3 ayat-ayat Al-Quran kat dalam tu, tak mencari sangat-sangat pun.. tetapi macam Allah nak bantu permudahkan teman.. ternampaklah iklan Gemfive.com ni dekat sebelah side wall Facebook teman hari tu... Eh! ada promosi SANDISK 8GB FLASH DRIVE PADA HARGA RM8 SAHAJA DI GEMFIVE.COM . Free Shipping lak tu.. Teman pun klik lah situ dan memang betul ada offer macam tu.. 

Syaratnya kita kenalah daftar/sign up dulu akaun dekat GemFive.com tu.. Baru kita layak untuk beli dengan harga RM8 free postage sebab nanti semasa checkout tu kita kena masukkan code SDRM8 tu Percuma je sign up nya pun.. itupun untuk senang kita nak shopping nanti kan.. 
So, teman dah sign up lah.. dan terus buat belian dan checkout.. Masa tu harga asal pendrive tu RM11.00, So untuk dapatkan harga rm8 free post tu, teman pun masukkan code tadi.. terus jumlah berubah jadi RM8 sahaja.. dan terus la order.. heee.. dah sampai pun barangnya.. teman suka.. hehehe

So, bagi sesiapa yang berminat nak dapatkan juga dengan harga macam teman ni.. bolehlah KLIK SINI yea.. tapi jangan lupa.. daftar dulu tau.. pastu masukkan kod macam teman letak diatas ni.. Oh ya.. lupa nak citer.. promosi ini hanya .... 

* Sah untuk pembelian pertama (kod yang terpakai untuk 1 unit sahaja) dan terhad kepada pertama 1000 sahaja.

* Promosi sah dari 05-25 oktober 2016. Terma & Syarat dikenakan.

So.. cepat-cepat ye.. terhad untuk 1000 orang je tu.. jangan lambat.. sementra promosi masih ada cepat-cepat rembat ok!

TENTANG GEMFIVE

Oh ya.. bagi yang tidak tahu dan baru mengenali GEMFIVE ni.. meh teman kongsikan sedikit tentang GEMFIVE ye!

GEMFIVE merupakan destinasi membeli-belah dalam talian di mana kita boleh menemui jenama baru, mencari sesuatu yang kita suka dan melihat seseuatu yang baru yang mungkin kita lama mencarinya selama ini. 

Di GEMFIVE, pengalaman membeli-belah kita dipermudahkan dengan tips dan alat, dan inspirasi setiap hari untuk hidup seharian. 

Kita boleh membeli-belah dengan yakin dan gembira apabila melayari website GEMFIVE kerana terdapat banyak barangan yang boleh dibeli dengan mudah tanpa keluar ke mana-mana..

Ditubuhkan di Malaysia pada 2015, GEMFIVE dimiliki dan dikendalikan oleh GuoLine eMarketing Sdn Bhd (No. Syarikat: 1.112.813-T). Hong Leong Group hari ini pelabur utama dalam GEMFIVE.



*Valid for first purchase (code applicable for 1 unit only) and limited to the first 1,000 only.
*Promotion valid from 5 - 25 October 2016. T&Cs apply.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok .. dah settle citer bab cara belian semua.. teman nak share lak tentang produk detail yang teman dah beli tu.. bagi teman , ok je Flash drive tu.. teman suka warna dia.. hitam merah.. heheheh.. pulak tu dia punya design lain sikit dari flash drive biasa-biasa tu.. cuma.. rasa macam cepat panas sikit bilik cucuk kat pc.. tapi masih ok bagi teman.. heheheh.. sebab teman nak cucuk kat Radio MP3 je punn.. Malam tadi try start guna Radio MP3 tu.. fuh.. sukanyaaa.. heee.. nanti teman Review pasal Radio MP3 yang teman beli kat Lazada tu ye! hehehe..  Ok .. jom ba apasal product detail tentang SANDISK CRUZER BLADE CZ50 8GB FLASH DRIVE ni..


PRODUCT DETAIL
Warranty: 5 Years Local Manufacturer Warranty
What is in the box: 1 x SanDisk Cruzer Blade CZ50 8GB USB Flash Drive Product Highlights:

With its stylish compact design and generous capacity the Cruzer Blade USB Flash Drive makes it easy to back up transfer and share your files. Available in capacities up to 64GB this USB drive lets you carry your photos movies music and personal data wherever you go.

Compact Design for Maximum Portability
The Cruzer Blade USB flash drive features a compact design that fits easily into a pockett or computer bag. This USB drive has a sleek black and red design that coordinates with many electronic devices.

High-Capacity Drive Accommodates Your Favorite Media Files
Designed by SanDisk a USB in flash memory innovation the Cruzer Blade USB flash drive packs generous capacity into a compact form. Available in sizes up to 64GB this USB drive can hold all your must-have files.

Simple Drag-and-Drop File Backup
Transferring data onto the Cruzer Blade USB flash drive is easy simply plug it into your computer's USB port and drag files into the drive's folder. After a fast first time driver download this USB drive lets you start storing transporting and sharing your data immediately.

SanDisk SecureAccess Software Protects Drive from Unauthorized Access
The Cruzer Blade USB flash drive comes with the exclusive SanDisk SecureAccess which creates a password-protected private folder on your flash drive. SanDisk SecureAccess software uses 128-bit AES encryption so you'll be able to share the files you want while keeping your private files locked.

Product DetailsProduct Specs:
RAM: 8GB
Brand Name: SanDisk
Operating System: Windows XP, Vista, 7, Mac OS X v10.5+
Features: Capless
USB: USB 2.0
Item Dimensions L x W x H: 4.0 x 1.6 x 0.5cm

*Special offer to new customers' first purchase: Use code SDRM8 to purchase this item at RM8 with FREE shipping. Code valid for 1 unit only. While stocks last only.

Applicable Return Policy (Description)Standard (within 7 days if incorrect, damaged, defective or does not fit)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


JUALAN MURAH BUKU-BUKU DI BOOKCAFE KEMBALI LAGI!!!

JUALAN MURAH BUKU-BUKU DI BOOKCAFE 
KEMBALI LAGI!!! 

MasyaAllah... tengok buku-buku atas ni.. perghhhh.. berkenan dan geram betul teman tengok buku-buku yang di shopping oleh seorang akak di facebook ni... Menurut apa yang diceritakan beliau.. beliau memang tak pernah terlepas kalau ada promosi-promosi macam ni.. memang laju sakan dia grab peluang ni untuk membeli buku-buku yang diminatinya termasuk buku untuk anak-anaknya.. serius!! teman memang geram tengok buku-buku yang akak ni pilih.. hoho.. kalau korang nak tengok apa-apa offer terkini tentang sale di Bookcafe ni kan.. rajin-rajinlah singgah blog teman ni yea.. kalau teman tak update kat entri, teman akan update kat banner kat atas ni.. InsyaAllah.. kalau diizinkan dan banyak masa terluang..

Dibawah ni teman tepek kan banner yang sedang ada offer sekarang.. boleh lah korang jenguk-jenguk kalau berminat.. ada offer 50% , ada 87% dan paling besttt ada LELONG Buku Online tauuuu.. yang ni pasti harga pukau punyalah!! haaa.. dan banyak lagi offer-offer lain yang tak putus-putus ada je setiap masa.. kalau nak terjah.. Klik je BANNER-BANNER kat bawah ni ye! selamat menambal ilmu dan selamat bershopping ye!!

BOOKCAFE


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers