Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

01 Mac 2017

Bersalin CZER Pun Boleh Kembali Ramping Dengan Belly Wrap & Hips Wrap Plus+ dari Shapee

Bersalin CZER Pun Boleh Kembali Ramping Dengan
Belly Wrap Basic & Hips Wrap Plus+ dari Shapee

Haiii.. hari ni TB nak share tentang Shapee Postpartum Belly Wrap Basic dan Hips Wrap Plus+  yang sesuai digunakan untuk ibu-ibu yang bersalin normal mahupun bersalin secara pembedahan. Ha.. dengar tu.. bersalin secara pembedahan pun boleh pakai tau.. 

Tak sangka betul TB rupanya bersalin secara pembedahan pun masih boleh pakai bengkung ye? memang teruja sangat bila dapat tahu pasal ni.. Pada mulanya rasa tak percaya pun ada, macam mana ibu yang bersalin secara pembedahan boleh pakai bengkung.. rasa seram je bila terbayang bengkung tu dibalut keliling pinggang yang dibawah perut nya terdapat jahitan pembedahan tu.. serammm.. 

Tapi, rupa-rupanya.. bengkung juga sangat-sangat perlu untuk mereka yang bersalin secara pembedahan kerana melalui pengalaman rakan-rakan yang juga telah lebih dari 2 kali bersalin secara pembedahan atau nak dipendekkan ayatnya bersalin secara CZER mengatakan bahawa bengkung amat perlu dipakai kerana untuk menampung perut kita yang masih besar dan bergoyang apabila bergerak kerana ia belum lagi nak kembali kepada keadaan perut normal.

Bunyi nya memang agak lucu, tetapi hanya ibu-ibu yang bersalin CZER je tahu kot macam mana rasa kalau perut yang masih besar, bergoyang-goyang ketika bergerak dan terus terasa sangat jahitan dalam perut tu macam nak terbuka je.. ngeri rasanya tau.. So, bengkung ni diibaratkan seperti membantu ibu-ibu yang bersalin normal atau CZER bagi menjalani kehidupan seperti biasa.. 

Sambung balik.. kawan-kawan czer tadi juga kata bersalin czer ni makan masa yang lama tau untuk kembali kepada bentuk badan asal kita.. sebab orang yang bersalin CZER ni tak boleh nak bertungku macam mereka yang bersalin normal.. Sebab tu rahim lambat kecut dan perut lambat surut.. .. bergoyang-goyang je bila berjalan atau nak buat kerja.. dan secara automatik bila bergoyang perut tu, jahitan kat dalam perut pun terasa bangatttt.. aiyoo.. sendiri dah merasakan nya.. terasa macam meregang dan menyucuk kat jahitan dalam perut tu bila bergoncang perut.. eee.. seriauu.. Makanya bengkung adalah satu altenatif untuk mengatasi masalah itu semua.. Alhamdulillah.. mujur dapat tahu ada benda ni..

So, bila dapat tahu di pasaran ada dijual bengkung yang boleh dipakai oleh ibu-ibu yang bersalin secara CZER, terus rasa nak mencuba.. Dengar cerita, bukan sekadar menyokong perut kita saja tau.. malah boleh mengembalikan struktur kulit perut kita kembali kepada normal secara perlahan-lahan. Nak tahu bengkung yang TB maksudkan tu? haaa.. inilah dia namanya.. 


Bengkung yang dinamakan Shapee Postpartum Belly Wrap Basic ini sangat-sangat praktikal dan senang digunakan. Tak perlu sampai nak melilit pusing-pusing badan bagai, hanya balut keliling pinggang dan lekatkan hujungnya dengan fleksibel Velcro yang tersedia ada pada bengkung tersebut bagi memudahkan semua ibu memakainya, manakala saiznya didatangkan dalam FREE SIZE .

Shapee Postpartum Belly Wrap Basic berfungsi serta-merta untuk memulihkan kembali rangka/bentuk badan kita kembali seperti sebelum mengandung (perut membesar). Ia menggunakan tiga mampatan untuk membantu ibu-ibu kehilangan inci dengan segera supaya ibu-ibu boleh mendapatkan kembali ukuran badan semasa pra-kehamilan dengan lebih awal. 

Ibu-ibu boleh try memakainya selepas beberapa minggu selepas bersalin dan ia juga bergantung kepada keselesaan kita juga tau.. kalau rasa selesa boleh teruskan memakainya tetapi sekiranya masih terasa tak selesa atau kurang yakin nak pakai awal-awal ni, boleh je tunggu sampai luka betul-betul sembuh. 

Macam TB lak.. ada juga pakai bengkung lain.. TB start pakai pertengahan bulan Febuari hari tu.. mean masa tu dah 2 bulan lebih TB bersalin.. Tu  pun TB main pakai je bengkung apa yang ada.. tak tau pun ada jual bengkung yang memang khas untuk ibu yang bersalin CZER,

Makanya pakai aje dulu bengkung yang ada sebab terasa selesa pula bila berbengkung, betul cakap kawan-kawan TB. Selesa bila berbengkung, perut tak goyang-goyang dangdut.. hak hak hak.. 

Luka jahitan dalam perut pun maybe dah beransur pulih, cuma jahitan tu masih terasa kalau tersalah bangun dari katil atau duduk.. Namun Alhamdulillah TB boleh bergerak lancar dah, tak seperti masa hari 1st operate tu.. erghhh... serammm.. 

yang Shapee Postpartum Belly Wrap Basic dan  Shapee Hips Wrap Plus+ ni TB baru cuba dan TB rasa selesa sangat-sangat tau.  

Kalau nak laraskan samada nak ketat atau longgar, senang aje.. kerana bengkung ini terdapat fleksibel velcro yang menjadikan bengkung ini mudah dilaraskan dan mudah dipakai. Sangat-sangat selesa .. dan puas hati. 

Terdapat jalur-jalur nipis tu buat perut kita tidak meruap atau berpeluh teruk kerana udara boleh masuk melalui bahagian jalur yang berupa net/jaring itu. Yang pasti ia tidak panas dan terasa amat selesa untuk kita bergerak kesana kemari walaupun dipakai dalam keadaan cuaca panas atau sejuk. 

Apa-apa pun.. jom kita baca tentang Shapee Postpartum Belly Wrap Basic dan  Shapee Hips Wrap Plus+ dan ketahui apakah kelebihannya .


Sedikit Info tentang  Shapee Postpartum Belly Wrap Basic :

• Diperbuat daripada bahan elastik yang terbaik dengan kain bernafas membolehkan anda untuk bergerak bebas. 
• Memberi sokongan, meningkatkan, tone selepas kelahiran secara semula jadi, C-seksyen, atau pembedahan perut selepas bersalin. 01
• Menyokong otot abdomen teras dan membantu rahim kembali  kepada saiz asalnya lebih awal. 
• Hilang inci lebih cepat dibahagian perut dan pinggang anda. 
• Mengecilkan dengan anda kerana anda kehilangan lemak perut. 
• Segera nipis dengan mampatan tiga yang disesuaikan. 
• Membantu meningkatkan postur penyusuan .


Bimbang mempunyai pinggul yang lebih lebar selepas melahirkan? haa.. yang ni boleh membantu yea.. haa.. yang tadi tu untuk perut kan, yang ni pulak khas untuk pinggul korang.. Shapee Hips Wrap Plus + mampu membantu kita untuk mengecilkan pinggang selepas melahirkan. 

Ia direka dengan pelbagai peringkat mampatan supaya kita boleh mengawal jumlah tekanan pada pinggul kita & berusaha ke arah hasil yang terbaik. Amat mudah memakainya.. kerana Shapee Hips Wrap Plus + juga ada  fleksibel velcro untuk memudahkan kita melaraskan tahap mana ketat atau longgar yang kita mahukan. 

So, pakai dan gunalah ia secepat yang mungkin selepas bersalin, itupun macam TB kata tadi.. ikut keselesaan. kalau Ok 1st time pakai, maka pakailah sentiasa sampailah korang dapat hasil yang korang mahukan.. 

Macam TB kata tadi Shapee Hips Wrap Basic ni korang pakai khas untuk mencantikan bahagian pinggul korang.. Pastinya ia memberi kesan yang seawal mungkin menjadikan pinggul korang kembali mengecil selepas menggunakan Shapee Hips Wrap Basic ni.

Boleh tayang kat rakan-rakan nanti.. hehehehe.. TB pun nak gunakan secara tetap lah.. macam best plak.. =)

Sedikit Info tentang Hips Wrap Plus+ :
• Diperbuat daripada bahan-bahan lembut dan bernafas untuk memberikan keselesaan kepada ibu-ibu. so, it cool and comfortable to wear in the heat.. hehehe..
• Mampatan memberi sokongan yang sangat laras .
• Menyokong kedua belah pelvis, lantai pelvik, bahagian bawah abdomen, pinggul dan belakang yang lebih rendah. 
• 3 Mampatan Triple secara semulajadi mengecilkan pinggul selepas melahirkan.

JOM TENGOK KETERANGAN BERGAMBAR DIBAWAH NI UNTUK GAMBARAN LEBIH JELAS. ATAU KORANG BOLEH JE LAYARI WEBSITE  http://www.theshapee.com/ . Jangan tak percaya.. korang pasti melekat terus dekat website tu nanti sebab ada banyak lagi shapeware yang boleh bantu merampingkan lagi badan korang.. Wah!! cepat! pi terjah!
---------------------------------------------------------------------

BELLY WRAP BASIC

Harga : RM55.00



 -------------------------------------------------------------------------- 
4 PERKARA YANG BEST TENTANG 





--------------------------------------------------------------------------

Hips Wrap Plus+

RM45.00
 



-------------------------------------------------------------------------- 
4 PERKARA YANG BEST TENTANG 

Hips Wrap Plus+



 


Haa.. nak order tak? boleh lah singgah link ini untuk membeli bengkung seperti yang TB nyatakan dalam entri TB kali ni.. iaiatu -->The Shapee Compression Wrap

Untuk melihat pelbagai lagi produk Shapewear dan produk-propduk lain dari Shapee sila layari :

WEBSITE :

FACEBOOK :

INSTAGRAM :

GOOGLE +

YOUTUBE :



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KEK SECRET RECIPE | SURPRISE DARI HUBBY

KEK SECRET RECIPE | SURPRISE DARI HUBBY

Wahh.  semalam hubby TB buat surprise pulak dah.. Surprise apa? Heee.. Surprise untuk birthday la apa lagi.. Semalam 28 Feb ialah ulangtahun kelahiran TB.. 

Syukur TB diberi peluang lagi untuk teruskan hidup di bumi Allah. Walaupun umur meningkat tetapi TB rasa sangat gembira dan semakin bahagia dengan kehidupan TB sekarang bersama hubby dan cahayamata kami.  

Hubby buat surprise tutup lampu dan bawah kek satu slice yang berlilin sebatang ni sambil nyanyi lagu happy birthday.  Wah..  sweetnya dia... Thank you for the surprised yea my luvly hubby.  Tersenyum lebar TB tauuu.   Siap ada coklat Cadbury lagi kegemaran TB selepas bersalin. 

Doa dan harapan TB sempena birthday kali ni semoga Allah memberi rezeki yang melimpah ruah untuk kami sekeluarga membina kehidupan akan datang dengan lebih sempurna, Aaminnn..  

Lupa lak.. Kek ni sedap sangat.. Sebab kek aiskrim.. Tapi mujur hubby tak belikan kek besar tu, sebab kami berdua bukan hantu kek.. So, nak habiskan satu slice ni pun terkebil-kebil.. Haha.. Manis.   But sedap. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


28 Februari 2017

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH KESUKAAN TENGKUBUTANG!


RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH
KESUKAAN TENGKUBUTANG!

Hari ni menu makan malam simple aje, Ayam Goreng Berempah dengan Nasi panas-panas, yang tu untuk hubby. Untuk TB pulak ialah Ikan Goreng Berempah.. sama adunan cuma lauk je lain.. hehe..

TB tengah berpantang makan ayam dan benda-benda gatal, tu yang TB tak makan ayam tu.. TB hanya makan Ikan aje.. Cuma kadang-kadang TB langgar gak pantang.. sebab terlampau teringin nak makan ayam.. haha.. Oh ya.. TB berpantang makan ayam sebab TB ada alahan sakit kulit.. kalau makan ayam je atau makan seafood je.. mulalah tergaru-garu macam nyet.. so, kenalah berpantang makan.. bukan pantang nampak ayam yea.. haha..

Ok lah.. saja nak share resepi mudah sangat untuk korang buta Ayam Goreng Berempah.. jom tengok!

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN
5 keping peha ayam
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada sulah
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu besar Jintan Manis (kalau ada)
1/2 sudu besar Jintan Putih (kalau ada)
daun kari (3 pelapah)
garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN DIKISAR
5 ulas bawang putih
1 inc halia
6 batang serai (kalau letak banyak dapatlah serbuk banyak.. sedap!)

CARA-CARA :


Gaulkan ayam dgn semua bahan kecuali minyak

Perapkan selama 1/2 jam
Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan ayam
Apabila ayam sudah masak dgn kekuning keemasan, angkat dan toskan minyaknyer..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


REVIEW PRODUK/SERVIS/IKLAN DI BLOG WWW.TENGKUBUTANG.COM

REVIEW PRODUK/SERVIS/IKLAN
DI BLOG WWW.TENGKUBUTANG.COM

Assalammualaikum.. Selamat Pagi semua.. Nak tanya korang ni.. Korang Ada Produk? Tapi Tak Tahu Macam Mana Nak Promote? Nak Produk di Review?? Meh Email TB di : tengkubutang@gmail.com

Rasanya lama juga TB tak buka slot untuk review/iklankan produk di blog tengkubutang.com.. So kepada mereka yang memerlukan bantuan untuk mengiklankan produk, atau apa-apa jenis servis yang ditawarkan oleh korang, tak kiralah produk makeup ke, skincare ke, makeup tools ke, butik ke, shawl ke, food review ke atau nak promote bisnes atau website korang ke atau nak memperkenalkan apa-apa servis, korang boleh beriklan di www.tengkubutang.com . 

💠Nak sewa tapak untuk letak BANNER pun boleh yea. Email je terus tengkubutang@gmail.com ok! 

💠Harga bagi iklan dan review berbeza mengikut pakej...Untuk keterangan lanjut, korang boleh email kepada TB untuk dapatkan quotation bagi servis review daripada TB - blog : www.tengkubutang.com 

💠Harga untuk review dengan blog TB sangat berpatutan dan TB akan cuba sedaya upaya memberikan servis yang terbaik bagi setiap pelanggan. 

💠Untuk maklumat lanjut, korang boleh berhubung dengan TB :- 
Email : tengkubutang@gmail.com

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


27 Februari 2017

PENGALAMAN SHOPPING DI WEBSITE ALTHEA KOREA | MALAYSIA

PENGALAMAN SHOPPING DI WEBSITE ALTHEA KOREA | MALAYSIA 

Ini adalah kali keempat TB shopping di website kecantikan Korea yang dikenali sebagai ALTHEA. Althea adalah laman web yang sangat popular yang menjual barangan kosmetik dan makeup tools dengan harga yang lebih murah atau lebih rendah dari harga asal produk kecantikan Korea (K-Beauty) .

Terdapat keistimeaan apabila shopping dia Althea Korea namun perlu mendaftar menjadi member dahulu yea.. baru korang akan dapat benefits nya.. Ok lah.. kalau korang nak jadi member klik SINI atau klik banner dbawah, register/daftar kemudian nikmati diskaun sebanyak RM30 (tertakluk terma dan syarat) . 
Korang juga dijemput juga baca di SINI , SINI dan SINI tentang Althea Korea ni.. Selamat membaca dan Selamat ber shopping ya! dibwah ni TB senaraikan antara produk-produk atau makeup tools yang menjadi HOT ITEM di website Althe Korea ni..

 

Althea Korea menawarkan FREE SHIPPING untuk belian lebih daripada RM99. Direct daripada Korea terbang ke Malaysia. Haa.. perlu juga korang tahu bahawa Barangan kosmetik, skincare serta makeup tools dari website Althea ni adalah 100% original tau dan itu adalah jaminan daripada pihak Althea sendiri. 

So, kalau nak dapatkan barang yang Ori bukan fake, boleh dapatkan 100% authentic item dengan harga yang murah kat Althea ni ye.

Bestnya shopping kat Althea ni tau.. Sampai tak reti nak pilih apa, semua barangan kosmetik dan skincare nya begitu mengujakan.. terdapat bermacam-macam brand Korea yang popular di Althea antaranya jenama Innisfree, Tony Moly, Skin Food, Laneige, The Faceshop, Etude House, Dr Althea, IOPE, SkinMiso,The SAEM dan banyak lagi tau..

Harga pun murah-murah.. aish.. berapa kali ulang dah, harganya murah-murah je.. So, kalau tergoda nak membeli atau jenguk-jenguk dulu.. Silalah layari link di bawah ni ye! klik!:


Althea Malaysia -> Althea

Ok lah, ni nak citer.. Ini kali ke 4 TB shopping di Althea tau.. macam tak sangka pulak yea.. Macam-macam barang dah TB beli.. semuanya dalam anggaran RM600 macam tu kalau tak silap.. saja nak cukupkan makeup tools dan nak belajar cara-cara makeup.. eh eh.. macam nak jadi mak andam plak dia ye.. hahah.. idaklah.. saja je TB nak try berwajah baru di 2017 ni.. hehe.. nak pula menggunakan barangan dari Korea..teruja betul rasa nya.. Alhamdulillah.. 

Haa.. jom tengok gambar-gambar yang TB dah snap semasa terima barang yang TB shopping di Althea Korea website ni.. heee.. ada parcel baru dari Althea TB baru terima tadi.. tapi tunggulah ada masa sesuai TB akan buka dan snap gambarnya untuk di review disini..

Yang ni hasil dari shopping kali ke-2 di Althea .. 
TB shopping yang ni semua time berpantang di Ipoh, hari tu, dalam bulan Disember 2016.Yang ni sempena Althea pelancaran aplikasi Althea di mobile.. 

Haa.. Buat yang belum tahu tu.. Pada 15 Disember 2016 - Althea Korea telah melancarkan Althea App iaitu aplikasi mudah alih yang dinanti-nantikan mereka untuk memudahkan pelanggan membeli-belah di mana sahaja dengan menggunakan platform utama di Asia Tenggara untuk semua barangan dan produk dari K-Beauty.

Pelanggan Althea akan diberi kod promosi eksklusif untuk digunakan untuk mereka yang pertama kali membuat pembelian yang dibuat menggunakan aplikasi mudah alih. 

Tahun ini sahaja, Althea telah diperluaskan lagi  ke 3 lagi negara baru (Filipina, Indonesia dan Thailand) selepas Malaysia dan Singapura pada tahun 2015.

Selanjutnya sila baca sini yea --> ALTHEA 

Yang ni pula hasil shopping kali ke-3 di Althea
Yang ni pun dapat masa TB masih berpantang di Ipoh, dalam awal bulan Januari 2017 macam tu, yang ni TB shopping sempena jualan/sale sempena perayaan hari Krismas yang 25/12/2016.. order 25hb Disember 2016, dan penghantaran ambil masa dalam 2 minggu selalunya tetapi TB selalu dapat dalam seminggu je.. memang cepat dan kadang tiba-tiba je orang curier mai.. rupa-rupanya barang dari Korea yang sampai.. ingatkan lama lagi.. memenag surprise tau! 

Ha.. kalau korang nak tahu.. macam ni lah TB dapat tiap kali shopping dengan Althea Korea, pastinya pembalut pink ni sudah sinonim dengan pelanggan yang setia dan selalu shoppng di Althea ni.. termasuklah TB sendiri. 

Yang ni yang TB terima masa di Ipoh ritu.. TB paling suka terima box dari Althea ni sebab sangat-sangat eksklusif balutannya.. tema pink tu macam cool je tau.. terus suka pink bila kenal Althea ni.. heeee.. apa-apa pun, jom tengok video TB buat kat instagram hari tu.. dengan di Youtube.. cer tengok apa yang TB shopping.. hehehe...

Apa yang TB nak komen tentang pengalaman shopping dengan Althea Korea | Malaysia.. 

1. Penghantaran tak pernah lewat, lancar dan cepat.. 

2. Harga berpatutan malah lebih murah dari harga asal.. 

3. Barangan semua ori bukan fake, 

4. Belian semakin mudah dengan aplikasi di mobile, 

5. Balutannya cantik, kotak pun cantik dan buat TB rasa nak buat collection banyak-banyak je tau.. tambahan pula bila Althea ada keluarkan kotak yang Limited Edition, aduhh.. suka giler tau! tapi selalu terlepas nak dapat kotak-kotak special tu.. huhuhu.. sedih pula rasa hati .. Harap dapat merasa kotak special dari Althea nanti.. 

6. Kadang kalau kena time, dapat pulak FREE GIFT.. hanya klik add to bag je masa shopping,  tak perlu bayar yang tu.. TB dah dapat barangan percuma.. keychain baju Korea hanbok tu.. cute giler! tengok gambar diatas tu yea! 

7. Paling best apabila ALthea baik hati send code diskaun dalam email.. fuh.. bagai pucuk dicita ulam mendatang.. terus shopping beb..

ada banyak lagi sebenarnya yang TB rasa nak komen tentang Althea, tapi biarlah setakat ini dulu yea.. nanti TB sambung lagi next entri.. sebab ada lagi satu box tak buka lagi.. hehehehe.. 

Apa-apa pun.. Thank You Althea

HAPPY BIRTHDAY ALTHEA !! #AltheaTurns1 @altheakorea Sempena Birthday Althea #altheaturns1 Kita nak nyanyi sikit untuk Althea yea.. 1..2..3.. "Happy Birthday To You.. Happy Birthday To You.. Happy Birthday To Althea.. Happy Birthday To Youuuu.." Althea ialah website online yang semakin mendapat tempat dihati para wanita yang sukakan produk-produk kecantikan dari Korea. Di website Althea ini terdapat pelbagai barangan kosmetik seperti Mascara, Masker, Eye gel, lipstick, compact powder, Hair Oil, pencuci muka, scrub, shampoo dan macam-macam lagi. HAPPY BIRTHDAY ALTHEA !! #AltheaTurns1 Semoga Althea terus maju dan success dalam menjadi website paling popular yang menjual produk-produk dari Korea.. Semoga Althea semakin dikenalai ramai di pelosok dunia.. Happy Birthday Althea!! Nak tahu lebih Info tentang Althea, sila klik link di bawah ni ye! Althea's Birthday Celebration 20th - 31st July, 2016 Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit For orders placed on 20/7 onwards. While stocks last. Free Goodies for first 1,500 shoppers Full size beauty products. While stocks last. Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE! Rebate will be credited into your account. Facebook: Althea Instagram: Althea Korea Website: www.althea.kr/ Facebook: Althea Instagram: Althea Korea Website: www.althea.kr/
A post shared by 🇹🇪🇳🇬🇰🇺🇧🇺🇹🇦🇳🇬 (ღ˘⌣˘áƒ¦) (@tengkubutang) on

Produk yang di shopping di Althea buat Tengkubutang tersenyum lebar..
Thank You Althea!

ok, sekarang TB sajikan pula mata korang dengan Trendy Box atau kotak-kotak / Althea Box yang sangat-sangat cute ni/.. dan pastinya korang akan fikir.. bahawa, kotak ini adalah salah satunya penarik minat pelanggan untuk membeli.. sangat-sangat eksklusif kan!

Semua dibawah teman pinjam gambar dari google.. bukan milik teman pun yea.. just nak bagi korang gambaran aje.. hehehehe.. macam? tergugat tak??









So, buat sesiapa yang nak shopping barangan K-Beauty, bolehlah jenguk link-link dibawah :

Instagram :

Website:

Facebook page:

#altheakorea

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


NOMBOR CANTIK | PAGEVIEW BLOG TENGKUBUTANG.COM

NOMBOR CANTIK | PAGEVIEW BLOG TENGKUBUTANG.COM

Tersuka pula tengok nombor 8 dan 2 diatas.. heee.. sebab cantik je kan.. lama lagi rasanya nak menunggu blog tengkubutang.com mencapai sasaran 5 juta pageview.. apa-apa pun.. Alhamdulillah.. target hampir tiba.. sabarlah menantinya... cuma banyak sangat benda nak buat untuk blog dalam masa terdekat ni, tak tahulah tercapai ke tak.. kira macam azam untuk 2017 gak lah tu.. hope diperkenankan Allah.. dan dimurahkan rezeki melimpah ruah dengan hasil ber blogging.. Aamiinn..

eh! entri throwback untuk story pregnant dan bersalin tak buat lagi.. grrr.. lemauuu.. haha..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


21 Februari 2017

Resepi Ayam Goreng Kicap Lada Hitam






Ayam Goreng Kicap Lada Hitam 

Bahan-Bahan :
Ayam(-akk buat dlm 6 ketul potong kecik)
2sudu mkn sos tiram
1 sudu mkn cili sos
1 sudu mkn lada hitam(hancur)
1 sudu mkn kicap
Garam n perasa
(Perap semua bhn dan goreng)

3 biji bwng besar-hiris
3 ulas bwng putih-hiris
2 biji cili masak-hiris
4/5 tangkai cili kering-gunting pendek
2 biji Cili hijau/cili masak-hiris

Cara-Cara:
ketepikan dulu ayam yg siap d goreng td..
Dlm minyak yg sama(klu byk..kluarkn 
Separuh.
Tumis semua bhn yg d hiris td..masukkn
Ayam..gaul rata..akhir sekali masukkn 
Kicap dlm 4 sudu lagi..kacau sebati n 
Siap!!!!



20 Februari 2017

BABYNEST 4 in 1 YANG COMEL DARI CEKEBUM!

BABYNEST 4 in 1 YANG  COMEL DARI CEKEBUM! 

Psstttt... Nak cerita tentang Babynest dari CEKEBUM ni.. Tapi macam tak cukup masa je.. huhu.. so, TB tepek kat sini dulu gambar Babynest yang TB dapat semasa penghujung mengandung 2016 tahun lepas. Masa tu murah betul rezeki baby, walau belum keluar dari perut.. bermacam-macam rezeki baby dapat.. Alhamdulillah.. syukur kepada Allah.. moga rezeki baby semakin murah walaupun dah bersalin ni.. heeeee.. Aamiinn.. 

Apa-apa pun.. terima kasih CEKEBUM.. TB suka babynest ni, sangat kemas jahitannya.. sangat comel coraknya.. baby pun suka duduk dalam tu.. macam teman kata bagai dipeluk aje.. Tapi rasanya baby New born yang berkaki panjang atau bakal tinggi orangnya mungkin akan terkeluar sikit kakinya.. hehe.. macam baby TB jugak la..

Sebenarnya babynest ni patutnya dah guna masa baby new born lagi.. tapi disebabkan TB bersalin di Kg.. maka babynest ni tertinggal di KL.. huhu.. makanya.. tak dapatlah nak pakai masa new born.. actually masa babynest ni sampai, TB tak tengok lagi.. hubby TB yang terima parcel.. So, TB tak tau ukuran besar mana.. ingatkan sampai besar boleh pakai.. hehehe.. rupanya khas untuk newborn dan selagi baby boleh duduk dalam tu (yang tak berkaki panjang) . 

walau apa pun.. TB sangat suka Babynest.. sangat comel tau.. jahitan kemas.. i loikeee... tQ Cekebum! nanti detail TB cerita lagi ye.. K bye.. 




Jom baca info tentang 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers