Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

04 Mac 2017

CARA LIPAT BAJU BABY MUDAH,KEMAS DAN TERSUSUN!


CARA LIPAT BAJU BABY MUDAH,
KEMAS DAN TERSUSUN!

Konsep Lipat dan "TUCK IN" ni dah biasa sangat ibu-ibu buat.. TB je baru kali ni nak mencuba pula selepas runsing tengok baju baby berselerak walaupun dah berlipat.. dan kadang bila nak ambil, tertarik sampai terkeluar baju-baju lain.. 

Pernah juga masa nak mencari padanan baju dan seluar baby pun ambil masa sebab dah bercampur-campur baju dan seluarkan. Nak lipat pun jadi malas betul jadinya.. 

Akhirnya TB teringat pernah tengok cara lipat baju gaya tuck in ni. TB pun Google dan jumpa entri di website siraplimau.com.. terus semangat nak lipat baju baby.. hari tu sekejap je dah siap lipat.. punya bersemangat nak guna teknik atau konsep "tuck in" ni.. Teruja sangat bila tengok laci baju baby nampak kemas giler dari sebelum nya..

Nak ambil baju gerenti tak berserabut atau tertarik-tarik lagi dah.. Kalau encik suami nak tolong ambilkan baju baby pun senang.. dah asing siap-siap baju lengan pendek, baju lubang-lubang, baju lengan panjang, baju romper dan sleepsuit.. makanya tiada lagi masalah laci baju berselerak kerana diselongkar kannn... 

Ok lah.. bagi yang dah tahu dan dah praktikkan tu, TB ucapkan syabas.. hihihi.. bagi yang belum tahu cara "tuck in" ni.. meh tengok tutorial cara lipat baju nya macam mana .. ikut je macam dalam gambar ye .. mudah je ..

CARA LIPAT BAJU BABY MUDAH,
KEMAS DAN TERSUSUN!

1. Butang baju bayi bahagian atas & bawah.. kalau nak butang semua pun boleh.. 
itu pun kalau korang rajin la kan.. 

 2. Terbalikkan baju belakang ke depan
3. Letak seluar di atas belakang baju. hujung kaki seluar tu lipat macam dalam gambar ni ye..
4. Lipat bahagian lengan baju ke tengah
5. Pastu yang lengan lagi satu pun lipat jadi macam dalam gambar ni.. 
6. Lipat 1/3 baju macam dalam gambar ni
7. Selak bahagian tengah yang belakang kolar tu.. 
8. Masukkan lipatan hujung baju ke dalam 
9. Siap.. kemas tak? hehe
 Bila nak ambil senang aje, tak perlu nak selongkar cari seluar dan baju.. 
Cara ni dah siap lengkap sepasang dengan seluar dah.. 
 dari tepi pemandangannya begini ye puan-puan.. hehe
beginilah rupanya laci baju baby TB, yang ni TB lipat dalam 30 minit aje, sebab memang mudah sangat nak lipat guna gaya "tuck in" ni. TB semakin excited dan dah tak malas nak lipat baju baby dah sebab excited tengok laci baby kemas dan tersusun. So, korang boleh lah mencuba.. lepas ni mesti jemur baju tak sabar nak tunggu kering sebab tak sabar nak lipat baju baby korang yang comel tu.. hehehe.. Selamat mencuba dan merajinka diri ye! Assalammualaikumm... 

#caralipatbajubaby #caralipatbajubabytuckin # caralipatbaju #caralipatbajubaby #caralipatbajubabykemas

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


02 Mac 2017

Fakta disebalik 7 Pantang Larang Bayi Baharu Lahir Yang Dipesan Orang Tua

Fakta disebalik 7 Pantang Larang Bayi Baharu Lahir
Yang Dipesan Orang Tua

Sejak ada baby ni, selalu saja suka-suka membaca pelbagai info tentang bayi.. macam-macam maklumat dan ilmu yang TB dapat.. Ada yang boleh diikut.. ada juga yang jangan diikut.. pandai-pandailah kita memilih yang mana terbaik untuk anak kita.

Baru sebentar tadi terjumpa pula kisah tentang 7 pantang larang ni, TB cuba tengok sama tak dengan cara TB atau ada tak yang tak sepatutnya TB lakukan. 

Apa-apa pun jom baca info dibawah ni.. 

Bagi yang baharu bergelar ibu ayah, tentu banyak menerima pelbagai pesanan dan nasihat daripada orang tua, saudara mara dan sahabat handai tentang penjagaan bayi.

Adakalanya pantang larang yang diberitahu macam tak masuk akal dalam zaman serba moden ini. Kadang kala pening kepala juga dibuatnya sama ada mahu mengikut atau sebaliknya tentang pantang larang tersebut terutama dalam bab membesarkan bayi.

Cuba kita lihat beberapa pantang larang yang biasa diberitahu oleh orang tua-tua tentang penjagaan bayi dan kanak-kanak dan buat perbandingan daripada sudut pandangan pakar perubatan.

1. Bayi baru lahir perlu dipakaikan barut agar tidak kembung atau rangka dada tidak terlalu menonjol khususnya bayi perempuan.

Penjelasan: Dinding perut bayi masih lagi lemah ketika usia ini. Oleh yang demikian, pastikan barut dipakai pada bahagian perut sahaja dan bukan terus ke dada kerana khuatir perkembangan organ dalaman anak sukar untuk berkembang dengan cepat.

Jangan diikat terlalu ketat kerana dikhuatiri bayi tidak selesa. Pemakaian barut boleh membantu mengelakkan tali pusat tidak luka akibat geseran. Selain itu barut dapat membantu memanaskan badan bayi baharu lahir yang mudah sejuk.

TB sentiasa pakaikan bayi dengan barut, tak pernah tak pakai sebab risau perut baby kembung. TB tak pakaikan ketat-ketat, just longgar tapi tak lah longgar sangat sampai melurut ke atas ke bawah.. tak selesa pula bayi kita tu nanti kan.. kalau boleh TB nak pakaikan barut sehingga umur baby 4 -5 bulan ke.. atau sampai barut tu dah tak muat.. ATAU pun kalau baby dah mula meniarap, TB akan kurangkan atau tak pakaikan barut dah.. sebab baby dah boleh meniarap ni kembung pun jarang sangat kan..

Pssttt.. TB ada barut yang kecil hingga ke bayi yang besar.. sebab tu TB rasa nak pakaikan hingga umur bayi 4-5 bulan.

2. Setelah tali pusat tercabut, pusat bayi harus ditindih dengan kepingan syiling atau logam agar pusat tidak menonjol keluar.

Penjelasan: Sebenarnya, kaedah ini tidak perlu dilakukan lebih-lebih lagi jika pusat bayi memang tidak menonjol. Namun, anda boleh mengikut panduan ini jika pusat bayi menonjol asalkan logam terbabit bersih dan disteril.

Err.. yang ni TB tak buat pun.. TB just tuam je pusat baby .. 

3. Bayi baru lahir harus dibedung agar kakinya tidak bengkok atau bersilang.

Penjelasan: Sebenarnya, membedung adalah untuk memberikan keselesaan kepada bayi ketika tidur. Sehingga mencecah usia enam bulan, bayi sering mengalami kejutan refleks.

Jadi, jika dibedung, ketika berlaku kejutan refleks ini, bayi akan kurang merasa terkejut. Namun perlu diingat, bedung biasanya membuat peredaran darah anak terganggu.

Ini membuatkan jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah. Akibatnya, anak akan kerap sakit terutama di bahagian dada khususnya di sekitar paru-paru atau rongga pernafasan.

Hemmm.. TB dah cuba bedung anak TB, tapi sebijik macam keterangan kat atas ni.. suka terkejut tapi bila bedung.. alahai.. tak sampai setengah jam.. dah mengerut muka merah padam meneran nak keluarkan tangan dan kaki.. kesian dia.. terpaksa lah tak berbedung selepas tu.. 

4. Tidak elok memandikan bayi selepas jam 3 petang.

Penjelasan: Ibu sebenarnya bebas menentukan masa untuk memandikan bayi. Biasanya, pada bulan-bulan pertama, anak boleh dimandikan antara jam 9.30 hingga 10.00 pagi.

Bila usia bayi meningkat, anda boleh memandikan anak antara jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Manakala, pada waktu petangnya pula, bergantung pada suhu ketika itu. Paling penting jangan mandikan anak setelah diberi susu kerana selepas minum biasanya anak akan mengantuk dan mahu tidur.

TB tak tahu pulak yang ni.. TB mandikan je tak ikut masa tertentu.. tapi baru-baru ni TB ada terbaca, Seeloknya mandikan baby pada waktu dhuha, antara pukul 8 pagi hingga 11 pagi macam tu sebab pada waktu ni fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang, gunakan air suam ye.

5. Tangan dan kaki bayi tidak perlu selalu ditutup dengan sarung kaki dan tangan.

Penjelasan: Sebenarnya tiada masalah jika tangan dan kaki anak disarungkan terutama ketika suhu dingin. Pemakaian sarung tangan juga perlu untuk mengelakkan berlaku calar akibat terkena kuku bayi sendiri.

Jika di luar rumah, sebaiknya bayi tidak perlu dipakaikan sarung tangan kerana pemakaian sarung tangan akan membataskan perkembangan deria rasanya.

sejak usia baby 1 bulan lebih TB dah tak pakaikan sarung tangan sebab doktor pesan pakaikan time sejuk sahaja sebab nak biar tangan dan jari-jari baby tu explore dan berkembang baik. Tapi sarung kaki TB tak pernah tinggal sebab kalau tak dipakaikan sarung kaki nanti baby mudah masuk angin.. 

6. Kuku bayi tidak boleh dipotong sebelum usianya 40 hari.

Penjelasan: Larangan ini mungkin disebabkan khuatir akan melukakan kulit jari tangan dan kaki anak. Saiz kuku yang kecil dan nipis memang menyukarkan anda memotong kuku si kecil.

Namun, jika dilakukan secara berhati-hati dan menggunakan peralatan yang khusus, kemalangan mungkin dapat dielakkan. Jadi, sebenarnya memotong kuku bayi tidak perlu menunggu sehingga usianya 40 hari asalkan berhati-hati.

TB dah potong seblum 40 hari lagi sebab kesian habis muka bay bercalar kena garu dengan kuku baby sendiri.. Tapi bukan TB yang potongkan kuku baby, adik ipar TB yang buatkan.. TB seriauuu.. =))

7. Anak tidak boleh didukung dengan kaki dikangkangkan kerana khuatir akan terkangkang.

Penjelasan: Tidak benar sama sekali. Tidak menjadi hal jika anak didukung dengan cara ini asalkan kepala dan punggungnya diampu agar tidak jatuh ke belakang. Kaki anak kangkang mungkin disebabkan oleh genetik yang diterima daripada ibu atau ayah. 

Semuanya terpulang kepada ibu bapa sendiri sama ada hendak mempraktiskan pantang larang tersebut atau tidak. Yang penting ia mestilah tidak memudaratkan bayi anda .

Baby TB kecik lagi.. tak sabo nak dukung baby macam budak beso.. hehehehe.. 

Itulah antara pantang larang yang TB baca tadi.. ada lagi yang lain tapi TB senaraikan apa yang TB jumpa tadi je.. kalau ada yang lain TB share kat sini yea.. OK.. K bye..

TQ :

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


01 Mac 2017

Bersalin CZER Pun Boleh Kembali Ramping Dengan Belly Wrap & Hips Wrap Plus+ dari Shapee

Bersalin CZER Pun Boleh Kembali Ramping Dengan
Belly Wrap Basic & Hips Wrap Plus+ dari Shapee

Haiii.. hari ni TB nak share tentang Shapee Postpartum Belly Wrap Basic dan Hips Wrap Plus+  yang sesuai digunakan untuk ibu-ibu yang bersalin normal mahupun bersalin secara pembedahan. Ha.. dengar tu.. bersalin secara pembedahan pun boleh pakai tau.. 

Tak sangka betul TB rupanya bersalin secara pembedahan pun masih boleh pakai bengkung ye? memang teruja sangat bila dapat tahu pasal ni.. Pada mulanya rasa tak percaya pun ada, macam mana ibu yang bersalin secara pembedahan boleh pakai bengkung.. rasa seram je bila terbayang bengkung tu dibalut keliling pinggang yang dibawah perut nya terdapat jahitan pembedahan tu.. serammm.. 

Tapi, rupa-rupanya.. bengkung juga sangat-sangat perlu untuk mereka yang bersalin secara pembedahan kerana melalui pengalaman rakan-rakan yang juga telah lebih dari 2 kali bersalin secara pembedahan atau nak dipendekkan ayatnya bersalin secara CZER mengatakan bahawa bengkung amat perlu dipakai kerana untuk menampung perut kita yang masih besar dan bergoyang apabila bergerak kerana ia belum lagi nak kembali kepada keadaan perut normal.

Bunyi nya memang agak lucu, tetapi hanya ibu-ibu yang bersalin CZER je tahu kot macam mana rasa kalau perut yang masih besar, bergoyang-goyang ketika bergerak dan terus terasa sangat jahitan dalam perut tu macam nak terbuka je.. ngeri rasanya tau.. So, bengkung ni diibaratkan seperti membantu ibu-ibu yang bersalin normal atau CZER bagi menjalani kehidupan seperti biasa.. 

Sambung balik.. kawan-kawan czer tadi juga kata bersalin czer ni makan masa yang lama tau untuk kembali kepada bentuk badan asal kita.. sebab orang yang bersalin CZER ni tak boleh nak bertungku macam mereka yang bersalin normal.. Sebab tu rahim lambat kecut dan perut lambat surut.. .. bergoyang-goyang je bila berjalan atau nak buat kerja.. dan secara automatik bila bergoyang perut tu, jahitan kat dalam perut pun terasa bangatttt.. aiyoo.. sendiri dah merasakan nya.. terasa macam meregang dan menyucuk kat jahitan dalam perut tu bila bergoncang perut.. eee.. seriauu.. Makanya bengkung adalah satu altenatif untuk mengatasi masalah itu semua.. Alhamdulillah.. mujur dapat tahu ada benda ni..

So, bila dapat tahu di pasaran ada dijual bengkung yang boleh dipakai oleh ibu-ibu yang bersalin secara CZER, terus rasa nak mencuba.. Dengar cerita, bukan sekadar menyokong perut kita saja tau.. malah boleh mengembalikan struktur kulit perut kita kembali kepada normal secara perlahan-lahan. Nak tahu bengkung yang TB maksudkan tu? haaa.. inilah dia namanya.. 


Bengkung yang dinamakan Shapee Postpartum Belly Wrap Basic ini sangat-sangat praktikal dan senang digunakan. Tak perlu sampai nak melilit pusing-pusing badan bagai, hanya balut keliling pinggang dan lekatkan hujungnya dengan fleksibel Velcro yang tersedia ada pada bengkung tersebut bagi memudahkan semua ibu memakainya, manakala saiznya didatangkan dalam FREE SIZE .

Shapee Postpartum Belly Wrap Basic berfungsi serta-merta untuk memulihkan kembali rangka/bentuk badan kita kembali seperti sebelum mengandung (perut membesar). Ia menggunakan tiga mampatan untuk membantu ibu-ibu kehilangan inci dengan segera supaya ibu-ibu boleh mendapatkan kembali ukuran badan semasa pra-kehamilan dengan lebih awal. 

Ibu-ibu boleh try memakainya selepas beberapa minggu selepas bersalin dan ia juga bergantung kepada keselesaan kita juga tau.. kalau rasa selesa boleh teruskan memakainya tetapi sekiranya masih terasa tak selesa atau kurang yakin nak pakai awal-awal ni, boleh je tunggu sampai luka betul-betul sembuh. 

Macam TB lak.. ada juga pakai bengkung lain.. TB start pakai pertengahan bulan Febuari hari tu.. mean masa tu dah 2 bulan lebih TB bersalin.. Tu  pun TB main pakai je bengkung apa yang ada.. tak tau pun ada jual bengkung yang memang khas untuk ibu yang bersalin CZER,

Makanya pakai aje dulu bengkung yang ada sebab terasa selesa pula bila berbengkung, betul cakap kawan-kawan TB. Selesa bila berbengkung, perut tak goyang-goyang dangdut.. hak hak hak.. 

Luka jahitan dalam perut pun maybe dah beransur pulih, cuma jahitan tu masih terasa kalau tersalah bangun dari katil atau duduk.. Namun Alhamdulillah TB boleh bergerak lancar dah, tak seperti masa hari 1st operate tu.. erghhh... serammm.. 

yang Shapee Postpartum Belly Wrap Basic dan  Shapee Hips Wrap Plus+ ni TB baru cuba dan TB rasa selesa sangat-sangat tau.  

Kalau nak laraskan samada nak ketat atau longgar, senang aje.. kerana bengkung ini terdapat fleksibel velcro yang menjadikan bengkung ini mudah dilaraskan dan mudah dipakai. Sangat-sangat selesa .. dan puas hati. 

Terdapat jalur-jalur nipis tu buat perut kita tidak meruap atau berpeluh teruk kerana udara boleh masuk melalui bahagian jalur yang berupa net/jaring itu. Yang pasti ia tidak panas dan terasa amat selesa untuk kita bergerak kesana kemari walaupun dipakai dalam keadaan cuaca panas atau sejuk. 

Apa-apa pun.. jom kita baca tentang Shapee Postpartum Belly Wrap Basic dan  Shapee Hips Wrap Plus+ dan ketahui apakah kelebihannya .


Sedikit Info tentang  Shapee Postpartum Belly Wrap Basic :

• Diperbuat daripada bahan elastik yang terbaik dengan kain bernafas membolehkan anda untuk bergerak bebas. 
• Memberi sokongan, meningkatkan, tone selepas kelahiran secara semula jadi, C-seksyen, atau pembedahan perut selepas bersalin. 01
• Menyokong otot abdomen teras dan membantu rahim kembali  kepada saiz asalnya lebih awal. 
• Hilang inci lebih cepat dibahagian perut dan pinggang anda. 
• Mengecilkan dengan anda kerana anda kehilangan lemak perut. 
• Segera nipis dengan mampatan tiga yang disesuaikan. 
• Membantu meningkatkan postur penyusuan .


Bimbang mempunyai pinggul yang lebih lebar selepas melahirkan? haa.. yang ni boleh membantu yea.. haa.. yang tadi tu untuk perut kan, yang ni pulak khas untuk pinggul korang.. Shapee Hips Wrap Plus + mampu membantu kita untuk mengecilkan pinggang selepas melahirkan. 

Ia direka dengan pelbagai peringkat mampatan supaya kita boleh mengawal jumlah tekanan pada pinggul kita & berusaha ke arah hasil yang terbaik. Amat mudah memakainya.. kerana Shapee Hips Wrap Plus + juga ada  fleksibel velcro untuk memudahkan kita melaraskan tahap mana ketat atau longgar yang kita mahukan. 

So, pakai dan gunalah ia secepat yang mungkin selepas bersalin, itupun macam TB kata tadi.. ikut keselesaan. kalau Ok 1st time pakai, maka pakailah sentiasa sampailah korang dapat hasil yang korang mahukan.. 

Macam TB kata tadi Shapee Hips Wrap Basic ni korang pakai khas untuk mencantikan bahagian pinggul korang.. Pastinya ia memberi kesan yang seawal mungkin menjadikan pinggul korang kembali mengecil selepas menggunakan Shapee Hips Wrap Basic ni.

Boleh tayang kat rakan-rakan nanti.. hehehehe.. TB pun nak gunakan secara tetap lah.. macam best plak.. =)

Sedikit Info tentang Hips Wrap Plus+ :
• Diperbuat daripada bahan-bahan lembut dan bernafas untuk memberikan keselesaan kepada ibu-ibu. so, it cool and comfortable to wear in the heat.. hehehe..
• Mampatan memberi sokongan yang sangat laras .
• Menyokong kedua belah pelvis, lantai pelvik, bahagian bawah abdomen, pinggul dan belakang yang lebih rendah. 
• 3 Mampatan Triple secara semulajadi mengecilkan pinggul selepas melahirkan.

JOM TENGOK KETERANGAN BERGAMBAR DIBAWAH NI UNTUK GAMBARAN LEBIH JELAS. ATAU KORANG BOLEH JE LAYARI WEBSITE  http://www.theshapee.com/ . Jangan tak percaya.. korang pasti melekat terus dekat website tu nanti sebab ada banyak lagi shapeware yang boleh bantu merampingkan lagi badan korang.. Wah!! cepat! pi terjah!
---------------------------------------------------------------------

BELLY WRAP BASIC

Harga : RM55.00



 -------------------------------------------------------------------------- 
4 PERKARA YANG BEST TENTANG 





--------------------------------------------------------------------------

Hips Wrap Plus+

RM45.00
 



-------------------------------------------------------------------------- 
4 PERKARA YANG BEST TENTANG 

Hips Wrap Plus+



 


Haa.. nak order tak? boleh lah singgah link ini untuk membeli bengkung seperti yang TB nyatakan dalam entri TB kali ni.. iaiatu -->The Shapee Compression Wrap

Untuk melihat pelbagai lagi produk Shapewear dan produk-propduk lain dari Shapee sila layari :

WEBSITE :

FACEBOOK :

INSTAGRAM :

GOOGLE +

YOUTUBE :



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KEK SECRET RECIPE | SURPRISE DARI HUBBY

KEK SECRET RECIPE | SURPRISE DARI HUBBY

Wahh.  semalam hubby TB buat surprise pulak dah.. Surprise apa? Heee.. Surprise untuk birthday la apa lagi.. Semalam 28 Feb ialah ulangtahun kelahiran TB.. 

Syukur TB diberi peluang lagi untuk teruskan hidup di bumi Allah. Walaupun umur meningkat tetapi TB rasa sangat gembira dan semakin bahagia dengan kehidupan TB sekarang bersama hubby dan cahayamata kami.  

Hubby buat surprise tutup lampu dan bawah kek satu slice yang berlilin sebatang ni sambil nyanyi lagu happy birthday.  Wah..  sweetnya dia... Thank you for the surprised yea my luvly hubby.  Tersenyum lebar TB tauuu.   Siap ada coklat Cadbury lagi kegemaran TB selepas bersalin. 

Doa dan harapan TB sempena birthday kali ni semoga Allah memberi rezeki yang melimpah ruah untuk kami sekeluarga membina kehidupan akan datang dengan lebih sempurna, Aaminnn..  

Lupa lak.. Kek ni sedap sangat.. Sebab kek aiskrim.. Tapi mujur hubby tak belikan kek besar tu, sebab kami berdua bukan hantu kek.. So, nak habiskan satu slice ni pun terkebil-kebil.. Haha.. Manis.   But sedap. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers