MENSTRUHEAT | PRODUK DARI PS|LOVE
MEMBANTU MELEGAKAN SENGGUGUT
Hai semua.. apa khabar? tengah buat apa petang-petang Sabtu ni? hehe.. sedang menonton tv bersama keluarga ke atau sedang bekerja? TB lak ada dirumah aje, tak ke mana-mana pun.. Baby TB pun sedang tidur lagi tu, Sebelum dia terjaga TB pun jenguk-jenguk blog TB ni.. heheh..
So, alang-alang ada masa free sikit ni TB nak share dengan korang tentang produk keluaran ps|Love ni iaitu MenstruHeat patch, produk dari ps|Love yang semakin dikenali ramai. MenstruHeat ni datangnya dari the ps|Love Singapore.
Dengar cerita ps|Love MenstruHeat dah mula menembusi pasaran Malaysia, dan terbaru patch terapi haba untuk sakit belakang dan sakit leher / bahu pun telah dikeluarkan iaitu BackHeat dan NeckHeat.
Hemm.. Bila tekan-tekan plastiknya dari luar tu, macam terasa something yang tebal-tebal gitu, bila buka macam pacth buang toksin tu je.. So, bila tengok isinya macam tu, dah boleh agak macam mana nak guna.. hehe..
Oh ya.. kalau ada yang berminat nak beli, boleh terjah website pslove.co dan beli ! Info selebihnya sila baca detail dibawah ni yea :
MenstruHeat - Menstrual Cramp Relief
ps|Love MenstruHeat adalah Produk patch terapi haba 100% semula jadi yang direka khas untuk memberi kelegaan kepada wanita yang selalu kekejangan haid, senggugut/period pain atau PMS ketika datang bulan. Mempunyai kepanasan haba yang sederhana dan suam-suam, melegakan kawasan belakang pinggang dan bahu tanpa perlu bersusah payah bertungku, mengurut ataupun makan ubat/panadol.
TB paling nak cuba yang ni tapi masanya belum sesuai, kena tunggu dah tiba time senggugut baru leh guna dan tahu keberkesanannya macam mana kan.. So, TB try yang lain dulu la nampaknya.. Ok, cerita pasal MenstruHeat,
Terapi haba ni memang terbukti melegakan senggugut secara klinikal. Selain itu MenstruHeat direka dalam bentuk ergonomik untuk disesuaikan dengan kawasan yang ingin ditampal dan ia juga cepat mengeluarkan haba pada tahap yang optimum bagi merehatkan otot rahim yang kekejangan.
Dengan MenstruHeat segalanya mudah, kerana dalam satu patch itu mempunyai point yang berfungsi memanaskan secara semulajadi. Caranya mudah sangat, hanya buka pelekat dan tampal dikawasan yang sakit..
1) Buka plastik MenstruHeat,biarkan ia terdedah di udara sebentar. Jangan terkejut yea dalam masa 5-10 minit ia akan panas sendiri.
2) Cabut tempat plastik pelekat di belakang MenstruHeat ni.
3) Tampal di bawah pusat korang, di mana letaknya rahim kita. Pastikan kawasan tersebut betul-betul kering dan tidak berminyak/berpeluh/berair (kalau baru lepas mandi) lap betul2 tau!
Ada 3 cara nak letak mengikut kadar kepanasan yang dikehendaki iaitu:-
- Lekat di baju / seluar : Warm
- Lekat di seluar dalam : Hot (Recommended)
- Lekat terus pada kulit : Hottest
4) Lepas sejam lekat kat badan, buka MenstruHeat selama 5 minit untuk mengelakkan kulit menjadi terbakar. Lepas tu, boleh letak semula. Boleh guna on off selama 12 jam / hari.
Kelebihan MenstruHeat :
-Lebih selesa .
-Reka bentuk yang lebih ergonomik yang lebih baik sesuai dengan badan anda.
-Pelekat lebih selesa yang lembut pada kulit
-New Packing !
Haa... Jom tengok Video kat bawah ni pulak..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SAKIT BELAKANG BERKURANGAN DENGAN
BackHeat - Back Pain Relief
Haa.. ni TB nak cerita, TB kalau time Period memang pakej.. sakitnya perut sebab senggugut kuat sangat, dibelakang badan/lower backache pun selalu sangat kena. Bila senggugut dan sakit belakang mai sekali, mulalah kepala pun join pening juga.. aduh.. memang TB ni bab senggugut surrender.. Kalau time kerja dulu memang TB akan baring di surau atau pun MC aje sebab senggugut TB tahap yang guling-guling tu..
TB dah try guna yang BackHeat patch ni, wah.. memang kepanasan dia tu sedap-sedap dan suam-suam gitu.. Tapi TB tersilap.. sebelum tampal BackHeat ni, TB dah terlupa nak lap kering-kering kawasan belakang TB tu, Sebelum tu TB ada sapu krim Mustajab tu, So.. permukaan belakang TB agak lembap dan berminyak.. apabila tampal BackHeat ni Stickernya tak berapa kuat dan akhirnya tanggal dan jatuh.. huhuhu.. So, TB rasa korang kena pastikan kawasan tempat korang nak tampal tu kering dan tak berminyak yea..
fungsi dan bagaimana BackHeat bekerja
Dalamnya begini. Ada Instruction cara nak guna..
Yang ni lah TB kata macam Pacth buang toksin tu.. hehehe..
Buka Pelekat belakang ni, dan tampal pada belakang badan bermula dari tengah-tengah pacth dan urut sticker tu kekiri dan kekanan bagi ia melekat betul-betul dan tak tertanggal.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SAKIT BELAKANG BERKURANGAN DENGAN
NeckHeat - Neck & Shoulder Pain Relief
NeckHeat pula dicipta khas untuk melegakan bahagian leher dan bahu. Kadang-kadang duduk terlalu lama di depan pc ni TB selalu sahaja berasa sakit di belakang bahu ni. Mungkin terlampau fokus sangat buat kerja sampai tak sedar berjam-jam duduk dengan postur yang statik tanpa bangun untuk relakskan otot bahu. Haa.. bila dah selesai buat kerja baru sedar bahu terasa macam keras menegang.. sakit oii.. huhuhu.. Sebelum ni teman biar je baik sendiri tapi ambil masa jugaklah kan..
Tapi bila dah ada sesuatu yang memudahkan seperti NeckHeat ni, TB suka je nak guna selalu.. haha.. Sebab suka denagn rasa suam-suam yang beri kesan relaks dan selesa giler bila ditampal ke bahu.. Yang jenis NeckHeat ni design dia macam dalam gambar atas ni tau.. cara nak pakai samada korang nak pakai secara V-shape macam dalam gambar ni ke atau korang nak potong dah pakai sebelah kiri dan sebelah kanan bahu korang? itu terpulang lah ye.. ikut mana yang selesa..
Ok lah.. itu saja review TB kali ni.. kalau korang nak membeli boleh lah order terus ke website atau laman sosial dibawah ni.. TB ada letakkan link-link yang berkenaan.. jemput LIKE dan follow ye!
Terima kasih juga TB nak ucapkan kepada ps|Love kerana beri peluang TB mencuba produk ini. Terima kasih juga kerana mebantu wanita mengatasi kekejangan haid / senggugut dan PMS dengan produk you all.. tahniah yea..
MenstruHeat: https://pslove.co/menstruheat
NeckHeat: https://pslove.co/neckheat
BackHeat: https://pslove.co/backheat
https://www.facebook.com/pslove.co
https://www.instagram.com/pslove_co