Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

01 April 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair | Blogger Contest

Lazada Malaysia Big Baby Fair  | Blogger Contest 

Lazada baru sahaja mengadakan Lazada Birthday Blogger Contest yang berakhir pada 23 March yang lalu. Dan pemenang pun telah diumumkan. Namun rezeki tak berpihak kepada TB.. huhuhu.. memang dah agak pun awal-awal tapi tetap mencuba dan mencuba mana tahu kali ni rezeki baby pulak menyinggah kerana kali ni Contest ni ada kaitan dengan baby.. hehehehe..
Haa.. contest yang TB maksudkan ini ialah Contest Lazada Malaysia Big Baby Fair yang diadakan sempena Lazada Malaysia Big Baby Fair yang berlangsung dari 27 March hingga 2 April dengan tawaran diskaun sehingga 85% ! Semoga TB murah rezeki kali ini. Nak merasa juga sekali menang contest macam ni di Lazada.. Aaamiinn



Sepanjang Lazada Malaysia Big Baby Fair yang berlangsung selama seminggu ini, contest ini juga berlangsung seiring dengannya di mana tarikh tutup contest adalah pada 2 April 2017 juga. Syarat-syarat penyertaan juga amat mudah. Jom ramai-ramai sertai Lazada Malaysia Big Baby Fair ini. Masih ada masa lagi untuk korang sertai 

Klik 
~Lazada Malaysia Big Baby Fair Blogger Contest ~

--------------------------------------------------------------------------------------------


Untuk Lazada Malaysia Big Baby Fair Blogger Contest ini, TB perlu menjawab 3 soalan. iaitu :

a.) What favourite brand of diapers for your baby?
MamyPoko Open Air Fit M64 (4 packs)
TB dah pernah guna MamyPoko ni semasa baby umur 2 bulan, dan TB merasakan amat jatuh cinta dengan lampin pakai buang jenama MamyPoko ni kerana tekstur lampin ini yang agak lembut dan tak menyakitkan peha baby, serta daya penyerapan yang menakjubkan. TB pun tak sangka lampin selembut itu boleh menyerap air kencing dengan begitu banyak.. Sebab tu TB sukakan MamyPoko ni.. Tu ada offer 4 packs saiz M RM232.00 boleh la shopping nanti.. eh.. kena cepat!! 2 April last!! Oh ya.. Selain tu  juga TB suka jenama Drypers Wee Wee Dry.. terbaikk..

--------------------------------------------------------------------------------------------


b. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)? 

Enfalac A+ Gentlease (0-12month) 1.2kg  

TB memang mahukan yang terbaik untuk anak kami, sebab itu TB akan berikan susu formula Enfalac A+ ni. Tapi TB akui susu ibu tetap sus yang terbaik untuk anak-anak kita dan TB masih menyusukan baby lagi cuma TB terpaksa jugak campur dengan susu formula ini kerana TB belum lagi dapat beri susu sepenuhnya buat baby kerana itu sahaja yang TB mampu setakat ni.

--------------------------------------------------------------------------------------------

c. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children). 
Baby Crib Cradle Natural Multi Functional 
Baby Wooden Cot 105*60cm Style B

TB berangan nak ada katil untuk baby tapi itulah.. macam banyak lagi yang lain lagi penting. bila dah ada baby ni, perbelanjaan perlu ditapis dahulu, bila ada lebih barulah kemudian diguna untuk barang yang kita mahukan.. harap TB dapat belikan baby TB katil ni.. comel kan!

Haa.. apa lagi.. ada masa lagi ni.. jom terjah dan shopping di Lazada malaysia sempena Lazada Malaysia Big Baby Fair macam-macam promosi ada sehingga 85% .. Selamat bershopping ye!


Jom Daftar Kad Ceria: Diskaun sehingga 30% bagi barangan, makanan dan perkhidmatan!

Jom Daftar Kad Ceria:
Diskaun sehingga 30% bagi barangan, makanan dan perkhidmatan!

Kad Ceria
Kad ceria merupakan kad DISKAUN atau kad pemotongan terus harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi terpilih. Program ini adalah salah satu inisiatif dalam usaha menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya bagi warga WILAYAH PERSEKUTUAN.

Dapatkanlah Kad Ceria anda hari ini.
Diskaun sehingga 30% bagi barangan, makanan dan perkhidmatan.
Nikmati harga istimewa di lebih 350 premis rakan dagang.
Nikmati kadar istimewa penyewaan fasiliti milik DBKL, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan

Apa itu Kad Ceria?
Kad ceria merupakan kad DISKAUN atau kad pemotongan terus harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi terpilih. Program ini adalah salah satu inisiatif dalam usaha menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya bagi warga WILAYAH PERSEKUTUAN.

Sasaran Pengguna :
Kad ini dikhususkan kepada Warga Wilayah Persekutuan iaitu KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA dan LABUAN sahaja (menetap atau bekerja).

Keutamaan :
Golongan Berpendapatan Rendah dan Sederhana, Penduduk di Program Perumahan Rakyat (PPR), Penduduk di Perumahan Awam (PA)

Keistimewaan Pemegang KAD :
Diskaun secara terus bermula 3% hingga 30% bagi setiap barangan/makanan/perkhidmatan.
Beli belah pada harga istimewa di lebih 170 premis/rakan dagang (merchants)

Diskaun di fasiliti milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

31 Mac 2017

Resepi Apam Kampung





Resepi Apam Kampung


Bahan-bahan :

600g tepung gandum
1 cwn gula merah
1 cwn gula pasir
2 paket mauripan
3 cwn air suam

Cara:

1.Campur semua bahan2 gaul sebati kemudian perap selama 1 jam pastu kukus 30 minit ..
2.Kukus kan juga kelapa putih...boleh makan pd jangkamasa yg lama sket...

30 Mac 2017

EARLY START TO COMFORT CONTEST | REZEKI BABY MENANG CONTEST ANJURAN DRYPERS

EARLY START TO COMFORT CONTEST |
REZEKI BABY MENANG CONTEST ANJURAN DRYPERS

Alkisahnya.. TB daftar sebagai members club Drypers hari tu.. dan TB subscribe Drypers supaya dapat info apa-apa tentang aktiviti drypers atau kot ada tips ke boleh lah TB baca nanti kan. Sekali ada dapat email tentang contest "Early Start To Comfort" iaitu Contest yang diadakan untuk celebrate bakal-bakal ibu dan baby nya. Hadiah yang ditawarkan amat mengujakan TB, terasa macam nak join je.  So, TB pun join la.. masa tu tarikh 13/8/2016 ..


Inilah Hadiah yang ditawarkan.. heee.. TB boleh pulak berangan dapat hadiah yang Grand Prize tu.. kih kih kih.. berfikiran positif betul TB masa tu.. macam TB sorang je join yea.. walhal ramai ibu-ibu yang join weh.. Tapi TB tetap nak mencuba gak.. mana tau rezeki baby dalam perut ni.. sebab sejak mengandung, rezeki untuk baby TB tersangatlah murah.. ada je orang bagi itu ini.. Alhamdulillah.. 

CARA NAK JOIN 
CONTEST EARLY START 
TO COMFORT 


Sebelum tu nak bagi tahu contest ni bermula dari tahun lepas lagi tau.. TB join pun bulan Ogos 2016 dan contest ini akan berlansung sehinghgan Disember 2017. So, bagi ibu-ibu yang tengah tunggu masa melahirkan tu, try lah join yea! mana tau rezeki anak korang!

Ok lah, Cara nak join nya mudah sangat. Pertama sekali, pastikan korang dah jadi member Drypers Club yea! Kalau bukan member tak boleh join tau! kalau belum jadi member, meh daftar sini dulu--> Drypers Baby Club

Lepas tu barulah korang boleh join Contest ni.. Haa.. ok sekarang korang pergi dekat website ni--> CONTEST DRYPERS, Lepas tu korang klik Nominate Mums To Be Here yang macam dalam gambar diatas ni.. yang kaler oren bulat tu.. nampak kan?

dari situ kita seperti join Contest ni direct terus melalui email, korang ikut je arahan kat situ .Haa.. pastu kita hanya perlu calonkan seorang ibu yang sedang pregnant atau sesiapa sahaja rakan atau ahli keluarga yang sedang pregnant untuk bertanding dalam contest ini. 


Seramai 3 Pemenang setiap bulan akan dipilih memenangi hadiah tersebut berdasarkan foto ibu bersama babybump - foto yang cantik dan menggambarkan bonding between ibu dan anak yang bakal lahir. Manakala Pemenang Hadiah Utama akan dipilih berdasarkan perkongsian / slogan terbaik.

Pemenang akan dipilih berdasarkan Gambar ibu bersama babybumpnya dan Slogan/wish yang menarik. So, letak gambar yang menarik tertarik daboom la ye nanti.. TB letak gambar kat bawah ni je.. Masa tu TB tak baca betul-betul pemilihan pemenang tengok pada gambar jugak, kalau TB tahu TB dah letak gambar yang lain yang lagi cunn (perasan.. hahaha) . Tapi mujur menang jugak walaupun letak gambar kelabu asap.. kih3.. Alhamdulillah..

Oh ya.. lupa pulak nak cerita.. Selain itu, kita juga boleh mencalonkan diri kita sendiri dan berikan sebab kenapa kita layak memenangi Hadiah tersebut.. 

Disebabkan TB pun malas nak cari orang untuk calonkan TB, so.. TB pun calonkan diri sendiri.. hehehe.. dengan harapan TB memenangi salah satu hadiah.. tak kira lah Hadiah Utama (Majlis Baby Shower Khas dan Hampers bernilai RM8000 kesemuanya) atau Hadiah Kedua (Photo Shoot Baby dan Hampers Drypers bernilai RM1500 kesemuanya) tu.. Masa tu TB Niatkan dalam hati untuk baby TB yang TB nanti-nantikan sekian lama ni.. nak bagi something special buat baby TB.. 

Untuk melayakkan kita join contest ni, kita diarahkan melengkapkan ayat yang pihak Drypers beri, dan TB punya ayat adalah seperti di bawah ni.. dengan jujur dan lahir dari hati ni tau! 

Sila lengkapkan ayat berikut di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. (maks 50 perkataan): Saya rasa saya layak untuk menerima tajaan Majlis Baby Shower Khas kerana…: ini adalah kelahiran anak pertama saya setelah 4 tahun menunggu cahayamata dan sebolehnya saya ingin memberikan sesuatu yang istimewa untuk anak pertama saya, dan saya yakin Drypers dapat merealisasikan impian saya itu.. Terima kasih Drypers..

Disertakan gambar saya untuk melengkapkan penyertaan ini...

Bulat tak TB masa ni.. hehehehe..

TAK DISANGKA-SANGKA !!

Haa.. begitulah cara TB buat.. hehehe.. Tak sangka selepas tu TB dapat email ucapan TAHNIAH dari Drypers yang mengumumkan TB antara 3 Pemenang bertuah memenangi Hadiah Khas Bulanan / Monthly Special Prize iaitu Hadiah Photo Shoot dengan Hampers (pakej bernilai RM1500).. 


Seperti terkejut sangat-sangat sebab tak sangka boleh dapat jugak terpilih dalam list pemenang.. Memang rezeki baby dalam perut agaknya.. awal-awal dah dapat macam-macam... Alhamdulillah.. 


Dapat Drypers Touch NB yang boleh tahan harganya.. Masa ni Drypers Touch NB baru sangat keluar. Kira TB dapatlah jadi antara orang pertama yang cuba Drypers Touch NB yang tebal dan lembut serta tahan bocor ni.. 

Lagi satu tu Drypers saiz S.. mujur TB sempat habiskan sebab baby punya la cepat membesar.. yang S tu pun dah nak ketat tang peha.. huhuhu.. Nasib baik la sempat nak habiskan..  Lepas tu TB bertukar ke Drypers Wee Wee Dry..  Masih setia dengan Drypers setakat ni.. hehe.. 


Selain tu TB dapat Baby Lotion, Baby Head To Toe, Baby Oil dan Baby Bath, Satu lagi iaitu Baby Wipes 2 pack besar tu. Oh, ya.. Barang ni sampai masa TB dah bersalin kat Hospital.. Macam kena je time dia kan! haha.. 

Tapi TB hanya dapat terima hampers Drypers aje dulu sebab time dalam pantang nak photo shoot new born macam tak sesuai sebab TB berpantang di Ipoh. So, TB biarkan dulu.. Masa terima barang ni, kakak TB je ada kat rumah.. dia yang sain dari GDEX dan kakak terkejut barangnya ialah kotak besar yang tak tahu ada isi apa.. hehehe.. hubby yang baru sampai dari hospital selepas melawat TB pun terkejut dengan kotak besar tu.. dan hubby snap gambar dan whatsapp TB.. hehehehe.. berbunga-bunga ahti masa tu walaupun masa tu sakit selepas bersalin tu masih baru..

Bila dah balik KL pihak Photografer hubungi lagi melalui email dan kami set tarikh yang sesuai dan ikut kelapangan hubby TB. So.. next Monday .. sesi photoshoot dengan Baby n Papa.. yeay!!


Hehehe.. TB dah guna dah Drypers Touch NB dan Saiz S tu.. Komen TB memang berbaloi la dengan harga nya sebab Drypers Touch ni tahan lama sebab serap air kencing tanpa merengsakan punggung baby. pastu untuk Newborn punya mesra tali pusat.. hehehe.. boleh baca kat Drypers punya info yea.. 


Alhamdulillah.. merasa jugak Baby TB pampers yang boleh tahan gak harganya ni.. Drypers Touch yang berkualiti dan memuaskan hati ni elok je dipakaikan ke baby tanpa ada kesan merah atau alahan. itu tandanya baby serasi dengan lampin Drypers Touch ni.. Alhamdulillah.. 

Ok lah.. sampai sini aje perkongsian TB tentang apa yang Baby TB dapat start dari dia dalam perut lagi.. Sebelum ni TB ada up entri Cekebum kan? Alaa.. Babynest Cekebum tu..  TB akan up entri Cekebum tu nanti yea.. itu antara rezeki baby TB yang TB tak sangka boleh dapat.. Alhamdulillah..

Thank You buat Drypers.. harap akan datang dapat menang lagi.. eh... hahahaha.. K bye..

Ok lah.. jemput join contest ni yea kawan-kawan.. try la.. mana tahu rezeki anak korang pula.. Aaminn.. Sebelum tu jangan lupa... nak join kena daftar jadi ahli Drypers Club dulu yea! Daftar yea!! Klik--> Drypers Baby Club

Maklumat berkenaan Contest boleh tengok sini yea.. klik --->Drypers Contest

jom LIKE
Page DRYPERS MALAYSIA


Cepat!! LAZADA Diskaun 85% Untuk Barangan Bayi Sempena Big Baby Fair!

Cepat!! LAZADA buat Diskaun Sehingga 85%
Sempena Big Baby Fair!

Wah.. Lazada memang terbaek.. selalu je buat sales dan Diskaun, aduh..  ter' shopping lagi la TB nampaknya kali ni.. haaa.. buat korang yang ada baby dan bakal ada baby atau ada anak sedara yang masih baby tu, boleh lah ambil kesempatan ni untuk shopping barang bayi disamping dapat berjimat sekali ye tak? Almaklumlah, dengan peningkatan kos sara hidup, kita sewajarnya merancang dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian., at least secara tak lansung boleh bantu poket hubby kita daripada tiris teruk .. hahaha.. betul tak? 


Haaa.. ni Lazada tengah baik hati nak berkongsi keceriaan bersama ibu-bapa atau bakal ibu bapa sempena kempen Big Baby Fair yang akan berlangsung dari 29 March hingga 2 April ini. Korang boleh menikmati tawaran terbaik dan harga bagi pelbagai jenis produk bayi tauu!

Korang juga berpeluang menikmati diskaun sehingga 80% untuk pelbagai barangan termasuklah lampin, fesyen kanak-kanak dan kelengkapan bayi

Antara jenama terkemuka yang para rakyat Malaysia boleh dapatkan sepanjang kempen “Big Baby Fair” termasuklah Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku dan Fisher Price dan banyak lagi.

Huggies juga menawarkan harga diskaun sehingga 43% untuk kesemua jenis lampin bayi. Menarik kan? Haa.. apa lagi korang, cepat-cepat grab! 

haa.. nak tengok antara barang-barang yang ada promosi yang TB senaraikan tadi? Silalah cuci mata yea.. tengok bawah ni.. pastu jangan tunggu lagi, terus terjah website Lazada ye! Nanti melepas pulak.. Ramai dah tau ni.. hehehe..

BARANGAN BRAND SWEET CHERRY

BARANGAN BRAND ANAKKU

LAMPIN PAKAI BUANG BRAND GOO,N

LAMPIN PAKAI BUANG BRAND MAMYPOKO

SUSU PEDIASURE

BARANGAN DARI JENAMA FISHER PRICE


BARANGAN/PRODUK DARI BRAND NESTLE

SUSU S26

Fuh.. pingsan mak tengok .. tambahan pula Lazada sekarang buat penghantaran percuma apabila kita membeli produk terpilih!  start dari 29hb hingga 2 April.. so, bershopping lah kita selagi boleh yea!

Bukan sahaja kita akan menikmati diskaun hebat dan jualan segera daripada jenama di atas tetapi kita juga ditawarkan dengan cara pembayaran yang pelbagai. Haaa.. tengok! mudah kan shopping zaman sekarang ni.. bukan macam dulu-dulu.. jenuh nak bersesak keluar rumah, tempuh jem kalau nak shopping. Tapi dengan Lazada tanpa perlu keluar dari rumah, kita dah boleh membeli belah barangan bayi dengan mudah di Lazada Malaysia. kempis lah poket duit dalam bank tu yea! hahaha..

Jom tontot video ni.. kasi korang panas sikit.. hahahaha.. 


Oh yaaa.. sebelum terlupa, TB nak bagi tahu, korang  juga berpeluang untuk memenangi hadiah hebat dengan menyertai peraduan di social media Lazada Malaysia. Boleh terjah Facebook Lazada sekarang.. jommm.. dan Untuk Blogger juga jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam peraduan yang pihak Lazada anjurkan khas untuk Blogger semua..



Lazada Big Baby Fair Blogger Contest
Blogger-blogger Malaysia juga berpeluang untuk memenangi Lazada Malaysia shopping voucher dengan menyertai Lazada Big Baby Fair Blogger Contest. 6 Blogger bertuah berpeluang memenangi voucher membeli-belah Lazada Malaysia bernilai RM500 setiap seorang. Lazada Big Baby Fair Blogger Contest bermula pada 27 March dan akan tamat pada 2 April 2017.

Nak join?? haaa.. Sila klik link dibawah ni ye!

Tunggu apa lagi, inilah masanya untuk membeli-belah! Layari “Lazada Big Baby Fair” sekarang.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



29 Mac 2017

KORANG PERNAH KENA MACAM NI? HEHEHE..

KORANG PERNAH KENA MACAM NI? HEHEHE.. 

Korang tak tahu nak beratur kat mana dah, tengok belah kanan orang dah sikit.. pi lah belah kanan pulak, pastu belah kiri tengok laju je orang settle urusan, pi pulak belah kiri, udah mesin kira breakdown pulak, pi belah kanan balik.. tak bergerak-gerak pulak dari tadi sebab orang depan urusannnya terganggu sikit, pi balik belah kiri.. hahahahaha.. kesiaaannn.. err.. macam pernah jadi kat diri sendiri je.. sape pernah??? JUJURRRR!! hahahaha..  
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



28 Mac 2017

Happy 5 Million Page Views to blog www.tengkubutang.com

Happy 5 Million Page Views to
blog www.tengkubutang.com

Alhamdulillah.. hari ni dah capai target 5 Juta Pageview dah untuk Blog Tengkubutang.com .. Tapi macam biasa, dah standby entri countdown kengkonon, ingatkan jauh lagi nak sampai 5 juta tu.. takde lah semedang aje nak check kan.. tengok-tengok ni baru jap ni check rupanya dah cecah 5 Juta dan dah terlepas angka tu pun.. adoi.. tak dapat nak snap angka yang TB nak.. redha je laa.. Next time yang ke 7 Juta.. hope dapat snap..err.. ada lagi ke blog tengkubutang.com ni yea? huhuhu.. 


Apa-apa pun.. Alhamdulillah TB bersyukur blog ni masih berjalan macam biasa, dah 4 tahun rupanya blog TB ni.. seusia dengan usia perkahwinan TB n Hubbymiaw.. huhuhu.. Tengok siap sedia Gif countdown konon .. tapi terlepas gak.. apo nak di kato.. hahaha.. ok lah.. hope TB dapat capai satu lagi target.. itu azam TB walaupun dah mula menampakkan hasil.. Alhamdulillah.. Syukur.. nikmat dari Allah SWT..  Tq jugak kepada semua yang menyinggah dan baca blog TB ni yea.. 

Countdown to 5 Million Page Views 

 



Last2.. Tertido.. hahahaha.. apa daaa...

Baru jap ni check PV.. hemmmm.. Terlepas lagi nak snap 5,000,000 .. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers