Info Untuk Ibu Sebelum Memulakan Solid Food
- SHARING IS CARING
Pejam celik pejam celik baby TB dah 4 bulan 2 minggu, sekejap je nanti dah 6 bulan. Time tu TB dah kena start prepair makanan solid plak untuk baby. Kalau harap susu je mesti baby bosan.. heee..
Eh.. Ada je baby tak nak makan apa-apa selain minum susu je, tapi kalau boleh TB nak bagi la ikut stage baby tu.. dah doktor kata umur 6 bulan dah boleh bagi makan yang lembut-lembut seperti puree tu, TB pun kena la bagi baby merasa dan explore rasa dan menikmati hidangan untuk umur baby baya-baya dia kan.. heee.. entah TB reti ke tidak. Rasa macam senang je.. Tapi TB tetap bertanya kat otai-otai gak.. jangan buat semborono aje.. maybe yang otai2 ada petua-petua yang kita tak tahu..
Oh ya.. dibawah ni TB share tentang Soalan dan Jawapan tentang perbincangan berkenaan Solid Food ni. Jom kita baca sama-sama yea.. moga bermanfaat.. Sharing Is Caring..
1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru. Gunakan button 'Search' dan taip 'carta pemakanan' atau 'food chart' untuk dapatkan panduan umum mengenai pemakanan sesuai untuk anak 6 bulan hingga 1 tahun.
2) Sehari berapa kali makan?
Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.
3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.
4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?
Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.
5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.
6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.
7) Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?
Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.
8) Bagaimana mahu buat puri?
Cara membuat puri ada di Photos. Ada juga di google.
9) Bila beri anak makan, mesti beri air kosong?
Ya.
10) Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar. Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan?
Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.
11) Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.
Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.
12) Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.
13) Bila boleh beri ikan?
Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.
14) Bagaimana nak naikkan berat badan anak?
Renjiskan minyak zaiton dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee.
15) Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?
Tepung atta, wholewheat unbleached flour.
16) Kenapa perlu rendam bijirin (beras perang, rolled oats, barli etc)?
Setelah membaca cara-cara merendam Oatmeal saya dapati jika anak anda atau anda sendiri mengalami beberapa masalah kesihatan seperti yang tertera di bawah, saya rasa eloklah merendam Oatmeal.
Kalau pun tidak mempunyai masalah penghadaman, tetapi ingin meningkatkan kandungan zat besi dan lain-lain mineral dalam diet anak, maka saya galakkan juga. Cuma kaedahnya bagi kita orang Malaysia mungkin sedikit rumit, tapi perlu dijelaskan, bukan senang untuk senang :)
Mengapa perlu sangat untuk direndam?
Berikut adalah pelajaran sains ringkas untuk membantu anda memahami mengapa anda mungkin mahu "merendam" bijian anda:
- Bijirin adalah benih.
- Benih bertujuan untuk melalui sistem belum dicernakan supaya mereka boleh ditanam di tempat lain (berfikir secara alami).
- Untuk membuatkan ia tidak mudah dicerna dan mampu "dipindahkan untuk ditanam di tempat lain", terdapat beberapa anti-nutrien di dalamnya untuk menjadikan mereka sukar untuk dihadam.
- Benih juga perlu dipertahankan sehingga masa yang sesuai untuk percambahan, jadi mereka mempunyai bahan-bahan tertentu yang menghentikan aktiviti enzim aktif percambahan.
- Sebatian ini juga bertindak untuk menghalang aktiviti enzim aktif dalam sistem pencernaan anda.
- "Merendam" bijirin penuh boleh membuat mereka lebih mudah dicernakan dan membantu sistem anda mendapat semua nutrien dalam makanan.
17) Ribena, calciyum, vitagen, nutrigen dan yang sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?
Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, bahan pengawet.
18) Bagaimana penyediaan oats untuk dicampur dengan puree?
Ringkasnya, rendam oats dengan air melebihi paras oats. Letak 2 sudu jus lemon/limau nipis/cuka epal. Biar 7 jam. Lepas 7 jam, bilas dengan air bersih dan masak seperti biasa. Campurkan dengan puri buah/sayur kesukaan anak.
19) Boleh beri ribena, jus buah dan yang sewaktu dengannya?
Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.
20) Apakah 4-day-rule? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?
4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.
21) Sepanjang anak berumur 6 bulan, hanya makan puree?
Secara umumnya, ya. Puri buah, puri sayur. 7 bulan boleh mula bubur nasi. Kemudian boleh campur bubur nasi dengan puri buah/sayur yang anak dah lulus 4-day-rule.
21) Boleh perkenalkan makanan sebelum anak 6 bulan?
Seeloknya tunggu 6 bulan. WHO menyarankan 6 bulan juga. Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak. Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.
22) Bolehkah beri buah-buahan kering seperti aprikot, kismis yang warna kuning/asal?
Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.
Ini penerangan dari Puan Farah Rahim :
Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.
Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.
Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.
23) Jenis-jenis minyak zaitun dan bagaimanakah cara penggunaannya?
Puan Fiza Eliaza menjawab:
Extra virgin olive oil (EVOO) adalah hasil perahan minyak pertama dari buah zaitun. Khasiatnya memang tinggi dan tidak perlu di masak. Perlu dititik atau direnjis begitu sahaja ke dalam bubur bayi.
Virgin olive oil (VOO) pula hasil perahan kedua. Yang ini pun elok digunakan untuk dititik atau direnjis dalam makanan/bubur bayi.
Pure olive oil (POO) atau olive oil pula boleh digunakan untuk menumis makanan sama ada untuk bayi atau ibu bayi.
24) baby sudah 8m..apa lagi menu yang bole kasi baby?
baby 8m dah boleh intro lebih sikit grains macam millet,quinoa,red rice,cous cous dan pasta..veges macam capsicum,cendawan,sayur daun hijau(kecuali bayam),beetroot..protein macam ayam,daging n kuning telur..dah boleh tumis,tambah rempah,tambah santan..4 days rules jangan lupa ya..termasuk rempah pun kene intro satu2 untuk 4 ari..
25) kalau sya intro puri pisang kt my bby 6m 5hari perlu ke sya blend pisang tu?or memadai sy lenyekkan pisang n mix dgn ebm je?or perlu ke sy tapis lg pisang tu?
Intro samaada lenyekkan dan tambah sikit ebmpun boleh..atau pun puan letak dlm food feeder tu pisang, dan biarkan dia hisap sendiri
26) kenapa tak boleh letak gula dan garam dlm mknan anak berumur 2 tahun ke bawah?
Dalam setiap makanan sudah Allah jadikan masin, masam, manis, pahit semulajadi di dalamnya. Contoh rasa masin (celery), manis (keledek, labu), masam (tomato, oren) dan pahit (peria). Alangkah hebatnya Allah.
Deria rasa orang dewasa seperti kita tidak sepeka anak kecil sebab macam-macam sudah kita makan dan rasa. Anak kecil/bayi deria rasanya sangat sensitif. Sedikit sahaja rasa masin/manis sudah dapat mereka rasai.
Kalau tidak percaya, cuba sekali Puan makan nasi sahaja dahulu sebelum tambah apa-apa kuah/lauk. Bukankan rasa nasi itu lemak manis,
27) kentang bleh bg da kt bby 6m2w?kntg n sweet potato sama ke?
Kentang 8-10 bulan. Sweet potato = Keledek. Kentang berkanji dan tak banyak khasiat seperti keledek. Sebab itu tidak disarankan seawal 6 bulan sebab boleh menyebabkan sembelit.
28) menu nk buat cmpuran ikan cmner?..bby dh 8m..tgk cam dh jemu mkn cmpur ayam.
Ikan sebaiknya intro 10 bulan ke atas. Terbaik di usia 1 tahun. Ada Q&A mengenai perkara ini di komen-komen di atas.
29) Bila boleh intro bayam dan sayuran hijau?
Bayam, sayur hijau yang agak tebal daunnya 10-12 bulan.kalau baby ada masalah sembelit boleh lambatkan sikit sebab bayam tinggi zat besi yang boleh menyebabkan sembelit
30) taufu tu kalau dah bukak, mean dah guna separuh lebih nye mmg xleh simpan lebih sehari ye?? sb bile simpan sy tgk kaler bertukar kuning n air dy p0n bertuka kaler
Saya simpan paling lama seminggu dear..masuk dalam bekas kedap udara pastu isi air sampai penuh..pastu tutup n simpan fridge..selang 2 ari tukar air. Saya sarankan ibu-ibu yang nak beri anak tofu, makan sama tofu tu. Jadi tiada pembaziran dan tak perlu simpan lama. Kita nak ajar anak makan makanan berkhasiat, maka kita pun kena makan juga. Tambah dalam sup sayur, buat tofu kukus berkuah etc. Google sahaja resipi untuk soft tofu.
31) honeydew bole buat puree ke?
Honeydew boleh 8-10 bulan
32) Mangga dan epal kena kukus juga ke?
Mangga masak ranum 6-8 bulan. Epal kena kukus. Mangga tak perlu. Yang penting mesti masak ranum.
33) Macam mana nak naikkan berat baby?
Extra virgin olive oil (EVOO) boleh bantu naikkan berat. Bayi 6 bulan belum boleh beri EVOO. Tunggu 7 bulan ke atas.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
PERCUMA!
Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another )
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free )