Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

08 Mei 2017

URIAGE Eau Thermal French Skincare Review

URIAGE Eau Thermal French Skincare Review

Hai Assalammualaikum semua.. Petang-petang ni terasa nak buat review pulak. Kali ni review tentang produk dari URIAGE . Rasanya nama URIAGE ni antara produk yang popular juga yang menjadi antara produk favourite pengguna.. Tapi mungkin juga ada yang baru pertama kali dengar nama URIAGE ni.. So, TB story dulu serba sedikit info tentang produk dari URIAGE ni ye.. Jom baca..

Sejak penubuhannya pada tahun 1992, jenama URIAGE telah memenuhi keperluan kulit sensitif, terima kasih kepada kepakaran dermatologi terkenal di peringkat antarabangsa diatas penciptaan jenama URIAGE dan penjagaan kulit dermo yang pertama berdasarkan Air Thermal..

Uriage adalah salah satu jenama dermo-kosmetik terkemuka di pasaran antarabangsa. Setiap hari, beribu-ribu produk dihantar di Perancis dan lebih 70 buah negara di seluruh dunia.

Semua produk penjagaan kulit digubal mengikut piagam yang ketat yang berpegang teguh kepada piawaian farmaseutikal. Formula adalah hypoallergenic, bukan komedogenik, bebas parabens, dan dengan kepekatan minimum bahan pengawet untuk lebih mesra dengan kulit sensitif anda.

Uriage telah menggabungkan air terma Uriage dengan pelbagai bahan-bahan aktif yang sangat inovatif daripada penyelidikan bioteknologi. Bahan-bahan aktif yang dipatenkan adalah termasuk dalam banyak julat (XÉMOSE, HYSÉAC, BARIÉDERM, dll)

Selama beberapa tahun, Uriage Water Thermal telah berada di bawah pergunungan Belledone Alpine, dimana ia mempunyai unsur-unsur mineral di sepanjang laluannya. Ia terhasil dari bumi pada kedalaman 80 meter, terlindung dari udara dan pencemaran. suhu air (27 ° C), pH neutral dan komposisi mineral kekal tidak berubah.
Haa.. dah baca sedikit info tentang URIAGE diatas? Sekarang TB nak share tentang Produk URIAGE yang TB dah try guna ni.

Pembersihan adalah langkah yang sangat penting dalam rutin penjagaan kulit kita Semestinya pemilihan produk yang tepat amat penting bagi membantu kita memelihara kulit agar sentiasa segar dan bersih.

Diluar sana begitu banyak pembersih inovatif dijual, dan ramai mungkin tertanya-tanya apa jenis pembersih yang patut kita pilih.So, pandai-pandailah pilih yang bersesuaian dengan kulit wajah kita yea.. jangan main sambar saja.. hehehe..

Berbalik kepada cerita tentang produk URIAGE tadi, kalau korang nak tahu Produk dari URIAGE juga mempunyai 3 produk penting untuk pembersihan dan menenangkan kulit.

Orang perempuan ni kalau dah apply makeup tu terasa malas je nak cuci muka kan? Mana tanknya.. banyak sangat produk nak guna cuci muka.. lepas cuci makeup muka, nak kena cuci makeup mata pulak, lepas tu nak bagi muka segar balik cuci pulak dengan pembersih muka dan lepas tu bilas dengan air suam. Rasa macam malas je nak buat semua tu kan.. 

Haa.. TAPI...... bila dah jumpa produk yang boleh membersihkan muka dengan mudah dan muka sangat bersih sebersihnya selepas menggunakan produk tu, pastinya tiada alasan lagi nak malas-malas cuci muka kan.. 

Haa.. Kalau nak tahu antara produk dari URIAGE yang sangat efektif dan berkesan bertindak sebagai pembersih muka yang terbaik ialah Uriage Eau Thermale, iaitu salah satu jenama Perancis yang terkenal dengan air terma Uriage itu.

Ia adalah satu bahan diperkaya dengan unsur-unsur surih dan mineral. kepekatan mineral yang tinggi dalam air terma Uriage menjadi "sempurna seimbang" untuk kulit dan mampu melegakan, menghidrat dan melindungi kulit juga.

Air yang unik itu juga mampu mengembalikan keserian kulit dan membolehkan perlindungan yang lebih berkesan terhadap kekotoran/bendasing sambil mengekalkan penghidratan kulit. Oleh itu, ia digunakan secara meluas sebagai bahan utama dari semua produk Uriage!

Jom..  TB nak share dengan korang tentang produk yang sangat best digunakan untuk membersihkan wajah dari makeup atau kekotoran lain diwajah korang. Produk itu adalah Uriage Thermal Micellar Water dari Perancis yang sesuai untuk kulit sensitif yang terdedah kepada kemerahan.


Ok lah.. sebelum tu nak tanya, korang semua tahu kan langkah-langkah untuk membersih wajah/kulit korang? Haa.. kalau ikut TB ada 3 langkah iaitu membersihkan makeup, mencuci muka, dan akhir sekali melembapkan muka/menghidratkan muka..

1.) Ok, mula-mula sekali TB memulakan rejim penjagaan kulit TB dengan membersihkan solekan menggunakan Thermal Micellar Water.

Uriage Thermal Micellar Water

Produk ini berfungsi sebagai make up remover untuk untuk kulit sensitif yang terdedah dan kepada kemerahan.. Ekstrak ekstrak Apricot dan pore refiner dia boleh normalkan kehadiran sebum-sebum di muka kita.

Ia juga boleh menanggalkan dengan begitu bersih eyeshadow kita even waterproof eyeshadow sekalipun tau. Jadi lepas ni tiada masalah untuk kita mencuci kesan eyeliner, celak, eyeshadow dan apa-apa saja makeup di wajah kita.. hanya gunakan  Thermal Micellar Water ni je.. Tak perlu bilas.. Siap! mudah sangat kan..

Uriage Micellar Thermal Water

Fungsi produk:
Make up Remover untuk kulit sensitif

Bahan
- Uriage Thermal Air- Glycerin
- ekstrak Apricot
- surfaktan Gentle bukan ionik
- Hypoallergenic
- Telah diuji Ophthalmologically

Cara penggunaan
Tuang sedikit Thermal Micellar Water dekat cotton pad dan sapukan ke seluruh wajah muka, mata dan leher untuk membersihkan dalam satu langkah, tanpa membilas dengan air .



Oh ya.. Kalau korang nak tahu, Uriage Thermal Micellar Water kini boleh didapati dalam 3 jenis untuk menampung jenis kulit yang berbeza iaitu :

1.Thermal Micellar Water - Gabungan untuk Kulit Berminyak
2.Thermal Micellar Water PNS - Normal untuk Kulit Kering
3.Thermal Micellar Water PSR - Kulit terdedah kepada kemerahan

Disebabkan kulit TB ni jenis yang agak sensitif maka TB pilih yang no. 3 tu.. berpenutup merah.. untuk kulit yang sensitif dan terdedah kepada kemerahan. Dan ia memang sesuai dengan kulit TB dimana ia membersihkan kesan makeup TB tanpa meninggalkan kesan kemerahan atau keradangan. Rasanya seperti air pada kulit, begitu menenangkan dan berkesan dalam menghapuskan kekotoran. So, siapa ada masalah kulit tu, sila pilih yang berpenutup merah ni ye!

TB rasa Thermal Micellar Water  tu begitu mudah untuk digunakan dalam rutin harian kebersihan muka kita. Kalau korang tak suka keadaan yang melekit pada wajah selepas mencuci solekan, haa.. korang kena pakai  ni sebab ia tak melekit.. ok! selesa sangat! kulit yang bersih, lembut dan tidak melekit.

Oh ya.. lagi satu baunya tidak busuk macam bau sesetengah makeup remover tu.. kan ada yang berbau chemical kan? Tapi Thermal Micellar Water ni tidak berbau busuk.. percayalah.. heee.. So, korang tak perlu tutup hidung semasa menyapu ia ke muka korang.. Uriage Thermal Micellar Water datang dalam botol plastik. Yang ada pada TB sekarang ialah satu botol yang bersaiz 100ml. Terdapat saiz besar iaitu 250ml.

Secara keseluruhan, Uriage Thermal Micellar Water adalah pembersih yang lembut dan sangat sesuai untuk dibawa kemana-mana tempat yang kita rasa macam berkemungkinan susah nak cari punca air nak mencuci wajah. maka boleh gunakan Uriage Thermal Micellar Water ini untuk membersihkan kulit dengan bersih tanpa perlu bilas dengan air.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Uriage Cleansing Cream (50ml)

2.) Selepas mencuci solekan, langkah seterusnya adalah membersih muka/wajah/kulit. Untuk jenis kulit sensitif macam TB ni TB sentiasa memilih untuk sesuatu yang lebih ringan (kurang berminyak) dan sebaik-baiknya tidak mengeringkan kulit. pembersih Uriage adalah lebih daripada melembabkan kulit.
Cara Penggunaan: Letak pada tapak tangan dan gosok kedua tapak tangan sehingga berbuih kemudian ratakan pada kulit wajah dan urut lembut, kemudian bilas dengan air.. Guna setiap pagi dan malam..

Disebabkan Uriage Cleansing Cream  tidak mempunyai buih yang banyak, sebagai alternatif korang digalakkan membasahkan muka dahulu sebelum menggunakan krim pembersih muka ini.

Walau bagaimanapun, walaupun ia tidak berbuaih banyak, ia membantu untuk membersihkan jauh ke dalam liang roma wajah tanpa rasa kering pada kulit.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Uriage Thermal Water (50ml)

3.) Haa. langkah ke 3 iaitu langkah terakhir dalam rutin mencuci muka kita pula ialah.. menggunakan Uriage Thermal Water .Produk ini boleh menghidrat permukaan kulit, mengurangkan radang kulit dan 100% isotonik .

Produk ini boleh menghidrat permukaan kulit, mengurangkan radang kulit dan 100% isotonik .

Isotonik" bermaksud bahawa Uriage Water Thermal di osmosis sempurna dengan permukaan dan selaput mukus. Ia mengimbangi integriti sel kulit. Ia bertindak dengan cara yang sama seperti serum fisiologi, ia tidak mengubah saiz atau jumlah sel-sel. Ia juga amat sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk yang paling sensitif.

Selepas bersihkan muka, kita hanya perlu semburkan Uriage Thermal Water mi ke seluruh muka dan biarkan ia bertindak - Tak perlu lap, biar ia sehingga kering. haaa.. Last sekali, sapu sahaja produk penjagaan kulit yang biasa korang guna untuk kesegaran kulit setiap hari .

Antara kegunaan lain Uriage Thermal Water
Tenangkan kerengsaan, ruam lampin, selaran matahari, kemerahan
 Repair kulit yang rosak dan melegakan kulit selepas prosedur dermo-estetik
 Melembut dan melegakan dermatitis / kelopak mata

Beberapa kegunaan lebih biasa termasuk:
 Menyingkiran soleksn dan melegakan kulit
 Membetulkan solekan
 Melindungi kulit daripada radikal bebas
 Melegakan kawasan area selepas bercukur

Kandungan
100% aqua Uriage Thermal Water

Cara Penggunaan
Spray mengikut keperluan. Tidak perlu di keringkan supaya bahan aktif dalam air tersebut dapat bertindak dengan efektif.


Selepas Spray korang tak perlu lap atau keringkan dia.. biar dia bertindak sendiri kerana ia akan menembusi ke dalam kulit dengan sendiri. Bagi TB, rasanya TB akan membawa bersama-sama setiap kali TB keluar kerana ia berguna sangat untuk menghidratkan kulit TB yang kadang terlalu kering ni.

Untuk semua jenis kulit. bayi pun boleh guna.. kalau ada masalah ruam lampin.


Haaaa.. itu sahaj review dari TB kali ni, lupa pula nak bagi tahu yang korang boleh dapatkan produk URIAGE ni dekat website yang menyediakan pelbagai barangan kosmetik dan kesihatan, boleh shopping macam-macam disana tau! Kalau berminat.dengan produk URIAGE ni, korang boleh klik link dibawah ni yea.. 
Nak dapatkan rebat  dengan kupon??
Boleh taip TENGKU semasa checkout nanti yea.. 

Jom! Shopping di HiShop! 
Untuk mendapatkan giveaway, diskaun & lain-lain,
korang boleh cari Hishop di media sosial seperti link yang TB sertakan dibawah ini :


Klik link ini untuk ke website Hishop,my

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

07 Mei 2017

JUARA MENTOR MILENIA 2017

JUARA MENTOR MILENIA 2017

Alaaa.  Elica pulak yang menang.. Huhuhu.. Yang lain dah teka betul dah.. Sekali Elica dengan Usop je lain.. Huhuhu.. Takdak rezeki Usop jadi JUARA.. Takpelah.. Rezeki diluar Ada lagi besar.. Yea Usop.. 

Tempat Pertama
RM 100,000
Elica

Tempat Kedua
RM 50,000
Usop

Tempat Ketiga
RM 20,000
Along

Tempat Keempat
RM 10,000
Sheera

Protege Pilihan Neffos
RM10,000
Elica

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


03 Mei 2017

RESEPI KACANG POOL MUDAH DAN SEDAP!

RESEPI KACANG POOL MUDAH DAN SEDAP!

Haii.. hari ni nak share Resepi Kacang Pool yang hubby TB dah try hari Ahad (30.4.2017) hari tu. Kacang Pool ni makanan kegemaran orang Johor ek? TB pun baru 1st time dengar tapi baru-baru ni asyiklah tengok orang dok sebut-sebut kat FB so, hubby TB mulalah teringin nak membuatnya..

Haaa.. Macam biasa, even hubby baru 1st time masak resepi tu, dia memang ada tangan ajaib.. sebab menjadi sesaja apa-apa masakan dia.. sedap dan lazat pulak tu.. terbaikk.. Untung TB dapat makan macam-macam masakan dari hubby.. cekap dan pantas pulak tu.. TB pun kalah tau.. hehehehe.. Apa-apa pun meh tengok resepi yang hubby TB gunakan untuk masak Kacang Pool ni, tak tahu la versi hubby ni sedap bagi korang ke tak kan.. tapi bagi teman.. mabelessss!! TB akan up lagi satu entri gambar masakan dari hubby TB.. Yang ni TB up dulu resepi yang TB ambil dari internet..


Ni bukan gambar TB yea.. Gambar dari Internet, Tapi TB memang ada ambil gambar sendiri cuma nak masukkan gambar tu TB tak jumpa kabel kamera TB tu.. nanti lah.. TB update gambar TB sendiri yea! Alaa.. yang hubby TB buat tu serupa je macam dalam gambar ni, cuma rotinya je kami tak tahu nak cari kat mana, terpaksa pakai roti hot dog tu.. huhuhu.. apa-apa pun jom tengok resepi nya dulu ek.. kot korang nak buat untuk menu berbuka puasa nanti.. mana tau kan.. 

RESEPI KACANG POOL

Bahan-bahan :
- 1 tin kacang panggang dalam tin
- 400gm daging kisar = 2 keping daging burger
- 2 sudu minyak sapi atau butter
- 1 sudu serbuk kari daging
- 1 biji bawang holland (dipotong dadu)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- garam, gula dan air secukupnya

Bahan hiasan :
- 1 batang cili merah atau hijau
- daun sup hiris
- telur mata separuh masak

Cara-cara :
- hancurkan kacang panggang yang telah dibuang air
- panaskan minyak sapi atau butter hingga cair
- tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau
- masukkan rempah kari dan kacau
- gaulkan bersama daging kisar dan kacau sehingga daging masak
- masukkan kacang panggang bersama garam dan gula
- masukkan air secukupnya jikalau nak berkuah lebihkan air
- tunggu sehingga masak
- seterusnya, pecahkan telur dan masak telur sehingga menjadi separuh masak

Haa.. Ni video yang sempat TB ambil sebelum menu ini lesap dalam perut.. hahahaha.. 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


02 Mei 2017

KUIH BOM



KUIH BOM


BAHAN2 UNTUK KULIT KUIH BOM :
👉1 paket tepung pulut cap 3 gajah (500 gm)
👉2 sudu makan tepung gandum
👉secubit garam
👉2 sudu makan gula pasir
👉1 cawan air (boleh dikurangkan ikut kesesuaian)

CARA BUAT KULIT KUIH BOM :
◆Dalam mangkuk masukkan gula pasir,garam dan air (masukkan air sedikit demi sedikit untuk memastikan adunan tak terlebih air) kacau dengan sudu hingga gula dan garam hancur.
◆Masukkan tepung pulut dan tepung gandum,
◆Uli hingga menjadi doh

BAHAN2 UNTUK INTI KACANG :
👉500 gm kacang hijau @ kacang merah (direndam setengah hari sekurang-kurangnya supaya kacang cepat empuk)
👉Seketul gula melaka
👉Gula pasir secukupnya (mengikut citarasa masing2)
👉1 sudu kecil garam
👉1 sudu besar tepung gandum (tujuannya supaya inti tidak mudah bersepai)
👉Sehelai daun pandan

💢Bijan utk salut kuih bom

CARA2 MEMBUAT INTI KACANG :
◆Rebus kacang hijau bersama daun pandan hingga empuk, masukkan gula melaka,gula pasir,garam dan tepung gandum.Kacau hingga kering...tapi jangan terlalu kering..agak2 inti boleh di kepal boleh la matikan api
◆Sejukkan inti, kemudian kepal bulat-bulat sebesar syiling 20 sen
◆Ok..dah siap buat kulit dan inti kacang...ambil doh kulit kuih bom tadi..
◆Leperkan kat atas tapak tangan,kemudian letakkan inti yang telah dibulat-bulatkan tadi, tutp inti dengan kulit kuih bom tadi..dan golekkan kuih bom kita tadi tu kat dalam bijan hingga bijan menyaluti semua bahagian kuih bom..
◆Lepas tu boleh la goreng dalam api sederhana besar sehingga kuih menjadi warna keemasan dan terapung dipermukaan minyak












30 April 2017

Mother's Day Mug by BestSub Malaysia | Hadiah Peribadi Untuk Emak Tersayang

Mother's Day Mug by BestSub Malaysia |
Hadiah Peribadi Untuk Emak Tersayang 

Wah.. sangat-sangat sweet gitu apabila Motto Mug yang TB tempah ni didalamnya ada tulisan ayat kreatif HAPPY MOTHERS DAY., diulangi.. didalam tau bukan diluar.. sangat-sangat cute.. hehe.. Ayat tu ikut tema apa yang korang nak..

Haaa.. itulah keistimewaan mug dari BestSub Malaysia ni yea.. dengan slogan - Best Sublimation Expert BestSub Malaysia telah mengeluarkan Mug yang sangat special yang didatangkan dengan  sublimation coating outside.

Mug seperti ini jarang dmana-mana dan ia sangat sesuai untuk dijadikan hadiah buat orang yang tersayang atau rakan-rakan.


Korang boleh juga letak ayat lain seperti "I LOVE YOU", "HAPPY BIRTHDAY", atau "SELAMAT HARI IBU" di dalamnya, selain tu hadiahkan untuk suami atau isteri atau ayah korang pun sesuai ni tau..meh tengok design mug TB pula..

A post shared by 🇹🇪🇳🇬🇰🇺🇧🇺🇹🇦🇳🇬 (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on

Haa.. cantik kan design pada mug TB tu? TB suka sangat sebab TB mintak diorang letakkan gambar TB dan emak sebagai kenangan di mug tersebut.. Bila emak TB minum guna mug itu pastinya emak teringat kat TB yang jauh dimata ni.. haa.. korang nampak tak? ini juga salah satu cara untuk mengeratkan hubungan kasih sayang antara anak dengan emak.. setuju tak??

Terdapat 3 design untuk mug ini iaitu design untuk : 

1) Happy Day 
2) Happy Birthday 
3) I Love You 

Yang TB punya ada corak yang cantik macam dalam gambar ni.. sangat-sangat sweet kann.. geram pulak TB tengok. Rasa macam nak buat untuk diri sendiri pulak.. hehehehe.. Tapi takpelah, bagi ni kat emak tanda menghargai penat lelah emak membesarkan TB dari kecik sampailah dewasa dan dah jadi mak orang dah ni.. =)

Oh ya.. selain itu ada juga design lain didalamnya iaitu  design tulisan I LOVE U tadi... seperti gambar diatas ni. Cantik kan?? warna nya sweet sweet gitu.. buat yang berpasangan dan bercinta tu boleh lah jadikan mug yang ada printed macam ni buat tanda kasih sayang korang untuk pasangan korang ye! mesti awek/pakwe korang suka punya.. eh.. Suami isteri pun bercinta gak kan! boleh jugak hadiahkan untuk pasangan masing2.. kannn..

Haa.. yang ni pulak yang ada tulisan Happy Birthday.. alahai.. cute nya kan.. kalaulah ada sesiapa yang beri TB mug yang ada printed macam ni luar dan dalam.. perghh.. TB akan guna sentiasa tauu.. TB memang suka je benda-benda ada memory value macam ni.. hehehehe..  So, bagi sesiapa yang takde idea nak beri hadiah apa kepada kawan/saudara/adik-beradik atau sape-sape yang nak sambut birthday diorang tu, apa kata tempah aje mug macam ni dan post kepada diorang.. mesti surprised giler dan suka giler diorang dapat mug ni..

Haa.. kalau korang nak tempah jugak. Silalah ke libertyprinting.com.my . Mungkin ini akan menjadi salah satu hadiah peribadi yang menggembirakan sesiapa sahaja yang menerimanya.. Korang juga boleh selitkan kata-kata di mug itu. sangat-sangat sweet kan.. inilah dia unik gift dari - BestSub Malaysia .

Oh ya.. untuk Motto Mug ini harganya ialah RM30 termasuk cetakan gambar atau apa-apa di mug korang tu. Termasuk banner sekali untuk Motto Mug .

🎁 Personalized 11oz Motto Mugs

Setiap cawan didatangkan dengan sublimation coating outside (salutan pemejalwapan luar ) .

Reka bentuk lain juga boleh disesuaikan. Pastinya Mug ini adalah saiz yang sempurna untuk menikmati minuman kegemaran korang. 

Jom buat imej kegemaran korang dengan mencetak pada cawan dengan  sublimation coating.

Creative Sublimation Motto Mugs ini adalah dari BestSub yang juga ada menyediakan :-

- Personalization gift ideas
- Mother's Day Gift 
- Valentine's Day Gift
- Birthday Gift

Motto Mug adalah hadiah peribadi yang menarik untuk orang-orang tercinta korang dan semua orang yang korang hargai pada hari-hari penting!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ;
📞 019-9858151 (Cik Elaine) atau 📞 019-3.231.515 (En Steven)
Email: enquiry@libertyprinting.com.my

For business enquiries, contact:
BestSub Malaysia, Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T), Sublimation Blank Supplier:
Address: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang.
Business hours: Monday to Saturday (9am to 6pm)


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


SEDAPNYA JUS EKSTRAK MANGGIS | OSTANIA MANGOSTEEN AMRITA


SEDAPNYA JUS EKSTRAK MANGGIS | 
OSTANIA MANGOSTEEN AMRITA 

TB suka sangat manggis.. teringat masa mengandung tetiba rasa nak makan manggis je.. tak tahu lah mengidam ke apa, ke sebab hari-hari lalu asik nampak orang jual manggis tepi jalan yang membuatkan TB terasa teringin dan buat-buat mengidam? hahaha.. Mengidam boleh buat-buat ekkk.. hahaha.. lupakan..


TB suka manggis dan siap belajar lagi cara nak tahu isi manggis didalam tu rupa mana.. banyak biji ke tidak? atau yang isi kecil-kecil tapi takde biji sangat.. TB tak suka biji yang besar-besar tu.. huhuhuhu.. Kalau kecil boleh terus telan.. haha..

Eh.. ni TB bukan nak cerita pasal Manggis buah tu.. tapi ni nak citer pasal Jus Manggis tau.. Sedap sangat rasa dia.. nama jus tu Ostania Mangosteen Amrita iaitu Jus yang di Ekstrak dari buah Manggis.

OSTANIA Mangosteen Amrita Jus Ekstrak Manggis, TB baru tahu je tau. Sebelum ni TB tak pernah dengar lagi jenama ni.. Tapi bila tengok botolnya yang super awesome.. rasa tertarik la masa 1st impression.. hehehehe.. botol dia botol aluminium tau.. bol;eh dibasuh dan diguna semula.. tu yang bestnya.. heee.. kaler pun omeyy.. i likee.. 

Haaa.. TB yang baru mengenali minuman dari rumusan manggis ni, ada la baca sikit-sikit tentang Ostania® Mangosteen Amrita ni dimana ia adalah minuman yang lazat dan dirumuskan menggunakan keseluruhan buah manggis termasuk puri dan kulit yang merupakan sumber yang sangat baik serta kaya dengan Xanthones, yang boleh menyumbang kepada banyak kesan yang baik kepada kesihatan kita. 

Menurut kajian, Xanthones mempunyai kesan yang sangat baik untuk organ dalaman manusia kerana kadar antioksidan-nya yang tinggi. 

Minuman ini telah didatangkan dengan pakej yang tinggi antioksidan yang menggabungkan kebaikan buah manggis keseluruhan, epal, roselle, acai berry, anggur dan delima.

Mangosteen Amrita yang semakin terkenal ini, sekarang didatangkan dalam botol aluminium yang boleh digunakan semula sepanjang masa dan boleh didapati pada harga yang menarik! (Sebelumnya dikenali sebagai Ostania® Mangosteen Concentrate)

Mengapa Perlu Minum OSTANIA?
Ostania Mangosteen Amrita mempunyai kelebihan seperti berikut :
  • Ia bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-fungi dimana ia melawan jangkitan kuman, fungus dan yis
  • Tinggi dengan antioksidan dan membantu dalam peneutrak radikal - radikal bebas dalam badan (anti-kanser)
  • Nilai ORAC antioksidan 14186.9
  • Tiada tambahan gula (pemanis semulajadi buah)
  • Tiada pewarna tambahan
  • Fungsi terapeutik
  • Anti penuaan
  • Anti kanser
  • Anti inflamasi

Siapa Yang Patut Mengambil OSTANIA?

  • Sesuai untuk semua peringkat umur
  • Mereka yang aktif olahraga 
  • Mereka yang selalu berasa letih 
  • Orang yang mahu mempunyai penghadaman yang lebih baik 
  • Orang yang mahu kekal sihat
Cara Minum Jus Ostania® Manggis Amrita

  • Minum 30ml Jus Ostania® Manggis Amrita atau boleh juga campurkannya dengan air sejuk (Ratio 1:1). 
  • Rasa Ostania Mangosteen Amrita Jus Ekstrak Manggis ini sedap..masam-masam manis buah gitu. Tak kisahlah rasa macamana kan. Yang penting ianya berkhasiat. Minum sejuk-sejuk memng sedap.
  • Harga pun tak mahal. Hanya RM49.90 sahaja sebotol.
  • Untuk maklumat lanjut mengenai Furley Bioextract, boleh layari laman berikut:




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers