Dapat Reward - Turbo Twitter Mission dari 8SHARE.COM !
Haii.. Assalammualaikum.. hari ni TB nak share pasal antara reward yang TB dapat melalui aktiviti share meng share ni.. hahaha.. hari tu 8share.com ada buat misi turbo kat Twitter.. Misi tu namanya Turbo Twitter Mission,
CARANYA? mudah sangat you olls.... just tweet aje kat twitter kita dan iklan serta buat caption cantik-cantik berserta gambar format GIF samada buat sendiri atau guna je gambar yang 8share bagi tu, tweet ikut berapa kali yang 8share mahu kita tweet.. Yang penting.. kena guna Hashtag.. sebab kat Twitter dan laman sosial lain memang hashtag main peranan yang penting giler .. betul tak? hari tu TB promote tentang annversary 11street.. tu kena buat hashtag 11street.. giler best..
TB gunakan application TweetDeck untuk schedule tweet TB .. hehehe.. So, tak perlu la dok depan PC sentiasa kan.. Nanti TB share cara nak guna TweetDeck kot ada sape yang belum tahu kan.. kalau yang dah tahu tu.. sila dok diam2.. ok! beri laluan buat yang tak tahu lagi.. wekk.. haha..
Haa.. reward yang 8share.com bagi tu TB dapat selepas selesai mission tu.. Yuna dari 8share.com terus email bagi tahu dah credit RM20 ke akaun 8share TB.. wah.. cepat .. terima kasih Yuna.. hehehe.. TB pun memang tak harap sangat nak dapat RM20 tu.. sebab kadang-kadang risau gak misi kita buat tu tak complete ke atau tak menepati syarat. le lan. so, TB redha je kalau tak dapat RM20 tu.. hahaha.. tapi suka je cuba-cuba.. kalau dapat leh guna untuk tambah-tambah 8share TB tu, kannnn..
Ok lah.. tu, tengok tu.. dah masuk duitnya kome oi.. ada la buat tambah-tambah.. kasi cepat nak cashout yang ada.. hahahaha.. eh... kali ni nak kumpul banyak2 la baru cash out.. yolah tuuu
Tengok kat bawah ni.. hari tu TB dah cashout.. adalah sikit puluh puluh dalam akaun TB ni, bila masuk RM20, dah jadi banyak ni.. sikit je lagi dah boleh cashout.. cukup RM50 dah boleh cashout.. tapi TB tak nak cashout lagi.. tunggu lah ratus2 kot.. haha..
Oklah.. duit ni tak banyak mana.. tapi jangan taktau.. ada yang kawen guna duit 8share ni yea.. alaa.. yang cinta 20 sen tu.. hee.. hari-hari share boleh beli cincin woooooo.. ini kisah betui tau.. haaa.. kalau takdak duit mana dapat cincin tu kan? kalau dari 8share.com awat tak percaya? jom baca bawah ni yea! bagi terang bijik mato.. heeeee.. sharing is caring..
APA ITU 8SHARE & MACAM MANA
WE MAKE MONEY FROM 8SHARE??
Haa.. bagi sapa-sapa yang tak tahu pasal 8share ni.. kalau nak tahu meh TB terangkan 8share ni ialah
8Share adalah kelab ganjaran peribadi untuk pengguna media sosial yang suka mendapat barangan percuma, wang tambahan setiap bulan, dan menjadi yang pertama untuk memperkenalkan sesuatu yang baru.
Maksudnya, kita share iklan yang pihak 8share post dilaman web mereka dan kita akan mendapat ganjaran dalam bentuk :
1.wang tunai.
2.Mata Perolehan (BP)
3.Hadiah dan Saguhati
Kita hanya boleh share iklan yang masih aktif sahaja, dan boleh share berapa banyak kali yang kita mahu selagi iklan tersebut masih aktif.
Kita boleh share dengan cara :
1. Share iklan tersebut melalui Facebook, Twitter, SMS, dan lain-lain
2. Copy URL iklan dan share ke mana mana aplikasi dan kongi (contohnya, Whatsapp)
di 8share dua benda kita boleh tebus, iaitu Wang Tunai dan BP . Wang Tunai tu kita tebus kalau dah cukup RM50 dan keatas, kalau kurang dari tu tak boleh tebus tau.. earning tu kita dapat dari hasil kita share iklan-iklan yang 8share pamirkan di website diorang.
Haaa.. lagi satu BP atau Bonus Point.. haaa.. Apa itu BP/Bonus Point? meh baca lkat bawha ni yea..
Apa itu BP?
BP ialah Bonus Points (Mata Perolehan) bukan wang tunai. Ia menunjukkan berapa banyak kita telah kongsikan iklan-iklan.
Bagaimana cara kita nak dapatkan BP tu?
Kita akan dapat BP melalui :
1 BP untuk setiap Iklan Special yang kita siarkan.
1 BP untuk setiap lawatan unik (U.V.) yang kita dapat apabila menyiarkan Kempen Causes/Social Good dan
10 BP untuk setiap perubahan profil yang dibuat (URL profil, gambar profil, tentang saya, dan lain-lain lagi.)
Haa.. nak tahu TB tebus apa dengan BP yang TB ada? korang boleh baca kat sini ye!
Selamat Hari Guru buat semua cikgu-cikgu dan tenaga pengajar yang bersusah payah memberikan ilmu berguna buat anak-anak murid mahupun pelajar agar menjadi insan yang berguna kelak.. Semoga cikgu-cikgu yang memberi sinar kepada pelajar-pelajarnya mendapat keberkatan hidup dan menjadi insan yang diberkati Allah didunia dan akhirat.. Aaamiinn..
Ok lah.. TB nak share lah Kad ucapan selamat hari guru yang menarik dan comel di baca ni.. Kad Ucapan selamat hari guru versi online.. sekarang ni faham-faham ajelah kan.. semuanya main email je.. hee.. so, boleh lah email kad ucapan selamat hari guru versi online ni kepada guru-guru korang kan.. hehehe.. Selamat hari guru buat semua guru2..
Hai.. ni saja share untuk sahabat Blogger teman yang sedang mencari-cari Baby Carrier yang senang, mudah dan amat sesuai untuk bawa baby yang berusia dari usia 3 bulan. TB beli pun sebab hari tu nak balik kampung macam terfikir takkan nak dukung lama-lama, mau bengkak tangan TB.. anak TB antop.. hehehehe.. So, mulalah survey-survey baby carrier dan terjumpa yang ni.. yang ni pun hubby TB yang carikan.. Dia memang expert cari benda-benda yang worth to buy.. TB ikut aje.. hehe..
TB pilih ni pun sebab TB tengok macam ok je.. tengok review pun sikit punya ramai kata memuaskan.. so, TB tawakal je beli.. dan sememangnya TB dan tengok dulu tips2 peling sebelum beli baby carrier ni.. salah satunya seperti diatas ni.. tengok gambar yea.. kalau boleh cari yang ergonomik yang tak menyakitkan baby dan diri kita sendiri (tulang belakang). Dan baby pun selesa kalau baby carrier ni betul-betul sesuai dengan diorang.. postur duduk yang betul tu yang penting.. jangan la sampai tergantung kaki anka tu kan.. kesian diorang..
TB nak cerita panjang pun tengah tergesa-gesa ni.. so, TB up dulu lah entri ni.. nanti TB update lain ye.. Apap yang TB leh katakan, TB dah mula suka baby carrier ni sebab menyenangkan.. Masa mula-mula pakai rasa tak selesa sebab baru 1st time kan.. baby pun macam tak selesa mula-mula tu.. TB pun tak selesa.. tapi lama-lama baru rasa ok.. siap baby boleh tido lagi dalam tu.. hehehe.. apa-apa pun.. korang leh klik link bawah ni kalau nak tengok rupa mana dan tengok jugak review dari mereka yang dah beli..
hemm.. sekarang ni TB pun tak tahu kenapa suka makan yang manis-manis.. dah macam balas dendam aje sebab masa mengandung hari tu TB tak boleh nak makan manis-manis sebab kalau TB makan je mesti kena UTI (kencing kotor).. seksanya rasa kalau kena kencing kotor tau.. terus TB pantang makan manis-manis.. try to avoid kalau boleh, tapi kalau dah teringin sangat.. TB makan je.. lepas tu pastikan minum air masak banyak bagi clear balik..
Ni TB terasa nak makan Apam Nasi pulak dah.. adoi.. tu yang nak tepek dulu resepi kat sini.. nak buat tak boleh sebab yis takdak .. tempat kukus pun takdak.. so, tunggu lah bila semuanya ada ye.. kui3.. apa-apa pun kalau korang nak buat gak meh la tengok resepinya dibawah ni ye
RESEPI APAM NASI MUDAH DAN SEDAP!
Bahan A
2 cawan nasi sejuk
1 cawan gula
2 1 / 2 cawan air
Blend kan hingga halus
Bahan B
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 peket yis
Pewarna
Satu kan ke semua nya
Cara-Cara
Satu kan semua bahan
Kacau sebati
Perap selama 3 jam
Kukus 20 minit dengan api perlahan kalau acuan kecil
Acuan besar 40 minit
Makan dengan kelapa yg dikukus bersama
garam dan daun pandan
Pastinya kita sedia maklum bahawa alat kelamin wanita merupakan kawasan anggota badan yang paling sensitif dan memerlukan penjagaan yang baik.
Namun terdapat segelintir wanita yang kurang mengambil berat tentang kebersihan alat sulit mereka lalu menyebabkanrisiko terkena pelbagai penyakit.
Mungkin ramai lagi wanita yang tidak menyedari pentingnya menjaga kebersihan alat sulit kerana ianya sangat sensitif dan mudah terdedah dengan sejumlah penyakit sepertiradang pelviks atau kelainan pada struktur vagina.Oleh sebab itu, kita perlu membaca dan mengetahui tips-tips menjaga dan merawat alat sulit wanita. Mungkin produk ini jawapan kepada masalahnya.
Didatangkan dalam botol semburan aluminiumyang langsing dan sofistikated, FemMist mudah dibawa dan mudah digunakan, hanya semburkan dan alami keselesaan serta keyakinan serta-merta.
Simpan FemMist di dalam tas tangan untuk dibawa bersama anda ke mana-mana jua!
Dibangunkan oleh Furley Bioextracts, sebuah syarikat bioteknologi dan agroteknologi Malaysia, rumusan semula jadi FemMist yang mengandungi Dermaxan® (ekstrak kulit buah manggis), ekstrak manjakani dan minyak pati lavender mengekalkan keseimbangan pH optimal di bahagian intim anda, sekaligus memastikan kesihatan vagina yang optimal.
Lazim digunakan dalam perubatan tradisional selama beberapa generasi, kajian terkini telah menunjukkan bahawa ekstrak kulit buah manggis – iaitu bahan asas FemMist – juga sesuai sebagai agen anti-keradangan, anti-bakteria, anti-fungus dan anti-viral yang kuat.
Sebuah kajian oleh Taylor’s University mendapati FemMist berupaya membunuh candida albicans – salah satu punca utama jangkitan fungus – dan pseudomonas aeruginosa dalam jangkitan saluran kencing (UTIs).
Didatangkan dalam botol semburan aluminium yang langsing dan sofistikated, FemMist mudah dibawa dan mudah digunakan. Hanya semburkan dan alami keselesaan serta keyakinan serta-merta. Simpan FemMist di dalam tas tangan untuk dibawa bersama ke mana-mana jua!
Apakah Bahan Yang Digunakan Di Dalam Fem.Mist?
Dibangunkan oleh Furley Bioextracts, sebuah syarikat bioteknologi dan agroteknologi Malaysia, rumusan semulajadi FemMist yang mengandungi Dermaxan® (ekstrak kulit buah manggis), ekstrak manjakani dan minyak pati lavender mengekalkan keseimbangan pH optimal di bahagian intim anda, sekaligus memastikan kesihatan vagina yang optimal.
Kenapa Estrak Kulit Buah Manggis Digunakan?
Lazim digunakan dalam perubatan tradisional selama beberapa generasi, kajian terkini telah menunjukkan bahawa ekstrak kulit buah manggis – iaitu bahan asas FemMist – juga sesuai sebagai agen anti-keradangan, anti-bakteria, anti-fungus dan anti-viral yang kuat. Sebuah kajian oleh Taylor’s University mendapati FemMist berupaya membunuh candida albicans – salah satu punca utama jangkitan fungus – dan pseudomonas aeruginosa dalam jangkitan saluran kencing (UTIs).
Siapakah Yang Boleh Menggunakan Feminine Mist Ini?
Apa yang pasti pengeluarannya mempunyai Sijil Halal dari JAKIM, maka tak perlu ragu-ragu atau risau lagi untuk menggunakan Spray penjagaan intim wanita ni ye..
Pensijilan: HACCP, ISO22000, JAKIM Halal
Latar Belakang Mengenai Furley Bioextracts
Ditubuhkan pada tahun 2008, Furley Bioextractsadalah sebuah syarikat bioteknologi dan agroteknologi Malaysia yang berstatus BioNexus. Syarikat ini memfokuskan teknologi dan RnD mereka terhadap makanan berfungsi (nutraseutikal), makanan tambahan dan kosmetik (kosmeseutikal), memantau dan menguruskan proses daripada bahan mentah hingga ke produk siap, sekaligus memastikan kualiti dan keberkesanan rangkaian produknya.
Furley Bioextracts berbangga dengan keupayaannya untuk menginovasi dan mengeluarkan produk-produk berkualiti tinggi, konsisten dan mencukupi demi kepuasan pelanggan. Pada tahun 2013, syarikat ini telah memenangi Anugerah Paling Inovatif dalam Bioteknologi dan Agroteknologi daripada SME Corporation Malaysia.
Latar belakang BioNexus
Dianugerahkan oleh Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp), status ini diberikan kepada syarikat-syarikat bioteknologi tempatan dan antarabangsa yang layak serta sedang menjalankan aktiviti bioteknologi dan atau sains kehidupan
Kalau berminat nak order, boleh je order direct ke Website, Twitter atau Facebook Furley Bioextracts
Hai.. Assalammualaikum semua. TB baru nak up entri tentang Psoriasis tapi TB terlupa ada satu produk ni yang TB rasa amat sesuai untuk dicuba oleh mereka yang menghadapi masalah Psoriasis atau Ekzema atau masalah kulit yang lain. Krim ini telah diakui tiada STEROID, TIADA PARABENS dan TIDAK DIUJI KEATAS HAIWAN.
Bagi sesiapa yang mengetahui tentang apa yang TB alami sekarang sejak TB mengandung dan berpantang, kulit TB mengalami pengelupasan yang begitu cepat setiap 2 hari.. Masalah atau gangguan ini dipanggil Psoriasis.. yang lebih kurang juga dengan Ekzema namun terdapat perbezaan ketara simpstom ekzema dan psoriasis.. Korang boleh google dan baca ye!
Ok lah.. bercerita tentang produk yang Tb nak kongsikan tadi, iaitu Beta-Skin Cream Active Natural yang berasaskan dari bahan semulajadi yang membantu melegakan kegatalan dan kerngsaan kulit TB yang kering dan kemerahan. TB gunakan Beta-Skin Cream Active Natural untuk melembapkan kawasan kulit yang kering kerana kalau TB biarkan kawasan yang kering itu akan mula rasa gatal dan mula membuatkan TB rasa nak garu.. Apabila dah garu TB akan rasa pedih sebab tempat yang TB garu tu dah merah dan adakalanya berdarah.
TB agak stress dengan masalah ini, tapi TB tetap kena fikir positif, TB tak boleh stress kerana Psoriasis ini ada juga bersangklut paut dengan emosi penghidap psoriasis.. So, TB kena chill dan yakin Psoriasis ini ada ubatnya dan TB akan sembuh sepenuhnya.. InsyaAllah..
A post shared by 🇹🇪🇳🇬🇰🇺🇧🇺🇹🇦🇳🇬 (ღ˘⌣˘áƒ¦) (@tengkubutang) on
So, TB mencuba setiap ubatan tradisional dan yang 100% natural untuk mengubati masalah Psoriasis ini. TB selalu berdoa semoga apa yang TB alami ini tidak dialami oleh baby TB.. Nauzubillah minzalik.. mintak jauh semuanya..
Ok lah, tentang Beta-Skin Cream Active Natural tadi, TB dah try sapu pada kawasan yang mengalami masalah Psoriasis itu dan TB dapat rasakan kelembapan krim tersebut yang membuatkan TB rasa kurang nak menggaru. dan TB rasa kawasan tu tak kering dan tegang seperti selalu.. So, TB very recommeded Beta-Skin Cream Active Natural untuk mereka-mereka yang menghadapi masalah yang sama macam TB ni.
Dan nak tahu tak? bau dia tak busuk tau.. baunya wangi dan lembut tau.. tiada bau chemical lansung.. so, baunya tidak menggangu lubang hidungku.. haha..
Oh ya.. bagi yang nak tahu lebih lanjut tentang Beta-Skin Cream Active Natural ni, sila baca isedikit info seperti dibawah ni ye.. Semoga bermanfaat,,
= Beta-Skin Cream Active Natural =
APA itu Beta-Skin Natural Active Cream?
Beta-Skin Cream Active Natural ialah formula unik yang diakui selamat penggunaannya dan mampu menghapuskan gejala yang berkaitan dengan: kegatalan yang berterusan, kulit terasa terbakar, kulit kemerahan, kekeringan kulit dan scaling berlebihan. Produk bersifat regeneratif kuat yang melegakan kulit dan diikuti dengan peningkatan seborrhea dan hyperkeratosis.
Bagaimanakah Beta-Skin Cream berfungsi?
Beta-Skin Cream Active Natural adalah sumber kepekatan komponen biologi aktif seperti:
B-glucan daripada oat: Beta-glucan yang diperolehi daripada oat, secara aktif menyokong proses pembaharuan sel, menghidrat, dan melembapkan dan meninggalkan kulit dengan rasa lembut dan anjal . fleksibiliti.menyokong proses pembaharuan sel,
Ester asid lemak yang lebih tinggi dari biji rami:tertumpu bahagian omegas 3, 6 dan 9 asid yang amat menembusi kulit dan membantu dalam membina fungsi sel yang betul.
Minyak kelapa: Melembutkan, menyuburkan dan melindungi kulit daripada unsur-unsur luar yang berbahaya.
Colloidal silver: membunuh lebih 650 penyakit menyebabkan bakteria, virus dan kulat. Mengaktifkan sistem imun untuk memerangi patogen Mengimbangkan semula badan mengurangkan perubahan yang disebabkan oleh keradangan.
Beta-Skin Cream Active Natural digunakan bertujuan untuk?
Beta-Skin Cream Active Natural digunakan sebagai rawatan tambahan untuk penyakit kulit dan juga untuk memberikan kelegaan kepada kulit yang terdedah kepada:
Ekzema
Psoriasis
Jerawat
Dermatitis
Alahan
Ruam
Fangus Kulit
Kudis sejuk
Beta-Skin Cream Active Natural juga amat disyorkan untuk digunakan selepas rawatan kosmetik seperti: peeling, mesotherapy, laser treatment, atau sebagai pelembap biasa.anti-penuaan .
Beta-Skin Cream Active Natural patut diterapkan pada kulit utuh muka dan badan. Produk ini bertujuan untuk digunakan dalam kursus rawatan dan dalam usaha mengurangkan gejala berikut penyakit kulit:
Dermatitis seborrheic
Atopik dermatitis
Dermatitis
Psoriasis
Jeragat
Beta-Skin Cream Active Natural adalah salah satu Penjagaan kulit iaitu rawatan semula jadi bagi mengawal masalah psoriasis, jerawat, ekzema, alahan, atopik dermatitis, kulit sensitif
Adakah ia selamat?
Beta-Skin Cream Active Natural telah diuji secara klinikal oleh doktor di Kesatuan Eropah dan didaftarkan dan diluluskan sebagai "peranti perubatan" oleh pihak berkuasa Malaysia (BPFK).
• Tiada steroid
• Tiada parabens
• Tidak diuji ke atas haiwan
Kontra PENGGUNAAN
Pesakit yang hipersensitif terhadap mana-mana komponen produk dinasihatkan untuk tidak meneruskan penggunaannya. Produk ini tidak boleh digunakan pada kulit yang pecah dan / atau terjejas dengan ketara. Produk ini tidak boleh digunakan jika ini jenis terapi pelengkap contraindicated atau tidak mencukupi kepada kaedah utama rawatan penyakit awal.
Cara Penggunaan Beta-Skin?
Sapukan sedikit krim pada tangan yang kering bersih, kemudian sapu dan urut lembut supaya krim disapu sekata di kawasan yang bermasalah. Ia sesuaidigunakan setiap hari pada waktu pagi dan pada waktu malam.
Beta-Skin Cream Active Natural boleh didapati dalam dua saiz iaitu :
Dibawah adalah antara testimoni pengguna yang telah menggunakan Beta-Skin Cream Active Natural ini.. Perhatikan, banyak perubahan yang mereka alami setelah menggunakan Beta-Skin Cream Active Natural ini.. Bagi sesiapa yang ingin mencuba bolehlah lihat link url di akhir entri ini yea.. Semoga kita sama-sama berusaha mengubati masalah psoriasis / ekzema ini.
= TESTIMONI PENGGUNA =
Eczema and psoriasis skin -
Apply as frequent as possible. Every 5-6 hourly.
This is on the first sign of outbreak.
Please note that there is always a trigger force to your outbreak.
Do find out what causes it.
Take note that Beta Skin can help to relieve the symptoms,
helps but it does not cure it.
Please also note that if your eczema is inflamed,
topical application of steroid as recommended
by your physician is strongly advised together with Beta Skin.
Once the inflammation has reduced,
beta skin can be used to control the situation
better and also helps with reduced scarring
issue due to damaged skin.
You can find Beta-Skin in the following chains of
pharmacies in Malaysia:
kat mana nak beli? Haa.. korang boleh cari produk ini di semua Farmasi
All Alpro Pharmacy Outlets dan AA Pharmacy Outlets
di KL ,Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka
.
For distributorship information :
email / contact : jenny@triv.com.my
Oh ya.. korang juga boleh membeli Beta-Skin Cream Active Natural
secara online di Lazada kerana Alpro pharmacy juga ada tersenarai sebagai penjual di laman Lazada juga..Klik SINI kalau nak membeli --> Alpro pharmacy