Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

05 Julai 2017

BERDEBAR!! ALTHEA BOX ON THE WAY NAK SAMPAI DAH!


BERDEBAR!! ALTHEA BOX
ON THE WAY NAK SAMPAI DAH!

Alamak.. awat rasa gedebuk gedebak ni menanti Althea punya box sampai ni? macam baru first time shopping dekat Althea plak rasa.. hahaha.. maybe sebab Althea punya box kali ni special dan lain dari yang lain kot sempena Althea turn 2 punya box la katakan.. hehehehe.. tak sabarr.. nanti teman update ekk.. kalau nak tau apa itu Althea? meh baca kat bawah ni yea! 

Tempat Terbaik Untuk Membeli Produk KBeauty di Malaysia

TB tak pandai makeup sangat tapi disebabkan terlalu suka melihat video tutorial orang makeup-makeup ni, TB pun dah start nak belajar sikit-sikit.. hehehe.. Tapi banyak sangat barang makeup yang TB tak berapa tahu.. So, Tb akan google dan try cari apa yang perlu untuk solekan cantik, kebanyakan wanita menggunakan barang makeup korea dan ksometik serta skin care pun brand dari Korea.. wah.. mana nak cari kat Malaysia ni.. tak pandai dan takde transport nak kesana.. tapi.. haaa.. ada website yang jual barang KBeauty ni tau.. beli secara online je.. mudah kan!?

Di mana saya boleh membeli produk Beauty Korea saya?
Begitu banyak saluran untuk membeli produk kecantikan Korea sehingga tak tahu mana nak pilih. Bagi TB kalau barang KBeauty ni TB suka shopping di Althea.kr yang dah sememangnya terkenal ni..

Mengapa?
1. Authentic
TBlebih suka laman web yang terkenal kerana tidak mahu berakhir membeli produk muka dan akhirnya merosakkan kulit muka. Di Althea.kr, TB tidak perlu bimbang tentang membeli produk palsu. Mereka hanya menjual 100% produk Beauty Korea yang asli!

2. Banyak Pilihan
TB lebih suka lebih banyak pilihan dan pelbagai pilihan apabila datang untuk membeli-belah dalam talian.TB sebenarnya bukanlah seorang yang setia kepada satu jenama. TB lebih suka try and error sebab kondisi kulit kita semua lain-lain kan.. dan juga suka gak ikut trend.. kengkonon lah.. menukar trend ikut musim. 

di Althea.kr ni TB kenal macam-macam brand dari Korea.. antaranya Witch Pouch, Innesfree,  dan bermacam-macam lagi tau.. 

3. Penghantaran Percuma dan penghantaran cepat
Terdapat dua perkara, yang paling TB tidak suka apabila shopping online. iaitu Membayar kos penghantaran mahal dan mengambil masa yang lama untuk barangan untuk mencapai. Tapi dengan Althe.kr TB tak perlu bimbang tentang perkara ni. sebab dengan pembelian atas RM99 korang boleh dapat FREE Shipping even barang tu berat mana pun.. hehehehe..

4. Hadiah Percuma atau Beli dengan Pembelian
TB suka ni.. Ttime nak shopping online, ada diskaun atau promosi.. yeay! TB biasanya menerima faedah tambahan dari mereka di atas pembelian TB. Althea.kr tidak kedekut untuk buat giveaway kepada pelanggan diorang. TB bercakap tentang barangan saiz besar, hadiah percuma, bukan sembarangan barang yang diorang beri ye! 

Bercakap tentang hadiah percuma! ni TB nak berkongsi dengan pembaca TB ... Althea.kr adalah mempunyai Birthday Giveaway Festival sempena Ulangtahun Althe yang ke 2 tahun ni tau..Wah.. Althea turn 2 dah.. Happy Birthday Althea!! Kalau korang nak tahu apa item yang korang boleh dapat? jom intai website Althea.kr. Gerenti korang takkan menyesal! Banyak barangan tengah offer sekarang tau! Pembeli yang bijak akan membuat pembelian semasa promosi perayaan.

5. Limited Edition Box
The Limited Edition Box dari Althea.kr sentiasa sesuatu yang TB mahu! Percayalah ia bernilai untuk dikumpul. TB mempunyai banyak box dari Althea di rumah. Reka bentuk design box tu semua cantik dan TB gunakannya untuk menyimpan barang-barang TB yang lain. 

Bercakap tentang Limited Edition Box dari Althea.kr, di sini peluang korang untuk memiliki salah satu kotak special ini untuk koleksi korang. Jika korang membeli penjagaan dan produk KBeauty korang daripada Althea.kr semasa sempena Birthday Giveaway Festival sempena Althea turn 2 ini, korang akan dapat kotak cantik macam dalam gambar dibawah ni.. so, cepat2 shopping di Althe sebelum kotak special ni kehabisan stok ya!

6. Laman Web Mesra Pengguna
TB cuba kedua-dua laman web dan juga membeli-belah aplikasi mudah alih dengan Althea.kr dan kedua-dua tidak mengecewakan TB. loading cepat dan mudah untuk melihat-lihat. Almaklumlah.. TB seorang yang sangat tidak sabar ... jadi semuanya perlu cepat! hahaha..

Kaedah pembayaran juga sangat selamat.dan jika korang mempunyai masalah just email je Althea.kr iaitu help@althea.kr dan bahagian sokongan pelanggan akan memberi respons dengan penuh perhatian.

Bercakap tentang makeup haul online ...hemmm.. .rasa macam TB nak shopping lagi dan lagi dan lagi je di Althea ni! beast!!!!

Happy Shopping sempena Althea turn 2 yea anda semua! Dapatkan GIVEAWAY PERCUMA dengan Althea.kr sementara stok masih ada.

Althea Korea




@altheakorea #altheakorea
#altheamalaysia
#kbeauty
#koreanskincare
#koreanmakeup
#beautygram
#instabeauty
#malaysianblogger
#tengkubutangdotcom
#tengkubutang



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Daftar--> Jawab Survey--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik YOUGOV dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



ALFATIHAH BUAT RUZAIMAN | MANBAI

ALFATIHAH BUAT RUZAIMAN | MANBAI 

Assalamualaikum, Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah sahabat suami TB Ruzaiman atau lebih dikenali sebagai Manbai, yang telah kembali kepada penciptaNya pada pagi semalam 4/7/2017 (Isnin) di hospital di Seremban. Semoga rohnya tenang dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin..

Pada 2/7/2017 ( Sabtu)
Arwah Manbai telah dikhabarkan (facebook) terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan arwah tidak sedarkan diri.. dan didapati  kaki dan tangan  kanannya patah  (Allahuakbar)..

Kami berdoa Manbai cepat sedar dan sembuh sepenuhnya, kerana ini kali ketiga (kalau tidak salah) arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya..

Pada  3/7/2017 (Ahad)
Arwah dikatakan  telah sedar, namun menurut rakan arwah (En Kamiuell) yang sentiasa meng update perkembangan terkini arwah mengatakan arwah masih di zon merah ketika itu.. dan sekiranya telah stabil baru dipindahkan ke Hospital Serdang..

Pada pagi 4/7/2017 (Isnin)
Kami terkejut apabila mendapat tahu arwah telah pergi meninggalkan kami.. Innalillahiwainnailaihi rojiun.. perkabaran yang sangat mengejutkan.. suami menangis mengenangkan tak sempat nak melawat sahabat baiknya itu. Yea.. arwah memang seorang yang sangat baik.. Semoga Arwah manbai bersemadi dengan tenang disana.. Aamiin..


Innalillahi
wainna
ilaihirojiun...

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ 

Al-Fatihah... Buat arwah Manbai.. Takziah buat keluarga arwah.. tabahkan hati.. Sesungguhnya dugaan ini amat berat.. Kuatkan semangat.. Teguhkan diri untuk menempuh kehidupan akan datang kelak.. 

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ 

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ

آمِّيْن...

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهاُ وَارْحَمْهُا وَعَافِهاِ وَاعْفُ عَنْهاُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهاُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهاُ وَاغْسِلْهاُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهاِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهاُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهاِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهاِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهاِ وَأَدْخِلْهاُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهاُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ .

Ya ALLAH.. ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.

Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para nabi, siddiqiin, shuhada dan solihin.

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...

Note : TB buatkan entri ini kerana TB dan suami sedih tak dapat melawat arwah, dan TB buat entri ni sebab TB kenal dan pernah jumpa arwah Manbai, dan dia juga adalah sahabat baik suami TB yang sememnagnya suka menolong kawan-kawan ketika susah dan seorang rakan, abang, pendengar yang baik (good listener) .. Kami takkan lupa bagaimana sewaktu majlis kahwin kami 5 tahun lepas, arwah sanggup datang meraikan kami walaupun ketika itu kakinya tidak sembuh sepenuhnya lagi kerana baru lepas terbabit kemalangan. Kami terharu sangat bila nampak arwah datang ketika itu..

Dan pada satu hari , TB masih ingat TB minta bantuan arwah kerana motor suami TB jammed di Putrajaya, arwah sanggup turun dari Seremban ke Putrajaya, Allah.. sungguh mulia arwah.. terima kasih.. walaupun ketika arwah tiba di tempat motor suami TB yang jammed tu, suami TB dah sampai rumah, TB tetap hargai masa yang arwah korbankan untuk kesana.. terima kasih.. sahabat..

Moga Allah terima doa kami semua untuk arwah berada dan bersemadi dengan tenang disana.. Aamiin..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Dilema Wanita Yang Merasakan Diri Membebankan Suami Kerana Tidak Bekerja


Dilema Wanita  Yang Merasakan Diri Membebankan Suami
Kerana Tidak Bekerja


Hai.. pagi ni TB rasa nak kupas satu topik dan dilema yang selalu dihadapi oleh para isteri yang tidak bekerja. Ramai diantara isteri yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja selepas berkahwin kerana ingin menumpukan perhatian kepada rumahtangga sepenuhnya. 

Niat yang baik itu sangatlah dipuji namun ada juga pendapat yang mengatakan tindakan itu tindakan yang salah kerana sekiranya masih bekerja, mereka akan punya pendapatan sendiri namun sekiranya telah berhenti kerja, belum tentu apa yang mereka hajati dapat dipenuhi suami mereka kerana kebanyakan suami hanya memberikan apa yang perlu sahaja iaitu makan minum, pakaian dan tempat tinggal sahaja. Dan Isteri juga tidak boleh meminta minta kerana perlu faham situasi suami yang bekerja keras untuk keluarga. 

Teringat TB masa bekerja dulu, sebelum berkahwin, TB juga mempunyai kerja yang boleh menampung kehidupan sendiri, Alhamdulillah.. dengan gaji yang TB dapat walaupun kecil, dengan berjimat TB mengumpul duit untuk mendapatkan barang-barang yang TB impikan sehingga boleh membeli dari sekecil-kecil barang seperti cincin hinggalah sebesar-besar barang seperti kereta, motor, laptop, kamera dan bermacam-macam lagi.. walaupun semua benda diatas dibayar secara hutang, TB berasa puas memilikinya dengan gaji TB yang sangat kecil ketika itu. 

Namun dipenghujungnya TB melepaskan jawatan kerana berpindah ke KL mengikut suami. Pada masa itu TB kebetulan baru dinaikkan gaji dan TB hanya dapat merasa hanya dua kali gaji  baru tersebut. Tetapi TB harus meletak jawatan kerana TB perlu pilih hidup bersama suami di KL dan kami telah merancang untuk berbisnes bersama selepas berkahwin. Dan hingga kini kami berasa gembira dan happy dengan perkembangan bisnes kami.. Alhamdulillah.. Rezeki kami selepas berkahwin pun agak selesa.. Walaupun tidak kaya tetapi kami tetapi bersyukur apa adanya.. Alhamdulillah.. TQ Allah.. 

Itu cerita TB semasa zaman bekerja dan selepas berkahwin, ada juga cerita tentang rakan-rakan TB yang dulunya bekerja dan mempunyai jawatan yang gajinya tinggi dan beribu-ribu. Namun terpaksa berhenti kerana memikirkan untuk hidup bersama suami dan memikirkan bajet atau expenses sudah memadai untuk suami sahaja yang bekerja, namun telahan si isteri itu tidak tepat.. perbelanjaan rumah semakin tinggi kerana faktor yang kita semua sedia maklum iaitu harga barang yang meningkat, GST dan pelbagai lagi kos-kos lain yang membebankan. 

Si isteri yang dahulunya memegang jawatan besar dan bergaji besar berasa sangat-sangat membebankan suami kerana semua yang dihajati terpaksa berminta-minta dengan suami, dan suami tidak mengendahkan permintaannya.. dan lebih terasa lagi apabila suami melayan isteri dengan endah tidak endah, bermasam muka dan marah-marah apabila pulang ke rumah,

Si isteri mengadu kepada TB mengatakan dirinya seperti tidak cantik, tidak berseri seperti dulu kerana tidak mampu membeli produk kecantikan utnuk dirinya sendiri, sedangkan pada zaman dia bekerja apa yang dia hajati dapat dia penuhi dan berasa sangat gembira dengan penampilan dirinya ketika zaman bekerja dan berduit.

Mungkin ada segelintir suami yang sangat peka dan sangat menyayangi isterinya dan ingin isteri kelihatan cantik dan bergaya, maka di belikan produk dan pakaian yang cantik seperti yang isteri mahukan.. namun spesis suami begini susah untuk dijumpai.. kepada yang memiliki spesis ini, bersyukurlah dan jagalah dia sebaiknya.. 

Seperti yang TB kongsikan kisah rakan diatas, memang ada juga isteri yang tidak bekerja merasa sangat-sangat membebankan kerana apa jua yang dia mahukan terpaksa meminta suami belikan, dan apabila suami merungut, si isteri mula memendam rasa, sedih dan kecewa.. Namun fikirkan sejenak juga samada hajat yang dikehendaki itu memang perlu ada atau hanya kehendak sahaja? kerana kadang-kadang benda yang tidak perlu terlalu kita inginkan kerana mengikut perasaan, terikut rakan yang lain, mahukan kepuasan, atau nungkin memang hajat itu perlu dipenuhkan kerana ia memang kita perlu?

Isteri yang tidak bekerja hatinya mudah rapuh, sayu dan mudah berkecil hati dengan sesuatu perkara walaupun terpandang wajah suami yang berkerut marah, penat, letih,

So, para suami janganlah kerana isteri yang tidak bekerja itu hanya duduk rumah sahaja, dia dianggap membebankan dan si suami boleh sahaja nak melepaskan marah kepada mereka sesuka hati, 

Sedangkan si suami perlu sedar.. dalam hadith juga ada mengatakan isteri juga pembawa rezeki.. janganlah engkau menyakiti hati isterimu kerana isterimu sentiasa mendoakan setiap langkahmu, kerana isteri juga sentiasa mendoakan kesihatan dan keselamatanmu..

Jangan lah kerana sesuatu masalah kecil, isterimu dijadikan tempat melepaskan amarah mu..  Fikirkan pengorbanan mereka sebelum ini ketika melalui zaman susah bersama korang .. 


Nasihat TB kepada wanita yang bekerja, kalau boleh selepas berkahwin janganlah berhenti kerja, kerjalah selagi boleh.. kumpul duit untuk diri sendiri, untuk simpanan diri sendiri agar bila dah berkahwin dapat membeli apa sahaja yang korang hajati tanpa membebankan suami korang, memang secara basicnya suami akan memenuhi tanggungjawap sebagai suami menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal dan nafkah untuk isteri,

Namun selain daripada itu better korang carilah side income, insyaAllah dengan cara itu dapat membebankan suami dan suami tidak akan terasa korang membebankan dia.

Kalau dah berhenti, cari je kerja apa-apa.. bisnes online ke.. diy barang utnuk dijual ke, berniaga makanan ke atau guna sahaja kelebihan dan kemahiran ataupiun kepandaian yang korang ada..Ada kawan TB walaupun dah tak bekerja, dia pun masih mencari income sendiri untuk buat belanja diri sendiri, dia juga pandai berniaga.. dan disebabkan dia juga pandai menjaga anak, dia mencari pendapatan sampingan dengan mengambil upah mengasuh anak-anak kecil untuk famili yang bekerja.. dari situ dia dapat pulangan lumayan untuk diri sendiri.. dan untuk anak-anak..

haaa.. macam TB dan rakan-rakan lain gunakan blog sebagai punca pendapatan sampingan, 

sambil boring-boring di kedai tu, TB boleh update blog dan sehingga kini blog masih antara yang TB sayang. dan syukur Alhamdulillah bab makeup dan produk semua guna duit sendiri.. cuma ada yang perlu minta suami, boleh je minta.. suami ikutkan aje isterinya ni.. hehe..

Tapi jangan la kita pula yang berlebih-lebihan pula mintanya.. fikir juga kewangan suami tu ye! jangan main order je tau! mudahkan suami kita, Allah mudahkan kita pula.. ye tak? 

Tetapi kalau korang dah ada side income untuk membeli apa sahaja yang korang hajati tetapi si suami tetap nak marah-marah atau tarik muka or buat muka jugak dengan korang.. mungkin itu ada. something wrong somewhere.. beware.. =) 

Dan kepada isteri yang dah pilih hidup bersama suami tercinta, harungilah pahit manis, susah payah bersama suami tanpa fikirkan kekurangan atau kesusahan yang dihadapi.

Semua itu akan menjadi kenangan manis buat korang apabila korang berjaya dan bahagia nanti.. insyaAllah.. Moga rezeki akan seniasa berpihak kepada kita semua.. Aamiin.. Aamiin Yarabbal Alamin.. 


haa.. dan pada isteri yang rasa nak menambahkan pendapatan dan rezeki untuk diri sendiri dan suami serta keluarga, jom ramai-ramai kita amalkan doa dibawah ni dan surah alwaqiah ni.. 

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

TB selalu amalkan Sural alwaqiah ni setiap kali lepas Isyak.. dan TB yakin dengan membaca surah alWaqiah ini Allah akan dengar dan murahkan rezeki TB sekeluarga..

Insyaallah dengan mengamalkan surah al-Waqiah saban hari sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, hidup kita akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat. 

Dengan izin Allah kita akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah supaya kita berkesempatan melaksanakan amal jariah dan meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.




jangan lupa doa ni juga..
Ayat Seribu Dinar, 
baca hari-hari selepas solat


dan juga gambar dibawah ni.. solat.. 
untuk rezeki datang dan takkan kurang ... 


OK ni TB nak share kan jugak untuk isteri dan suami yang telah atau akan berhenti kerja untuk mengikut suami:

1. Belajar untuk redha dan menerima keadaan
Salah satu cabaran utama isteri yang meninggalkan kerjaya adalah ‘low self esteem’. Manakan tidak, suatu masa dulu kita ada kerjaya, rakan sekerja dan gaji bulanan yang boleh dibelanjakan tanpa meminta izin sesiapa.

Setelah meninggalkan kerjaya, kita harus menerima keadaan yang kita tidak boleh berbelanja seperti dulu, cari rakan-rakan baru di kalangan isteri yang tidak bekerja dan bina hidup baru. Dekatkan diri dengan Allah agar diberi kekuatan untuk membina hidup baru bersama keluarga.

2. Cari minat dan erti hidup yang baru
Inilah peluang anda untuk ubah dan memperbaharui hidup anda! Saranan saya adalah keluar dan berjumpa dengan seberapa ramai orang dan cari minat baru.

Cuba perkara yang anda tak sempat lakukan semasa berkerjaya dulu, atau mingkin impian anda suatu masa dahulu; contohnya belajar Bahasa asing (sangat penting terutamanya jika anda berada di luar negara), belajar menjahit, online marketing, bela haiwan atau zumba. Inshallah, anda akan lebih gembira dan dapat menukarkan impian anda menjadi realiti!

Dulu masa bekerja TB tiada masa sangat nak berblog.. dan TB pernah buat blog dan gkemudian tinggalkan begitu sahaja kerana sibuk dengan hal di ofis. Namun selepas berhenti kerja dan mengikuti suami, TB mula berasa ingin aktif dengan blog dan ingin menjadikan blog sebagai pendapatan sampingan TB.

3. Ukur tahap pencapaian
Dalam dunia kerjaya, semua usaha diukur dengan target dan Key Performance Indicator (KPI). Apabila kita mencapai progress yang kita kehendaki, kita kan mencapai sense of accomplishment dan ini akan meningkatkan self esteem dalam diri kita.

Oleh itu, walaupun tanpa kerjaya dalam organisasi, kita perlu adakan target dan KPI untuk dunia baru kita. Misalnya, kalau kita memilih untuk belajar Bahasa asing, mungkin KPI kita adalah untuk lulus Kelas 2 dalam masa 6 bulan. Inshallah kita akan tampil lebih yakin dengan pencapaian kita walaupun orang lain tak tahu.

TB memang kalau buat sesuatu yang TB minat, TB akan pastikan TB nak yang terbaik untuk itu. Dan TB dah merasakan target TB untuk blog dah TB dapat.. TB bersyukur atas segala yang TB usahakan untuk blog TB ni sudah membuahkan hasil yang sangat TB harapakan sebelum ini..

4. Nafkah bulanan dari suami
Adakan perjanjian dengan suami untuk nafkah bulanan mengikut kemampuan suami. Ada sesetengah suami yang tidak memberi nafkah kepada isteri sewaktu isteri bekerja. Maklumlah, isteri tidak perlu meminta pada suami untuk keperluan diri sendiri walaupun suami wajib memberi.

Apabila isteri tidak bekerja, maka suami wajib memberi nafkah mengikut kemampuan suami untuk digunakan mengikut kehendak isteri sendiri, sama ada untuk perbelanjaan diri, sedekah atau simpanan.

Pesan saya untuk semua suami, ingat pengorbanan isteri meninggalkan kerjaya kerana suami dan keluarga. Jangan sampai isteri perlu menagih untuk minta apa yang wajib untuknya.

Kalau isteri masih redha tiada nafkah bulanan kerana memikirkan kewangan tidak mengizinkan, itu tidak mengapa.. asalkan suami tahu apa kehendak isteri dan melayani isteri dan anak-anak dengan penuh kasih sayang.

5. Life Guarantee Letter
Apabila isteri tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada suami, terselit kegusaran sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini seperti suami meninggal/menceraikan kita. Kita tidak boleh buat loan bank kerana tiada income tetap.

Oleh itu perlu ada harta yang boleh kita sandarkan sekiranya perkara itu berlaku. Misalnya, suami boleh memberi ‘Life Guarantee Letter’ dalam bentuk hibah, rumah atau apa-apa juga harta yang boleh memberi jaminan hidup yang selesa bagi keluarga sekurang-kurangnya dalam masa 3 tahun.

Semoga perkongsian ini ada manfaatnya. Wallahu a'lam bissawab.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Daftar--> Jawab Survey--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik YOUGOV dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



03 Julai 2017

SHOPPING RAYA DI ALTHEA DAPAT RAMADHAN LIMITED EDITION BOX SEMPENA RAYA GIVEAWAY FESTIVAL !



SHOPPING RAYA DI ALTHEA
DAPAT RAMADHAN LIMITED EDITION BOX
SEMPENA RAYA GIVEAWAY FESTIVAL !

Wah.. happy giler TB dapat box hijau ni .. memang TB dah lama nak sangat dapat box hijau ni.. sebab box ni limited edition.. takde dijual tau.. dan hanya raya dan ramadhan special ni je la Althea akan keluarkan box hijau yang so.. cute..arghh.. suka giler! bertambah sayang la TB dekat Althea lepas ni.. hehehe.. Oh ya.. TB shopping banyak juga kali ni.. dan paling best TB dapat shopping barang yang TB dah masuk wishlist lama dah.. hehehe.. dan TB terasa terharu sangat-sangat sebab TB dapat dua box.. box yang sangat cute.. satu besar satu lagi kecil;.. Nanti TB review apa isi dalamnya pulak yea.. TB dah up video kat Youtube.. kalau korang nak tenghok boleh terjah SINI yea.. KLIK link bawah ni..




Ok lah.. nanti TB story lebih lanjut ye! jom cuci mata tengok barang yang TB shopping tu di youtube dulu yea! hehehe.. kat bawah ni TB tepek kan link Instagram tu untuk save tarikh terima box comel ni.. 

Yeayyy.. Dapat dah Limited Edition Ramadhan Box yang berwarna Hijau ni.. Heee.. Nak tahu macam mana TB dapat? Heee.. Box hijau yang limited edition ni korang boleh dapatkan semasa shopping di website Althea.kr (selagi stok kotak ni masih Ada la ye. Sebab limited edition memang tak banyak stok).. Haaa.. TB dah bukah kotak TB ni.. Dan TB seronok sangat sebab semua barang cukup, box pun dapat cepat..mcm tak percaya je.. TB bajet lepas raya baru dapat..Alhamdulillah cepat pulak sampainya.. Ehh.. Lupa pulak.. TB dapat satu barang Percuma tau.. Lip matt dari brand mat fix.. Wah... Bestnya. Mentang2 Althea tengah buat RAYA GIVEAWAY FESTIVAL.. laju je shopping dan terkam yang PERCUMA tu ye! Heee.. Kalau nak tau yang Percuma tu.. Korang boleh baca di blog www.tengkubutang.com.. Tapi selagi stok masih Ada gak tauu.. So kena cepat2 shopping di www.althea.kr.. Ok.. Bye #Giveaway #Althea #altheakorea #altheamalaysia #kbeautyhaul #KBeauty #rayagiveawayfestival #xoxo #limitededition #limitededitionramadhanbox #limitededitionbox #makeuplover #koreanmakeup #beautylover #reviewbytengkubutang #malaysianblogger
A post shared by 🇹🇪🇳🇬🇰🇺🇧🇺🇹🇦🇳🇬 (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on

Tadi gambar.. Ni video plak.. Banyak happy sangat dapat shopping dekat @atlheakorea sebab semua barang-barangnya susah nak cari kat Malaysia sebab item2 dari Korea dan sesiapa yang minat produk dari KBeauty ni.. Mesti rambang mata shopping kat website www.Althea.kr ni. Hik Hik.. Apa2 pun.. Nanti Teman up satu video Kat Youtube dan blog www.tengkubutang.com.. Heee.. Sorry my English berteraboq.. Sebut nama produk pun tersasul masul.. Sempena kehadiran Hari Raya Aidilfitri 2017 tidak Lama lagi, Althea telah mengadakan Raya Giveaway Festival dimana anda berpeluang mendapat Limited Edition Ramadhan Box ini.. Dan juga Produk/item secara PERCUMA yang tersenarai dalam list Raya Giveaway Festival ini.. #Giveaway #Althea #altheakorea #altheamalaysia #kbeautyhaul #KBeauty #rayagiveawayfestival #xoxo #limitededition #limitededitionramadhanbox #limitededitionbox
A post shared by 🇹🇪🇳🇬🇰🇺🇧🇺🇹🇦🇳🇬 (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on


PENGHANTARAN PERCUMA pada Pesanan di atas RM99! Haa.. best kan! FREE SHIIPING kottt.. Alanag-alang dah shopping, apasalahnya shopping lebih sikit.. jimat tang shipping kan.. kalau tak, nanti kena bayar shipping fees pun alahai.. banyak gak tu.. hehehehe.. so, pastikan shopping melebihi RM99 tau! Tapi nak gitau gak la.. Kalau belian kurang dari RM99 pun, harga shipping hanya RM18 je pun.. tanpa risau berat produk yang korang beli. haa.. apa lagi.. jom shopping cepat! 

Website: www.althea.kr

Instagram: @altheakorea


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Daftar--> Jawab Survey--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik YOUGOV dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



Hansaegee Nature Shop Sedang Buat Riang Ria Raya Sale untuk ALL ITEMS !!

Hansaegee Nature Shop Sedang Buat
Riang Ria Raya Sale untuk ALL ITEMS !!


Jom Shopping! ada Riang Ria Raya Sale untuk ALL ITEMS you all.. sape-sape yang nak comel lote walaupun selepas raya.. moh kita pakat serbu website hasnsaegee shop ni.. jommm.. kot boleh cantik macam Fyna Here sape tauu! jomm!






------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Daftar--> Jawab Survey--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik YOUGOV dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers