Menang Natural / Homemade Balm dari
Contest Must Love Giveaway by Auroma Scents
Hai.. Assalammualaikum.. TB lupa nak review tentang hadiah yang TB dapat lselepas raya hari tu.. TB ada join Giveaway dekat blog blogger ZAHIRAH guna blog contest TB iaitu BLOG OYEKE tu.. tak sangka pulak boleh jadi salah seorang pemenang daripada 5 orang yang tersenarai tu.. Alhamdulillah.. tapi TB ni join je Giveaway tu, tak tahu pulak hadiahnya balm..TB ingatkan minyak wangi.. hehehehe.. sebab nama dia Auroma Scents kan.. Bila dapat hari tu.. TB buka dan baru tahu ianya sejenis balm.. ada 5 jenis balm yang TB dapat.. bekasnya alahai comey giler.. suka TB tauu!
Yang Tb dapat ni TRAVEL PACK #auromascents yang ade 5 mini balm (bedtime,vapour,skin soothe,itch no more & happy Tummy) dan saja TB tinjau-tinjau harga untuk Travel Pack ni berapa sebenarnya.. rupa-rupanya murah aje.. 5 balm ni boleh dapat dengan harga RM55 (FREE postage).. Eh.. Tapi harga rm55 ni masa promosi raya ritu tau.. harga sekarang ni TB tak pasti.. kalau nak tahu korang kenalah terjah link Auroma Scents dibawah ni atau nak senang whatsapp je terus no tertera dibawah tu ye!
Pastu TB bacalah kegunaan untuk semua balm tu.. wah.. bestnya.. macam-macam ada.. Tapi TB baru guna 2 aje iaitu Vapor Rub dan Happy Tummy Rub sebab hari tu kebetulan minyak telon yang TB gunakan untuk sapu perut baby tu dah kehabisan, so TB pun try la Happy Tummy Rub tu dan kebetulan juga baby TB masa tu sedang demam dan selsema sebab tumbuh gigi, dah belajar duduk dan beralih bulan ( masuk 7 bulan dah).
TB terima barang ni pada awal bulan Julai 2017 (saja nak tepek sini) . dan 5 jenis balm yang TB terima tu ialah, sila lihat dibawah ni yea.. mungkin sticker nya telah diperbaharui .. yang TB dapat ni design sticker yang lama kot.. apa-apa pun ia tetap produk yang sama dari Auroma Scents ye!
1) Bedtime Balm
(Sesuai untuk newborn, kanak-kanak & dewasa)
Mengandungi Sheabutter,beeswax,sweet almond oil,grapeseed oil
Gabungan Lavender essential oil, Cedarwood essential oil, Lime essential oil, Vanilla essential oil, Orange essential oil dan beberapa essential oils lagi membantu si kecil tidur lebih lena dan mendapat qualiti tidur yang baik supaya mereka kurang meragam & bau yang menenangkan membantu mengurangkan hyper & tantrum si kecil. Sesuai digunakan sebagai stress relief dan mengurangkan migrain akibat stress.
Cara Penggunaan :
Sapukan pada sekitar dahi (temple head, between kening,brain stem tengkuk) bahu dan betis setiap malam/kegunaan harian/bila perlu.
Kalau ibu-ibu atau siapa sajalah yang terasa badan seram-seram sejuk, badan sakit-sakit mungkin sebab restlest. Kepala denyut-denyut, tengkuk rasa sengal-sengal...Haa.. Bed Time Rub ni seuai untuk korang.. cara-cara nak sapu mudah je.. Lumur 1 badan dengan #bedtimerubbyauromascents pastu hidu bau balm ni memang membantu kurangkan mood swing sebab sakit2 badan.
.
Mommy yang morning sickness pon boleh gunakan bedtimerub ni utk kurangkan rasa loya dan sakit2 badan .
2) Vapour Rub
(Sesuai untuk newborn, kanak-kanak & dewasa)
Mengandungi Sheabutter,beeswax,sweet almond oil,grapeseed oil
Gabungan Lavender,Peppermint,Myrtle,lemon essential oil dan beberapa lagi essential oil yang effective membantu mengurangkan simptop-simptom selsema, sinus, batuk, dan membantu menurunkan suhu demam dan mengurangkan kesesakkan nafas (asthma) dan blocked nose akibat selsema.
Cara Penggunaan :
Sapukan pada dada,belakang badan dan tapak kaki. Boleh disapu pada batang hidung untuk mengurangkan blocked nose dan sinus. Untuk batuk dan selsema TB sapukan Vapor Rub ni pada dada baby dan belakang baby.. Cara TB sapu, TB sapu pada tapak tangan TB dulu pastu ratakan di belakang baby.. dan calitkan sedikit ke hidung baby.. sikit je tau.. kang baby sapu hidung plak kalau dia rasa runsing ada minyak kat hidung dia.. huhuhu..
Kenapa sapu dekat tapak kaki ? Selain dari sapu dekat sekitar badan & kepala. Boleh refer gambar Dekat tapak kaki ni ade point2 vitaflex. Semua organ kita ade dekat tapak kaki.. Auroma scents tu boleh guna hari-hari sapu dekat tapak kaki anak / korang yang tengah demam atau tak sihat setiap malam. InsyaAllah cepat sihat dengan izin Allah.
3) Happy Tummy Balm
(Sesuai untuk newborn, kanak-kanak & dewasa)
Mengandungi Sheabutter,beeswax,sweet almond oil,grapeseed oil
Gabungan Lavender,Peppermint, lemon essential oil dan beberapa lagi essential oil yang membantu melegakan simptop-simptom stomach discomfort seperti kembung perut, sakit perut, sembelit, dan cirit-birit. Juga bantu melegakan period pain.
Cara Penggunaan :
Sapukan pada bahagian perut mengikut ARAH JAM jika kembung/sembelit & LAWAN JAM jika sakit perut/cirit birit.
So, untuk perut TB gunakan Happy Tummy Rub ni .. sapu di perut dan dibahagian tapak kaki Baby, Sapu di betis dan paha sikit..
4) Itch No More Balm
(Sesuai untuk newborn, kanak-kanak & dewasa)
Mengandungi Sheabutter,beeswax,sweet almond oil,grapeseed oil
Mengandungi Lavender, Lemongrass essential oil dan beberapa lagi jenis essential oil digunakan sebagai "insect repellent" juga bantu mengurangkan bengkak dan gatal akibat gigitan serangga.
Cara Penggunaan :
Sapukan pada kulit yang terdedah (lengan,kaki,muka) sebagai insect repellent dan sapu pada gigitan nyamuk/serangga untuk kurangkan kegatalan & bengkak.
5) Skin Soothe Balm
(Sesuai untuk newborn, kanak-kanak & dewasa)
Mengandungi Sheabutter,beeswax,7 jenis carrier oil.
Mengandungi Lavender essential oil, frankincense (kemenyam arab) essential oil, Geranium, Tea tree oil membantu melembabkan kulit kering sesuai untuk ekzema,ruam lampin, PSO dan membantu mengecutkan jerawat & melembabkan bibir yang kering & tumit merekah.
Cara Penggunaan :
Sapukan pada kulit yang kering seperti tumit kaki & bibir. Sapu nipis pada kulit yang ruam,ekzema atau jerawat dengan kerap.
Setiap balm/rub diperbuat dengan bahan-bahan semulajadi,organik dengan campuran 100% natural therapeutic grade essential oils (pure oil) dan sesuai digunakan oleh setiap peringkat umur kerana tidak panas/hangat bila disapu pada kulit, insyaAllah
Review JUJUR dari TB :
TB baru guna dua balm.. iaitu Happy Tummy Rub dan Vapor Rub. TB dah try sapu ke baby selama 2 hari .. dan apa yang TB boleh katakan.. memang ianya semulajadi sebab tiada bau bahan kimia, bau lembut macam bunga segar adalah tau.. lepas tu ada bau peppermint yang fresh sangat dan TB tengok lepas sapu balm Vapor Rub tu baby TB lena je tidr dan rasanya bila sapu sikit kat batang hidung dia, berkesan untuk redakan hidung tersumbat dia.. hemm.. korang patut ada semua ni di rumah.. senang nak bawa, kecil je.. comel je.. lepas tu tak berbau chemical.. sure lah kan! sebab 100% chemical FREE.. haa.. kalau nak tengok lebih jelas boleh video video TB kat bawha ni yea! jangan lupa LIKE dan Follow link Auroma Scents kat bawha ni tau! Ok.. byeee..
Follow Blog dan Google + Celoteh Mamy Si Kekris
Follow Instagram (ig) Auroma_Scents_Hq
Follow Instagram (ig) Fa_Zahirah
Like/follow Facebook Auroma Scents Hq
#travelpack #auromascentsterapibalm #homemadeproductbyauromascents #homemadebalmbyauromascents #auromascents
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
PERCUMA!
Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another )
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free )
Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana??
Daftar--> Jawab Survey--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana??
Nak tebus barang FREE???
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt..
Join WOOP cepattt!!
Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??
Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!