Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

22 Disember 2017

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Dalam kepesatan zaman teknologi yang semakin canggih, ramai peniaga suka berniaga secara online untuk menambah pendapatan mereka disebabkan oleh taraf hidup yang semakin hari semakin meningkat. Jika harapkan duit gaji bulanan tanpa melakukan kerja tambahan, agak sukar untuk menampung perbelanjaan seharian.

Bagi menjamin kewangan yang kukuh dalam jangka masa yang panjang, anda perlu menjadi seorang yang bijak dalam merancang perniagaan anda. Melabur adalah satu urusniaga paling mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan keuntungannya adalah berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan.


Disebabkan oleh keuntungan yang lumayan inilah yang membuatkan ramai orang mengambil keputusan untuk melaburkan wang dalam pasaran kewangan terbesar di dunia iaitu pasaran pertukaran asing (Forex). Tambahan lagi dengan adanya kuasa internet yang meluas dapat memudahkan lagi urusniaga pelaburan di pelusuk dunia.


Apakah Itu Forex?



Forex adalah singkatan nama bagi FOReign EXchange atau lebih mudah difahami dengan urusniaga perdagangan/transaksi matawang yang boleh dilakukan selama 24jam secara berterusan tanpa henti. Perdagangan/transaksi ini memperdagangkan mata wang sesebuah negara terhadap mata wang negara yang lainnya yang melibatkan pasaran wang utama di dunia.


Dikatakan pasaran Forex ini mempunyai pasaran yang sangat kukuh sehingga mampu mengalahkan mata wang asing yang terbesar dan nilai transaksi pasaran forex mencapai nilai trilion sehari. Oleh kerana itu juga lah ramai prospek yang semakin ramai melabur dalam perdagangan Forex kerana ianya sangat menguntungkan.

Kenapa Anda Perlu Memilih Forex?

1. Modal Kecil.



Untuk mula melabur dalam pasaran Forex tidak memerlukan modal wang yang banyak. Anda hanya perlu membeli sejumlah minimum saham yang ditetapkan sebagai permulaan pelaburan anda. Dengan jumlah minimum ini dapat memberikan peluang kepada anda yang berminat dalam pelaburan Forex.

2. Untung Besar.

Tidak dinafikan lagi bahawa pasaran Forex memberikan lebih banyak faedah serta keuntungan daripada kerugian. Dengan melabur secara rasional dapat membantu anda menikmati pulangan keuntungan  yang berlipat kali ganda dan lebih lumayan daripada apa yang anda jangkakan.

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Forex telah menjadi satu alternatif pelaburan yang semakin hari semakin popular diperkatakan oleh pelabur. Ini disebabkan oleh ROI ( Return On Investment) daripada Forex memberikan keuntungan yang cepat. Akan tetapi, sekiranya anda tidak mempunyai ilmu pelaburan Forex yang mencukupi akan menyebabkan anda berhadapan dengan risiko kerugian.


Bagi menguruskan kewangan yang baik, anda perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya terutamanya dalam pelaburan Forex ini. Sebagai persediaan untuk memulakan pelaburan, anda perlu mendapatkan ilmu dan maklumat pelaburan yang betul untuk menjadikan anda seorang pelabur yang bijak. Antara perkara-perkara yang perlu anda fikirkan ialah :  


1. Mempunyai modal melabur yang mencukupi.
2. Ketahui matlamat atau tujuan pelaburan.
3. Mendapatkan ilmu yang betul daripada sumber yang sahih dan dipercayai.
4. Fahami apa yang diajar dan dapat menguasai ilmu sepenuhnya.
5. Mampu membuat keputusan sendiri.
6. Sentiasa mengikuti per­kem­bangan semasa pelaburan.
7. Membuat pembelajaran sendiri dengan membaca.


Mungkin agak sukar untuk anda memikirkan semua ini sekiranya anda tidak mempunyai ilmu dalam pelaburan. Lebih-lebih lagi sukar untuk mencari maklumat yang boleh dipercayai. Adalah lebih mudah sekiranya anda belajar Forex dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0 yang dianjurkan oleh PIPSEMPIRE ACADEMY.

Kenapa Anda Perlu Menyertai Forex Masters Summit 1.0

1. Yuran Hanya Bayar Sekali Sahaja.

Dengan bayaran yuran sekali sahaja, anda akan dapat sertai kelas Forex berkali-kali. Tawaran istimewa ini hanya untuk mereka yang menyertai kelas anjuran Pips Empire Academy sahaja dan anda boleh bandingkan yuran kelas lain yang hanya menawarkan kelas secara on off dengan bayaran yuran yang mahal.

2. Kelas Selama setahun.

Dengan kadar yuran yang murah sekali bayar, anda akan menikmati kelas penuh selama 3 hari dan kelas pada setiap hari Isnin selama setahun. Dalam masa setahun ini anda boleh belajar sampai pandai dan boleh bertanya apa-apa soalan pada guru yang mengajar. Sangat menguntungkan bukan?

3. Silibus Yang Mudah Faham.

Kelas Forex Master  menyediakan silibus yang mudah difahami dengan strategi yang ringkas dan terbukit berkesan. Pembelajaran juga dilakukan secara bersistematik dan mempunyai silibus bagi memudahkan lagi pelajar memahami Forex dalam jangka masa selama setahun bagi menguasai ilmu Forex sepenuhnya.

4. Kemudahan Pembelajaran Yang Lengkap dan PERCUMA.

Selain mempunyai silibus yang mudah difahami, anda juga akan diberikan analisis percuma, signal percuma serta webinar percuma. Tambahan lagi anda akan dapat menyertai networking komuniti yang mempunyai sistem yang mantap dan berterusan daripada aplikasi telegram, whatsapp dan facebook.


Lebih menarik lagi sekiranya mempunyai Trading Floor di Singapura, Shah Alam, Melaka, Sabah dan tempat-tempat lain, anda boleh pergi bercuti sekali. Malahan kalau kebetulan berada di Shah Alam atau Melaka, boleh masuk kelas di sana secara percuma. Paling penting ialah dilengkapi dengan kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders).

5. Tenaga Pengajar yang Berkemahiran Dan Berpengalaman.



Untuk berjaya, anda perlu belajar daripada mereka yang mahir dan berpengalaman dalam sesuatu bidang. Disebabkan itu, PipsEmpire Academy menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran serta berpengalaman dalam pasaran Forex untuk kelas belajar Forex ini.

6. Mempunyai Kelas Fast Track Trader.

Kelas Fast Track Trader Ini adalah satu satunya kelas untuk menjadikan anda seorang professional dan international trader dalam masa yang singkat. Pendek kata, ia adalah shortcut journey of Trade dimana anda boleh mengikuti kesemua program PipsEmpire Academy secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa.

Kelebihan Kelas Fast Track Trader.

  • IB Training PERCUMA.
  • Daily Signal PERCUMA.
  • Maklumat PERCUMA.
  • Webinar PERCUMA.
  • Silibus yang MUDAH difahami.
  • Perkongsian lebih 50 strategi yang mudah dan ringkas serta terbukti berkesan.
  • Pengajaran secara sistematik dan bersilibus.
  • Tenaga pengajar yang berkemahiran dan berpengalaman.
  • Support sistem yang mantap dan berterusan (telegram, whatsapp dan facebook).
  • Kemudahan pembelajaran yang lengkap!
  • Business To Business
  • Kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders)
  • Secret Techniques

7. 6 Speaker Hebat.



Pada Forex Masters Summit 1.0 akan menampilkan 6 speaker hebat dalam bidang pelaburan pasaran Forex ini untuk berkongsi pengalaman mereka kepada anda. Antara 5 speaker yang hebat ialah Mario Singh, Wayne Ko, Ahmad Zaki, Ibrahim, Zulhilmi dan Aun Khairul.


Mario Singh.



Mario Singh merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fullerton Markets dan pengurus Forex yang terkenal diserata dunia sebagai pendidik FOREX. Beliau telah mendapat latihan perbankan swasta dari Julius Baer (Bank Swiss yang terbesar di dunia dengan aset 340 Billion di bawah pengurusan CHF) dan perbankan ICBC (salah satu perbankan komersial terbesar di dunia dengan permodalan pasaran pada 269 Bilion.


Beliau juga adalah seorang pakar yang sentiasa mendapat perhatian ramai di dalam industri FOREX ini. Beliau juga telah muncul lebih 40 kali dalam rancangan CNBC dan Bloomberg. Seramai 350 juta penonton diseluruh dunia menonton setiap kali beliau menampilkan diri dalam berkongsi tentang pelaburan Forex ini.      


Wayne Ko.



Wayne KO adalah Ketua Penyelidikan dan Pendidikan di Fullerton Market. Beliau memberikan perkhidmatan “thought-provoking analysis” dan idea perdagangan kepada beribu pelanggan di seluruh dunia. Beliau sendiri adalah perdagang yang ternama yang mesra dan bersemangat membuatkan ramai orang dari seluruh dunia ingin mempelajari rahsia kejayaan beliau.


Sebagai seorang penceramah di peringkat antarabangsa, beliau telah berucap di depan beribu perdagang dan pelabur dari pelbagai negara di seluruh dunia termasuklah Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Australia dan China. Ucapan beliau dalam berkongsi pengalaman berdagang tidak pernah membosankan para pendengar.  


Ahmad Zaki.



Ahmad Zaki merupakan Pengasas akademi SIMPLYFX FOREX dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri FOREX. Beliau juga telah dianugerahkan tempat pertama untuk dua tahun berturut-turut di dalam pertandingan FOREX yang di adakan di Singapura. Beliau juga adalah orang kuat di belakang penubuhan jutawan “SUPER SCALPER TRADERS”.


Selain itu beliau juga adalah seorang pengasas teknik/strategi khas yang telah terbukti berjaya di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga baru sahaja dianugerahkan sebagai GRAND CHAMPION 2017 daripada Fullerton Markets.  Bukan calang-calang orang beliau ni.


Ibrahim.



Ibrahim adalah perdagang profesional dan pengurus dana proprietari. Beliau adalah orang yang tepat untuk berkongsi dan belajar strategi perdagangan. Beliau juga adalah pengarah pendidikan di SIMPLYFX. Beliau mula berdagang di dalam pasaran FOREX pada 2012 dan mempunyai rekod peribadi yang baik dengan 1000% pulangan pelaburan dalam masa hanya dua bulan. Beliau telah melatih lebih daripada 3000 perdagang dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.


Zulhilmi.



Zulhilmi Yusoff adalah pedagang forex sepenuh masa dan merupakan salah seorang mentor di PipsEmpire Academy selepas tiga tahun menjadi ejen Unit Trust. Beliau mempunyai dua tahun pengalaman dalam FOREX. Pengasas teknik membunuh FusionFIBO yang diasaskan daripada FIBO yang asal, yang mana ia sudah terbukti sebagai satu strategi yang sangat efektif untuk perdagang scalping, intraday dan swing. Beliau telah mengajar dan membangunkan ramai pedagang yang konsisten dan berjaya.


Aun Khairul.



Aun Khairul diibaratkan sebagai kisah klasik “Zero To Hero” di dalam FOREX. Beliau telah diperkenalkan kepada Forex oleh SIMPLYFX Malaysia. Setelah berjaya, beliau kini adalah mentor dan menguruskan PIPS EMPIRE MALACCA TRADING FLOOR hanya selepas dua tahun aktif di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga turut dikenali sebagai pakar perdagangan emas dengan memberikan analisis harian yang tepat dan hampir sempurna untuk perdagangan emas.  

8. Lokasi Yang Strategik.



Forex Masters Summit 1.0 2018 akan diadakan di IDCC (Ideal Convention Centre) Shah Alam yang merupakan tempat yang sangat strategik dan selesa untuk semua peserta. Antara kemudahan yang ada dan berdekatan di sini adalah :  
  • Parking Percuma
  • Makan 3x (Breakfast, Lunch, Tea Break)
  • Dekat dengan hotel (Mewah / Murah) From RM108/night
  • Budget Hotel RM86/night.
  • Easy access Federal Highway
  • Wifi Percuma

Daftar Minat Anda Percuma SEKARANG!!!
Berminat untuk melabur dan ketahui lebih lanjut tentang Forex? Rebut peluang ini dengan menyertai Forex Masters Summit 1.0 sekarang kerana tempat adalah terhad. PipsEmpire Forex class dan Fast Track Trader Program juga menawarkan pakej dengan harga yang tak masuk akal. Jadi, daftar minat anda percuma sekarang juga. Jangan tunggu lama-lama.

Nama Penuh
Email:
No Telefon:

We respect your email privacy


19 Disember 2017

SENARAI HADIAH & PENAJA TENGKUBUTANG'S GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY HUBBY & HARRAZ!

SENARAI HADIAH & PENAJA
TENGKUBUTANG'S GIVEAWAY!
HAPPY BIRTHDAY HUBBY & HARRAZ!

Bismillahirrahmanirrahim.. Hai.. Assalammualaikum.. TB kembali lagi dengan Giveaway terbaru.. Sempena Birthday dua orang kesayangan TB iaitu my hubby dan my baby Harraz.. Sebenarnya Birthday Harraz dah lepas,pada 30hb November baru-baru ni, Tapi TB selitkan juga dalam entri ini sebab TB terlupa nak buat entri khas untuk harraz masa birthday hari tu.. haha..

Memandangkan Birthday hubby TB bulan Disember ni, so, TB tujukan 1 entri ini untuk mereka berdua.. hehehe..

TB just nak up SENARAI HADIAH & PENAJA TENGKUBUTANG'S GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY HUBBY & HARRAZ! ni untuk tatapan semua.. InsyaAllah.. kalau tak petang ni start.. maybe hari esok (Rabu) TB start adakan Giveaway ni yea! Tengok tahap free TB macam mana lah yea!

InsyaAllah Giveaway ini akan berlansung dari 20/12/2017 sehingga 31/12/2017 dan InsyaAllah pengumuman pemenang akan dibuat pada  3/1/2018.. Jemput join ramai-ramai tau !


HADIAH YANG BAKAL KORANG MENANGI IALAH :


HADIAH WANG TUNAI :




BERIKUT ADALAH SENARAI PENAJA YANG BAIK HATI SPONSOR GIVEAWAY KALI NI.. THANK YOU SO MUCH..


WANG TUNAI RM50 X 1 PEMENANG
Nor Marshaliza Shaidan
marshalizadotcom IG


WANG TUNAI RM30 X 1 PEMENANG
WANG TUNAI RM20 X 1 PEMENANG
Qiya Saad
Qiya Saad BLOG


WANG TUNAI RM 20 X 1 PEMENANG
Lisa Nurulain 
mawar_Biru89 IG


WANG TUNAI RM10 X 3 PEMENANG
Eintan Nurfuzie 
eintan_nurfuzie IG


WANG TUNAI RM 10 X 2 PEMENANG
Sumariati Iskandar 
Shaklee_Segamat IG


WANG TUNAI RM10 X 2 PEMENANG
Helmi Julia
Kasih Juju FB


WANG TUNAI RM15 X 1 PEMENANG
Raden Galoh
syahoneykittyshoppe


WANG TUNAI RM10 X 1 PEMENANG
Nor Afdilah Lias 
afdilah17 IG


WANG TUNAI RM10 X 1 PEMENANG
HYPERGRAFIX
Hypergrafix FB Page


WANG TUNAI RM10 X 1 PEMENANG
Zaza iman 
Zaza Iman IG


WANG TUNAI RM 10 X 1 PEMENANG
Lea Azleeya
lea_azleeya IG


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Terima kasih kepada para sponsor kerana sudi menyokong Giveaway TB kali ni.. Jasa korang amat TB kenang dan appreciate sangat-sangat! Hope Giveaway ini berlansung dengan jayanya.. Aamiinnn.. Tunggu yea.. dan jangan lupa join.. ajak kawan-kawan join sekali.. hehehe.. 



18 Disember 2017

PENGALAMAN SHOPPING DI WEBSITE JAYA GROCER ONLINE


PENGALAMAN SHOPPING DI
WEBSITE JAYA GROCER ONLINE

Wah.. hari ni TB buat pertama kalinya shopping barang mentah dekat Jaya Grocer Online. Macam tak percaya pulak.. haha.. hati membuak-buak nak try shopping online sebab dapat tahu untuk belian pertama dapat FREE DELIVERY dan harga yang ditawarkan adalah sama dengan Pasaraya. Tu yang TB pun tak teragak-agak nak shopping kat Jaya Grocer, nak pulak ada banyak barang yang TB cari ada kat situ.. 

Memang amat memudahkan surirumah yang tiada masa nak keluar membeli barang keperluan dapur. Macam TB lak.. transport problem, nak keluar  kemana-mana macam payah le pulak. So, TB rasa beli secara online pun ok kan..

BARANG SAMPAI DITANGAN DENGAN CEPAT DAN SELAMAT, ON TIME!
Yea.. itu yang paling TB puas hati, masa checkout tu ada tulis situ waktu delivery dalam jam 12pm-1pm .. Ingatkan bajet dalam nak dekat-dekat pukul 1 baru sampai, tapi tiba-tiba dapat call.. jam 12.20 macam tu, orang dari Jaya Grocer call kata runner dia ada depan pintu dah.. Fuh! terkejut.. haha.. dah sampai rupanya barang yang TB order..

BARANG DAH SIAP BAYAR ONLINE
TB bayar online je guna iPay88 transaction.. senang macam tu kan.. Tapi macam biasalah kan.. kena masukkan nombor kad bank dan butir-butir lain.. so, standby kad debit korang kat sebelah kornag yea.. tak perlu nak bangun-bangun selongkar beg pulak pastu.. haha..

TB pun buka pintu dan ambil barang tu.. orang tu suruh check isi barang tu OK ke tak, cukup ke tak.. TB dah check ok semuanya.. so, orang tu suruh sign kat henfon dia tu (aplikasi terkini, tak main sign kertas dah) .

CARA-CARA NAK SHOPPING DI JAYA GROCER 
Haa.. Jom tengok STEP2.. kat bawah ni.. 

Mula-mula buka website Jaya Grocer dulu .. lepas tu korang akan nampak tetiba keluar popup macam bawah ni.. korang isilah poskod korang.. nanti website akan detect adakah lokasi korang dekat dengan Jaya Grocer area situ..  


Masukkan Poskod alamat korang



Haa.. lepas tu, apa yang penting korang mesti daftar dulu sebelum membeli.. 
Kalau nak mudah.. daftar je guna akaun Facebook korang.. TB buat camtu je.. 



Kemudian update la detail address korang untuk delivery nanti..
  

Pilih barang apa nak beli, klik berapa jumlah nak beli, then klik add to chart



Haa.. yang ni yang TB shopping tadi.. heeee.. Saja TEST dulu..
Sikit je pun sebut memikirkan tak tau apa lagi nak beli.. haha..
so Total dia rm 38.95 untuk 3 barang .. FREE DELIVERY sebab baru 1st time..



Yang ni TB punya rekod.. hehehe.. Kalau nak shopping barang yang sama, tengok je balik rekod ni dan boleh repurchase again untuk ke dua ketiga kalinya.. hahaha.. senang kan!

Actually kan, ada satu screenshoot yang TB buat tadi dah terpadam, lupa nak save, yang tu ialah gambaran proses macam mana perjalanan barang yang kita order tu.. macam tracking numbe rtu la kan..status pergerakan barang tu sampai mana.. tapi TB tak sempat nak save.. haha.. dari situ korang tau la barang tu dah pack ke belum, tengah celivery ke.. haa.. senang kalau trace dari situ, so, standby je depan pintu.. hehehehe.. 

Haa.. TB dah dapat barangnya dan paling best TB puas hati sangat untuk pembelian yang pertama kali ni.. InsyaAllah boleh shopping lagi.. nak beli chocolate untuk kek Harraz plak.. hehehe.. 

Jom Shopping kat  Jaya Grocer




RESEPI SANDWICH BURGER SIMPLE DAN SEDAP!

RESEPI SANDWICH BURGER SIMPLE DAN SEDAP!

Haa.. TB nampak kat timeline tadi lalu benda ni.. macam nak buat je.. tapi kena cari bahan-bahan dia dulu.. Kadang selalu dengan hubby kami ni tak tau nak makan apa dah, Nasi macam dah jemu, so.. boleh la juga nanti tukar-tukar menu sandwich ni pulak.. jom tengok resepi sis ni.. boleh buat makan pagi-pagi.. malam pun boleh gak ni.. hehehehe..

Puas fikir nak masak apa untuk breakfast, last last buat sandwich burger je. Nak buat pun senang. 

RESEPI SANDWICH BURGER SIMPLE DAN SEDAP!

Bahan2:
2 keping patty burger ayam Ramly
2 biji telur dipukul biasa2 je
2 keping cheddar cheese
Salad (apa2 pun boleh. Saya suka guna baby butterhead atau baby romaine)
Tomato hiris (kalau nak)
Sos cili, mayonnaise

Cara-cara:
1. Goreng patty ayam sampai masak. Tak payah letak minyak sebab minyak pada patty ayam tu dah cukup.
2. Angkat patty, tuangkan telur sedikit dan cepat2 letak patty ayam yg dh masak tu atas telur. Ulang sehingga kesemua permukaan patty ayam dibalut telur. Tunggu hingga telur masak dan angkat.
3. Kita dah boleh start susun sandwich dgn urutan: roti, cheddar cheese, salad, sos cili dan mayonnaise, patty ayam bersalut telur dan last sekali roti.

Siap untuk dimakan. Boleh potong 4 bahagian untuk senang dimakan. Selamat mencuba..


TAK FAHAM GAK? NAK MUDAH LAGI?? MEH TENGOK GAMBAR STEP BY STEP DIBAWAH NI.. MOGA MEMBANTU .. 









Gambar dan Resepi credit to: 
Siti Nor Zainab Taib


14 Disember 2017

LIFEBUOY DAN GLOBAL HANDWASHING DAY - 15 OKTOBER 2017

LIFEBUOY DAN GLOBAL HANDWASHING DAY
- 15 OKTOBER 2017

Haa..  petang-petang gini TB nak share tentang sambutan hari Mencuci Tangan dengan betul bersama Lifebouy ni.. hehehe.. Sempena tahun ke-10 Global Handwashing Day, tahun ini Lifebuoy sedang merayakan sambutan terbesar dengan kempen '#High5forhandwashing' untuk menggalakkan kesedaran Cara Mencuci tangan yang betul di seluruh dunia.

Trademark bagi kempen ini dilakukan dengan Perbuatan memberikan High 5 bukan hanya tanda sejagat yang menghubungkan orang di seluruh dunia melalui ucapan dan perayaan, kini mengambil peranan sebagai "tanda" bahawa kita yakin tangan kita bersih . Jom buat High 5.. hehehe..

Menjaga tangan agar sentiasa bersih melalui cara mencuci tangan dengan betul adalah salah satu langkah yang paling penting dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan seseorang.


Melalui kempen '# High5forhandwashing', Lifebouy menggalakkan orang ramai untuk memuat naik foto 'High 5-ing' yang paling kreatif di platform media sosial mereka untuk menandakan ikrar mereka untuk tangan yang bersih dan yakin.

Untuk setiap gambar yang dimuat naik di media sosial dengan hashtag #High5forHandwashing, Lifebuoy berkomited untuk mengajar lima kanak-kanak yang betul-betul membasuh tangan. Oleh itu, lifebouy dengan sukacitanya mengundang anda untuk mengambil bahagian dalam kempen menyertai komitmen Lifebuoy untuk mengajar 1 juta kanak-kanak dengan kebiasaan membasuh tangan yang betul pada 2018 dengan mengumpul 200,000 High5s.



06 Disember 2017

DAFTAR, KEMASKINI DAN SEMAK BR1M / BRIM TERKINI (2018)

DAFTAR, KEMASKINI DAN SEMAK BR1M / BRIM TERKINI (2018)

TB Dah kemaskini 06/12/2017 tadi.. heee.. tapi tak pasti dapat ke tak.. TB dah 2 tahun tak dapat BRIM tau.. Sampai kecewa je nak isi form kemaskini tapi saja try lagi tahun ni.. kut ada rezeki Harraz, boleh mama repair kereta guna duit tu ke, boleh bawajk harraz jalan-jalan, boleh beli barang Harraz ke, baju Harraz ke.. semua demi Harraz je sekarang ni.. huwahahaha.. simptom jadi jadi mak orang ni.. gini ehhh?? segalanya demi anak.. Diri sendiri berkudis pun tak berubat-ubat sampai sudah.. eh.. bukan kudis yea.. Psoriasis.. haha.. 

Status kelayakan lulus BR1M 2018
hanya boleh disemak secara 
berperingkat mulai Februari 2018

Tarikh Permohonan dan kemaskini BR1M 2018 boleh dibuat bermula dari 06 November hingga 31 Disember 2017.

Haa.. korang dah kemaskini ke BR1M/BRIM korang?? Cepat update kang tanggu-tangguh terlupa pulak, kang melepas duit tambah2 korang.. hehe.. ni teman saja tepek maklumat/info ni dalam entri ni, nanti nak semak takde lea tergagau2 mencari link sampai war2 kat wall FB mintak tolong kawan2 kasi link BR1M.. kikiki.. itu kes malas namanya.. hu3.. sekarang tak malas dah.. tengah rajin ni.. mehehehe..

Sape-sape yang nak kemaskini tu atau nak daftar ke atau kalau nak semak nanti boleh lea nengok2 kat sini yea linknya.. Gi jea terus kat link ni haa-->




Jadual Pembayaran BR1M 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh pembayaran rasmi akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas dimaklumkan oleh e-BR1M. 


Jadual pembayaran BRIM 2018 terkini

BR1M 2018

Kategori 1 : 
Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k
Jumlah Bantuan RM450
Februari 2018 : RM450 (Akan dikemaskini)

Kategori 2 : 
Isi rumah 
(Pendapatan Bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 sebulan)
Jumlah Bantuan RM900
Ansuran Pertama : RM300 : Februari 2018 (Akan dikemaskini)
Kedua : RM300 : Jun 2018 (Akan dikemaskini)
Ansuran Ketiga : RM300 : Ogos 2018 (Akan dikemaskini)

Kategori 3 : 
Isi rumah Pendapatan Bawah RM3k
Jumlah Bantuan RM1,200
Ansuran Pertama : RM400 : Februari 2018 (Akan dikemaskini)
Kedua : RM400 : Jun 2018 (Akan dikemaskini)
Ansuran Ketiga : RM400 :Ogos 2018 (Akan dikemaskini)


CARA SEMAK STATUS BR1M 

Cara Melalui Laman Web BR1M 
Penerima hanya perlu masuk ke laman ni https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx untuk menyemak status permohonan secara online. di laman itu juga penerima boleh buat permohonan BR1M online

Tahniah kepada yang lulus dan kepada yang gagal,sila buat rayuan dengan segera kerana semakin lewat maka semakin tipis peluang untuk mendapat bantuan ini. 

Penerima boleh terus menghubungi pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN di hotline 1-800-222-500 / 1-800-88-2716. Talian ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari isnin hingga jumaat.

Setiap permohonan yang lulus, wang bantuan akan terus disalurkan ke akaun bank penerima.Status kelayakan lulus BR1M 2018 hanya boleh disemak secara berperingkat mulai Februari 2018


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


05 Disember 2017

SHOWTIMES2U.COM - PORTAL UNTUK LIHAT MOVIE TRAILERS TERKINI, MOVIE SHOW TIMES, DAN JUGA ULASAN FILEM


SHOWTIMES2U.COM - PORTAL UNTUK LIHAT MOVIE TRAILERS TERKINI, MOVIE SHOW TIMES, DAN JUGA ULASAN FILEM

Haaa.. siapa kat sini suka tengok Movie? TB suka tengok Movie tapi Movie yang Action-Action dan yang Komedi aje, Kalau Filem Cinta-Cinta pun TB suka gak janji ada lawak-lawak.. Kalau ayat melankolik tu.. takde lah TB nak nengoknya.. goli dennn... hahaha..

Bercakap tentang filem/movie ni, TB dah lama sangat tak tonton wayang, tengok Movie kat TV pun dah jarang sangat. Sebab masa untuk itu dah tiada, masa TB sekarang pack sangat dengan hal anak dan blog.. So, Kalau ada masa free je, TB tak tengok TV pun.. Masa free tu TB gunakan utnuk buat kerja-kerja blog.. Haaa.. So, macam mana TB nak tengok movie terkini yang akan keluar di pawagam? hehehe.. dekat Showtimes2u.com laaa.. mana lagi..

Showtimes2u.com adalah satu portal/website yang menyediakan info tentang Trailers Movie terbaharu yang akan ditayangkan. Kita juga boleh check Masa Tayangan terbaharu dan Butiran Filem terbaharu. Dengan adanya website terbaru ini, iaitu http://www.showtimes2u.com, Peminat filem dapat mencari senarai filem terkini, tayangan waktu, ulasan, dan penerangan dari website yang paling dipercayai dan relevan di negara ini.


Showtimes2u.com membekalkan maklumat terkini mengenai filem-filem yang baru saja dikeluarkan, atau filem yang ditetapkan pada masa akan datang. Senarai ini sentiasa dikemaskini untuk memastikan maklumat yang disediakan adalah secara langsung, dan dibawa kepada pengguna hanya dalam tempoh masa dimana ia terpakai. Website ini juga berfungsi untuk menyediakan penonton filem Malaysia mereka dengan penerangan terperinci, ulasan terbaru, treler, dan tayangan waktu tempatan untuk akses mudah menonton ke filem terbaru.


Showtimes2u.com sesuai untuk mereka yang sukakan filem dan suka mencari info terkini tentang filem terbaru secara online maka Showtimes2u.com menyediakan pencinta sinema yang tidak mempunyai kabel tetapi mempunyai akses internet cara untuk berhubung dengan penyenaraian, ulasan, tayangan waktu tempatan, dan treler yang relevan.


Laman web ini mempunyai ciri-ciri sinematik grid, dan senarai mingguan sebagai filem yang masuk dan keluar ke pawagam tempatan sentiasa dikemaskini Showtimes2u.com berusaha memberikan pengguna maklumat yang paling relevan mengenai filem-filem baru, dan menyediakan jumlah maklumat yang mencukupi supaya boleh memutuskan sama ada mana-mana filem kelihatan cukup menarik untuk ditonton dan adakah filem-filem tersebut dipaparkan di pawagam berhampiran mereka.


Mereka juga menyediakan pautan terus pada halaman treler ke beberapa filem baru yang paling popular, senarai main trailer, video yang akan datang serta pembekal tiket filem. Mereka bertujuan untuk membawa pengguna filem dan treler baru yang segar, sementara juga menyediakan maklumat terkini untuk melihatnya.


Jika terdapat pengguna yang suka filem, dan suka melihatnya, ini adalah laman web dengan maklumat yang paling hangat. Walaupun banyak website di mana pengguna boleh mencari treler filem, dan maklumat mengenai mereka, tetapi belum ada lagi yang sama seperti showtimes2u.com. Kerana website ini juga menyediakan butiran/ulasan dan treler filem terkini, pada kadar yang lebih cepat daripada mana-mana laman web lain di luar sana . 


Alamak.. ada filem yang TB nak tengok dah nak keluar di pawagam lah.... Nak tahu filem apa? Haaa.. filem  Jurassic World: Fallen Kingdom Sneak Peek, TB dah tengok pun Trailers Jurassic World: Fallen Kingdom Sneak Peek | Movieclips Trailers tu.. macam best je.. haha.. TB suka Dinosaur-dinosaur ni.. hehehee... comell.. wakakaka..
Jurassic World: Fallen Kingdom Sneak Peek (2018) ni dibintangi oleh Bryce Dallas Howard dan Chris Pratt! haa.. kalau nak tengok.. jom ke website showtimes2u.com


is where we can see the latest movie trailers, 
and movie show times for Malaysia cinemas.


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers