Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

31 Disember 2017

KALENDAR CUTI UMUM & CUTI SEKOLAH 2018 MALAYSIA


KALENDAR CUTI UMUM & CUTI SEKOLAH 2018 MALAYSIA


Ha.. nak masuk Tahun Baru dah esok kan.. So, Selak Kalendar Tahun 2018 pulak lah.. eh bukan selak.. tapi ganti kalendar baru sebab dah amsuk tahun baru.. hehehe.. Selamat menyambut Tahun Baru 2018 buat semua yea.. moga Azam Tahun ni lebih baik dari tahun lepas.. Kalau Azam tahun lepas tak tercapai.. takpe.. carry forward je ke tahun 2018.. yang penting Azam lagi kuat dan semngat lagi nak berusaha capai impian.. Cayo! Cayo!

Berikut adalah kalendar dan senarai cuti umum (hari kelepasan am) dan cuti sekolah di Malaysia untuk tahun 2018. 

Semoga kalender cuti umum 2018 dan takwim cuti sekolah 2018 ini dapat membantu anda dalam membuat perancangan awal percutian keluarga seperti memilih destinasi, menyediakan bajet, membeli tiket penerbangan, menempah hotel dan sebagainya. 


Kalendar in tertakluk kepada perubahan. Kami akan mengemaskini sebaik sahaja perubahan berlaku.

Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2018 Malaysia
kalendar cuti umum dan cuti sekolah 2018


Jadual Hari Kelepasan Am 2018 (Persekutuan Dan Negeri)
(Dikemaskini pada 8 September 2017)

Tarikh Hari Cuti Negeri
1 Jan Isnin Tahun Baru 2018 Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan Ahad Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan N. Sembilan
21 Jan Ahad Hari Keputeraan Sultan Kedah Kedah
31 Jan Rabu Hari Thaipusam Johor, Kuala Lumpur, N. Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor
1 Feb Khamis Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
16 Feb Jumaat Tahun Baru Cina Semua negeri
17 Feb Sabtu Tahun Baru Cina (hari kedua) Semua negeri
18 Feb Ahad Cuti Tahun Baru Cina Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu
4 Mac Ahad Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu Terengganu
23 Mac Jumaat Hari Keputeraan Sultan Johor Johor
30 Mac Jumaat Good Friday Sabah & Sarawak
14 Apr Sabtu Israk dan Mikraj Kedah, N. Sembilan & Perlis
15 Apr Ahad Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
26 Apr Khamis Hari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu
1 Mei Selasa Hari Pekerja Semua negeri
7 Mei Isnin Hari Hol Pahang Pahang
17 Mei Khamis Awal Ramadan* Johor, Kedah & Melaka
17 Mei Khamis Hari Keputeraan Raja Perlis Perlis
29 Mei Selasa Hari Wesak Semua negeri
30 Mei Rabu Pesta Kaamatan Labuan & Sabah
31 Mei Khamis Pesta Kaamatan (hari kedua) Labuan & Sabah
1 Jun Jumaat Hari Gawai Dayak Sarawak
2 Jun Sabtu Hari Gawai Dayak (hari kedua) Sarawak
2 Jun Sabtu Hari Nuzul Al-Quran Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, N.Sembilan, Sabah & Sarawak
15 Jun Jumaat Hari Raya Aidilfitri* Semua negeri
16 Jun Sabtu Hari Raya Aidilfitri (hari kedua)* Semua negeri
17 Jun Ahad Cuti Hari Raya Aidilfitri* Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu
7 Jul Sabtu Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown Pulau Pinang
14 Jul Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Pulau Pinang
22 Jul Ahad Hari Kemerdekaan Sarawak Sarawak
22 Ogo Rabu Hari Raya Haji* Semua negeri
23 Ogo Khamis Hari Raya Haji (hari kedua)* Kelantan & Terengganu
23 Ogo Khamis Hari Raya Haji (hari kedua)* Kedah & Perlis
31 Ogo Jumaat Hari Kebangsaan Semua negeri
9 Sep Ahad Hari Keputeraan YDP Agong Semua negeri
9 Sep Ahad Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak Sarawak
11 Sep Selasa Awal Muharram (Maal Hijrah) Semua negeri
16 Sep Ahad Hari Malaysia Semua negeri
17 Sep Isnin Cuti Hari Malaysia Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu
6 Okt Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah Sabah
12 Okt Jumaat Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka
15 Okt Isnin Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor
24 Okt Rabu Hari Keputeraan Sultan Pahang Pahang
2 Nov Jumaat Hari Keputeraan Sultan Perak Perak
6 Nov Selasa Hari Deepavali* Semua negeri kecuali Sarawak
11 Nov Ahad Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan
12 Nov Isnin Hari Keputeraan Sultan Kelantan (hari kedua) Kelantan
20 Nov Selasa Maulidur Rasul Semua negeri
11 Dis Selasa Hari Keputeraan Sultan Selangor Selangor
25 Dis Selasa Hari Krismas Semua negeri

* Tertakluk kepada perubahan
Untuk download fail pdf Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri 2018, sila layari laman web rasmi Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.


Kalendar Cuti Sekolah 2018 Malaysia

Penjadualan cuti persekolahan terbahagi kepada dua - Kumpulan A dan Kumpulan B.

Kumpulan A 
adalah sekolah-sekolah di negeri di mana hujung minggunya hari Jumaat: Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Kumpulan B 
adalah untuk sekolah-sekolah di negeri yang hujung minggunya hari Ahad: Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

◎ Cuti Penggal dan Cuti Tengah/Akhir Tahun
Berikut adalah jadual cuti sekolah untuk sesi persekolahan 2018 seperti yang dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2018.
(Dikemaskini pada 6 Oktober 2017)
Cuti Sekolah Tempoh Tarikh Mula & Tamat Cuti
Kumpulan A Kumpulan B
Cuti Pertengahan Penggal 1 9 hari 16.03 - 24.03.2018 17.03 - 25.03.2018
Cuti Pertengahan Tahun 16 hari 08.06 - 23.06.2018 09.06 - 24.06.2018
Cuti Pertengahan Penggal 2 9 hari 17.08 - 25.08.2018 18.08 - 26.08.2018
Cuti Akhir Tahun 39 hari 23.11 - 31.12.2018 24.11 - 31.12.2018

◎ Cuti Perayaan
Disamping cuti penggal dan cuti pertengahan & akhir tahun, sekolah juga diperuntukkan cuti perayaan oleh KPM. Cuti ini tidak perlu diganti.

Berikut adalah jadual cuti perayaan melibatkan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Kaamatan, Hari Gawai Dayak dan Hari Krismas bagi sesi persekolahan tahun 2018.

(Dikemaskini pada 16 November 2017)

Perayaan Cuti Perayaan Yang Diperuntukkan KPM
Kumpulan A Kumpulan B
TAHUN BARU CINA
16 Feb (Jumaat)
17 Feb (Sabtu)
15 Feb (Khamis)
19 Feb (Isnin)
15 Feb (Khamis)
19 Feb (Isnin)
Semua negeri Kumpulan B
HARI DEEPAVALI
6 Nov (Selasa)
4 Nov (Ahad)
5 Nov (Isnin)
5 Nov (Isnin)
7 Nov (Rabu)
Semua negeri Kumpulan B kecuali Sabah, Sarawak dan Labuan
HARI KAAMATAN
30 Mei (Rabu)
31 Mei (Khamis)
--- 28 Mei (Isnin)
1 Jun (Jumaat)
Sabah dan Labuan sahaja
HARI GAWAI DAYAK
1 Jun (Jumaat)
2 Jun (Sabtu)
--- 30 Mei (Rabu)
31 Mei (Khamis)
Sarawak sahaja
Catatan:
  • Hari Raya Aidil Fitri: 15 & 16 Jun 2018 (dalam cuti pertengahan tahun)
  • Perayaan Hari Krismas: 25 Disember 2018 (dalam cuti akhir tahun)

22 Disember 2017

MILIKI BENTUK BADAN MENARIK DENGAN WAIST SHAPEE DAN BODY SHAPER DARI SHAPEE


MILIKI BENTUK BADAN MENARIK DENGAN
WAIST SHAPEE DAN BODY SHAPER DARI SHAPEE


Hai.. hari ni TB nak kiongsikan cerita tentang shapewear dari Shapee yang TB dah try pakai iaitu Waist Shapee dan Body Shaper yang masing-masing mempunyai fungsi 3D Micro Massage Technology.


Selain tu kalau korang nak tahu Shapewear dari Shapee ini bukan sahaja harganya mampu milik, malah fungsi 3D Micro Massage Technology itu sendiri yang unik dan lain dari yang lain.

Bagi yang baru 1st time dengar jenama Shapee ni, kalau korang nak tahu Jenama Shapee bukanlah jenama baru di Malaysia tau, Jenama ni dah terkenal pun dimana-mana. Sana sini orang dok review dan bercerita tentang produk dari Shapee ni.. 

SHAPEE adalah Jenama Utama Shapewear Moden dan Maternity 
Jenama SHAPEE ditubuhkan pada tahun 2012 dan merupakan salah satu jenama terkemuka pakaian shapewear dan produk materniti moden dengan lebih 50,000 pelanggan yang berpuas hati di Malaysia & Singapura.

SHAPEE terkenal dengan Japan 3D Micro Massage Technology yang inovatif untuk membentuk badan di bahagian atas & bahagian bawah. Reka bentuk SHAPEE semestinya dihasilkan untuk langsing, licin, dan mengangkat tanpa menjejaskan keselesaan atau gaya.

Seperti yang pihak Shapee katakan ,

"Kami berusaha keras untuk menyampaikan produk kami pada nilai yang luar biasa dan kepuasan pelanggan kami adalah keutamaan kami".

SHAPEE menggabungkan teknologi dan fesyen untuk menyediakan fabrik yang indah dan gaya untuk wanita moden. 

High Waist Body Shaper (Black)
RM75.00

High Waist Body Shaper membantu wanita kelihatan menarik walau dimana jua berada. 

Maklumat produk

- Pinggang dan bentuk badan Langsing terutama di bahagian perut  .
- Zon berbentuk menyasarkan perut dan memberikan sokongan penuh keselesaan dalam pergerakan.
- Menyediakan rasa rembut dan keselesan yang lengkap dari garis bra ke lutut.
- Ringan untuk keselesaan sepanjang hari.

Haa.. ni TB nak share dulu pasal Body Shaper dari Shapee ni, Body Shaper ni TB suka giler sebab ia mempunyai fungsi 3D Micro Massage yang membantu membentuk dan mengurangkan masalah lemak di bahagian perut, bahagian bawah belakang, pinggul, punggung, dan paha serta dapat membantu menganjalkan bentuk punggung. 

Body Shaper dari shapee ni materialnya bagus sekali.. TB dah try sarungkan.. materialnya amat selesa dipakai.. ia mempunyai fungsi 3D Micro Massage Technology yang membolehkan kita mendapatkan bentuk badan badan yang diinginkan.. 3D Micro Massage technology adalah teknologi dari Jepun yang membantu membentuk tubuh badan idaman pada kawasan tertentu.


Dibuat daripada high quality material (elastane & spandex), disarankan untuk memakai Body Shaper dari Shapee ini 5 hingga 8 jam sehari. Paling menarik, ia memberi kesan instant shaping sejurus selepas kita memakai Body Shaper dari Shapee ini.

Body Shaper ni dipakai dari bawah bra hingga ke lutut, so memang betul-betul nampak fit aje body kita masa pakai ni.. Yang TB boleh katakan ialah jenis fabrik yang digunakan amat selesa dan tidak panas, serta tidak terlalu ketat, kira nak bergerak tu tiada masalah la kan.. Bila pakai Body Shaper ni terasa perut yang buncit tidak kelihatan.. peha nampak kecil sedikit.. dan punggung nampak 'terletak' .. sebab apa? haa.. boleh tengok caption di gambar seterusnya yea..


Yang ni dibahagian depan Body Shaper tu yea.. Zon berbentuk ala diamond menyasarkan perut dan memberikan sokongan penuh keselesaan dalam pergerakan. Haaa..kat sinilah 3D Micro yang TB katakan tu.. ia bertindak membentuk badan kita dan menyembunyikan lemak-lemak yang ada.. heee..


Yang ni pulak bahagian belakang Body Shaper, nampak tak yang TB tunjuk tu.. itulah bahagian yang berfungsi menaik dan membentuk punggung kita.. haaa.. teruja tak??


Fabrik jenis lembut, tidak panas dan amat selesa dipakai walaupun sewaktu tidur.. hehehe.. TB dah try pakai waktu tidur.. memang selesa..


Yang ni pula bahagian peha tu, masa nak sarung, senang sangat-sangat sebab bahagian bawah sekali ni meregang lembut apabila disarungkan ke peha..



Waist Shapee

Sukanya TB kalau dapat miliki bentuk badan yang cantik macam zaman anak dara dulu.. huhuhu. mustahil lah kan! .

Eh.. sape kata mustahil.. boleh je.. janji yakin dah usaha itu penting.. disamping tu . meh kita tambahkan usaha dengan membeli dan memakai Waist Shapee dari https://www.theshapee.com/ ni
Waist Shapee
RM65.00

Haaa.. yang ni TB dah try jugak.. best sangat sebab tak perlu zip, tak perlu kancing.. sangat mudah cara pakainya.. just sarungkan dari bawah aje.. dan yang menariknya ia boleh cover perut dari bawah bra hingga ke sebahagian peha.. nampak sangat awesome gitu.. Cuma apabila duduk tu, yang bahagian bawah tu seperti berlipat sedikit.. mugnkin TB salah pakai kot.. But Overall semua OK bagi TB.. TB suka dengan kekemasan jahitan fabrik nya..


Nampak tak ada Jalur-jalur tu.. haaa.. jalur-jalur tu lah yang membentuk perut dan bahagian pinggang/pinggul kita..

Jom Drop inches & add curves! Cari penyelesaian terbaik untuk memiliki bentuk badan yang menawan supaya nampak berkeyakinan dalam apa jua pakaian yang dipakai.. yeayy!

Product details
– Membentuk pinggang dan perut menjadi rata (tidak buncit)
– Sangat selesa dipakai kerana ianya tanpa cangkuk atau wayar
– Mampu sembunyikan lemak2 degil.. haha

jom dapatkan di :


RESEPI AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS



RESEPI AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS

Hai.. TB saja nak share resepi yang ni.. sebab nanti kalau dah takde idea nak masak.. boleh lah try resepi ni.. cuma tak pasti hubby suka ke tak sebab TB pun baru 1st time tengok resepi ni.. nampak macam sedap je ayam dalam gambar tu.. maybe boleh lah try nanti.. TB tak makan ayam.. tapi boleh lah cuba masak untuk hubby kan.. jom tengok bahan-bahannya..

Bahan-bahan :
1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
3 biji bawang merah (sederhana besar)
2 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan
4 biji lada merah
6 biji cilipadi
1 atau 2 keping Asam keping
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh cuka
1 sudu teh sos ikan
1 btg serai diketuk
Hirisan bawang besar
Minyak utk meggoreng
Garam gula / gula merah (jika suka)

Cara :
Kupas & blend (saya tumbuk jgn lumat sgt) bawang merah/ putih, halia, cilipadi, lada merah & belacan.

Masukkan dalam minyak yg dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau masukkan sedikit air supaya tak kering sangat sambil masukkan garam, kacau sekejap & masukkan gula 1/2 sudu teh saja & sedikit je gula merah, masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yg diketuk tadi.. goreng sampai naik bau kalau kering sgt letakkan air sedikit mengikut keadaan.. Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu & boleh padamkan api.

Done!

Selamat Mencuba.

Pemilik resepi : @angelic.argan

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Dalam kepesatan zaman teknologi yang semakin canggih, ramai peniaga suka berniaga secara online untuk menambah pendapatan mereka disebabkan oleh taraf hidup yang semakin hari semakin meningkat. Jika harapkan duit gaji bulanan tanpa melakukan kerja tambahan, agak sukar untuk menampung perbelanjaan seharian.

Bagi menjamin kewangan yang kukuh dalam jangka masa yang panjang, anda perlu menjadi seorang yang bijak dalam merancang perniagaan anda. Melabur adalah satu urusniaga paling mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan keuntungannya adalah berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan.


Disebabkan oleh keuntungan yang lumayan inilah yang membuatkan ramai orang mengambil keputusan untuk melaburkan wang dalam pasaran kewangan terbesar di dunia iaitu pasaran pertukaran asing (Forex). Tambahan lagi dengan adanya kuasa internet yang meluas dapat memudahkan lagi urusniaga pelaburan di pelusuk dunia.


Apakah Itu Forex?



Forex adalah singkatan nama bagi FOReign EXchange atau lebih mudah difahami dengan urusniaga perdagangan/transaksi matawang yang boleh dilakukan selama 24jam secara berterusan tanpa henti. Perdagangan/transaksi ini memperdagangkan mata wang sesebuah negara terhadap mata wang negara yang lainnya yang melibatkan pasaran wang utama di dunia.


Dikatakan pasaran Forex ini mempunyai pasaran yang sangat kukuh sehingga mampu mengalahkan mata wang asing yang terbesar dan nilai transaksi pasaran forex mencapai nilai trilion sehari. Oleh kerana itu juga lah ramai prospek yang semakin ramai melabur dalam perdagangan Forex kerana ianya sangat menguntungkan.

Kenapa Anda Perlu Memilih Forex?

1. Modal Kecil.



Untuk mula melabur dalam pasaran Forex tidak memerlukan modal wang yang banyak. Anda hanya perlu membeli sejumlah minimum saham yang ditetapkan sebagai permulaan pelaburan anda. Dengan jumlah minimum ini dapat memberikan peluang kepada anda yang berminat dalam pelaburan Forex.

2. Untung Besar.

Tidak dinafikan lagi bahawa pasaran Forex memberikan lebih banyak faedah serta keuntungan daripada kerugian. Dengan melabur secara rasional dapat membantu anda menikmati pulangan keuntungan  yang berlipat kali ganda dan lebih lumayan daripada apa yang anda jangkakan.

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Forex telah menjadi satu alternatif pelaburan yang semakin hari semakin popular diperkatakan oleh pelabur. Ini disebabkan oleh ROI ( Return On Investment) daripada Forex memberikan keuntungan yang cepat. Akan tetapi, sekiranya anda tidak mempunyai ilmu pelaburan Forex yang mencukupi akan menyebabkan anda berhadapan dengan risiko kerugian.


Bagi menguruskan kewangan yang baik, anda perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya terutamanya dalam pelaburan Forex ini. Sebagai persediaan untuk memulakan pelaburan, anda perlu mendapatkan ilmu dan maklumat pelaburan yang betul untuk menjadikan anda seorang pelabur yang bijak. Antara perkara-perkara yang perlu anda fikirkan ialah :  


1. Mempunyai modal melabur yang mencukupi.
2. Ketahui matlamat atau tujuan pelaburan.
3. Mendapatkan ilmu yang betul daripada sumber yang sahih dan dipercayai.
4. Fahami apa yang diajar dan dapat menguasai ilmu sepenuhnya.
5. Mampu membuat keputusan sendiri.
6. Sentiasa mengikuti per­kem­bangan semasa pelaburan.
7. Membuat pembelajaran sendiri dengan membaca.


Mungkin agak sukar untuk anda memikirkan semua ini sekiranya anda tidak mempunyai ilmu dalam pelaburan. Lebih-lebih lagi sukar untuk mencari maklumat yang boleh dipercayai. Adalah lebih mudah sekiranya anda belajar Forex dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0 yang dianjurkan oleh PIPSEMPIRE ACADEMY.

Kenapa Anda Perlu Menyertai Forex Masters Summit 1.0

1. Yuran Hanya Bayar Sekali Sahaja.

Dengan bayaran yuran sekali sahaja, anda akan dapat sertai kelas Forex berkali-kali. Tawaran istimewa ini hanya untuk mereka yang menyertai kelas anjuran Pips Empire Academy sahaja dan anda boleh bandingkan yuran kelas lain yang hanya menawarkan kelas secara on off dengan bayaran yuran yang mahal.

2. Kelas Selama setahun.

Dengan kadar yuran yang murah sekali bayar, anda akan menikmati kelas penuh selama 3 hari dan kelas pada setiap hari Isnin selama setahun. Dalam masa setahun ini anda boleh belajar sampai pandai dan boleh bertanya apa-apa soalan pada guru yang mengajar. Sangat menguntungkan bukan?

3. Silibus Yang Mudah Faham.

Kelas Forex Master  menyediakan silibus yang mudah difahami dengan strategi yang ringkas dan terbukit berkesan. Pembelajaran juga dilakukan secara bersistematik dan mempunyai silibus bagi memudahkan lagi pelajar memahami Forex dalam jangka masa selama setahun bagi menguasai ilmu Forex sepenuhnya.

4. Kemudahan Pembelajaran Yang Lengkap dan PERCUMA.

Selain mempunyai silibus yang mudah difahami, anda juga akan diberikan analisis percuma, signal percuma serta webinar percuma. Tambahan lagi anda akan dapat menyertai networking komuniti yang mempunyai sistem yang mantap dan berterusan daripada aplikasi telegram, whatsapp dan facebook.


Lebih menarik lagi sekiranya mempunyai Trading Floor di Singapura, Shah Alam, Melaka, Sabah dan tempat-tempat lain, anda boleh pergi bercuti sekali. Malahan kalau kebetulan berada di Shah Alam atau Melaka, boleh masuk kelas di sana secara percuma. Paling penting ialah dilengkapi dengan kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders).

5. Tenaga Pengajar yang Berkemahiran Dan Berpengalaman.



Untuk berjaya, anda perlu belajar daripada mereka yang mahir dan berpengalaman dalam sesuatu bidang. Disebabkan itu, PipsEmpire Academy menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran serta berpengalaman dalam pasaran Forex untuk kelas belajar Forex ini.

6. Mempunyai Kelas Fast Track Trader.

Kelas Fast Track Trader Ini adalah satu satunya kelas untuk menjadikan anda seorang professional dan international trader dalam masa yang singkat. Pendek kata, ia adalah shortcut journey of Trade dimana anda boleh mengikuti kesemua program PipsEmpire Academy secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa.

Kelebihan Kelas Fast Track Trader.

  • IB Training PERCUMA.
  • Daily Signal PERCUMA.
  • Maklumat PERCUMA.
  • Webinar PERCUMA.
  • Silibus yang MUDAH difahami.
  • Perkongsian lebih 50 strategi yang mudah dan ringkas serta terbukti berkesan.
  • Pengajaran secara sistematik dan bersilibus.
  • Tenaga pengajar yang berkemahiran dan berpengalaman.
  • Support sistem yang mantap dan berterusan (telegram, whatsapp dan facebook).
  • Kemudahan pembelajaran yang lengkap!
  • Business To Business
  • Kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders)
  • Secret Techniques

7. 6 Speaker Hebat.



Pada Forex Masters Summit 1.0 akan menampilkan 6 speaker hebat dalam bidang pelaburan pasaran Forex ini untuk berkongsi pengalaman mereka kepada anda. Antara 5 speaker yang hebat ialah Mario Singh, Wayne Ko, Ahmad Zaki, Ibrahim, Zulhilmi dan Aun Khairul.


Mario Singh.



Mario Singh merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fullerton Markets dan pengurus Forex yang terkenal diserata dunia sebagai pendidik FOREX. Beliau telah mendapat latihan perbankan swasta dari Julius Baer (Bank Swiss yang terbesar di dunia dengan aset 340 Billion di bawah pengurusan CHF) dan perbankan ICBC (salah satu perbankan komersial terbesar di dunia dengan permodalan pasaran pada 269 Bilion.


Beliau juga adalah seorang pakar yang sentiasa mendapat perhatian ramai di dalam industri FOREX ini. Beliau juga telah muncul lebih 40 kali dalam rancangan CNBC dan Bloomberg. Seramai 350 juta penonton diseluruh dunia menonton setiap kali beliau menampilkan diri dalam berkongsi tentang pelaburan Forex ini.      


Wayne Ko.



Wayne KO adalah Ketua Penyelidikan dan Pendidikan di Fullerton Market. Beliau memberikan perkhidmatan “thought-provoking analysis” dan idea perdagangan kepada beribu pelanggan di seluruh dunia. Beliau sendiri adalah perdagang yang ternama yang mesra dan bersemangat membuatkan ramai orang dari seluruh dunia ingin mempelajari rahsia kejayaan beliau.


Sebagai seorang penceramah di peringkat antarabangsa, beliau telah berucap di depan beribu perdagang dan pelabur dari pelbagai negara di seluruh dunia termasuklah Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Australia dan China. Ucapan beliau dalam berkongsi pengalaman berdagang tidak pernah membosankan para pendengar.  


Ahmad Zaki.



Ahmad Zaki merupakan Pengasas akademi SIMPLYFX FOREX dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri FOREX. Beliau juga telah dianugerahkan tempat pertama untuk dua tahun berturut-turut di dalam pertandingan FOREX yang di adakan di Singapura. Beliau juga adalah orang kuat di belakang penubuhan jutawan “SUPER SCALPER TRADERS”.


Selain itu beliau juga adalah seorang pengasas teknik/strategi khas yang telah terbukti berjaya di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga baru sahaja dianugerahkan sebagai GRAND CHAMPION 2017 daripada Fullerton Markets.  Bukan calang-calang orang beliau ni.


Ibrahim.



Ibrahim adalah perdagang profesional dan pengurus dana proprietari. Beliau adalah orang yang tepat untuk berkongsi dan belajar strategi perdagangan. Beliau juga adalah pengarah pendidikan di SIMPLYFX. Beliau mula berdagang di dalam pasaran FOREX pada 2012 dan mempunyai rekod peribadi yang baik dengan 1000% pulangan pelaburan dalam masa hanya dua bulan. Beliau telah melatih lebih daripada 3000 perdagang dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.


Zulhilmi.



Zulhilmi Yusoff adalah pedagang forex sepenuh masa dan merupakan salah seorang mentor di PipsEmpire Academy selepas tiga tahun menjadi ejen Unit Trust. Beliau mempunyai dua tahun pengalaman dalam FOREX. Pengasas teknik membunuh FusionFIBO yang diasaskan daripada FIBO yang asal, yang mana ia sudah terbukti sebagai satu strategi yang sangat efektif untuk perdagang scalping, intraday dan swing. Beliau telah mengajar dan membangunkan ramai pedagang yang konsisten dan berjaya.


Aun Khairul.



Aun Khairul diibaratkan sebagai kisah klasik “Zero To Hero” di dalam FOREX. Beliau telah diperkenalkan kepada Forex oleh SIMPLYFX Malaysia. Setelah berjaya, beliau kini adalah mentor dan menguruskan PIPS EMPIRE MALACCA TRADING FLOOR hanya selepas dua tahun aktif di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga turut dikenali sebagai pakar perdagangan emas dengan memberikan analisis harian yang tepat dan hampir sempurna untuk perdagangan emas.  

8. Lokasi Yang Strategik.



Forex Masters Summit 1.0 2018 akan diadakan di IDCC (Ideal Convention Centre) Shah Alam yang merupakan tempat yang sangat strategik dan selesa untuk semua peserta. Antara kemudahan yang ada dan berdekatan di sini adalah :  
  • Parking Percuma
  • Makan 3x (Breakfast, Lunch, Tea Break)
  • Dekat dengan hotel (Mewah / Murah) From RM108/night
  • Budget Hotel RM86/night.
  • Easy access Federal Highway
  • Wifi Percuma

Daftar Minat Anda Percuma SEKARANG!!!
Berminat untuk melabur dan ketahui lebih lanjut tentang Forex? Rebut peluang ini dengan menyertai Forex Masters Summit 1.0 sekarang kerana tempat adalah terhad. PipsEmpire Forex class dan Fast Track Trader Program juga menawarkan pakej dengan harga yang tak masuk akal. Jadi, daftar minat anda percuma sekarang juga. Jangan tunggu lama-lama.

Nama Penuh
Email:
No Telefon:

We respect your email privacy


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers