Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

01 Februari 2018

PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan

[Siapa Nak Join Contest Ini Sila Tekan Banner Diatas]

PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan | PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan insurans untuk sesiapa sahaja yang berkemampuan. Mereka memberikan nama syarikat mereka sebagai PolicyStreet kerana mereka mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda ketika anda melalui waktu – waktu yang kritikal seperti mendapatkan telefon pintar pertama anda, percutian ke luar negara, gadaian yang pertama, perkahwinan anda dan juga menjadi ibu bapa.

No automatic alt text available.

Teknologi telah membantu mereka untuk menjalani komitmen ini tetapi apa yang lebih penting adalah semangat mereka untuk membantu masayarakat telah membuatkan mereka untuk menubuhkan syarikat PolicyStreet ini. Insurans ini ditubuhkan oleh sekumpulan orang dan mereka mahu meneruskan legasi ini. Mereka juga komited dalam menawarkan insurans untuk orang yang tersayang, untuk benda yang anda hargai serta masyarakat dengan cara yang mudah dan berkemampuan.

Image may contain: text

Pakej – Pakej Yang Ditawarkan di PolicyStreet Yang Anda Perlu Miliki
  1. Manulife ManuProtect Term Life Insurance 


Ia merupakan pakej insurans yang digelar sebagai insurans yang paling berpatutan di dalam insurance kehidupan di Malaysia. ManuProtect memberikan bayaran penuh pada waktu kematian atau kecacatan yang disebabkan oleh sebab semulajadi ataupun kemalangan, dengan beberapa pilihan untuk liputan untuk sakit yang kritikal. 

Antara ciri – ciri dan tawaran yang diberikan oleh Manulife ManuProtect adalah;

  • Insurans Premium yang bermula dari RM5/ Sebulan
  • Amaun keseluruhan yang bermula dari RM 50K – RM 600K
  • Amaun kematian dari kemalangan yang berjumlah 2X ganda dari amaun keseluruhan
  • Penyakit kritikal akan menerima 30% dari amaun keseluruhan
  • Umur kemasukan yang terakhir adalah 60 tahun manakala umur yang ditamatkan adalah 80 tahun
  • Tiada kontrak untuk jangka masa yang panjang dan anda boleh membatalkan pada bila – bila masa

Kelebihan yang disediakan oleh ManuLife ManuProtect adalah;
  • Kematian disebabkan oleh faktor semulajadi 
          - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
          - Dibayar kepada penama
  • Kecatatan yang disebabkan oleh faktor semulajadi atau kemalangan
          - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans
  • Kematian disebabkan oleh kemalangan 
          - 2X ganda daripada amaun keseluruhan
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans ataupun penama
  • Penyakit kritikal 
          - 30% daripada amaun keseluruhan (RM15K – 180K)
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans

Dapatkan ManuLife ManuProtect SEKARANG di https://products.policystreet.com/manulife/manuprotect/overview 


2. AXA 200 Cancer Care 

Image result for axa 200 cancer care

Dengan jumlah pesakit kanser yang ramai pada hari ini, insurans ini ditawarkan untuk melindungi orang ramai daripada penyakit kanser, dengan memberikan bayaran penuh apabila anda dikesan dengan kanser, dan juga bayaran tahunan untuk anda merawat kanser.

Antara ciri – ciri AXA 200 Cancer Care adalah;
  • Ia berada di bawah AXA Affin Life di mana bayaran adalah dijamin kepada pembayar insurans
  • Bayaran premium yang bermula dari RM45/bulan bergantung kepada umur
  • Bayaran Rawatan Terapi yang bermula dari RM30K
  • Bayaran Untuk Kesihatan yang bermula dari RM6K setahun
  • Pendapat Perubatan Kedua yang diberikan secara percuma 
  • Umur terakhir untuk menyertai insurans ini adalah 50 tahun dan perlindungan diberikan selama 20 tahun
  • Pemeriksaan kesihatan yang berjumlah RM 599 di Beacon Hospital
  • Anda tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk menyertai AXA 200 Cancer Care

Tujuan insurans ini diwujudkan adalah untuk menyediakan satu jumlah wang untuk rawatan kanser  sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit tersebut. Anda akan diberikan bayaran keseluruhan dan juga bayaran ‘bonus’ sehingga lima tahun untuk setiap tahun anda hidup. Insurans ini akan bertahan sehinga 20 tahun dan apabila tahun tersebut berakhir, anda boleh mendapatkan insurans yang baru sekiranya anda berumur di bawah 50 tahun.

Image may contain: text

Kelebihan – kelebihan yang ditawarkan oleh AXA 200 Cancer Care termasuklah;
  • Manfaat untuk Rawatan Terapi
        - Sekiranya orang yang membayar insurans tersebut didiagnos dengan kanser, mereka akan                   menerima bayaran insurans minimum RM30K.
  • Manfaat Untuk Sembuh
        - Orang yang membayar insurans juga akan menerima bayarann insurans secara tahunan yang                 berjumlah minimum RM6K setahun selama 5 tahun.
  • Pendapat Perubatan Kedua
        - Apbila anda mendapat pendapat untuk terapi atau pembedahan yang pertama daripada seorang             doktor, insurans ini menyediakan pendapat kedua dari doktor panel secara percuma.
  • Manfaat untuk Penama
       - Sekiranya orang yang membayar insurans meninggal sebelum didiagnos dengan kanser, penam            akan menerima bayaran insurans minimum RM1K.
  • Servis Penjaga
      - Orang yang membayar insurans boleh menghubungi AXA untuk mendapatkan penjagaan dari              jururawat, perubatan, ataupun pembuatan rambut palsu.
  • Baucer Pemeriksaan Kesihatan
      - Anda akan menerima baucer pemeriksaan kesihatan bernilai RM599 dengan setiap pembelian              pakej AXA 200 Cancer Care.


Dapatkan AXA 200 Cancer Care SEKARANG di https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

3. MSIG Take It Easy Pet Insurance

Image result for pet insurance

Insurans ini dijamin oleh MSIG, di mana ia adalah satu – satunya insurans untuk haiwan peliharaan anda yang berada di pasaran. Bermula dari hanya RM18/bulan, insurans haiwan peliharaan ini memberikan perlindungan untuk veterinar, bil ER, ubat – ubatan & suntikan dan juga kos untuk pengebumian sekiranya haiwan peliharaan anda sakit, cedera ataupun meninggal. 

Ciri – ciri MSIG Take It Easy Pet Insurance adalah;

Related image
  • Dijamin oleh MSIG
  • Bayaran Premium bermula RM18/sebulan
  • Manfaat Perubatan Haiwan Peliharaan sehingga RM5K
  • Manfaat kematian disebabkan oleh sakit dan juga kemalangan sehingga RM5K
  • Manfaat pengebumian dan pembakaran sehingga RM1K
  • Pengiklanan dan juga kos penembuhan untuk haiwan peliharaan yang hilang sehingga RM1K
  • Boleh didapati untuk anjung dan kucing yang mempunyai mikrocip yang berumur 12 minggu sehingga 9 tahun
  • Insurans ini tidak disediakan untuk haiwan yang larangan ataupun spesis yang diharamkan oleh keraajaan, orang awam, ataupun pihak berkuasa.


Kelebihan – kelebihan yang boleh didapati sekiranya anda mengambil MSIG Take It Easy Pet Insurance termasuklah;
  • Manfaat Veterinar dan juga Pembedahan
Sekiranya haiwan peliharaan anda cedera ataupun sakit, insurans ini akan memberikan perlindungan kepada bil veterinar sehingga RM5K. Sekiranya terdapat pembedahan, ia akan melindungi kos selepas pembedahan sehingga 60 hari.
  • Manfaat Kematian 
Tuan kepada haiwan peliharaan yang mati akan menerima sehingga RM5K untuk mendapatkan haiwan peliharaan yang baru.
  • Manfaat Untuk Pengebumian 
Anda akan menerima sehingga RM1K untuk kos pengebumian ataupun pembakaran.
  • Pengiklanan Untuk Haiwan Peliharaan Yang Hilang 
Anda akan menerima bayaran sehingga RM1K untuk mengiklankan haiwan peliharaan anda yang hilang dan juga untuk membayar ganjaran kepada orang yang menemui haiwan anda.
  • Asrama Untuk Haiwan Peliharaan Anda
Apabila tuan haiwan peliharaan tersebut dimasukkan ke hospital lebih dari tiga hari, haiwan peliharaan anda akan dimasukkan ke asrama dan dibayar sehingga RM 2.5K.
  • Liabiliti Pihak Ketiga
Apabila haian peliharaan anda melakukan kecederaan kepada orang lain ataupun merosakkan harta benda mereka, insurans ini akan memberikan perlindungan sehingga RM100K.

Dapatkan MSIG Pet Insurance SEKARANG di : https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

Kelebihan Mendaftar Insurans Dengan PolicyStreet 

Image may contain: text

Mudah Digunakan

Policy Street tidak memerlukan anda untuk pening kepala kerana ia menawarkan pakej – pakej yang sesuai untuk anda. Setiap pakej telah diberitahu akan fungsi dan kelebihan masing – masing, jadi anda hanya perlu memilih pakej yang anda perlu gunakan dan mula mengambil insurans tersebut untuk kehidupan, harta dan juga kesihatan anda. 

Pelbagai Pakej Yang Ditawarkan

Image may contain: text

Anda boleh memilih pakej – pakej yang diberikan berdasarkan keperluan dan juga kepentingan anda. Contohnya, jika anda mempunyai penyakit kanser, anda boleh memilih AXA 200 Cancer Care kerana Policy Street akan memberikan perlindungan insuran untuk anda yang mendapat penyakit ini dan juga duit tahunan untuk anda gunakan bagi mengubati penyakit ini. Anda juga boleh memilih pakej untuk melindungi kehidupan, harta dan juga perniagaan anda.

Harga Yang Berpatutan

No automatic alt text available.

Setiap pakej Policy Street akan memberikan anda komitmen bulanan yang amat rendah dan mampu milik di mana anda tidak akan terkesan dengan potongan insurans pada setiap bulan. Anda boleh membayar serendah RM5 / sebulan untuk insurans perlindungan kehidupan anda dan anda akan dilindungi oleh insurans Policy Street.

Dapatkan Insurans Daripada PolicyStreet Sekarang!

PolicyStreet sedang mengadakan promosi sempena Tahun Baru Cina jadi anda perlu mendapatkannya sekarang. Anda boleh menerima Ang Paw bayaran balik sehingga RM 50 dengan menggunakan kod rujukan yang anda akan terima apabila anda melakukan pembelian melalui Policy Street. Caranya adalah dengan menekan link seperti berikut;

Promosi Tahun Baru Cina PolicyStreet: http://campaign.policystreet.com/web/cny/index.html

26 Januari 2018

MENANGI PERCUTIAN 4 HARI 3 MALAM KE MANCHESTER UK BERSAMA DASHING!


MENANGI PERCUTIAN 4 HARI 3 MALAM
KE MANCHESTER UK BERSAMA DASHING!


Buat peminat-peminat bola sepak di luar sana ada berita baik untuk korang yang meminati sukan bola sepak ni..  Dashing iaitu jenama yang sudah terkenal tu kini sedang buat contest tau.. Hadiahnya begitu mengasyikkan buat korang yang minat bola, iaitu  Percutian selama 4 hari 3 malam ke Manchester United Kingdom untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan dua Kelab Gergasi Bola Sepak Dunia, Manchester City vs Manchester United.

Pemenang yang bertuah akan memenangi penginapan percuma selama 4 hari 3 malam, tiket flight pergi-balik percuma, dan paling mengasyikkan ialah.. pemenang akan mendapat VIP SIT untuk menyaksikan dua kelab gergasi bola sepak berlawan secara langsung di Stadium Etihad .

Cara nak sertai pertandingan yang diadakan oleh Dashing ni tidaklah sesusah mana pun.. Untuk memenangi hadiah lumayan tersebut, hanya perlu ikuti 2 langkah mudah dibawah :

1.) Beli mana-mana produk DASHING atau ELITE dalam satu resit
2.) Snap gambar resit dengan jelas sebagai bukti pembelian dan
whatsapp-kan bersama NAMA PENUH dan NO KAD PENGENALAN
beserta NAMA OUTLET tempat produk Dashing/Elite tu dibeli,
ke nombor +6016-9972373 
Jom ramai-ramai join contest ini. Seramai 6 pemenang bertuah dicari untuk contest ini. Suka juga TB nak mengingatkan Tarikh tamat contest ini adalah pada 31st January 2018, iaitu lagi beberapa hari je kan.. sila cepat-cepat yea!

Oh ya.. Selain mendapat Penginapan Percuma, Tiket Flight pergi-balik dan tiket VIP menyaksikan dua kelab bola sepak gergasi bertanding, pemenang juga akan dibawa melawat Muzium Bola Sepak Kebangsaan (National Football Museum) dan stadium-stadium terkenal seperti Stadium Old Trafford, Stadium Etihad dan Stadium Anfield. Selain itu, pemenang juga berkesempatan berinteraksi dan mendapatkan tandatangan daripada pemain-pemain legend MCFC. Juga akan terdapatnya Magical Mystery Tour yang mana pemenang-pemenang akan dibawa ke lokasi yang sangat significant dengan kumpulan muzik terkenal dunia, The Beatles.


Maklumat lanjut mengenai pertandingan /
info berkenaan produk keluaran DASHING, 
Sila layari

Website DASHING :

dan 

Facebook Page :

atau hubungi :
 03-8023 8311

25 Januari 2018

BALM BAYI TOK SYED SERASI DARI BAYI HINGGA SEMUA PERINGKAT PENGGUNA


BALM BAYI TOK SYED SERASI DARI BAYI
HINGGA SEMUA PERINGKAT PENGGUNA


Hai semua, memandangkan TB dah try satu produk yang semakin viral sekarang ni iaitu Balm Bayi Tok Syed yang TB dah guna sendiri dalam beberapa hari ni, TB nak share la dengan korang feedback dari TB sendiri iaitu testimoni jujur TB selepas beberapa kali penggunaan balm ni keatas TB dan juga baby Harraz.. 

Tapi sebelum tu TB nak cerita dulu tentang syarikat tempatan yang mengeluarkan Balm Bayi Tok Syed ni yea.. Supaya korang tahu dari mana asal usul Balm Bayi Tok Syed ni yea.. haa.. Jangan tau beli dan terus guna je, kena gak selidik info tentang produk apa yang kita gunakan.. betul tak? 

Balm Bayi Tok Syed Membantu Melegakan Batuk, Selsema dan Hidung Tersumbat .

PENGASAS DAN SYARIKAT YANG MENGELUARKAN 

Haaa.. ok lah.. meh nak citer.. Balm Bayi Tok Syed ni adalah produk dari Tok Syed Distribution Sdn Bhd (TSD) yang sebelum ini agak terkenal dalam mengeluarkan produk-produk barangan keperluan ibu dan anak yang berasaskan herba-herba berkualiti traditional.

Untuk pengetahuan korang semua Tok Syed Distribution Sdn Bhd (TSD) ditubuhkan pada bulan April 2017 dan pengasasnya adalah orang tempatan kita iaitu Syed Mohd Saiful Ikhwan Syed Abd. Khalid, yang lebih dikenali sebagai Tok Syed. Apa yang amat menarik tu kan..  produk ini telah di rumus khas oleh dirinya sendiri tau.. woww.. 

Dalam penghasilan produk, pihak TSD sangat menitikberatkan penggunaan produk-produk berasaskan herba traditional dan sekaligus mengurangkan penggunaan bahan-bahan kimia merbahaya seperti SLES, Paraben dan lain-lain yang selalu terkandung di dalam produk-produk di dalam industri ini.

TSD telah melakukan beberapa kajian serta R&D untuk mengeluarkan produk-produk kegunaan harian si manja dan ibu malah semua peringkat pengguna boleh menggunakannya tidak kira bayi atau kanak-kanak, orang dewasa tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda mahupun peringkat umur warga emas, kerana produk yang dihasilkan selamat dan berasaskan kandungan pati herba-herba terpilih dari pelbagai serantau benua yang terdapat di Asia.

So, jangan ingat Balm Bayi Tok Syed ni hanya untuk bayi je yea.. memang namanya je Balm Bayi tapi sesiapa pun boleh guna tau... 

Dari segi proses pembuatan pulak, Semua produk dari TSD telah dikilangkan di kilang yang bertaraf GMP, so jangan risau tentang cara pembuatannya yea sebab... 

Produk dari TSD selamat digunakan kerana TSD amat mementingkan kebersihan, kualiti serta mutu terhadap produk-produk yang dihasilkan. Bermula dari bahan material asas yang digunakan (material asas yang berkualiti patinya) sehinggalah kepada penyediaan serta penghasilan produk tersebut .


Untuk memastikan pelanggan membeli yang Original, 
setiap packaging mempunyai logo Hologram  

Ha.. rasanya dah cukup kot info pengenalan tentang TSD yang mengeluarkan Balm Bayi Tok Syed , produk yang TB nak cerita dalam entri kali ni.. hehe.. Yang penting.. korang dah tahu asal-usul kejadian Balm ni yea.. Ok sekarang turn TB lak nak bercerita tentang pendapat TB tentang Balm ni dari sudut pandangan TB lah yea.. jom baca.. 

APA ITU BALM BAYI TOK SYED
Balm Bayi Tok Syed adalah persediaan kecil yang perlu ada bagi setiap seisi rumah yang dapat membantu menenangkan bayi di kala mereka kegelisahan. Balm serbaguna yang diproses di kilang bertaraf GMP ini, diadun dari bahan-bahan semulajadi dan bukan hanya dikhususkan bagi bayi sahaja, malah ianya juga selamat bagi semua peringkat pengguna tidak kira lelaki mahupun wanita. 

KANDUNGAN 
Didalam Balm Bayi Tok Syed mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti Beewax atau dalam bahasa melayunya lilin lebah), Minyak Kelapa Dara, Minyak Matahari, Essential Oils iaitu Pati Minyak Lavendar  juga turut mengandungi Vitamin 

KEGUNAAN 
Balm ini membantu melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat . Yea.. yang ni memang diakui lah kan.. ia memang membantu dalam melegakan masalah-masalah tersebut. Bagi TB pula, ada satu lagi fungsi balm ni pada TB dan Harraz ialah bau Pati Minyak Lavender yang terkandung dalam balm ini sangat menenangkan bila dihidu.. Malah yang TB paling suka tu, Harraz pun macam serasi dengan balm ni..


Harraz Tak Suka Balm / Minyak Yang Berbau Kuat
Dalam memilih minyak telon / krim / balm untuk di sapu pada Harraz, TB perlu memilih produk yang baunya tidak terlalu keras (tengik/berangin) kerana Harraz ni 'pesennya' tak suka bau kuat-kuat.. Haha.. Ada pernah sekali tu sapu yang jenis mint dan berangin je bila sapu didada.. terus mengamuk sikecik tu.. hahaha..  Tapi bila sapu Balm Bayi Tok Syed  ni harraz diam je.. hahaha.. korang boleh tengok video nya nanti yea..


Kegunaan lain Balm Bayi Tok Syed (melalui pengalaman TB sendiri ye) ialah ia boleh melegakan kegatalan akibat gigitan nyamuk, melegakan kembung perut, dan juga boleh membantu menstabilkan emosi kerana ia mengandungi Pati Minyak Lavender . Dan bagi TB lak, rasanya boleh dijadikan pelembap juga tau.. TB letak diatas permukaan tangan TB dan lama-lama terasa lembut je tangan tu.. macam losyen dengan baunya yang tak lekang.. adoi.. serius TB rasa suka pulak .. huhu


Suka tak kalau anak lena tidur macam ni? 
suka tak? suka tak?


PACKAGING

First of all TB nak bagi tahu, masa buka je parcel hari tu, TB tengok kotak (packaging) Balm ni sangat menarik sebab nampak mahal dengan design logo TSD dan kotaknya yang bewarna hijau tua kelihatan sangat sesuai dengan tagline Petua herba Warisan tu.. Selain tu TB suka sebab kandungan dia besar.. 45gram tau.. boleh tahan berapa lama tu kan..  

TEKSTUR 
Tekstur balm ni seakan lilin, dan memang lilin la kan sebab dihasilkan daripada beewax iaitu lilin lebah yang berkualiti tinggi, bila disapu pada permukaan kulit ia tidak terlalu berminyak, tidak berbau kuat/berangin/bau mint , tidak panas namun boleh terasa haba manja sikit bila disapu ke kulit,  tidak melekit dan mudah meresap, So.. kesimpulannya TB suka sangat dengan balm ni.. 


Seperti yang TB terangkan tadi,  Setiap bahan yang digunakan untuk menghasilkan Balm ini adalah diformulasi dari bahan-bahan semulajadi yang halal lagi suci. jom kita tengok keterangan penuh tentang bahan yang digunakan :


Antara bahan utama yang di gunakan untuk menghasilkan balm ini adalah:

BEESWAX
Beeswax atau lebih di kenali sebagai Lilin Lebah adalah merupakan pekatan bahan asli yang dihasilkan dari lebah serta dapat membantu mengatasi masalah radang kulit.

MINYAK KELAPA DARA
Minyak kelapa dara yang baik untuk kesihatan luaran dan dalaman serta dapat melembapkan kulit tanpa sebarang kesan sampingan ini sememangnya telah diiktiraf di seluruh dunia.

MINYAK BUNGA MATAHARI
Minyak bunga matahari turut di gunakan dengan cara mengekstrak bijinya. Ianya kaya dengan nutrien yang seimbang komposisinya. Kandungan vitamin E dan Omega 6 yang tinggi menjadikannya sangat efektif untuk urutan luaran.

PATI MINYAK LAVENDER
Pati minyak lavender menjadi agen utama untuk berfungsi sebagai pengurang tekanan. Wangian lavender yang amat harum dan mengasyikkan ini sememangna sudah terkenal sebagai bahan aromaterapi. Ianya bukan hanya dapat menjadi penenang malahan mempunyai kebaikan untuk meredakan demam dan selsema.



CARA PENGGUNAAN :
1.) Sapukan balm pada betis dan tapak kaki dan urut perlahan-lahan,
2.) Sapukan balm di bahagian dada dan urutkan secara perlahan-lahan
3.) Sapukan balm di perut (cara TB selalu buat pada Harraz tiap kali selepas mandi)
4.) Sapukan balm di belakang badan dan urutkan secara perlahan-lahan,
5.) Juga boleh di sapu sedikit pada bahagian Zon T muka.

TESTIMONI BALM BAYI TOK SYED:


"Bila saya menggunakan Balm Bayi ini, selsema serta sakit kepala dan ketidak selesaan di bahagian dada berkurang apabila saya sapu pada dada, bahagia 'T' hidung dan kepala."


“Saya mengunakan Balm Bayi Tok Syed dapat melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat untuk bayi dan anak saya kerana sangat wangi dan selesa.Sesuai dengan bayi dan anak saya.”


“Sepanjang tempoh guna Balm ini dekat anak saya, selalu masa tidur selsema dan batuk serta pernafasan macam hidung tersumbat. Jadi bila saya sapu pada hidung anak saya berkurangan dan tidak terjaga pada waktu malam.”


Testimoni pengguna Balm Bayi Tok Syed, melegakan selsema pada anak kecilnya. Kita sedia mengetahui jika anak-anak demam dan selsema maka ibu bapa lah yang paling risau serta bimbang. Mungkin dengan menyapukan pada tempat yang betul, dapat melegakan selsema dan meredakan demam yang sedia ada.
Untuk melihat testimoni terkini yang lain bagi Pengguna Balm Bayi Tok Syed boleh klik SINI

Nak tengok testimoni jujur TB lak.. sila klik kat video dibawah ni yea.. =) .. 
kalau sudi subscribe sekali, hehehe.. boleh tengok video TB yang seterusnya..



Oh ya.. TSD juga membuka peluang kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini menjadi sebagai rakan niaga mereka. Konsep rakan niaga yang dibina ini merangkumi satu konsep yang lengkap di mana ia dibawah pantauan sistem pengedaran yang dibina oleh TSD.

Jika benar-benar berminat boleh dapatkan info lanjut kat SINI

Seterusnya untuk maklumat lebih lanjut tentang produk serta cara membeli dan cara untuk menjadi pengedar, Sila lihat detail dibawah ni yea.. 


Harga :
RM80 (45g)

Address :
Tok Syed Distribution Sdn. Bhd.
Ground Floor
PKNS Complex
40000 Shah Alam
Selangor





Whatsapp : 
016-826 2990

#balmbayitoksyed #balmbayi #balm #selsema #batuk 

WIN Drypers Fortune Bear worth RM840!


WIN Drypers Fortune Bear worth RM840!

Bagi parent  yang memang guna Lampin Pakai Buang jenama Drypers ni, ada berita baik buat korang.. Sekarang ni ada contest untuk korang join.. Caranya mudah sangat.. hanya beli produk Drypers berjumlah RM50 dalam satu resit, kalau beli barang-barang lain tu.. sila bulatkan dekat list dalam resit Produk Drypers yang korang beli tu dan SNAP dengan jelas gambar resit tu kemudian reka lah slogan "Drypers #cuncunFit untuk bayi saya kerana... buat ayat tidak lebih dari 10 patah perkataan dan email resit berserta Nama, Email Address dan no. telefon korang ke my.drypersbabyclub@vinda.com

Kalau tak faham gak.. 
korang tengok je cara kat bawah ni yea.. 
mudah je how to win kan.. 


Hadiah Yang Bakal Di Menangi.. 


Eh.. sebelum tu nak tanya, korang dah join Drypers Club ke? Bukan apa.. Contest ni untuk mereka yang memang member Drypers Club, Dah Daftar belum? Kalau belum meh bagi Nama Penuh dan Email korang.. pm dekat SINI yea..

Pastu dah boleh join Contest ni .. yeayy! Good Luck semua.. moga ada rezeki korang semua.. Moga ada ONG .. haha..

19 Januari 2018

SET HADIAH ENCHANTEUR YANG BEGITU MEMIKAT HATI WANITA-WANITA


SET HADIAH ENCHANTEUR
MEMIKAT HATI WANITA-WANITA

Hai.. TB baru ada masa nak up entri tentang Enchanteur iaitu jenama haruman badan yang telah dikenali ramai ini. Sebelum ni TB ada cerita tentang minyak wangi Enchanteur Paris Petite Parfume yang didatangkan dalam botol roll on yang cute tu kan? Haa.. kali ni TB nak share tentang perfume Enchanteur yang didatangkan dalam botol bersaiz comel pulak.. Sesuai sangat dibuat Guft kepada insan tersayang. Gerenti Senyum meleret-leret orang perempuan kalau dapat Perfume Gift Set yang comel dan punya design kotak yang awesome gitu.. 

Set Hadiah Enchanteur yang TB nak tunjuk didalam entri ini ialah Set Hadiah Wangian Belle Amour dan Romantic .. di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu.


Tengoklah betapa cute botol dia kan.. box dia pun alahai.. cantik sangat dengan deco rose tu.. 


Enchanteur Romantic .. Botol yang cute.. dan bau 
Romantic ini adalah bau kesukaan TB tau..heeeee..


Yang ni Encanteur Paris Belle Amour, 
bau Belle Amour pun bau kesukaan TB.. wangiiii.. 

Jom terjah lagi info tentang Set Hadiah Enchanteur ni.. Bukan set ni je ada tau.. rupa-rupanya set lain pun ada.. Semua range bau ada kalau korang nak.. korang tak perlu risau dah.. yang mana range bau yang ada dalam senarai Enchanteur menang tiap satu ada dalam gift set yang comel ni.. Apa lagi.. jom baca dibawah ni yea..

Set Hadiah ENCHANTEUR dengan wangian penuh keindahan

Bagi mereka yang tidak mahu dihadkan dengan hadiah biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.

Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.

Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan. 



SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS 
(BELLE AMOUR & MON AMIE)

Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu.

Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah.

Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri - seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben.

Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.


SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS 
(MON AMIE & ADORE)

Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis.

Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja. 



SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS 
( MON AMIE )

Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV.

Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara. 



SET HADIAH MINI ENCHANTEUR 
( MON AMIE AND CHARMING )

Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.


SET HADIAH MINI ENCHANTEUR 
( BELLE AMOUR & ROMANTIC )

Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA. 

Haaa.. rambang mata tak tengok 5 set diatas.. apa l;agi.. pi la beli semua buat koleksi.. hahaha..

ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.


16 Januari 2018

CARA NAK BUANG IKLAN COUNTERFLIX YANG SANGAT MENGGANGGU !!


CARA NAK BUANG IKLAN COUNTERFLIX YANG SANGAT MENGGANGGU !!

Hai korang.. TB saja nak share entri ni sebab TB dah jumpa cara nak settle kan masalah iklan yang menyibuk time TB nak blogwalking.. asal buka je mana-mana website.. mesti terkeluar banner iklan yang  menyemak di wall screen.. adoi.. rasa terganggu nak baca entri rakan-rakan.. Iklan yang TB katakan ni ialah iklan ConuterFlix yang tak tahulah dari mana TB dapat benda ni.. seolah-olah macam virus pulak.. memang virus la kot.. damn! Yang TB buat ni untuk mereka yang guna browser GOOGLE CHROME yea..

Mula-mula tu TB ingatkan blog kawan-kawan yang pasang iklan tu.. tapi jadi pelik kenapa semua blog ada iklan tu.. rasa macam terganggu nak blogwalking.. blog Zazaiiman.com salah satu blog yang TB pi hari tu.. ada juga iklan tu.. so, TB pun tanya zaza dia guna iklan apa sebab ada iklan Casino semua.. dia kata dia tak pakai iklan apa pun.. Pelik jugak.. Masa tu abru tahu PC TB yang kena virus.. adoii.. 




Jenuh TB tanya sana sini kot ada kawan-kawan tau.. tapi takde jalan penyelesaian gak.. lepas tu tiba-tiba TB saja la belek-belek dan tenung banner iklan tu.. ternampak kat sisi tepi banner iklan tu tulis by counterflix.. terus TB search kat google cara nak buang iklan counterflix tu.. dan terjumpa macam-macam cara nak buang virus tu.. salah satunya.. 

TB try buka program kat control panel untuk remove counterflix tu.. tapi tak jumpa pun counterflix tu.. mungkin hubby dah buang kot.. cuma dia takde masa nak check betul-betul sebab busy dengan kerja-kerja design dia.. So, TB gagal guna cara tu.. TB try search kat Youtube cara lain untuk REMOVE IKLAN CONTERFLIX ni.. 




Mula-mula pi kat setting Customize and Control Google Chrome tu, alaa.. yang butang titik 3 tu hujung belah kanan atas sekali tu.. klik situ akan keluar macam dalam gambar atas ni.. dah klik situ, alih cursor kat more tools --> extensions


Pastu akan keluar macam ni.. korang klik Get more Extensions tu.. 



Pastu akan keluar macam ni pulak.. korang tengok kat atas sekali belah kiri tu.. 
Chrome Web Store



Taip Fair Adblocker kat ruang search tu.. dan terus akan keluar macam gambar atas ni.. Macam gambar atas ni TB dia keluar kotak hijau tulis Rate It sebab TB dah add to chrome.. bagi korang yang baru buat ni, butang korang akan tertera warna biru macam kat bawah-bawah tu.. + Add To Chrome , so.. korang klik la butang biru tu yea.. 


Ha.. korang klik add to chrome ni, lepas tu akan keluar macam bawah ni.. dia sedang checking





dan lepas tu dia akan keluar popup ni.. korang klik je Add Extension tu..

  

Then akan keluar POPUP yang ni pulak.. 


Sebelum


Selepas
Terus keluar macam atas ni.. korang klik je semua jadi HIJAU macam ni.. 
klik SAVE Settings


Akan keluar macam ni dah dah succesfully installed maknanya dia dah add dalam chrome dan akan jaga korang punya chrome dari kena kacau dengan virus ngok ngek tu lagi.. huhu..



Kalau korang nak check berapa dah dia block..boleh klik macam dalam gambar ni

pastu klik protection tu.. haa.. nampak kan berapa iklan yang dah di blok?


dan kalau korang nak tukar setting balik.. atau nak unblock/allow iklan atau apasaja.. pi kat Settings bawah tu.. klik Blocking settings



then untick je yang hijau2 tu.. yang man korang nak unblock atau allow.. 


Akhirnya.. jumpa gak cara yang berkesan dan cepat.. meh TB share kan caranya.. TB dha jumpa cara nak remove virus ngok ngek tu.. lega rasa.. tak runsing dha buka blog.. hehehe.. kalau ada yang tak faham tengok entri ni.. boleh je tengok kat Youtube.. TB dah save kan link nya.. yang TB rasa berguna sangat.. so.. korang klik la link kat bawah ni kalau nak lebih faham.. itupun kalau kornag pun hadapi masalah yang sama dengan TB ni kan.. K.. byee..



Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers