PELBAGAI RESEPI MASAKAN IKAN
SEDAP DAN MUDAH!
Hai.. Ini entri yang TB nak sanagt ada dalam blog TB .. Tahu sebab apa? sebab Resepi Ikan memang sesuai dengan TB sebab TB ni ada alahan sikit dengan seafood mahupun ayam-ayam ni.. so.. Ikan je lah yang TB boleh makan selain daging.. huhu.. kalau berdegil pi makan gak ayam atau seafood .. terima lah padahnya menggaru tengah-tengah malam.. hehe.. Tapi ni mujur ada kawan dalam group whatsapp sudi share masakan ikan yang boleh TB try nanti.. Ada yang TB dah pernah buat.. Tapi tepek gak lah entri kat sini.. Kalau nak baca dah ada.. kalau dalam whatsapp tu nanti fon rosak terus hilang resepi ni .. ye tak? heee.. nanti TB dah try masak TB up kat sini yea..
SUP IKAN
Bahan-Bahan:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)
Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.
Cara 2:
1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.
STEAM IKAN
Bahan-Bahan:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)
Caranya:
1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong,
daun sup & sedikit garam diatas ikan
2. Steam sampai ikan masak.
SINGGANG IKAN
Bahan-Bahan:
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)
Caranya:
1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.
IKAN TENGGIRI GORENG HALIA
Bahan-Bahan:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak
Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.
IKAN TENGGIRI MASAK AIR
Bahan-Bahan:
2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.
Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.
IKAN TENGGIRI MASAK ASAM
Bahan-Bahan:
3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.
Caranya:
1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.
SUP IKAN TENGGIRI
Bahan-Bahan:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup
Caranya:
1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4. Biar seketika dan tutupkan api.
IKAN HARUAN GORENG REMPAH
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak
Caranya:
1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.
IKAN HARUAN KUKUS
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris
Caranya:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3. Masukkan sedikit air. Didihkan
4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.
SUP IKAN HARUAN
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goring
Daun bawang dan daun sup – di hiris
Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4. Masukkan asam keping dan garam.
5. Masak hingga mendidih.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.
IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa
Caranya:
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.
IKAN GELAMA MASAK ASAM
Bahan-Bahan:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam
Caranya:
1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.
IKAN BAWAL KUKUS HALIA
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis
Caranya:
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.
IKAN PANGGANG BERKARI
(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)
Bahan-Bahan:
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)
Caranya:
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.
IKAN PANGGANG HALIA MUDA
Bahan A (diperap) :
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka
Bahan-Bahan (dihiris):
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak
Caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.
IKAN PINDANG
(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)
Bahan-Bahan:
2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan
SIAKAP STIM TAUCHU
Resepi Siakap Stim Tauchu, resepi yang berkhasiat menggunakan kaedah stim dan keistimewaan hidangan ini adalah terletak kepada rasa lemak dan masin daripada taucu yang dijeruk. Diinspirasikan dari masakan cina, pasti sangat lazat jika dimasak menggunakan ikan siakap yang segar dari pasar.
Bahan-Bahan:
1 ekor siakap (sederhana besar)
2 sudu besar taucu
2 sudu besar sos ikan
sedikit perahan jus limau
Bahan dihiris halus:
1 btg serai
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 cm halia
cili merah
1 biji tomato
daun ketumbar/ daun sup
Cara Penyediaan:
Gaulkan ikan bersama taucu, sos ikan dan sedikit garam.
Taburkan bahan dihiris halus (kecuali tomatodan daun ketumbar)
Kukus dalam pengukus selama 15 minit
Kemudian masukan tomato dan daun ketumbar/daun sup
Kukus lagi selama 5 minit. Angkat dan sedia untuk dihidangkan
Nota: Berhati-hati ketika memasukkan garamkerana taucusudah mempunya rasa masin yg kuat.
IKAN SIAKAP SWEAT SOUR
Resipi Ikan Siakap Sweat Sour adalah resepi yang terkenal di kalangan masyarakat Cina. Rasa masakan ini pasti lazat jika anda memilih ikan yang segar. Ikan Siakap boleh juga di gantikan dengan ikan talapia dan ikan bawal.
Bahan-Bahan:
1 biji tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili giling
semangkuk kecil nenas
1 sudu kecil sos ikan
1 biji bawang besar, potong bulat
Daung bawang untuk hiasan
Bahan untuk dicincang:
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
Cara Penyediaan:
Ikan di goreng garing dalam kuali.
Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih, dan halia yang di cincang.
Masukkan tomato yang dihiris kasar,kemudia masukkan sos cili.
Campurkan sedikit air dan biarkan mendidih.
masukkan sedikit sos ikan dan nenas serta bawang besar.
masukkan gula dan garam secukup rasa
Apabila masak, tuangkan kuah ke atas ikan dan hiaskan dengan hirisan daun bawang
Tips:
Untuk mendapatkan rasa masam manis yang sedap, gunakan tomato ceri.
RESEPI IKAN JENAHAK BAKAR SAMBAL KELAPA
Resepi Ikan Jenahak Bakar Sambal Kelapa, resepi yang sangat mudah dan sedap, untuk memastikan rasa yang terbaik, pastikan ikan dan kelapa parut yang segar dipilih.Sedap dihidang bersama ais asam sambal belacan.
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan jenahak, boleh juga di gantikan dengan iklan lain seperti siakap atau ikan merah
serbuk kunyit dan garam
daun pisang yang digunakan ketika memanggang
Bahan untuk sambal kelapa:
3-4 sudu besar kelapa parut
2 cm kunyit hidup
1 batang serai, hiris nipis
3 ulas bawang merah, hiris nipis
1 cm halia yang di hiris nipis
3 tangkai cili kering, direbus
garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
Bersihkan ikan dan belah belakang. Sapukan dgn garam dan kunyit.Biarkan seketika.
Sumbat dari bahagian belakang ikan dengan sambal kelapa, kemudian balut bahagian tengah ikan dengan daun pisang dan bakar.
Cara untuk sambal kelapa:
Dalam lesung batu, tumbuk kunyit, serai, halia,
cili kering dan bawang merah hingga lumat. Kemudian masukkan kelapa parut, sedikit garam dan gula secukup rasa.
Tips:
Pastikan anda tidak menggunakan api yang terlalu kuat ketika memanggang ikan kerana untuk mengelakkan dari iklan dari terlebih masak, ini akan menyebabkan ikan kehilangan lembapan dan menjadi terlalu kering atau keras