Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

15 Mac 2018

PRINTCIOUS.COM - THE BEST ONLINE GIFT SHOP

PRINTCIOUS.COM - THE BEST ONLINE GIFT SHOP

Petang-petang begini TB nak bercerita tentang satu website yang sangat TB suka sebab di website ini TB boleh memilih dan mereka design mengikut idea dari TB sendiri dan yang paling best semuanya hanya dihujung jari.. klik-klik je dah siap design.. then terus checkout, bayar.. then tunggu barang sampai.. mudah kan! haaa.. kalau nak tahu website itu ialah Printcious.com .

"Precious Gifts From Your Heart" yang bermaksud Hadiah Berharga Dari Hati Anda .. TB suka tema ni.. sebab tanyalah mana-mana orang pun, pastinya ramai yang sukakan hadiah yang boleh menjadi kenangan sampai bila-bila.. 

Selalunya kita tak tahu nak bagi apa dekat orang tersayang kita betul tak? Kalau boleh kita nak lah Hadiah yang kita beri nanti jadi hadiah yang akan menggamit kenangan sampai bila-bila buat diorang betul tak..  Haa.. satu je caranya untuk jadikan sesuatu hadiah tu ada sentimental value tak kira berapa lama digunakan.. iaitu hadiah yang kita design sendiri dan menyimpan memori antara kita dan yang tersayang.. betul tak? Haa.. nak tau kat mana boleh design sendiri ikut citarasa korang?



Jeng Jeng Jeng bagi korang yang belum tahu tu, korang boleh design sendiri hadiah dan barangan peribadi mengikut citarasa korang hanya di Printcious! dekat situ banyak giler design cantik-cantik korang boleh pilih utnuk design sendiri barangan korang.. Nak custom design sendiri pun boleh tau! just upload design korang punya sendiri..

Sempena Hari-Hari Bahagia korang iaitu Hari Anniversary yang disambut tiap-tiap tahun perlulah ada kelainan dan menyimpan seribu kenangan dengan hadiah yang di customize special untuk buah hati tersayang.. betul tak? heee.. Jom tengok kat sini bagi siapa-siapa yang nak customize design untuk hadiah orang tersayang .. https://www.printcious.com/my/gifts/occasions/engagement , ada pelbagai pilihan yang korang boleh pilih untuk dihadiahkan kepada si dia.. Antaranya T.shirt, Mug, Cushion, Throw Pillow dan macam-macam lagi tau! klik je link atas ni yea! dan terus order tau! ha2..


Design Sendiri Hadiah di Printcious 
Hanya perlu layari web Printcious kita dah boleh memilih sendiri hadiah mengikut kategori jantina si penerima dan occassion tertentu. Yelah selama ni kan pening nak pilih hadiah untuk lelaki, hadiah untuk perempuan, hadiah untuk suami la, hadiah untuk isteri la.

Oh ya.. kalau korang nak tahu selain menyenangkan kerja kita memilih hadiah berdasarkan penerima, kita juga dapat customize hadiah berdasarkan occassion tertentu. Contohnya seperti hadiah konvokesyen, birthday ke, wedding ke, untuk baby baru born ke, dan macam-macam sambutan lagi. Tak salahkan sesekali meraikan hari istimewa mereka yang kita sayang.

Rayakan Hari Ibu atau Hari Bapa dengan cara membahagiakan dengan menempah sesuatu yang disampaikan lahir dari hati untuk mereka yang tersayang.. Actually sebelum ni TB dah pernah tempah bantal berbentuk love special untuk emak TB sempena Birthday dan Hari Ibu, naka tengok? klik sini ---> Hadiah Sempena Birthday Emak

TB order dari KL dan beralamatkan kampung, emak terima dengan happy sangat.. hehehe.. servis penghantaran printcious memang terbaik.

Jom manjakan orang-orang yang korang sayangi pada hari-hari istimewa mereka dengan Printcious memandangkan semakin banyak hadiah baru untuk majlis-majlis khas dari Printcious.. Malah, printcious juga menyediakan perkhidmatan percetakan hadiah korporat untuk acara tertentu. 

Antara List Cadangan Hadiah Yang Korang Boleh Pilih di Printcious :
- Design T-shirt sebagai hadiah 
- Design Puzzle Gambar sebagai hadiah 
- Design Mug sebagai hadiah 
- Design PU Leather sebagai hadiah 
- Design Baby Rompers sebagai hadiah 
- Design Keychain sebagai hadiah 
- Design Phone Case sebagai hadiah 
- Design Cushion sebagai hadiah
- Design Graduation Gift
- Design Untuk Gift For Him / Gift For Her

Design Barangan Peribadi di Printcious 
Printcious ni yang bestnya, korang boleh design dan hadiahkan kepada yang tersayang dan yang best jugak kita pun boleh je belikan something untuk diri kita sendiri sebagai kenangan dimana hasil karya design kita tu tertepek pada hadiah yang kita design di Printcious ni.. haa.. Semua barang-barang peribadi tu kan boleh customize sendiri ikut citarasa kita. Paling penting.....tiada minimum order. dan lain daripada yang lain.. orang lain mesti tak jumpa yang macam kita design ni kat luar sana.. percayalah! 

Cara Membuat Pembelian di Printcious

1. Login akaun
2. Pilih Product
3. Muat naik gambar / design
4. Tambah text
5. Order
             
6. Tunggu Barang Sampai horray!

-------------------------------------------------------------------------------------

jom Tengok STEP BY STEP Cara Nak Order!


01. Login Akaun
First sekali kena ada akaun Printcious. Caranya daftar PERCUMA aje.. Kalau belum ada akaun Printcious senang aje, korang boleh sign up terus dekat situ menggunakan akaun facebook korang. Tak susah pun.. klik klik aje dah jadi member.. hehehe.. kalau takda facebook pun boleh, sign up macam biasa je..


Lepas tu kena isi detail korang dekat ruangan kosong berkenaan untuk lengkapkan dashboard profail korang.. Elok isi terus Alamat korang sebab nanti masa nak shopping tak perlu nak isi dah, terus checkout je.. kan mudah! 




02. Pilih Product 
Klik aje mana-mana produk yang korang nak beli di CUSTOM GIFTS ni. Kat sini terdapat bermacam-macam kategori untuk korang memilih. Semua ada depan mata .. Kadang sekali tengok je kita dah tahu apa kita nak cari sebenarnya.. hehe.. TB geram bantal tu.. grrrr....




3. Muat naik gambar / design + 
Kalau dah ada gambar atau design yang dah sedia ada, bolehlah upload terus je. Tambah text kalau nak. Ikutlah kreativiti masing-masing.




TB pilih design ni.. hehehe.. mesti ada harraz kan!





4. Tambah text
kot la korang nak tambah ayat-ayat dan madah-madah untuk tersayang.. boleh je tambah.. 




 5. Order 
Kalau rasa dah puas hati dengan design, maka teruslah 'Add to Cart' dan bayar tanpa ragu-ragu. Yang bestnya dengan Printcious ni, mereka murah dengan promosi, jangan sia-siakan coupon promosi yang diberi ok. Haha.



Pembayaran boleh dilakukan melalui mana-mana bank yang tersenarai dibawah :




6. Selesai !

Ok dah siap, senang je kan! Sekarang masa untuk tunggu barang sampai ke tangan korang aje.. Oh, ya.. Printcious menggunakan perkhidmatan kurier Skynet, Pos Laju & Ninja Van untuk menghantar barang-barang supaya sampai dengan cepat dan selamat.

Ha.. berminat tak nak shopping dan design sendiri hadiah kesayangan korang untuk dijadikan hadiah istimewa orang tersayang?? kalau berminat boleh lah singgah dan terjah link-link dibawah ni yea.. jangan lupa follow dan LIKE ok.. ta ta ta....

If you are looking for best  button batch for college , don’t forget to contact them. Or if you have any upcoming event and would like to impress your guest, photo booth rental is your best choice.”

Lawati Printcious di :

Website - Printcious/blog

Jom Tengok Video cara nak Customise Hadiah korang di 
Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart



“Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”, “gift for husband”, “birthday gifts”, “surprise gift”,” gift for him”,” diy gift”


14 Mac 2018

Bagaimana Nak Kemaskini MyASNB Secara Online Dirumah - Sharing Is Caring


Bagaimana Nak Kemaskini MyASNB Secara Online Dirumah - Sharing Is Caring


Pagi tadi TB ternampak post tentang Cara Bagaimana Nak Kemaskini MyASNB Secara Online Dirumah dan TB terus try buat kat online.. tapi tak boleh sebab TB tak kemaskini no fon dekat ASB lagi.. huwaaa.. tak tahu la bila nak pi kemaskininya uii.. tergantung la niat nak daftar ASB online teman ni.. So, bagi korang yang nak kemaskini MyASNB Secara Online dirumah boleh la pi kemaskini nombor fon korang dulu kat mana-mana cawangan yang berdekatan, bawa buku ASB korang tu sekali yea.. Lepas tu baru korang boleh pergi ke step seterusnya seperti dibawah ni..

Oh ya.. tujuan kena daftar no fon korang tu sebab nanti masa daftar online kat website MyASNB ni ada banyak TAC yang akan di send ke nombor fon korang untuk tujuan verification (untuk keselamatan) .. Macam Maybank2u , CimbClick la .. tau kan.. ada request tac semua.. 

Apa-apa pun TB kena juga letak Step-step ni disini sebab TB ni pelupa.. nanti TB nak cari balik step ni.. tak jumpa pulak.. memang ada kot step lain tapi yang ni nampak mudah.. TB akan pilih yang ni je.. Thank You buat bro Zaidi Zakaria  sebab sudi share benda ni.. dan bagi izin kami share juga.


Jom kita Baca Cara Bagaimana Nak Kemaskini MyASNB Secara Online Dirumah



Tutorial step by step register secara online depan phone.


NoteSecurity
Pastikan masuk ada "https:'//" warna hijau. Huruf "s" untuk security lebih selamat. Contoh seperti dalam gambar.

Jika ada pertanyaan atau pengesahan boleh call customer service 03-80268101

Sila pilih Google Chrome. Bukan "Google PlayStore" .. 

Step 1 
Kemudian klik kotak sebelah kanan atas.


Step 2 
Klik "Daftar di sini".


Step 3 
Baca langkah dan arahan tertera. Dah habis, klik "TERUSKAN".

Step 4 
Baca terma dan syarat MyASNB dan klik kotak kecil seperti dalam gambar.
Kemudian teruskan klik "SETUJU".

Step 5
+ Pilih Jenis Kad Pengenalan.
+ Masukan number Kad pengenalan. Jika pilih "IC baru".
+ Pilih Amanah Saham Bumiputera.

Step 6 
Masukan 6digit Code diterima pada no phone telah berdaftar. Anda akan terima 6digit kode dekat msg dari sistem.

Contoh msg
RM0.00 MyASNB Portal: Online Registration. TAC is 929422. Exp by 15/02/18, 03:20 PM MYT

NotaKata
++++++
No phone dalam kotak autogenerate, selepas anda kemaskini dicawangan yang berdekatan.
Macam saya kemaskini dekat Maybank, bawa buku ASNB sekali pergi dekat kaunter.

Step 7 
Maklumat Log Masuk.
+Masukkan ID dan emel. Sebaik baik save dekat noted

Soalan Keselamatan.
+Bahagian Frasa Keselamatan masukkan kata semangat atau doa. Contoh "ZaidiSukses" setiap kali log in nampak, saya akan Motivated.
Seterusnya jawab 3 soalan keselamatan. Next

Step 8 
Masukan kata laluan anda terima pada phone. Kode ini rahsia
Dan masuk kata laluan anda.
Dekat sini agak komplex sedikit. Buat dengan tenang yer

Step 9
Masuk kan ID yang anda Register tadi, kemudian akan terpapar perkataan anda taip tadi yang saya beri contoh "ZaidiSukses".

Jika keluar perkataan selain dari anda taip tadi, 
Maksud nya ID anda salah mungkin huruf atau Kecil atau besar.

Sebab itu saya sarangkan save pada noted
Anda perlu pilih klik "Lupa ID pengguna"
Next masuk kan "kata laluan


Step 10 
Tadaaa.. Dah siap
Dah boleh cek online lepas nie
Tak payah dah nak keluar duit tu. Masuk dan tambah dan tambah lagi simpanan
 

Credit to : 



RESEPI REBUNG MASAK LEMAK CILI API + DAGING




RESEPI REBUNG MASAK LEMAK CILI API + DAGING


Bahan-bahan:
👉300 gram rebung
👉200 gram daging
👉3 helai daun kunyit (potong halus)
👉1 keping asam keping
👉1 liter santan cair
👉½ liter santan pekat
👉Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar :👉3 batang serai
👉20 biji cili padi
👉Setengah inci kunyit hidup
👉8 biji bawang merah

Cara memasak :1.Bersihkan rebung dahulu dan direbus sekejap,toskan
2.Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar dan santan ke dalam periuk kemudian kacau sehingga sebati
3.Masukkan daging,biar sedikit empuk
4.Kemudian masukkan rebung,daun kunyit,asam keping,garam dan gula,masak lagi hingga keluar minyak



12 Mac 2018

RESEPI KERABU MANGGA SEDAP DAN MUDAH!


RESEPI KERABU MANGGA SEDAP DAN MUDAH!

Simpan dulu resepi untuk Kerabu Mangga.. actually yang makannya TB sorang je pasal tu tak pernah buat kat rumah TB ni.. So, teringin nak makan kerabu mangga la pulak, nak beli memang takkan dapat makan la jawapnya kan.. so kita buat sendiri je nanti.. janji bahan cukup.. dah jadi nanti TB up gambar sekeping kat bawah ni yea.. hehehehe.. jom tengok resepi .. jadikan menu untuk tambah selera berbuka puasa nanti.. haha.. buat bila-bila masa pun boleh weh..





Bahan-bahan
5 biji mangga muda (disagat)
3 biji tomato (dihiris)
7 tangkai cili padi
2 labu bawang besar (dimayang)
2 sudu gula pasir
2 biji limau nipis (diambil jusnya)
2 sudu sos ikan
Sedikit garam (jangan terlalu banyak kerana sos ikan sudah masin)
Kacang tanah goreng (ditumbuk kasar)
Ikan bilis goreng


Cara buat
1. Campurkan cili padi, gula, garam, sos ikan dan air perahan limau nipis.
2. Pastikan secukup rasa dan gula larut.
3. Masukkan mangga, tomato, bawang besar, ikan bilis dan kacang.
4. Gaul sehingga sebati dan boleh dihidangkan.

Sangat mudahkan. Kalau takde mangga boleh juga digantikan dengan epal hijau. Pun sodap juga.



Credit Gambar dan Resepi :



Effenzee Myracle Lotion Bukan Sekadar Membakar Lemak!

Effenzee Myracle Lotion Bukan Sekadar Membakar Lemak! 

Hai semua.. TB nak share dengan korang tentang satu lagi produk yang boleh membantu mereka-mereka yang nak kuruskan atau nak bakar lemak tu.. Malah bukan itu sahaja produk ni all in one.. maksudnya? produk ni pelbagai guna tau.. orang putih kata Multifunction Lotion! bukan sekadar nak bakar lemak dibadan je.. ada pelbagai guna, nak pecahkan lemak boleh, nak kurangkan selulit pun boleh, nak nyahkan bau badan pun boleh.. banyak lagilah kegunaan Effenzee Myracle Lotion  ni, nanti korang bacalah entri teman ni sampai habis ye.. hehe..

Ok lah, bagi TB sendiri yang dah guna produk ni, TB suka bau Effenzee Myracle Lotion ni sebab bau dia tak busuk, wangi gitu.. Dan paling TB suka bila sapu ia tak melekit dan mudah meresap pulak tu.. so, dia tak tinggalkan kesan berminyak pada kulit kita.. Dan paling-paling best bila TB sapu tu rasa sejukk je tauu.. sebab tu dia dipanggil Lotion Kurus Sejuk .

TB guna Effenzee Myracle Lotion ni untuk buang lemak di perut ni.. huhu.. sebab dah lama sangat tak turun-turun sejak dari lepas bersalin tahun lepas .  Rasanya macam dah surut sikit perut TB lepas seminggu guna Effenzee Myracle Lotion  ni..

Selain tu TB gunakan untuk pecahkan lemak-lemak yang sengaja buat dagu TB berlapis (double chin), geram TB bila tengok double chin TB ni makin ketara .. huhuhu.. tak sangka pulak TB yang dulu kurus kering masa zaman anak dara boleh naik berat badan dan ada double chin macam sekarang ni.. adoi..

Mujurlah TB dah jumpa  Effenzee Myracle Lotion ni.. Lepas ni TB boleh la dapat dagu yang leper balik.. perut yang kempis .. dan macam-macam lagi lah kegunaan Effenzee Myracle Lotion ni yang TB rasa sangat syok guna..

Siap TB bawa balik kampung Effenzee Myracle Lotion sebab memang nak sapu setiap malam sebelum tidur.. hehe.. tak risau pun sapu sebab orang bukan tahu pun kita pakai lotion kurus kan! sebab bau dia sedappp.. 



Cara nak guna Lotion Kurus Sejuk ni mudah sangat, sapu je kat kawasan berkenaan dan urut secara membulat arah lawan jam.. urut la selama 5 minit ke, selepas tu korang akan rasa efek berangin tu best sangat..


Effenzee Myracle Lotion ni berwarna putih dan soft je bila sapu..


Mudah Meresap, tak melekit, tak berminyak.. Sejukkk

Lagi satu TB ada try sapu kat bahagian sendi-sendi TB yang kebetulan sakit sebab terlanggar pantang minum ais bergelen2 time kenduri kelmarin.. huhuhu.. sakit satu badan termasuk pinggang, lutut , lengan.. pendek kata satu badan sakit woo.. Taubat tak nak dah minum ais! huhu.. Rela berpantang ais selama-lamanya.. minum sikit-sikit tu tak apalah kan..

TB try la sapu kat bahagian-bahagian sendi tu, rasa ada kurang sakit sendi tu, dan rasa lega sikit .. hubby TB pun TB sapu kat bahu dia yang sakit tu, dia kata ada rasa kurang sikit.. maknanya memang berkesan la Effenzee Myracle Lotion  ni kan..

Haa.. Selain tu of coz la TB suka sebab Effenzee Myracle Lotion 100% diperbuat dari bahan alam semulajadi, tiada PARABEN .. So, Selamat la digunakan.. 

Kalau  nak tau lebih tentang Effenzee Myracle Lotion jom baca selanjutnya.. 


Apa Fungsi Efeenzee Myracle Lotion 
  • Memecahkan lemak di bahagian anggota badan yang tertentu
  • Membantu menghilangkan selulit
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Membantu membuang angin dalam badan
  • Membantu menghilangkan/memudarkan parut / 'strech mark'
  • Membantu rahim mengecut dengan cepat selepas melahirkan anak.
  • Membantu melawaskan pembuangan
  • Membantu melegakan sakit kepala
  • Membantu tidur lebih lena terutama kepada pesakit 'insomnia'
  • Membantu menstabilkan emosi kanak2 hiperaktif
  • Membantu menyahkan bau badan
  • Membantu mengembalikan stamina
  • Membantu melegakan kesakitan pinggang dan lutut


Haaa.. bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin tu TB nak gitau Effenzee Myracle Lotion  boleh membantu rahim mengecut dengan cepat selepas melahirkan anak.. Lotion ni selamat digunakan, so ibu-ibu tak perlu risau ye...


Apa Yang Best Tentang Effenzee Myracle Lotion
  • Mesra Wuduk
  • Bersifat sejuk dan melegakan
  • Mempunyai bau aroma yang wangi
  • Tak melekit dan berminyak serta mudah meresap
  • Tak memedihkan dan merengsakan kulit
  • Sesuai untuk semua peringkat umur
  • Harganya pun berpatutan
  • Telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM )

Siapa yang perlu ambil Effenzee Myracle Lotion 
  • Mereka yang sering letih, kurang bertenaga, sakit kepala, badan berbau
  • insomnia ( masalah tidur)
  • Mereka yang daya ingatannya mula lemah dan rasa cemas
  • Mereka yang ada masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
  • Mereka yang ada masalah / stress
  • Mereka yang ada masalah selulit dan berat badan naik mendadak
  • ibu-ibu atau bapak-bapak yang penat menguruskan kerja rumah dan keluarga

Bahan-Bahan Yang Terkandung Dalam Effenzee Myracle Lotion

Terdapat lima bahan utama di dalam Effenzee Myracle Lotion yang berkesan untuk mengatasi masalah kegemukan and banyak lagi masalah kesihatan yang lain. Lima kandungan utama tersebut ialah ;
  • Minyak jojoba
  • Argan
  • Zaitun
  • Kolagen
  • Vegatol ivy

Antara Testimoni dari pengguna 
Effenzee Myracle Lotion

















Seperti yang TB katakan tadi.. Effenzee Myracle Lotion ni sesuai untuk semua orang tak kira tua muda, lelaki ke perempuan.. boleh je guna.. Haa.. Apa lagi.. Jom la Try Effenzee Myracle Lotion ni.. Oh ya.. Kalau nak nampak berkesan kena la rajin pakai selalu tauu! sapu 5 kali sehari ke.. haa.. baru nampak kesan tip top .

Sedikit Info tentang Effenzee Myracle Lotion


Effenzee Myracle Lotion adalah produk pelangsingan tubuh yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat tempatan, iaitu Effenzee Rich Sdn. Bhd. (Effenzee) . Effenzee Myracle Lotion sesuai digunakan oleh semua golongan pengguna seawal bayi sehinggalah orang dewasa. Tak kira lelaki atau wanita, tua atau muda pun boleh guna tau!

Haaa.. Disebabkan kualiti yang terdapat pada Effenzee Myracle Lotion ini, ia telah terjual kira-kira 12,000 unit dalam tempoh kurang sebulan sejak ia mula dipasarkan bulan lalu.

Dan Effenzee Myracle Lotion ini juga mendapat permintaan daripada pengguna daripada beberapa buah negara seperti Brunei, Singapura, Arab Saudi, Jepun dan Sepanyol




Haa.. bagi korang yang tengah berusaha cari jalan nak kurus dan bakar lemak dengan cara selamat tu.. meh la try Effenzee Myracle Lotion ni..gerenti puas hati.. Fuhh.. dengar cerita 12,000 unit soldout dalam masa 23 hari.. dasyat kan!  Nak order? boleh contact url yang TB sertakan dibawah ni yea.. Selamat membakar lemak!  

Website rasmi:

Facebook Pages:
(Effenzee Kak Bid)

(Effenzee HQ)

Instagram:

Personal FB Founder:

02 Mac 2018

BABYBALU.COM - PARENTING MADE EASY


BABYBALU.COM - PARENTING MADE EASY 


Hai semua.. TB nak cerita tentang satu website yang TB baru jumpa baru-baru ni.. Website tersebut mempunyai bermacam-macam info dan tips berkaitan dengan Pregnancy / Ibu Hamil, dan juga perkongsian tentang bayi dan juga tips cara memilih barangan atau keperluan bayi korang.. malah.. banyak lagi lah yang korang boleh lihat dan baca di website tersebut. 

TB baru je singgah website tersebut dalam beberapa jam tadi.. Yang bestnya.. ada macam-macam topik yang TB sempat baca, antaranya ialah topik yang TB suka tajuk dalam inggerisnya --> How To Bed Share Safely With A Newborn (Co-Sleeping With Your Baby) atau dalam Bahasa Melayunya Bagaimana Cara Selamat Berkongsi Katil Dengan Bayi yang baru lahir (Tidur bersama Bayi korang).. Haaa.. Ibu-ibu.. best kan topik tu? Nak baca? silalah klik link yang TB dah sertakan sekali tu.. tapi dalam bahasa inggeris tau, tapi boleh je korang translate sendiri kan.. 

Selain tu.. Apa yang TB suka lagi ialah, ada juga tips-tips bagi ibubapa yang baru 1st time jadi mama and papa macam TB and hubby ni laaa.. haha.. Tips-tips tersebut amat berguna buat TB, menyesal TB tak tengok awal-awal website ni.. 

Antara Topik yang TB suka ialah Tips bagaimana nak pilih Baby Carier untuk memudahkan cik abang kita mendukung anak? heee... awat for dad aje ye? for mummy takde ke? huhuhu.. Nak baca? klik Tajuknya sini --> Which Is The Best Baby Carrier For Dad In 2018? (Guide And Reviews)

Selain tu ada banyak lagi 
Topik-Topik yang TB suka.. antaranya :


-- 12 Fantastic Baby Products For Overwhelming Mums

-- Which Is The Best Diaper Pails For Baby In 2018?
   (Guide And Review)

-- Which Is The Best Baby Walkers For 2018?     (Guide And Review)

-- Which Is The Best Baby Bath Tubs For 2018?
   (Guide And Review)



Yang tu untuk Baby.. yang untuk Mommy-Mommy pulak.. TB suka Topik-topik seperti dibawah ni.. 

10 Pregnancy Foods To Eat For Healthy Mum And Strong Baby

How To Enjoy The Process Of Breast Pumping 
(Instructions & Tips)

When Does Cluster Feeding Start? Is Fourth Month That Hard?

10 Tips To Hold A Baby Shower Without Breaking The Bank

21 Inspiring Nursery Wall Decor Ideas

Baby Gags When Eating: 5 Tips For Baby’s Mealtime

How Do Cloth Diapers Work? 
(A Short How-To Guide)

Tak kiralah korang sedang hamil atau korang seorang suami kepada isteri yang hamil ke, atau seorang ibu/bapa kepada baby yang baru lahir atau pun ibu/bapa kepada anak-anak yang semakin membesar ke.. TB rasa website ni boleh je dilawati oleh sesiapa sahaja.. sebab banyak info dan Tips yang korang boleh dapatkan di website ini.. 
Haa.. website yang TB cerita kan panjang-panjang tadi ialah website BabyBalu.com . Kalau rasa nak tau macam-macam tentang baby, pregnancy dan tips-tips lain, boleh lah terjah website ni yea! selamat menambahkan ilmu tentang baby dan macam-macam lagi.. =)

Nanti nak baca yang ni pula.. hehehe.. 



01 Mac 2018

HAPPY BIRTHDAY TO ME - TENGKUBUTANG


HAPPY BIRTHDAY TO ME - TENGKUBUTANG


Alhamdulillah.. semalam bertarikh 28 Febuari 2018 bertambah usia TB lagi satu angka.. Semakin berusia lah TB sekarang ni.. nak sebut umur macam malas je.. hahaha.. So.. teman sebut bertambah usia pun cukup lah yea.. hehe.. 

Terima kasih atas ucapan kawan-kawan semua.. rakan-rakan FB.. rakan-rakan whatsapp.. dan semua yang dah wish birthday dekat TB semalam.. thank you sangat2 yea.. 

Thank You to my hubby gak.. wish birthday semalam.. even dia terlupa sebab bz sangat..  dah tengahari baru wish.. huhu.  (itupun nasib baik dia baca kat group wasap family) haha.. adoi suamiku.. bz tak terkata dia sekarang.. 

TB ok je.. faham dengan situasi dia.. Janji wish.. jangan tak wish.. kalau tak TB merajok sehari.. huhuhu.. ngada2! 

Actually sape2 pun mestilah paling tertunggu2 wish dari yang tersayang kan.. even takde hadiah pun.. yang penting ucapan tu.. ucapan semoga panjang umo.. murah rezeki.. diberi kesihatan yang sempurna.. haaa..yang tu nak dengo tu.. heee .. ramai yang anggap hadiah adalah segalanya.. walhal doa dan keberkatan tu yang lebih berharga.. 

Apa2..pun..thank you buat yang wish happy birthday to me semalam dan hari ni ye.. thank youuu.. i lap you.. 




Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers