Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

14 September 2018

Jom Ajak Anak-Anak Menonton Good Child TV - Kids' Songs and Rhymes di Youtube!



Jom Ajak Anak-Anak Menonton
Good Child TV - Kids' Songs and Rhymes di Youtube!

Hai korang semua... TB nak jemput tengok Channel Youtube satu ni.. Comel sangat-sangat kartun dia dan lagu-lagu dia pun sweet dan fun sangat-sangat.. Harraz terpaku masa pertama kali tengok tu.. siap senyum-senyum tengok kartun yang comel-comel dalam video-video di Good Child TV ni.. Try la bagi anak korang tengok.. Mesti diorang suka tau..


Macam TB, TB suka Channel ni sebab kartun dia berwarna terang dan cantik.. kartun pun comel dan berwarna-warni.. Nak pulak Harraz seorang yang suka menyebut apa yang dia lihat.. So, bila pasang satu-satu video tu memang sesuai sangatlah kan.. sebab tiap-tiap video tentang satu haiwan.. Panda, Kangaroo, Crab, Crocodile, Birds, Hippo, Monkey, dan banyak lagi..





Kalau TB pasang Good Child TV Harraz akan sebut nama haiwan tu.. dan yang bestnya dia dah kenal rupa haiwan tu dengan namanya sekali.. sampaikan bila tengok kat channel lain, dia dah tahu nama haiwan tu.. bagus kan ! elok sangat korang bagi anak tengok Channel ni.. 

Oh ya.. Channel ni masih baru, tetapi TB perhatikan team Good Child TV sentiasa up video terbaru dari semasa ke semasa.. So, korang jangan ketinggalan subscribe dan klik Butang Loceng tu untuk dapat info tentang video terbaru yang mereka akan up kan nanti..

Oh ya.... Tahukah korang good child tv yang nampak international ni sebenarnya hasil kerja kreatif orang Malaysia.  Haa.. jangan tak percaya tauu.. TB pun terkejut gak sebab masa mula-mula tengok macam video kids song and rhymes luar negara je.. rupa-rupanya orang Malaysia kita yang punya hasil kerja.. memang mantop kan!

Haa.. apa lagi.. Harraz dan pandai kenal haiwan dengan menonton Good Child TV ni.. korang lak.. taknak ke anak-anak happy dna belajar dengan menonton Channel best ni? 


Jom support dengan meng SUBSCRIBE CHANNEL ni supaya mereka dapat hasilkan lebih banyak lagu yang berkualiti selepas ini.. tak sabarnya TB nak tunggu video-video terbaru dari mereka!




WEBSITE :

FACEBOOK PAGE :






KIRA KIRA | PRODUK PENJAGAAN BAYI ORGANIK DARI JEPUN


KIRA KIRA | PRODUK PENJAGAAN BAYI ORGANIK DARI JEPUN 



Haa.. ni TB nak kongsikan tentang produk penjagaan bayi seperti lampin dan produk penjagaan bayi  premium yang sangat bagus berkualiti dan berteknologi dari Jepun ni buat mommy-mommy semua .

TB dah try lampin dan mandian baby Kira Kira ni.. memang puas hati sebab lampin nya lembut je.. dan paling best sebab harraz serasi je pakai, takde merah-merah pun sebab lampin ni diperbuat dari bahan-bahan yang selamat utnuk bayi.. Ok lah.. jom baca sedikti info tentang jenama Kira Kira ni.. 


KIRA KIRA - PRODUK PENJAGAAN BAYI ORGANIK DARI JEPUN 

Sifat ingin tahu memang dimiliki oleh bayi semenjak lahir. Jadi mengapa tidak biarkan mereka melakukannya dengan penuh bergaya dan selesa. Kira Kira, jenama lampin dan penjagaan bayi premium yang lengkap dengan inovasi teknologi Jepun kini di Malaysia untuk membantu bayi anda membesar dengan bergaya sambil selesa.

Ramai ibu bapa berasa kagum setelah mencuba produk terkenal dari jenama ini iaitu Kira Kira Airy Soft Premium Diapers dan Kira Kira Ultra Soft & Dry Premium Pants. Ramai pengguna Kira Kira yang berkongsi pengalaman di laman web syarikat Kira Kira bahawa bayi mereka lebih banyak bermain dan gembira. Selain daripada itu, bayi mereka lebih ceria dan kurang meragam.

“Lampin kami sememangnya direka selari dengan slogan Kira Kira iaitu, ‘Produk Berkualiti Melalui Kesederhanaan’. Dengan inovatif teknologi daripada Jepun, kami telah menghasilkan lampin jenis pita lekat dan juga jenis seluar premium yang ultra lembut dan beragin untuk memastikan bayi anda kekal dalam keadaan selesa dan ceria sepanjang hari,” kata Patt Sue-Ann, Pengarah Komersial – MOOCC bagi DSG Malaysia Sdn. Bhd.

Tambahnya lagi, sebagai contoh inovasi Magic Dry Bubble Sheet oleh Kira Kira menawarkan penyerapan yang pantas dan berkesan bagi mengekalkan kulit bayi anda agar sentiasa kering dan segar.

“Bagi membolehkan bayi anda tetap selasa dan bergaya, kami telah menggunakan corak lampin yang kawaii (comel) untuk si kecil anda,” katanya lagi.

Direka mengikut garis pinggang, Airy Soft Premium Tape Diapers yang terdapat dengan saiz ‘New Born’ dan ‘S’ diperbuat daripada bahan-bahan premium yang boleh menyerap udara serta lembut. Dengan bantuan penunjuk kelembapan pada lampin, ibu bapa kini boleh mengetahui dengan mudah masanya untuk lampin perlu diganti bagi mengelakkan ruam atau kerengsaan kulit bayi anda. Mereka juga kini boleh bergerak dengan lebih selesa dan nyaman dengan bantuan pita boleh lekat semula yang ultra lembut bagi mengekalkan pemakaian lampin pada bayi anda. 

Untuk kesenangan dan lebih mudah dipakai, ibu bapa boleh memilih Ultra Soft & Dry Premium Pants, yang terdapat dalam pelbagai saiz dari saiz M hingga ke saiz XXL. Bahan boleh serap udara yang premium dan penyerapan dua lapisan melanjutkan rasa kering dan segar dengan lebih lama. Bukan itu sahaja, ukuran perut dan kaki yang selesa juga membolehkan si manja bergerak dengan mudah.

Kira Kira - Produk Bayi Organik

Ramai ibu bapa berasa kagum setelah mencuba produk terkenal dari jenama ini iaitu Kira Kira Airy Soft Premium Diapers dan Kira Kira Ultra Soft & Dry Premium Pants.


Airy Soft Premium Pant 

Boleh didapati dalam saiz New Born dan S, Airy Soft Premium Pant dikelompokkan ke garis pinggang dan dibuat dengan bahan bernafas lembut premium.

Dengan penunjuk basah, anda juga boleh mengetahui dengan mudah apabila tiba masanya menukar lampin dan menyimpan ruam atau kerengsaan kulit di teluk. Pita pelekat ultra-lembut membolehkan lampin di tempat dan membantu anak-anak anda tetap selesa dan selesa sepanjang hari.




Kira Kira Premium Ultra Soft & Dry Premium

Kira Kira Bayi boleh didapati dalam pelbagai saiz dari M hingga XXL. Bahan bernafas premium dan penyerapan dua lapisan memanjangkan rasa kering dan segar untuk lebih lama. Bukan itu sahaja, kelopak dan kaki yang lembut dan lembut membolehkan anak-anak anda untuk meneroka dengan mudah.


Diperbuat daripada bahan-bahan organik tulen, produk penjagaan bayi Kira Kira dimajukan berasaskan formula Jepun dan benar-benar bebas daripada bahan kimia. Pasti selamat untuk bayi anda!

Kira-Kira ni menawarkan penjagaan khusus untuk mandian, Lotion dan Nappy Cream untuk kulit halus bayi anda.


Lampin Kira Kira datang dengan reka bentuk, keselesaan dan kualiti Jepun yang menjadikan bayi anda bahagia! Boleh didapati dari saiz untuk yang baru lahir kepada XXL.

Dengan menggunakan teknologi Jepun yang inovatif, mereka telah mencipta pita premium sejuk dan ultra lembut dan lampin seluar yang memelihara anak-anak kami yang aktif sepanjang hari!

Selain lampin, Kira Kira juga adalah pakar dalam produk penjagaan bayi organik.

“Kami sebagai ibu bapa amat prihatin dan berhati-hati dalam penjagaan kulit bayi yang lembut. Produk penjagaan bayi Kira Kira mengandungi hanya bahan-bahan organik yang semulajadi dan diperbuat berdasarkan rumusan Jepun yang bebas daripada bahan-bahan kimia yang berbahaya,” Patt menjelaskan.

Sebagai contoh, produk Kira Kira Top to Toe Wash berkesan untuk membersih dan mengekalkan kelembapan kulit bayi anda. Ekstrak camelia japonica menjadikan kulit bayi anda lembut dan gebu apabila disentuh. Ibu bapa juga tidak perlu risau tentang sisa yang tinggal kerana sabun mandian bayi Kira Kira yang boleh didapati dalam botol 400ml ini boleh dibilas dengan mudah.

Kira Kira Baby Lotion (380ml) yang mengandungi baobab organik memberikan khasiat kepada kulit bayi apabila disapu selepas mandi. Rumusan berasaskan air yang sangat ringan dan tidak melekat dapat melembap dan menyerap dengan cepat ke dalam kulit.
Krim lampin adalah produk penjagaan kulit yang penting bagi bayi anda. Kira Kira Nappy Cream boleh didapati dalam bentuk tiub sebanyak 50 ml dan ianya amat mudah untuk disapu pada kulit bayi anda. Krim lampin ini juga dipenuhi dengan kebaikan ekstrak chamomile dan shea butter yang membantu memulihkan, melegakan dan melembapkan kulit serta melindungi kulit bayi anda daripada ruam lampin. 

Selain kualiti, ibu bapa pasti teruja untuk memilih produk Kira Kira. Mengapa? Harga bagi lampin Kira Kira jenis pita lekat dan seluar amat berpatutan walaupun ianya menggunakan bahan- bahan yang premium dan mempunyai teknologi penyerapan yang hebat. Begitu juga dengan tawaran harga bagi produk penjagaan bayi organik Kira Kira seperti sabun bayi, losen bayi dan juga krim lampin ternyata lebih menjimatkan berbanding beberapa jenama lain dalam segmen penjagaan bayi premium yang sama. 

Untuk penjimatan yang lebih besar, sekarang pengguna boleh membeli produk Kira Kira menerusi laman web Shopee. Anda hanya perlu melayari http://bit.ly/KiraKiraShopee , dengan setiap pembelian melebihi RM100, masukkan kod promo “KK25LAUNCH” sewaktu pembayaran untuk menikmati diskaun. *Promosi adalah sah sehingga 30 September 2018. 

Berikan si manja anda keselesaan dan penjagaan yang berkualiti ketika mereka membesar dan menerokai dunia ini. Untuk maklumat lanjut tentang Kira Kira, sila layari dan suka www.facebook.com/kirakiramalaysia.



05 September 2018

HARRAZ TEWAS AKHIRNYA.. MAKAN UBAT KLINIK PADA USIA 1Y 10M



HARRAZ TEWAS AKHIRNYA..
MAKAN UBAT KLINIK PADA USIA 1Y 10M

Huuu.. balik raya haji tahun ni rasa tak seronok pulak bila turn beraya di Ipoh kami terpaksa sibuk ke Klinik n Hospital kerana Harraz demam panas yang luarbiasa.. Luarbiasa maksud teman harraz tak pernah demam yang susah nak surut macam tu.. Bila dah mandikan pun still pana stak turun, bila dah jerlum dan basahkan badan dia still tak jugak turun suhu.. kalau turun pun sekejap je lepas TB bagi harraz tidur kat luar beranda sebab kat situ ruang udaranya terbuka.. sejuk sikit berbanding dalam rumah yang berkuap sebab atap bumbung rumah di kampung agak rendah.. so, panas tu terasa sangat.. Lepas tu kami pun baring diluar sampai petang dan suhu harraz memang rendah masa tu, lega lah sekejap kan.. tapi bila dah petang, suhu tu mula naik balik.. dah start cuak balik sebab suhu naik bukan sikit-sikit.. 38.7 macam tu.. dan akhirnya cecah 39.. risau TB masa tu..

 


1ST TIME HARRAZ DEMAM PANAS DAN KENA MAKAN UBAT KLINIK

Setelah bertahan dari makan ubat klinik akhirnya Pada umur 1 tahun 9 bulan bertarikh 24.8.2018 ( Jumaat 9.00 malam ) Harraz tewas juga akhirnya kerana cuaca yang panas sangat-sangat di Taiping dan Ipoh buat suhu badan harraz panas hingga mencecah 39.4'C. Kami terpaksa ambil keputusan bawa Harraz ke hospital / emergency kerana kami risaukan kesihatan harraz yang demam panas dan suhu tidak turun-turun walaupun dah kerap jerlum dan bagi mandi. Suhu Harraz turun kejap dan kemudian naik balik..

Sebelum tu 23.8.2018 ( Khamis - petang ) kami bawa harraz ke Klinik sebab masa tu badan harraz memang dah start panas dari dalam ETS dari Taiping nak ke Ipoh lagi.. dan kami pergi klinik pun sebab suhu badan harraz dah cecah 39, maka bawak harraz ke klinik.. cadang nak pi klinik yang biasa family TB pi tu.. Klinik S.K. ONG di Jelapang, tapi Klinik tu tutup pulak dah.. pukul 3 baru dia buka sedangkan harraz macam perlu di check segera seba suhu danh tinggi sangat.. target kami nak masuk ubat bontot je cadangnya utnuk turun kan suhu.. 

So, kami pun buat keputusan bawa harraz ke klinik Dilip di Taman Meru, sampai-sampai je klinik tu.. MasyaAllah.. penuh.. ramai giler manusia.. rasa tak sanggup nak tunggu.. then kami pun pi klinik lagi satu tu.. iaitu Klink Safri Hamimah di Taman Meru juga. Hari tu Klinik tu orang tak ramai.. hati jadi ragu-ragu gak nape tak ramai orang.. hemm.. tapi disebabkan harraz pun dah mengamok2 panas.. kami terpaksa pilih klinik tu.. Harraz menangis2 jerit2 tak tentu pasal tak tahu kenapa.. TB pun risau dah.. lepas tu kami pun masuk bilik dan doktor check suhu harraz, suhu dah turun pulak.. mungkin sebab dalam aircond tapi doktor tetap bagi ubat bontot sebab sebelum sampai suhu harraz dah 39. dan doktor cuba nak check lidah dan anak tekak harraz tapi tak berjaya sebab harraz mengamok.. 

Masa tunggu nurse panggil ambil ubat harraz menangis tak henti2.. sampailah hubby suruh TB baca apa yang patut.. TB pun azan kat telinga harraz dna baca zikir yang selalu TB nyanyi untuk harraz.. terus harraz senyap sampai kami sampai rumah.. harraz sampai terlena..

Harraz dah start makan ubat
TB bagi harraz makan ubat mengikut sukatan yang diberi namun, suhu masih tidak turun turun jugak, kami risau dan malam tu kami ambil keputusan bawa harraz ke hospital bahagian emergency.. dan doktor check harraz.. dan tanya kami berapa dos ubat demam yang kami bagi harraz.. Kami kata 2.5ml dan doktor kata ia tidak mencukupi untuk budak sebesar harraz.. dia tanya tinggi dan berat harraz, dan dia kata lagi untuk saiz harraz dos yang sesuai ialah 5ml lebih, adoi.. patutlah demam tak surut-surut.. tak cukup dos rupanya... dan doktor juga mendapati harraz ada jangkitan di tonsil nya.. tonsilnya dah merah.. patut lah suhu turun naik.. dan doktor pun bagi ubat demam dan ubat antibiotik.. ubat demam kena makan sampai hararz baik demam, manakala antibiotik harraz kena makan selama 7 hari .. sehari 3 kali .. 



Seksanya TB nak bagi harraz makan ubat.. sebab harraz tak suka rasa ubat tu.. dia menangis dan meronta sampai TB rasa stress sangat-sangat nak paksa dia makan ubat.. Sejak harraz makan ubat dia mula menunjukkan tanda protes pada TB, TB risau dia bencikan TB kerana paksa dia makan ubat sebab nampak sangat dia taknak senyum dan melawan bila TB marah dia buat something yang TB tak suka.. Allah.. TB menghitung hari demi hari agar cepatlah abes tempoh makan ubat ni.. TB nak jalin hubungan yang macam dulu dengan harraz.. nak tengok harraz ceria.. senyum dan mengusik menyakat TB macam dulu.. 

Doktor tegur kami tentang kenapa bagi ubat bontot sedangkan harraz boleh je makan dan minum melalui mulut, sepatutnya bagi makan ubat melalui mulut sahaja.. Kami pun tak tahu nak kata apa sebab kami memang takde pengalaman bagi harraz makan ubat, maka kami ingatkan itu je cara terbaik untuk turunkan suhu harraz yang dah 39 masa tu.. dan pada 23.8.2018 (sehari sebelum bawa emergency hospital)  dah 2 biji ubat bontot masuk.. tapi memang kami jarakkan dalam 12-13 jam.. itu pun sebab suhu harraz tak turun-turun, naik ke 39 balik.. Selepas bagi ubat kali kedua, suhu badan harraz turun sekejap.. kemudian tak lama pastu naik balik.. Allah.. TB keep jerlum kepala harraz sebab risau kena tarik.. bahaya bahagian kepala ni.. TB berjaga sampai jam 5 pagi, suhu harraz dah surut sikit, TB pun terlelap.. tak sedar.. badan TB pun dha start tak sihat.. TB demam juga.. suhu 39 jugak.. tapi TB kena usaha sihatkan badan sebab TB nak jaga harraz.. 

pukul 6 lebih hubby pulak check suhu harraz dan rasa badan harraz panas balik.. masa tu check 39.4 .. Allah.. terus TB bangun dan jerlum balik.. TB bawa harraz duduk dan baring kat depan beranda sebab kat situ udara terbuka dan bersih.. kalau dalam rumah terpekong.. panas..

Masa duduk diluar suhu badan harraz turun sebab udara segar dan sejuk sikit kat beranda tu..  Suhu harraz ok sampailah petang tu dia naik balik.. bukan naik sikit tapi naik banyak, 38.7 terus ke 39, aduh.. risau datang balik.. dan TB memang risau kalau siang pun dah 39, kalau suhu kemuncaknya tengah malam berapa pulak naiknya? masa tu lah kami buat keputusan keep jerlum, jerlum dengan air bunga raya, air beras lah, air asam jawa.. mandi dengan air lemon.. semua tak jalan..

Akhirnya kami ambil keputusan bawa ke hospital.. dan bermulalah selepas tu harraz start makan ubat antibiotik untuk surut kan tonsil yang bengkak tu..



dan Hari ni 31.8.2018 adalah hari terakhir harraz makan antibiotik dia.. lepas ni TB tak perlu nak berperang dengan harraz dah.. kadang-kadang TB kesian tengok harraz tengah happy-happy main mainan dia tiba-tiba dia nampak TB pegang ubat tu dia mula tunjuk muka sedih dan lari menyorok..

Last day.. (hari ke 7).. (25.8.2018-31.8.2018) Start demam... 24.8.2018 (Khamis) Dalam train dati taiping nak balik ke ipoh suhu dah panas.. mood takde.. sampai ipoh mandikan air suam n jerlum.. suhu tinggi jadi 39 tak turun2.. bawak pi klinik biasa.. bagi ubat bontot.. x jalan.. tgh mlm naik 39 balik.. masuk ubat bontot lagi.. x jalan gak.. bagi ubat demam .. pun x jalan.. esoknya pi bawak pi hospital emergency.. doktor check kata ada jangkitan pada tonsil.. dan ubat demam yang kami dapat dari klinik ti tak cukup dos untuk saiz.. berat n tinggi3 harraz.. so sebab tu suhu tak turun2. dapat ubat demam n antibiotik lain.. kena habiskan antibiotik selama seminggu.. baru lah suhu harraz turun.. tapi antibiotik tetap kena habiskan jugak.. hari ni last.. Alhamdulillah.. #harraz30juzuk #cute #white #cuteboy #babyboy #happy #family #smile #preciousmoments #love #mylovelyson #vsco #wednesday #morning
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘áƒ¦) (@tengkubutang) on

Harapan TB, biarlah ini kali terakhir harraz makan ubat klinik.. harap lepas ni harraz sihat walafiat dan kuat sistem imunnya.. kalau ditakdirkan demam juga, moga dapat sembuh demam secara alami seperti sebelum sebelum ni.. tanpa makan ubat klinik.. Aamiinn  .. 

 CERITA BALIK KAMPUNG - KL - TEPEN - IPOH - KL
saja nak tepek sini dulu.. nanti TB sambung ceritanya di entri lain.. takut terlupa.. haha.. 18.8.2018 (Sabtu) jam 11.00 malam kami naik ETS balik Taiping . Sampai di Taiping jam 1.30 pagi. Tunggu Teksi, Grab, My Car lansung takde. Tunggu sedara / adik beradik datang ambil pun tiada sebab masing-masing sibuk dengan persiapan raya dan tiada masa nak tengok fon.. Penjaga Stesen Keretapi Tutup Kipas, Nyamuk dan panas buat harraz tak selesa.. Menangis.. nak pulak dia mengantuk dan penat mungkin sebab dia lansung tak tidur dalam ETS sepanjang perjalanan.  Pukul 3.30 pagi baru sampai rumah Taiping, nasib baik ada kawan anak saudara hubby yang sudi jemput kami.. syukur Alhamdulillah.. kalau tidak kami bajet tidur di stesen tu sampai pagi.. cuma agak panas dan banyak nyamuk je lah.. pengajaran buat TB dan hubby agar lepas ni standby kipas kecik untuk emergency macam tu.. kesian harraz.. 

Bila dah sampai rumah, budak kecik yang tadinya mengantok.. hemmm.. ligat pulak dia bila dah sampai rumah mak mertua, berjalan ke depan ke dapur..punya suka rumah luas.. huhu.. 


EARNING TERKUMPUL NUFFNANG KALI PERTAMA MENGGUNAKAN EMAIL BARU


 EARNING TERKUMPUL NUFFNANG KALI PERTAMA
MENGGUNAKAN EMAIL BARU


Setelah bertahun juga TB bersama Nuffnang, terasa berat hati nak tinggalkan Nuffnang ni.. sebab dah pernah jana pendapatan terkumpul dalam ribu jugak dengan Nuffnang ni.. TB rasa nak lepaskan Nuffnang tapi bila fikri balik, TB nak letak Nuffnang ni dalam blog yang lain je la.. huhu.. sayang la pulak.. bukan tamak tauu.. hahaha..

Sebelum ni TB jana pendapatan sampingan dengan Nuffnang ni menggunakan email yang lama, namun lepas tu macam ada masalah nak login sebab TB kebetulan ada 2 akaun Nuffnang dulu, so, sistem jadi keliru dan akaun nuffnang TB lansung tak boleh buka.. so, TB pun buat yang baru.. dan yang TB tunjuk kat atas ni adalah akaun Nuffnang yang baru TB buat..

TB buat lepas tu TB letak la code kat blog then TB tinggal tak tengok-tengok dah, sekali saja nak buka Nuffnang tengok dah ada banyak tu.. dah boleh cashout dah.. hehehe.. Cuma rasa sayang nak cashout kalau banyak tu je.. tunggu banyak sikit baru best cashout kan..

Saja tepek sini dulu.. buat kenangan kot lepas ni tak bersama dengan Nuffy dah.. huuu.. harap tak macam tu la kan.. huhuhu.. Nanti dikata habis manis sepah dibuang pulok.. kih3.. 

K.. bye.. 


04 September 2018

Kenali Era Baru Industri MATA WANG CRYPTO Bersama AI Trades


Kenali Era Baru Industri
MATA WANG CRYPTO Bersama AI Trades

A cryptocurrency (atau mata wang crypto) adalah aset digital yang direka bentuk untuk berfungsi sebagai medium pertukaran yang menggunakan kriptografi yang kuat untuk mendapatkan transaksi kewangan, mengawal penciptaan unit tambahan, dan mengesahkan pemindahan aset. 

Kriptografi / mata wang crypto adalah sejenis mata wang digital, mata wang maya atau mata wang alternatif. Cryptocurrency menggunakan kawalan terdesentralisasi berbanding dengan wang elektronik terpusat dan sistem perbankan pusat Kawalan desentralisasi setiap kerja-kerja cryptocurrency melalui teknologi lega didistribusikan, biasanya sebuah blockchain, yang berfungsi sebagai pangkalan data transaksi kewangan awam.


Bitcoin, yang pertama dilepaskan sebagai perisian sumber terbuka pada tahun 2009, secara umumnya dianggap sebagai cryptocurrency pertama yang terdesentralisasi. Sejak pelepasan Bitcoin, lebih dari 4.000 altcoin (varian alternatif Bitcoin, atau kriptografi lain) telah dibuat.


Dan terkini Aitrades.co adalah antara company yang menjadi pilihan dan kegemaran semua ketika era ini.. Airtrades.co adalah company yang sangat positif dan perniagaan profesional kerana ia adalah syarikat timbangtara dan pengeluaran mesin ATM BTC crypt yang pertama di dunia.

Oleh itu, pada asasnya, apakah itu cryptocurrency?

Daripada perkataan itu sendiri kita dapat melihat bahawa ia mempunyai kaitan dengan kriptografi dan mata wang.

Cryptocurrency atau MATA WANG CRYPTO adalah medium nilai pertukaran (sama seperti wang biasa) yang wujud dalam dunia digital dan bergantung kepada penyulitan, yang menjadikan transaksi selamat.

Cryptocurrency adalah bentuk pembayaran alternatif kepada wang tunai, kad kredit dan cek. Teknologi di belakangnya membolehkan anda menghantar terus kepada orang lain tanpa melalui pihak ketiga seperti bank. Ini bermakna kita tidak perlu menggunakan keselamatan sosial atau skor kredit sebagai cagaran dan membolehkan kita menjadi samaran tanpa alasan.

Dengan kata lain, kriptografi adalah seperti sistem perakaunan maya. Mereka menyimpan rekod semua transaksi. Transaksi dibundel ke dalam blok, yang ditandatangani secara kriptografi (dengan itu "mata wang") dan klien melakukan penandatanganan mendapat sejumlah unit mata wang maya (dan berpotensi bayaran urusniaga) sebagai ganjaran untuk melakukan kerja pengiraan tanda tangan kriptografi .

Kita boleh menghantar wang kembali kepada keluarga tanpa menanggung kos antarabangsa yang tinggi jika kita bekerja di negara yang berbeza. Pedagang tidak perlu risau tentang penipuan pembayaran atau pemeriksaan tidak sah kerana orang hanya boleh membelanjakan apa yang mereka ada.

Cip cryptocurrency yang paling terkenal adalah, tentu saja, Bitcoin, yang membuat semua orang penasaran tentang topik crypto oleh kenaikan letupan dan telah menjadi standard de facto untuk cryptocurrencies. Sekiranya mahu mempelajari lebih lanjut mengenai Bitcoin,

Selain Bitcoin, terdapat beberapa kriptografi yang penting seperti Ethereum (ETH), Litecoin (LTC), Dash dan Ripple (XRP). Tetapi perkara yang paling penting ialah sekarang kita boleh melancarkan cryptocurrency kita sendiri! Tetapi mari kita ringkaskan perkara utama:

Penjumlahan, cryptocurrency adalah cara pembayaran yang sangat baru yang menjadikan semua transaksi selamat dan membantu menghilangkan perantara yang diwakili oleh bank, yang juga menyumbang kepada pengurangan yang signifikan dalam yuran komisi.

Ciri utama cryptocurrency - keamanan - disediakan oleh teknologi Blockchain - rangkaian komputer yang mempunyai salinan identik pangkalan data dan mengubah rekodnya dengan persetujuan yang sama berdasarkan matematik tulen.

Selain itu, terima kasih kepada salah satu kelebihan utama Blockchain - kontrak pintar - menjadi mungkin untuk membuat cryptocurrency kita sendiri dan mengeluarkan token kita sendiri.

Token adalah jenis cryptocurrency yang diterbitkan secara persendirian, unit nilai yang sesebuah organisasi mewujudkan untuk mengawal selia dan mentadbir sendiri model perniagaannya, dan memberi kuasa kepada penggunanya untuk berinteraksi dengan produknya sambil memudahkan pengedaran dan perkongsian ganjaran dan faedah kepada semua pihak berkepentingan.





Era Baru Industri MATA WANG CRYPTO 
Bersama AI Trades




MATA WANG CRYPTO yang pertama dibuat adalah Bitcoin kembali pada tahun 2009 oleh Satoshi Nakamoto. Hari ini, terdapat ratusan MATA WANG CRYPTO lain, sering disebut sebagai Altcoins. 

Apa Itu Bitcoin?
Bitcoin adalah merupakan crytocurrency dan sistem pembayaran digital yang telah dicipta oleh Satoshi Nakamoto (Jepun). Erti lain bagi Bitcoin adalah sistem kewangan atas talian yang tidak terikat pada mana-mana bank dan tidak terikat dengan mana-mana negara. Bitcoin menjadi open source pada tahun 2009.

Apa Kelebihan Bitcoin?
Bitcoin yang dikatakan open sources bermaksud tiada sesiapa yang memiliki currency Bitcoin. Tidak seperti US Dollar, Ringgit Malaysia yang dipegang oleh bank dan juga kerajaan. Segala pemprosesan Bitcoin seperti pindahan wang tidak dapat dikesan oleh mana-mana pihak menyebabkan ramai yang suka menggunakannya. Contohnya, untuk pindahan wang keluar negara, pasti akan ada caj perkhidmatan tetapi dengan Bitcoin, sebarang pindahan adalah secara PERCUMA. Hasil daripada kajian di laman sesawang, rata-rata orang di luar negara sukakan Bitcoin kerana ianya sangat pantas dari segi perpindahan wang. Sekitar 10 minit sahaja pindahan wang selesai.

Terkini kita semakin kedengaran tentang perkembangan mata wang crypto Era baru industri MATA WANG CRYPTO bersama AI Trades. jom kita Kenali Era Baru Industri MATA WANG CRYPTO Bersama AI Trades


Apa Itu AI Trades?



Tentang AI Trades

AI Trades adalah merupakan sebuah laman web yang menyediakan perkhidmatan:

PERDAGANGAN
Membeli, menyimpan dan menjual MATA WANG CRYPTO atau cryptocurrency paling selamat.

TIMBANG TARA
Analisis tawaran yang paling menguntungkan di pasaran dengan bantuan AI.

PERLOMBONGAN (MINING)
Pembangunan robot AI untuk pemilihan dan pengekstrakan MATA WANG CRYPTO atau cryptocurrency yang terbaik.

ATM
Pengeluaran crypt untuk penggunaan media digital peribadi yang selesa.

ALTCOINS
Pelaburan ALTCOINS yang menjanjikan keuntungan yang maksimum.

ICO
Projek penyelidikan yang memasukan pasaran dan pengambilan bahagian di dalam sektor yang paling berjaya.

Semuanya berada dalam satu tempat sahaja iaitu di AI Trades. Satu Platform yang selamat dicipta di dalam dunia MATA WANG CRYPTO ataupun cryptocurrency. Ia juga dicipta mudah untuk usahawan dari benua yang berlainan, Profesional IT, peniaga profesional dan pasukan perundangan yang berkelayakan. Ini membantu kita lebih memahami mentaliti orang di negara yang berlainan dan menggunakan pengetahuan ini untuk meningkatkan perniagaan.

AI Trades sedang membangunkan perisian yang paling maju dalam rangka untuk mencapai tahap kewangan baru bersama-sama. 


Di bawah adalah senarai produk-produk yang ditawarkan oleh AI Trades:



Sudah semestinya apa yang kita nampak sekarang Bitcoin dan MATA WANG CRYPTO memang akan menajdi pilihan ramai suatu ketika nanti, dan pastinya yang memang sudah berilmu tentang Matawang Crypto ni sangat beruntung kerana pada masa itu pastinya merekalah anatar orang pertama yang bijak memulukan langkah pertama.. 

dan untuk itu, bagi yang berani dan sukakan sesuatu cabaran baru yang menguntungkan.. apa kata jom daftar di AI Trades, lock your position dengan mendaftar di AI Trades sahaja, dan selepas itu segalanya akan diuruskan. Opss.. dont worry, Daftar tu PERCUMA sahaja.

klik Link website AI Trades dibawah ni untuk Register.. Good Luck semua!



Daftar Sekarang:
Facebook:

YouTube:

What’s App:
+6281331603988




Sumber dan gambar :
source from google





INNITY DAH APPROVE BLOG TENGKUBUTANG.COM!


INNITY DAH APPROVED PERMOHONAN
BLOG TENGKUBUTANG.COM! 


Alhamdulillah.. syukur.. Macam tak percaya je baru tengahari semalam - Isnin (3/9.2018) TB share kat FB yang Innity minta screenshoot Google Analytics TB kat email.. Tup-tup petang (hari yang sama) tu dalam pukul 7 macam tu TB buka email tengok Innity hantar email pengesahan ni.. Allah.. terkejut sangat-sangat.. macam tak percaya je.. sebab lama dha TB tunggu saat ni.. Sepanjang ber blog TB mengharapkan dapat Innity ni.. Memang itu target TB untuk blog tengkubutang.com ni.. Akhirnya Allah beri gak peluang TB merasa Innity ni dok kat blog TB.

dibawah ni screenshoot rekod Google Analytics yang pihak Innity mahukan :

 

Yang ni pulak untuk mobile view .. 



Tapi ramai yang kata Innity ni straight sikit, so dalam happy-happy tu kena lah hati-hati sikit dengan terma dan syarat yang Innity mahukan untuk long term punya kerjasama kan.. huhu.. yang ni kena tanya otai dan sifu.. Dalam fikiran dah terbayang Sifu HH .. haha.. Sebab Sifu HH la teman belajar macam-macam tentang blog.. Sifu HH tak kedekut share ilmu tentang blog.. so, teman selalu skodeng blog sifu HH tu.. hahaha..

so, entri ni dibuat sebab nak save the date bila TB start guna Innity ni dan sampai bila? haha.. seram je fikri bab sampai bila.. TB redha je rezeki takat mana.. ni pun TB anggap rezeki si kecik tu haaa.. Alhamdulillah.. thank you Allah..





 Yang ni lak, yang baru TB screenshoot hja[ tadi ( 5/9/2018 - Rabu )


30 Ogos 2018

GLOW GELENGGANG ATASI MASALAH KULIT PSORIASIS YANG TELAH 4 TAHUN DI BETIS KAKI


GLOW GELENGGANG ATASI MASALAH KULIT PSORIASIS YANG TELAH 4 TAHUN DI BETIS KAKI


Sebelum ni TB pernah share tentang Glow Gelenggang ni di entri yang lepas, dan banyak info-info tentang Glow Gelenggang ni berserta testimoni yang korang boleh baca di entri tersebut, so TB tak perlu nak bercerita panjang lagi tentang produk yang awesome ni.. kalau korang nak tahu lebih lanjut, klik je SINI dan baca yea..

Ok lah.. TB dah gunakan Glow Gelenggang ni 3 set dah... Sabun dan Minyak Herba Gelenggang ni nampaknya serasi dengan kulit TB, Syukur Alhamdulillah.. Apa yang TB paling terkejut ialah masalah kulit psoriasis TB yang dah 4 tahun TB alami di betis tu dah hilang sama sekali.. MasyaAllah! Tanpa sedar, dia hilang macam tu je lepas guna sabun Glow Gelenggang ni. Dah takde kesan merah-merah, dah takde kulit kering dan gatal di betis TB dah.. Memang TB rasa nak menangis masa TB tengok betis kaki TB dah sembuh sepenuhnya..

Pada mulanya TB tak perasan pun, tapi hubby TB yang tegur.. eh.. dah takde kulit kering tu? baru TB perasan dan rasa macam ... wowww.. tak sangka boleh baik juga tang betis ni.. tengok macam susah nak baik sebab merah-merah dan gatalnya ya Allah... Sekali bila guna Sabun Glow Gelenggang terus baik kulit TB ni.. Syukur sangat-sangat ya Allah.. Walaupun dia tak lah membantu menghilangkan semua masalah psoriasis di badan TB namun bila tang betis tu hilang pun TB dah rasa lega sebab tang betis tu besar masalah kulitnya.. gatal dan cepat luka bila digaru atau tersaduh bucu-bucu.. erghh.. perit kalau teringat balik..

Kini TB masih gunakan set Glow Gelenggang ni untuk bahagian muka pula.. sebab TB ada masalah psoriasis di muka sekali.. TB tak pasti berapa lama dah TB guna, nampak jugaklah kesan kulit dan beransur OK, cuma tang bahagian muka ni lambat sikit nak dapat result. So, TB teruskan je guna set Glow Gelenggang ni.. Harap sembuh macam kat betis kaki tu.. Aamiinn..


Haa.. Bagi yang tak tahu.. inilah dia Produk Glow Gelenggang nya.. TB suka Produk Glow Gelenggang ni sebab ia produk  yang diyakini no paraben, no Mercury, no bahan kimia berbahaya, no steroid dan no minyak haiwan bagai dan yang paling penting ada sijil KKM dan ada Sijil Halal.. 

Produk ni  dihasilkan dari Daun Gelenggang yang sudah diketahui ramai khasiat dan kebaikannya untuk masalah kulit. 


Produk Glow Gelenggang ni.. sesuai untuk mereka yang ada masalah kulit macam TB ni ha.. Kalau korang ada masalah kegatalan pada kulit akibat dari eczema ke, panau ke, ruam ke atau gatal akibat kesan gigitan nyamuk mahupun gigitan dari hama/kutu kucing pun boleh diatasi dengan glow gelenggang ni tau. Malah.. untuk yang ada Psoriasis macam TB pun boleh guna produk ni tau.. TB rasa kurang gatal lepas sabun dan sapu minyak tu di bahagian anggota yang bermasalah.. 

Glow Gelenggang membantu mereka yang bermasalah GATAL-GATAL KULIT, yang disebabkan oleh :

➡️ Eczema
➡️ Psoriasis
➡️ Panau
➡️ Kurap
➡️ Kulat air
➡️ Kayap
➡️ Kudis buta
➡️ Bisul
➡️ Kurap susu
➡️ Resdung



Bahan yang digunakan adalah diformulasikan dari 100% bahan semulajadi dan bebas dari bahan kimia yang berbahaya, Bebas Steroid,  kerana ia dihasilkan menggunakan bahan organik seperti daun herba gelenggang ( cassia alata ), habattus sauda, susu kambing, minyak argan, minyak zaitun dan juga menthol.


Bahan-bahan yang digunakan mempunyai khasiat yang bagus untuk merawat masalah kulit :

Gelenggang ( cassia alata )
Membantu mengurangkan radang dan menyembuhkan penyakit luaran

Minyak Argan 
Menjadukan kulit lebih licin, halus dan mudah meresap ke dalam kulit

Minyak Zaitun
Bertindak sebagai pelembab yang sudah terbukti untuk masuk ke dalam lapisan kulit paling dalam

Susu Kambing
Susu Kambing sememangnya mempunyai nutrisi yang banyak untuk mencegah kulit kering, melembab serta bantu mencerahkan warna tona kulit

Crystal Mentol
Melega serta menyejukkan kulit


CARA GUNA SET GLOW GELENGGANG 




Guna Sabun Herba Setiap kali mandi, kalau boleh guna 2-3 kali sehari secara konsisten yea! boleh guna pada muka dan badan .



Lepas mandi tu, Picit dan sapu minyak herba ke tempat yang bermasalah dan biar sehingga meresap ke dalam kulit, Kalau nak sapu sebelum masuk tidur & bila perlu / gatal pun boleh.. takde masalah.

Guna 2-3 kali sehari secara konsisten untuk hasil yang optimum .


TB perasan setiap kali TB guna Sabun Herba Glow Gelenggang ni kan.. Si Butang ni asyik la nyendeng2.. Apa.. Dia ingat makanan ka sabun tu?? haishhh.. Nak selfie dengan produk pun masuk muka dia dalam gambar.. hahahaha.. 


Set Produk Glow Gelenggang ada 2 item iaitu :
1.) Minyak Herba Organik Gelenggang dan
2.) Sabun Herba Organic 

Minyak Herba Gelenggang Plus Habbatus Sauda (30ml)
Tak Panas , Tak Memedihkan , Tak Merengsakan , Tak Busuk

Organic Herbal Soap Glow Gelenggang (50gm)


Apa Yang Best Tentang Glow Gelenggang

Disebabkan ia diformulasikan dari 100% bahan semulajadi, bebas bahan kimia, bebas Steroid maka korang tak perlu risau kerana ia selamat digunakan untuk semua masalah kulit termasuk kulit sensitif, Eczema mahupun Psoriasis macam TB ni pun boleh guna produk Glow Gelenggang ni tau! 

Haa.. lagi satu kalau korang nak tahu Pengguna Glow Gelenggang ni kebanyakannya terdiri dari pelbagai peringkat umur tau... maksudnya sesiapa pun boleh guna termasuklah budak kecik ke, lelaki ke, perempuan ke, muda atau tua pun boleh guna malah ibu hamil tak terkecuali juga.. Pendek kata produk ni Mesra Pengguna gitu kan!

MENGANDUNGI HERBA GELENGGANG & 3 JENIS MINYAK; (HERBAUTUS SAUDA, ZAITUN & ARGAN
Macam apa yang TB  dah sebutkan kat atas, produk Glow Gelenggang ni mengandungi Herba Gelenggang dan 3 jenis Minyak iaitu Habbatus Sauda, Zaitun dan Argan. Bagi yang belum tahu tu herba gelenggang ni memang power sebagai agen anti-kulat & anti-bakteria. Ia memang berkesan menghilangkan kegatalan akibat resdung & penyakit kulit lain seperti eczema, kurap, panau, bisul & kudis buta,

Dan, inilah satu2 nya formula sabun herba yang paling banyak sekali minyak yang premium. Kenapa? Kerana minyak akan 'kunci' lapisan kelembapan dari tersejat. 

Makanya sebab itulah sabun herba ni TAK KERING, TAK PEDIH dan TAK MERENGSAKAN KULIT kita, juga muka pun tak rasa berminyak bila pakai ni, rasa lembab jer kulit.. Sejukk je..

MEREDAKAN KEGATALAN KULIT
Kajian pakar dalam penilaian makmal mendapati Daun Gelenggang (Cassia Alata) sangat berpotensi sebagai antiseptik dan memiliki ciri-ciri sangat mengagumkan dalam penyembuhan luka. Gelenggang ini juga dipanggil sebagai “Ringworm Bush” kerana sifatnya yang sangat berkesan ke atas kulat (fungicidal), untuk merawat kurap (ringworm), panau dan lain-lain jangkitan kulat kulit.

PENGGUNAAN ESTRAK BAHAN DIOPTIMASIKAN  
Maksudnya ialah selagi boleh letak bahan-bahan tu, selagi tu nak letak bagi produk tu hampir 100% bahan semulajadi tak campur apa-apa untuk pekatkan ke apa.. Kalau korang dha beli sabun dia nanti, cuba perhatikan tekstur sabun herba tu nanti. Boleh nampak kan banyak bahan dalam tu, ini bukti yang pengasas ni tak kedekut bahan, bila bahan bagus banyak, barulah kesan pun PANTASSSS! Sangatlah berbaloi !



SABUN HERBA PLUS SCRUB
Ramai pengguna bagi feedback berpuas hati dengan sabun ni, sambil cuci muka/badan, sental dan tonyoh-tonyoh aje untuk tanggalkan daki-daki di badan, seterusnya kulit akan jadi bersih dan lembut aje .. Tak perlu dah nak cari produk lain untuk scrub badan, guna sabun yang sama pun dha boleh scrub badan.. jimat bukan!



TAHAN LEBIH SEBULAN
Hahh.. TB kalau beli something memang kalau boleh berbaloi lah dengan harga, boleh pakai lama atleast dalam masa sebulan lebih ke kan.. Menurut pengguna sebelum ni kata mereka Glow Gelenggang ni sangatlah berbaloi dibeli... katanya lagi sebotol minyak herba tu, boleh tahan smpai 2-3 bulan... jimat duit gaji. 

Opss.. Nama dia herba, ada yang tak suka bau herba kan? haaa.. tapi jangan risau lah! Glow Gelenggang ni nama jer herba tapi takde bau ubat, takde rasa pedih, takde rasa panas & takde keringkan kulit. Glow Gelenggang ni bau wangi.. macam bau aiskrim coklat plus Vanila gitu.

Oh ya.. lupa pulak.. diingatkan jangan sapu Minyak Herba Gelenggang Plus Habbatus Sauda tu dekat bahagian luka tau!! tunggu luka dah kering baru sapu yea..


HARGA


Harga bagi sabun herba/minyak herba ni hanya RM47.00. Tapi kalau nak untung.. beli satu set (sabun dan minyak), total RM70.00 sahaja. Jimat kan?


Testimoni TB Sendiri :


Bagi TB yang dah pakai sabun ni selama beberapa bulan, TB dah rasa hasil positif dia apabila kawasan betis kaki TB tu dah sembuh sepenuhnya.. serius! tak tipu! ia bukan sembuh sekejap aje... tapi agak lama dah betis kaki TB ni tak merah-merah dan gatal.. kulit kaki pun dha rata, takde tanda-tanda betis kaki tu pernah kena Psoriasis sebelum ni.. ajaib betul..  Walaupun bukan seleluruh badan, tapi TB bersyukur sangat-sangat sebab ada juga kawasan badan yang dah sembuh sepenuhnya.. Next nak tunggu result untuk muka pulak.. heheheh..

bagi yang tak tahu apa itu Psoriasis, korang boleh baca dekat SINI SINI dan SINI yea..

Berbalik pada feedback TB tentang produk Glow Gelenggang ni tadi, seperti TB kata tadi TB dah guna produk Glow Gelenggang selama beberapa bulan dan hasilnya amat memuaskan hati TB..

TB nak share jugak sedikit kesan yang TB dapat rasa iaitu bahagian kulit kering di siku TB dah makin lembut dan seperti nak sembuh je.. Tapi kita tunggu update dari TB nanti yea..

Tentang bau dia pula.. TB suka bau dia sebab bau nya macam vanila gitu macam bau coklat pun ada.. rasa macam nak gigit-gigit je sabun dia tu.. minyak tu pun rasa nak jilat je sebab macam bau makanan.. haha.. nasib baik bukan bulan puasa.. hehehe.. 




Sabun tu comel je sebab ada bentuk love kat tengah-tengah dia.. kombinasi warna sabun pun mantop.. TB dah try kedua-dua produk glow gelenggang ni.. memang betul lah macam orang kata.. best sebab bau dia wangi dan sedap dipakai di wajah.. tak mengeringkan muka, dan banyak bahan semulajadi yang TB rasa serasi dengan kulit sensitif TB ni..


Tips untuk penjagaan sabun dan minyak herba
Mudah je..sabun tu kalau nak tahan lama, boleh lah potong sikit beberapa bahagian, pastu jangan biar sabun tu terendam, kena simpan kat dalam bekas yang kering..

Manakala minyak herba lak, pastikan simpan pada suhu bilik, elakkan dari kena direct cahaya matahari sebab nanti boleh kurang/jejaskan khasiat minyak tu.. ada paham?? hehe



Untuk maklumat lanjut, sila contact :



FB Page : 

Website : 

WhatsApp : 
014-544 5951


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers