Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

05 Oktober 2018

SUSU KAMBING NUFAEL 100% ASLI DAN ORGANIK!



SUSU KAMBING NUFAEL 100 % ASLI DAN ORGANIK!



TB suka minum susu kambing sejak TB mengandung hari tu.. Masa tu TB tak lalu nak minum susu biasa, so Hubby TB kata minum susu kambing je sebab elok utnuk baby dalam kandungan sekali.. so, dalam 4 bulan kandungan tu TB start minum susu kambing dan memang laju je TB hirup secawan susu tu sampai habis.. huhu.. sedap!

Dan selepas tu baru TB tahu TB suka dengan susu kambing rupanya.. ingatkan bila kita tak suka makan daging kambing, so dengan susu dia pun kita tak suka.. hahahha.. belum cuba belum tahu ye! dah cuba baru tahu rasa dia sedap!

Haaa.. Yang TB nak cerita kali ni pun pasal Susu Kambing jugak.. Alaaa.. Susu Kambing yang dutanya si cilik Fattah Anas yang shomelll tu.. hahaha.. TB selalu ikuti gak instagram Fattah anas dan Papa dia, dan ternampak papanya berlakon dengan sorang awek cun.. 

Dan TB baru tahu rupa-rupanya wanita yang berlakon bersama Papa Fattah Anas tu Founder FEEDMILK rupanya.. haa.. bagi yang tak tahu tu Feedmilk adalah jenama pakaian menyusu bayi yang popular dan dikenali ramai..

Anys Paloma ialah pemilik jenama SUSU KAMBING NUFAEL ini yang sentiasa memikirkan produk terbaik untuk pengguna selepas jenama Feedmilk, Femilac dan kini Susu Nufael.

Haaa.. So.. SUSU KAMBING NUFAEL ni adalah produk terbaru keluaran FeedMilk yang sesuai untuk SEISI KELUARGA dan Semua Peringkat Umur boleh minum tau!

Fattah Anas, duta produk susu Nufael pun sekarang dah tukar susu dari susu FM ke Nufael dan mengamalkannya setiap hari.

Haa.. Susu Kambing ni banyak khasiat berbanding susu FM / Susu Lembu.. Kalau korang nak tahu apa PERBEZAAN SUSU KAMBING NUFAEL & SUSU LEMBU , kornag boleh klik link dibawah ni yea.. Klik  >> https://goo.gl/ciVAHF

Sekarang TB nak share dengan korang tentang Khasiat dan Kelebihan Susu Kambing untuk bayi dan dan semua peringkat umur.. jom baca


Khasiat dan Kelebihan Susu Kambing 

  1. Susu Kambing ni bagus sangat sebab orang kata ia adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu, dan susu kambing ni sesuai sangat bagi menggantikan susu FM untuk bayi-bayi yang tak sesuai dan tak serasi dengan susu FM. 
  2. Susu kambing mudah dihadamkan kerana molekul lemak dan protein yang halus berbanding susu lembu sebab itu jika anak sembelit, cirit birit kerana ciri-ciri susu lembu yang tidak mudah dihadamkan. 
  3. Susu Kambing sesuai untuk semua golongan, pakcik makcik, atuk opah, baby atau sesiapaun pun boleh minum yea.. cuma kena pastikan tahap kesihatan korang dulu macam mana kan..
  4. Sesuai untuk diet kanak-kanak dan dewasa. dan susu kambing juga memudahkan penghadaman kerana ia mengandungi kandungan laktosa rendah dan halus .
  5. Bagi mereka yang ada ulcer dan gastrik pun sangat sesuai minum susu kambing tau..  Sebab dari segi saintifik Susu kambing ni bersifat Zarah halus dan nyah asid serta bersifat alkali yang mana sesuai untuk pesakit penghhidap gastrik amalkan.. 
  6. Bertindak neutral kan acid dalam badan, kerana bersifat alkali, asid penyebab pening, berat badan, sakit badan dan otot, keletihan dan darah tinggi. 
  7. Haa.. bagi yang alah susu tu, korang patut cuba minum susu kambing yang TB nak kenalkan jap lagi ni sebab ia tidak berbau hamis dan tiada lendir seperti susu lembu so yang alah susu takda masalah nak minum ni..
  8. Selenium dalam susu kambing membantu sel pertahanan tubuh dan bahan antioksida untuk lawan virus. haa.. kalau dah tua-tua gini TB pun rasa kesihatan semakin merosot kerana sistem pertahanan badan semakin lemah disebabkan faktor umur.. So, minum susu kambing boleh membantu sel pertahanan tubuh badan kita utnuk menentang virus .
  9. Huhu.. selain tu kan korang, kalau amalkan minum susu kambing ni, ia mempunyai Anti penuaan tau kerana dalam kandungan susu kambing ni ada bioorganic sodium dikenali dengan rawatan naturapathic yang boleh kurangkan masalah sendi. 
  10. Kandungan potassium dan kalsium tinggi serta sodium yang rendah penting untuk kawal tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal
  11. TB suka part ni sebab susu kambing ni mengandungi riboflavin untuk merawat ekzema, colic, insomnia, dan demam kuning serta asma. so susu kambing boleh merawat ekzema, mungkin untuk TB yang ada psoriasis ni pun sesuai sangat kan..  
  12. Kandungan Silicon dan fluorine yang tinggi dapat cegah diabetes
  13. Tidak menyebabkan alahan kerana kandungan asid lemak yang tinggi 37% berbanding lembu 
  14. Tidak mudah berubah khasiat jika disejuk beku 

Haaa.. itu kelebihan susu kambing.. dan sekarang TB nak share pulak tentang kelebihan SUSU KAMBING NUFAEL ni yea..

Untuk maklumat korang semua, SUSU KAMBING NUFAEL berbeza dari susu kambing lain di pasaran.. Selain ia tidak berbau hamis dan sedap, ia juga punya kelebihan kerana mengandungi 7 bahan organik yang menggunakan ekstrak sebenar dari makanan sunnah nabi seperti DELIMA, KURMA, MADU, MINYAK ZAITUN, MANNA & KISMIS serta sumber TENUSU dari SUSU KAMBING itu sendiri untuk setiap kotak.

Susu Kambing Nufael ni juga semestinya  TIADA PEWARNA, GULA TAMBAHAN & PERISA. Sesuai untuk kanak-kanak dari usia 2 tahun sehingga dewasa..

SUSU KAMBING NUFAEL HALAL & KKM?
Susu Kambing Nufael telah diberi status HALAL. dan untuk pengetahuan semua kilang pemprosesan NUFAEL sentiasa dipantau oleh MESTI serta KKM SUCI dan BERSIH.

Disebabkan Susu Kambing Nufael adalah makanan tambahan tanpa kimia atau ubat-ubatan, maka SUSU KAMBING NUFAEL diklasifikasikan oleh KKM sebagai makanan tambahan bukan ubat-ubatan. Pengiktirafan KKM perlu sekiranya ia adalah ubat yang mengandungi bahan kimia.


SUSU KAMBING NUFAEL ni banyak khasiatnya kalau di amalkan oleh kanak-kanak 2 tahun keatas.. Haa.. Harraz boleh minum ni lagi 2 bulan.. hehehe.. Jom tengok apa khasiatnya untuk kanak-kanak .

SESUAI SEBAGAI GANTI SUSU BADAN`
Untuk ibu-ibu yang nak berhenti menyusu anak dan mencari susu yang sesuai sebagai ganti susu ibu, sesuai sangat amalkan Susu Kambing Nufael ni tau.. sebab ia boleh membantu menaikkan selera anak-anak, ia juga membantu untuk sel otak berhubung dan cepat belajar serta fokus dalam sesuatu yang dia sedang kenal dan belajar. Oh ya.. lagi satu.. Kalau minum susu kambing Nufael ni boleh masalah kembung perut dan sembelit dapat dikurangkan .


IBU MENYUSU / MENGANDUNG DAN IBU DALAM TEMPOH BERPANTANG
Untuk Ibu-Ibu Mengandung atau yang tengah menyusu anak mahupun yang sedang berpantang, bagus sangat amalkan susu ni tau.. sebab ia boleh menambah susu badan bagi ibu yang menyusu, boleh stabilkan HB ibu-ibu ketika mengandung, dan pastinya ada yang tahu bahawa susu kambing ni kalau diminum oleh ibu mengandung boleh mengelakkan baby jaundice sekepas lahir. dan bagi ibu berpantang pula.. pastinya akan merasa lega kalau minum susu kambign ni sebab masalah sembelit dapat diatasi.. InsyaAllah.. 


WANITA DAN LELAKI
Haaa.. bagi kita-kita yang dewasa yang saja-saja nak minum ni, bukan saja-saja minum je yea.. mestilah kita nak khasiat disebalik apa yang kita minum / makan kan... So, kalau korang nak tahu SUSU KAMBING NUFAEL ni boleh mencantikkan kulit , mengurangkan masalah insomnia (susah tidur malam) , memberi tenaga extra dan mengurangkan gastrik, angin dan masalah ketidakhadaman perut.


WARGA EMAS 
Haa.. bukan yang muda-muda je sesuai minum SUSU KAMBING NUFAEL  ni yea.. warga emas seperti yang lanjut umur macam makcik-makcik atau tok-tok kita pun boleh minum tau.. Sebab khasiatnya boleh Memberi Kesihatan Tulang, Menambah Selera Makan, Tidak Mudah Lapar, Membantu Penghadaman dan seterusnya Memberi Tenaga Extra juga.. Wah.. bagusnyaa..


Wah.. banyak juga khasiat dan kelebihan minum SUSU KAMBING NUFAEL  ni yea.. bagus sangat diamalkan.. kalau macam tu TB pun nak borong la nanti.. Haa.. kalau korang nak beli jugak.. boleh lah contact mana-mana link kat bawah ni yea.. jangan lupa FOLLOW dan LIKE sekali yea.. support bisnes orang kita.. Bumiputera .. 



Facebook - 

Website - 

Pengedar Rasmi SK NUFAEL - 

Founder FEEDMILK - 

Instagram 

Daftar Sebagai Pengedar - 
Hubungi - 0168404932



27 September 2018

Lazada Shopathon Blogger Contest


Lazada Shopathon Blogger Contest


Wah.. Lazada buat Sale lagi.. Hari tu 9.9.2018, sekarang ni bermula pada hari ini.. 27 September 2018 Lazada buat kali keduanya mengadakan Shopathon Sale lagiii.. Hari ni je tau!! Cepat!! kalau nak shopping dengan happy (sebab ada diskaun terlajak laris). Kena cepatlah kan sebab 1 hari je. Jangan terlepas untuk menikmati diskaun sehingga 90% dari pelbagai jenama wehhh..

Haaa.. macam biasa Lazada selalu buat Contest kalau ada Sale ke apa.. So, TB memang selalunya tak lepaskan peluang.. Untuk Sesi Pertama TB dah terlepas (bermula 1 - 9 September 2018) sempena 9.9 Festival Sale yang secara automatik memberikan voucer RM30 kepada semua blogger yang join contest tu.. 

So, TB nak cuba nasib untuk sesi Kedua ni pulak lah... Mana tau dalam Lazada Shopathon Blogger Contest Session 2 ni ada terselit rezeki untuk Harraz, baby boy kesayangan TB tu.. (eh baby lagi keee).. Haha.. sebab TB kalau join contest Lazada memang tak beli barang sendiri.. Memang niat nak beli untuk Harraz je.. Sebab memang itu sebagai hadiah untuk harraz yang hadir dalam hidup mama dan papa.. ehhh.. ter melalut pulak.. heheh..


Haaa.. Kali ni pulak.. untuk sesi ke 2 Lazada Shopathon Blogger Contest diadakan sempena Shopathon Sale yang berlangsung pada hari iniii.. iaitu 27 September 2018 dan sebenarnya Contest ni dah bermula 21 September sehingga 27 September 2018 tauu. TB je terlambat nak publish awal-awal entri contest ni.. busy sangat sekarang.. internet pun kadang-kadang buat hal..

Oh yaaa.. nak bagi tahu.. kali ini pihak Lazada menawarkan hadiah sehingga RM6450 kepada 30 pemenang. Tu yang TB pun rasa nak join sangat tu.. hehehe.. moga ada rezeki harraz.. Aamiinn.. doakan yea!

Seperti sebelum-sebelum ini, macam biasa peserta perlu menjawab 1 soalan, untuk kedua-dua sesi ni.. dua-dua soalan sama je.. soalannya ialah :

Question : 
Select three of your favorite brands on Lazada and tell us why you love them. The article must contain screenshots of the brands store pages mentioned.

Hehe.. macam biasa.. tepek la gambar yang korang screenshoot dekat website Lazada tu.. tepek gambar apa yang dalam wishlist korang nak beli.. sebab nanti boleh share dengan kawan-kawan apa kelebihan dan apa yang bestnya korang pilih benda tu kan.. Oklah.. TBpilih barang harraz je semuanya.. memang nak beli barang dia je kalau join apa-apa contest.. dah rezeki dia kan.. hope harraz dapatlah habuan dia jugak untuk contest kali ni.. Aamiinn..

Jom tengok apa yang TB nak belikan utnuk harraz dalam website Lazada tu.. 



1. MARSSTAR 1201 Trevi 12 inch Children Bicycle with Caliper Brake (Orange)


Klik Gambar Kalau Nak Terus ke Link Basikal ni.. heheh.. 

Disebabkan Harraz asyiklah tenung-tenung basikal anak sedara masa dekat Taiping ritu.. TB terasa nak belikan dia basikal je.. sebab dia pun nampak macam excited dengan basikal.. siap berapa kali naik sendiri dan try kayuh kayuh walaupun dapat kayuh sikit je baru.. huhuhu.. Tapi rasanya kalau ada depan mata yang dia punya sendiri maunya asyik naik basikal je kerja dia.. hahaha.. Amacam.. lawa tak pilihan TB ni? Basikal ni ada lampu2 dekat tayar dia.. TB beli sebab ikut ketinggian harraz.. risau beli besar-besar nanti dia tak dapat naik rugi pulak kan.. sedangkan kita nak asah keyakinan dia menaiki basikal dari awal.. 

Oh ya.. TB kongsikan jugak carta untuk korang pilihkan basikal yang sesuai dengan ketinggian anak korang.. boleh tengok kat bawah ni ye..



2. Sweet Heart Paris TL614W 3 in 1 Walker-Riding-Stroller Ride on Car (Red)

Klik Gambar Kalau Nak Terus ke Link Basikal ni.. heheh.. 

Haaaa.. gambar kedua ni ialah Walker-Riding-Stroller Ride on Car. Huhuhu.. terbayang-bayang harraz naik kereta kecik ni.. mesti dia suka sangat-sangat.. pun sama juga untuk bina self confident dan guna motorskill juga bila dia dok kerabat-kerabat dan imbang badan tu.. hahahaha.. takde la imbang badan sangat punnn.. sebab tayar 4.. kih3.. apa-apa pun kaler dia tu lawoooo.. i loikeee.. macam biasa.. mama dia pulak over excited pekehal???


3. Sweet Heart Paris TLPOLI Cozy Coupe Ride on Car (Red)

Klik Gambar Kalau Nak Terus ke Link Basikal ni.. heheh.. 

Haa.. yang ni TB baru ternampak tadi.. macam berkenan pulak nak beli .. kalau harraz tengok ni mesti suka kot.. hehehe.. TB nak beli yang preloved hari tu tapi blurr fikir camne nak ambil.. huhu.. postage plak gerenti mahal kan.. so, TB nak beli kat Lazada je lah.. nampak menarik je ni.. kaler pun cantik.. 


4. Rocking Horse


Klik Gambar Kalau Nak Terus ke Link Basikal ni.. heheh.. 

Haaa.. Yang ni pulak.. saja tepek kuda ni jugak.. sebab nanti senang nak tengok balik time nak beli nanti.. huhu.. ni nak cerita pengalaman terbeli rocking elephant.. ku sangkakan besar.. rupanya kecikkkk.. adoi laaa.. kesian harraz .. naik elephant tu dah macam gorila.. dia besar.. elephant tu kecik.. macam sesuai untuk 18 bulan ke bawah je.. huhuhu.. geram pun ada.. harraz naik kaki nya terjuntai .. huwaaa.. so, TB cadang nak jual balik.. condition LIKE NEW tau.. dekat telingan kalau tekan ada music.. tengok lah nanti nak jual kat mana.. 

Oh ya.. lepas tu TB ternampak kuda ni.. hehehehe.. macam terbekenan.. tapi takut nak beli kalau-kalau tersalah beli lagi.. dalam gambar nampak hensem je kuda ni.. sekali yang dapat.. errrr.. bersememeh kudanya.. hahahaha.. opsss.. mintak jauhh... yang ni memang dalam wishlist TB gak sebab ada sangkut paut dengan self confident and mood happy harraz..

Haaa.. itulah dia barang special yang TB nak sambar di  Shopathon Sale? ni.. heee.. korang pulak? nak beli apa?? cepattt shopping .. lupa pulak.. kalau korang shopping melalui aplikasi Lazada lagi power weiii.. kadang ada diskaun lain yang menanti.. hehehe.. tak caya?? cer download aplikasi lazada tengok! 



24 September 2018

SHOPPING DI ALTHEA LAGI!!


SHOPPING DI ALTHEA LAGI!!! 


Haiii.. Hehehehe.. TB tak sabar sebenarnya nak share tentang shopping TB di Althea baru-baru ni.. hehehe.. Sebab kali ni TB shopping alat makeup pulak.. bukan skincare lagi.. Kali ni TB guna rewards point pulak tau.. Barang-barang yang TB pilih kali ni snagat-sangat cute.. hehehe... Nak tengok? meh tengok apa yang TB dah beli di website myalthea.kr




Taraaa.. ini dia box Althea yang terbaru TB inboxing hari tu.. TB shopping guna Reward Points (worth USD30) yang Althea credit kan ke akaun Althea TB As part of Althea Angels Welcome Gift, Thank you Althea! dan kalau korang nak tahu. item2 yang TB beli kalinya berharga lebih kurang rm100 ++ je tau untuk 4 barang ni.. iaitu : . . 1.) Peach Picth Moisture Cover Cushion 2.) Lovely Cookie Blusher - Sooo cute kan! 3.) Petal Velvet Powder - TB beli 2!!! . . Kalau korang geram tengok produk dari @altheakorea ni.. TB lagi lah geram.. comey sangatt.. murah pulak tu.. korang nak shopping macam ni gak? boleh le layari www.althea.kr kat situ banyak giler barangan KBeauty yang mampu milik dan besttt sangatt..rambang mata kalau singgah website Althea .. . . jom terjah @altheakorea #altheaangels #altheaangel #altheamalaysia #altheakorea #kbeauty #altheahaul #unboxing
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘áƒ¦) (@tengkubutang) on




Yang ni TB memang dah lama aim sangat sebab ini adalah new baby Althea yang kedua, sebelum ni Althea Bare Assential dan Althea Petal Velvet Powder ni pulak menyusul lepas tu.. geram tengok tau.. hehehe.. So, TB grab jugak Petal Velvet Powder ni.. TB ambil kod Color #23 (Warm Beige) , dan paling best ia tak mahal.. murah je.. hanya berharga RM16.00 so, TB order 2 sekali terus sebab terjatuh cinta dengan color pakackging dia yang nampak soft tu.. logo Althea atas penutup tu pun awesome sangat.. so.. beli dua jadilah RM32.00 .. hehehe.. murah kan?..

Nak order jugak?
Klik sini --> https://goo.gl/w1rkmY




Lagi.. TB ambil Blusher yang cute mute ni haaa.. gerammmm.. hahahaha.. tengok gambar pun rasa nak makan.. opsss.. Lovely Cookie Blusher (7.2g) namanya.. dan kod yang TB pilih ialah kod ColorPeach Chous Wafers .. harganya pulak RM26.00 sahajaaaa..

Nak tengok video tentang produk ni?
Klik sini ---> https://www.youtube.com/watch?v=6-cNqx44h7U


Haa.. satu lagi yang comel jugakkkk.. adoii.. boleh sasau kalau singgah website Althea ni.. sebab packaging produknya comel2 belaka.. haaa.. ni dia koleksi coshion yang TB ambil kali ni.. ini cushion yang ke 4 kalau tak silap TB.. hehehehe.. Cushion comel ni namanya Peach-Pitch Moisture Cover Cushion (13g) Kod Color yang TB ambil ialah #23 macam medium je rasa TB ambil hari tu.. harganya.. hanyalah RM60.00 jewwww... 

Total semua barang yang TB order ni RM118.00 sahaja.. Shipping & Handling RM0.00 (free ajeee) best tak? hehehe.. Tapi shopping kali ni TB guna Reward Points RM118.00 yang TB dapat hari tu sempena hadiah alu-aluan sebagai Althea Angels Community.. Thank You Althea.. 

Nak tengok video tentang produk ni?
klik sini --> https://www.youtube.com/watch?v=jdnbLVx8RjM


Maklumat lanjut boleh ke web Althea 
Althea Korea's Malaysia Website: 

Instagram: 



16 September 2018

Resepi Ayam Bakar Ala-Ala KENNY ROGERS


Resepi Ayam Bakar Ala-Ala KENNY ROGERS

Alamakkk.. Bila hubby share Resepi kat wall dia.. teman dah terfikir dia nak makan tu la gamaknya.. huhuhu.. Selalu hubby memang akan share dulu resepi kat wall dia pastu abru kerja-kerja try resepi pun bermula.. huhuhu.. Bahan-bahan pun TB tengok macam mudha dicari je.. dan cara-cara pun alahai senang aje.. (cecececeeee....) Takpe.. TB tepek dulu resepi kat sini.. takut nanti hubby pi delete pulak post tu.. huhuhu.. haaa.. nanti dia sebut je.. teman tengok balik resepi ni.. hahahaha.. nasib laaa.. tak pernah masak ayam seketul besar macam ni.. Terpaksa la tengok resepi yeeeee.. haha.. Jom tengok resepi mudah ni.. kot korang pun nak try mana tauuu..

  • 1  ekor ayam(cuci bersih)
  • 2  labu bawang besar
  • 7  ulas bawang putih
  • 2  inci halia
  • 2  sudu besar pati Oren sunquick(yang dalam botol tu)
  • 1  senduk sos blackpaper aka sos lada hitam
  • 3  sudu besar majerin (cairkan atas api)
  • 1  biji ubi kentang (rebus empuk)
  • 1  ketul kiub pati ayam
  • 1  sudu kecil garam
  • 2  sudu besar gula pasir

Kentang, brokoli, tomato cerry tu optional la. Tak nak letak pon tak apa, ayam tetap sedap dan nyum2. Semua bahan-bahan ni blend dengan sedikit air (suku cawan air je)


Dah kisar semua....perapkan dengan ayam. Perap 2jam sebelum bakar.. lagi lama perap lagi sedap.


Bakar suhu 200° 45 minit sampai masak...

Api atas bawah. Ikut pada oven masing2 la yea. Kalau suka crunchy diluar lembut juicy didalam letak suhu tinggi.

MasyaAllah.. bila TB tengok hasilnya kat gambar paling atas tu.. terliur benar weh.. harap satu hari nanti dapat la buat ayam bolat seketul macam ni.. hahaha.. 


Kredit gambar dan Resepi :
Cik Pooja




14 September 2018

Jom Ajak Anak-Anak Menonton Good Child TV - Kids' Songs and Rhymes di Youtube!



Jom Ajak Anak-Anak Menonton
Good Child TV - Kids' Songs and Rhymes di Youtube!

Hai korang semua... TB nak jemput tengok Channel Youtube satu ni.. Comel sangat-sangat kartun dia dan lagu-lagu dia pun sweet dan fun sangat-sangat.. Harraz terpaku masa pertama kali tengok tu.. siap senyum-senyum tengok kartun yang comel-comel dalam video-video di Good Child TV ni.. Try la bagi anak korang tengok.. Mesti diorang suka tau..


Macam TB, TB suka Channel ni sebab kartun dia berwarna terang dan cantik.. kartun pun comel dan berwarna-warni.. Nak pulak Harraz seorang yang suka menyebut apa yang dia lihat.. So, bila pasang satu-satu video tu memang sesuai sangatlah kan.. sebab tiap-tiap video tentang satu haiwan.. Panda, Kangaroo, Crab, Crocodile, Birds, Hippo, Monkey, dan banyak lagi..





Kalau TB pasang Good Child TV Harraz akan sebut nama haiwan tu.. dan yang bestnya dia dah kenal rupa haiwan tu dengan namanya sekali.. sampaikan bila tengok kat channel lain, dia dah tahu nama haiwan tu.. bagus kan ! elok sangat korang bagi anak tengok Channel ni.. 

Oh ya.. Channel ni masih baru, tetapi TB perhatikan team Good Child TV sentiasa up video terbaru dari semasa ke semasa.. So, korang jangan ketinggalan subscribe dan klik Butang Loceng tu untuk dapat info tentang video terbaru yang mereka akan up kan nanti..

Oh ya.... Tahukah korang good child tv yang nampak international ni sebenarnya hasil kerja kreatif orang Malaysia.  Haa.. jangan tak percaya tauu.. TB pun terkejut gak sebab masa mula-mula tengok macam video kids song and rhymes luar negara je.. rupa-rupanya orang Malaysia kita yang punya hasil kerja.. memang mantop kan!

Haa.. apa lagi.. Harraz dan pandai kenal haiwan dengan menonton Good Child TV ni.. korang lak.. taknak ke anak-anak happy dna belajar dengan menonton Channel best ni? 


Jom support dengan meng SUBSCRIBE CHANNEL ni supaya mereka dapat hasilkan lebih banyak lagu yang berkualiti selepas ini.. tak sabarnya TB nak tunggu video-video terbaru dari mereka!




WEBSITE :

FACEBOOK PAGE :






KIRA KIRA | PRODUK PENJAGAAN BAYI ORGANIK DARI JEPUN


KIRA KIRA | PRODUK PENJAGAAN BAYI ORGANIK DARI JEPUN 



Haa.. ni TB nak kongsikan tentang produk penjagaan bayi seperti lampin dan produk penjagaan bayi  premium yang sangat bagus berkualiti dan berteknologi dari Jepun ni buat mommy-mommy semua .

TB dah try lampin dan mandian baby Kira Kira ni.. memang puas hati sebab lampin nya lembut je.. dan paling best sebab harraz serasi je pakai, takde merah-merah pun sebab lampin ni diperbuat dari bahan-bahan yang selamat utnuk bayi.. Ok lah.. jom baca sedikti info tentang jenama Kira Kira ni.. 


KIRA KIRA - PRODUK PENJAGAAN BAYI ORGANIK DARI JEPUN 

Sifat ingin tahu memang dimiliki oleh bayi semenjak lahir. Jadi mengapa tidak biarkan mereka melakukannya dengan penuh bergaya dan selesa. Kira Kira, jenama lampin dan penjagaan bayi premium yang lengkap dengan inovasi teknologi Jepun kini di Malaysia untuk membantu bayi anda membesar dengan bergaya sambil selesa.

Ramai ibu bapa berasa kagum setelah mencuba produk terkenal dari jenama ini iaitu Kira Kira Airy Soft Premium Diapers dan Kira Kira Ultra Soft & Dry Premium Pants. Ramai pengguna Kira Kira yang berkongsi pengalaman di laman web syarikat Kira Kira bahawa bayi mereka lebih banyak bermain dan gembira. Selain daripada itu, bayi mereka lebih ceria dan kurang meragam.

“Lampin kami sememangnya direka selari dengan slogan Kira Kira iaitu, ‘Produk Berkualiti Melalui Kesederhanaan’. Dengan inovatif teknologi daripada Jepun, kami telah menghasilkan lampin jenis pita lekat dan juga jenis seluar premium yang ultra lembut dan beragin untuk memastikan bayi anda kekal dalam keadaan selesa dan ceria sepanjang hari,” kata Patt Sue-Ann, Pengarah Komersial – MOOCC bagi DSG Malaysia Sdn. Bhd.

Tambahnya lagi, sebagai contoh inovasi Magic Dry Bubble Sheet oleh Kira Kira menawarkan penyerapan yang pantas dan berkesan bagi mengekalkan kulit bayi anda agar sentiasa kering dan segar.

“Bagi membolehkan bayi anda tetap selasa dan bergaya, kami telah menggunakan corak lampin yang kawaii (comel) untuk si kecil anda,” katanya lagi.

Direka mengikut garis pinggang, Airy Soft Premium Tape Diapers yang terdapat dengan saiz ‘New Born’ dan ‘S’ diperbuat daripada bahan-bahan premium yang boleh menyerap udara serta lembut. Dengan bantuan penunjuk kelembapan pada lampin, ibu bapa kini boleh mengetahui dengan mudah masanya untuk lampin perlu diganti bagi mengelakkan ruam atau kerengsaan kulit bayi anda. Mereka juga kini boleh bergerak dengan lebih selesa dan nyaman dengan bantuan pita boleh lekat semula yang ultra lembut bagi mengekalkan pemakaian lampin pada bayi anda. 

Untuk kesenangan dan lebih mudah dipakai, ibu bapa boleh memilih Ultra Soft & Dry Premium Pants, yang terdapat dalam pelbagai saiz dari saiz M hingga ke saiz XXL. Bahan boleh serap udara yang premium dan penyerapan dua lapisan melanjutkan rasa kering dan segar dengan lebih lama. Bukan itu sahaja, ukuran perut dan kaki yang selesa juga membolehkan si manja bergerak dengan mudah.

Kira Kira - Produk Bayi Organik

Ramai ibu bapa berasa kagum setelah mencuba produk terkenal dari jenama ini iaitu Kira Kira Airy Soft Premium Diapers dan Kira Kira Ultra Soft & Dry Premium Pants.


Airy Soft Premium Pant 

Boleh didapati dalam saiz New Born dan S, Airy Soft Premium Pant dikelompokkan ke garis pinggang dan dibuat dengan bahan bernafas lembut premium.

Dengan penunjuk basah, anda juga boleh mengetahui dengan mudah apabila tiba masanya menukar lampin dan menyimpan ruam atau kerengsaan kulit di teluk. Pita pelekat ultra-lembut membolehkan lampin di tempat dan membantu anak-anak anda tetap selesa dan selesa sepanjang hari.




Kira Kira Premium Ultra Soft & Dry Premium

Kira Kira Bayi boleh didapati dalam pelbagai saiz dari M hingga XXL. Bahan bernafas premium dan penyerapan dua lapisan memanjangkan rasa kering dan segar untuk lebih lama. Bukan itu sahaja, kelopak dan kaki yang lembut dan lembut membolehkan anak-anak anda untuk meneroka dengan mudah.


Diperbuat daripada bahan-bahan organik tulen, produk penjagaan bayi Kira Kira dimajukan berasaskan formula Jepun dan benar-benar bebas daripada bahan kimia. Pasti selamat untuk bayi anda!

Kira-Kira ni menawarkan penjagaan khusus untuk mandian, Lotion dan Nappy Cream untuk kulit halus bayi anda.


Lampin Kira Kira datang dengan reka bentuk, keselesaan dan kualiti Jepun yang menjadikan bayi anda bahagia! Boleh didapati dari saiz untuk yang baru lahir kepada XXL.

Dengan menggunakan teknologi Jepun yang inovatif, mereka telah mencipta pita premium sejuk dan ultra lembut dan lampin seluar yang memelihara anak-anak kami yang aktif sepanjang hari!

Selain lampin, Kira Kira juga adalah pakar dalam produk penjagaan bayi organik.

“Kami sebagai ibu bapa amat prihatin dan berhati-hati dalam penjagaan kulit bayi yang lembut. Produk penjagaan bayi Kira Kira mengandungi hanya bahan-bahan organik yang semulajadi dan diperbuat berdasarkan rumusan Jepun yang bebas daripada bahan-bahan kimia yang berbahaya,” Patt menjelaskan.

Sebagai contoh, produk Kira Kira Top to Toe Wash berkesan untuk membersih dan mengekalkan kelembapan kulit bayi anda. Ekstrak camelia japonica menjadikan kulit bayi anda lembut dan gebu apabila disentuh. Ibu bapa juga tidak perlu risau tentang sisa yang tinggal kerana sabun mandian bayi Kira Kira yang boleh didapati dalam botol 400ml ini boleh dibilas dengan mudah.

Kira Kira Baby Lotion (380ml) yang mengandungi baobab organik memberikan khasiat kepada kulit bayi apabila disapu selepas mandi. Rumusan berasaskan air yang sangat ringan dan tidak melekat dapat melembap dan menyerap dengan cepat ke dalam kulit.
Krim lampin adalah produk penjagaan kulit yang penting bagi bayi anda. Kira Kira Nappy Cream boleh didapati dalam bentuk tiub sebanyak 50 ml dan ianya amat mudah untuk disapu pada kulit bayi anda. Krim lampin ini juga dipenuhi dengan kebaikan ekstrak chamomile dan shea butter yang membantu memulihkan, melegakan dan melembapkan kulit serta melindungi kulit bayi anda daripada ruam lampin. 

Selain kualiti, ibu bapa pasti teruja untuk memilih produk Kira Kira. Mengapa? Harga bagi lampin Kira Kira jenis pita lekat dan seluar amat berpatutan walaupun ianya menggunakan bahan- bahan yang premium dan mempunyai teknologi penyerapan yang hebat. Begitu juga dengan tawaran harga bagi produk penjagaan bayi organik Kira Kira seperti sabun bayi, losen bayi dan juga krim lampin ternyata lebih menjimatkan berbanding beberapa jenama lain dalam segmen penjagaan bayi premium yang sama. 

Untuk penjimatan yang lebih besar, sekarang pengguna boleh membeli produk Kira Kira menerusi laman web Shopee. Anda hanya perlu melayari http://bit.ly/KiraKiraShopee , dengan setiap pembelian melebihi RM100, masukkan kod promo “KK25LAUNCH” sewaktu pembayaran untuk menikmati diskaun. *Promosi adalah sah sehingga 30 September 2018. 

Berikan si manja anda keselesaan dan penjagaan yang berkualiti ketika mereka membesar dan menerokai dunia ini. Untuk maklumat lanjut tentang Kira Kira, sila layari dan suka www.facebook.com/kirakiramalaysia.



05 September 2018

HARRAZ TEWAS AKHIRNYA.. MAKAN UBAT KLINIK PADA USIA 1Y 10M



HARRAZ TEWAS AKHIRNYA..
MAKAN UBAT KLINIK PADA USIA 1Y 10M

Huuu.. balik raya haji tahun ni rasa tak seronok pulak bila turn beraya di Ipoh kami terpaksa sibuk ke Klinik n Hospital kerana Harraz demam panas yang luarbiasa.. Luarbiasa maksud teman harraz tak pernah demam yang susah nak surut macam tu.. Bila dah mandikan pun still pana stak turun, bila dah jerlum dan basahkan badan dia still tak jugak turun suhu.. kalau turun pun sekejap je lepas TB bagi harraz tidur kat luar beranda sebab kat situ ruang udaranya terbuka.. sejuk sikit berbanding dalam rumah yang berkuap sebab atap bumbung rumah di kampung agak rendah.. so, panas tu terasa sangat.. Lepas tu kami pun baring diluar sampai petang dan suhu harraz memang rendah masa tu, lega lah sekejap kan.. tapi bila dah petang, suhu tu mula naik balik.. dah start cuak balik sebab suhu naik bukan sikit-sikit.. 38.7 macam tu.. dan akhirnya cecah 39.. risau TB masa tu..

 


1ST TIME HARRAZ DEMAM PANAS DAN KENA MAKAN UBAT KLINIK

Setelah bertahan dari makan ubat klinik akhirnya Pada umur 1 tahun 9 bulan bertarikh 24.8.2018 ( Jumaat 9.00 malam ) Harraz tewas juga akhirnya kerana cuaca yang panas sangat-sangat di Taiping dan Ipoh buat suhu badan harraz panas hingga mencecah 39.4'C. Kami terpaksa ambil keputusan bawa Harraz ke hospital / emergency kerana kami risaukan kesihatan harraz yang demam panas dan suhu tidak turun-turun walaupun dah kerap jerlum dan bagi mandi. Suhu Harraz turun kejap dan kemudian naik balik..

Sebelum tu 23.8.2018 ( Khamis - petang ) kami bawa harraz ke Klinik sebab masa tu badan harraz memang dah start panas dari dalam ETS dari Taiping nak ke Ipoh lagi.. dan kami pergi klinik pun sebab suhu badan harraz dah cecah 39, maka bawak harraz ke klinik.. cadang nak pi klinik yang biasa family TB pi tu.. Klinik S.K. ONG di Jelapang, tapi Klinik tu tutup pulak dah.. pukul 3 baru dia buka sedangkan harraz macam perlu di check segera seba suhu danh tinggi sangat.. target kami nak masuk ubat bontot je cadangnya utnuk turun kan suhu.. 

So, kami pun buat keputusan bawa harraz ke klinik Dilip di Taman Meru, sampai-sampai je klinik tu.. MasyaAllah.. penuh.. ramai giler manusia.. rasa tak sanggup nak tunggu.. then kami pun pi klinik lagi satu tu.. iaitu Klink Safri Hamimah di Taman Meru juga. Hari tu Klinik tu orang tak ramai.. hati jadi ragu-ragu gak nape tak ramai orang.. hemm.. tapi disebabkan harraz pun dah mengamok2 panas.. kami terpaksa pilih klinik tu.. Harraz menangis2 jerit2 tak tentu pasal tak tahu kenapa.. TB pun risau dah.. lepas tu kami pun masuk bilik dan doktor check suhu harraz, suhu dah turun pulak.. mungkin sebab dalam aircond tapi doktor tetap bagi ubat bontot sebab sebelum sampai suhu harraz dah 39. dan doktor cuba nak check lidah dan anak tekak harraz tapi tak berjaya sebab harraz mengamok.. 

Masa tunggu nurse panggil ambil ubat harraz menangis tak henti2.. sampailah hubby suruh TB baca apa yang patut.. TB pun azan kat telinga harraz dna baca zikir yang selalu TB nyanyi untuk harraz.. terus harraz senyap sampai kami sampai rumah.. harraz sampai terlena..

Harraz dah start makan ubat
TB bagi harraz makan ubat mengikut sukatan yang diberi namun, suhu masih tidak turun turun jugak, kami risau dan malam tu kami ambil keputusan bawa harraz ke hospital bahagian emergency.. dan doktor check harraz.. dan tanya kami berapa dos ubat demam yang kami bagi harraz.. Kami kata 2.5ml dan doktor kata ia tidak mencukupi untuk budak sebesar harraz.. dia tanya tinggi dan berat harraz, dan dia kata lagi untuk saiz harraz dos yang sesuai ialah 5ml lebih, adoi.. patutlah demam tak surut-surut.. tak cukup dos rupanya... dan doktor juga mendapati harraz ada jangkitan di tonsil nya.. tonsilnya dah merah.. patut lah suhu turun naik.. dan doktor pun bagi ubat demam dan ubat antibiotik.. ubat demam kena makan sampai hararz baik demam, manakala antibiotik harraz kena makan selama 7 hari .. sehari 3 kali .. 



Seksanya TB nak bagi harraz makan ubat.. sebab harraz tak suka rasa ubat tu.. dia menangis dan meronta sampai TB rasa stress sangat-sangat nak paksa dia makan ubat.. Sejak harraz makan ubat dia mula menunjukkan tanda protes pada TB, TB risau dia bencikan TB kerana paksa dia makan ubat sebab nampak sangat dia taknak senyum dan melawan bila TB marah dia buat something yang TB tak suka.. Allah.. TB menghitung hari demi hari agar cepatlah abes tempoh makan ubat ni.. TB nak jalin hubungan yang macam dulu dengan harraz.. nak tengok harraz ceria.. senyum dan mengusik menyakat TB macam dulu.. 

Doktor tegur kami tentang kenapa bagi ubat bontot sedangkan harraz boleh je makan dan minum melalui mulut, sepatutnya bagi makan ubat melalui mulut sahaja.. Kami pun tak tahu nak kata apa sebab kami memang takde pengalaman bagi harraz makan ubat, maka kami ingatkan itu je cara terbaik untuk turunkan suhu harraz yang dah 39 masa tu.. dan pada 23.8.2018 (sehari sebelum bawa emergency hospital)  dah 2 biji ubat bontot masuk.. tapi memang kami jarakkan dalam 12-13 jam.. itu pun sebab suhu harraz tak turun-turun, naik ke 39 balik.. Selepas bagi ubat kali kedua, suhu badan harraz turun sekejap.. kemudian tak lama pastu naik balik.. Allah.. TB keep jerlum kepala harraz sebab risau kena tarik.. bahaya bahagian kepala ni.. TB berjaga sampai jam 5 pagi, suhu harraz dah surut sikit, TB pun terlelap.. tak sedar.. badan TB pun dha start tak sihat.. TB demam juga.. suhu 39 jugak.. tapi TB kena usaha sihatkan badan sebab TB nak jaga harraz.. 

pukul 6 lebih hubby pulak check suhu harraz dan rasa badan harraz panas balik.. masa tu check 39.4 .. Allah.. terus TB bangun dan jerlum balik.. TB bawa harraz duduk dan baring kat depan beranda sebab kat situ udara terbuka dan bersih.. kalau dalam rumah terpekong.. panas..

Masa duduk diluar suhu badan harraz turun sebab udara segar dan sejuk sikit kat beranda tu..  Suhu harraz ok sampailah petang tu dia naik balik.. bukan naik sikit tapi naik banyak, 38.7 terus ke 39, aduh.. risau datang balik.. dan TB memang risau kalau siang pun dah 39, kalau suhu kemuncaknya tengah malam berapa pulak naiknya? masa tu lah kami buat keputusan keep jerlum, jerlum dengan air bunga raya, air beras lah, air asam jawa.. mandi dengan air lemon.. semua tak jalan..

Akhirnya kami ambil keputusan bawa ke hospital.. dan bermulalah selepas tu harraz start makan ubat antibiotik untuk surut kan tonsil yang bengkak tu..



dan Hari ni 31.8.2018 adalah hari terakhir harraz makan antibiotik dia.. lepas ni TB tak perlu nak berperang dengan harraz dah.. kadang-kadang TB kesian tengok harraz tengah happy-happy main mainan dia tiba-tiba dia nampak TB pegang ubat tu dia mula tunjuk muka sedih dan lari menyorok..

Last day.. (hari ke 7).. (25.8.2018-31.8.2018) Start demam... 24.8.2018 (Khamis) Dalam train dati taiping nak balik ke ipoh suhu dah panas.. mood takde.. sampai ipoh mandikan air suam n jerlum.. suhu tinggi jadi 39 tak turun2.. bawak pi klinik biasa.. bagi ubat bontot.. x jalan.. tgh mlm naik 39 balik.. masuk ubat bontot lagi.. x jalan gak.. bagi ubat demam .. pun x jalan.. esoknya pi bawak pi hospital emergency.. doktor check kata ada jangkitan pada tonsil.. dan ubat demam yang kami dapat dari klinik ti tak cukup dos untuk saiz.. berat n tinggi3 harraz.. so sebab tu suhu tak turun2. dapat ubat demam n antibiotik lain.. kena habiskan antibiotik selama seminggu.. baru lah suhu harraz turun.. tapi antibiotik tetap kena habiskan jugak.. hari ni last.. Alhamdulillah.. #harraz30juzuk #cute #white #cuteboy #babyboy #happy #family #smile #preciousmoments #love #mylovelyson #vsco #wednesday #morning
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘áƒ¦) (@tengkubutang) on

Harapan TB, biarlah ini kali terakhir harraz makan ubat klinik.. harap lepas ni harraz sihat walafiat dan kuat sistem imunnya.. kalau ditakdirkan demam juga, moga dapat sembuh demam secara alami seperti sebelum sebelum ni.. tanpa makan ubat klinik.. Aamiinn  .. 

 CERITA BALIK KAMPUNG - KL - TEPEN - IPOH - KL
saja nak tepek sini dulu.. nanti TB sambung ceritanya di entri lain.. takut terlupa.. haha.. 18.8.2018 (Sabtu) jam 11.00 malam kami naik ETS balik Taiping . Sampai di Taiping jam 1.30 pagi. Tunggu Teksi, Grab, My Car lansung takde. Tunggu sedara / adik beradik datang ambil pun tiada sebab masing-masing sibuk dengan persiapan raya dan tiada masa nak tengok fon.. Penjaga Stesen Keretapi Tutup Kipas, Nyamuk dan panas buat harraz tak selesa.. Menangis.. nak pulak dia mengantuk dan penat mungkin sebab dia lansung tak tidur dalam ETS sepanjang perjalanan.  Pukul 3.30 pagi baru sampai rumah Taiping, nasib baik ada kawan anak saudara hubby yang sudi jemput kami.. syukur Alhamdulillah.. kalau tidak kami bajet tidur di stesen tu sampai pagi.. cuma agak panas dan banyak nyamuk je lah.. pengajaran buat TB dan hubby agar lepas ni standby kipas kecik untuk emergency macam tu.. kesian harraz.. 

Bila dah sampai rumah, budak kecik yang tadinya mengantok.. hemmm.. ligat pulak dia bila dah sampai rumah mak mertua, berjalan ke depan ke dapur..punya suka rumah luas.. huhu.. 


EARNING TERKUMPUL NUFFNANG KALI PERTAMA MENGGUNAKAN EMAIL BARU


 EARNING TERKUMPUL NUFFNANG KALI PERTAMA
MENGGUNAKAN EMAIL BARU


Setelah bertahun juga TB bersama Nuffnang, terasa berat hati nak tinggalkan Nuffnang ni.. sebab dah pernah jana pendapatan terkumpul dalam ribu jugak dengan Nuffnang ni.. TB rasa nak lepaskan Nuffnang tapi bila fikri balik, TB nak letak Nuffnang ni dalam blog yang lain je la.. huhu.. sayang la pulak.. bukan tamak tauu.. hahaha..

Sebelum ni TB jana pendapatan sampingan dengan Nuffnang ni menggunakan email yang lama, namun lepas tu macam ada masalah nak login sebab TB kebetulan ada 2 akaun Nuffnang dulu, so, sistem jadi keliru dan akaun nuffnang TB lansung tak boleh buka.. so, TB pun buat yang baru.. dan yang TB tunjuk kat atas ni adalah akaun Nuffnang yang baru TB buat..

TB buat lepas tu TB letak la code kat blog then TB tinggal tak tengok-tengok dah, sekali saja nak buka Nuffnang tengok dah ada banyak tu.. dah boleh cashout dah.. hehehe.. Cuma rasa sayang nak cashout kalau banyak tu je.. tunggu banyak sikit baru best cashout kan..

Saja tepek sini dulu.. buat kenangan kot lepas ni tak bersama dengan Nuffy dah.. huuu.. harap tak macam tu la kan.. huhuhu.. Nanti dikata habis manis sepah dibuang pulok.. kih3.. 

K.. bye.. 


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers