Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

28 Oktober 2018

DUTCH LADY BREAKFAST CHALLENGE | JOM SNAP GAMBAR DAN MENANG SEHINGGA RM 35,000!!!



DUTCH LADY BREAKFAST CHALLENGE |
JOM SNAP GAMBAR DAN MENANG SEHINGGA RM 35,000!!!

Buat korang yang suka shoot gambar makanan dan upload di media sosial, apa kata korang join contest ni yang memerlukan kepakaran korang menghasilkan gambar sarapan bersama susu Dutch Lady PureFarm Milk! Mana tahu, hobi korang tu mendatangkan rezeki? hehehe.. cubalah.. kalau menang gerenti pasangan korang tak marah dah asik snap foto aje sebelum makan.. (walhal kawan tu dah lapo bebeno.. hahaha) Tapi kalau menang ni mesti dia senyap lepas ni.. keh3.. 

TB pun dah join gak.. jom tengok 5 menu TB selama 5 hari tu.. simple aje sebab sarapan TB tak boleh berat-berat sangat nanti perut semacam kembung.. hahaha..


Sebelum tu.. kita Selfie Duluuuu.. yeahh!! 


😁 DAY 1 😁
Hehe.. Hari Ni Menu Sarapan TB ialah 
Susu Dutch Lady Pure Farm @dutchladymy +  Bihun Goreng Sedap!
.


😁 DAY 2 😁
Hehe.. Hari Ni Menu Sarapan TB ialah 
Susu Dutch Lady Pure Farm @dutchladymy + Biskut Sedap!
.

😁 DAY 3 😁
Hehe.. Hari Ni Menu Sarapan TB ialah 
Susu Dutch Lady Pure Farm @dutchladymy + Donut Sedap!
.
 
😁 DAY 4 😁
Hehe.. Hari Ni Menu Sarapan TB ialah 
Susu Dutch Lady Pure Farm @dutchladymy + Hashbrown Sedap!


😁 DAY 5 😁
Hehe.. Hari Ni Menu Sarapan TB ialah 
Susu Dutch Lady Pure Farm @dutchladymy + Burger home made Sedap!


Yeayy.. Akhirnya tamat dah cabaran TB bersama Breakfirst dengan Ducth Lady. Jom Follow TB Memulakan Hari Dengan Susu Ducth Lady Sebagai Pelengkap Sarapan Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Hari.. .

Jom Sahut Cabaran #DutchLadyBreakfastChallenge yang bermula dari 8 Okt - 11 Nov 2018 , dan korang berpeluang memenangi RM 35,000 .


JOM BACA SEDIKIT INFO TENTANG SUSU DUTCH LADY NI.. 

Sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:

Kenapa mesti Dutch Lady Purefarm ?

Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting dan ianya merupakan susu Nombor 1 di Malaysia. Antara nutrisi yang ada di dalam susu ni adalah seperti :

Protein membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik.

Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif.

Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja.

Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein.

Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.

Menurut Tan Huey Ghee iaitu pakar pemakanan dari Dutch Lady Malaysia meminum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah.

Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000!

Dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!

Tidak seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan oleh badan kita untuk kegunaan masa depan. Ini bermakna kita bergantung kepada makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita. Oleh itu, sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20% hingga 25% daripada keperluan nutrisi harian kita. 

Kajian menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 asid amino penting (EAA) dan lebih mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain 2 . Dengan erti kata lain, susu adalah sumber yang mudah untuk memperolehi protein yang berkualiti tinggi untuk membentuk keluarga yang kuat.

Misi Dutch Lady Purefarm ?

Menurut Ramjeet Kaur Virik iaitu Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia pula berkata sejak dari tahun 1963, Dutch Lady Malaysia terus berusaha memenuhi misi untuk membina warga negara yang sihat serta membina keluarga yang kuat.

Selama 55 tahun , Dutch Lady Malaysia menggalakkan warga Malaysia untuk bersarapan dengan susu bersama keluarga mereka. Nutrien daripada susu membantu membina keluarga yang lebih kuat dan sihat. Keluarga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain semasa menjamu sarapan pagi bersama. Yakni, kedua-duanya adalah sama penting bagi kita untuk permulaan hari yang kuat.

Untuk maklumat lanjut, 
Layari Facebook Dutch Lady Malaysia di 

11 Oktober 2018

Rawat Kulit Kusam & Tak Bermaya Dengan Special Homecare Origin (SHO) Red Ginseng Ampoule dan SHO Red Ginseng Masks



 Rawat Kulit Kusam & Tak Bermaya  Dengan Special Homecare Origin (SHO) Red Ginseng Ampoule dan SHO Red Ginseng Masks


Well... semua wanita pastinya nak sentiasa kelihatan muda, berseri dan cantik tetapi faham-faham ajelah kan apabila usia semakin meningkat, tanda-tanda penuaan pasti akan timbul juga seiring dengan usia yang semakin meningkat. 

Oleh itu wanita perlu memanjakan diri dengan produk berkualiti untuk mengurangkan kedutan halus supaya masih kelihatan hebat. Betul tak? Haaa.. TB tengok wanita hari ini lebih suka menjimatkan masa dengan memanjakan diri mereka dengan produk rawatan di rumah di mana mereka boleh melakukannya dengan selesa di rumah sendiri. TB pun macam tu jugak.. nak ke salon memang tak la kot.. mana ada masa.. huhu.. So, TB nak kongsikan pengalaman TB merawat wajah hanya dirumah sahaja tetapi menggunakan produk rawatan kulit yang cute botolnya, yang bau best, yang meresap baikk punyaaa.. haha.. teruskan membaca ye!


Selama sebulan yang lalu, TB telah mencuba Special Homecare Origin (SHO) Red Ginseng Ampoule dan SHO Red Ginseng Masks yang datang dalam pembungkusan tiub yang sangat comel. Apa yang TB boleh katakan, TB sangat berpuas hati dengan hasilnya. Sebelum ni TB mempunyai kulit yang kelihatan kusam tetapi kini kulit TB semakin kelihatan lebih cerah berseri dan bercahaya. Amboih.. macam ada sportlight hala ke muka yea.. hehehe.. 

Oh ya.. SHO Aging Red Ginseng both ampoule and ampoule mask ini memang dikhususkan untuk mereka yang ingin Memulihkan Keadaan Kulit dan yang TB guna sekarang ni ialah fungsinya untuk Anti Penuaan dan Menyuburkan Kulit, Memulihkan Kulit dan Kulit Anjal dan Bersinar, so bersesuaianlah dengan TB yang semakin uhuk2 ni.. (tak mo cakappp.. haha)

Apa yang TB baca sedikit tentang SHO ialah SHO ni sebenarnya adalah jenama penjagaan kulit dari Korea yang menggabungkan rawatan kecantikan dan sains. 

Produk SHO menawarkan pelbagai bahan-bahan natural dan produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi bagi wanita untuk melakukan rawatan di rumah mereka sendiri. Ampoules dianggap lebih baik daripada serum kerana Ampoules lebih tertumpu dengan jumlah bahan aktif yang lebih tinggi, 3 kali lebih berkesan daripada serum dalam menyerap ke dalam kulit dan memberi kesan jangka panjang. 

Produk-produk ini bebas dari bahan-bahan berbahaya seperti Triethanolamine, Benzophenone, Minyak Mineral, Sulfat, Paraben dan Acrylamide, jadi mereka selamat walaupun untuk wanita hamil. Senang hati TB bila tahu ni sebab kulit TB ni sensitif so, TB takut nak letak sesuatu yang berbahaya di wajah kita kan.. 

 

 

SHO Aging Red Ginseng Ampoule ini best sebab walaupun tekstur dia yang agak berat/lebih tebal tetapi ia menyerap dengan sangat baik dan tidak meninggalkan kesan melekit atau berminyak, Pada mulanya memang TB tengok macam jenis berminyak tapi bila TB sapu dan ratakan diwajah rasa selesa sangat-sangat.. tak melekit.. tak berminyak.. mengejutkan! dan paling TB terkejut ialah, bau ginseng dia tak begitu menusuk hidung berbanding mask ginseng lain yang TB pernah cuba.. Yang ni memang bau dia OK dan TB boleh pakai dalam waktu yang lama sebab bau dia tidak mengganggu lubang hidung TB.. wakakaka.. penting tau pilih mask yang baunya kita suka dan selesa.. hihi.. 

SHO Red Ginseng ampoule mengandungi 42% ekstrak ginseng merah untuk kulit yang sihat dan bercahaya, dan minyak camellia untuk kesan pelembab. Ekstrak Root Paeonia Suffruticosa dan Ekstrak Root Polygonum Multiflorum akan mengurangkan kulit kasar dan kasar. Trehalose berkesan dalam menenangkan dan melembapkan.


CARA PAKAI :
Gunakan SHO Red Ginseng ampoule selepas basuh muka dan letak toner diwajah untuk segarkan wajah.. kemudian sapu ampoule dalam jumlah yang sederhana dan ratakan ke seluruh muka untuk supaya ia menyerap ke dalam kulit.

TB suka sangat bau dia.. bukan bau ginseng yang kuat dan tekstur dia yang tidak melekit, tidak berminyak buat TB rasa selesa dan benar-benar rasa ia melembapkan muka TB. TB merasakan kulit saya lebih anjaldan lebih berseri selepas menggunakan SHO Red Ginseng ampoule ni. Kiranya Ia berfungsi dengan baik untuk  kulit TB ni.. hehehe.. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SHO Red Ginseng Masks


Untuk SHO Red Ginseng Masks ni dalam satu tiub tu Ada 7 x 27 ml mask berharga RM 159.00

SHO Red Ginseng Masks mengandungi ramuan ubat oriental seperti Red Ginseng, Root Mulberry, Licorice dan Pleuropterus Multiflorus untuk kulit yang lebih anjal dan bersinar. Ia juga mempunyai minyak Camellia untuk membantu mengekalkan keseimbangan minyak dan air yang sihat. Ekstrak Protulaca pula membantu kulit tidak bermaya menjadi sihat manakala Trehalose melembapkan dan menenangkan kulit. Dengan semua ramuan ubat ini, SHO Red Ginseng Masks ini dapat menghidupkan semula kulit dan menjadikan kulit kita lebih kencang dan berseri. Dah tentulah ianya sesuatu yang TB perlukan untuk anti-penuaan kan.. 



Comel kannnn.. 
 
CARA GUNA :
Cuci muka bersih-bersih dan selepas itu letak toner di wajah bagi segar wajah tu kemudian pakailah  SHO Red Ginseng Masks kat muka korang. Biarkan selama kira-kira 15-20 minit, lepas dah cukup time korang buka mask tu dan urut-urut dan tepuk2 lembut kat muka korang tu bagi essence dari mask tu menyerap dengan lancar ke dalam kulit .



Nak pakai bila-bila masa pun boleh.. hahaha.. 


Sementara tunggu 20 minit boleh korek hidung dulu yea.. wakaka

Lagi satu kan.. TB suka dengan SHO Red Ginseng Masks sebab Mask ni direndam dengan banyak essence tau, so bila dah pakai mask tu, ada banyak lagi esence2 yang tertinggal dalam plastik tu.. dan paling TB suka sebab ia tak mudha koyak.. huhu.. TB sukaa.. 


Essence yang lelebih tertinggal dalam plastik mask tu jangan pulak korang buang, rugiii.. huhu.. TB siap sapu lagi lebihan-lebihan essence yang tertinggal dalam plastik mask tu.. korek-korek kasi bersih tau tak.. banyaknya cecair essence yang tertinggal.. huhu.. so, TB sapu je atas mask yang dah start kering tu.. sejuk dan selesa.. 


Suka sebab tak mudah koyak.. 

Ia sesuai dengan kulit wajah TB dan benar-benar melembapkan wajah TB selepas penggunaan pertama. Macam TB kata tadi TB boleh merasakan muka TB lebih anjal dan lebih terhidrat selepas menggunakan mask ni. Boleh dikatakan ini adalah mask rawatan yang berbeza daripada mask harian biasa dan secara klinikalnya terbukti bahawa tahap minyak menurun sebanyak 60% dan tahap kelembapan meningkat sebanyak 46% selepas penggunaan 1 kali.


TB pasti akan mengesyorkan SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask ini kepada semua orang. Haa.. kalau korang nak order jugak, korang boleh membeli produk SHO dari SHO FACEBOOKINSTAGRAM dan kedai Sasa terpilih di Malaysia. 

Sebenarnya TB ingatkan SHO ni hanya ada untuk Red Ginseng aje.. Rupanya-Rupanya bila lihat dekat Page SHO baru tahu ada banyak lagi variasi/siri lain yang mengikut fungsi-fungsi setiap satunya dalam merawat kulit wajah kita. So, pilih lah mengiktu kesusuaian dengan kulit wajah kita ye!

SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask

SHO Ampoule - RM189 (50ml)
SHO Real Vita AA2G Ampoule
SHO Aging Red Ginseng Ampoule
SHO Aqua Hyaluronic Ampoule
SHO Wrinkle Lift Peptide Ampoule


SHO Ampoule Mask - RM159 (7 helai) 
SHO Real Vita AA2G Ampoule Mask
SHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask
SHO Aqua Hyaluronic Ampoule Mask
SHO Wrinkle Lift Peptide Ampoule Mask
SHO Barrier Madeca Ampoule Mask


Kalau korang berminat untuk membeli dan mencuba rangkaian produk SHO ni korang boleh dapatkan di 50 outlet SaSa seluruh negara atau ke laman media sosial SHO Malaysia di bawah :



05 Oktober 2018

SUSU KAMBING NUFAEL 100% ASLI DAN ORGANIK!



SUSU KAMBING NUFAEL 100 % ASLI DAN ORGANIK!



TB suka minum susu kambing sejak TB mengandung hari tu.. Masa tu TB tak lalu nak minum susu biasa, so Hubby TB kata minum susu kambing je sebab elok utnuk baby dalam kandungan sekali.. so, dalam 4 bulan kandungan tu TB start minum susu kambing dan memang laju je TB hirup secawan susu tu sampai habis.. huhu.. sedap!

Dan selepas tu baru TB tahu TB suka dengan susu kambing rupanya.. ingatkan bila kita tak suka makan daging kambing, so dengan susu dia pun kita tak suka.. hahahha.. belum cuba belum tahu ye! dah cuba baru tahu rasa dia sedap!

Haaa.. Yang TB nak cerita kali ni pun pasal Susu Kambing jugak.. Alaaa.. Susu Kambing yang dutanya si cilik Fattah Anas yang shomelll tu.. hahaha.. TB selalu ikuti gak instagram Fattah anas dan Papa dia, dan ternampak papanya berlakon dengan sorang awek cun.. 

Dan TB baru tahu rupa-rupanya wanita yang berlakon bersama Papa Fattah Anas tu Founder FEEDMILK rupanya.. haa.. bagi yang tak tahu tu Feedmilk adalah jenama pakaian menyusu bayi yang popular dan dikenali ramai..

Anys Paloma ialah pemilik jenama SUSU KAMBING NUFAEL ini yang sentiasa memikirkan produk terbaik untuk pengguna selepas jenama Feedmilk, Femilac dan kini Susu Nufael.

Haaa.. So.. SUSU KAMBING NUFAEL ni adalah produk terbaru keluaran FeedMilk yang sesuai untuk SEISI KELUARGA dan Semua Peringkat Umur boleh minum tau!

Fattah Anas, duta produk susu Nufael pun sekarang dah tukar susu dari susu FM ke Nufael dan mengamalkannya setiap hari.

Haa.. Susu Kambing ni banyak khasiat berbanding susu FM / Susu Lembu.. Kalau korang nak tahu apa PERBEZAAN SUSU KAMBING NUFAEL & SUSU LEMBU , kornag boleh klik link dibawah ni yea.. Klik  >> https://goo.gl/ciVAHF

Sekarang TB nak share dengan korang tentang Khasiat dan Kelebihan Susu Kambing untuk bayi dan dan semua peringkat umur.. jom baca


Khasiat dan Kelebihan Susu Kambing 

  1. Susu Kambing ni bagus sangat sebab orang kata ia adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu, dan susu kambing ni sesuai sangat bagi menggantikan susu FM untuk bayi-bayi yang tak sesuai dan tak serasi dengan susu FM. 
  2. Susu kambing mudah dihadamkan kerana molekul lemak dan protein yang halus berbanding susu lembu sebab itu jika anak sembelit, cirit birit kerana ciri-ciri susu lembu yang tidak mudah dihadamkan. 
  3. Susu Kambing sesuai untuk semua golongan, pakcik makcik, atuk opah, baby atau sesiapaun pun boleh minum yea.. cuma kena pastikan tahap kesihatan korang dulu macam mana kan..
  4. Sesuai untuk diet kanak-kanak dan dewasa. dan susu kambing juga memudahkan penghadaman kerana ia mengandungi kandungan laktosa rendah dan halus .
  5. Bagi mereka yang ada ulcer dan gastrik pun sangat sesuai minum susu kambing tau..  Sebab dari segi saintifik Susu kambing ni bersifat Zarah halus dan nyah asid serta bersifat alkali yang mana sesuai untuk pesakit penghhidap gastrik amalkan.. 
  6. Bertindak neutral kan acid dalam badan, kerana bersifat alkali, asid penyebab pening, berat badan, sakit badan dan otot, keletihan dan darah tinggi. 
  7. Haa.. bagi yang alah susu tu, korang patut cuba minum susu kambing yang TB nak kenalkan jap lagi ni sebab ia tidak berbau hamis dan tiada lendir seperti susu lembu so yang alah susu takda masalah nak minum ni..
  8. Selenium dalam susu kambing membantu sel pertahanan tubuh dan bahan antioksida untuk lawan virus. haa.. kalau dah tua-tua gini TB pun rasa kesihatan semakin merosot kerana sistem pertahanan badan semakin lemah disebabkan faktor umur.. So, minum susu kambing boleh membantu sel pertahanan tubuh badan kita utnuk menentang virus .
  9. Huhu.. selain tu kan korang, kalau amalkan minum susu kambing ni, ia mempunyai Anti penuaan tau kerana dalam kandungan susu kambing ni ada bioorganic sodium dikenali dengan rawatan naturapathic yang boleh kurangkan masalah sendi. 
  10. Kandungan potassium dan kalsium tinggi serta sodium yang rendah penting untuk kawal tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal
  11. TB suka part ni sebab susu kambing ni mengandungi riboflavin untuk merawat ekzema, colic, insomnia, dan demam kuning serta asma. so susu kambing boleh merawat ekzema, mungkin untuk TB yang ada psoriasis ni pun sesuai sangat kan..  
  12. Kandungan Silicon dan fluorine yang tinggi dapat cegah diabetes
  13. Tidak menyebabkan alahan kerana kandungan asid lemak yang tinggi 37% berbanding lembu 
  14. Tidak mudah berubah khasiat jika disejuk beku 

Haaa.. itu kelebihan susu kambing.. dan sekarang TB nak share pulak tentang kelebihan SUSU KAMBING NUFAEL ni yea..

Untuk maklumat korang semua, SUSU KAMBING NUFAEL berbeza dari susu kambing lain di pasaran.. Selain ia tidak berbau hamis dan sedap, ia juga punya kelebihan kerana mengandungi 7 bahan organik yang menggunakan ekstrak sebenar dari makanan sunnah nabi seperti DELIMA, KURMA, MADU, MINYAK ZAITUN, MANNA & KISMIS serta sumber TENUSU dari SUSU KAMBING itu sendiri untuk setiap kotak.

Susu Kambing Nufael ni juga semestinya  TIADA PEWARNA, GULA TAMBAHAN & PERISA. Sesuai untuk kanak-kanak dari usia 2 tahun sehingga dewasa..

SUSU KAMBING NUFAEL HALAL & KKM?
Susu Kambing Nufael telah diberi status HALAL. dan untuk pengetahuan semua kilang pemprosesan NUFAEL sentiasa dipantau oleh MESTI serta KKM SUCI dan BERSIH.

Disebabkan Susu Kambing Nufael adalah makanan tambahan tanpa kimia atau ubat-ubatan, maka SUSU KAMBING NUFAEL diklasifikasikan oleh KKM sebagai makanan tambahan bukan ubat-ubatan. Pengiktirafan KKM perlu sekiranya ia adalah ubat yang mengandungi bahan kimia.


SUSU KAMBING NUFAEL ni banyak khasiatnya kalau di amalkan oleh kanak-kanak 2 tahun keatas.. Haa.. Harraz boleh minum ni lagi 2 bulan.. hehehe.. Jom tengok apa khasiatnya untuk kanak-kanak .

SESUAI SEBAGAI GANTI SUSU BADAN`
Untuk ibu-ibu yang nak berhenti menyusu anak dan mencari susu yang sesuai sebagai ganti susu ibu, sesuai sangat amalkan Susu Kambing Nufael ni tau.. sebab ia boleh membantu menaikkan selera anak-anak, ia juga membantu untuk sel otak berhubung dan cepat belajar serta fokus dalam sesuatu yang dia sedang kenal dan belajar. Oh ya.. lagi satu.. Kalau minum susu kambing Nufael ni boleh masalah kembung perut dan sembelit dapat dikurangkan .


IBU MENYUSU / MENGANDUNG DAN IBU DALAM TEMPOH BERPANTANG
Untuk Ibu-Ibu Mengandung atau yang tengah menyusu anak mahupun yang sedang berpantang, bagus sangat amalkan susu ni tau.. sebab ia boleh menambah susu badan bagi ibu yang menyusu, boleh stabilkan HB ibu-ibu ketika mengandung, dan pastinya ada yang tahu bahawa susu kambing ni kalau diminum oleh ibu mengandung boleh mengelakkan baby jaundice sekepas lahir. dan bagi ibu berpantang pula.. pastinya akan merasa lega kalau minum susu kambign ni sebab masalah sembelit dapat diatasi.. InsyaAllah.. 


WANITA DAN LELAKI
Haaa.. bagi kita-kita yang dewasa yang saja-saja nak minum ni, bukan saja-saja minum je yea.. mestilah kita nak khasiat disebalik apa yang kita minum / makan kan... So, kalau korang nak tahu SUSU KAMBING NUFAEL ni boleh mencantikkan kulit , mengurangkan masalah insomnia (susah tidur malam) , memberi tenaga extra dan mengurangkan gastrik, angin dan masalah ketidakhadaman perut.


WARGA EMAS 
Haa.. bukan yang muda-muda je sesuai minum SUSU KAMBING NUFAEL  ni yea.. warga emas seperti yang lanjut umur macam makcik-makcik atau tok-tok kita pun boleh minum tau.. Sebab khasiatnya boleh Memberi Kesihatan Tulang, Menambah Selera Makan, Tidak Mudah Lapar, Membantu Penghadaman dan seterusnya Memberi Tenaga Extra juga.. Wah.. bagusnyaa..


Wah.. banyak juga khasiat dan kelebihan minum SUSU KAMBING NUFAEL  ni yea.. bagus sangat diamalkan.. kalau macam tu TB pun nak borong la nanti.. Haa.. kalau korang nak beli jugak.. boleh lah contact mana-mana link kat bawah ni yea.. jangan lupa FOLLOW dan LIKE sekali yea.. support bisnes orang kita.. Bumiputera .. 



Facebook - 

Website - 

Pengedar Rasmi SK NUFAEL - 

Founder FEEDMILK - 

Instagram 

Daftar Sebagai Pengedar - 
Hubungi - 0168404932



27 September 2018

Lazada Shopathon Blogger Contest


Lazada Shopathon Blogger Contest


Wah.. Lazada buat Sale lagi.. Hari tu 9.9.2018, sekarang ni bermula pada hari ini.. 27 September 2018 Lazada buat kali keduanya mengadakan Shopathon Sale lagiii.. Hari ni je tau!! Cepat!! kalau nak shopping dengan happy (sebab ada diskaun terlajak laris). Kena cepatlah kan sebab 1 hari je. Jangan terlepas untuk menikmati diskaun sehingga 90% dari pelbagai jenama wehhh..

Haaa.. macam biasa Lazada selalu buat Contest kalau ada Sale ke apa.. So, TB memang selalunya tak lepaskan peluang.. Untuk Sesi Pertama TB dah terlepas (bermula 1 - 9 September 2018) sempena 9.9 Festival Sale yang secara automatik memberikan voucer RM30 kepada semua blogger yang join contest tu.. 

So, TB nak cuba nasib untuk sesi Kedua ni pulak lah... Mana tau dalam Lazada Shopathon Blogger Contest Session 2 ni ada terselit rezeki untuk Harraz, baby boy kesayangan TB tu.. (eh baby lagi keee).. Haha.. sebab TB kalau join contest Lazada memang tak beli barang sendiri.. Memang niat nak beli untuk Harraz je.. Sebab memang itu sebagai hadiah untuk harraz yang hadir dalam hidup mama dan papa.. ehhh.. ter melalut pulak.. heheh..


Haaa.. Kali ni pulak.. untuk sesi ke 2 Lazada Shopathon Blogger Contest diadakan sempena Shopathon Sale yang berlangsung pada hari iniii.. iaitu 27 September 2018 dan sebenarnya Contest ni dah bermula 21 September sehingga 27 September 2018 tauu. TB je terlambat nak publish awal-awal entri contest ni.. busy sangat sekarang.. internet pun kadang-kadang buat hal..

Oh yaaa.. nak bagi tahu.. kali ini pihak Lazada menawarkan hadiah sehingga RM6450 kepada 30 pemenang. Tu yang TB pun rasa nak join sangat tu.. hehehe.. moga ada rezeki harraz.. Aamiinn.. doakan yea!

Seperti sebelum-sebelum ini, macam biasa peserta perlu menjawab 1 soalan, untuk kedua-dua sesi ni.. dua-dua soalan sama je.. soalannya ialah :

Question : 
Select three of your favorite brands on Lazada and tell us why you love them. The article must contain screenshots of the brands store pages mentioned.

Hehe.. macam biasa.. tepek la gambar yang korang screenshoot dekat website Lazada tu.. tepek gambar apa yang dalam wishlist korang nak beli.. sebab nanti boleh share dengan kawan-kawan apa kelebihan dan apa yang bestnya korang pilih benda tu kan.. Oklah.. TBpilih barang harraz je semuanya.. memang nak beli barang dia je kalau join apa-apa contest.. dah rezeki dia kan.. hope harraz dapatlah habuan dia jugak untuk contest kali ni.. Aamiinn..

Jom tengok apa yang TB nak belikan utnuk harraz dalam website Lazada tu.. 



1. MARSSTAR 1201 Trevi 12 inch Children Bicycle with Caliper Brake (Orange)


Klik Gambar Kalau Nak Terus ke Link Basikal ni.. heheh.. 

Disebabkan Harraz asyiklah tenung-tenung basikal anak sedara masa dekat Taiping ritu.. TB terasa nak belikan dia basikal je.. sebab dia pun nampak macam excited dengan basikal.. siap berapa kali naik sendiri dan try kayuh kayuh walaupun dapat kayuh sikit je baru.. huhuhu.. Tapi rasanya kalau ada depan mata yang dia punya sendiri maunya asyik naik basikal je kerja dia.. hahaha.. Amacam.. lawa tak pilihan TB ni? Basikal ni ada lampu2 dekat tayar dia.. TB beli sebab ikut ketinggian harraz.. risau beli besar-besar nanti dia tak dapat naik rugi pulak kan.. sedangkan kita nak asah keyakinan dia menaiki basikal dari awal.. 

Oh ya.. TB kongsikan jugak carta untuk korang pilihkan basikal yang sesuai dengan ketinggian anak korang.. boleh tengok kat bawah ni ye..



2. Sweet Heart Paris TL614W 3 in 1 Walker-Riding-Stroller Ride on Car (Red)

Klik Gambar Kalau Nak Terus ke Link Basikal ni.. heheh.. 

Haaaa.. gambar kedua ni ialah Walker-Riding-Stroller Ride on Car. Huhuhu.. terbayang-bayang harraz naik kereta kecik ni.. mesti dia suka sangat-sangat.. pun sama juga untuk bina self confident dan guna motorskill juga bila dia dok kerabat-kerabat dan imbang badan tu.. hahahaha.. takde la imbang badan sangat punnn.. sebab tayar 4.. kih3.. apa-apa pun kaler dia tu lawoooo.. i loikeee.. macam biasa.. mama dia pulak over excited pekehal???


3. Sweet Heart Paris TLPOLI Cozy Coupe Ride on Car (Red)

Klik Gambar Kalau Nak Terus ke Link Basikal ni.. heheh.. 

Haa.. yang ni TB baru ternampak tadi.. macam berkenan pulak nak beli .. kalau harraz tengok ni mesti suka kot.. hehehe.. TB nak beli yang preloved hari tu tapi blurr fikir camne nak ambil.. huhu.. postage plak gerenti mahal kan.. so, TB nak beli kat Lazada je lah.. nampak menarik je ni.. kaler pun cantik.. 


4. Rocking Horse


Klik Gambar Kalau Nak Terus ke Link Basikal ni.. heheh.. 

Haaa.. Yang ni pulak.. saja tepek kuda ni jugak.. sebab nanti senang nak tengok balik time nak beli nanti.. huhu.. ni nak cerita pengalaman terbeli rocking elephant.. ku sangkakan besar.. rupanya kecikkkk.. adoi laaa.. kesian harraz .. naik elephant tu dah macam gorila.. dia besar.. elephant tu kecik.. macam sesuai untuk 18 bulan ke bawah je.. huhuhu.. geram pun ada.. harraz naik kaki nya terjuntai .. huwaaa.. so, TB cadang nak jual balik.. condition LIKE NEW tau.. dekat telingan kalau tekan ada music.. tengok lah nanti nak jual kat mana.. 

Oh ya.. lepas tu TB ternampak kuda ni.. hehehehe.. macam terbekenan.. tapi takut nak beli kalau-kalau tersalah beli lagi.. dalam gambar nampak hensem je kuda ni.. sekali yang dapat.. errrr.. bersememeh kudanya.. hahahaha.. opsss.. mintak jauhh... yang ni memang dalam wishlist TB gak sebab ada sangkut paut dengan self confident and mood happy harraz..

Haaa.. itulah dia barang special yang TB nak sambar di  Shopathon Sale? ni.. heee.. korang pulak? nak beli apa?? cepattt shopping .. lupa pulak.. kalau korang shopping melalui aplikasi Lazada lagi power weiii.. kadang ada diskaun lain yang menanti.. hehehe.. tak caya?? cer download aplikasi lazada tengok! 



24 September 2018

SHOPPING DI ALTHEA LAGI!!


SHOPPING DI ALTHEA LAGI!!! 


Haiii.. Hehehehe.. TB tak sabar sebenarnya nak share tentang shopping TB di Althea baru-baru ni.. hehehe.. Sebab kali ni TB shopping alat makeup pulak.. bukan skincare lagi.. Kali ni TB guna rewards point pulak tau.. Barang-barang yang TB pilih kali ni snagat-sangat cute.. hehehe... Nak tengok? meh tengok apa yang TB dah beli di website myalthea.kr




Taraaa.. ini dia box Althea yang terbaru TB inboxing hari tu.. TB shopping guna Reward Points (worth USD30) yang Althea credit kan ke akaun Althea TB As part of Althea Angels Welcome Gift, Thank you Althea! dan kalau korang nak tahu. item2 yang TB beli kalinya berharga lebih kurang rm100 ++ je tau untuk 4 barang ni.. iaitu : . . 1.) Peach Picth Moisture Cover Cushion 2.) Lovely Cookie Blusher - Sooo cute kan! 3.) Petal Velvet Powder - TB beli 2!!! . . Kalau korang geram tengok produk dari @altheakorea ni.. TB lagi lah geram.. comey sangatt.. murah pulak tu.. korang nak shopping macam ni gak? boleh le layari www.althea.kr kat situ banyak giler barangan KBeauty yang mampu milik dan besttt sangatt..rambang mata kalau singgah website Althea .. . . jom terjah @altheakorea #altheaangels #altheaangel #altheamalaysia #altheakorea #kbeauty #altheahaul #unboxing
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on




Yang ni TB memang dah lama aim sangat sebab ini adalah new baby Althea yang kedua, sebelum ni Althea Bare Assential dan Althea Petal Velvet Powder ni pulak menyusul lepas tu.. geram tengok tau.. hehehe.. So, TB grab jugak Petal Velvet Powder ni.. TB ambil kod Color #23 (Warm Beige) , dan paling best ia tak mahal.. murah je.. hanya berharga RM16.00 so, TB order 2 sekali terus sebab terjatuh cinta dengan color pakackging dia yang nampak soft tu.. logo Althea atas penutup tu pun awesome sangat.. so.. beli dua jadilah RM32.00 .. hehehe.. murah kan?..

Nak order jugak?
Klik sini --> https://goo.gl/w1rkmY




Lagi.. TB ambil Blusher yang cute mute ni haaa.. gerammmm.. hahahaha.. tengok gambar pun rasa nak makan.. opsss.. Lovely Cookie Blusher (7.2g) namanya.. dan kod yang TB pilih ialah kod ColorPeach Chous Wafers .. harganya pulak RM26.00 sahajaaaa..

Nak tengok video tentang produk ni?
Klik sini ---> https://www.youtube.com/watch?v=6-cNqx44h7U


Haa.. satu lagi yang comel jugakkkk.. adoii.. boleh sasau kalau singgah website Althea ni.. sebab packaging produknya comel2 belaka.. haaa.. ni dia koleksi coshion yang TB ambil kali ni.. ini cushion yang ke 4 kalau tak silap TB.. hehehehe.. Cushion comel ni namanya Peach-Pitch Moisture Cover Cushion (13g) Kod Color yang TB ambil ialah #23 macam medium je rasa TB ambil hari tu.. harganya.. hanyalah RM60.00 jewwww... 

Total semua barang yang TB order ni RM118.00 sahaja.. Shipping & Handling RM0.00 (free ajeee) best tak? hehehe.. Tapi shopping kali ni TB guna Reward Points RM118.00 yang TB dapat hari tu sempena hadiah alu-aluan sebagai Althea Angels Community.. Thank You Althea.. 

Nak tengok video tentang produk ni?
klik sini --> https://www.youtube.com/watch?v=jdnbLVx8RjM


Maklumat lanjut boleh ke web Althea 
Althea Korea's Malaysia Website: 

Instagram: 



16 September 2018

Resepi Ayam Bakar Ala-Ala KENNY ROGERS


Resepi Ayam Bakar Ala-Ala KENNY ROGERS

Alamakkk.. Bila hubby share Resepi kat wall dia.. teman dah terfikir dia nak makan tu la gamaknya.. huhuhu.. Selalu hubby memang akan share dulu resepi kat wall dia pastu abru kerja-kerja try resepi pun bermula.. huhuhu.. Bahan-bahan pun TB tengok macam mudha dicari je.. dan cara-cara pun alahai senang aje.. (cecececeeee....) Takpe.. TB tepek dulu resepi kat sini.. takut nanti hubby pi delete pulak post tu.. huhuhu.. haaa.. nanti dia sebut je.. teman tengok balik resepi ni.. hahahaha.. nasib laaa.. tak pernah masak ayam seketul besar macam ni.. Terpaksa la tengok resepi yeeeee.. haha.. Jom tengok resepi mudah ni.. kot korang pun nak try mana tauuu..

  • 1  ekor ayam(cuci bersih)
  • 2  labu bawang besar
  • 7  ulas bawang putih
  • 2  inci halia
  • 2  sudu besar pati Oren sunquick(yang dalam botol tu)
  • 1  senduk sos blackpaper aka sos lada hitam
  • 3  sudu besar majerin (cairkan atas api)
  • 1  biji ubi kentang (rebus empuk)
  • 1  ketul kiub pati ayam
  • 1  sudu kecil garam
  • 2  sudu besar gula pasir

Kentang, brokoli, tomato cerry tu optional la. Tak nak letak pon tak apa, ayam tetap sedap dan nyum2. Semua bahan-bahan ni blend dengan sedikit air (suku cawan air je)


Dah kisar semua....perapkan dengan ayam. Perap 2jam sebelum bakar.. lagi lama perap lagi sedap.


Bakar suhu 200° 45 minit sampai masak...

Api atas bawah. Ikut pada oven masing2 la yea. Kalau suka crunchy diluar lembut juicy didalam letak suhu tinggi.

MasyaAllah.. bila TB tengok hasilnya kat gambar paling atas tu.. terliur benar weh.. harap satu hari nanti dapat la buat ayam bolat seketul macam ni.. hahaha.. 


Kredit gambar dan Resepi :
Cik Pooja




Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers