Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

05 Mac 2019

Berpantang Dalam Banjir - 22.12.2016


Berpantang Dalam Banjir - 22.12.2016


Allah.. tengah nak cari gambar lain.. terjumpa pulak gambar ni.. huhu.. Gambar banjir dekat rumah abah 2 tahun lepas..hehehe.. masa ni TB tengah berpantang, hari ke 22 masa tu.. Harraz lahir 30.11.2016, so, selepas 2 minggu lebih dalam pantang jugak la TB masa tu.. Masa ni jugak adalah tarikh sahabat TB blogger Syamimi Saad lahirkan baby boy nya Muhammad Zhareef. Huhu.. sebab tu TB ingat tarikh ni.. hahaha.. untung zhareef auntie TB ingat tarikh besday awak kann..

Masa tu TB ada dirumah abah dengan adik lelaki, kakak dan mak. Hujan turun dengan lebat sangat masa tu, dah la lebat.. lama pulak tu.. Tapi kami tak pulak sangka yang hujan tu boleh sebabkan banjir walaupun dulu memang selalu banjir kat area rumah kami tu sebab rumah kami dekat dengan sungai..

Dan banjir tu dah lama tak berlaku sejak dah ada longkang dekat pihak MBI buat masa tu.. kira dah berbelas tahun gak la tak banjir dah kan.. tiba pulak time TB dalam pantang pulak banjir mai.. haha.. dugaan betul..


CRESTAR - PENGEDAR TUNGGAL KIPAS SILING YANG BERKUALITI DAN REKABENTUK MENARIK


CRESTAR - PENGEDAR TUNGGAL KIPAS SILING
YANG BERKUALITI DAN REKABENTUK MENARIK


Kipas Siling adalah kaedah yang sangat popular dan berpatutan untuk memastikan rumah kita tetap sejuk dan selesa di dalam panas yang terik. Tetapi bukan mudah untuk mencari Kipas Siling yang mempunyai reka bentuk yang cantik dan bergaya dismaping mempunyai prestasi yang luar biasa kan. Kadang terbeli kipas yang nampak canti tetapi mempunyai masalah pulak bial dah guna lama.

Mungkin masalah yang paling biasa yang kita hadapi dengan kipas siling adalah dari masa ke masa ia mula "goyang" semasa berpusing. Ini biasanya disebabkan oleh berat bilah yang tidak betul-betul dipadankan, dan kemudian dari masa ke masa, kesan ketidakseimbangan ini mula menyebabkan kipas siling menjadi goyang. Semakin cepat kipas siling tu berputar, semakin goyang dan kadang berbunyi bising.

Haa.. Nak tahu tak nape kadang dia bunyi bising? Ia sebenarnya disebabkan skru yang longgar pada Kiaps Siling tu. Kipas siling diperbuat daripada bahagian berlainan yang disusun menggunakan skru. Walaupun kipas sedang berjalan, ia menghasilkan getaran kecil yang melonggarkan beberapa skru tersebut. Kita boleh mengesan skru longgar melalui bunyi yang bising dengan kipas yang bergoyang. Hanya gunakan pemutar skru untuk ketatkan skru kipas dengan plat siling. Pastu jangan lupa letak minyak sikit yea..

Seperti yang kita tahu setiap kipas siling direka untuk melakukan perkara-perkara asas yang sama, tetapi tidak ada pengganti kipas siling berkualiti tinggi yang sesuai dengan saiz dan hiasan bilik. Walaupun Kipas Siling boleh dipasang di hampir mana-mana bilik, kita sepatutnya harus bermula dengan melabur di bilik yang paling banyak kita gunakan dan seharusnya membeli kipas yang direka untuk kegunaan berat / heavy duty. Almaklumlah.. cuaca tengah panas sekarang ni kan.. maunya kena pasang kipas 24 jam.. Tapi seperti yang kita tahu.. ada jenis-jenis kipas siling yang tak boleh pakai lama sangat, nanti panas dan boleh jadi rosak..

Haaa.. Tapi ni TB nak share denga korang tentang kipas siling yang cantik, tough dan tahan lama ni. Nampak kukuh je TB tengok design-design dia.. Nampak elegan juga kalau diletakkan di atas siling ruang tempat kita selalu bersantai depan TV, dekat tempat meja makan, dekat ruang hall tempat berehat dan menerima tetamu.. Pastinya korang teruja tengok design-design dari CRESTAR ni.. jom baca serba sedikit info tentang CRESTAR ni ye..



INFO TENTANG CRESTAR 

Ditubuhkan pada tahun 2004, Crestar Enterprise dengan cepat memperoleh reputasi yang kukuh dalam industri elektrik Singapura dan di kalangan pelanggannya. Firma itu menjadi Crestar Enterprise Pte Ltd pada bulan Oktober 2009.

Crestar Enterprise Pte Ltd telah berkembang menjadi salah satu peneraju pasaran terkemuka di perdagangan kipas siling Singapura sejak penubuhannya pada tahun 2004.

Syarikat ini merupakan pengedar tunggal untuk kipas siling , yang menawarkan pelbagai reka bentuk kipas siling berbeza dan ergonomik dan aksesori berkaitan kualiti, termasuk pengawal selia, pencahayaan dan lekapan lain yang berkaitan.



Semua kipas siling Crestar kini dilengkapi sepenuhnya dengan versi terbaru 188/153 Alumi Motor TM. Melalui dedikasi kepada penyelidikan dan pembangunan, Crestar Enterprise Pte Ltd memperkenalkan 2014 model premium baru pereka kipas siling, termasuk Siri Icol, Skylite Series dan Rainlite Series. Siri 2014 Rainlite / Skylite kini dilengkapi dengan alat kawalan jauh 6 kelajuan / Remote Control dan pelbagai fungsi terlebih dahulu untuk kegunaan maksimum.

Senangnya kalau ada remote kan, kalau tengah lena tidur, terasa sejuk sangat tak perlu bangun nak tutup kipas, just tekan je remote control tu kan.. boleh sambung tidur balik.. hehehe

Haa.. lupa nak cerita, kalau korang nak tahu CRESTAR ni pernah mendapat Awards Super Singapore Brands 2011, dan Home + Living Magazine Luxurious Award 2013 & more coming soon!

Jom tengok gambar-gambar bawah ni untuk beri inspirasi buat korang yang mencari kipas siling terbaik dan berkualiti ..

 






Haaa.. apa lagi korang.. dah jumpa kan Kipas Siling yang tough, design cantik, tahan lama macam yang korang nak? Jom tambahkan keanggunan dan gaya di rumah anda dengan kipas siling bergaya Crestar!


Source: 
home-designing

REVIEW SELEPAS SEBULAN PAKAI HANSAEGEE NATURE S+ RECOVER GOLD NANO CC CREAM


REVIEW SELEPAS SEBULAN PAKAI HANSAEGEE NATURE S+ RECOVER GOLD NANO CC CREAM


Yeah! Disebabkan TB dah memang jatuh cinta dengan Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni.. So, TB up lagi satu entri tentang produk dari Hansaegee Nature yang sangat HOT ni.. Haha.. Ini bukan TB saja-saja nak bodek ke apa ye.. Tapi secara jujurnya TB memang suka sangat cc cream ni.. dan InsyaAllah.. akan terus guna CC Cream ni kot sebab dia memang serasi dengan kulit TB. Yang penting.. Mudah sangat nak guna, mudah sangat kulit glowing, mudah sangat cantikkan wajah.. tak perlu nak ber makeup lebih-lebih nak cover itu ini dah.. hanya sapu cc cream ni je dah nampak awesome! 

Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream  

Oklah.. sebelum TB share pengalaman selepas sebulan TB menggunakan Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni, meh TB perkenalkan dulu serba sedikit tentang Hansaegee Nature ni.. Hansaegee Nature ni adalah skincare brand, product originally made in Korea yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2011 ,

dan kalau korang nak tahu Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream merupakan salah satu produk mereka yang HOT sangat dimana ramai memberikan feedback dan review positif.. Sampailah TB pun teruja sangat nak cuba tau! Produk ni sudah berada di pasaran lebih dari 5 tahun tau! 


Oh ya.. Dalam entri yang lepas iaitu YANG INI TB ada cerita pasal Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni dah tukar packaging baru sempena 2019 kan? haaa.. ni TB share lak gambar-gambar cc cream packaging baru tu.. Nampak wow kan! Packaging tetap Gold tetapi dah upgrade isi kandungannya dari 30ml kepada 50ml, manakala SPF 30 PA ++ dah di upgrade jadi SPF 50 + PA+++ .. wahh.. cayalah kan! Tekstur dia pulak masih sama dengan yang sebelumnya.. Aduh! TB geram tengok tau.. 


New Packaging yang Nampak Mahal Gituuu.. 


Tema Gold tu masih tetap ada.. hehehe


Didatangkan dengan Penutup Jenis Twist Lock untuk memastikan cc cream tidak mudah bocor atau tumpah.. 


Mudah sangat nak guna, just pulas 
penutup botol ni dan picit ikut penggunaan ..


Nampak beza kan.. 
Tu Baru sapu, Nanti lama2 dia akan ikut tona warna kulit kita.. 



Teruja .. Lepas guna sebulan, muka nampak glowing je.. 


Kulit nampak rata, 
wrinkle berkurangan.. best sangat!


Memang teruja kot tengok sebab tekstur Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream  dari Hansaegee Nature ni bewarna putih tetapi bila disapu pada wajah, nampak rata yang amat sangat.. kulit nampak gebu dan glowing. Ada pulak tu yang jenis suka makeup simple macam TB ni, hanya pakai Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream  tanpa bedak-bedak lain dah.. muka nampak macam berseri je tau.. Inilah yang paling TB suka tau!

Haa.. sebelum tu meh tengok Video TB unboxing hari tu.. heee..



Yang lama dah hampir nak habis, so.. cepat-cepat order untuk standby..
Kali ni order-order terus dapat packaging baru tu.. hehe.. 


Haaa.. yang ni packaging lama.. gold jugak gitu.. 


REVIEW SELEPAS SEBULAN PAKAI HANSAEGEE NATURE S+ RECOVER GOLD NANO CC CREAM

TB ada parut jerawat dan ada tanda jeragat di pipi ni tapi TB rasa lega sebab Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream boleh cover tanda-tanda yang kurang menyenangkan tu.. Walaupun tekstur cream ni nampak warna putih tapi sebenarnya bila pakai elok je rata dan tak bercapuk, sebab ia mampu blend dengan warna kulit TB dan buat wajah TB segar, glowing dan berseri..  senang meresap dalam kulit, tak berminyak.. 

Untuk TB yang sejenis yang tak suka makeup tebal bila keluar.. haaa.. Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream sangat sesuai dengan TB, calit-calit.. ratakan, dah siap.. Selain nampak kulit cantik semulajadi, kulit TB juga dilindungi dari Sinaran UV yang berlebihan sebab Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni mengandungi spf 50+ PA+++ tauu.. So, kalau korang pun teruja nak cuba Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni, bolehlah layari  Website Hansaegee Nature . 


Klik Video atas ni kalau nak tengok cara TB guna dan hasilnya.. 

So, Berminat nak order? boleh lah ke link-link dibawah ni ye.. 


Hansaegee Nature 

Website:

IG page: 

FB page: 

Youtube page: 







04 Mac 2019

HADIAH YANG MEMPUNYAI SENTIMENTAL VALUE DARI PRINTCIOUS.COM


HADIAH YANG MEMPUNYAI
SENTIMENTAL VALUE
DARI PRINTCIOUS.COM


Petang-petang begini TB nak bercerita tentang satu website yang sangat TB suka sebab di website ini TB boleh memilih dan mereka design mengikut idea dari TB sendiri dan yang paling best semuanya hanya dihujung jari.. klik-klik je dah siap design.. then terus checkout, bayar.. then tunggu barang sampai.. mudah kan! haaa.. kalau nak tahu website itu ialah Printcious.com .

"Precious Gifts From Your Heart" yang bermaksud Hadiah Berharga Dari Hati Anda .. TB suka tema ni.. sebab tanyalah mana-mana orang pun, pastinya ramai yang sukakan hadiah yang boleh menjadi kenangan sampai bila-bila.. 

Selalunya kita tak tahu nak bagi apa dekat orang tersayang kita betul tak? Kalau boleh kita nak lah Hadiah yang kita beri nanti jadi hadiah yang akan menggamit kenangan sampai bila-bila buat diorang betul tak..  Haa.. satu je caranya untuk jadikan sesuatu hadiah tu ada sentimental value tak kira berapa lama digunakan.. iaitu hadiah yang kita design sendiri dan menyimpan memori antara kita dan yang tersayang.. betul tak? Haa.. nak tau kat mana boleh design sendiri ikut citarasa korang?



Jeng Jeng Jeng bagi korang yang belum tahu tu, korang boleh design sendiri hadiah dan barangan peribadi mengikut citarasa korang hanya di Printcious! dekat situ banyak giler design cantik-cantik korang boleh pilih utnuk design sendiri barangan korang.. Nak custom design sendiri pun boleh tau! just upload design korang punya sendiri..

Sempena Hari-Hari Bahagia korang iaitu Hari Anniversary yang disambut tiap-tiap tahun perlulah ada kelainan dan menyimpan seribu kenangan dengan hadiah yang di customize special untuk buah hati tersayang.. betul tak? heee.. Jom tengok kat sini bagi siapa-siapa yang nak customize design untuk hadiah orang tersayang .. https://www.printcious.com/my/gifts/occasions/engagement , ada pelbagai pilihan yang korang boleh pilih untuk dihadiahkan kepada si dia.. Antaranya T.shirt, Mug, Cushion, Throw Pillow dan macam-macam lagi tau! klik je link atas ni yea! dan terus order tau! ha2..


Design Sendiri Hadiah di Printcious 
Hanya perlu layari web Printcious kita dah boleh memilih sendiri hadiah mengikut kategori jantina si penerima dan occassion tertentu. Yelah selama ni kan pening nak pilih hadiah untuk lelaki, hadiah untuk perempuan, hadiah untuk suami la, hadiah untuk isteri la.

Oh ya.. kalau korang nak tahu selain menyenangkan kerja kita memilih hadiah berdasarkan penerima, kita juga dapat customize hadiah berdasarkan occassion tertentu. Contohnya seperti hadiah konvokesyen, birthday ke, wedding ke, untuk baby baru born ke, dan macam-macam sambutan lagi. Tak salahkan sesekali meraikan hari istimewa mereka yang kita sayang.

Oh ya.. Emak TB dah banyak kali minta TB buatkan Throw Pillow untuknya, TB je tiada masa nak edit-edit gambar untuk letak pada throw pillow tu.. Tapi bila fikir balik tanggu-tangguh nanti terlupa, so TB pun edit hari ni juga.. kalau nak tengok macam mana design TB tu, boleh tengok gambar seterusnya ya.. Kalau nak tengok throw pillow yang dah siap.. haaa.. tunggu barang sampai dululah yea.. hehehe.. 

Jom manjakan orang-orang yang korang sayangi pada hari-hari istimewa mereka dengan Printcious memandangkan semakin banyak hadiah baru untuk majlis-majlis khas dari Printcious.. Malah, printcious juga menyediakan perkhidmatan percetakan hadiah korporat untuk acara tertentu. 

Antara List Cadangan Hadiah Yang Korang Boleh Pilih di Printcious :
- Design T-shirt sebagai hadiah 
- Design Puzzle Gambar sebagai hadiah 
- Design Mug sebagai hadiah 
- Design PU Leather sebagai hadiah 
- Design Baby Rompers sebagai hadiah 
- Design Keychain sebagai hadiah 
- Design Phone Case sebagai hadiah 
- Design Cushion sebagai hadiah
- Design Graduation Gift
- Design Untuk Gift For Him / Gift For Her

Design Barangan Peribadi di Printcious 
Printcious ni yang bestnya, korang boleh design dan hadiahkan kepada yang tersayang dan yang best jugak kita pun boleh je belikan something untuk diri kita sendiri sebagai kenangan dimana hasil karya design kita tu tertepek pada hadiah yang kita design di Printcious ni.. haa.. Semua barang-barang peribadi tu kan boleh customize sendiri ikut citarasa kita. Paling penting.....tiada minimum order. dan lain daripada yang lain.. orang lain mesti tak jumpa yang macam kita design ni kat luar sana.. percayalah! 

Cara Membuat Pembelian di Printcious

1. Login akaun
2. Pilih Product
3. Muat naik gambar / design
4. Tambah text
5. Order
             
6. Tunggu Barang Sampai horray!

-------------------------------------------------------------------------------------

jom Tengok STEP BY STEP Cara Nak Order!


01. Login Akaun
First sekali kena ada akaun Printcious. Caranya daftar PERCUMA aje.. Kalau belum ada akaun Printcious senang aje, korang boleh sign up terus dekat situ menggunakan akaun facebook korang. Tak susah pun.. klik klik aje dah jadi member.. hehehe.. kalau takda facebook pun boleh, sign up macam biasa je..



Lepas tu kena isi detail korang dekat ruangan kosong berkenaan untuk lengkapkan dashboard profail korang.. Elok isi terus Alamat korang sebab nanti masa nak shopping tak perlu nak isi dah, terus checkout je.. kan mudah! 



Yang ni yang korang boleh pilih untuk apa-apa occasions atau untuk tujuan apa gift tu.. 



02. Pilih Product 
Klik aje mana-mana produk yang korang nak beli di CUSTOM GIFTS ni. Kat sini terdapat bermacam-macam kategori untuk korang memilih. Semua ada depan mata .. Kadang sekali tengok je kita dah tahu apa kita nak cari sebenarnya.. hehe.. TB geram bantal tu.. grrrr....





3. Muat naik gambar / design + 
Kalau dah ada gambar atau design yang dah sedia ada, bolehlah upload terus je. Tambah text kalau nak. Ikutlah kreativiti masing-masing.



Bahagian Depan 


Bahagian Belakang


4. Tambah text
kot la korang nak tambah ayat-ayat dan madah-madah untuk tersayang.. boleh je tambah.. 


 5. Order 
Kalau rasa dah puas hati dengan design, maka teruslah 'Add to Cart' dan bayar tanpa ragu-ragu. Yang bestnya dengan Printcious ni, mereka murah dengan promosi, jangan sia-siakan coupon promosi yang diberi ok. Haha.



Pembayaran boleh dilakukan melalui mana-mana bank yang tersenarai dibawah :




6. Selesai !

Ok dah siap, senang je kan! Sekarang masa untuk tunggu barang sampai ke tangan korang aje.. Oh, ya.. Printcious menggunakan perkhidmatan kurier Skynet, Pos Laju & Ninja Van untuk menghantar barang-barang supaya sampai dengan cepat dan selamat.

Ha.. berminat tak nak shopping dan design sendiri hadiah kesayangan korang untuk dijadikan hadiah istimewa orang tersayang?? kalau berminat boleh lah singgah dan terjah link-link dibawah ni yea.. jangan lupa follow dan LIKE ok.. ta ta ta....

If you are looking for best  button batch for college , don’t forget to contact them. Or if you have any upcoming event and would like to impress your guest, photo booth rental is your best choice.”



Pssttt.. alang-alang dah order.. TB order ni sekali.. hihi.. Mouse Pad.. Comel takk


Jom Tengok Video cara nak Customise Hadiah korang di 
Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart



“Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”, “gift for husband”, “birthday gifts”, “surprise gift”,” gift for him”,” diy gift”

If you are looking for best gift, don’t forget to contact them.

Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, printcious.com is your best entertainment.





Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers