Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

06 Mac 2019

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR


nama-nama dinosaur

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe.. 


Nama-nama Dinosaur


Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi.. 

Nama-nama Dinosaur


So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha.. 

Nama Dinosaur Beserta Gambar 


Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil Brontosaurus tau..

Nama-nama Dinosaur


Tapi sebenarnya spesis Dinosaur yang TB suka tengok ialah T-Rex sebab ganas je rupa dia kan.. haha.. Ok lah.. bagi sesiapa yang belum kenal apa itu Dinosaur, mari TB kongsikan sedikit info tentang Dinosaur ni.. Jom baca sama-sama yea..

Dinosaur adalah haiwan kuno yang hidup di Bumi berjuta-juta tahun yang lalu. Walaupun semua jenis Dinosaur telah pupus, namun bentuknya dapat dikenal pasti melalui fosil yang dijumpai oleh saintis. Terdapat banyak jenis Dinosaur yang diketahui hari ini.

Secara umum, definisi Dinosaur adalah sekumpulan haiwan purba dan prasejarah dari spesis Dinosaur. Sejarah Dinosaur mula-mula muncul dalam tempoh Triassic, yang sekitar 230 juta tahun dahulu. Mereka hidup dalam tempoh Jurassic sehingga tempoh Cretaceous, iaitu 65 juta tahun yang lalu.

Dianggarkan bahawa sebab kepupusan Dinosaur adalah disebabkan kepupusan Paleogene sebelum zaman Mesozoik. Menurut saintis, fosil Dinosaur menunjukkan bahawa dinosaurus theropod juga berkembang menjadi spesies burung setakat ini.

Kemudian berapa jenis Dinosaur yang ada? Rupa-rupanya terdapat banyak, bahkan para saintis berpendapat terdapat 500 generasi Dinosaur yang berbeza dengan lebih daripada 1000 spesies yang beragam. Banyak Dinosaur herbivora tetapi juga karnivor seperti T-Rex atau Raptor.

Antara jenis Dinosaur terdapat juga bipedal (berkaki dua), walaupun kebanyakannya adalah empat kali ganda (empat kali bertali). Terdapat juga jenis Dinosaur air dan Dinosaur terbang. Saiz Dinosaur juga berbeza-beza, ada yang besar sehingga 10 meter, tetapi juga ada yang sangat kecil, walaupun saiznya sama dengan manusia.

Kehadiran Dinosaur menjadi semakin terkenal kerana wujudnya filem-filem mengenai Dinosaur seperti Jurassic Park, Dunia Jurassic, filem kartun The Land Before Time dan lain-lain. 


Berikut adalah senarai nama-nama jenis Dinosaur yang paling dikenali di zaman prasejarah bersama-sama dengan gambar dan imej.


nama-nama dinosaur

1. Tyronnosaurus Rex

Tyronnosaurus Rex, atau disingkat T-Rex, boleh menjadi jenis Dinosaur yang paling popular, terima kasih terutama kepada pengaruh filem-filem Hollywood mengenai Dinosaur. Haiwan ini menjadi karnivora terestrial terbesar dalam sejarah. T-Rex juga dikenali sebagai pemangsa ganas dengan gigitan paling tajam di kalangan haiwan kuno.

nama-nama dinosaur

2. Brontosaurus / Apatosaurus

Brontosaurus adalah satu jenis Dinosaur. Jenis asal dipanggil Apatosaurus, tetapi ia sering dipanggil Brontosaurus. Jenis Dinosaur ini mempunyai leher panjang dan badannya boleh mencapai 26 meter dan beratnya 32 tan. Habitat Brontosaurus terletak di tepi tasik dan hutan dan termasuk herbivora.

nama-nama dinosaur

3. Triceratops

Triceratops adalah salah satu Dinosaur yang terkenal dan biasanya dipanggil Tritop. Ini adalah jenis Dinosaur bertanduk tiga dengan tubuh yang besar. Tanduk juga boleh berfungsi sebagai serangan atau pertahanan dari musuh. Panjangnya boleh mencapai 9 meter, dengan ketinggian 3.8 meter, manakala beratnya mencapai 6.8 tan.
nama-nama dinosaur

4. Velociraptor

Velociraptor, atau biasanya disingkat Raptor, adalah sejenis Dinosaur pemangsa yang serupa dengan T-Rex, hanya dalam saiz yang lebih kecil. Velociraptor biasanya hidup dalam kumpulan dan diklasifikasikan sebagai sejenis Dinosaur pintar. Mereka menjadi mangsa menggunakan strategi pengalihan.
nama-nama dinosaur

5. Flying Pterodactyl

Pterodactyl atau yang biasa dipanggil Pterosaurus dan Pterodactylus, bermaksud kadal bersayap. Secara teknis Pterodactyl bukanlah jenis Dinosaur, tetapi kerana ia hidup semasa Dinosaur, Pterodactyl sering dikategorikan sebagai Dinosaur. Pterosaur adalah vertebrata terawal yang diketahui mempunyai kebolehan penerbangan yang kuat.

nama-nama dinosaur

6. Compsognathus

Compsognathus adalah salah satu daripada pelbagai Dinosaur saiz kecil. Malah saiznya hanya mencapai 60 cm atau saiz ayam, jadi Compsognathus dianggap sebagai jenis Dinosaur terkecil di dunia. Mereka hidup dalam kumpulan dan serupa dengan Tyronnasaurus Rex atau Velociraptor.

nama-nama dinosaur

7. Spinosaurus

Salah satu jenis Dinosaur terbesar di dunia sepanjang sejarah ialah Spinosaurus. Spinosaurus adalah theropod gergasi yang boleh tumbuh sehingga 15 meter tinggi dengan kira-kira 5 meter dan berat 7.6 tan. Panjang tengkorak Spinosaurus ialah 1.75 m dengan seratus lurus gigi tajam sekitar 17 cm panjang.

nama-nama dinosaur

8. Ankylosaurus

Ankylosaurus adalah salah satu jenis Dinosaur dengan badan panjang 9 meter. Walaupun berat badan Ankylosaurus boleh mencapai sehingga 9 tan. Dinosaur ini mempunyai kulit keras yang keras sebagai perisai pertahanan. Di ekor, ada bola batu dengan berat kira-kira 5 kg sebagai alat untuk menyerang lawan anda.

nama-nama dinosaur

9. Megalosaurus

Megalosaurus dianggap sebagai salah satu jenis dinosaurus yang pertama ditemukan. Dinosaurus jenis ini merupakan dinosaurus terbesar pada zaman pertengahan jurasik. Ukuran Megalosaurus bisa tumbuh hingga mencapai 9 meter sedangkan tingginya mencapai 3 sampai 4 meter dengan berat sekitar 3,5 ton.

nama-nama dinosaur

10. Stegosaurus

Stegosaurus menjadi salah satu bentuk dinosaurus yang paling mudah diidentifikasi. Hal ini karena ciri-ciri dinosaurus ini yang mudah dikenali, yakni kedua baris sisik yang saling silang yang ada di punggung serta 2 pasang duri panjang yang ada di ekor Stegosaurus.



nama-nama dinosaur

Giganotosaurus Carolinii


nama-nama dinosaur

Hadrosaurus



nama-nama dinosaur

Utahraptor



nama-nama dinosaur

Allosaurus



nama-nama dinosaur

Liopleurodon



nama-nama dinosaur

Suchomimus



nama-nama dinosaur

Archaeopteryx



nama-nama dinosaur

Parasaurolophus



nama-nama dinosaur

Brachiosaurus



nama-nama dinosaur

Ultrasauros



nama-nama dinosaur

Seismosaurus


nama-nama dinosaur

Mamenchisaurus



nama-nama dinosaur

Carcharadontosaurus



nama-nama dinosaur

Ornitholestes




nama-nama dinosaur

Diplodocus

Haa.. demikianlah daftar jenis dan nama nama dinosaurus yang paling terkenal lengkap beserta foto dan gambar dinosaurus. Contoh jenis nama dinosaurus yang paling orang kenal adalah Brontosaurus, Tyrannasaurus Rex, Velociraptor, Triceratops dan lain-lain sebab selalu dijadikan watak dalam filem-filem Box Office seperti Jurassic Park dan lain-lain. 



05 Mac 2019

RESEPI BISKUT NUTELLA POD YANG SEDAP & MUDAH!


RESEPI BISKUT NUTELLA POD
YANG SEDAP & MUDAH!


Haaa.. mentang-mentang orang dah mula dok kecoh-kecoh ganti puasa sebab nak standby untuk Ramadhan ni, TB pulak kumpul resepi konon nak buat kuih raya tahun ni.. haha.. jadi ke tidak entah.. tengoklah kewangan camno kan.. tak pun main kuih tunjuk ajo lah.. kih3..

Ni ada resepi best yang pernah viral dulu.. TB terasa nak try sebab tau emsti sedap.. guna NUtella kot.. mau tak sedap.. hahaha.. comel lak tu rupa dia kan! jom jenguk-jenguk resepi dia.. senang ke tidak.. hehehe




RESEPI BISKUT NUTELLA POD 

1/2 cwn marjerin 
3sb gula halus
1sk esen vanila
👆kacau je sampai sebati

1biji telur kuning
👆masukkan dan kacau sebati

1 1/2 cwn tpg gandum
1/2 sk baking soda
1/2 sk baking powder
1 sb tpg beras (nak bagi rangup)
👆ayak dan masuk kacau dalam adunan atas

1sb Serbuk badam
👆uli sebati

Bulat2kan doh dan tekan tengah dia.. Nak senang masuk dalam acuan shell tart tu..
Bakar suhu 160 30min
Dah siap pipe nutella pastu hiaskan


Kredit: 
fb nor hidayah russlan




RESEPI AIR ASAM TOMATO SIMPLE DAN MUDAH!


Resepi Air Asam Tomato Simple dan Mudah!

Hai.. benda yang mudah selalunya nampak je mudah.. bila buat, rasa tak lah sesedap macam orang lain buat.. haaa.. tau sebab apa.. sebab bahan tak cukup.. haaa.. tu TB nak tepek dulu resepi ni kat sini.. tak nak dah kurang barang.. haha.. lari rasa dia.. even buat masak apa pun.. bahan jangan kurang, nanti tak berapa feel rasa sedap dia.. hee.. jom tengok bahan-bahan untuk buat Air Asam Tomato Simple dan Mudah ni.. 

Bahan-Bahan :
2 sudu besar belacan bakar - dilarutkan bersama sedikit air dan sedikit cuka
1/2 cawan air asam pekat
4-5 biji tomato - dihiris nipis
2-3 ulas bawang besar - dihiris nipis 
4-5 biji cilipadi - dihiris nipis
3-4 biji cili merah - dihiris nipis
3-4 biji cili hijau (cili muda) - dihiris nipis

Cara :
Larutkan belacan bakar dengan sedikit air dan sedikit cuka. Biar sehingga betul betul larut. Masukkan cili padi yang dipotong. Picit-picit atau tekan sedikit cilipadi dengan sudu untuk keluarkan rasa pedas.

Campur cili merah, cili hijau, bawang besar, tomato, dan air asam. Masukkan campuran belacan dan cilipadi tadi. Gaul rata. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.

gambar :
saji.my

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Mudah dan Sedap!



Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal
Mudah dan Sedap!


Ini antara menu yang simple yang boleh kita cuba.. TB nak buat menu ni nanti di bulan ramadhan sebab bahan dia tak banyak dan mudah nak dapatkan.. Ikan Cencaru Sumbat Sambal ni kalau kena gaya masak mau terangkat bila makan.. huhu.. TB guna pemanggang Ajaib je.. itu je paling sennag kan! jom tengok apa bahan-bahan dna cara-cara nak masak ..

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal 

Bahan bahan:
2 ekor ikan cencaru
3 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Sedikit Belacan
Gula
Garam
Air Asam Jawa

Cara cara:
Ikan Cencaru dibelah belakang dan dibersihkan. Lumur ikan cencaru bersama garam.

Tumbuk bawang bawang dan belacan. Kemudian masukkan cili cili kering kisar. Akhir sekali masukkan garam, gula dan sedikit air asam jawa.

Masukkan bahan kisar ke bahagian belakang ikan yang dibelah tadi.

Panaskan minyak secukupnya. Goreng ikan sehingga garing.

Sedia dihidang. Selamat mencuba



Resepi Ayam Paprik Ala Thai Paling Sedap!


Resepi Ayam Paprik Ala Thai Paling Sedap!

Macam biasa, TB suka je tepek kat sini resepi-resepi yang TB akan cuba nanti.. insyaAllah kali ni TB nak try Resepi Ayam Paprik Ala Thai Paling Sedap ni.. Persediaan untuk bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti.. hehehe.. TB ada try makan Nasi Bantal yang viral kat Danau Kota tu dan TB rasa Kuah dia tu Ayam Paprik punya masakan.. Sedap sangattt.. sebab tu ingat nak try masak sendiri.. haha.. moga-moga menjadi.. Aamiinn..  jom tengok resepi dia.. mudah sangat!








RESEPI POPIA CHEESE MUDAH, RANGUP DAN SEDAP!


RESEPI POPIA CHEESE MUDAH,
RANGUP DAN SEDAP!

Popia Cheese, Kalau Buat Confirm Kena Buat Lagi!

Nak share resepi sikit nie, gigih buat sebab masa raya hari tu tak puas makan.
Simple sangat ce try buat, konpem semua golongan suka ..

Bahan² 
  1. Kulit Popia 1 paket ( gunting ikut kreatif anda ) 
  2. 4 Sudu Gula Halus 
  3. 1 Cawan Serbuk Cheese
  4. 1 Sudu Kecil Garam
  5. 1 Sudu Besar Serbuk Cili


Cara² 
  1. Gunting kulit Popia , jemurkan sekejap dan goreng kekuningan 
  2. Kisarkan serbuk cheese , serbuk cili , garam n gula . 
  3. Gaulkan bahan yang dikisar dengan kulit popia yang dah digoreng tadi
  4. Sedia untuk dimakan.

Selamat Mencuba
Kredit: Farah Subhi




Berpantang Dalam Banjir - 22.12.2016


Berpantang Dalam Banjir - 22.12.2016


Allah.. tengah nak cari gambar lain.. terjumpa pulak gambar ni.. huhu.. Gambar banjir dekat rumah abah 2 tahun lepas..hehehe.. masa ni TB tengah berpantang, hari ke 22 masa tu.. Harraz lahir 30.11.2016, so, selepas 2 minggu lebih dalam pantang jugak la TB masa tu.. Masa ni jugak adalah tarikh sahabat TB blogger Syamimi Saad lahirkan baby boy nya Muhammad Zhareef. Huhu.. sebab tu TB ingat tarikh ni.. hahaha.. untung zhareef auntie TB ingat tarikh besday awak kann..

Masa tu TB ada dirumah abah dengan adik lelaki, kakak dan mak. Hujan turun dengan lebat sangat masa tu, dah la lebat.. lama pulak tu.. Tapi kami tak pulak sangka yang hujan tu boleh sebabkan banjir walaupun dulu memang selalu banjir kat area rumah kami tu sebab rumah kami dekat dengan sungai..

Dan banjir tu dah lama tak berlaku sejak dah ada longkang dekat pihak MBI buat masa tu.. kira dah berbelas tahun gak la tak banjir dah kan.. tiba pulak time TB dalam pantang pulak banjir mai.. haha.. dugaan betul..


CRESTAR - PENGEDAR TUNGGAL KIPAS SILING YANG BERKUALITI DAN REKABENTUK MENARIK


CRESTAR - PENGEDAR TUNGGAL KIPAS SILING
YANG BERKUALITI DAN REKABENTUK MENARIK


Kipas Siling adalah kaedah yang sangat popular dan berpatutan untuk memastikan rumah kita tetap sejuk dan selesa di dalam panas yang terik. Tetapi bukan mudah untuk mencari Kipas Siling yang mempunyai reka bentuk yang cantik dan bergaya dismaping mempunyai prestasi yang luar biasa kan. Kadang terbeli kipas yang nampak canti tetapi mempunyai masalah pulak bial dah guna lama.

Mungkin masalah yang paling biasa yang kita hadapi dengan kipas siling adalah dari masa ke masa ia mula "goyang" semasa berpusing. Ini biasanya disebabkan oleh berat bilah yang tidak betul-betul dipadankan, dan kemudian dari masa ke masa, kesan ketidakseimbangan ini mula menyebabkan kipas siling menjadi goyang. Semakin cepat kipas siling tu berputar, semakin goyang dan kadang berbunyi bising.

Haa.. Nak tahu tak nape kadang dia bunyi bising? Ia sebenarnya disebabkan skru yang longgar pada Kiaps Siling tu. Kipas siling diperbuat daripada bahagian berlainan yang disusun menggunakan skru. Walaupun kipas sedang berjalan, ia menghasilkan getaran kecil yang melonggarkan beberapa skru tersebut. Kita boleh mengesan skru longgar melalui bunyi yang bising dengan kipas yang bergoyang. Hanya gunakan pemutar skru untuk ketatkan skru kipas dengan plat siling. Pastu jangan lupa letak minyak sikit yea..

Seperti yang kita tahu setiap kipas siling direka untuk melakukan perkara-perkara asas yang sama, tetapi tidak ada pengganti kipas siling berkualiti tinggi yang sesuai dengan saiz dan hiasan bilik. Walaupun Kipas Siling boleh dipasang di hampir mana-mana bilik, kita sepatutnya harus bermula dengan melabur di bilik yang paling banyak kita gunakan dan seharusnya membeli kipas yang direka untuk kegunaan berat / heavy duty. Almaklumlah.. cuaca tengah panas sekarang ni kan.. maunya kena pasang kipas 24 jam.. Tapi seperti yang kita tahu.. ada jenis-jenis kipas siling yang tak boleh pakai lama sangat, nanti panas dan boleh jadi rosak..

Haaa.. Tapi ni TB nak share denga korang tentang kipas siling yang cantik, tough dan tahan lama ni. Nampak kukuh je TB tengok design-design dia.. Nampak elegan juga kalau diletakkan di atas siling ruang tempat kita selalu bersantai depan TV, dekat tempat meja makan, dekat ruang hall tempat berehat dan menerima tetamu.. Pastinya korang teruja tengok design-design dari CRESTAR ni.. jom baca serba sedikit info tentang CRESTAR ni ye..



INFO TENTANG CRESTAR 

Ditubuhkan pada tahun 2004, Crestar Enterprise dengan cepat memperoleh reputasi yang kukuh dalam industri elektrik Singapura dan di kalangan pelanggannya. Firma itu menjadi Crestar Enterprise Pte Ltd pada bulan Oktober 2009.

Crestar Enterprise Pte Ltd telah berkembang menjadi salah satu peneraju pasaran terkemuka di perdagangan kipas siling Singapura sejak penubuhannya pada tahun 2004.

Syarikat ini merupakan pengedar tunggal untuk kipas siling , yang menawarkan pelbagai reka bentuk kipas siling berbeza dan ergonomik dan aksesori berkaitan kualiti, termasuk pengawal selia, pencahayaan dan lekapan lain yang berkaitan.



Semua kipas siling Crestar kini dilengkapi sepenuhnya dengan versi terbaru 188/153 Alumi Motor TM. Melalui dedikasi kepada penyelidikan dan pembangunan, Crestar Enterprise Pte Ltd memperkenalkan 2014 model premium baru pereka kipas siling, termasuk Siri Icol, Skylite Series dan Rainlite Series. Siri 2014 Rainlite / Skylite kini dilengkapi dengan alat kawalan jauh 6 kelajuan / Remote Control dan pelbagai fungsi terlebih dahulu untuk kegunaan maksimum.

Senangnya kalau ada remote kan, kalau tengah lena tidur, terasa sejuk sangat tak perlu bangun nak tutup kipas, just tekan je remote control tu kan.. boleh sambung tidur balik.. hehehe

Haa.. lupa nak cerita, kalau korang nak tahu CRESTAR ni pernah mendapat Awards Super Singapore Brands 2011, dan Home + Living Magazine Luxurious Award 2013 & more coming soon!

Jom tengok gambar-gambar bawah ni untuk beri inspirasi buat korang yang mencari kipas siling terbaik dan berkualiti ..

 






Haaa.. apa lagi korang.. dah jumpa kan Kipas Siling yang tough, design cantik, tahan lama macam yang korang nak? Jom tambahkan keanggunan dan gaya di rumah anda dengan kipas siling bergaya Crestar!


Source: 
home-designing

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers