Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

20 Mac 2019

I LIKE SWEET & SUMMER MAKEUP REMOVER WIPES!


I LIKE SWEET & SUMMER
MAKEUP REMOVER WIPES!


Hai.. Hari tu TB buat video untuk unboxing Sweet & Summer Make Up Remover Wipes.. dan TB dah try guna sendiri untuk cuci makeup Kalau Nak tau apa keistimewaan Sweet & Summer Make Up Remover Wipes ni.. jom baca kat bawah ni.. .

Sweet & Summer Make Up Remover Wipes ni terdiri dari 3 Varian:
  1. Sweet & Summer Greeny 30s - diformulasikan dari Ekstrak Green Tea untuk Kulit Rosak & Kulit Berjerawat (travel pack) .
  2. Sweet & Summer Peachy 30s - diformulasikan dari Ekstrak Delima untuk kulit Kering & Kulit Sensitif (travel pack) .
  3. Sweet & Summer Greeny 100s - diformulasikan dari Ekstrak Green Tea untuk Kulit Rosak & Kulit Berjerawat (household use)


TB suka sangat Sweet & Summer Makeup Remover Wipes ni sebab ada bau green tea dan lagi satu tu ada bau pomegranate (delima) .. sedap bau dia.. dan juga kandungannya yang banyak Benefits seperti :

  • Quinoa Seed - boleh mengurangkan kesan kedutan. Ia menghasilkan agen kolagen dalam Membantu menganjalkan kulit dan meratakan tona kulit. .
  • Chia Seed - Agen yang menyamankan dan menenangkan kulit. .
  • Spanish Moss - Membantu dalam penyembuhan luka .
  • Oat Extract - Kaya dengan sumber protein yang menenangkan kulit .
  • Green Tea - Ejen pengoksidaan, Melembapkan kulit. Anti penuaan. Mencerahkan kulit. Melawan jerawat. Memberi khasiat pada kulit wajah serta Mengecilkan liang roma.

Haa.. jom tengok lagi satu varian.. Kandungan Peachy dan Benefits nya: .
  • Wild Cherry - Antioksidan. Memberi manfaat kulit yang menenangkan .
  • Cranberry - Anti keradangan kulit. Membina semula sel2 dan mengaktifkan sel kulit.. .
  • Raspberry - Tonic. Keratolytic. Astrigent. . 
  • Dogwood Fruit - Menyamankan kulit. Antibakteria yang kuat. .
  • Pomegranate - Tinggi dengan Vitamin C. Antioksidan.

Oh ya.. untuk info korang Sweet & Summer makeup remover wipes ni :
  • Made from Korea
  • Use only Natural Ingredients such as Green Tea, Pomegranate etc.
  • No alcohol and paraben
  • Extra Moist
  • Super Soft
  • Easy to use
  • KKM approved.
  • Bureau Veritas approved

Best sangat.. tak sangka rasa best pakai sebab tak pedihkan kulit muka TB yang sensitif ni.. masa cuci guna tissue wipes ni takde pun rasa sejuk atau pedih2 tu.. rupanya dia No alcohol and paraben.. bagusnyaa.. .

Cepattt!!, @sweetsummer_my ada buat contest..  jom join kalau nak menang face tissue wipes ni...

Haa.. dibawah ni korang boleh tengok cara TB guna tissue ni.. Best sangat.. makeup tanggal sebersih-bersihnya dan muka rasa bersih, tak memedihkan muka.. sebab tiada alkohol atau paraben.. sangat bagus untuk bawa travel gak ni... yang best bau Green Tea dan bau delima ekstrak tu.. sedap je bila sapu kat muka.. TB syorkan korang dapatkan juga Sweet & Summer makeup remover wipes  ni.. berbaloi sangat..   







Eh.. larik pulak dia.. TB baru saja unboxing paket poslaju tadi.. heee.. dalamnya ada Sweet & Summer Make Up Remover Wipes . . Sweet & Summer ni terdirif dari 3 produk: . ❤S&S Greeny 30s - diformulasikan dari Ekstrak Green Tea untuk Kulit Rosak & Kulit Berjerawat (travel pack) . ❤S&S Peachy 30s - diformulasikan dari Ekstrak Delima untuk kulit Kering dan Kulit Sensitif (travel pack) . ❤S&S Greeny 100s - diformulasikan dari Ekstrak Green Tea untuk Kulit Rosak & Kulit Berjerawat (household use) TB suka sangat Sweet &Summer Makeup Remover Wipes ni sebab ada bau peach dan ada bau green tea.. sedap bau dia.. dan juga kandungannya yang banyak Benefits seperti : . ❤Quinoa Seed - boleh mengurangkan kesan kedutan. Ia menghasilkan agen kolagen dalam Membantu menganjalkan kulit dan meratakan tona kulit. . ❤Chia Seed - Agen yang menyamankan dan menenangkan kulit. . ❤Spanish moss - Membantu dalam penyembuhan luka . ❤Oat extract - Kaya dengan sumber protein yang menenangkan kulit . ❤Green Tea - Ejen pengoksidaan, Melembapkan kulit. Anti penuaan. Mencerahkan kulit. Melawan jerawat. Memberi khasiat pada kulit wajah serta Mengecilkan liang roma. Haa.. jom tengok lagi satu varian.. Kandungan Peachy dan Benefits nya: . ❤Wild Cherry - Antioksidan. Memberi manfaat kulit yang menenangkan . ❤Cranberry - Anti keradangan kulit. Membina semula sel2 dan mengaktifkan sel kulit.. . ❤Raspberry - Tonic. Keratolytic. Astrigent. . ❤Dogwood fruit - Menyamankan kulit. Antibakteria yang kuat. . ❤Pomegranate - Tinggi dengan Vitamin C. Antioksidan. . Oh ya.. untuk info korang Sweet & Summer wipes ni : . ❤Made from Korea ❤Use only Natural Ingredients such as Green Tea, Pomegranate etc. ❤No alcohol and paraben ❤Extra Moist ❤Super Soft ❤Easy to use ❤KKM approved. ❤Bureau Veritas approved . . #sweet #summer #sweetsummer #SweetandSummerMakeUpRemoverWipes

A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘áƒ¦) (@tengkubutang) on




Semalam TB dah unboxing Sweet & Summer Make Up Remover Wipes.. Kalau Nak tau apa keistimewaan Sweet & Summer Make Up Remover Wipes ni.. jom baca kat bawah ni.. . . Sweet & Summer ni terdiri dari 3 produk: . ❤S&S Greeny 30s - diformulasikan dari Ekstrak Green Tea untuk Kulit Rosak & Kulit Berjerawat (travel pack) . ❤S&S Peachy 30s - diformulasikan dari Ekstrak Delima untuk kulit Kering dan Kulit Sensitif (travel pack) . ❤S&S Greeny 100s - diformulasikan dari Ekstrak Green Tea untuk Kulit Rosak & Kulit Berjerawat (household use) TB suka sangat Sweet & Summer Makeup Remover Wipes ni sebab ada bau peach dan ada bau green tea.. sedap bau dia.. dan juga kandungannya yang banyak Benefits seperti : . ❤Quinoa Seed - boleh mengurangkan kesan kedutan. Ia menghasilkan agen kolagen dalam Membantu menganjalkan kulit dan meratakan tona kulit. . ❤Chia Seed - Agen yang menyamankan dan menenangkan kulit. . ❤Spanish moss - Membantu dalam penyembuhan luka . ❤Oat extract - Kaya dengan sumber protein yang menenangkan kulit . ❤Green Tea - Ejen pengoksidaan, Melembapkan kulit. Anti penuaan. Mencerahkan kulit. Melawan jerawat. Memberi khasiat pada kulit wajah serta Mengecilkan liang roma. Haa.. jom tengok lagi satu varian.. Kandungan Peachy dan Benefits nya: . ❤Wild Cherry - Antioksidan. Memberi manfaat kulit yang menenangkan . ❤Cranberry - Anti keradangan kulit. Membina semula sel2 dan mengaktifkan sel kulit.. . ❤Raspberry - Tonic. Keratolytic. Astrigent. . ❤Dogwood fruit - Menyamankan kulit. Antibakteria yang kuat. . ❤Pomegranate - Tinggi dengan Vitamin C. Antioksidan. . . Oh ya.. untuk info korang Sweet & Summer wipes ni : . . ❤Made from Korea ❤Use only Natural Ingredients such as Green Tea, Pomegranate etc. ❤No alcohol and paraben ❤Extra Moist ❤Super Soft ❤Easy to use ❤KKM approved. ❤Bureau Veritas approved . . #sweet #summer #sweetsummer #SweetandSummerMakeUpRemoverWipes
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘áƒ¦) (@tengkubutang) on

Sekarang TB dah ada Sweet Summer makeup remover wipes ni untuk membersihkan make-up pada bila-bila masa, dan di mana sahaja.



School Holiday Campaign #SweetEscape 
Buy 2 with 10% off + free delivery on 20th March
( promotion until 30th March )


Follow Sweet & Summer 
on instagram & facebook

Instagram

Facebook

Website

Whatsapp



19 Mac 2019

CARA SOLAT SUNAT ISTIKHARAH LENGKAP DENGAN DOA



CARA SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
LENGKAP DENGAN DOA



Solat Sunnat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.


Tata Cara Solat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.


Lafaz niat:-

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala

"Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala"


Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun


Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:




Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir



Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Foto Kredit: Unisza

16 Mac 2019

SANNY & JOLEEN ANTIOKSIDAN SERUM YANG NATURAL


SANNY JOLEEN ANTIOKSIDAN SERUM

Hai korang, TB nak share dengan korang tentang Serum yang dihasilkan dari bahan-bahan natural dan selamat digunakan. Serum tersebut ialah Sanny Joleen Antioksidan Serum yang amat sesuai untuk semua jenis kulit . TB suka teksturnya yang tak berminyak tetapi melembapkan kulit wajah TB. Yang bestnya ia juga mengandungi Vitamin B3 serta ada Olive Oil, tu sebab TB terasa nak cuba sangat-sangat. Oklah.. jom kita baca sedikit info tentang Sanny Joleen Antioksidan Serum  ni . 


Haa.. sebelum tu TB nak cerita sedikit info tentang Sanny & Joleen Lifestyle ni, Sanny & Joleen Lifestyle ditubuhkan untuk menyediakan produk asas yang mudah dengan kualiti yang memuaskan gaya hidup dan keperluan seseorang .

Bahan dalam kandungan pembuatan Sanny & Joleen Lifestyle Skin Care adalah semulajadi dan lembut, bahan-bahannya adalah tanpa bahan kimia keras seperti Natrium Laureth Sulphate (SLS), parabens, derivatif haiwan, pewarna buatan dan sebagainya. 


Penerangan
Sanny Joleen Antioksidan Serum direka untuk membantu:
  1. Memudarkan Bintik-Bintik Gelap & Pigmentasi
  2. Mengurangkan Jerawat Tanda Jerawat 
  3. Mengurangkan Parut 
  4. Melembapkan Kulit Yang Dehidrasi
  5. Mengurangkan Kesan Sunburn sinaran matahari
  6. Mengurangkan Kesan Stretch Mark
  7. Menjadikan Kulit Lebih Anjal
  8. Melambatkan Proses Penuaan
  9. Melicin dan Mencerahkan Kulit

Effect Menyejukkan & Formula Tidak Berminyak
( Cooling & Non-Oily Formula )

Mengandungi Tocotrienol (Vitamin E), Panthenol (Pro-vitamin B5), Niacinamide (Vitamin B3), Calendula & Olive Oil


Apa Yang Kita Perlu Tahu Mengenai Serum Antioksidan?

Bahan penemuan: Tocotrienol
  • Tokotrienol dan tokoferol adalah dari kategori Vitamin E.
  • Tokotrienol adalah sumber daripada buah Kelapa Sawit 
  • Walau bagaimanapun, Tocotrienol adalah terbukti 40-60 kali lebih kuat sebagai antioksidan berbanding biasa Vitamin E (alfa-tokoferol).
  • Tocotrienol adalah antioksidan yang kuat yang melindungi daripada cahaya ultraviolet, radiasi dan ozon. Ia membantu untuk mencegah penuaan kulit & meningkatkan keanjalan kulit dengan merangsang sintesis kolagen dengan mengurangkan aktiviti MMPs, berpotensi berkesan dalam pertumbuhan semula kulit & kesan melicinkan.
  • Tocotrienol menggalakkan pemutihan kulit dengan mengurangkan aktiviti tyrosinase dan mengurangkan kandungan melanin. Ia juga berkesan dalam mengurangkan jerawat, keradangan dan kemerahan kulit.
  • Penggunaan jangka panjang Serum Antioksidan menggalakkan kulit yang sihat.

Kandungan :
Aqua, Niacinamide, Glycerin, Aminomethyl Propanediol, Citrus Reticulata (Tangerine) Peel Extract, Yeast beta glucan, Sodium Acrylates Copolymer, Sorbitan Caprylate, Panthenol, 3-0 Ethyl Ascorbic Acid, Olea Europaea (Oilve) Fruit Oil, Lecithin, Tocotrienols, Propanediol, Benzoic Acid, Tetrasodium Glutamate Diacetate

  • No Sodium Lauryl Sulfate
  • No Sodium Laureth Sulfate
  • No Paraben
  • No Animal Derivatives
  • No Mineral Oil
  • No Alcohol
  • No Harsh Detergent
  • No Artificial Colors
  • No EDTA
  • No Propylene Glycol
  • No Synthetic Fragrance

Cara Guna :
Sapukan dua kali sehari selepas mencuci wajah atau badan.

Baca  REVIEW di sini ..

Pemakaian Serum wajah secara rutin juga lambat laun akan membuatkan wajah jadi lebih lembab, menghaluskan tekstur kulit dan menyamarkan noda-noda hitam pada wajah. Bahkan tanda-tanda penuaan pada wajah pun secara perlahan-lahan akan pudar. SANNY JOLEEN ANtioksidan Serum dengan Formula tidak berminyak dan menyejukkan .

Untuk maklumat lanjut dan order :


WEBSITE :


13 Mac 2019

TIPS / CARA NAK TANGGANI ANAK TANTRUM DI KHALAYAK RAMAI

TIPS / CARA NAK TANGGANI
ANAK TANTRUM DI KHALAYAK RAMAI


Hai.. Selamat pagi semua.. hari ni TB nak share tentang satu post ni yang menceritakan tentang tips serat cara nak tanggani anak tantrum dikhalayak ramai.  Benda ni memang tak semua parent akan merasa sebab tengok pada keadaan anak-anak, ada anak-anak yang masih boleh control apa yang dia tak dapat, dia bersabar tapi ada juga yang bila dah nampak apa yang di mahukan, tetap nak dapatkannya , selagi tak dapat.. menjerit, menangis, berguling bagai.. aiyoo..
"Masuk sebuah mall, ternampak seorang adik yang berusia dalam 4 tahun, menangis gila kuat sebab nak "kinder joy" yang ada permainan dalam tu, harga dalam RM 5.30 tu & ..... ayahnya tampar budak tu, cubit telinga cakap "tak faham bahasa ke kau, dengan muka berang !" Apa korang akan buat kalau korang sendiri yang jadi ayah budak tu tanpa belikan kinderjoy tersebut?

TEMPER TANTRUM
➖➖➖➖➖➖➖

"NAMPAK ANAK ORANG MENANGIS NAK MAINAN TAPI MAKPAK TAKNAK BELIKAN, KITA PUN KESIAN DAN BELIKAN."

Temper Tantrum. Itulah istilah yang digunapakai bagi menggambarkan kanak-kanak yang menangis berguling-guling kerana tak dapat apa yang diinginkan.

Kanak-kanak berusia sehingga 4 tahun belum pandai untuk mengawal diri sehingga boleh lupa diri.

Apa yang menyebabkan mereka tantrum? TAK DAPAT APA YANG MEREKA MAHU!

• 1 - 2 tahun biasanya berpunca daripada tidak dapat apa yang mereka perlu contohnya susu dan tukar pampers sebab melekit namun belum ada kemahiran berbahasa, maka ibubapa perlu faham pattern tantrum mereka. Nampak anak kecil menangis walaupun bukan anak kita, mesti kita akan kata "dia nak susu kot" atau "pampers dia penuh tu rasanya". 

• 3 - 4 tahun biasanya mahu autonomi dan sudah tahu berkata-kata, serta lebih pandai untuk mahu sesuatu yang lebih. Ini selalu jadi di pasaraya. Mereka menjerit dan menangis mahukan mainan mereka, dan kadang2 menggamit simpati orang lain dan mereka belikan. 

🔘Niat baik tapi caranya salah!!!
  1. Itu anak orang, bukan anak kita. Mungkin ibubapa mereka sedang mendidik anak mereka.
  2. Jika nak belikan pun, minta izin ibubapa anak itu dahulu namun perlulah secara tersembunyi dan jangan terang-terangan bagi menjaga air muka mereka.
  3. Jika anak itu benar-benar keadaan daif, kelaparan, atau memang ibubapa nak belikan tapi tak mampu, lihat semula poin nombor 2 di atas.
  4. Jika anak itu disyaki child abuse, laporkan kepada pihak berkuasa
Bagi TB, TB pun akan biarkan juga anak menangis, dan TB memang tak nak orang lain pula cuba berikan apa yang anak TB nak masa tu. kerana itu cara TB nak mengajar anak agar dia tahu tak semua barang yang dia akan dapat semudah itu, dan ada barang-barang tertentu sahaja yang TB akan belikan kalau TB rasa benda tu memang elok untuk anak. Tapi kalau cekelat-cekelat ke, kinder buino tu ke, idak laaaaa.. hahahaha.. TB sendiri tak pernah makan benda tu.. hahaha.. mahal kot.. mahal sebab isi dalam dia apa je.. haha.. so, better jangan ajar anak-anak korang ye makan benda-benda macam tu sebab next time pergi kedai dia akan mintak lagi.. hahahaha.. lagi... tantrummmm

🔘 Menangani Tantrum

1. Biarkan
〰〰〰〰
  • Ketika ini emosi anak anda menguasai diri sehingga tidak mampu membuat pertimbangan yang betul. Saat ini memberi penjelasan tidak akan berkesan kerana frontal cortex otak mereka telah dikawal oleh emosi. Apa2 yang ibubapa buat atau cuba biasanya akan menyebabkan keadaan jadi lebih teruk!
  • Analogi : sama seperti sedang lemas dalam air. Masa ini nak ajar orang itu berenang pasti tak jadi punyalah! Terjun dan berada berhampiran orang itu tapi jangan terus paut kerana anda mungkin akan ditarik oleh mereka sekuat hati hingga anda pun turut lemas sekali. Apabila orang lemas itu lemah sedikit barulah paut dan tarik ke tepi. 
  • Mereka menangis dan berguling semahu-mahunya hingga menarik perhatian orang lain. Ibubapa yang hati basah mesti rasa malu dipandang sebegitu. Jangan malu makpak sekalian. Biarkan sahaja anak anda begitu dan gerak jauh sedikit. Mereka akan tenang selepas beberapa ketika.

2. Beri ruang
〰〰〰〰〰
• Beri ruang untuk mereka melalak dan meluahkan emosi, dan tak perlu bertegang urat dengan mereka saat itu; samalah macam anda yang menangis masa kena rejek. Huhuhu 😢😢😢


3. Tarik perhatian ke arah lain 
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
• Ada ibubapa yang bawa buku, toys dari rumah untuk distract anak mereka ketika tantrum di pasaraya. Boleh juga tunjuk ke arah lain contohnya burung di awanan atau ikan dalam akuarium berdekatan (kalau ada).

• Taktik ini berkesan semasa tantrum baru sahaja mahu bermula. Jadi, kesan awal!

Haa.. TB selalu guna cara ni tau.. Dalam beg TB mesti TB akan spare mainan dari rumah.. dan kalau balik kampung naik train pun TB dah spare mainan yang baru beli yang TB tak pernah bagi harraz tengok lagi.. hehehe.. so.. bila agak-agak macam dia dah bosan duduk lama dalam train, TB akan keluarkan mainan rahsia tu.. jeng jeng jengggg.. settle terus.. harraz macam asyik je belek-belek mainan baru dia.. hahaha.. beli lebih sikit yea.. kot 1 tak cukup.. TB beli 3 mainan kecil.. lori-lori atau kereta.. dan buku mewarna.. Magic Colouring Book .. hanya guna air je.. so.. rasa tenang je balik kampung dengan harraz.. hahaha..


4. Jangan pukul
〰〰〰〰〰〰〰
• Waktu tantrum ini kalau dipukul walaupun pukulan manja, tangisan mereka akan jadi lebih teruk dan sangat teruk, hingga lebih banyak mata akan memerhati. Yang dapat nama buruk tentunya ibubapa. Dan masa inilah ramai akan cuba beli dan beri percuma. Tak malu ke?


5. Peluk
〰〰〰〰
• Sambil membiarkan mereka dengan tantrum, peluk juga mereka hingga mereka tenang. Ingat, jangan cakap apa-apa waktu itu. Lihat semula poin nombor 1. Peluk sahaja dengan erat.


6. Insentif
〰〰〰〰
• Anak dah tenang? Bagus! Beri mereka insentif lain yang lebih bermanfaat. Beli aiskrim kongsi bertiga pun best juga.


7. Penjelasan
〰〰〰〰〰〰
• Selepas anak dah tenang, sambil makan aiskrim (contoh), terangkan kepada mereka kenapa anda tak penuhi kehendak mereka.

• Apa yang biasa saya buat ialah :

"faqih, mainan tu mahal sangat. Kalau abah beli nanti abah takde duit nak bawa faqih jalan-jalan selalu"

"Faqih, rumah kita kan banyak mainan dah. Nanti rumah tak muat. Terpaksa buang semua otomen qiqih."

"Gula-gula tak elok untuk gigi tau. Kawan2 faqih semua gigi dah hilang kan. Qiqih nak ke camtu?"

• Ia berkesan! Setiap kali lalu tempat mainan, Faqih sendiri akan cakap :

"Takyah belilah mainan lagi. Mahal sangat. Kat umah pun ada mainan."

"Taknak beli gula-gula. Nanti gigi hilang."

• Tapi, beri penjelasan yang betul dan jangan tipu mereka. Apa yang anda ajar akan melekat dalam otak mereka hingga bila-bila.


8. Jenaka
~~~~~~~
• Kalau anak anda masih tantrum, selain daripada membiarkan, boleh juga buat jenaka yang minima. Kenapa? Kerana orang sekeliling akan tengok apa reaksi anda menghadapi tantrum ini. Lost temper? Orang pandang. Anda pukul anak pun orang pandang. Kalau nasib tak baik ada orang rakam dan upload di facebook. Tak pasal-pasal je. Hehe.


9. Keluar
~~~~~~~
• Masih tantrum? Angkat anak dan bawa masuk kereta balik rumah terus! ... dan buat step 1 - 8 di rumah pula. Hehe.

Semoga bermanfaat.
Tips dari :
Mohd Fadhli Mohd Fauzi

Gambar :
Ekstrak from Google



11 Mac 2019

HARRAZ DAPAT HADIAH BIRTHDAY - DINOSAUR


HARRAZ DAPAT HADIAH BIRTHDAY - DINOSAUR

Terima kasih buat sahabat 3 suku teman bernama KASIH sebab bagi hadiah Dinosaur ada suara ni kat Harraz, katanya hadiah birthday.. huhu.. suka benar la harraz dapat hadiah tu kan.. TB sebenarnya tak sangka yang harraz ni suka sangat-sangat Dinosaur ni, bila dapat je dia asik usung ke sana ke mari.. time nak minum susu pun di peluknya..

TB pun cakaplah.. aiii.. kamu ni dah macam Fahri pulak dah.. sejak bila minat dinosaur ni? hahaha.. Lepas tu baru perasan.. harraz mana ada Dinosaur lagi kat rumah ni.. just baju je banyak yang dinosaur.. hihihi.. itupun mamanya yang pilih kan .. entah kenapa minat dinosaur.. tak tahu lah.. kih3.. Harraz lepas dapat dinosaur ni.. asik lah tekan-tekan bagi keluar suara dinosaur tu.. suka betul dia.. thank you kasih.. 

Buat Kasih.. Disebabkan hadiah ang ni aku tau harraz ni minat gak dengan Dinosaur..Ingatkan minat kereta je.. huhuhu.. Lepas ni kena belikan Dinosaur gak ek? alamak.. tak nak lah aku.. nanti kena hafal spesis2 Dinosaur yang banyak tu.. tak laluuu.. hahahaha.. 



07 Mac 2019

RESEPI AYAM MASAK HIJAU MUDAH DAN SEDAP



RESEPI AYAM MASAK HIJAU
MUDAH DAN SEDAP

RESEPI 1 : RESEPI DARI FB

Ayam Masak Hijau
  1. Hidangan Untuk 2 Orang.
  2. Bahan – bahannya :
  3. 10 Biji cili hijau – dibuang biji dan dikisar
  4. 2 Ketul paha ayam – cuci dan digaul garam kunyit..kemudian digoreng ..
  5. 1/2 Labu kecil bawang besar – dikisar
  6. 2 Ulas bawang putih – dikisar
  7. 1Inci halia – dikisar
  8. 2 Batang serai – diketuk
  9. 2 Biji cili padi – dihiris halus
  10. 1 Keping asam gelugur
  11. Garam dan gula secukuprasa
  12. Sedikit minyak
Cara Penyediaan :
  1. Panaskan minyak dalam kuali..tuangkan bahan kisar kedalamnya..bersama serai dan asam keping…masak sehingga pecah minyak..
  2. Kemudian masukkan garam dan gula secukuprasa..kacau rata..
  3. Tambahkan air sedikit jikalau..kuah terlalu pekat..biarkan mendidih seketika..
  4. Akhir sekali masukkan ayam dan cili padi..kacau rata..dan biarkan sedikit kering…
  5. Tutup api..dan sedia untuk dihidangkan…
  6. Ayam Masak Hijau..mudah dan sedap..
  7. Selamat mencuba..



AYAM MASAK HIJAU

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam potong dan cuci bersih
Lumurkan ayam dengan kunyit dan garam kemudian di goreng hingga keemasan atau 1/2 masak
Rempah tumis ~ kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga
Daun pandan ~ di simpul
1 batang serai ~ di titik
Garam dan gula secukup rasa 

BAHAN KISAR
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc halia
10 tangkai cili padi hijau
10 tangkai cili hijau

CARA-CARA
Panaskan minyak di dalam kuali
Tumiskan bahan tumisan, daun pandan dan serai hingga harum
Masukkan bahan yang di kisar dan masak hingga harum dan terbit minyak
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan juga maggi cukup rasa jika suka atau boleh juga jika nak tambahkan kiub ayam
Merenihkan sebentar
Masukkan ayam goreng tadi
Gaul rata
Jika kuahnya terlalu kering tambahkan sedikit air
Masak hingga kuahnya pekat dan ayam masak sepenuhnya
Sedia di hidangkan

06 Mac 2019

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR


nama-nama dinosaur

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe.. 


Nama-nama Dinosaur


Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi.. 

Nama-nama Dinosaur


So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha.. 

Nama Dinosaur Beserta Gambar 


Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil Brontosaurus tau..

Nama-nama Dinosaur


Tapi sebenarnya spesis Dinosaur yang TB suka tengok ialah T-Rex sebab ganas je rupa dia kan.. haha.. Ok lah.. bagi sesiapa yang belum kenal apa itu Dinosaur, mari TB kongsikan sedikit info tentang Dinosaur ni.. Jom baca sama-sama yea..

Dinosaur adalah haiwan kuno yang hidup di Bumi berjuta-juta tahun yang lalu. Walaupun semua jenis Dinosaur telah pupus, namun bentuknya dapat dikenal pasti melalui fosil yang dijumpai oleh saintis. Terdapat banyak jenis Dinosaur yang diketahui hari ini.

Secara umum, definisi Dinosaur adalah sekumpulan haiwan purba dan prasejarah dari spesis Dinosaur. Sejarah Dinosaur mula-mula muncul dalam tempoh Triassic, yang sekitar 230 juta tahun dahulu. Mereka hidup dalam tempoh Jurassic sehingga tempoh Cretaceous, iaitu 65 juta tahun yang lalu.

Dianggarkan bahawa sebab kepupusan Dinosaur adalah disebabkan kepupusan Paleogene sebelum zaman Mesozoik. Menurut saintis, fosil Dinosaur menunjukkan bahawa dinosaurus theropod juga berkembang menjadi spesies burung setakat ini.

Kemudian berapa jenis Dinosaur yang ada? Rupa-rupanya terdapat banyak, bahkan para saintis berpendapat terdapat 500 generasi Dinosaur yang berbeza dengan lebih daripada 1000 spesies yang beragam. Banyak Dinosaur herbivora tetapi juga karnivor seperti T-Rex atau Raptor.

Antara jenis Dinosaur terdapat juga bipedal (berkaki dua), walaupun kebanyakannya adalah empat kali ganda (empat kali bertali). Terdapat juga jenis Dinosaur air dan Dinosaur terbang. Saiz Dinosaur juga berbeza-beza, ada yang besar sehingga 10 meter, tetapi juga ada yang sangat kecil, walaupun saiznya sama dengan manusia.

Kehadiran Dinosaur menjadi semakin terkenal kerana wujudnya filem-filem mengenai Dinosaur seperti Jurassic Park, Dunia Jurassic, filem kartun The Land Before Time dan lain-lain. 


Berikut adalah senarai nama-nama jenis Dinosaur yang paling dikenali di zaman prasejarah bersama-sama dengan gambar dan imej.


nama-nama dinosaur

1. Tyronnosaurus Rex

Tyronnosaurus Rex, atau disingkat T-Rex, boleh menjadi jenis Dinosaur yang paling popular, terima kasih terutama kepada pengaruh filem-filem Hollywood mengenai Dinosaur. Haiwan ini menjadi karnivora terestrial terbesar dalam sejarah. T-Rex juga dikenali sebagai pemangsa ganas dengan gigitan paling tajam di kalangan haiwan kuno.

nama-nama dinosaur

2. Brontosaurus / Apatosaurus

Brontosaurus adalah satu jenis Dinosaur. Jenis asal dipanggil Apatosaurus, tetapi ia sering dipanggil Brontosaurus. Jenis Dinosaur ini mempunyai leher panjang dan badannya boleh mencapai 26 meter dan beratnya 32 tan. Habitat Brontosaurus terletak di tepi tasik dan hutan dan termasuk herbivora.

nama-nama dinosaur

3. Triceratops

Triceratops adalah salah satu Dinosaur yang terkenal dan biasanya dipanggil Tritop. Ini adalah jenis Dinosaur bertanduk tiga dengan tubuh yang besar. Tanduk juga boleh berfungsi sebagai serangan atau pertahanan dari musuh. Panjangnya boleh mencapai 9 meter, dengan ketinggian 3.8 meter, manakala beratnya mencapai 6.8 tan.
nama-nama dinosaur

4. Velociraptor

Velociraptor, atau biasanya disingkat Raptor, adalah sejenis Dinosaur pemangsa yang serupa dengan T-Rex, hanya dalam saiz yang lebih kecil. Velociraptor biasanya hidup dalam kumpulan dan diklasifikasikan sebagai sejenis Dinosaur pintar. Mereka menjadi mangsa menggunakan strategi pengalihan.
nama-nama dinosaur

5. Flying Pterodactyl

Pterodactyl atau yang biasa dipanggil Pterosaurus dan Pterodactylus, bermaksud kadal bersayap. Secara teknis Pterodactyl bukanlah jenis Dinosaur, tetapi kerana ia hidup semasa Dinosaur, Pterodactyl sering dikategorikan sebagai Dinosaur. Pterosaur adalah vertebrata terawal yang diketahui mempunyai kebolehan penerbangan yang kuat.

nama-nama dinosaur

6. Compsognathus

Compsognathus adalah salah satu daripada pelbagai Dinosaur saiz kecil. Malah saiznya hanya mencapai 60 cm atau saiz ayam, jadi Compsognathus dianggap sebagai jenis Dinosaur terkecil di dunia. Mereka hidup dalam kumpulan dan serupa dengan Tyronnasaurus Rex atau Velociraptor.

nama-nama dinosaur

7. Spinosaurus

Salah satu jenis Dinosaur terbesar di dunia sepanjang sejarah ialah Spinosaurus. Spinosaurus adalah theropod gergasi yang boleh tumbuh sehingga 15 meter tinggi dengan kira-kira 5 meter dan berat 7.6 tan. Panjang tengkorak Spinosaurus ialah 1.75 m dengan seratus lurus gigi tajam sekitar 17 cm panjang.

nama-nama dinosaur

8. Ankylosaurus

Ankylosaurus adalah salah satu jenis Dinosaur dengan badan panjang 9 meter. Walaupun berat badan Ankylosaurus boleh mencapai sehingga 9 tan. Dinosaur ini mempunyai kulit keras yang keras sebagai perisai pertahanan. Di ekor, ada bola batu dengan berat kira-kira 5 kg sebagai alat untuk menyerang lawan anda.

nama-nama dinosaur

9. Megalosaurus

Megalosaurus dianggap sebagai salah satu jenis dinosaurus yang pertama ditemukan. Dinosaurus jenis ini merupakan dinosaurus terbesar pada zaman pertengahan jurasik. Ukuran Megalosaurus bisa tumbuh hingga mencapai 9 meter sedangkan tingginya mencapai 3 sampai 4 meter dengan berat sekitar 3,5 ton.

nama-nama dinosaur

10. Stegosaurus

Stegosaurus menjadi salah satu bentuk dinosaurus yang paling mudah diidentifikasi. Hal ini karena ciri-ciri dinosaurus ini yang mudah dikenali, yakni kedua baris sisik yang saling silang yang ada di punggung serta 2 pasang duri panjang yang ada di ekor Stegosaurus.



nama-nama dinosaur

Giganotosaurus Carolinii


nama-nama dinosaur

Hadrosaurus



nama-nama dinosaur

Utahraptor



nama-nama dinosaur

Allosaurus



nama-nama dinosaur

Liopleurodon



nama-nama dinosaur

Suchomimus



nama-nama dinosaur

Archaeopteryx



nama-nama dinosaur

Parasaurolophus



nama-nama dinosaur

Brachiosaurus



nama-nama dinosaur

Ultrasauros



nama-nama dinosaur

Seismosaurus


nama-nama dinosaur

Mamenchisaurus



nama-nama dinosaur

Carcharadontosaurus



nama-nama dinosaur

Ornitholestes




nama-nama dinosaur

Diplodocus

Haa.. demikianlah daftar jenis dan nama nama dinosaurus yang paling terkenal lengkap beserta foto dan gambar dinosaurus. Contoh jenis nama dinosaurus yang paling orang kenal adalah Brontosaurus, Tyrannasaurus Rex, Velociraptor, Triceratops dan lain-lain sebab selalu dijadikan watak dalam filem-filem Box Office seperti Jurassic Park dan lain-lain. 



05 Mac 2019

RESEPI BISKUT NUTELLA POD YANG SEDAP & MUDAH!


RESEPI BISKUT NUTELLA POD
YANG SEDAP & MUDAH!


Haaa.. mentang-mentang orang dah mula dok kecoh-kecoh ganti puasa sebab nak standby untuk Ramadhan ni, TB pulak kumpul resepi konon nak buat kuih raya tahun ni.. haha.. jadi ke tidak entah.. tengoklah kewangan camno kan.. tak pun main kuih tunjuk ajo lah.. kih3..

Ni ada resepi best yang pernah viral dulu.. TB terasa nak try sebab tau emsti sedap.. guna NUtella kot.. mau tak sedap.. hahaha.. comel lak tu rupa dia kan! jom jenguk-jenguk resepi dia.. senang ke tidak.. hehehe




RESEPI BISKUT NUTELLA POD 

1/2 cwn marjerin 
3sb gula halus
1sk esen vanila
👆kacau je sampai sebati

1biji telur kuning
👆masukkan dan kacau sebati

1 1/2 cwn tpg gandum
1/2 sk baking soda
1/2 sk baking powder
1 sb tpg beras (nak bagi rangup)
👆ayak dan masuk kacau dalam adunan atas

1sb Serbuk badam
👆uli sebati

Bulat2kan doh dan tekan tengah dia.. Nak senang masuk dalam acuan shell tart tu..
Bakar suhu 160 30min
Dah siap pipe nutella pastu hiaskan


Kredit: 
fb nor hidayah russlan




RESEPI AIR ASAM TOMATO SIMPLE DAN MUDAH!


Resepi Air Asam Tomato Simple dan Mudah!

Hai.. benda yang mudah selalunya nampak je mudah.. bila buat, rasa tak lah sesedap macam orang lain buat.. haaa.. tau sebab apa.. sebab bahan tak cukup.. haaa.. tu TB nak tepek dulu resepi ni kat sini.. tak nak dah kurang barang.. haha.. lari rasa dia.. even buat masak apa pun.. bahan jangan kurang, nanti tak berapa feel rasa sedap dia.. hee.. jom tengok bahan-bahan untuk buat Air Asam Tomato Simple dan Mudah ni.. 

Bahan-Bahan :
2 sudu besar belacan bakar - dilarutkan bersama sedikit air dan sedikit cuka
1/2 cawan air asam pekat
4-5 biji tomato - dihiris nipis
2-3 ulas bawang besar - dihiris nipis 
4-5 biji cilipadi - dihiris nipis
3-4 biji cili merah - dihiris nipis
3-4 biji cili hijau (cili muda) - dihiris nipis

Cara :
Larutkan belacan bakar dengan sedikit air dan sedikit cuka. Biar sehingga betul betul larut. Masukkan cili padi yang dipotong. Picit-picit atau tekan sedikit cilipadi dengan sudu untuk keluarkan rasa pedas.

Campur cili merah, cili hijau, bawang besar, tomato, dan air asam. Masukkan campuran belacan dan cilipadi tadi. Gaul rata. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.

gambar :
saji.my

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Mudah dan Sedap!



Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal
Mudah dan Sedap!


Ini antara menu yang simple yang boleh kita cuba.. TB nak buat menu ni nanti di bulan ramadhan sebab bahan dia tak banyak dan mudah nak dapatkan.. Ikan Cencaru Sumbat Sambal ni kalau kena gaya masak mau terangkat bila makan.. huhu.. TB guna pemanggang Ajaib je.. itu je paling sennag kan! jom tengok apa bahan-bahan dna cara-cara nak masak ..

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal 

Bahan bahan:
2 ekor ikan cencaru
3 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Sedikit Belacan
Gula
Garam
Air Asam Jawa

Cara cara:
Ikan Cencaru dibelah belakang dan dibersihkan. Lumur ikan cencaru bersama garam.

Tumbuk bawang bawang dan belacan. Kemudian masukkan cili cili kering kisar. Akhir sekali masukkan garam, gula dan sedikit air asam jawa.

Masukkan bahan kisar ke bahagian belakang ikan yang dibelah tadi.

Panaskan minyak secukupnya. Goreng ikan sehingga garing.

Sedia dihidang. Selamat mencuba



Resepi Ayam Paprik Ala Thai Paling Sedap!


Resepi Ayam Paprik Ala Thai Paling Sedap!

Macam biasa, TB suka je tepek kat sini resepi-resepi yang TB akan cuba nanti.. insyaAllah kali ni TB nak try Resepi Ayam Paprik Ala Thai Paling Sedap ni.. Persediaan untuk bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti.. hehehe.. TB ada try makan Nasi Bantal yang viral kat Danau Kota tu dan TB rasa Kuah dia tu Ayam Paprik punya masakan.. Sedap sangattt.. sebab tu ingat nak try masak sendiri.. haha.. moga-moga menjadi.. Aamiinn..  jom tengok resepi dia.. mudah sangat!








RESEPI POPIA CHEESE MUDAH, RANGUP DAN SEDAP!


RESEPI POPIA CHEESE MUDAH,
RANGUP DAN SEDAP!

Popia Cheese, Kalau Buat Confirm Kena Buat Lagi!

Nak share resepi sikit nie, gigih buat sebab masa raya hari tu tak puas makan.
Simple sangat ce try buat, konpem semua golongan suka ..

Bahan² 
  1. Kulit Popia 1 paket ( gunting ikut kreatif anda ) 
  2. 4 Sudu Gula Halus 
  3. 1 Cawan Serbuk Cheese
  4. 1 Sudu Kecil Garam
  5. 1 Sudu Besar Serbuk Cili


Cara² 
  1. Gunting kulit Popia , jemurkan sekejap dan goreng kekuningan 
  2. Kisarkan serbuk cheese , serbuk cili , garam n gula . 
  3. Gaulkan bahan yang dikisar dengan kulit popia yang dah digoreng tadi
  4. Sedia untuk dimakan.

Selamat Mencuba
Kredit: Farah Subhi




Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers