Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

25 April 2019

COCO NO.1 - SKIN TIGHTENING CREAM MEMBANTU ATASI MASALAH SELULIT DALAM MASA 4 MINGGU!


COCO NO.1 - SKIN TIGHTENING CREAM | MEMBANTU
ATASI MASALAH SELULIT DALAM MASA 4 MINGGU!


Mana ada wanita yang tak stress bila tengok perut kendur dan menggeleber walaupun dah selesai berpantang kan.. dah la tu.. selulit sana sini, stretch mark pulak tu.. Takkan Nak Biar Je Mata Ni Redha Je Semua Tu Kan.. Haa... Hal ni banyak terjadi dekat ibu-ibu yang baru lepas bersalin betul tak?



Haa Kalau Korang Ada Masalah Macam Tu.. Meh TB Nak Tunjuk 1 daripada 2 produk dalam set All About Coco Postpartum Beauty Set ni yang dikatakan mampu menegangkan perut yang kendur dan menggelebeh dan juga mampu mengatasi masalah perut buncit dan gemuk air.

Eh sebelum tu meh baca dulu tentang produk dari All About Coco ni dan apa kelebihannya Produk dari All About Coco ni ..

Kelebihan All About Coco :
❤️ Menggunakan bahan kandungan premium
❤️ Minyak Kelapa Dara berkualiti tinggi yang diestrak tanpa haba
❤️ Formulasi dirumus khas oleh pakar di lab yang diiktiraf oleh KKM
❤️ Mendapat kelulusan KKM
❤️ Selamat digunakan oleh ibu menyusu
❤️ Kesan dalam 4 minggu



Disebabkan TB pun baru guna Coco No.1 Skin Tightening ni, so kita sembang pasal Coco No.1 ni je lah yea.. Dan TB akan share juga sedikit info tentang Coco No.2 di bawah ni nanti..

Coco No.1 Skin Tightening Cream
Coco No.1 Skin Tightening Cream menggabungkan bahan semulajadi seperti Minyak Kelapa Dara dan Tocotrienol (Vitamin E) yang memberikan khasiat awet muda dan keremajaan kulit sekaligus menghaluskan garisan selulit dan menjadikan kulit lebih lembut.

Set ni ada lotion panas untuk bantu hapuskan selulit dan minyak serum untuk bantu hilangkan stretch mark. Harap TB dapat balik perut tegang yang dirindukan sebelum raya ni kan.. eh eh.. puasa pun belum dah sebut-sebut pasal raya kannn.. hahaha

Oh ya, produk ni tak semestinya ibu-ibu sahaja yang boleh guna tau, tapi untuk mereka yang ada masalah selulit dan stretch mark pun boleh guna.

Tak Sabar Nak tengok Resultnya.. Dengar Cerita Dalam masa 4 minggu sahaja Perut rasa tegang dan badan rasa ringan!



Tekstur Coco No.1 Skin Tightening Cream ini adalah tebal tetapi ringan dan mudah diserap oleh kulit, memberikannya kelembapan yang diperlukan.


Mudah meresap ke dalam kulit. bau pun best, TB try sapu kat bahagian selulit di peha.. rasa berangin je masa sapu tu.. dan TB juga suka tahap kepanasan All About Coco Skin Tightening Cream ni sebab tak panas membara sangat dan tak la slow sangat panas nya.. hehehe.. kira tengah-tengah.. sedap je pakai lepas ia meresap.. 





SWIPE UNTUK LIHAT CONTEST YANG MEMBERI GANJARAN HADIAH LUMAYAN! atau terus ke ig -->> @allaboutcocoofficial . . Sape ler tak Stress kan bila tengok perut kendur, menggeleber, selulit sana sini, stretch mark pulak tu.. Takkan Nak Biar Je Mata Ni Tengok Je Semua Tu Kan.. Haa Kalau Korang Ada Masalah Macam Tu.. Meh TB Nak Tunjuk 1 daripada 2 produk dalam set All About Coco postpartum beauty set ni! . . Set ni ada lotion panas untuk bantu hapuskan selulit dan minyak serum untuk bantu hilangkan stretch mark. . . Tak Sabar Nak tengok Resultnya.. Dengar Cerita Dalam masa 4 minggu sahaja Perut rasa tegang dan badan rasa ringan! . . haa.. Yang kat TB ni Coco No.1, Coco No.2 TB tak try lagi.. Eh.. Apa beza Coco No.1 dan Coco No.2 ya? Jom baca kat bawah. . Coco No.1 adalah Skin Tightening Cream. ✅ dibuat daripada cold pressed VCO ✅ mengandungi vitamin e, ekstrak halia & temulawak ✅ bagus utk mengetatkan kulit yg kendur ✅ membantu merampingkan perut ✅ buang angin dalam badan ✅ melawaskan pembuangan ✅ melancarkan peredaran darah ❤️ sesuai utk ibu baru lepas bersalin atau yg mengalami masalah perut bunci & menggeleber . Coco No.2 ialah Stretch Mark Serum Oil ✅ dibuat daripada cold pressed VCO Bersempena dengan Hari Ibu, @allaboutcocoofficial telah mengadakan peraduan Cabutan Bertuah tau.. . . Boleh dapat 1 loket emassss katanyaa! Siapakah 2 mommy bertuah yang akan dapat loket emas ni? Haa boleh jadi korang ke mana tau kann.. . . So kalau nak menang, jom cepat2 hubungi ejen2 All About Coco atau terus je pergi ke www.cocomarket.asia. #allaboutcocoofficial #cocono1 #cocono2 ##allaboutcocopospartumbeautyset #liketovotee
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on



Coco No.1 adalah Skin Tightening Cream.

Antara kelebihan Coco No.1 Skin Tightening Cream :
✅ Dibuat daripada cold pressed VCO
✅ Mengandungi Vitamin E, Ekstrak Halia & Temulawak
✅ Mengurangkan kesan selulit
✅ Menganjalkan kulit yang kendur dan menggeleber
✅ Menegangkan perut
✅ Menganjalkan kulit supaya kelihatan muda & halus
✅ Mengurangkan air berlebihan dalam badan
✅ Membantu membuang angin dalam badan
✅ Menyerikan kulit
✅ Membantu melembapkan kulit
✅ Melawaskan pembuangan
✅ Melancarkan peredaran darah
✅ Membantu menghilangkan gemuk air

Haaa.. cara guna dan bila masa yang sesuai nak guna senang aje.. macam TB ni TB selalu guna sebelum pakai bengkung atau corset.. hehehe.. opss.. terpecah rahsia lak.. haha.. TB memang tengah nak kuruskan pinggang ni.. tu pasai la TB pakai corset.. Haha.. TB akan sapukan di perut secara membulat mengikut arah lawan jam dan kemudian terus pakai bengkung/corset tu.. nyaman je rasa.. 


Haha.. satu lagi lagi masa yang paling sesuai untuk pakai krim ni ialah sebelum korang bersenam tu, Haa.. sapukan dulu Skin Tightening Cream supaya dapat bakar lebih banyak kalori semasa bersenam nanti. Yang ni pun antara salah satu cara paling cepat nak kempiskan perut selain buat sit up atau bicycle crunches. TB ni kadang rajin buat la.. kalau malas.. Zzzzzz jugak..hahaha


Haaa.. Sebenarnya TB pilih Coco No.1 ni sebab masalah utama TB sekarang ni ialah kejadian SELULIT yang semakin menjadi-jadi selepas TB bersalin.. huhu.. pulak tu TB jarang bersenam sebelum ni.. So, lemak pun syoklah melekat kat peha dan lengan.. Susah betul nak hilangkan sesluit tu..

Apa yang TB baca tentang Selulit ni, selulit ni terjadi bukan semata-mata sebab lemak yang terperangkap sahaja yeaa.. malah antara penyebab lainnya juga ialah kerana struktur dalaman kulit kita yang tidak sihat .

Sebab itu kita digalakkan untuk mengurut minyak kelapa dara ke bahagian yang ada selulit untuk melancarkan peredaran darah dan membantu menjana semula sel-sel kulit sihat, sekaligus merawat dan menyamarkan kesan selulit.

Haaa.. Coco No. 1 ni sesuai digunakan pada bila-bila masa je, tapi kalau korang nak tahu yang sebenarnya waktu paling best untuk guna Coco No.1 ni ialah pada waktu malam sebelum tidur. Sampai ke pagi krim ini akan bantu bakar lemak sebab panas dia tahan lama. Haaa.. sesuai sangat untuk ibu yang bersalin secara normal dan nak cepat ramping.

Haaa.. itu je yang dapat TB share kan serba sedikit tentang Coco No.1 Skin Tightening Cream ni setakat ni.. TB baru guna 3-4 kali baru, dan hasilnya TB akan share dan update disini selepas 4 minggu penggunaan ye.. 

Oh ya.. Disebabkan Coco No.1 ni ada kembar dia.. hehehe.. So TB selitkan sikti info tentang kembar dia, iaitu Coco No.2 Stretch Mark Serum Oil yang kegunaannya untuk membantu kurangkan kesan strecthmark serta berfungsi untuk mengatasi masalah-masalah lain juga.. boleh baca info nya dibawah ni yea.. Yang ni TB tak try lagi.. so tak dapat nak cerita pengalaman guna macam mana.. 


Coco No.2 ialah Stretch Mark Serum Oil

KHAS UNTUK IBU-IBU YANG BARU BERSALIN & AKAN BERSALIN TIDAK LAMA LAGI!

Selepas bersalin, memang akan ada ibu-ibu yang menghadapi masalah berat badan dan bentuk badan yang berlebihan serta tidak seperti sebelum mengandung, dan semestinya agak susah untuk kembali langsing selepas bersalin tetapi ianya bukan mustahil.

Ibu-ibu boleh dapatkan bentuk badan asal dan tampil hebat semula dengan set penjagaan badan All About Coco yang berasaskan Minyak Kelapa Dara yang diestrak secara semulajadi.

Formulasi All About Coco adalah unik dan inovatif dicipta oleh pasukan R&D bertauliah dan telah disahkan selamat oleh KKM.

Coco No 2 Stretch Mark Serum Oil mampu membantu ibu untuk :
✅ Mengurangkan kesan selulit & stretchmark
✅ Menganjalkan kulit supaya kelihatan muda & halus
✅ Mengurangkan air berlebihan dalam badan
✅ Membantu membuang angin dalam badan
✅ Membantu menyeimbangkan warna kulit berbeza akibat stretchmark
✅ Menyerikan kulit
✅ Membantu melembapkan kulit
✅ Mampu menyerap jauh ke dalam kulit dan memecahkan molekul lemak


Cara Guna :

Sapu Coco No 2 Stretch Mark Serum Oil 3 kali sehari pada sebelah pagi, petang dan malam sebelum tidur.

Kalau korang nak tahu, TB sebenarnya takde strecthmark di perut tau, sikit pun takde.. bukan bangga ke apa, tapi sebab TB amalkan sapu something kat perut masa start dari awal kehamilan lagi, sebab TB tahu apabila perut makin besar, kulit bahagian luar perut kita akan meregang dan perut akan membesar di bahagian tengah dahulu dan bila dah sampai 6-7 bulan, kita akan terasa kulit seperti ditarik dari bahagian tepi dan bawah pusat. So, untuk mengelakkan stretch mark ni kita dah kena start sapu minyak di perut seawal 3 bulan lagi ye.. 

Untuk ibu hamil, sapu Stretch Mark Serum Oil 3 kali sehari untuk mencegah stretch mark dan buang angin. Untuk ibu lepas bersalin pula, sapu 3 kali sehari dan urut ke arah dalam untuk dapatkan efek slimming.

Haa.. itulah serba sedikit info tentang Coco No.2 Stretch Mark Serum Oil.. Haaa.. Ni TB nak bagi tahu satu pengumuman pulak.. bagi ibu-ibu yang sedang pregnant mahupun dalam pantang tu, boleh lah dapatkan All About Coco Postpartum Beauty Set untuk persediaan dalam pantang kerana ; 

Jom cepat2 hubungi ejen2 All About Coco atau terus je pergi ke :

Website :


Facebook :


Instagram :






Kalau Nak order Coco No.2 je.. Boleh klik link bawah ni yea

Coco No. 2 - Stretch Martk Serum Oil


atau nak order set terus.. klik link bawah ni.. berbaloi2 tauu..


Coco Wonder 2 in 1 pack




16 April 2019

NASI LEMAK SAMBAL SOTONG



NASI LEMAK SAMBAL SOTONG



BAHAN-BAHAN NASI LEMAK:
4 cawan beras
4 cawan air
1 cawan santan pekat
1 batang serai besar-dititk
3 cm halia - di potong nipis
2 ulas bawang merah - dipotong kecil
10 biji lada hitam
3 helai daun pandan- disimpul & ikat
1/2 sudu kecil garam - secukup rasa

CARA MEMASAK:
Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras yang diletak dalam periuk nasi dan masukkan air serta santan , masukkan serai , halia , biji lada hitam , bawang merah dan daun pandan serta garam . Kacau bagi mesra semua bahan dan masak nasi seperti biasa guna periuk letrik .


BAHAN-BAHAN SAMBAL SOTONG:
1 kilo sotong
2 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
3 sudu besar gula - boleh ditambah atau kurang
Garam dan air asam jawa secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

BAHAN DIKISAR HALUS:
10biji cili kering - boleh ditambah
5 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan - dibakar/grill

CARA MEMASAK:
1) Sotong di bersihkan dan dipotong kemudian ditos dan ketepikan dulu.

2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .

3) Masukkan sotong , bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api .

Sotong ni akan keluarkan sedikit air so tak perlu tambah air untuk kuah xtra. Sambal mesti la cukup semua rasa dan saya memang akan guna extra gula sebab nak bagi balance rasa pedas sambal .Sotong tak perlu dimasak terlalu lama nanti akan jadi agak liat so kacau sambal sampai sotong nampak layu dan boleh la ditutup api dapur.












13 April 2019

MENANG HP DeskJet Ink Advantage 3777 All-in-One Printer Dalam Challenge HP LITTLE MAKERS


Menang HP DeskJet Ink Advantage 3777 All-in-One
Printer Dalam Challenge HP LITTLE MAKERS


Hai.. Assalammualaikum.. Petang-petang gini rasa nak up entri tentang HP Little Makers yang dah berlansung start dari bulan Januari 2019 ritu.. TB pun ambil peluang join.. hehehe.. sebab TB sukakan semua aktiviti-aktiviti yang melibatkan harraz.. disamping boleh bermain dengan harraz, harraz dan TB boleh belajar benda baru.. Kadang-Kadang Benda yang kita anggap kita dah tahu secukupnya rupanya kita belum tahu lebih mendalam.. So, dengan join aktiviti dan join Challenge HP Little Makers ni.. Kita dapat belajar sesuatu yang baru.. Yeahh.. 

TB dah join dari Challenge 1 lagi iaitu dari buat Kapal Terbang Kertas yang senang macam kacang tu hinggalah ke 4 challenge-challenge terakhir yang agak mencabar minda.. hehehe.. TB join je sebab harraz sukakan benda-benda baru.. so, tak salah kan join sambil menyelam kot boleh menang HP Printer yang comel tu kan.. hehe.. kalau menang tu TB anggap sebagai Bonus.. 


Alhamdulillah.. memang rezeki tak salah alamat.. rezeki harraz murah sangat-sangat.. memang dari dalam perut asyik ada je rezeki dia.. Haa.. kali ni menang printer HP pulak.. waaah.. rezeki kita harraz.. haaa.. lepas ni lagi ligat la kita buat macam-macam guna printer baru ni.. hehehe.. kenang sayang betul-betul ni.. barang kenangan dengan harraz.. 

Kat sini saja TB tepek kan pengumuman dari Hp_asia tentang pemilihan kami sebagai salah seorang pemenang dari 5 orang untuk Challenge yang kedua iaitu Challenge 2 : Behind The Shadow.. hehehe.. 

Berikut adalah perbualan melalui komen di gambar penyertaan TB.. hehe..

hp_asia

Hi @tengkubutang,
Congratulations, you are one step closer to winning that HP DeskJet Ink Advantage Printer as you’ve been shortlisted as one of the winners for HP Little Makers Challenge 2. But before we select the winner of the challenge, we need you to let us know If your child were to be a puppet character, what would he/she be and why? Just reply to our comment here before Saturday, 2nd March, 11.59pm. We will contact you again by Tuesday, 5th March if you are the winner! Good Luck!

tengkubutang

@hp_asiahai hp_asia, my son is 2 years old and can not talk fluently yet, but when there is any activity we do together, my son will respond that describes him enjoying and being happy with that time .. including this activity.. challenged 3.. "Behind The Shadow", My son is actively playing and learning about the shadows. When playing puppet that day, my son picks a cat character because he likes cats, and I can feel someday that he is also a catlover like his parent (me n his papa)..

hp_asia

Congratulations @tengkubutang! 🌟  We absolutely loved your submission & you are one of the lucky five that has been selected to win the HP DeskJet Ink Advantage Printer for our #HPLittleMakersChallenge 2 😍. Please DM us your full name, delivery address & phone number so that we can send out your prize. Best if you can get back to us by Monday (11th March), so that we can ship out your prize. Congratulations again! Don’t forget to try out our other challenges 😉 #HPMY#reinventlearning

tengkubutang

@hp_asia  wowww .. I was surprised by this announcement .. thank you very much .. i will give details shortly .. i'm too happy to hear this =)..












Aktiviti Cabaran HP Little Makers Bersama HP DeskJet Ink Advantage 3777 All-in-One Printer ni beri sesuatu yang menyeronokkan buat anak kita, kerana apa yang anak mahukan ialah apabila dapat melakukan sesuatu aktiviti baru bersama-sama.. Sebab tu walaupun dah menang hadiah.. TB tetap nak join lagi sebab nak habiskan challenge yang berbaki tu semata-mata sebab sukakan cabaran yang ada.. syok tau dapat buat cabaran yang diberi sambil bermain dengan harraz.. haha.. suka tengok reaksi dia.. 



Oh ya.. kalau korang nak join, masih sempat lagi tau.. ada berbaki lagi 2 challenge untuk korang join.. korang boleh tengok dekat website HP di SINI. Ada 8 aktiviti cabaran HP Little Makers kesemuanya yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak. Tapi yang berbaki untuk korang join hanya tinggal 2 challenge.. Cepatttt.. 


Langkah Penyertaan Cabaran HP Little Makers


Langkah-Langkah Untuk Join boleh tengok kat bawah : 
  1. Muat turun, cetak dan mulakan aktiviti cabaran HP Little Makers.
  2. Rakamkan gambar aktiviti cabaran korang yang dilakukan dan tampilkan bagaimana magisnya kreativiti .
  3. Muat naik gambar aktiviti cabaran yang telah dirakamkan ke laman media sosial (Facebook/Instagram) ataupun muat naik melalui laman web HP. Pastikan laman media sosial tu disetkan kepada tetapan awam atau public 
  4. Sertakan bersama-sama # wajib iaitu #reinventlearning #HPDeskJet #HPLittleMakers #HPMY dan tag HP di @hp_asia (Instagram) atau @HPMalaysia (Facebook).
  5. Muat naik. Done
  6. Dengan Hashtag tersebut pihak Hp akan dapat melihat post korang dan jika ada rezeki korang akan terpilih sebagai pemenang aktiviti cabaran HP Little Makers ini. 

Aktiviti Cabaran HP Little Makers

TB dan harraz dah berjaya buat cabaran ini hingga cabaran ke 6 iaitu : 


Challenge 1: Paper Plane Physics
Ever wondered how long you can make your paper plane fly? It's now under your control while you learn the science behind it all with this Little Makers Challenge.






Yeayyy!!! Cuba teka hari ni kami buat apa??? Haaaa.. Tadaa.. hari ni kami buat Origami Kapal Terbang menggunakan Kertas!! Yeayyy!!! . . Harraz asik sebut airplane ulang2.. Sepanjang kami bersukaria menghasilkan kapal terbang kertas ni, ada saat melucukan bersama Harraz.. Harraz terkesima bila mama layang2kan kapal terbang ni sambil buat bunyi jetttjettjettjett (konon seakan sedang menembak musuh) hahaha.. mungkin dia tak faham apa mama dia sebut tu.. hahaha.. . . Haaa.. Jom lah kita buat kapal terbang kertas bersama si cilik korang.. korang boleh kongsikan saat yang paling lucu antara korang dan anak sepanjang aktiviti ini.. . . p/s : Gambar last tu abaikan mama dengan muka serius buat terbangan menjunam.. wakakak.. . . HP Little Makers Challenge 1 - Paper Plane #HPLittleMakers #HPDeskJet #HPMY @hp_asia
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on


Challenge 2: Behind The Shadows
Shadow puppets are figures that are placed between a light and a screen. Shadow puppetry is a popular form of entertainment in countries all over the world. Time to explore the world of shadow puppetry.


Challenge 3: Time Will Tell
Have you ever played outside all day and noticed that the length and location of your shadow changed as the hours went by? Back then, people are able to tell the time using an instrument called sundial.




HP little Maker (Challenge 3) - Sundial (Time Will Tell) . . Korang pernah tak perhatikan semasa korang bermain dengan anak-anak di luar sepanjang hari dan menyedari bahawa saiz dan lokasi bayang-bayang korang berubah ketika jam berlalu? . Ini kerana matahari akan berubah posisi mengikut putaran waktu. . Haaa.. Orang dulu-dulu dan orang yang suka travel dan terlupa bawa jam, diorang ada cara nak tengok waktu dengan berpandukan cahaya matahari je.. . . Diorang dapat mengetahui masa dengan menggunakan instrumen yang dinamakan sundial. . . hehehe.. hari ni TB dengan harraz nak buat sundial .. saja suka-suka.. . . @hp_asia @HPMalaysia . . Haha.. TB nak tergelak time ni Harraz bukan pelik tengok mama nya buat apa.. tapi dia asyiklah menyebut nombor-nombor yang ada pada sundial TB tu.. haha.. suka kot sebab warna warni.. lawa tak TB buat? hehehehe.. . . SEDIKIT INFO TENTANG SEJARAH SUN DIAL (JAM MATAHARI) Menurut catatan sejarah, sundial atau jam matahari merupakan jam tertua dalam peradaban manusia. Jam ini dibuat oleh seorang ahli Astronomi muslim bernama Ibnu al-Shatir sekitar 3.500 tahun sebelum Masehi. Jam ini menunjukan waktu berdasarkan letak matahari, dengan cara memanfaatkan bayangan yang menimpa permukaan datar. Ibnu al-Shatir membagi waktu dalam sehari dengan 12 jam, pada musim dingin waktu pendek, sedangkan pada musim panas waktu lebih panjang . . #HPLittleMakers #HPDeskJet #HPMY
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on


Challenge 4: Around The World
Are you curious on what other cities or countries look like? This challenge gives you the opportunity to explore landmarks of other countries and discover some of the best hidden treasures in the world.





HP LITTLE MAKERS (Challenge 4) : Around The World . Tak sangka Challenge yang ke 4 ni betul-betul mencabar dari @hp_asia .. . Bukan anak yang pening.. Mama dengan anaknya dua-dua pening.. haha.. tipulah.. harraz tak pening lansung sebab dia tahu nak main dan teka-teka je apa yang dia lihat.. TB ajar juga dia sebut apa yang dia lihat tu.. Dia happy sangat sepanjang TB atur2 kan Landmark2 ni mengikut negara.. . Haaa.. Cabaran kali ni sangat TB suka kerana kami berpeluang mengenali dan meneroka "Landmark" atau Mercu Tanda negara-negara lain dan menemui beberapa khazanah tersembunyi yang terbaik di dunia. . Haa.. kalau korang nak tahu sesebuah negara atau bandar tu macam mana? kenali Mercu Tanda / Landmark nya dulu. . . Harraz pun dah boleh sebut nama-nama negara pada maps ni tau.. hehehe.. . #HPLittleMakers #HPDeskJet #HPMY #harraz30juzuk
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on



Challenge 5: Unboxing Imagination
Time to spring out some surprises using a 'Jack in the Box'. It is one of the favourite well known toys of kids all around the world and now you can make your own!




Challenge 6: Animal Kingdom
Many animals living on Earth today are endangered, which means they are at risk of dying out on Earth. This challenge, you will learn how to create 3 endangered animal models with the ancient art of paper folding.






A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on




A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on


Challenge 7: Look At The Stars
Make a wish upon the stars by getting to know about the constellations. This challenge will help you learn about the Northern Hemisphere and their constellations.


NEXT UPDATE


Bagi setiap aktiviti cabaran HP Little Makers, pihak HP akan memilih 5 orang pemenang bertuah untuk memenangi hadiah-hadiah yang berupa produk HP yang bernilai RM 500.00. Cabaran ini juga terbuka kepada individu kanak-kanak yang berusia di antara 5 hingga 12 tahun.

Haa.. yang ni la printer yang TB dan Harraz dapat tu.. hehehe.. kecil dan comel je kan.. 

HP DeskJet Ink Advantage 3777 All-in-One Printer bersaiz kompak dan tanpa wayar. Kecil dan mudah dibawa kemana-mana. Kalau nak print pun mudah sangat sebab ia wireless, dengan handphone pun boleh print jugak.. Tak kiralah Android atau Apple iOS Boleh je..

HP DeskJet Ink Advantage 3777 All-in-One Printer ni boleh cetak, imbas, boleh copy atau fotostat jugak tau..  Korang nak jugak? Bolehlah terjah website HP Online Store ni. Klik SINI yea.. harag pun berpatutan sangat.. RM 370.00 je seunit. 

Untuk butiran lanjut mengenai cabaran HP Little Makers... 


atau 



Nak join challenge seterusnya? boleh klik dibawah :

HP LITTLE MAKERS CHALLENGE




Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers