Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

01 Mei 2019

Founder JamuMall - Khairul Nizam Beri Inpirasi Kejayaan Buat Semua

Founder JamuMall - Khairul Nizam Beri Inpirasi Kejayaan Buat Semua

Zaman sekarang ramai yang suka memilih kerja dan nak kerja senang aje.. walhal Allah dah beri tulang 4 kerat yang sempurna tapi masih lagi tak bersyukur.. Rela jadi penganggur kerana tak dapat pekerjaan yang dimahukan dan boleh pulak rasa tak bersalah duduk saja dirumah dan membebankan ibu bapa diorang.. Mereka patut lihat video dibawah ni supaya mereka tahu hargai apa yang mereka miliki sekarang berbanding kehidupan orang lain yang tidak bernasib baik.

I am Inspired by Khairul Nizam JamuMall Founder...



Luahan Hati Nizam 3 Jari Dalam Videonya : 

Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku bersyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai..


yg paling best aku dpt sediakan rumah mewah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...



Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku?? 

Lihatlah aku ... 

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidur perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .



Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat .. 

Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...


Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !! 

Ramai cuba memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ... 

Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..


Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang .. 




Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!! 



Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!! 

Sedih kan baca luahan hati Khairul Nizam ni.. 

Masa TB tengok video atas ni.. TB macam rasa pernah tengok Khairul Nizam ni 3/4 tahun lepas.. Kalau tak silap TB Khairul ni la yang jadi founder satu jenama perfume tu.. Hah.. betul lah! Confirm.. 

Semua terjadi selepas bisnes perfume beliau yang sebelum itu bukan jenama beliau telah dirampas pihak berkuasa.. 
dan beliau tidak mengalah malah bangkit semula bina empayar beliau sehingga menghasilkan perfume jenama sendiri dan juga produk-produk lain.. 
dan sekarang tak disangka-sangka disebabkan kecekalan dia dan semangat untuk bangkit, dia semakin berjaya dan berada di tahap sekarang... Tahniah Khairul.. Ini membuktikan OKU juga boleh berjaya dalam hidup.. 
Walaupun dengan keadaan hidupnya tidak sempurna, makan terpaksa disuap, mandi terpaksa dengan bantuan orang lain, Tidur terpaksa dijaga orang lain.. Namun Khairul tidak menganggap itu semua melemahkan semangat beliau.. 


Beliau tetap terus berjuang untuk memastikan ada sinar disebalik kekurangannya.. dan empayar Jamumall miliknya adalah bukti diatas semua usah8a dan kecekalannya.. tahniah khairul! Seharusnya kita yang sihat dan sempurna ni haruslah mencontohi Khairul dan menjadikan beliau sumber inspirasi kita untuk berjaya dalam hidup.. 
Jom follow Khairul Nizam

FB :
https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
PAGE :
https://www.facebook.com/Jamumallcom/
IG: 
https://www.instagram.com/hyekhairul/
Website :
https://jamumall.com/

29 April 2019

RESEPI APAM NASI GEBU-GEBAS, SEDAP DAN MUDAH!



RESEPI APAM NASI GEBU-GEBAS,
SEDAP DAN MUDAH!


Haa.. Ada satu hari tu.. TB tengok nasi sikit punya banyak lebih.. Kalau simpan karang tahan ke esoknya entah, Tapi sayangnya rasa nak buang.. sebab terbayang-bayang rezeki tu kan.. Tak elok dibuang-buang.. So, TB pun teringat Apam Nasi yang Blogger Syamimi pernah share dulu.. Terus TB wasap mimi tanya dia resepi tu.. mimi pun share lah link blog dia tu.. haaa.. apa lagi.. bahan semua dah cukup.. operasi membuat apam nasi pun bermula.. kali ni TB tak nak lah jadi durhaka.. kih3.. tau apa maksud durhaka? Dah dibagi resepi, kau tak nak ikut.. kau pinda2 pulak tu, penyudahnya.. dah tak jadi.. haaa.. pastu salahkan resepi atau bahan.. walhal kau yang tak ikut resepi yang di bagi.. main hentam kromo je..  hahahaha..



Eh termelalut pulak.. haa.. Dibawah ni resepi sepenuhnya TB ikut dari mimi , takde tokok tambah bahan, takde lebih atau terkurang sukatan.. cukup2 je TB buat.. Tu sebab menjadi.. heheheh.. Jom tengok resepi mudah dan simple ni.. boleh buat masa bulan puasa nanti..


BAHAN-BAHAN :
  • 2 cawan nasi
  • 2 1/2 Cawan Air
  • 1 1/2 Cawan Gula
  • 2 Cawan Tepung Beras
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 1 Paket Kecil Mauripan/Yis

CARA-CARA :
  • Masukkan semua bahan tadi ke dalam blender.
  • Blend kan kasi nasi nampak hancur
  • Kemudian perapkan dalam 1-2jam, biarkan mauripan /yis tu bertindak.
  • Kemudian kukus. Antara 15-30 minit
  • Bak kata mimi, sebelum nak tuang bancuhan kedalam loyang tu, pastikan loyang tu dah disapu dengan minyak dulu ye. takut nanti melekat tak boleh nak keluarkan.
  • Pastikan jangan penuh sangat masa tuang ke loyang tu.. biar ada tinggal 2 inci ruang ye.. sebab nanti yis mauripan tu bertindak,ia akan menyebabkan bancuhan tu mengembang dan boleh melimpah keluar kalau isi penuh sangat dalam loyang tu..
  • lepas dah 10-15 minit cucuk dengan garfu atau lidi untuk memastikan dia dah masak atau belum.. kalau lidi tu takde melekat bancuhan tadi maka dah masak la tu.. 
  • Lepas tu biar selama 10 minit atau lebih.. tunggu dia betul2 sejuk baru best makan.. isi pun gebu jeee.. jangan potong kejap-kejap tu nanti isi tak cantik.. tak gebu
  • Kalau nak lagi sedap boleh letak kelapa parut yang digaul dengan sedikti garam.. macam TB makan macam tu pun OK .. sebab memang kegemaran..


Haaaa.. korang tau.. masa dah masak tu.. TB punya tak sabar nak makannn.. hahaha.. terus cubit-cubit dan rasa terus.. tapi masa tu tak berapa gebus sangat.. so, TB tunggu sejuk dulu.. haaa.. time ni gebus gebas tau rasa dia.. hehehe.. selamat mencuba..


Tengok ni dah tinggal nak habis TB sorang makan.. Gebus kan! Opss.. TB makan sorang sebab kat rumah tu TB sorang je suka apom ni.. Harraz n Papa dia macam tak suka kuih jenis ni.. 


Thank You kat mimi / Syamimi Saad sebab share resepi mudah giler ni.. Alhamdulillah.. syok sangat.. 1st time buat ni.. hehehe.. nanti nak buat untuk mak pulak.. mesti mak suka.. haha..




View this post on Instagram

Masa Ni Ada Nasi Lebih.. Rasa Sayang Sangat Nak Buang.. Asik Membazir Je Tuhan Marah.. So, TB Pun Try Mesej @syamimi8088 Tanya Resepi Apom Nasi.. Hehehe.. Bahan2 Pun Ada.. Apa Lagi.. Terus Buat.. Alhamdulillah.. Menjadi Pulak.. Walaupun Dia Kempis Masa TB Buka Penutup Tu.. . . Haha. Tapi Isi Dalam Elok Masak Betul.. Sedapp.. Memang Kegemaran TB.. Harraz Tak Suka.. So TB Makan Sorang Je Lah Nampaknya.. . . Dah Asingkan Untuk Papa Nya Tapi ... . . So kita makan sorang.. jangan membazir.. tuhan marah.. nanti dia tarik rezeki kita yang lain baru tahu.. kannn.. . . Apom nasi ni dibuat dari nasi.. TB mintak resepi dari @syamimi8088 . Jom tengok resepinya.. Nak tahu lebih lanjut leh baca di blog www.tengkubutang.com . . RESEPI APAM NASI Untuk bahan-bahannya : 2 cawan nasi 2 1/2 cawan air 1 1/2 cawan gula 2 cawan tepung beras 2 cawan tepung gandum 1 paket kecil mauripan/yis Cara-caranya : Masukkan semua bahan tadi ke dalam blender. Blend kan kasi nasi nampak hancur Kemudian perapkan dalam 1-2jam, biarkan mauripan /yis tu bertindak. Kemudian kukus. Antara 15-30 minit . . Nanti bila nak kukus, pastikan bekas untuk isi bahan tadi tu disapu dengan minyak dulu ye. takut nanti melekat tak boleh nak keluarkan. . . pastikan jangan penuh sangat masa tuang ke loyang tu.. biar ada tinggal 2 inci ruang ye.. sebab nanti yis mauripan tu bertindak,ia akan menyebabkan bancuhan tu mengembang dan boleh melimpah keluar kalau isi penuh sangat dalam loyang tu.. . lepas dah 10-15 minit cucuk dengan garfu atau lidi untuk memastikan dia dah masak atau belum.. kalau lidi tu xde melekat bancuhan tadi maka dah masak la tu.. . . Lepas tu biar selama 10 minit atau lebih.. tunggu dia betul2 sejuk baru best makan.. isi pun gebu jeee.. jangan potong kejap2 tu nanti isi x cantik.. x gebu
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘áƒ¦) (@tengkubutang) on



28 April 2019

Stellarlica Mix Buat Kulit Cantik & Berseri




Stellarlica Mix Buat Kulit Cantik & Berseri 


Hai semua.. hari ni TB nak share dengan korang tentang satu produk yang berfungsi untuk mencerahkan kulit dan mempunyai pelbagai manfaat lain. Produk tersebut ialah Stellarlica Mix iaitu didatangkan dalam bentuk serbuk yang lazat kerana ia dihasilkan dari beri campuran dan acai berry sebagai bahan untuk untuk menyediakan fungsi kesihatan dan kecantikan sistemik. 






TB sukakan package pink ni,sukakan rasa dia, dan sukakan packagingnya yang didatangkan dalambox yang keras dan berwarna putih.. nampak mewah gitu..Sachet tu pun senang nak dibawa kemana-mana sebab kecil je.. boleh masuk dalam beg, poket mahupun selit je dalam wallet korang.. hehehe.. Boleh koyak dan tuang dalam mulut bila-bila masa dan dimana-mana saja..haa.. best kan!





Manfaat Stellarlica Mix:
  1. Pengurangan dalam garis-garis halus
  2. Mencerahkan pigmentasi
  3. Mengandungi tekture kulit
  4. Melambatkan penuaan pra-matang
  5. Mengurangkan kerosakan DNA
  6. Mengurangkan kerosakan otot
  7. Berkesan untuk mencerahkan kulit
  8. Detoksifikasi dengan cara yang lembut dan semula jadi
  9. Melawan Radikal negatif bebas dengan antioksidan
  10. Menyediakan penyembuhan mikro pada kulit lebih cepat ke kulit
  11. Mengurangkan proses keradangan kulit




Cara nak consume hanya ambil 2 sachet setiap hari, buka paket dan tuangkannya terus ke dalam mulut. kenapa kena 2 sachet sehari? kerana 2 sachet adalah kandungan yang mencukupi untuk kesan yang optima.. So, kalau nak cantik, cerah dan tiad alagi kulit kusam.. kenalah consume cara yang betul ye.. 

TB baru try selama 5 hari dan hasilnya tona kulit nampak cerah sedikit dari sebelumnya tapi masih belum cerah yang berbeza sangat la kan.. Kena tunggu 1 bulan baru TB boleh cerita balik macam mana kesan selepas consume nya ya..  InsyaAllah TB akan UPDATE kat sini nanti selepas sebulan penggunaan..




Stellalica Mix ni datang dalam bentuk serbuk so, sangat mudah nak consume..Hanya koyakkan sachet dan masukkan serbuk yang lazat ni ke dalam mulut korang dan nikmati rasa buah mix beri yang sedap tu.. Ia sedap sebab dibuat daripada 100% buah beri dan sangatlah lazat. Selepas consume selama 5 hari kulit TB terasa lebih ringan, saiz liang roma pun nama mengecil.

So TB berharap lagi sebulan kulit TB akan jadi lebih baik, dapat kulit yang lebih halus, licin dan sihat. Tambahan pula TB tertarik apabila ada testimoni yang mengatakan dengaan men consume Stellarlica Mix  kita dapat mengurangkan demam, selsema atau rasa badan tidak sihat, ini  kerana Stellarlica Mix juga mengandungi vitamin-C dimana ia akan memberi kekuatan sistem imun yang lebih baik dan 100% selamat digunakan.



TB nak consume Stellarlica Mix ni sebab TB nak  memastikan kulit TB yang kering ni terhidrat dan dalam keadaan baik Yang penting macam TB kata tadi.. senang sangat nak consume, sebab ia dalam bentuk serbuk, buka pek dan telan. Ia berjalan dengan lancar tanpa air, saiz pun comel dan mudah untuk dibawa dan ideal untuk orang dewasa yang sibuk. Amat disyorkan!"



Antara sebab lain yang buat TB nak consume Stellarlica Mix ni ialah kerana ia boleh mengurangkan garis halus dan melewatkan penuaan pramatang TB. Produk ini juga boleh membantu untuk menyahtoksik dengan cara yang lembut dan semula jadi. i likeee..







Dapatkannya dengan harga PROMO
RM380 / 2box (NP Rm500)

untuk lebih info sila hubungi whatsapp: 
+60129686443

facebook: 

#acaiberry #whitening #whiteningpowder #stellarlicamix





25 April 2019

COCO NO.1 - SKIN TIGHTENING CREAM MEMBANTU ATASI MASALAH SELULIT DALAM MASA 4 MINGGU!


COCO NO.1 - SKIN TIGHTENING CREAM | MEMBANTU
ATASI MASALAH SELULIT DALAM MASA 4 MINGGU!


Mana ada wanita yang tak stress bila tengok perut kendur dan menggeleber walaupun dah selesai berpantang kan.. dah la tu.. selulit sana sini, stretch mark pulak tu.. Takkan Nak Biar Je Mata Ni Redha Je Semua Tu Kan.. Haa... Hal ni banyak terjadi dekat ibu-ibu yang baru lepas bersalin betul tak?



Haa Kalau Korang Ada Masalah Macam Tu.. Meh TB Nak Tunjuk 1 daripada 2 produk dalam set All About Coco Postpartum Beauty Set ni yang dikatakan mampu menegangkan perut yang kendur dan menggelebeh dan juga mampu mengatasi masalah perut buncit dan gemuk air.

Eh sebelum tu meh baca dulu tentang produk dari All About Coco ni dan apa kelebihannya Produk dari All About Coco ni ..

Kelebihan All About Coco :
❤️ Menggunakan bahan kandungan premium
❤️ Minyak Kelapa Dara berkualiti tinggi yang diestrak tanpa haba
❤️ Formulasi dirumus khas oleh pakar di lab yang diiktiraf oleh KKM
❤️ Mendapat kelulusan KKM
❤️ Selamat digunakan oleh ibu menyusu
❤️ Kesan dalam 4 minggu



Disebabkan TB pun baru guna Coco No.1 Skin Tightening ni, so kita sembang pasal Coco No.1 ni je lah yea.. Dan TB akan share juga sedikit info tentang Coco No.2 di bawah ni nanti..

Coco No.1 Skin Tightening Cream
Coco No.1 Skin Tightening Cream menggabungkan bahan semulajadi seperti Minyak Kelapa Dara dan Tocotrienol (Vitamin E) yang memberikan khasiat awet muda dan keremajaan kulit sekaligus menghaluskan garisan selulit dan menjadikan kulit lebih lembut.

Set ni ada lotion panas untuk bantu hapuskan selulit dan minyak serum untuk bantu hilangkan stretch mark. Harap TB dapat balik perut tegang yang dirindukan sebelum raya ni kan.. eh eh.. puasa pun belum dah sebut-sebut pasal raya kannn.. hahaha

Oh ya, produk ni tak semestinya ibu-ibu sahaja yang boleh guna tau, tapi untuk mereka yang ada masalah selulit dan stretch mark pun boleh guna.

Tak Sabar Nak tengok Resultnya.. Dengar Cerita Dalam masa 4 minggu sahaja Perut rasa tegang dan badan rasa ringan!



Tekstur Coco No.1 Skin Tightening Cream ini adalah tebal tetapi ringan dan mudah diserap oleh kulit, memberikannya kelembapan yang diperlukan.


Mudah meresap ke dalam kulit. bau pun best, TB try sapu kat bahagian selulit di peha.. rasa berangin je masa sapu tu.. dan TB juga suka tahap kepanasan All About Coco Skin Tightening Cream ni sebab tak panas membara sangat dan tak la slow sangat panas nya.. hehehe.. kira tengah-tengah.. sedap je pakai lepas ia meresap.. 





SWIPE UNTUK LIHAT CONTEST YANG MEMBERI GANJARAN HADIAH LUMAYAN! atau terus ke ig -->> @allaboutcocoofficial . . Sape ler tak Stress kan bila tengok perut kendur, menggeleber, selulit sana sini, stretch mark pulak tu.. Takkan Nak Biar Je Mata Ni Tengok Je Semua Tu Kan.. Haa Kalau Korang Ada Masalah Macam Tu.. Meh TB Nak Tunjuk 1 daripada 2 produk dalam set All About Coco postpartum beauty set ni! . . Set ni ada lotion panas untuk bantu hapuskan selulit dan minyak serum untuk bantu hilangkan stretch mark. . . Tak Sabar Nak tengok Resultnya.. Dengar Cerita Dalam masa 4 minggu sahaja Perut rasa tegang dan badan rasa ringan! . . haa.. Yang kat TB ni Coco No.1, Coco No.2 TB tak try lagi.. Eh.. Apa beza Coco No.1 dan Coco No.2 ya? Jom baca kat bawah. . Coco No.1 adalah Skin Tightening Cream. ✅ dibuat daripada cold pressed VCO ✅ mengandungi vitamin e, ekstrak halia & temulawak ✅ bagus utk mengetatkan kulit yg kendur ✅ membantu merampingkan perut ✅ buang angin dalam badan ✅ melawaskan pembuangan ✅ melancarkan peredaran darah ❤️ sesuai utk ibu baru lepas bersalin atau yg mengalami masalah perut bunci & menggeleber . Coco No.2 ialah Stretch Mark Serum Oil ✅ dibuat daripada cold pressed VCO Bersempena dengan Hari Ibu, @allaboutcocoofficial telah mengadakan peraduan Cabutan Bertuah tau.. . . Boleh dapat 1 loket emassss katanyaa! Siapakah 2 mommy bertuah yang akan dapat loket emas ni? Haa boleh jadi korang ke mana tau kann.. . . So kalau nak menang, jom cepat2 hubungi ejen2 All About Coco atau terus je pergi ke www.cocomarket.asia. #allaboutcocoofficial #cocono1 #cocono2 ##allaboutcocopospartumbeautyset #liketovotee
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘áƒ¦) (@tengkubutang) on



Coco No.1 adalah Skin Tightening Cream.

Antara kelebihan Coco No.1 Skin Tightening Cream :
✅ Dibuat daripada cold pressed VCO
✅ Mengandungi Vitamin E, Ekstrak Halia & Temulawak
✅ Mengurangkan kesan selulit
✅ Menganjalkan kulit yang kendur dan menggeleber
✅ Menegangkan perut
✅ Menganjalkan kulit supaya kelihatan muda & halus
✅ Mengurangkan air berlebihan dalam badan
✅ Membantu membuang angin dalam badan
✅ Menyerikan kulit
✅ Membantu melembapkan kulit
✅ Melawaskan pembuangan
✅ Melancarkan peredaran darah
✅ Membantu menghilangkan gemuk air

Haaa.. cara guna dan bila masa yang sesuai nak guna senang aje.. macam TB ni TB selalu guna sebelum pakai bengkung atau corset.. hehehe.. opss.. terpecah rahsia lak.. haha.. TB memang tengah nak kuruskan pinggang ni.. tu pasai la TB pakai corset.. Haha.. TB akan sapukan di perut secara membulat mengikut arah lawan jam dan kemudian terus pakai bengkung/corset tu.. nyaman je rasa.. 


Haha.. satu lagi lagi masa yang paling sesuai untuk pakai krim ni ialah sebelum korang bersenam tu, Haa.. sapukan dulu Skin Tightening Cream supaya dapat bakar lebih banyak kalori semasa bersenam nanti. Yang ni pun antara salah satu cara paling cepat nak kempiskan perut selain buat sit up atau bicycle crunches. TB ni kadang rajin buat la.. kalau malas.. Zzzzzz jugak..hahaha


Haaa.. Sebenarnya TB pilih Coco No.1 ni sebab masalah utama TB sekarang ni ialah kejadian SELULIT yang semakin menjadi-jadi selepas TB bersalin.. huhu.. pulak tu TB jarang bersenam sebelum ni.. So, lemak pun syoklah melekat kat peha dan lengan.. Susah betul nak hilangkan sesluit tu..

Apa yang TB baca tentang Selulit ni, selulit ni terjadi bukan semata-mata sebab lemak yang terperangkap sahaja yeaa.. malah antara penyebab lainnya juga ialah kerana struktur dalaman kulit kita yang tidak sihat .

Sebab itu kita digalakkan untuk mengurut minyak kelapa dara ke bahagian yang ada selulit untuk melancarkan peredaran darah dan membantu menjana semula sel-sel kulit sihat, sekaligus merawat dan menyamarkan kesan selulit.

Haaa.. Coco No. 1 ni sesuai digunakan pada bila-bila masa je, tapi kalau korang nak tahu yang sebenarnya waktu paling best untuk guna Coco No.1 ni ialah pada waktu malam sebelum tidur. Sampai ke pagi krim ini akan bantu bakar lemak sebab panas dia tahan lama. Haaa.. sesuai sangat untuk ibu yang bersalin secara normal dan nak cepat ramping.

Haaa.. itu je yang dapat TB share kan serba sedikit tentang Coco No.1 Skin Tightening Cream ni setakat ni.. TB baru guna 3-4 kali baru, dan hasilnya TB akan share dan update disini selepas 4 minggu penggunaan ye.. 

Oh ya.. Disebabkan Coco No.1 ni ada kembar dia.. hehehe.. So TB selitkan sikti info tentang kembar dia, iaitu Coco No.2 Stretch Mark Serum Oil yang kegunaannya untuk membantu kurangkan kesan strecthmark serta berfungsi untuk mengatasi masalah-masalah lain juga.. boleh baca info nya dibawah ni yea.. Yang ni TB tak try lagi.. so tak dapat nak cerita pengalaman guna macam mana.. 


Coco No.2 ialah Stretch Mark Serum Oil

KHAS UNTUK IBU-IBU YANG BARU BERSALIN & AKAN BERSALIN TIDAK LAMA LAGI!

Selepas bersalin, memang akan ada ibu-ibu yang menghadapi masalah berat badan dan bentuk badan yang berlebihan serta tidak seperti sebelum mengandung, dan semestinya agak susah untuk kembali langsing selepas bersalin tetapi ianya bukan mustahil.

Ibu-ibu boleh dapatkan bentuk badan asal dan tampil hebat semula dengan set penjagaan badan All About Coco yang berasaskan Minyak Kelapa Dara yang diestrak secara semulajadi.

Formulasi All About Coco adalah unik dan inovatif dicipta oleh pasukan R&D bertauliah dan telah disahkan selamat oleh KKM.

Coco No 2 Stretch Mark Serum Oil mampu membantu ibu untuk :
✅ Mengurangkan kesan selulit & stretchmark
✅ Menganjalkan kulit supaya kelihatan muda & halus
✅ Mengurangkan air berlebihan dalam badan
✅ Membantu membuang angin dalam badan
✅ Membantu menyeimbangkan warna kulit berbeza akibat stretchmark
✅ Menyerikan kulit
✅ Membantu melembapkan kulit
✅ Mampu menyerap jauh ke dalam kulit dan memecahkan molekul lemak


Cara Guna :

Sapu Coco No 2 Stretch Mark Serum Oil 3 kali sehari pada sebelah pagi, petang dan malam sebelum tidur.

Kalau korang nak tahu, TB sebenarnya takde strecthmark di perut tau, sikit pun takde.. bukan bangga ke apa, tapi sebab TB amalkan sapu something kat perut masa start dari awal kehamilan lagi, sebab TB tahu apabila perut makin besar, kulit bahagian luar perut kita akan meregang dan perut akan membesar di bahagian tengah dahulu dan bila dah sampai 6-7 bulan, kita akan terasa kulit seperti ditarik dari bahagian tepi dan bawah pusat. So, untuk mengelakkan stretch mark ni kita dah kena start sapu minyak di perut seawal 3 bulan lagi ye.. 

Untuk ibu hamil, sapu Stretch Mark Serum Oil 3 kali sehari untuk mencegah stretch mark dan buang angin. Untuk ibu lepas bersalin pula, sapu 3 kali sehari dan urut ke arah dalam untuk dapatkan efek slimming.

Haa.. itulah serba sedikit info tentang Coco No.2 Stretch Mark Serum Oil.. Haaa.. Ni TB nak bagi tahu satu pengumuman pulak.. bagi ibu-ibu yang sedang pregnant mahupun dalam pantang tu, boleh lah dapatkan All About Coco Postpartum Beauty Set untuk persediaan dalam pantang kerana ; 

Jom cepat2 hubungi ejen2 All About Coco atau terus je pergi ke :

Website :


Facebook :


Instagram :






Kalau Nak order Coco No.2 je.. Boleh klik link bawah ni yea

Coco No. 2 - Stretch Martk Serum Oil


atau nak order set terus.. klik link bawah ni.. berbaloi2 tauu..


Coco Wonder 2 in 1 pack




16 April 2019

NASI LEMAK SAMBAL SOTONG



NASI LEMAK SAMBAL SOTONG



BAHAN-BAHAN NASI LEMAK:
4 cawan beras
4 cawan air
1 cawan santan pekat
1 batang serai besar-dititk
3 cm halia - di potong nipis
2 ulas bawang merah - dipotong kecil
10 biji lada hitam
3 helai daun pandan- disimpul & ikat
1/2 sudu kecil garam - secukup rasa

CARA MEMASAK:
Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras yang diletak dalam periuk nasi dan masukkan air serta santan , masukkan serai , halia , biji lada hitam , bawang merah dan daun pandan serta garam . Kacau bagi mesra semua bahan dan masak nasi seperti biasa guna periuk letrik .


BAHAN-BAHAN SAMBAL SOTONG:
1 kilo sotong
2 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
3 sudu besar gula - boleh ditambah atau kurang
Garam dan air asam jawa secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

BAHAN DIKISAR HALUS:
10biji cili kering - boleh ditambah
5 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan - dibakar/grill

CARA MEMASAK:
1) Sotong di bersihkan dan dipotong kemudian ditos dan ketepikan dulu.

2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .

3) Masukkan sotong , bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api .

Sotong ni akan keluarkan sedikit air so tak perlu tambah air untuk kuah xtra. Sambal mesti la cukup semua rasa dan saya memang akan guna extra gula sebab nak bagi balance rasa pedas sambal .Sotong tak perlu dimasak terlalu lama nanti akan jadi agak liat so kacau sambal sampai sotong nampak layu dan boleh la ditutup api dapur.












Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers