Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

03 Mei 2019

MUDAHNYA NAK TEMPAH RISALAH / FLYERS DI GOGOPRINT!


MUDAHNYA NAK TEMPAH
RISALAH / FLYERS DI GOGOPRINT!


Pada zaman era globalisasi seperti sekarang ni, teknologi internet memang menjadi medium paling popular untuk mempromosikan bisnes dan pemasaran. Namun bagi TB penggunaan Risalah / Flyers marketing juga masih boleh digunakan oleh syarikat yang menjalankan perniagaan dalam apa sahaja sektor. Ini adalah kerana flyers adalah salah satu cara pengiklanan yang boleh menarik bakal pelanggan kita untuk mengenali produk atau bisnes kita dengan lebih dekat sebab bukan semuanya yang ada masa untuk belek-belek info di internet dan bukan semua orang sentiasa ada data internet, betul tak? Nak melayari satu persatu website mungkin agak kurang selesa bagi sesetengah orang..




Haa.. dari sini kita nampak sedikit sebanyak Flyers lah antara medium terbaik untuk kita dapat lihat apa-apa info secara fizikal.. Siap boleh ulang-ulang baca dan faham.. 

Bagi TB banyak sangat kelebihan flyers di dalam proses pengiklanan dan pemasaran dan disini TB nak nyatakan mengapa ia masih relevan diteruskan walaupun sudah berada di era teknologi di mana media sosial menjadi medium untuk memasarkan barangan dengan efektif.

Flyers masih digunakan kerana :-

  • Kos Yang Efektif & Berpatutan
  • Design Yang Mudah
  • Informasi Yang Padat
  • Lembaran Risalah Berwana Menarik
  • Tagline / Headline yang Menarik
  • Mudah Diedarkan
  • Sesuai Untuk Mereka Yang Tidak Pandai Internet

Macam TB pun sukakan cara promosi guna Flyers jugak.. Kalau korang nak tahu nak cetak flyers tak lah mahal mana pun, sebab ia mudah didapati di mana-mana kedai printing. So persaingan pun ramai juga, masing-masing menawarkan harga yang cukup murah. Harga yang ditawarkan adalah bergantung pada jumlah minimum tempahan yang kita lakukan. Kalau korang tempah sikit je maka harga berbeza sikit dengan tempah banyak (lebih dari 100) .. Kalau TB suka tempah kuantiti lebih terus.. untung sangat..  

Haa.. bagi korang yang sependapat dengan TB tentang kepentingan Flyers / Risalah dalam sesuatu perniagaan / pemasaran, ni TB nak share dengan korang tentang Sebuah Syarikat Percetakan  Online yang bermula dari Thailand dan kini mula terkenal di Malaysia. Syarikat tersebut ialah  Gogoprint.  

Gogoprint adalah syarikat percetakan dalam talian di Malaysia dan Asia Tenggara. Gogoprint mengambil tempahan Cetak kad perniagaan, risalah, booklet, poskad dan banyak lagi dalam talian, mereka juga menyediakan penghantaran percuma di seluruh Malaysia

Gogoprint yang pernah tersenarai di beberapa portal terkemuka tempatan seperti Techcrunch, malaymail dan vulcanpost ini mempunyai visi yang berbeza untuk menghasilkan produk percetakan yang murah, mudah dan kos efektif, selain itu dapat membantu perniagaan kecil dan sederhana untuk memasarkan perniagaan mereka dan berkembang. Gogoprint menggunakan percetakan kertas berkualiti tinggi dan sistem tempahan dalam talian yang mudah digunakan.

Apa yang ditawarkan oleh Gogoprint?



Tengok.. Banyak nya produk yang Gogoprint ni boleh buatkan.. Pendek kata nak print apa apa pun boleh.. so, lepas ni TB pun dah jumpa website yang TB cari-cari sebelum ni untuk print Flyers yang TB mahukan.. 



Gogoprint menyediakan Flyers/Risalah, Banners, Poster, penanda buku, Bisnes kad, Poskad, Kad Raya, Kad Jemputan Kahwin, Letterhead, Leaflets, Stickers, Gift Vouchers, Loyalty Cards dan banyak lagi.. dan terbaru Gogoprint telah mengeluarkan satu lagi produk best yang kita pasti teruja nak buat juga.. Tau apa dia? 



Haa.. ini dia SPOT UV BUSINESS CARD yang lain dari lain. Bagi yang belum tahu tentang apa itu Spot UV Business Card , meh TB share sikit info nya disini . Spot UV Business Card ialah bisnes kad yang mempunyai design timbul atau berkilat pada permukaan kad bisnes kita. Ia seakan Salutan Berkilat yang boleh dirasa dengan jari.. dan ia pastinya meninggalkan effect yang sangat cantik serta membuatkan kita tertarik nak menyimpan kad tersebut.. 

Haa.. bagi yang dah kehabisan bisnes kad tu.. boleh la try order dekat gogoprint ni.. dan pilih Spot Uv Business Card bagi nampak kelainan sikit bisnes kad korang dengan orang lain.. Harga bermula pada RM55.01 untuk 100 keping.


Haaa.. Adakah korang tahu yang di Gogoprint juga korang boleh mencetak Sampul Duit Raya korang? Tak perlu susah-susah nak edit.. just pilih je design sampul pilihan korang dari koleksi hebat di Gogoprint tu.

Harga Bermula pada RM 0.3764 satu keping untuk 500 keping! Haa.. apa lagi.. jom Cetak Sampul Duit Raya korang .. 

Oh ya.. di Gogoprint juga ada juga menawarkan perkhidmatan Design percuma untuk satu-satu product tetapi ada terma dan syarat dikenakan. Terdapat juga template yang disediakan untuk memberi pilihan kepada pengguna semasa membuat tempahan .


Macam mana nak order di Gogoprint?



Mula-Mula sekali korang tengok Servis yang macam mana korang mahukan.. 


1. Upload Your Own Artwork File: Pilih opsyen ini kalau korang memang dah ada artwork korang sendiri iaitu dalam bentuk file (PDF and AI formats preferred), kemudian muat naik sebelum checkout.

2. Browse & Use our Free Templates: Korang boleh pilih banyak pilihan template percuma di Gogoprint dan hanya perlu edit sahaja produk korang secara online menggunakan editor. Ia adalah mudah dan cepat.

3. Order Free Design: Pilih pilihan ini jika korang nak salah seorang pereka yang berpengalaman di Gogoprint untuk merangka design ala profesional untuk produk korang.

  1. Daftar sebagai pengguna 
  2. Pilih produk yang korang nak cetak.
  3. Ikuti arahan dan pilih reka bentuk atau muat naik template reka bentuk korang
  4. Pilih kuantiti untuk mencetak dan tarikh penghantaran
  5. Mengesahkan & membuat pembayaran melalui kaedah pembayaran pembelian online
  6. Pengesahan e-mel akan dihantar selepas pembayaran selesai
  7. Pemberitahuan e-mel berkenaan dengan nombor tracking penghantaran disediakan

Kalau tak faham juga korang boleh tengok dekat link ni yea.. cara untuk order 


Bagi TB dengan adanya website percetakan secara online seperti Gogoprint ni, kita dapat menjimatkan banyak masa kita. Tak perlu nak keluar menguruskan urusan order meng order ni.. tak perlu nak menunggu lama dan pa;ing penting tak perlu nak bersesak-sesak di jalan raya semata-mata nak keluar ke kedai untuk print .




Kan mudah sangat order je dekat Gogoprint ni.. Haa.. macam korang yang nak buat Flyers tadi tu.. boleh je order dekat sini --> Risalah /Flyers, klik je dan muat naik rekaan ataupun gambar yang ingin dicetak secara terus melalui laman web ni, tak perlu dah nak keluar kemana-mana untuk buat tempahan.. 

Masa pun tak terbuang, tempahan pun dah siap order.. tunggu barang sampai je kan.. Haaa.. kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut tentang Gogoprint ni.. korang boleh layari gogoprint.com.my.



Website :

facebook :


MY Gogoprint Sdn. Bhd. 
(Mon - Fri, 9:00AM to 6:00PM) 
Suite 2.03, Level 2, 
Wisma E & C, 
No.2 Lorong Dungun Kiri, Damansara Heights, 
50490 Kuala Lumpur.
Phone: +603 2631 5899


LOSYEN DARA BONDA NING SALMAH BANTU KEMPISKAN PERUT DAN KURANGKAN SELULIT


LOSYEN DARA BONDA NING SALMAH
BANTU KEMPISKAN PERUT DAN
KURANGKAN SELULIT


Masa bersalin kan harraz hari tu TB tak dapat nak jaga perut sangat sebab TB ditakdirkan bersalin melalui pembedahan / CZER. Untuk mereka yang bersalin Czer pastinya tahu yang mereka tidak boleh memakai bengkung atau mengurut.. Alahai.. masa tu frust jugak la kan.. tak boleh nak bertepel.. tak boleh nak mengurut bagi buang angin.. TB rasa macam tunggu jelah perut kempis sendiri.. haha.. memang tak lah kan.. perut tu still la buncit sampai sekarang..

Haha.. Tapi TB baru tahu rupanya orang bersalin czer ni boleh je pakai bengkung, cuma jangan kuat sangat ikatnya.. pakai longgar sikit  sebab bengkung tu semata-mata untuk ampu perut dari bergesel atau bergoyang-goyang ketika berjalan atau buat kerja harian.. Almaklumlah luka diluar nampak je dah baik.. luka jahitan didalam kita tak tahu rupa mana kan.. sebab tu kena pastikan luka tu baik betul dulu.. sebab itu jugaklah bila kita berjalan ke apa.. terasaaaaa jeee jahitan dalam perut tu macam bergesel-gesel bergoyang-goyang.. hahaha.. terus TB amalkan pakai bengkung.. rasa macam perut tu tak statik je je bergoyang .. haha.. 

Haaa.. masa tu TB sapu minyak panas je.. kadang pakai bengkung macam tu je.. tak letak apa-apa minyak sebelum tu. Ni TB terjumpa pulak Losyen Dara Bonda dari @ningsalmah yang orang dok sebut sebut ketika ini.. Katanya elok untuk kempiskan perut.. 

Ha.. kalau korang nak tau Losyen Dara Bonda Ning Salmah ni adalah merupakan Amalan bertepel yang selalu ibu-ibu lepas bersalin akan lakukan, ia merupakan salah satu cara wanita mengekalkan perut yang kempis dan kulit yang mulus. Kini dengan gabungan herba-herba terpilih dan haruman yang menyegarkan, amalan tepel moden ini membantu mengekalkan kecantikan diri wanita pada bila-bila masa dengan menggunakan Losyen Dara Bonda Ning Salmah.



Nak tau apa Manfaat Losyen Dara Bonda ni? 
Losyen ni boleh :-




Haaa.. tengok tu.. tak ke best bila dapat jumpa something yang boleh bantu ibu-ibu lepas bersalin nak kuruskan badan? kempiskan perut.. buang angin dalam badan.. semudah 1 sapuan je.. Yang penting ramuan yang dihasilkan selamat digunakan .. Jom tengok apa dia kelebihan dan manfaat guna Losyen Dara Bonda NingSalmah ni.. 

❤ Mengempiskan perut dan membantu masalah perut buncit
❤ Memberikan bentuk badan yang ideal selepas bersalin
❤ Melindungi kulit daripada penuaan
❤ Melembap dan menganjalkan kulit
❤ Mengurangkan tanda regangan pada kulit (strecth mark) & selulit 
❤ Sesuai Untuk Lepas Pantang dan Sebelum berbengkung 

Ha.. banyak kan manfaat Losyen ni.. yang paling best TB suka sebab tekstur Losyen Dara Bonda Ning Salmah ni senang nak menyerap dalam kulit.. bau dia best dan tak menyakitkan hidung.. Untuk TB yang berkulit sensitif ni tiada masalah nak sapu Losyen ni.. tiada tanda kemerahan atau tanda pedih-pedih pun.. Rasa Ok je pakai.. Maksudnya memang sesuai lah dengan kondisi kulit TB ni.. So, siapa yang ada kulit sensitif tu jangan risau.. insyaAllah sesuai juga gunakan ni untuk kempiskan perut korang..

TB guna losyen ni untuk kempis kan bahagian perut.. Caranya hanya perlu sapu dan ratakan dikawasan perut atau peha atau bahagian yang ada selulit secara membulat.. gosok-gosok sikit bagi losyen menyerap sepenuhnya.. Lepas tu baru lah nak pakai bengkung ke apa kan.. .

Haa.. Tapel orang dulu-dulu selalunya guna cara letak kapur yang dibancuh dengan limau nipis kan? lepas tu sapu kat perut dan dalam beberapa minit terus pakai bengkung.. Bagus cara ni.. kakak TB dulu guna cara ni.. cara lama-lama .. memang kempiskan perut, cuma renyah la kan sebab kapur-kapur tu bila kering jadi serbuk dan debu.. jatuh-jatuh atas tempat tidur..

Haaa.. sekarang ni.. tak macam tu dah.. sapu je Losyen Dara Bonda ni, sekejap je dah meresap.. pastu pakai bengkung.. elok je bangun dari tempat tidur, bersih je.. Haaa.. So.. Amalan Tapel Moden kini boleh diteruskan dengan penggunaan Losyen Dara Bonda, yang menggabungkan bahan moden dan tradisional. Losyen ini dapat membantu memberi bentuk badan yang ideal, disamping membantu mengurangkan tanda regangan dan selulit pada kulit. 


Haa.. jom.. kita kempiskan perut.. Sebelum tidur sapu Losyen Dara Bonda ni dulu.. Aromanya yang best buat rasa tidur pun lena je.. hehehe.. iyeee.. bau dia best.. TB suka.. hehe.. 


Tak tau cara nak pakai? Meh tengok gambar bawah  ni TB ajar Cara nak guna macam mana :



Mula-mula buka penutup Losyen Dara Bonda yang comel ni..
Geramm tengok corak pada tiub ni.. bunga-bunga gitu kan..


Kemudian letak kat tapak tangan korangikut berapa jumlah korang nak guna.. 
Dalam gambar ni TB letak kat atas tangan sebab nak tunjuk tekstur dia je.. 


Haa..korang nampak taktekstur dia..berwarna macam coklat susu gitu..


Lepas tu sapu dan ratakan kat kawasan yang korang nak letak losyen ni tadi.. 


Kemudian urut dan ratakan secara membulat ..arah lawan jam.. 
kalau rajin selawat lasikit mintak lemak-lemak tu berkurangan..hihihi.. 


sapu rata sampai ia betul-betul dah meresap.. 
time ni tapak tangan pun dah ada rasapijar2 sikitkan..hehe



Untuk info lanjut, korang boleh lawati :


Website :

 FB : 

 IG : 

01 Mei 2019

Founder JamuMall - Khairul Nizam Beri Inpirasi Kejayaan Buat Semua

Founder JamuMall - Khairul Nizam Beri Inpirasi Kejayaan Buat Semua

Zaman sekarang ramai yang suka memilih kerja dan nak kerja senang aje.. walhal Allah dah beri tulang 4 kerat yang sempurna tapi masih lagi tak bersyukur.. Rela jadi penganggur kerana tak dapat pekerjaan yang dimahukan dan boleh pulak rasa tak bersalah duduk saja dirumah dan membebankan ibu bapa diorang.. Mereka patut lihat video dibawah ni supaya mereka tahu hargai apa yang mereka miliki sekarang berbanding kehidupan orang lain yang tidak bernasib baik.

I am Inspired by Khairul Nizam JamuMall Founder...



Luahan Hati Nizam 3 Jari Dalam Videonya : 

Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku bersyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai..


yg paling best aku dpt sediakan rumah mewah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...



Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku?? 

Lihatlah aku ... 

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidur perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .



Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat .. 

Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...


Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !! 

Ramai cuba memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ... 

Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..


Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang .. 




Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!! 



Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!! 

Sedih kan baca luahan hati Khairul Nizam ni.. 

Masa TB tengok video atas ni.. TB macam rasa pernah tengok Khairul Nizam ni 3/4 tahun lepas.. Kalau tak silap TB Khairul ni la yang jadi founder satu jenama perfume tu.. Hah.. betul lah! Confirm.. 

Semua terjadi selepas bisnes perfume beliau yang sebelum itu bukan jenama beliau telah dirampas pihak berkuasa.. 
dan beliau tidak mengalah malah bangkit semula bina empayar beliau sehingga menghasilkan perfume jenama sendiri dan juga produk-produk lain.. 
dan sekarang tak disangka-sangka disebabkan kecekalan dia dan semangat untuk bangkit, dia semakin berjaya dan berada di tahap sekarang... Tahniah Khairul.. Ini membuktikan OKU juga boleh berjaya dalam hidup.. 
Walaupun dengan keadaan hidupnya tidak sempurna, makan terpaksa disuap, mandi terpaksa dengan bantuan orang lain, Tidur terpaksa dijaga orang lain.. Namun Khairul tidak menganggap itu semua melemahkan semangat beliau.. 


Beliau tetap terus berjuang untuk memastikan ada sinar disebalik kekurangannya.. dan empayar Jamumall miliknya adalah bukti diatas semua usah8a dan kecekalannya.. tahniah khairul! Seharusnya kita yang sihat dan sempurna ni haruslah mencontohi Khairul dan menjadikan beliau sumber inspirasi kita untuk berjaya dalam hidup.. 
Jom follow Khairul Nizam

FB :
https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
PAGE :
https://www.facebook.com/Jamumallcom/
IG: 
https://www.instagram.com/hyekhairul/
Website :
https://jamumall.com/

29 April 2019

RESEPI APAM NASI GEBU-GEBAS, SEDAP DAN MUDAH!



RESEPI APAM NASI GEBU-GEBAS,
SEDAP DAN MUDAH!


Haa.. Ada satu hari tu.. TB tengok nasi sikit punya banyak lebih.. Kalau simpan karang tahan ke esoknya entah, Tapi sayangnya rasa nak buang.. sebab terbayang-bayang rezeki tu kan.. Tak elok dibuang-buang.. So, TB pun teringat Apam Nasi yang Blogger Syamimi pernah share dulu.. Terus TB wasap mimi tanya dia resepi tu.. mimi pun share lah link blog dia tu.. haaa.. apa lagi.. bahan semua dah cukup.. operasi membuat apam nasi pun bermula.. kali ni TB tak nak lah jadi durhaka.. kih3.. tau apa maksud durhaka? Dah dibagi resepi, kau tak nak ikut.. kau pinda2 pulak tu, penyudahnya.. dah tak jadi.. haaa.. pastu salahkan resepi atau bahan.. walhal kau yang tak ikut resepi yang di bagi.. main hentam kromo je..  hahahaha..



Eh termelalut pulak.. haa.. Dibawah ni resepi sepenuhnya TB ikut dari mimi , takde tokok tambah bahan, takde lebih atau terkurang sukatan.. cukup2 je TB buat.. Tu sebab menjadi.. heheheh.. Jom tengok resepi mudah dan simple ni.. boleh buat masa bulan puasa nanti..


BAHAN-BAHAN :
  • 2 cawan nasi
  • 2 1/2 Cawan Air
  • 1 1/2 Cawan Gula
  • 2 Cawan Tepung Beras
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 1 Paket Kecil Mauripan/Yis

CARA-CARA :
  • Masukkan semua bahan tadi ke dalam blender.
  • Blend kan kasi nasi nampak hancur
  • Kemudian perapkan dalam 1-2jam, biarkan mauripan /yis tu bertindak.
  • Kemudian kukus. Antara 15-30 minit
  • Bak kata mimi, sebelum nak tuang bancuhan kedalam loyang tu, pastikan loyang tu dah disapu dengan minyak dulu ye. takut nanti melekat tak boleh nak keluarkan.
  • Pastikan jangan penuh sangat masa tuang ke loyang tu.. biar ada tinggal 2 inci ruang ye.. sebab nanti yis mauripan tu bertindak,ia akan menyebabkan bancuhan tu mengembang dan boleh melimpah keluar kalau isi penuh sangat dalam loyang tu..
  • lepas dah 10-15 minit cucuk dengan garfu atau lidi untuk memastikan dia dah masak atau belum.. kalau lidi tu takde melekat bancuhan tadi maka dah masak la tu.. 
  • Lepas tu biar selama 10 minit atau lebih.. tunggu dia betul2 sejuk baru best makan.. isi pun gebu jeee.. jangan potong kejap-kejap tu nanti isi tak cantik.. tak gebu
  • Kalau nak lagi sedap boleh letak kelapa parut yang digaul dengan sedikti garam.. macam TB makan macam tu pun OK .. sebab memang kegemaran..


Haaaa.. korang tau.. masa dah masak tu.. TB punya tak sabar nak makannn.. hahaha.. terus cubit-cubit dan rasa terus.. tapi masa tu tak berapa gebus sangat.. so, TB tunggu sejuk dulu.. haaa.. time ni gebus gebas tau rasa dia.. hehehe.. selamat mencuba..


Tengok ni dah tinggal nak habis TB sorang makan.. Gebus kan! Opss.. TB makan sorang sebab kat rumah tu TB sorang je suka apom ni.. Harraz n Papa dia macam tak suka kuih jenis ni.. 


Thank You kat mimi / Syamimi Saad sebab share resepi mudah giler ni.. Alhamdulillah.. syok sangat.. 1st time buat ni.. hehehe.. nanti nak buat untuk mak pulak.. mesti mak suka.. haha..




View this post on Instagram

Masa Ni Ada Nasi Lebih.. Rasa Sayang Sangat Nak Buang.. Asik Membazir Je Tuhan Marah.. So, TB Pun Try Mesej @syamimi8088 Tanya Resepi Apom Nasi.. Hehehe.. Bahan2 Pun Ada.. Apa Lagi.. Terus Buat.. Alhamdulillah.. Menjadi Pulak.. Walaupun Dia Kempis Masa TB Buka Penutup Tu.. . . Haha. Tapi Isi Dalam Elok Masak Betul.. Sedapp.. Memang Kegemaran TB.. Harraz Tak Suka.. So TB Makan Sorang Je Lah Nampaknya.. . . Dah Asingkan Untuk Papa Nya Tapi ... . . So kita makan sorang.. jangan membazir.. tuhan marah.. nanti dia tarik rezeki kita yang lain baru tahu.. kannn.. . . Apom nasi ni dibuat dari nasi.. TB mintak resepi dari @syamimi8088 . Jom tengok resepinya.. Nak tahu lebih lanjut leh baca di blog www.tengkubutang.com . . RESEPI APAM NASI Untuk bahan-bahannya : 2 cawan nasi 2 1/2 cawan air 1 1/2 cawan gula 2 cawan tepung beras 2 cawan tepung gandum 1 paket kecil mauripan/yis Cara-caranya : Masukkan semua bahan tadi ke dalam blender. Blend kan kasi nasi nampak hancur Kemudian perapkan dalam 1-2jam, biarkan mauripan /yis tu bertindak. Kemudian kukus. Antara 15-30 minit . . Nanti bila nak kukus, pastikan bekas untuk isi bahan tadi tu disapu dengan minyak dulu ye. takut nanti melekat tak boleh nak keluarkan. . . pastikan jangan penuh sangat masa tuang ke loyang tu.. biar ada tinggal 2 inci ruang ye.. sebab nanti yis mauripan tu bertindak,ia akan menyebabkan bancuhan tu mengembang dan boleh melimpah keluar kalau isi penuh sangat dalam loyang tu.. . lepas dah 10-15 minit cucuk dengan garfu atau lidi untuk memastikan dia dah masak atau belum.. kalau lidi tu xde melekat bancuhan tadi maka dah masak la tu.. . . Lepas tu biar selama 10 minit atau lebih.. tunggu dia betul2 sejuk baru best makan.. isi pun gebu jeee.. jangan potong kejap2 tu nanti isi x cantik.. x gebu
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘áƒ¦) (@tengkubutang) on



28 April 2019

Stellarlica Mix Buat Kulit Cantik & Berseri




Stellarlica Mix Buat Kulit Cantik & Berseri 


Hai semua.. hari ni TB nak share dengan korang tentang satu produk yang berfungsi untuk mencerahkan kulit dan mempunyai pelbagai manfaat lain. Produk tersebut ialah Stellarlica Mix iaitu didatangkan dalam bentuk serbuk yang lazat kerana ia dihasilkan dari beri campuran dan acai berry sebagai bahan untuk untuk menyediakan fungsi kesihatan dan kecantikan sistemik. 






TB sukakan package pink ni,sukakan rasa dia, dan sukakan packagingnya yang didatangkan dalambox yang keras dan berwarna putih.. nampak mewah gitu..Sachet tu pun senang nak dibawa kemana-mana sebab kecil je.. boleh masuk dalam beg, poket mahupun selit je dalam wallet korang.. hehehe.. Boleh koyak dan tuang dalam mulut bila-bila masa dan dimana-mana saja..haa.. best kan!





Manfaat Stellarlica Mix:
  1. Pengurangan dalam garis-garis halus
  2. Mencerahkan pigmentasi
  3. Mengandungi tekture kulit
  4. Melambatkan penuaan pra-matang
  5. Mengurangkan kerosakan DNA
  6. Mengurangkan kerosakan otot
  7. Berkesan untuk mencerahkan kulit
  8. Detoksifikasi dengan cara yang lembut dan semula jadi
  9. Melawan Radikal negatif bebas dengan antioksidan
  10. Menyediakan penyembuhan mikro pada kulit lebih cepat ke kulit
  11. Mengurangkan proses keradangan kulit




Cara nak consume hanya ambil 2 sachet setiap hari, buka paket dan tuangkannya terus ke dalam mulut. kenapa kena 2 sachet sehari? kerana 2 sachet adalah kandungan yang mencukupi untuk kesan yang optima.. So, kalau nak cantik, cerah dan tiad alagi kulit kusam.. kenalah consume cara yang betul ye.. 

TB baru try selama 5 hari dan hasilnya tona kulit nampak cerah sedikit dari sebelumnya tapi masih belum cerah yang berbeza sangat la kan.. Kena tunggu 1 bulan baru TB boleh cerita balik macam mana kesan selepas consume nya ya..  InsyaAllah TB akan UPDATE kat sini nanti selepas sebulan penggunaan..




Stellalica Mix ni datang dalam bentuk serbuk so, sangat mudah nak consume..Hanya koyakkan sachet dan masukkan serbuk yang lazat ni ke dalam mulut korang dan nikmati rasa buah mix beri yang sedap tu.. Ia sedap sebab dibuat daripada 100% buah beri dan sangatlah lazat. Selepas consume selama 5 hari kulit TB terasa lebih ringan, saiz liang roma pun nama mengecil.

So TB berharap lagi sebulan kulit TB akan jadi lebih baik, dapat kulit yang lebih halus, licin dan sihat. Tambahan pula TB tertarik apabila ada testimoni yang mengatakan dengaan men consume Stellarlica Mix  kita dapat mengurangkan demam, selsema atau rasa badan tidak sihat, ini  kerana Stellarlica Mix juga mengandungi vitamin-C dimana ia akan memberi kekuatan sistem imun yang lebih baik dan 100% selamat digunakan.



TB nak consume Stellarlica Mix ni sebab TB nak  memastikan kulit TB yang kering ni terhidrat dan dalam keadaan baik Yang penting macam TB kata tadi.. senang sangat nak consume, sebab ia dalam bentuk serbuk, buka pek dan telan. Ia berjalan dengan lancar tanpa air, saiz pun comel dan mudah untuk dibawa dan ideal untuk orang dewasa yang sibuk. Amat disyorkan!"



Antara sebab lain yang buat TB nak consume Stellarlica Mix ni ialah kerana ia boleh mengurangkan garis halus dan melewatkan penuaan pramatang TB. Produk ini juga boleh membantu untuk menyahtoksik dengan cara yang lembut dan semula jadi. i likeee..







Dapatkannya dengan harga PROMO
RM380 / 2box (NP Rm500)

untuk lebih info sila hubungi whatsapp: 
+60129686443

facebook: 

#acaiberry #whitening #whiteningpowder #stellarlicamix





Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers