Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

02 September 2019

MONITOR 32" VIEWSONIC VX3276-2K-MHD, KUALITI PREMIUM DENGAN HARGA MAMPU MILIK

MONITOR 32" VIEWSONIC VX3276-2K-MHD, 

KUALITI PREMIUM DENGAN HARGA MAMPU MILIK


Hai. hari ni TB nak share tentang Monitor baru yang kami baru beli minggu lepas, Monitor ni kami pilih sebab sukakan ciri-ciri yang ada padanya. Haa.. Monitor yang TB katakan ini ialah ViewSonic VX3276-2K-mhd iaitu sebuah monitor 32"bezel tanpa bingkai, reka bentuk minimalis, dan resolusi WQHD (2560 x 1440). Apa yang TB suka ialah Ciri-ciri reka bentuk seperti profil ultra tipis, Kaki monitor nya yang berbentuk segitiga perak logam, dan screen tanpa bingkai membuatkan kita terasa seperti memakai sebuah monitor premium yang sesuai digunakan baik di rumah mahupun di pejabat.


VX3276-2K-mhd dengan teknologi panel jenis IPS dan warna 10-bit kaya untuk menghasilkan pelbagai warna yang sangat cantik dengan sudut tontonan yang luas. Bunyi Stereo disediakan oleh Pembesar Suara Bersepadu dari dua monitor, manakala DisplayPort, Mini DP, dan 2 HDMI port menawarkan pilihan sambungan fleksibel untuk kegunaan harian dan permainan game.
  
REKA BENTUK PREMIUM
Rekabentuk moniter yang premium dengan ciri ciri moden seperti ultra tipis, bezel tanpa bingkai dan kaki moniter 3 segi yang unit dan kukuh memberikan rasa puas hati pengguna memilikinya dengan harga mampu milik.

  
RESOLUSI WQHD YANG CEMERLANG
Skrin resolusi 32 "WQHD (2560 x 1440) besar menyampaikan imej terperinci yang jelas, dan sehingga 70% lebih banyak kandungan skrin paparan daripada resolusi HD Penuh (1920 x 1080). Sepanjangan TB guna moniter ini dalam seminggu ini terasa sangat berpuas hati, siapa yang selalu terlibat dengan kerja-kerja reka grafik Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan perisian video edit pasti anda akan terasa sangat berbaloi beli ViewSonic VX3276-2k-mhd ini.


TEKNOLOGI JENIS SUPERCLEAR ® IPS
Nikmati warna yang kaya dan terang dengan tahap kecerahan yang konsisten, tidak kira sudut pandangannya. Dengan teknologi panel jenis IPS SuperClear ® , monitor VX3276-2K-mhd memberikan kualiti imej yang sama, samaada anda melihat skrin dari atas, bawah, depan atau sisi. Yang ni TB suka sangat sebab kalau monitor bias ayang lain, kita akan berasa tidak selesa kalau melihat dari arah kiri atau kanan.. nanmun dengan monitor Viewsonic ni dari arah mana pun korang melihat ke screen ni, kualiti imej tu tetap sama dan jelas,,


BERBILION WARNA
Dengan menggunakan warna 10-bit, VX3276-2K-mhd mampu menghasilkan palet warna lebih satu bilion warna, menghasilkan lebih banyak warna, penyebaran warna yang lebih terang, dan peralihan yang lebih semula jadi di antara warna..

  
TETAPAN PENGOPTIMUMAN VIEWMODE
ViewSonic'sViewMode boleh ditetapkan ke paparan untuk  "Game," "Filem," "Web," "Teks," "Mono", dan "Mac" dioptimumkan. Setiap pratetap menawarkan peningkatan khusus untuk lengkung gamma, suhu warna, kontras, dan kecerahan untuk menyampaikan pengalaman tontonan yang optimum untuk aplikasi yang berbeza.


KESAMBUNGAN FLEKSIBEL
Input DisplayPort, HDMI, dan miniDP menawarkan pelbagai keserasian, memberikan anda kelonggaran akhirnya sama ada anda menonton video, bermain permainan game, atau bekerja.

  
PEMANDANGAN YANG SELESA
Dengan Teknologi Flicker Free dan Penapis Cahaya Biru memberikan kita rasa selesa berdepan dengan monitor dalam jangka waktu yang agak lama, tiada masalah sakit mata bila untuk melihat movie, membuat kerja atau bermain game pada waktu yang lama.

  
BUNYI YANG PADU
Terdapat Pembesar suara stereo bersepadu di dalam moniter VX3276-2K-mhd, kualiti bunyi boleh dikatakan agak bagus dan apabila dipadankan dengan kualiti gambar 10bit dan saiz paparan 32 inci memang boleh dikatakan kepuasan yang anda akan rasa sangat luar biasa.

  
PENGGUNAAN TENAGA RENDAH
Eco-mode yang terdapat pada moniter ini memberi penjimatan tenaga dan mendapat pengiktirafan sebanyak 4 bintang dari energyrating.gov.au.  VX3276-2K-mhd adalah ENERGY STAR yang mematuhi dan menggabungkan kecekapan tenaga dan penjimatan kuasa ke dalam prestasi skrin monitor yang menakjubkan.



KESERASIAN VESA
Memasang monitor dengan mudah ke pilihan anda dengan menggunakan reka bentuk mount serasi 100mm x 100mm VESA. TB ambil masa hanya beberapa minit sahaja untuk memasang mount tersebut dan tidak memerlukan apa apa kepakaran untuk memasangnya.


PANDANGAN TB SELEPAS BEBERAPA MINGGU MENGGUNAKAN
 MONITOR VX3276-2K-MHD INI

Kalau Anda Pengguna perisian Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan membuat kerja kerja edit video dan gambar, moniter ini adalah pilihan yang sangat tepat, Paparan ruang kerja yang sangat luas memberi keselesaan yang maximum dan puas hati dalam penghasilan karga seni.

Untuk gaming pun TB rasa ok untuk yang bukan yang extreme gamer, senang cerita yang bukan mampu nak pakai monitor bangsawan, tapi untuk gamer macam husband TB tiap hari mengadap Call Of Duty Black Ops 4,  dia memang suka monitor ini sebab display yang besar, warna yang cantik, tidak menyakitkan mata dengan harga pasaran RM1099 untuk saiz moniter 32inci bagi TB rasanya sangat berbaloi-baloi. Viewsonic  VX3276-2K-mhd ini datang dengan 3 tahun dan sekiranya terdapat masalah kita boleh terus boleh hubungi Viewsonic Malaysia. 


UNBOXING VX3276-2K-MHD

Kotak Viewsonic VX3276-2K-mhd



Kedudukan Kabel Power, HDMI, Kaki 3 Segi dan Manual Pengguna tersusun kemas dan rapi

Nah, tengok belakang pun dah cun dan tak sabar nak test, dengan logo 
viewsonic dengan dibungkus dengan cun



 Wow , TB tak tahu nak cakap mcm mana , happy sangat, serius 32 inci memang idaman, dengan bingkai ultra tipis, kemas, memang terbaik dan harga mampu milik rasa macam beli barang premium, tebal monitor ni macam dah sama tebal smart phone rasanya.



Senang nak pasang , tak payah tengok manual pun dah tahu nak pasang , mudah , hanya 3 skru sahaja, bila dah pasang memang tegap, besinya padat dan tak goyang monitor bila dah bagi berdiri.


Tiba Masa untuk test moniter baru, memang tak sabar, tak ada ler berat sangat, TB sorang boleh angkat, tiba masa untung pasang cable power dan hdmi nak test on tengok macam mana.

BILA DAH PASANG , JOM KITA TEST MONITOR BARU, 

Video Test ViewSonic VX3276-2K-mhd

 Test Call Of Duty Black Ops 4, Padu dah Hebat Juga Monitor Ini

 Kualiti dan Warna Paparan permainan games tidak mengecewakan.... memang cun cun

 Husband dia ni jenis kalau buat kerja dia suka buka banyak banyak app, 
Ai, Youtube, Shopee, Blog memang wajib buka

 RGB light merata rata, dah rasa mcm ada fun fare dalam bilik,  Winner, Winner Chiken Dinner

Monitor dah baru , keyboard dan mouse pad kena la baru, husband senyap senyap beli Techware Phantom RGB Backlit Mechanical Keyboard dan Aigo darkFlash Flex 800 RGB Gaming Mousepad

Last Sekali apa yang boleh TB bagi last komen...Wow Wow Wow , seperti jatuh cinta pandang pertama...


SPESIFIKASI VIEWSONIC VX3276-2K-MHD

Monitor Saiz: 32 "W (31.5" Best Viewed)
Panel Teknologi: IPS Jenis a-si Active Matrix LCD TFT
Resolusi: 2560 x 1440
paparan Kawasan: 698.11mm (H) x 392.68mm (V)
Nisbah Bidang: 16: 9
Kecerahan : 250 cd / m 2 (Typ)
Nisbah Kontras: 1200: (Typ) 1
Nisbah kontras dinamik: 80,000,000: 1
Melihat sudut: 178 darjah / 178 darjah (Typ)
Response Time: 4ms
latar: 1 bar lampu LED
latar Life: 30,000 Hrs (Min)
Warna: 1.07 Bilion warna, 10 bit (8bit + FRC)
Warna Gamut: 75% daripada NTSC (Typ)
Panel Surface: Jenis Anti-Silauan, Salutan keras (3H), Jerebu 25%
Pixel Pitch: 0.273mm (H) x 0.273mm (V)

Untuk Maklumat Mengenai Monitor dan produk viewsonic boleh ke




28 Ogos 2019

BiO-LiFE Buat Jualan Gudang besar-Besaran Di Citta Mall Pada- 6-9 Sep 2019:


BiO-LiFE Buat Jualan Gudang Besar-Besaran Di Citta Mall Pada- 6-9 Sep 2019:


Koranggggg.. BiO-LiFE Malaysia nak buat Jualan Warehouse mereka di Citta Mall nanti tauuu.. Korang jangan lepaskan peluang untuk menikmati harga potongan dan diskaun yang berbaloi bagi Vitamins & Supplements BiO-LiFE.

Bestnya TB tengok Ada banyak special diskaun sehingga 80%. Produk-produknya termasuklah suplement untuk kecantikan, Vitamin C, Sendi, Jantung, Probiotics, Kanak-kanak dan banyak lagi.

BiO-LiFE akan menjalankan Jualan 4-Hari Gudang dari 6 September hingga 9 September 2019 di Citta Mall, Ara Damansara PJ dari 11 pagi hingga 9 malam. Diskaun sehingga 80% ke atas suplemen, vitamin & mineral. Inilah masanya kita serbu dan shopping banyak2 weh..

Opsss.. korang.. tunggu dulu. TB lupa bagi tahu. Ada lagi yang best... iaitu tambahan RM5 voucher untuk BiO-LiFE Privilege Customer (BLPC) customers (pendaftaran percuma di lokasi)
👉 Ujian Kolesterol PERCUMA untuk 50 orang setiap hari!

Jom cepat! grab selagi boleh produk Bio Life yang tengah offer!


Untuk maklumat lanjut layari :

Facebook: 
https://www.facebook.com/events/973408699671519/

DETAIL-DETAIL LAIN :

Masa: 11 pagi - 9 malam
Tarikh: 6 September 2019 hingga 9 September 2019

Tempat di:
Tingkat 2, Ruang Angkasa, Citta Mall, Ara Damansara
1, Jalan PJU 1a / 48, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, 
Selangor, Malaysia

Peta Google: 
https://goo.gl/maps/MwDQDwyAyb1sH1uYA

Lokasi Waze: 
https://waze.com/ul/hw281xqrv3



23 Ogos 2019

KEKALKAN USUS YANG SIHAT BERSAMA DETOX MINTOX KIWI FIBER DRINK


KEKALKAN USUS YANG SIHAT BERSAMA DETOX MINTOX KIWI FIBER DRINK 

Jika sebelum ni TB ada up info tentang Detox Mintox serta kesan TB berdetox selama 2 minggu dengan Detox Mintox Kiwi Fiber Drink ni, kali ni TB nak berkongsi pula bagaimana hasilnya setelah 2 bulan consume .. 

Sejujurnya, masa TB mula-mula mengambilnya pada minggu pertama hari tu, TB dapat rasa ia  membersihkan banyak toksik dari badan TB. Kadang rasa macam seolah-olah semua toksik yang terkumpul di dalam badan TB selama bertahun-tahun tu dah keluar semuanya.. Sebab effect makan Mintox ni kita asyik nak membuang je kan.. haha.. 

Pada minggu ke enam dan ke tujuh pula, Selepas proses Detox berlaku, TB mula mendapati  kulit TB macam agak smooth dan cerah, dan sudah semestinya kesan lain ialah berat badan yang berkurangan. sebab TB rasa badan macam lebih ringan sikit berbanding sebelum mengambil mintox.


Haa.. bagi TB lah kan..  kesan dari Mintox telah membawa kesan positif ke atas badan TB sepanjang 12 minggu penggunaan. TB rasa badan TB lebih ringan, dan lebih baik. Mungkin lepas ni TB hanya perlu mengawal pemakanan dengan baik untuk mendapat hasil yang paling berkesan.

Untuk itu, TB sangat mengesyorkan produk ini kepada mereka yang merasakan badan mereka perlu menjalani detoks. Bukan sahaja ia sihat untuk diambil, korang akan mengalami kesan sampingan positif pada tubuh korang. 

Jom sihatkan tubuh badan korang.. Sekali-sekali kena juga bagi badan korang satu peluang untuk beberapa "pembersihan mendalam"




Mintox.kiwi Detox Fiber Drink dibuat dari 4 in 1 Enzyme, Fiber, Prebiotic Aphanizomenon Flos Aquae Extract (AFA). Ia mempunyai resipi minuman kiwi yang membantu badan kita menghilangkan toksin, menggalakkan penurunan berat badan, meningkatkan tenaga, membersihkan hati, dan sebagainya. Mintox.kiwi juga meningkatkan keupayaan tubuh kita untuk menghilangkan toksin dari sistem badan kita.

Ia dibuat di Malaysia, Mintox.kiwi Detox Fiber Drink adalah 100% natural, vegan, tiada gula tambahan serta mempunyai sijil pengilangan GMP yang disahkan.


Setiap kotak mengandungi 14 sachet 10g setiap satu hanya 36 cals sahaja. 
MINTOX adalah vegan, 100% semulajadi dan ada GMP Certified. 



Haaa.. yang ni wajib tauu.. korang dinasihatkan untuk minum air 3 liter setiap hari untuk membantu melepaskan toksik dengan berkesan semasa mengambil Mintox.kiwi Detox Fiber Drink.

1 Kotak Mintox ni berharga RM138 dan ia mengandungi 14 sachet didalamnya. Selalunya TB akan minum ni setiap malam sebelum tidur dalam pukul  9 malam - 10 malam camtu dengan cara  menuangkan serbuk tu ke dalam botol shaker dan tambah 200ml air. Pastu hanya goncang-goncang je bagi ia sebati dan ia akan berubah menjadi minuman buah kiwi yang kehijauan tu. Minuman detoks yang boleh tahan gak rasa sedap dia..




Jom mula minum Mintox.kiwi Detox Fiber Drink untuk mengekalkan pergerakan usus yang sihat. 


Untuk maklumat lanjut, 

INSTAGRAM: 


FACEBOOK PAGE: 

atau 

hubungi +601123450201

Note :
Mintox adalah suplemen pemakanan dan kesihatan. Ia bukan rawatan untuk penyakit. Ia boleh hanya membantu mengelakkan kemungkinan penyakit. Ia juga bukan pengganti untuk diet anda dan senaman.








22 Ogos 2019

JOM BELAJAR BERENANG DI SWIM RUSH | SWIMMING ACADEMY (KL)


JOM BELAJAR BERENANG DI SWIM RUSH
| SWIMMING ACADEMY (KL)


Haaaa.. Hari ni rasa nak berkongsi tentang bab berenang ni. Korang pandai berenang tak? kalau pandai baguslah.. TB tak pandai berenang.. huwaaa.. sebab tu kalau tengok ombak besar ke.. banjir ke.. Jalan-jalan kat laut ke.. TB penakot sangat tauu.. hahaha.. Kadang terbayang kena hanyut air tapi tak reti berenang.. fuh.. memang kalau terfikir camtu rasa macam taknak join aktiviti yang berkaitan dengan kolam atau laut.. huhu.. Tapi TB teringin gak nak belajar berenang.. pernah lah belajar gitu-gitu je (tak serius) dengan sorang office mate tu.. tapi TB tak pandai gak nak imbangkan badan tu dalam air.. hahaha.. dok tenggelam timbul dan sedut air.. terus giveup nak belajar.. hahaha.. teruk kan TB..

Kena cari Sifu yang betul-betul boleh ajar teknik berenang dengan betul ni, tapi tu la.. susah betul nak jumpa tempat yang sesuai dan Muslimah Friendly. Dah ada yang muslimah friendly tapi jauh pulak dari umah TB. Tiba-tiba baru-baru ni TB terserempak dengan banyak post yang viral tentang satu Akademi Berenang ni haaa.. iaitu Swim Rush | Swimming Academy yang terletak di Sekitar Kuala Lumpur je.. dekat dah ni.. heheh.. 

Haaa.. Nampaknya boleh la TB try belajar berenang gak lepas ni sebab Swim Rush ni ada cawangan dekat Batu Caves, kira antara yang dekat sikit la dengan area umah TB.. Oh ya.. selain tu ada banyak lagi cawangan Swim Rush ni, nanti korang boleh check it out dekat bawah! So lepas ni dah tak ada alasan lagi tak pandai berenang ke apa. Dah ada kelas renang yang dekat ni, kalau tak pergi lagi memang rugi lah kan. 

Swim Rush Academy ni ada empat cawangan di sekitar Kuala Lumpur. Korang boleh refer jadual dekat atas ni untuk check waktu operasi untuk setiap cawangan. Waktunya tak sama dan berbeza beza yea, jangan tersalah tengok pulak. 

Haaaa.. Tapi.. Katakanlah korang tetap jugak takde masa dan tak boleh nak follow waktu dekat timetable atas ni, korang boleh jugak request untuk Private Class, iaitu Home to Home Basis yang mana coach tu sendiri akan datang ajar dekat rumah kita. Paling best sekali, tak ada pun transportation fee yang akan dikenakan. Tapi make sure la korang ada kolam berenang kan.. hehehe.. 

Cawangan Swim Rush Academy 

💗Batu Caves: Kompleks Renang Seri Siantan (kelas renang khas untuk lelaki dewasa, perempuan dewasa & kanak kanak).

💗Bangsar: Jalan Turi Bukit Bandaraya (kelas renang khas untuk kanak kanak sahaja & mempunyai private pool).

💗Cheras: Kompleks Sukan Desa Tasik (kelas renang khas untuk perempuan dewasa & kanak kanak sahaja).

💗Shah Alam: Seksyen 14 (kelas renang khas untuk perempuan dewasa sahaja & mempunyai private pool).




Haaa.. Terdapat banyak kelebihan  Swim Rush Academy  berbanding dengan yang lain. Nak tahu apa dia? jom baca kat bawah ni sampai habis.

KELAS BERENANG SELEPAS WAKTU KERJA

Bagi korang yang busy dengan macam macam komitmen sampai tiada masa nak pergi kelas berenang tu, jangan risau sebab dekat Swim Rush ni dia orang ada menyediakan kelas renang untuk perempuan dewasa dan kanak kanak selepas waktu bekerja. Kiranya kita boleh lah pergi bila-bila masa kita FREE. Swim Rush Academy ni memang fokuskan untuk perempuan dewasa & kanak kanak tau, dan hanya di cawangan Batu Caves aje yang ada kelas renang untuk lelaki. 




Yang mana rasa-rasa berminat nak hantar anak-anak ke Swim Rush Academy ni pun boleh. Sebenarnya seawal usia lima tahun pun dah boleh hantar anak untuk belajar renang ni. Bagi belajar awal-awal baru senang dia nak biasakan..  jangan jadi macam TB.. hahahaha.. nak belajar berenang pun sangkut-sangkut.. kih3..

Oh ya.. dekat Swim Rush ni kan, mereka bukan saja akan ajar teknik yang asas macam breastroke, freestyle, backstroke dan butterfly tapi diorang jugak memfokuskan water confidence program & jugak water survival skills. Jangan risau kalau tak pandai menyelam sekali pun, sebab dia orang akan ajar kita cara nak menyelam dengan kedalaman air 1.2 meter - 1.8 meter. Aktiviti menyelam ni memang sesuai sangat untuk sesiapa yang suka aktiviti diving dan suka travel.



JOM BELAJAR BERENANG DI SWIM RUSH | SWIMMING ACADEMY (KL)

Haa.. selain tu, kalau korang nak tahu ada banyak sangat kelebihan kalau belajar berenang di Swim Rush Academy ni. Antaranya ialah, korang dapat free swimming cap & diorang jugak akan menyediakan kelas ganti. Coach yang ditugaskan pun bukannya calang-calang orang, semuanya dah well trained / terlatih dan sangat berpengalaman mengajar. 

Selain itu, dia orang juga turut menekankan tentang Anti - Drown. Kalau korang attend kelas renang ni nanti, coach tu sendiri akan ajar tentang Water Survival Technique & Water Confidence. Hehe.. bagi yang perempuan pula, tak perlu risau tentang pemilihan coach sebab yang akan ajar kita nanti coach nya perempuan jugak heheh. Lepas dah attend kelas ni nanti, hah memang confirm lah korang pandai terus. Sama lah macam dengan tagline dia orang, from Zero to Hero! Tunggu apa lagi tu, jom lah register sekarang.



Untuk maklumat lanjut boleh try jenguk2 website dibawah :


Website :

Instagram :




14 Ogos 2019

AYAM MASAK BALI



AYAM MASAK BALI


BAHAN-BAHAN :
◐1 ekor Ayam
◐6 ulas bawang merah
◐Kicap pekat
◐1 tangkai daun kari
◐3 helai daun limau purut
◐Asam keping
◐Minyak masak
◐Garam dan gula
◐1 batang serai(diketuk)

BAHAN KISAR :
◐6 ulas bawang merah
◐2 ulas bawang putih
2 sudu serbuk kunyit
◐1 sudu teh ketumbar
◐1 sudu teh jintan manis
◐1 sudu teh jintan kasar
◐Cili kering
◐2 batang serai

CARA MASAK :
1.Kisar bahan A, gaul bersama kunyit dan kicap pekat. Perap ayam bersama bahan tersebut.
2.Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap.
3.Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi.
4.Masukkan daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
5.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.


06 Ogos 2019

Variasi Lengkap Syampu Safi Shayla Untuk Penjagaan Rambut Wanita Bertudung


Variasi Lengkap Syampu Safi Shayla
Untuk Penjagaan Rambut Wanita Bertudung



Haaa.. TB nak share tentang syampu Safi Shayla yang wangi dan punya pelbagai variasi ni.. Seperti semua orang tahu Syampu Safi Shayla ni telah diiktiraf sebagai ‘PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG’ kerana ia dihasilkan memenuhi keperluan wanita bertudung .

Sekarang ni kaum wanita yang bertudung atau tidak bertudung, dah tak perlu bimbang kerana produk Safi merupakan rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia dalam produk penjagaan diri.

Bukan setakat syampu sahaja tau, Safi Shayla juga memperkenalkan Mist 2 dalam 1 iaitu rambut dan hijab, serum dan minyak rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi disamping memastikan rambut lebih sihat dan bersinar.

Haaa..TB juga salah seorang pengguna Produk Safi Shayla tau.. dan memang TB suka sangat dengan syampu safi Shayla ni.. dah la wangi.. lepas tu baunya tahan hingga 48 jam.. walaupun bertudung.. rambut still wangi je tau..

Terdapat 8 Variasi Syampu Safi Shayla 



Haaa.. amacam..  mesti terkejut kan.. banyak variasi syampu safi ni.. pendek kata semua jenis kulit kepala dan rambut boleh guna syampu safi Shayla ni.. just pilih je variasi yang sesuai dengn kulit kepala sendiri kan.. Macam TB.. TB memang kena pilih yang Anti kelemumur tu.. sebab memang masalah kelemumur kulit kepala TB ni.. hehehe..

Tips Untuk Wanita Bertudung Dalam Penjagaan Rambut
Haaa.. sebelum nak cerita info seterusnya pasal Safi Shayla ni, TB suka nak share dengan korang Tips atau cara untuk wanita bertudung menjaga penampilan mereka walaupun bertudung.. mean rambut itu mahkota wanita, tak kira bertudung ke tidak.. tetap kena tahu penjagaan rambut agar kekal bersih, cergas dan bermaya ..Jom tengok tips dibawah ..

  1. Cuci Rambut Seminggu sekurang-kurangnya 3 kali bagi kulit kepala yang jenis cepat berminyak.
  2. Pakai Serum Rambut Untuk Rambut Lebih Bermaya
  3. Makan Vitamin yang boleh kuatkan akar rambut (kalau tak silap zinc)
  4. Jangan sesekali ikat rambut terlalu ketat.
  5. Jika anda memakai tudung, jangan ikat rambut ketika rambut masih basah.
  6. Sikat rambut sambil duduk, untuk menyenangkan anda menyikat rambut.
  7. Sentiasa tukar anak tudung anda.
  8. Pakai tudung jenis fabrik yang ringan.
  9. Elak pakai minyak zaitun atau apa-apa jenis minyak yang akan menyebabkan rambut anda berbau dan berminyak.

Safi Shayla X We Bare Bears
Safi Shayla ada promosi dapat Sling Pouch comel

Haaa.. TB dah dapatkan syampu kelemumur TB ni, dan paling terkejut.. rupanya ada gift disebalik belian produk Safi Shayla berjumlah rm35.. Haaa.. nak tau apa dia? TB dapat Sling Beg Pouch yang comel! Tema dia dari kartun yang cute tu.. We Bare Bears tu.. tahu tak? Ala kartun yang 3 bear Gebu dan comel tuuu..

Haa.. korang leh dapat kan 1 beg berkarakter wajah bear-bear comel tu secara percuma dengan setiap pembelian barangan Safi Shayla bernilai RM 35. Cepat grab korang! Stok terhad tau!!  Ada 4 design comel ..

Beli barang safi shayla.. dapat beg comel.. sape yang tak nak kan.. mau berebut dengan anak gegurl kalau ada anak gegurl ni.. hahaha.. 



Untuk pengetahuan semua.. Rangkaian Safi Shayla adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal. Safi Shayla boleh didapati di pasaraya besar dan laman web dalam talian. Untuk keterangan lanjut mengenai produk Safi Shayla :

Alamat : 
No 10 Jalan Subang 2, 
Taman Perindustrian Subang, 
Subang Jaya, 
47610 Petaling Jaya.

Hubungi : 
1-800-88-8867

Laman web : 

Facebook : 

Instagram : 

Youtube : 


26 Julai 2019

RESEPI KEK CHEESE LELEH COFFEE TIRAMISU


RESEPI KEK CHEESE LELEH COFFEE TIRAMISU


TB suka tengok cara Azlina Ina Fans atau lebih dikenali sebagai cikgu.. yang tak lokek berkongsi resepi apa saja masakan yang beliau tahu.. Sedangkan dia berniaga.. dan rasanya tak semua orang macam dia yang tak kisah berkongsi apa jua tips dan resepi dengan orang lain.. Dan tak hairanlah sebab tu rezeki dia murah.. Kek-kek nya yang sedap tu dah tersebar meluas disetiapoutlet-outlet dan kedai bakery / kek.. moga maju jaya sis.. cemburunya hati kita tau.. huhu..        

Ha.. ni ada resepi terbaru dari sis Azlina ni.. TB tertarik nak share sebab nampak lazattt.. Setakat ni penggemar coffee belom penah jumpa kek coffee leleh kan.Haa.. ni Sis Azlina dah buat.. dan nampak sedap tu.. so dia share resepi dengan semua orang..


RESEPI KEK CHEESE LELEH COFFEE TIRAMISU 

Bahan2:
5 biji telur 
1cawan gula halus
1sb ovalate
2sk esen coffee
Mix bahan2 di atas sampai agak kembang elok

Ayak kan
2 cawan tepung gandum
1 sb serbuk koko
1sk cream off tartar
1sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat*
bile bahan mix dah kembang masuk kan semua bahan di ayak dalam mixer slow2.
last baru masuk kan 5sb minyak masak baru lah kacau.
Panaskan kukusan dan kukus api besar 10 mnt untuk bekas sq 450.

Ganache melting boleh simpan tuk beberapa lama nak gune just cair kan sket dalam pengukus atau oven
350g coklat compound dark beryls patah2 kan
1 cawan 1/2 whipping cream
1 sudu majerin
panas kan dan whisk kan smpai semua cair
masukkan dalam peti ais bg pekat sket baru masuk piping beg tuk lorek permukaan kek

Topping Cheese Leleh
1kg cheese tatura
3/4 tin susu pekat
1 cawan whipping dairy
1 1/2 cawan susu segar
blender kan

sekarang topping
tuang atas kek korang cheese belender tadi 
pastu lorek ganace then ayak kan tiramisu powder( mula2 tabur snow powder bagi ape yang kite ayak tu tak larut dalam cheese kemudian baru campurkan 3sb serbuk koko+3sb serbuk milo+1sachet coffee 3 in 1 , tabur caramel chips




Sis Azlina siap ajar cara buat dan siap suruh jual tu.. bagusnya niat sis Azlina ni untuk bantu surirumah buat duit.. katanya sebekas ni boleh cas rm8.00 ke rm10 camtu.. bagus ni.. 

Alhamdulillahh syukur.. semoga rezeki cikgu melimpah²...dan semoga rezeki kita semuaa mencurah² aamiinn...



Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers