Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

21 Oktober 2019

KEK CHEESE LELEH




KEK CHEESE LELEH

Dah pindah rumah baru.. harap lengkap dengan semua alat untuk mem "baking" haha.. nak buat macam-macam kek sendiri.. macam sebelum kahwin dulu.. haha.. nampak sangat lepoas kahwin memang tak pernah buat kek kan.. memang punnn.. hahaha.. sebab alat tak cukup dah TB pun macam malas betul nak renyah-renyah kat dapur yang sempit tu.. hehehe.. Alasannn.. 

Nanti dapat dapur baru boleh la try Kek Cheese Leleh ni kan.. 

BAHAN-BAHAN :
♥2 biji telur gred A*
♥1 cawan tepung gandum
♥½ cawan gula*
♥2 sudu susu pekat*
♥1 sb ovalate*
♥2 sb susu tepung
♥1 sk baking powder
♥1 sk soda birkabonat
♥1 sk esen vanilla*
♥¼cawan minyak masak

CARA MEMBUAT :
★Blender bahan bertanda * hingga putih gebu.
-★Ayak tepung, baking powder dan soda birkabonat.
★Satukan adunan yg dah diblander gebu tadi bersama bahan ayak. Masukkan susu tepung.
★Last skali letak minyak masak dan gaul sebati.
★Tuang adunan dalam aluminium foil atau loyang. Guna bekas aluminium kecil tu kukus dlm 20@25 minit je. Guna acuan plastik pun bole jg. masa kukus sama.
★Guna loyang 30 atau 40 minit atau hingga masak

🍯TOPPING :
👉150g cream cheese
👉1 cawan whipping cream
👉½ cawan susu pekat
👉Cheddar cheese - diparut secukupnya

CARA BUAT TOPPING :
👉Blender sampai sebati je. Jangan lama2 ok.
👉Bila kek dah sejuk, belah kek kepada 2 bahagian.
👉 Letak topping sedikit di tengah pastu tutup balik baru tuang habis topping tadi.
👉Last skali boleh tabur cheddar cheese banyak mana korang nak.
👉Simpan kejap dalam 1 jam di peti sejuk pastu dah boleh makan












MENAIP HANYA MENGGUNAKAN SUARA SAHAJA | GOOGLE DOCUMENT VOICE TYPING



MENAIP HANYA MENGGUNAKAN SUARA SAHAJA
| GOOGLE DOCUMENT VOICE TYPING



Hai korang semua.. semalam TB ada ternampak cara mudah untuk menaip tanpa menggunakan jari.. hehehehe.. Mesti ada yang nak cuba cara ni kan.. hanya perlu bercakap sahaja.. Tak perlu ketuk Keyboard (menaip) sebab Google Docs yang akan tulis untuk korang.. Korang just perlu baca je apa yang korang rasa nak taip dan nak sampaikan.. 

Cara ni mungkin ramai dah tahu, tapi TB saja nak share kat sini untuk sesiapa yang belum tahu tu.. Sharing Is Caring kannn.. Jom tengok langkah-langkahnya.. kalau tak faham leh tengok urutan gambar step by step kat bawah ni ye.. Selamat mencuba.. 

Langkah2nya:
1. Buka Google Docs. Pilih Blank Document.
2. Di menu, pilih tools.
3. Pilih Voice Typing
4. Kemudian, akan muncul satu kotak microphone dgn pilihan bahasa.
5. Pilih bahasa Melayu, kalau anda nak guna bahasa Melayu.
6. Akhir sekali, klik simbol microphone dan warnya akan bertukar jadi merah bermaksud rakaman suara bermula.

Kan.. mudah sangat betul tak? Bacalah dokumen anda, google akan automatik type untuk anda. Selamat mencuba !

























20 Oktober 2019

PULUT AYAM THAI



PULUT AYAM THAI


Bahan-bahan :

Ayam sebelah - Di potong

A)BAHAN PERAP (TUMBUK HALUS) :
💢5 ulas bawang putih
💢2 tangkai akar ketumbar - di potong kasar
💢1 sudu teh lada hitam
💢1 sudu teh lada putih (lada sulah)


B)BAHAN LAIN :
💢1 1/2 sudu besar gula
💢3 sudu besar kicap cair
💢1/4 sudu teh garam
💢1/4 cawan air
💢1⁄2 cawan bawang merah di mayang nipis
💢1⁄2 cawan tepung beras


C) UNTUK SOS :
💢5-6 ulas bawang putih
💢Cili merah & cili padi
(Kisar kasar)

💢200gm gula
💢2 cawan air
💢garam
💢bijan
💢Tepung jagung (utk pekatkan sos)

👉Masak semua bahan di atas sampai mendidih pastu renehkan skejap.


Cara memasak:

1. Untuk bahan perapan :
👉Tumbuk semua bahan A dan gaul dengan isi ayam yang di potong tadi. Masukkan gula, garam, kicap cair dan air sambil di gaul rata. Perap sekurang-kurangnya 2 jam atau lebih sedap lagi jika di perap semalaman. Sesekali balik-balikkan ayam yang di perap untuk meratakan bahan perapan dengan isi ayam.

2. Untuk hasilkan bawang goreng yang melengkapkan dan melazatkan lagi hidangan pulut ayam ini, pastikan bawang merah yang di mayang tadi di kering menggunakan tisu dapur. Gaul dengan secubit garam dan goreng dengan api sederhana hingga kekuningan dan garing.

3. Sementara itu, keluarkan ayam yang di perap. Masukkan tepung beras kira-kira 1/4 cawan dahulu dan gaul dengan ayam tersebut hingga bersalut. Jika cair, masukkan sedikit lagi tepung.

4. Goreng hingga garing di dalam minyak yang panas dalam 5 minit atau sehingga masak. Hidangkan dengan pulut yang di tabur dengan bawang goreng dan sos cili Thai.

Untuk pulut, hanya kukus atau tanak seperti biasa.


















19 Oktober 2019

SAMBAL AYAM GORENG GARING



SAMBAL AYAM GORENG GARING


BAHAN-BAHAN :

👉Ayam-bersihkan ..potong kecil dan goreng garam kunyit
👉2 biji lada besar @ cili masak*
👉10-15 biji cili padi*
👉2 biji bwng besar*
👉3 ulas bwng putih*
👉Sedikit belacan(x nk pun x pe)*
👉2 sudu kicap manis
👉Garam n perasa
👉1 biji bwng besar-hiris bulat
👉Tomato ceri

CARA :
1.Mesin kasar bhn bertanda *
2.Tumis bhn mesin hingga garing
3.Masukkan garam n perasa
4.Masukkan kicap manis
5.Masukkan ayam yg siap d goreng td

Kacau rata n masukkan bwng hiris dan tomato ceri ..
Siap!!!












18 Oktober 2019

APAM LENGGANG LEMAK MANIS



APAM LENGGANG LEMAK MANIS


BAHAN-BAHAN :
◐12 cawan tepung beras
◐2 sudu makan yis kering
◐3 sb gula
◐Sedikit garam
◐3/4 cawan air suam

✔Satukan dan kacau ttup biar 30 mnt
✔Bukak ttup masukkn 1 biji telur

◐1/2 cawan santan pekat kalau xde pakai je susu segar kacau rata adunan

◐Panaskan kuali letak minyak sket atas tisu dan
sapukan pd kuali non stick lg bagus

◐tuang 1 senduk dan lenggang kan kuali tu.. ttup pakai ttup periuk sekejap 3mnt sekejap je xyah lama2 sgt nnti hangus plak😂.. dh siap, blh gulung kan..


17 Oktober 2019

KERABU DAGING ALA THAI




KERABU DAGING ALA THAI



BAHAN-BAHAN :

●300g daging(rebus smpai lembut)
●1 biji bawang besar(hiris nipis)
●1 batang serai(hiris nipis)
●1 biji tomato(hiris nipis)
●5-7 biji cili padi(hiris nipis)
●2 sudu besar sos ikan
●1 biji limau nipis(ambil jus)
●3 helai daun limau purut(hiris halus)
●garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :
👉Hiris daging rebus nipis-nipis dengan cara melintang urat.
👉Gaulkan daging bersama kesemua bahan di atas.
👉Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula kerana dapat mengimbangi rasa masam dan pedas.

TIPS
✔Rebus daging sehingga empuk, dan cara untuk melembutkan daging mengikut petua orang-orang tua ialah dengan rebus daging bersama sebatang sudu, atau boleh juga dimasukkan daun nangka atau daun betik.



DAGING MASAK HALIA




DAGING MASAK HALIA 



BAHAN-BAHAN :
●300 gm daging
●Bawang putih
●Halia
●Cili kering


BAHAN-BAHAN PERAP :
●2 sudu kecil madu
●2 sudu kecil lada sulah
●1/2 sudu kecil garam
●3 sudu makan minyak bijan
●2 sudu makan sos tiram
●2 sudu makan kicap masin
●3 sudu makan kicap manis
●3 sudu kecil tepung jagung
●300 gm daging


CARA MASAK :
👉Gaulkan semua bahan perap bersama daging dan perap selama 20-30 Min .
👉Goreng bawang putih,halia dan cili kering sampai masak .
👉Masukkan daging perap tadi kacau sebati goreng sekejap .
👉Masukkan sedikit air dan goreng sampai daging masak dan air kering .
👉Masukkan daun bawang goreng sekejap terus tutup api dah siap .

16 Oktober 2019

AYAM MASAK HALIA



AYAM MASAK HALIA



BAHAN-BAHAN :
◐500 gram ayam(potong kecil)
◐4 ulas bawang putih(hiris nipis)
◐2 cm halia(dihiris halus memanjang)
◐1 sudu besar kicap cair
◐1 sudu besar sos tiram
◐1 biji bawang besar(hiris nipis membulat)
◐1 biji cili merah(hiris nipis)
◐1 tangkai daun bawang(hiris panjang 2cm)
◐1 1/2 sudu kecil tpg jagung(bncuh dgn sedikit air)
◐Minyak masak utk goreng ayam
◐Sedikit lada sulah atau lada hitam
◐Sedikit garam dan kunyit

CARA PENYEDIAAN :
👉Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
👉Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
👉Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
👉Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
👉Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat.
👉Angkat dan tabur dengan daun bawang dan hidangkan bersama nasi panas.












NAK NAMPAK BERSERI TANPA MAKEUP? JOM AMALKAN INI


NAK NAMPAK BERSERI TANPA MAKEUP?
JOM AMALKAN INI 


Kadang-kadang kita nampak orang tanpa secalit makeup pun cantik berseri. Cantik susah nak gambar dengan kata-kata. Macam berseri dari dalam. Bagi TB pula TB suka tengok wanita yang cantik yang tanpa secalit makeup pun, tanpa lipstik, tanpa pemerah pipi, kecantikan yang semulajadi.. tanpa contact lens berwarna.. tanpa bulu mata palsu.. itulah kecantikan yang sebenar bagi seorang wanita.. 

Tapi zaman sekarang ni.. susah nak jumpa kecantikan yang semulajadi kan.. Kalau ada pun.. di edit guna aplikasi untuk menampakkan cantik..  haha.. TB pun dulu lagi teringin nak cantik juga.. cantik tanpa makeup.. tanpa perlu bedak.. Tapi alahai.. disebabkan kulit TB jenis problem prsoriasis.. kadang ada masa dia akan datang kulit bermasalah tu, tak dapat la nak natural beauty macam yang diinginkan.. huhu.. 

Tapi still gak la nak nampak cantik kalau boleh.. jangan la comot sangat pulak nak berdepan dengan orang ramai kan.. walau jenuh bercover.. terpaksa.. kena juga la ikutkan.. huhu.. tapi idak la makeup setebal 10 inci.. contact lens color biru bagai.. hahaha.. dah lari dari asal dah.. Tapi lawa jugak bermata biru kan?? kih3 adoi.. bila teringat lens berwarna ni teringat pulak kat sepupu lelaki yang memerli kata TB Fake.. aishhh.. sib baik la sepupu rapat.. kalau tak.. memang ku pulau dia.. hahahah

Oh ya.. motip entri kali ni sebenarnya nak share something yang boleh diamalkan sama-sama.. Jomm... try.. hehehe.. memandangkan TB pun memang dah hafal surah Al-Waqiah ni.. Tu yang rajin nak try..

Selain produk kecantikan, kita boleh amalkan ini sebagai amalan harian untuk kulit cantik berseri dari dalam. TB ada terbaca satu amalan atau petua yang diajar oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Nak Kulit Cantik Seperti Saidatina Aisyah r.a amalkan tips ini dari Dato’ Dr. Fatma El-Zahra.

Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak:
* ambil air segelas
* baca Al-Fatihah sekali
* Ayatul Qursi sekali
* Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & untuk kebahagiaan rumahtangga. .



Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut:
* Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
* Baca ” Ya Nur ” 1x
* Baca ” Ya Hadi ” 1 x
* Baca ” Ya Allah ” 3x

Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari. .



Cara 3:
Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
* Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
* Selepas baca ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
* Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam. ⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Kita boleh amalkan ke semua cara-cara di bawah atau pun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya. .


IKAN MASIN LEMAK CILI API TERUNG



IKAN MASIN LEMAK CILI API TERUNG


BAHAN-BAHAN :
1 paket Ikan masin kurau
2 biji terung (dipotong 12)
3 ulas bawang merah
7 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
1 kg santan
Air
Garam

CARA MASAK :
1.Tumbuk cili padi , bawang merah dan kunyit hidup.
2.Masukkan semua bahan ke dalam satu periuk , tambahkan air mengikut citarasa dan masak hingga mendidih.
3.Tambahkan garam secukup rasa dan siap untuk dihidangkan.












15 Oktober 2019

AYAM KAM HEONG



AYAM KAM HEONG


BAHAN-BAHAN :
✔1 ekor ayam (potong 18)
✔2 labu bwang besar (sbiji didadu & sbiji lg potong kasar)
✔4 ulas bwang putih (ketuk)
✔6 cili merah (belah 2)
✔7 cili kmpung (belah 2)
✔20 helai daun kari
✔2 sudu besar sos cili
✔2 sudu besar sos tomato
✔2 sudu besar sos tiram
✔2 sudu besar kicap lemak manis
✔4 sudu besar rempah kari daging
✔Minyak masak.
✔Garam
✔Serbuk kunyit
✔Serbuk lada hitam

CARA PENYEDIAAN :
● Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit,garam dan lada hitam
● Goreng ayam hingga masak,Asingkan
● Rempah kari di bancuh dengan sedikit air
● Panaskan minyak tumis bawang besar bawang putih hingga wangi
● Masukkan bancuhan rempah kari dan daun kari
● Masukkan sos dan kicap kacau sebati hungga agak pekat
● Masukkan ayam goreng serta hirisan cili












DAGING MASAK SAMBAL




DAGING MASAK SAMBAL


✔First skali gaul daging dengan garam dan kunyit


BAHAN KISAR HALUS :
◐3 biji bawang merah
◐5 ulas bawang putih
◐1 inch halia
◐1 batang serai


BAHAN TUMBUK KASAR :
◐1 biji cili masak
◐10 biji cili api (merah hijau campur)


BAHAN TAMBAHAN :
◐1 senduk minyak
◐2 sb cili kisar
◐1 batang serai (diketuk)
◐4 keping daun limau
◐1 biji bawang besar potong bulat


CARA MASAK :
👉Tumis serai yg diketuk dengan bahan tumbuk sampai naik bau sikit..
👉Pastu masukkan bahan kisar dan cili kisar,kacau sebati
👉Masukkan daging dan air sampai daging terendam separuh..biar sampai daging masak dan air kering
kacau selalu
👉Dah kering masukkan garam dan serbuk perasa
👉Masukkan daun limau purut dan bawang besar
letak kicap manis untuk lebih likat dan hitam2















10 Oktober 2019

SUP SAYUR



SUP SAYUR


BAHAN-BAHAN :
1 ketul dada ayam(potong kecil²)
1 batang sayur sawi
1/4 kobis
1 batang carrot
1 peket kecil cendawan tiram
3 biji telur
2 peket fishball
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos thai /nampla
1 sudu teh minyak bijan
3 cawan air
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR :
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis

CARA PENYEDIAAN :
1.Panaskan sedikit minyak didalam periuk kemudian tumis bahan tumbuk

2.Masukkan isi ayam kacau dan biarkan sampai isi ayam masak. Terus masukkan air serta biarkan sampai kuah mendidih

3.Masukkan telur sebiji demi sebiji,biarkan sampai telur masak .

5.Apabila telur sudah masak terus masukkan carrot dan biar sampai carrot hampir empuk , kemudian masukkan semua sayur dan garam

6.Terus kacau supaya semua sayur masak dan biarkan kuah mendidih seketika saja dan boleh la ditutup api dapur,jangan masak sayur terlalu lama nanti over cook dan sayur menjadi lembik.












Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers