Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

21 Oktober 2019

RENDANG AYAM HIJAU




RENDANG AYAM HIJAU


BAHAN2 :
➡1 ekor ayam (potong 12 bahagian)
➡250 ml santan
➡2 sudu besar kerisik
➡Garam dan gula secukup rasa
➡2 keping asam gelugor
➡2 helai daun kunyit(buang urat dan hiris halus2)
➡1/2 cawan minyak


BAHAN KISAR :
➡4 batang serai
➡1 inci halia
➡1 inci kunyit hidup
➡1 inci lengkuas
➡30 biji cili padi hijau
➡10 biji bawang merah
➡1 labu bawang besar
➡5 ulas bawang putih


CARA MASAK :
➡Panaskan minyak, tumis bahan² yg di kisar sehingga garing

➡Masukkan ayam,kacau rata kemudian masukkan santan,kerisik,asam gelugor,gula dan garam

➡Masak hingga kering dan akhir sekali masukkan daun kunyit















RENDANG TOK




RENDANG TOK


BAHAN-BAHAN :
●1 kg daging
●1 kg santan pekat
●50 gm gula melaka
●3 sudu makan kerisik
●2 helai daun kunyit (hiris halus)
●15 ml air asam jawa
●Garam gula secukup rasa


BAHAN DIKISAR HALUS :
●10 ulas bawang merah
●5 ulas bawang putih
●3 inci halia
●3 inci lengkuas
●3 inci kunyit hidup
●5 batang serai
●10 tangkai cili kering


BAHAN DISANGAI DAN DIKISAR HALUS :
●1 sudu makan ketumbar
●1 sudu makan jintan manis
●1 sudu makan jintan putih


BAHAN TUMIS :
●2 batang kulit kayu manis
●4 kuntum bunga lawang
●5 kuntum bunga cengkih
●6 biji buah pelaga


CARA MEMASAK :

●Gaulkan daging dengan ketumbar,jintan manis dan jintan putih yg telah di kisar..perap semalaman

●Setelah di perap,masukkan daging yg diperap ke dalam kuali,masukkan air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk... Angkat dan ketepikan

●Panaskan minyak, tumis bahan yg di kisar bersama bahan tumis hingga naik Bau dan pecah minyak

●Masukkan daging dan gaul rata,masukkan santan dan kerisik...kacau tanpa henti dgn api kecil

●Masukkan air asam jawa,gula melaka dan daun kunyit,kacau hingga kering

●Bila dah kering tambahkan garam dan gula secukup rasa...












KERUTUK DAGING KELANTAN




KERUTUK DAGING KELANTAN


BAHAN-BAHAN :
●Daging secukupnya
●6 ulas bawang merah - hiris
●3 ulas bawang putih - hiris
●Sedikit halia - hiris
●3 sudu besar rempah kerutuk
●Gula Melaka
●Garam
●Asam keping
●Kulit kayu manis dan bunga lawang
●1 sudu besar kerisik
●1 kotak santan kotak

CARA MASAK :
👉Panaskan minyak dan tumis semua bahan hiris bersama kayu manis, bunga lawang sehingga kekuningan. Masukkan rempah kerutuk yang tidak dibancuh dengan air dan goreng rempah kerutuk dengan pantas. Masukkan sedikit air dan masak sehingga rempah benar benar garing dan keluar minyak.

👉Masukkan daging dan kacau rata sebelum masukkan sedikit air dan masak sehingga daging empuk. Saya masak dahulu daging dengan pressure cooker bagi mempercepatkan ianya empuk.

👉Setelah daging masak, barulah dimasukkan santan dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula gula melaka, kerisik, garam dan asam keping.

👉Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih, cicah roti atau dimakan dengan apa sahaja.












DAGING BLACKPEPPER




DAGING BLACKPEPPER


BAHAN-BAHAN :
500 gm daging batang pinang
2 sb serbuk lada hitam - ditumbuk kasar
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
1 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg di bancuh dgn 2 sb air
½ sb garam halus
1 sb gula
Minyak untuk menggoreng


CARA MEMBUAT :
-Potong daging nipis² dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat

-Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng

-Potong panjang kedua2 lada,sebelum itu buang dlu biji lada

-Panaskan minyak,sebolehnya guna minyak yang banyak dan gunakan api yg kuat supaya daging itu x perlu di goreng lama

-Goreng daging lebih kurang 3-4 minit sambil di kacau supaya rata masaknya dan angkat

-Keluarkan minayk dan tinggalkan 3 sudu besar sahaja
Masukkan serbuk ada hitam dan kacau hingga berbau wangia,masukkan lada merah

-Masukkan kicap manis,sos tiram,garam dan gula,gaul sebati

-Masukkan daging dan kacau sebati,masukkan sedikit air

-Biarkan mendidih,masukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung

-Biarkan mendidih,bila dah Agak pekat bolehlah di padamkan api dan sedia utk di hidagkan












APAM VIRAL 3 BAHAN




APAM VIRAL 3 BAHAN :


1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
3 biji telur (letak esen skit x nk bg bau telur)

👉Pukul telur dgn gula sampai kembang dlm 15min..pastu masukkn tepung... nk bg jd colour tu tmbh serbuk koko ikut kreativiti..nk boh colour lain pun terpulang...kukus 30 minit..

KEK CHEESE LELEH




KEK CHEESE LELEH

Dah pindah rumah baru.. harap lengkap dengan semua alat untuk mem "baking" haha.. nak buat macam-macam kek sendiri.. macam sebelum kahwin dulu.. haha.. nampak sangat lepoas kahwin memang tak pernah buat kek kan.. memang punnn.. hahaha.. sebab alat tak cukup dah TB pun macam malas betul nak renyah-renyah kat dapur yang sempit tu.. hehehe.. Alasannn.. 

Nanti dapat dapur baru boleh la try Kek Cheese Leleh ni kan.. 

BAHAN-BAHAN :
♥2 biji telur gred A*
♥1 cawan tepung gandum
♥½ cawan gula*
♥2 sudu susu pekat*
♥1 sb ovalate*
♥2 sb susu tepung
♥1 sk baking powder
♥1 sk soda birkabonat
♥1 sk esen vanilla*
♥¼cawan minyak masak

CARA MEMBUAT :
★Blender bahan bertanda * hingga putih gebu.
-★Ayak tepung, baking powder dan soda birkabonat.
★Satukan adunan yg dah diblander gebu tadi bersama bahan ayak. Masukkan susu tepung.
★Last skali letak minyak masak dan gaul sebati.
★Tuang adunan dalam aluminium foil atau loyang. Guna bekas aluminium kecil tu kukus dlm 20@25 minit je. Guna acuan plastik pun bole jg. masa kukus sama.
★Guna loyang 30 atau 40 minit atau hingga masak

🍯TOPPING :
👉150g cream cheese
👉1 cawan whipping cream
👉½ cawan susu pekat
👉Cheddar cheese - diparut secukupnya

CARA BUAT TOPPING :
👉Blender sampai sebati je. Jangan lama2 ok.
👉Bila kek dah sejuk, belah kek kepada 2 bahagian.
👉 Letak topping sedikit di tengah pastu tutup balik baru tuang habis topping tadi.
👉Last skali boleh tabur cheddar cheese banyak mana korang nak.
👉Simpan kejap dalam 1 jam di peti sejuk pastu dah boleh makan












MENAIP HANYA MENGGUNAKAN SUARA SAHAJA | GOOGLE DOCUMENT VOICE TYPING



MENAIP HANYA MENGGUNAKAN SUARA SAHAJA
| GOOGLE DOCUMENT VOICE TYPING



Hai korang semua.. semalam TB ada ternampak cara mudah untuk menaip tanpa menggunakan jari.. hehehehe.. Mesti ada yang nak cuba cara ni kan.. hanya perlu bercakap sahaja.. Tak perlu ketuk Keyboard (menaip) sebab Google Docs yang akan tulis untuk korang.. Korang just perlu baca je apa yang korang rasa nak taip dan nak sampaikan.. 

Cara ni mungkin ramai dah tahu, tapi TB saja nak share kat sini untuk sesiapa yang belum tahu tu.. Sharing Is Caring kannn.. Jom tengok langkah-langkahnya.. kalau tak faham leh tengok urutan gambar step by step kat bawah ni ye.. Selamat mencuba.. 

Langkah2nya:
1. Buka Google Docs. Pilih Blank Document.
2. Di menu, pilih tools.
3. Pilih Voice Typing
4. Kemudian, akan muncul satu kotak microphone dgn pilihan bahasa.
5. Pilih bahasa Melayu, kalau anda nak guna bahasa Melayu.
6. Akhir sekali, klik simbol microphone dan warnya akan bertukar jadi merah bermaksud rakaman suara bermula.

Kan.. mudah sangat betul tak? Bacalah dokumen anda, google akan automatik type untuk anda. Selamat mencuba !

























20 Oktober 2019

PULUT AYAM THAI



PULUT AYAM THAI


Bahan-bahan :

Ayam sebelah - Di potong

A)BAHAN PERAP (TUMBUK HALUS) :
💢5 ulas bawang putih
💢2 tangkai akar ketumbar - di potong kasar
💢1 sudu teh lada hitam
💢1 sudu teh lada putih (lada sulah)


B)BAHAN LAIN :
💢1 1/2 sudu besar gula
💢3 sudu besar kicap cair
💢1/4 sudu teh garam
💢1/4 cawan air
💢1⁄2 cawan bawang merah di mayang nipis
💢1⁄2 cawan tepung beras


C) UNTUK SOS :
💢5-6 ulas bawang putih
💢Cili merah & cili padi
(Kisar kasar)

💢200gm gula
💢2 cawan air
💢garam
💢bijan
💢Tepung jagung (utk pekatkan sos)

👉Masak semua bahan di atas sampai mendidih pastu renehkan skejap.


Cara memasak:

1. Untuk bahan perapan :
👉Tumbuk semua bahan A dan gaul dengan isi ayam yang di potong tadi. Masukkan gula, garam, kicap cair dan air sambil di gaul rata. Perap sekurang-kurangnya 2 jam atau lebih sedap lagi jika di perap semalaman. Sesekali balik-balikkan ayam yang di perap untuk meratakan bahan perapan dengan isi ayam.

2. Untuk hasilkan bawang goreng yang melengkapkan dan melazatkan lagi hidangan pulut ayam ini, pastikan bawang merah yang di mayang tadi di kering menggunakan tisu dapur. Gaul dengan secubit garam dan goreng dengan api sederhana hingga kekuningan dan garing.

3. Sementara itu, keluarkan ayam yang di perap. Masukkan tepung beras kira-kira 1/4 cawan dahulu dan gaul dengan ayam tersebut hingga bersalut. Jika cair, masukkan sedikit lagi tepung.

4. Goreng hingga garing di dalam minyak yang panas dalam 5 minit atau sehingga masak. Hidangkan dengan pulut yang di tabur dengan bawang goreng dan sos cili Thai.

Untuk pulut, hanya kukus atau tanak seperti biasa.


















19 Oktober 2019

SAMBAL AYAM GORENG GARING



SAMBAL AYAM GORENG GARING


BAHAN-BAHAN :

👉Ayam-bersihkan ..potong kecil dan goreng garam kunyit
👉2 biji lada besar @ cili masak*
👉10-15 biji cili padi*
👉2 biji bwng besar*
👉3 ulas bwng putih*
👉Sedikit belacan(x nk pun x pe)*
👉2 sudu kicap manis
👉Garam n perasa
👉1 biji bwng besar-hiris bulat
👉Tomato ceri

CARA :
1.Mesin kasar bhn bertanda *
2.Tumis bhn mesin hingga garing
3.Masukkan garam n perasa
4.Masukkan kicap manis
5.Masukkan ayam yg siap d goreng td

Kacau rata n masukkan bwng hiris dan tomato ceri ..
Siap!!!












18 Oktober 2019

APAM LENGGANG LEMAK MANIS



APAM LENGGANG LEMAK MANIS


BAHAN-BAHAN :
◐12 cawan tepung beras
◐2 sudu makan yis kering
◐3 sb gula
◐Sedikit garam
◐3/4 cawan air suam

✔Satukan dan kacau ttup biar 30 mnt
✔Bukak ttup masukkn 1 biji telur

◐1/2 cawan santan pekat kalau xde pakai je susu segar kacau rata adunan

◐Panaskan kuali letak minyak sket atas tisu dan
sapukan pd kuali non stick lg bagus

◐tuang 1 senduk dan lenggang kan kuali tu.. ttup pakai ttup periuk sekejap 3mnt sekejap je xyah lama2 sgt nnti hangus plak😂.. dh siap, blh gulung kan..


17 Oktober 2019

KERABU DAGING ALA THAI




KERABU DAGING ALA THAI



BAHAN-BAHAN :

●300g daging(rebus smpai lembut)
●1 biji bawang besar(hiris nipis)
●1 batang serai(hiris nipis)
●1 biji tomato(hiris nipis)
●5-7 biji cili padi(hiris nipis)
●2 sudu besar sos ikan
●1 biji limau nipis(ambil jus)
●3 helai daun limau purut(hiris halus)
●garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :
👉Hiris daging rebus nipis-nipis dengan cara melintang urat.
👉Gaulkan daging bersama kesemua bahan di atas.
👉Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula kerana dapat mengimbangi rasa masam dan pedas.

TIPS
✔Rebus daging sehingga empuk, dan cara untuk melembutkan daging mengikut petua orang-orang tua ialah dengan rebus daging bersama sebatang sudu, atau boleh juga dimasukkan daun nangka atau daun betik.



DAGING MASAK HALIA




DAGING MASAK HALIA 



BAHAN-BAHAN :
●300 gm daging
●Bawang putih
●Halia
●Cili kering


BAHAN-BAHAN PERAP :
●2 sudu kecil madu
●2 sudu kecil lada sulah
●1/2 sudu kecil garam
●3 sudu makan minyak bijan
●2 sudu makan sos tiram
●2 sudu makan kicap masin
●3 sudu makan kicap manis
●3 sudu kecil tepung jagung
●300 gm daging


CARA MASAK :
👉Gaulkan semua bahan perap bersama daging dan perap selama 20-30 Min .
👉Goreng bawang putih,halia dan cili kering sampai masak .
👉Masukkan daging perap tadi kacau sebati goreng sekejap .
👉Masukkan sedikit air dan goreng sampai daging masak dan air kering .
👉Masukkan daun bawang goreng sekejap terus tutup api dah siap .

16 Oktober 2019

AYAM MASAK HALIA



AYAM MASAK HALIA



BAHAN-BAHAN :
◐500 gram ayam(potong kecil)
◐4 ulas bawang putih(hiris nipis)
◐2 cm halia(dihiris halus memanjang)
◐1 sudu besar kicap cair
◐1 sudu besar sos tiram
◐1 biji bawang besar(hiris nipis membulat)
◐1 biji cili merah(hiris nipis)
◐1 tangkai daun bawang(hiris panjang 2cm)
◐1 1/2 sudu kecil tpg jagung(bncuh dgn sedikit air)
◐Minyak masak utk goreng ayam
◐Sedikit lada sulah atau lada hitam
◐Sedikit garam dan kunyit

CARA PENYEDIAAN :
👉Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
👉Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
👉Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
👉Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
👉Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat.
👉Angkat dan tabur dengan daun bawang dan hidangkan bersama nasi panas.












Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers