Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

24 Oktober 2019

RESEPI KEK PANDAN VERSI SPOUNGE KEK


RESEPI KEK PANDAN VERSI SPONGE KEK


BAHAN²:
🍰5 biji telur
🍰1 cawan tepung kek bluekey (ayak)
🍰1 cawan gula blend halus
🍰1 sudu makan perisa pandan
🍰1 sudu kecil pewarna hijau
🍰1 sudu makan ovellet


CARA-CARA MASAK :

🎂Satukan bahan diatas ni n mix smpai gebu,
dah gebu letak minyak ½ cwn n kaub balik je xyh mix lg..

🎂Letak dlm loyang yang dah alas baking paper

🎂Bakar suhu 170c 40minit api atas bawah










RESEPI AGAR-AGAR KERING WARNA WARNI


RESEPI AGAR-AGAR KERING WARNA WARNI


AGAR-AGAR KERING

Bahan² :
👉60 gm agar agar tali
👉1500 ml air(nak senang sukat guna botol air mineral yg besar)
👉1500 gm gula pasir/sekilo setengah
👉250 gm gula batu(sepaket)
👉Pewarna

Cara membuat :

1.Basuh agar agar..masukkan dlm periuk..masak bersama air hingga agar agar cair..

2.Masukkan gula batu & gula pasir..tunggu hingga mendidih & gula cair..
**gula batu tu kalau besar,tumbuk guna lesung batu dulu supaya senang nak cair masa masak nanti

3.Masukkan agar agar tadi ke dalam loyang..& tambah pewarna..kacau sebati..

4.Biarkan agar agar tadi keras dahulu..setelah keras,potong kecil & jemur sehingga kering..








RESEPI KEK SARANG SEMUT SEDAP!


RESEPI KEK SARANG SEMUT SEDAP!



KEK SARANG SEMUT

BAHAN GULA HANGUS :
1½ cawan gula pasir
2 cawan air panas
3 sudu makan mentega

CARA MEMBUAT GULA HANGUS :
-Masak gula dlm periuk hingga keperangan dengan api sederhana,goyangkan periuk ke kiri dan ke kanan supaya gula mencair dgn sekata, tdk perlu mengacaunya.
-Tuangkan air panas perlahan-lahan
-Kacau lagi smpai gula larut
-Masukkan majerin masak smpai mentega cair
-Sejukkan dulu

BAHAN² KEK :
7 biji telur
2 cawan tepung gandum(ayak)
½ tin susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla

Alas loyang dengan kertas minyak

CARA MEMBUAT:
-Panaskan oven 170°c selama 10 minit
-Pukul telur hingga betul² kembang
-Masukkan susu pekat dan pukul lagi
-Masukkan esen vanilla dan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan gula hangus
-Putar sebati adunan
-Perap selama 2-3 jam
-Tapis adunan ke dalam loyang
-Bakar di rak bawah selama 1 jam(50 minit api bawah 10 minit api atas suhu 170°c bergantung pada oven masing²..

**Untuk dapatkan potongan yang cantik berlubang, potong melintang di tengah kek










RESEPI KEK BUTTER SEDAP DAN MUDAH!


RESEPI KEK BUTTER
SEDAP DAN MUDAH!



KEK BUTTER

BAHAN-BAHAN :

♥1 ketul @ 250 gm @ 1 cawan butter
♥1½ cawan gula kastor
♥4 biji telur A
♥1 penutup esen vanilla
♥2 ½ cawan tepung gandum
♥1 sd kecil baking powder - ayak 2x
♥1 cawan susu segar

CARA MEMBUAT :
★Pukul butter dan gula sampai putih gebu.
★Masukkan telur satu persatu.
★Pukul sebati dan masukkan esen.
★ Masukkan tepung selang seli dgn susu.
★Kaup balik guna spatula.
★ Bakar suhu 170°c, 50minit selama 1 jam ikut kesesuaian oven masing2,guna api atas bawah. Bila atas dah nampak perang, tukar api bawah sahaja










RESEPI MEE REBUS SEDAP DAN MUDAH!


RESEPI MEE REBUS
SEDAP DAN MUDAH!


RESEPI MEE REBUS

Bahan-Bahan untuk isi :
1 kg mee kuning
4 biji limau kasturi - belah 2
4 biji telur rebus - kupas dan belah 2
150 gm taugeh - buang ekor
2 keping tauhu - goreng dan hiris nipis
1 pokok daun sup - hiris
1 pokok daun bawang - hiris
2 biji cili hijau - hiris
1 biji cili merah - hiris
bawang goreng secukupnya


Bahan Kuah :
500 gm kaledek
500 gm daging lembu
1 biji tomato - belah 4(kisar halus)
1/3 cawan kacang tanah - goreng tanpa minayk dan kisar halus
1/4 cawan minyak masak
garam dan gula secukup rasa
5 cawan air

BAHAN KISAR :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili kering

CARA MEMBUAT:

KUAH...

1.Hiris nipis daging lembu kemudian rebus hingga lembut.

2.Kupas kulit ubi Keledek,rebus hingga lembut dan kisar halus.

3.Basuh udang,rebus dan kisar bersama dgn kulit kemudian tapis

4.Sementara itu panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak

5.Msukkan tomato dgn ubi yg di blender td...kemudian masukkan daging beserta dgn air rebusan daging...biarkan mendidih..

6.Masukkan kacang tanah yang sudah dikisar halus tadi dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. akhir sekali, masak hingga kuah menjadi pekat.

CARA MENYEDIAKAN MEE :

1.Celur taugeh dan mee mengikut kuantiti yang diperlukan dan letakkan dalam bekas yang sesuai. selepas itu kacau kuah dan tuangkan diatas mee.

2.kemudian letak telur rebus, tauhu, cili hijau dan merah, hirisan daun bawang, bawang goreng dan terakhir sedikit air perasan jus limau kasturi.



RESEPI PUDING ROTI KARAMEL SEDAP DAN MUDAH!



RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
SEDAP DAN MUDAH!




PUDING ROTI KARAMEL

Bahan karamel :
6 sudu gula (masuk dlm kuali masak smpai gula hancur n jd perang...guna api slow...pastu tuang dalam loyang

Puding :
5 keping roti (carik2 kan)
1 cawan susu pekat
1 ½ cawan susu cair
2 biji telur
1 sk esen vanilla
(Blender semua)

Tuang dalam loyang karamel td...pastu kukus 20 minit...
Dah masak terbalikkan atas pinggan...masukkan dlm peti sejuk baru potong...


RESEPI APAM GULA HANGUS



RESEPI APAM GULA HANGUS


Apam Gula Hangus...

Untuk Gula Hangus :

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu majerin
(Masak gula smpai hancur dan perang pastu masukkan air panas sikit2 smpai habis,masukkan majerin...tutup api,sejukkan)


Bahan Blender :

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu susu pekat
1 penutup esen vanilla
-Tuang dalam bekas,masukkan ⤵

Gula hangus yg di sejukkan td
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Kacau sebati,perap selama sejam

Sapu minyak pada acuan,kukus 15 minit guna api sederhana

RESEPI KEK MARBLE SEDAP DAN MUDAH!


RESEPI KEK MARBLE SEDAP DAN MUDAH!

Ini antara Kek yang TB nak sangat buat dari dulu tapi disebabkan peralatan tak cukup dan bahan-bahan pun  tak cukup.. TB tak buat pun lagi.. banyaknya alasan kan.. hahahha.. ok.. suatu hari pasti TB buat.. sebab dah ada kawan makan kek.. Anak-anak la sape lagi.. hubby  tka suka kek.. 

KEK MARBLE

BAHAN A :
♥200gm marjerin planta
♥50gm butter anchor
♥150gm gula castor
♥100gm gula aising

BAHAN B :
♥250gm telur
♥¼ sudu kecil esen vanilla

BAHAN C :
♥250gm tepung gandum bluekey - diayak
♥1 sudu kecil baking powder - diayak

BAHAN D :
♥Pewarna pilihan

CARA MEMBUAT :
★ Pukul bahan A sehingga berkrim dan putih.
★Masukkan telur dan esen, mix sebati.
★Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Putar sebati (jgn terlalu lama).
★Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dibiarkan dengan warna asal dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna dan esen pilihan.
★Masukkan adunan ke dalam loyang berselang seli atau ikut kreativiti.
★Gunakan loyang 8x8 inci. Bakar pada suhu 160°c selama 45 minit

RESEPI KEK SUSU SEDAP DAN MUDAH!


RESEPI KEK SUSU SEDAP DAN MUDAH!

Wah.. Macam-macam kek ada yea.. TB ni dah lama tak buat kek sejak kahwin ni.. sebabnya? hubby tak berapa suka kek.. dan TB pun bukan lah penggemar kek jugak.. Cuma sejak akhir-akhir ni terasa suka kek la pulak.. so, cari lah resepi kek kek yang boleh dimasak tanpa guna oven.. haaaa.. yang ni jenis kukus.. so boleh lah try.. bukan apaa.. TB tak beli oven lagiii.. haha.. 

KEK SUSU
BAHAN2 :

♥4 biji telur gred A@B
♥1 cawan gula
♥1 sdt esen vanilla
♥1 sdb ovelatte
♥1 cawan susu pekat
♥1½ cawan tepung gandum
♥Pewarna pilihan

CARA BUAT :
★Pukul telur, susu, gula, esen dan ovelatte sampai kembang (lbh kurang 3 minit).
★Masukkan ke dlm bekas dan masukkan tepung gandum.
★ Gaul sebati dan bahagikan adunan kpd 2@3 bahagian dan ltk pewarna ikut citarasa.
★Panaskan pengukus.
★Sapu majerin pada acuan dan masukkan adunan beselang warna mengikut citarasa.
★Kukus selama 40 minit.

** Pastikan air betul2 mendidih dan balut tutup periuk dengan kain..










RESEPI KEK CHEESE MUDAH DAN SEDAP!


RESEPI KEK CHEESE MUDAH DAN SEDAP!

TB pernah makan Kek Cheese ni.. MasyaAllahhh.. sedapnya alahai.. lembut.. gebusss.. lemak berkrim.. tapi nak buat sendiri peralatan pulak tak cukup.. TB takde oven.. huhu.. takpe.. tepek resepi sini dulu ek.. 

KEK CHEESE

BAHAN-BAHAN :

♥6 keping cheese
♥1 ½ can susu segar
♥100 gm gula kastor
♥½ cawan butter
♥1 cawan tepung gandum (diayak)
♥6 biji telur (asingkn putih dan kuning)

CARA BUAT :
-★Masukkan cheese Dan susu segar ke dalam periuk, masak sehingga cheese cair, masukkan butter kacau2 kan dan simpan tepi.

★Telur kuning dipukul sehingga kembang.

★Masukkan adunan cheese tadi ke dalam telur kuning. Musukkn tepung gandum, gaul hingga rata dan sebati.

★ Pukul putih telur bersama gula sehingga kembang menjadi meringue dan masukkan putih telur ke dlm adunan tadi.

★Masukkan adunan ke dlm loyang, dan bakar menggunakan kaedah water bath 160 selama 55 minit atau pun ikut suhu oven masing2








RESEPI APAM SEDAP DAN MUDAH!


RESEPI APAM SEDAP DAN MUDAH!

Tak pernah buat lagi resepi apam yang ni.. kalau yang guna nasi tu TB dah pernah buat.. Apam nasi.. Menjadi.. nak tengok resepi tengok kat sini --> RESEPI APAM NASI .

Haaa.. lepas ni nak try resepi ni pulak.. nak kumpul resepi banyak-banyak untuk harraz yang dah makin membesar dan berselera makan ni.. hehehe.. seronok kan kalau dapat maska untuk anak-anak.

BAHAN-BAHAN :
◐3 cawan tepung beras
◐1cawan tepung gandum
◐2 cawan gula pasir
◐1 peket mauripan
◐2 cawan nasi
◐3 cawan air
◐Pewarna ikut suka
◐Kelapa parut digaul dengan sedikit garam

CARA MEMBUAT :
◐Satukan nasi & air di dalam blender dan kisar sehingga betul² hancur
◐Satukan semua bahan lain & gaul sebati di dalam mangkuk
◐Tuang bahan kisar tadi dalam adunan tadi dan gaul sebati
◐Perap adunan selama 1 jam
◐Tuang adunan dalam acauan & kukus dalam pengukus yg telah di panaskan selama 20 minit
◐Setelah sejuk hidangkan dengan kelapa yg digauk dgn sedikit garam



RESEPI PES YANG MEMUDAHKAN KERJA-KERJA MEMASAK!


RESEPI PES YANG MEMUDAHKAN
KERJA-KERJA MEMASAK!


Hari ni TB mencari Resepi Pes yang boleh memudahkan kerja-kerja memasak. Saja TB tepek kat sini siap-siap kot nanti bila ada keperluan nak buat banyak-banyak, dah boleh cari kat sini je.. kalau tepek kat tempat lain sah-sah TB lupa punyalah.. Resepi ni TB jumpa kat website Rasa.my dan Resepi ini juga adalah asli dari Puan Sapina Shahabudin.. Hemm.. Kata orang memasak ni bukanlah susah sangat sebenarnya tetapi proses penyediaan bahannya tu yang mengambil masa sikit. 

Haaaaa.. menerusi perkongsian oleh Puan Sapina Shahabudin, beliau mengajar cara-cara untuk menghasilkan enam resipi pes yang pastinya memudahkan kerja-kerja memasak. Ada pes Nasi Goreng Ikan Bilis, pes Sambal Tumis/ Asam Pedas, pes Kari Ikan, pes Ikan Bakar dan Sos Lada Hitam.

Best kalau pandai jimatkan masa untuk memasak ni kan.. tapi yang paling penting bahan mesti cukup tau.. kalau tak cukup bahan.. buat apa pun tak menjadi.. kecuali air tangan magik seseorang yang masak simple macam mana pun sedapnya alahai.. terangkattt..

Haa.. jom tengok resepi pes yang TB ceritakan tu.. Semoga bermanfaat untuk kita semua.. Terima Kasih jugak buat Puan Sapina Shahabudin yang sudi share resepi pes ni untuk semua pembaca .

1. PES IKAN BAKAR

BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Serai – hiris nipis
Sedikit belacan
Kunyit hidup
Daun kunyit – hiris
Air asam jawa secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak

CARA MEMASAK:
Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, serai, sedikit belacan dan kunyit hidup hingga halus. 
Panaskan kuali dan tumis bahan kisar tadi dengan sedikit minyak. 
Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.



2. PES SAMBAL TUMIS

BAHAN-BAHAN:
Cili kering
BAwang besar
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Gula melaka/ gula putih
Air asam jawa secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Minyak masak

CARA MEMASAK:
Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan. 
Tumis dalam minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak. 
Masukkan garamdan perisa. Tutup api.



3. PES GULAI IKAN 

BAHAN-BAHAN:
Bawang merah – hiris halus
Bawang putih – hiris halus
Halba campur
Daun kari
Air asam jawa
Garam

BAHAN KISAR:
Rempah kari ikan
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit cili kering

CARA MEMASAK:
Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur sehingga kekuningan. 
Masukkan bahan kisar. Kacau rata.
Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api. 
Untuk menggunakan pes ini cuma tambahkan santan, ikan bersama bendi/terung/timun dan sebagainya.



4. KUAH LADA HITAM @ BLACK PEPPER 

BAHAN-BAHAN:
Bawang besar
Ubi kentang
Mentega
Sos lada hitam
Sos tiram
Kicap
Serbuk lada putih
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit tepung jagung – bancuh dengan air untuk pekatkan kuah.

CARA MEMASAK:
Rebus bawang besar dan ubi kentang sehingga lembut. Bila sejuk, kisar sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
Panaskan kuali dan cairkan sedikit mentega. 
Masukkan ubi kentang dan bawang yang dikisar tadi. 
Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap. 
Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam. 
Masukkan juga sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah.
Masak hingga pekat dan naik bau.
Sos ini enak dimakan bersama kentang goreng, ayam goreng dan sebagainya.



5. PES NASI GORENG IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis – dibuang tulang
Bawang merah
Bawang putih
Segenggam cili padi
Kiub pati ikan bilis
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
Kisar ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga lumat.
Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar tadi hingga pecah minyak.
Masukkan kiub pati ikan bilis. Kacau sebati hingga pes jadi agak pekat dan kering. Padamkan api.
Pes ini boleh digunakan untuk menggoreng nasi. Semasa memasak, boleh tambah bebola ikan, udang, sotong, isi ayam serta sayur-sayuran bagi menjadikan masakan anda lebih enak.



6. PES ASAM PEDAS TUMIS 

BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
1 biji tomato- dibuang biji
Sedikit belacan
Serai – diketuk
Gula, garam dan perasa secukupnya
Air asam jawa
Minyak masak

CARA MEMASAK:
Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, tomato dan sedikit belacanhingga halus.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
Masukkan serai yang diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
Tambahkan garam serta perasa dengan secukupnya.
Untuk menggunakan pes ini, hanya ambil mengikut jumlah yang diperlukan, tambah air dan masukkan daun kesum serta ikan. Boleh juga menambah sayur-sayuran seperti bendi dan timun. Biar hingga mendidih dan padamkan api. Bolehlah dinikmati.

NOTA: Bahan-bahan dalam penghasilan pes adalah bergantung kepada jumlah yang korang guna. Sesuaikan ikut citarasa masing-masing.



Kredit resipi & foto: 


SAFI BALQIS OXYWHITE WHITENING - HYDRATING LOTION | PENYEGAR & PELEMBAP 2 IN 1

                                                                          

SAFI BALQIS OXYWHITE
WHITENING - HYDRATING LOTION
| PENYEGAR & PELEMBAP 2 IN 1


Yeahh .. syoknya bila tengah asyik mencari produk yang sesuai dengan kulit wajah.. Akhirnya berjumpa juga dengan produk yang sesuai dengan kulit.. Almaklumlah..kulit TB ni ngada-ngada sikit.. sensitif.. kalau nak pakai apa-apa product mesti kena tengok sesuai ke tak time test sapu pada kulit.. kalau panas je rasa kat kulit tu, maknanya tak OK dan kalau rasa pedih-pedih je kat kulit sampai memerahkan kulit lagi la tak sesuai..

Ada sekali tu TB pernah pakai produk yang bila letak kat muka TB jadi merah muka dan ada rasa pening-pening tau lepas sapu krim tu.. haaa.. yang tu pun satu masalah gak.. tak sesuai dengan kulit wajah TB.. so TB kena tinggalkan produk tu walaupun baru sekali dua guna.. Sebab kalau teruskan guna.. tak ke naya je muka kau jadi macam udang kena bakar merahnya tuuu .. uiii.. jangan di bior kata orang perak.. hahahaha..

So, TB pun kena berhati-hati dalam memilih produk untuk wajah ni.. Haaa.. ni TB nak cerita.. baru-baru ni TB sajalah nak try produk terbaru dari Safi tu.. Sebut je Safi semua orang dah kenal kan.. Safi ni jenama yang dah lama bertapak di pasaran.. Dan dah bermacam-macam produk diorang keluarkan.. Ada je yang terbaru.. lagi terbaru.. lagii terbaru.. Dasyat kan..

Haa.. Tapi kali ni TB nak share tentang Penyegar dan Pelembap dua dalam satu ni.. SAFI BALQIS OXYWHITE WHITENING - HYDRATING LOTION namanya .. dibotolkan dalam packaging yang menarik dan berbentuk cecair yang mudah meresap ke dalam kulit.. tak melekit dan tak berminyak.. TB dah cuba.. serius best sangat guna.. muka rasa lembap je.. dan kulit rasa fresh..








Yeaaazaaa.. Nin diaa... Produk terbaru dari @safimalaysia iaitu : SAFI BALQIS OXYWHITE - HYDRATING LOTION Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ni adalah Gabungan formulasi penyegar & pelembap dalam satu langkah untuk penjagaan kulit kita yang ringkas tetapi beri kesan lembapan yang optimum. . . Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ni tugasnya: . 💖 Memberikan 2x penghidratan dan kesegaran hanya dengan satu penggunaan. . 💖 Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari . . 👉dengan 5 jenis Hyaluronic Acid : 💖 Macro Hyaluronic Acid 💖 Nano Hyaluronic Acid 💖 Bio-Hyaluronate 💖 Oligo-Hyaluronic Acid 💖 Super Nano Hyaluronic Acid . . 🤗💖 Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit 🤗💖 Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE . . 🧚‍♀️Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri . . 🧚‍♀️Manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna. . . Nak tahu story selanjutnya.. boleh baca di blog TB nanti yea.. www.tengkubutang com . . #SafiBalqis #SafiMy #safi #safihydrationlotion #SAFIBALQIS #OXYWHITE #HYDRATINGLOTION #SAFIBALQISOXYWHITEHYDRATINGLOTION #safiBALQISOXYWHITE
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on


Bila kulit lembap.. wajah kita secara automatik akan nampak fresh dan nampak remaja sikit tau.. jangan taktau yang tu.. perhatikan kalau wajah korang kering dan nampak macam tak bermaya je.. pasti korang akan nampak kulit macam gelap sikit dan tak ceria.. kan?

Haaa.. TB pun baru tahu yang tu tau.. selama ni tak ambil berat pun pasal masalah kulit wajah.. TB biar je.. walhal kena pakai penyegar dan pelembap untuk rutin kecantikan harian kita sebagai wanita ni kan..

Haaa.. cakap pasal rutin kecantikan.. Selalu orang akan cuci muka kemudia letak toner/penyegar kemudian baru letak pelembap wajah kan? Haaa.. Tapi dengan Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion ni koranggg.. Lepas cuci muka, sapu dengan lotion ni pun dah cukup korang wehh.. tak perlu lagi nak tempek toner/penyegar kat muka dah.. terus sapu je lotion ni kat wajah tu.. dah selesai rejim kecantikan untuk harian.. kann..

Ok lah.. jom baca info sama-sama tentang produk terbaru dari Safi Balqis ni..


SAFI BALQIS OXYWHITE - HYDRATING LOTION 100ML

Haa.. Kalau korang nak tahu Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ni adalah Gabungan formulasi penyegar & pelembap dalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum. 

Safi Balqis OxyWhite Losyen Pencerah Menghidrat bertindak:

•  Memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan satu penggunaan.
• Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid :

  • Macro Hyaluronic Acid
  • Nano Hyaluronic Acid
  • Bio-Hyaluronate
  • Oligo-Hyaluronic Acid
  • Super Nano Hyaluronic Acid

• Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
• Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE


Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.

Haa.. Amacam.. tertarik tak baca tentang info kandungan dan effect dia? Haaa.. kalau korang nak try lotion ni boleh la beli kat mana-mana farmasi dan hypermarket yang berdekatan dengan korang ye...


 #SafiBalqis #safiMY #safihydrationlotion







Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers