Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

09 Ogos 2020

Family Protection Kit / Kit Perlindungan Keluarga - Mesti Beli!

Family Protection Kit / 
Kit Perlindungan Keluarga - Mesti Beli!




Ha.. Ni dia Family Protection Kit dari @mybespokehealth.. Ni Gambar TB Snap Hari Tu.. Baru Dapat Up Kat IG semalam.

TB Suka Semua Produk Dari BeSpokeHealth Ni.. Ada Yang TB Dah Guna, Ada Yang Belum.. Humidifier/Diffuser Tu Paling TB Tak Sabar Nak Guna Tau, Dengan Essential Oil Tu.
Kit Perlindungan Keluarga (Ini adalah hamper yang terdiri daripada 5 item berbeza) oleh @mybespokehealth. Anda boleh membeli alat perlindungan keluarga ini untuk keluarga atau orang tersayang. Terdapat 5 item yang berbeza seperti berikut:


1. Topeng Muka Perubatan Premium: Topeng Earloop 10 keping, buatan Malaysia. Ia bebas Lateks dan Perlindungan mematuhi tahap ASTM. Ia selesa dan lebih lembut daripada topeng biasa. Ia hypoallergenic, selamat untuk semua jenis kulit.


2. Pembersih Serbaguna Nano Silver (NSMC) 500ml: Diformulasikan khas agar tidak berbuih, tidak menjengkelkan kulit dan mesra alam! NSMC berkesan menghilangkan kuman. Ia boleh digunakan pada tangan dan badan, perabot, pakaian, kain, karpet, penapis penghawa dingin, dinding dan lantai.


3. Airless Pump 15ml (sekali pakai) X2: NSMC boleh dicurahkan ke dalam botol Pumpess Airless ini. Mesra perjalanan, anda boleh membawanya dalam perjalanan pendek atau panjang.

4. Diffuser: NSCM boleh digunakan dalam pelembap dan pendingin udara. Mudah dan berguna, hanya dengan satu sentuhan untuk menghidupkannya.


5. Eucalyptus Oil: Eucalyptus Oil boleh dimasukkan ke dalam diffuser bersama dengan NSMC, sapu foto untuk melihat. Khasiat Minyak Eucalyptus


* Legakan batuk

* Kosongkan dada

* Jauhkan pepijat

* Membasmi luka

* Nafas Mudah

* Menenangkan Sakit Sejuk


Kit Perlindungan Keluarga dijual pada harga RM156.00, Kini hanya RM129.00 sahaja! Ya,betul ni.. haa apa lagi jom lawati pautan ini https://bit.ly/3a7NGaC untuk berbelanja sekarang.


Family Protection Kit by mybespokehealth





24 Julai 2020

Nikmati Pelbagai Potongan Ketika Shopping Online di PG Mall


pg mall



Nikmati Pelbagai Potongan 
Ketika Shopping Online di PG Mall


Hai korang, kali ni TB nak cerita tentang PG Mall punya offer, korang pernah shopping di PG Mall tak? Kenal tak PG Mall? Haa.. Bagi yang belum kenal tu mari TB cerita sikit info tentang PG Mall ni. 

PG Mall ni ialah platform e-dagang kegemaran pengguna dan peniaga dimana ia adalah  Platform e-dagang No.1 pertama di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2017 dengan konsep ConsuMerchant. PG Mall memberikan konsep cashback selamanya terbaik kepada pembeli dan memberikan pengalaman membeli terbaik berbeza daripada platform e-commerce lain di Malaysia.

Selain itu, PG Mall juga disenaraikan sebagai laman web e-dagang 3 teratas di laporan wawasan Iprice https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/

Oh ya, apa yang TB suka tentang PG Mall ni, kalau kita berjaya perkenalkan peniaga yang belum menjadi sebahagian daripada PG Mall, kita akan diberi insentif. Haa.. menarik tak? Perkenalkan, dan dapatkan insentif!

So, kalau korang mempunyai rakan yang suka menjual produk atau pemilik jenama, ajaklah rakan korang tu join PG Mall dibawah nama korang untuk mendapatkan insentif khas sebagai tanda usaha kerana berjaya memperkenalkan atau merekrut mereka dalam team PG Mall.

Oh ya.. ada satu lagi yang best, PGMall accept all e-wallets and payment gateway tau.. So.. sangat memudahkan kita untuk shopping di website PG Mall ni.. Haa.. dibawah ni TB senaraikan apa kelebihan shopping di PG Mall .


Kelebihan Shopping di PG Mall 

  1. Harga produk dan perkhidmatan adalah rendah dan mampu beli
  2. Menjimatkan masa, tenaga dan tiada had masa untuk shopping (bila-bila masa je)
  3. Mudah dan selamat (bekerjasama dengan kesemua perkhidmatan pengeposan yang sedia ada)
  4. Pelbagai diskaun dan cashback yang menarik
  5. Menyokong peniaga tempatan (produk dan barangan tempatan)
  6. Mempunyai sistem e-wallet/sistem pembayaran online (Maybank QRPay, TouchnGo e-wallet, Boost, GrabPay, Alipay)


OCBC BANK PG MALL

2. OCBC

Ha.. Ada berita baik buat semua pemegang kad OCBC, korang boleh nikmati potongan 20% untuk pembelian minimum RM30 bermula dari sekarang hingga 15hb Oktober 2020 nanti! So jangan lepaskan peluang untuk rebut peluang berbelanja disamping menikmati potongan untuk pembelian korang. Menarik sangat kan...

Oh ya! promosi ini Eksklusif buat pembeli baru sahaja yea! So, buat yang belum daftar dan belum menjadi pembeli di website PG Mall ini, korang boleh daftar sekarang di PG MALL Dan selepas itu barulah boleh nikmati offer untuk semua pemegang kad OCBC .
                                                                                      
Haaa.. Untuk pemegang kad OCBC yang baru mendaftar tu, boleh lah shopping di PG Mall ni, Jangan lupa yea masukkan Kod Promosi : PGMXOCBC , Promosi ini hanya valid/sah dari 15th July sehingga 15th Oktober 2020. Sila layari website link dibawah ni yea :

Website link :


PG MALL

3. CitiBank

Promosi Istimewa buat Semua Pemegang Kad Citibank! Khasnya kepada Pembeli yang baru berdaftar di website PG Mall, Mulai sekarang hingga 31 Mac 2021, korang akan dapat potongan harga sehingga 25% dengan belian minima sebanyak RM30 (capped at rm25). Pilih dari pelbagai produk untuk setiap pembelian. Jadi tunggu apa lagi? Jom shopping..

Oh ya. Promosi ini terhad untuk penebusan 1000 yang pertama setiap bulan yea.. korang boleh shopping seperti biasa tetapi pada waktu nak checkout tu korang kena masukkan Promo Code : PGMXCITI25  dan nikmati potongan yang diberikan .

Jangan lupa yea.. Promosi ini sah dari sekarang hingga 31 Mac 2021 . 


Pemegang Kad Citibank Sedia Ada

Haa.. bagi Pemegang Kad Citibank Sedia Ada pula, korang juga dapat keiistimewaan lain dimana bagi pembeli yang ada akan mendapat potongan 10% dengan perbelanjaan minimum RM200 (Capped at RM 15)

Promosi ini terhad untuk penebusan 500 pertama sebulan dan perlu masukkan Promo Code : PGMXCITI10 semasa checkout nanti. Promosi sah dari sekarang hingga 31 Mac 2021


pg mall

4. Air Asia

PG Mall adalah platform membeli-belah dalam talian Malaysia yang boleh dipercayai oleh peniaga untuk mempelbagaikan portfolio perniagaan mereka di peringkat global. 

Malah Air Asia juga tidak melepaskan peluang untuk bekerjasama dengan PGMall dengan menawarkan 1 kali ganda BIG points buat para pelanggan yang berbelanja Setiap RM5 di PGMall. Bukan itu sahaja, para pelanggan turut berpeluang menggunakan BIG Points untuk berbelanja di PGMall.

Haa.. Kalau korang dah ada akaun PG Mall, jangan lupa untuk link kepada akaun Air Asia Big Loyalty korang. Caranya mudah je:

  1. Login ke website PG Mall
  2. Klik My Account
  3. Klik pada icon Air Asia Big Loyalty. Korang dikehendaki untuk masukkan email dan password akaun Big Loyalty untuk lengkapkan proses.

Dapatkan 1 BIG Point untuk setiap RM 5 yang dibelanjakan. Tebus kredit RM10 PG Mall dengan 2,000 BIG Points.

Dari 1 hingga 31 Januari 2020, setiap belian RM5 di laman web PG Mall dan anda akan dapat menikmati Air Asia Big Loyalty Point ! wah.. Untung sangat-sangat kan kalau berbelanja di PG Mall ni.. belanja Sikit Je Tapi boleh Dapat Big Point, Big Point tu pulak boleh tebus nanti.. Sesuai dengan Tagline PG Mall :

 “Spend Small, Earn Big when you shop with PGMALL


Haa.. Apa yang korang boleh dapat di PG Mall ni? Meh TB citer buat penghujung entri ni .. hehehe.. Ha, kalau korang nak tahu, Di PG Mall ni korang boleh dapati pelbagai produk mulai dari Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Hidup, Makanan & Minuman, Sukan & Riadah, Kanak-kanak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Automotif hingga E-Voucher. 

So, tunggu apa lagi? Jom shopping online di PG Mall sekarang! Korang boleh nikmati pelbagai kelebihan shopping di sini. Layari website PG Mall dibawah untuk melihat promosi-promosi lain yang lebih hebat! 
Website: 



#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #OCBC #Citibank #Airasiabigloyalty #PGMall4u #Cashback #points #ocbcbank




10 Julai 2020

Untuk Kaki Shopping!! PG Mall - Malaysia #1 E-Commerce Platform

PG MALL


Untuk Kaki Shopping!!
PG Mall - Malaysia  
#1  E-Commerce Platform


Hari tu TB asyik ternampak je kawan-kawan share pasal PG Mall, dan hari ni saja TB buka website PG Mall tu untuk lihat-lihat apa yang best kat website ni.. wah.. bila dah buka website ni, TB tengok terdapat bermacam-macam item yang boleh dibeli di website ni. TB yang kaki shopping online ni apa lagi, asyik scroll scroll scroll sampai ke bawah. Terjumpa macam-macam offer dan produk pilihan hati dengan harga yang berpatutan dan siap ada sale lagi tu!

Oh ya.. lupa nak cerita. Kalau korang nak tahu PG Mall ni apa, mari TB share sedikit info tentang PG Mall ni. Haa.. PG Mall ni adalah platform e-dagang yang ditubuhkan sejak 3 tahun yang lalu dimana mereka telah beroperasi dari tahun 2017 lagi. PG Mall juga merupakan satu-satunya platform e-dagang tempatan yang menjual produk-produk tempatan dan juga produk dari luar negara untuk mereka yang suka membeli belah secara online. 

Penjimatan Setiap Hari di PG Mall

Siapa tak suka produk Berkualiti Terbaik tetapi Harga yang Paling Mampu yang korang nak kan? haa.. Di PG Mall, setiap hari kita dapat lihat promosi yang boleh bantu kita berjimat dalam jangka masa panjang.

Untuk info korang lagi, PG Mall boleh diakses melalui laman web https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=317 ataupun melalui aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun melalui App Store ataupun Google Play. Haa.. Selain tu kalau korang nak tahu Melalui kajian dan laporan dari  Iprice Insight Report, PG Mall juga antara platform e-commerce yang berada di ranking yang ke 3 teratas dimana ia sering dikunjungi pelanggan yang selalu membeli belah secara online. Pendek kata PG Mall ni dah jadi Kedai Online Rasmi buat mereka yang tiada masa nak keluar membeli belah dan tak mahu bersesak-sesak untuk shopping.. 

Pembeli PG Mall mempunyai pelbagai pilihan produk mulai dari Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Kehidupan, Makanan & Minuman, Sukan & Riadah, Anak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Otomotif hingga E-Voucher. Yang menariknya adalah jumlah produk PG Mall sentiasa meningkat setiap hari kerana PG Mall memperluaskan keluarga penjual / Seller / Kedai untuk menjual secara dalam talian di Malaysia di pasaran terbuka ini.


Jom Shopping di PG MALL 

Sejak MCO hari tu, TB memang semakin kerap shopping online je, seperti dah terbiasa bila setiap bulan ada je barang yang nak dibeli. Hehehe..  Yelah kan, kalau beli secara online ni mudah, tak perlu nak rushing bersiap nak keluar, tak perlu nak tempuh jammed, tak perlu nak berebut tempat parking, dan beratur panjang dekat kaunter. Malah kita boleh shopping online pada bila-bila masa je.. hanya klik klik klik, bayar dan tunggu barang sampai.. jimat masa, jimat kos minyak kereta,, segalanya mudah dan selamat. 


Kelebihan Shopping di PG Mall 

  1. Harga produk dan perkhidmatan adalah rendah dan mampu beli
  2. Menjimatkan masa, tenaga dan tiada had masa untuk shopping (bila-bila masa je)
  3. Mudah dan selamat (bekerjasama dengan kesemua perkhidmatan pengeposan yang sedia ada)
  4. Pelbagai diskaun dan cashback yang menarik
  5. Menyokong peniaga tempatan (produk dan barangan tempatan)
  6. Mempunyai sistem e-wallet/sistem pembayaran online (Maybank QRPay, TouchnGo e-wallet, Boost, GrabPay, Alipay)

wow store pg mall


Wow Store

Syoknya TB cuci mata melihat barangan-barangan dan item yang terdapat dalam website PG Mall ni.. Nak pulak ada buka-buka terus nampak banner PG Mall WOW STORE ni.. Haaa.. kalau korang nak tahu untuk belian produk yang tersenarai di WOW STORE ni, korang akan dapat menikmati Diskaun Storewide (sehingga 15%) tau! Untungnya kan, dapat diskaun pulak time shopping online di PG Mall ni. 

Ada lagi yang best, bagi kedai-kedai terpilih dalam WOW STORE ni korang juga akan dapat FREE SHIPPING bagi produk yang korang beli .. Apa yang menariknya Setiap bulan PG Mall sentiasa akan update senarai kedai-kedai yang mengambil bahagian dalam WOW STORE ni.

Haa.. Macam TB ni suka shopping pada hujung minggu, so terperasanlah yang kadang-kadang PG Mall ada buat Diskaun tambahan / diskaun hebat on weekend . So korang selalu-selalu lah jenguk website PG Mall ni yea untuk pastikan produk-produk yang korang mahukan ada diskaun pada hujung minggu ye! hehe.. 

Hahh .. apa lagi.. Jom cuci mata dekat WOW STORE tu.. Ada banyak produk dan item yang korang pasti akan terasa nak beli sangat-sangat! Klik Link di bawah ni :




pg mall

Hot Day Sales

Selain promosi kedai-kedai terpilih di Wow Store terdapat lagi promosi lain yang memberi penjimatan buat pembeli online macam kita, antaranya ialah :

Hot Day Sales

Dimana setiap hari ada 3 slots yang akan memaparkan barangan / produk yang dijamin harga terendah dimana korang akan dapat diskaun sehingga 80%  setiap hari.. wow!! Syoknya korang! Slots tersebut bermula dari 10 AM , 4 PM dan 9 PM Setiap hari. So.. jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk kegemaran korang dengan harga terendah! 


pg mall


Loveyou 3000

Sertai Kempen LOVEYOU 3000 dan Rebut Peluang Menangi Cabutan Bertuah RM3000

Haa.. ada lagi TB nak cerita.. satu lagi kempen yang menarik di PG Mall ialah Love You 3000 Campaign dimana setiap pembelian RM30 ke atas membolehkan korang berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah PGMall c-wallet bernilai RM3000. Jadi, rajin-rajin lah shopping yea.. semakin banyak yang korang belanjakan, semakin tinggi peluang untuk menang



Cabutan bertuah diadakan 1x untuk setiap 2 minggu dan pemenang akan diumumkan pada 15hb dan 30hb setiap bulan. Cara Nak Sertai Kempen Love You 3000 ini mudah saja. Baca diatas ni :





Forever Cashback Up to 3.5%
Korang juga boleh menikmati cashback / pulangan tunai sepanjang sehingga 3.5% daripada jumlah perbelanjaan korang apabila korang share referred link korang kepada pengguna mahupun pembeli baru PG Mall. Mudah je kan nak dapatkan cashback sehingga 3.5%, hanya share link referral atau pautan kepada rakan-rakan korang lepas tu dah boleh dapat cashback bagi setiap pendaftaran melalui pautan yang korang share tu. 

PG MALL

ConsuMerchant Concept

Shop - Share - Earn
Konsep 'ConsuMerchant' ini sangat mudah dan ringkas. Korang hanya perlu lakukan 3 langkah iaitu shop - share - earn . Hanya dengan membuat pembelian peribadi di PG Mall, kongsikan review / pengalaman korang berbelanja dan korang akan dapat ganjaran setiap dari pembeli yang menggunakan pautan yang korang kongsikan. Malah, korang juga akan dapat ganjaran hasil belian peribadi juga. Ganjaran pulangan tunai dapat diperoleh setelah transaksi yang berjaya dibuat. Semakin banyak pautan rujukan yang dibelanjakan, semakin banyak wang tunai yang akan diperoleh oleh korang, di samping pulangan tunai yang diperoleh dari pembelian peribadi juga. Menarik kan?

Nak tahu lebih lanjut? Korang klik je link ni okay <https://pgmall.my/consuMerchant-concept>

Haa.. apa lagi jom buka website PG Mall dan rebutlah peluang membeli-belah di PG Mall dalam masa yang sama boleh dapatkan cashback juga!


Website:

Facebook: PGMallOfficial 

Instagram: PGMall.my  


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Wowstore #Loveyou3k


07 Julai 2020

If You Are in Bangsar, You Must Check These 6 Western Foods

6 Western Foods in Bangsar


If You Are in Bangsar, 
You Must Check These 6 Western Foods

Bercerita tentang makan ni takkan habis, kemana saja kita pergi pasti memikirkan perut yang perlu diisi dengan makanan, betul tak? Tak kiralah makanan tu kudap-kudapan ke, makanan berat ke, ringan ke, janji perut tu dah terisi. Haaa.. kalau korang time lapar-lapar ni agaknya masakan apa yang korang akan pilih? masakan tradisional ke atau western food? 

Kalau TB pula, dulu-dulu TB sukakan masakan tradisional lagi.. sebab kena dengan tekak ni, almaklumlah.. orang kampung kan.. Tapi sejak berkahwin dengan encik suami tu, TB dah start suka makan western food .. Nak pulak hubby TB tu pandai masak. So bermacam-macam jenis Western Food dia boleh masak. Daripada TB tak makan western food terus TB suka makan.. Haaa.. penangan air tangan hubby.

Tapi sekarang ni hubby agak busy sikit, dan tiada masa nak main masak-masak, jadi cara paling mudah nak menikmati western food ialah dengan cara makan diluar aje.. hehehe.. Tapi kalau makan diluar tu kenalah pilih tempat-tempat yang best sikit.. Supaya perut kenyang hati pun senang.. kannnn.. 

Haaa.. Kami dah try banyak tempat Western Food hari tu.. Salah satunya di Bangsar.. Walaupun jauh sikit dari rumah kami ketika itu (sekarang dah tak duduk KL), tapi memandangkan kebetulan berada di area berdekatan Bangsar, kami pun saja nak cuba western food kat situ.. 

Bermula dari Chicken Chop yang terkenal dan biasa hinggalah ke Fish And Chips, kadang-kadang kita akan berbelanja sedikit di Mix Grill and Steak atau Lamb Chop, kerana makanan Barat selalu menjadi pilihan kita ketika kita ingin menikmati sendiri beberapa masakan mewah yang agak jarang-jarang kita nikmati.

Haaa.. Buat korang yang suka western food tu.. ni TB nak share dengan korang ni.. If You Are in Bangsar, You Must Check These 6 Western Foods .  Haa.. dalam entri kali ni suka TB share dengan korang semua, senarai popular western food untuk korang cuba di Bangsar, so, lepas ni kalau korang berada di sana, korang tahu lah di mana untuk pergi!


Nugmet Bangsar

1. Nutmeg Bangsar


Melalui info yang TB baca, Nutmeg ni adalah perniagaan keluarga yang terdiri daripada dua saudara ipar iaitu Gordon dan William. Tugas Gordon menyambut pelanggan & memerhatikan kru perkhidmatan, sementara William memikirkan menu & menguruskan dapur. 

Nutmeg Bangsar

Suasana Nyaman dan Selesa

Menyajikan hidangan Amerika paling banyak yang pernah kita lihat, Nutmeg menggambarkan suasana yang nyaman dan selesa untuk pelanggannya, pastinya kita juga dapat menikmati makanan dengan hati yang tenang bila berada di tempat yang makan yang selesa, betul tak?

Pilihan makanan mereka merangkumi sarapan seperti wafel, pancake, Big Breakfirst, parfaits, menu makan tengah hari seperti sandwich, pai, sup dan salad, platter, ayam panggang, burger dan pasta. Sekiranya korang bekerja lewat malam dan menginginkan makanan Barat, mereka menyajikan lebih banyak jenis untuk menu makan malam, termasuk salmon, ayam, fish and chips dan banyak lagi! 

Alamat: UGF-28A, Bangsar Village II 2, 2, Jalan Telawi 1, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Roost

2. Roost


haa.. yang ni pulak.. Roost .. Restoran kelihatan agak mewah sedikit ini menyajikan korang hidangan yang berkualiti terbaik tanpa menjejaskan rasa masakan Barat. Di sini, korang mungkin dapati pelbagai pilihan makanan pilihan korang untuk mengisi perut yang berkeroncong. Di Roost, mereka menyajikan hidangan sejuk, makanan laut, pasta, roti, ayam, salad dan sourdough. 

Roost beroperasi dengan label mereka dari 'dari ladang ke garpu', yang menggunakan ramuan pertanian tempatan untuk mengubah hidangan menjadi sesuatu yang luar biasa. 

Simbolik / Makna disebalik ROOST / ruːst / menurut pengasas roost ; 

Tempat di mana burung kerap menetap atau berkumpul untuk berehat pada waktu malam. Didorong oleh rasa cinta, semangat dan kasih sayang atas dosa-dosa rakus kami, kami memberikan inspirasi kepada kami untuk ruang makan utama. Minimalis, Pedesaan, Nordik, dan Berkesinambungan mewakili darah yang mengalir melalui urat ROOST, ruang yang dibuat untuk mempamerkan keindahan semenanjung Malaysia melalui terroir, dan lautnya. Menjalani pengimportan yang tidak perlu, Dari Farm To Fork adalah penghormatan kami ke tempat ini yang kami panggil pulang. Dengan menggunakan seboleh-bolehnya, bahan-bahan lestari tempatan bersumber dari penjagaan langsung dari ladangnya; menerjemahkannya melalui pengalaman kami ke dalam masakan Eropah moden. Duduk, Nikmati dan Bon Apettit

Alamat: No. 69-1, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, Wilayah Persekutuan, 59100 Kuala Lumpur 



 
Three Little Pigs & The Big Bad Wolf

3. Three Little Pigs & The Big Bad Wolf

Haa.. yang ni TB share untuk mereka yang boleh makan je yea.. Sebab Restoran ni menyediakan hidangan Non Halal. Walauapapun Restoran kecil yang comel ini terkenal di kalangan penduduk tempatan. Dengan fokus pada daging babi dan daging, menu Barat ini menawarkan pelbagai pilihan menu dari sarapan hingga makan malam. Menu mereka merangkumi kroket, salad, bebola daging, pasta, sup, burger dan banyak lagi. Selain di Bangsar, restoran ini terdapat di pusat membeli-belah KL dan Selangor. 

Three Little Pigs – is a casual dining experience, and dishes are served as soon as they are ready, without prejudice.

Alamat: 1, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



Ril’s Steakhouse

4. Ril’s Steakhouse

Ril's Steakhouse menyediakan korang sepinggan stik yang  dikatakan selalu mengatasi semua yang lain! Ril's Steakhouse memberi tumpuan kepada pengalaman bersantap yang sempurna dan juga kualiti stik. Di sini, korang juga dapat mencari potongan daging paling terkenal yang korang mahukan, seperti ribeye, Wagyu, sirloin, tenderloin, daging lembu Angus dan banyak lagi. 

Ril's  Steak House

Keistimewaan Ril adalah stik porterhouse, yang dikatakan berwarna hitam berkerak di bahagian luar dengan dalaman yang lembut, lebur, dan sangat jarang. Daging lembu itu halal ...

Tempat menghijau ini yang terletak di Bangsar South mempunyai kawasan yang luas dan luas dengan banyak tumbuh-tumbuhan dan tanaman hijau di kafe itu sendiri. Dengan menyajikan pilihan menu yang berpatutan, anda boleh menemui semua jenis hidangan Barat di sini seperti burger, sandwic, salad, sup, pizza, ikan, pinggan daging dan banyak lagi.

Selain stik, mereka juga menyediakan pilihan menu lain, seperti ikan, ayam, burger, Mac N ’Cheese, dan sebagainya. Walaupun tempat ini sedikit lebih mahal, ia pasti berbaloi. 

Alamat: 30, Jalan Telawi 5, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 5. Botanica + Co. 

BOTANICA + CO


5. Botanica + Co.

Haa.. sekali bagi bagi mereka yang sukakan suasan hijau dan nyaman serta tenang ketika menikmati hidangan, Botanica + Co adalah pilihan yang tepat untuk korang. Diilhamkan oleh botani, perasaan menjamu selera di tengah-tengah kehijauan yang subur ditawan di dalam restoran ketika menjamu selera di tengah kawasan bertema rumah hijau. Ianya terletak di Bangsar Selatan . 

Disini terdapat pelbagai pilihan menu, dan korang boleh dapati semua jenis masakan Barat di sini seperti burger, sandwich, salad, sup, pizza, ikan, daging piring dan banyak lagi.

Tempat di mana korang boleh datang bila-bila masa saja, untuk bersantai atau singgah seketika. Botanica + Co memberi perhatian khusus untuk mengimport bahan berkualiti dan juga dalam mendapatkan produk tempatan yang terbaik dan segar setiap hari. Ini adalah tempat yang sangat sesuai untuk korang menikmati makanan dan minuman dengan bersahaja, sambil lepak bersama rakan taulan.

Alamat: G5, 8, Jalan Kerinchi, Bangsar Selatan, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


The Social

6. The Social

Ok .. Yang ni lain sikit dari yang atas-atas ni, sebab apa tau? Sebab Restoran Ini adalah gabungan restoran Barat tetapi memberikan campuran masakan Timur dan Barat. Hah.. macam mana tu? Tak perlu tanya dah.. Jom pergi makan dekat The Social ni. 

Restoran ni sangat sesuai ntuk orang-orang yang memilih beberapa rasa masakan tempatan, korang mungkin apa yang korang cari segala-galanya ada di sini seperti Char Kuey Teow, Thai Spring Gulung, sotong, kentang kulit, korea ayam goreng, dan sebagainya.

Apa-apa pun, tempat ini memang terkenal dengan pilihan makanan Barat  seperti burger, pasta, pizza, ayam menu dan banyak lagi! Disini juga terdapat berberapa menu pencuci mulut juga tau.. Slurrppp.. terliur TB tengok website diorang.. Bagi TB Restoran The Social ni antara yang terbaik dari semua diatas, selain ia tempat yang mempunyai suasana selesa dan nyaman ia juga sesuai dengan kemampuan ramai, serta hidangannya juga memuaskan hati.. 

Alamat: 57-59, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


6 Western Foods In Bangsar

Haaa.. macam mana? Selepas membaca senarai 6 Western Foods In Bangsar , sekarang korang tahu di mana untuk pergi kalau berada di Bangsar nanti.  

Eh...  Lupa pulak nak cerita, hari tu ada sekali tu TB sendiri rasa malas nak keluar makan, tetapi teringin sangat nak makan Western Food,  so TB order je guna foodpanda, senang sangat sebab ada Western Food Delivery . Tak perlu nak start engine keluar ke Bangsar dan tak perlu nak beratur panjang.. Tak perlu nak bersiap ( part ni malas sangat rasa! ) 

Hanya order melalui Foodpanda, then tunggu je mereka hantar sampai depan pintu rumah. Lepas tu ngap.. untung betul kan! jimat masa, jimat tenaga.. perut pun kenyang.. yeah!


09 Jun 2020

Hadiahkan Bayi Baru Lahir Dengan Personalised Baby Gifts dari Raph & Remy


Hadiahkan Bayi Baru Lahir Dengan 

Personalised Baby Gifts dari Raph & Remy 



Bila fikir bayi cepat je membesar, cepat je melangkah ke fasa baru, TB pun terfikir apa perlu disediakan untuk persediaan sebelum tiba fasa terbaru untuk bayi TB. Apa fasa terbaru tu ye? Haaa.. TB sebenarnya sedang memikirkan sesuatu yang perlu ada ketika bayi dah mula gatal gusi sebab nak tumbuh gigi.. Walaupun lambat lagi tumguh giginya, Tapi tak salah kalau buat persediaan awal kan, nanti tak perlu tercari-cari bila dah tiba masa.

Hehe.. Rasanya semua ibu-ibu tahu simptom-simptom bayi yang mula nak tumbuh gigi ni kan.. Asyik meleleh air liur, asyik nak menggigit barang je.. kadang bantal pun digigitnya walaupun belum nampak lagi giginya, cuma gusi lagi, tapi aktviti menggigit tu semakin ketara.. Aduh! Hahaha.. Tiba-tiba je TB rasa seram.. sebab bila baby dah start menggigit mulalah teringat balik masa time harraz tumbuh gigi dulu,, Erghhh... Time menyusu dia suka menggigit.. Kadang luka jadinya. Seram.. 

Haa.. sebab tu kita kena sediakan sesuatu untuk bayi ni menggigit, tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada gusi yang nak ditumbuhi gigi tu.. theeter ni boleh menenangkan bayi juga... Haa.. TB saja survey teether yang OK dan selamat untuk bayi, dan scroll punya scroll terjumpalah website RAPH & REMY ni... 

Website ini diasaskan di Singapura yang menawarkan pelbagai koleksi hadiah bayi dan juga banyak pilihan yang menarik sangat sesuai untuk baby dan sangat menarik untuk dijadikan hadiah untuk ibu-ibu yang baru melahirkan..

Korang pernah dengar tak Raph & Remy ni? TB pun baru 1st time dengar. Haa.. Kalau korang nak tahu, RAPH & REMY adalah laman web yang merancang barang keperluan & hadiah bayi premium buluh yang diabadikan untuk ibu-ibu yang suka dengan sesuatu yang nampak bergaya dan moden. Apa yang menarik keluaran pakaian bayi mereka menggunakan kain organik bamboo yang sangat sesuai untuk dipakai oleh baby. Sememangnya barangan di RAPH & REMY sangat sesuai untuk dijadikan hadiah untuk baby baru lahir.



Haa.. pencarian TB terhenti di website Raph & Remy ni bila ternampak Teethers yang sangat comel dan bermutu serta selamat untuk bayi dan yang paling TB teruja apabila terbaca disitu mengatakan yang theeter tu boleh di personalised dengan ada nama bayi kita pada teether tu.. So, kalau ibu-ibu yang menghantar ank ke pengasuh ke, mainan bercampur ke apa.. dah tak risau sebab theeter ni dah tertulis nama bayi korang.. kannn. 

Teether RAPH & REMY ™ BubbleGummy ™ 


TB berkenan sangat Teethers ni sebab Teethers Raph & Remy ini adalah buatan tangan daripada manik silikon gred 100% berkualiti tinggi. Bebas daripada BPA dan kayu beech asli premium, tahan lama, lestari dan antibakteria semula jadi.


Manik-manik silikon lembut adalah ukuran dan tekstur yang sempurna untuk menenangkan. Ianya mengurut lembut gusi sementara gelang kayu beech berganda memberikan permukaan keras yang memuaskan untuk bayi baru lahir mengasah gusi mereka.  Memang sesuai sangatlah untuk bayi kita yang baru nak tumbuh gigi.  Saiznya yang kecil dan comel membuatkan ia sesuai berada dalam genggaman tangan bayi.  Ditambah pula warna pastel yang indah yang menarik perhatian si bayi.  Wah.. tak boleh bayangkan reksi baby bila dapat teethers dari Raph & Remy ni kan, betapa geramnya diorang menggigit dengan puas sebab dapat asah gusi diorang.. hehe

Teether RAPH & REMY ™ BubbleGummy ™ adalah aksesori yang mesti dimiliki oleh mana-mana bayi yang tumbuh gigi .



Kembali kepada cerita Website Raph & Remy tadi, Raph & Remy merupakan laman web Personalised Premium Bamboo untuk Keperluan Bayi & Hadiah Bayi. Bagi ibu yang bergaya dan moden, Raph & Remy merupakan pilihan yang terbaik kerana mengutamakan kualiti, memikirkan kesan terhadap alam sekitar dan mengutamakan keselesaan bayi. 

Raph & Remy yang menyediakan Personalised Baby Gifts. Banyak pilihan gift yang ada untuk dijadikan hadiah. Manakala penghantaran menggunakan perkhidmatan DHL dalam masa 1-3 hari dengan caj berpatutan.

Paling TB teruja tengok ialah produknya premium dan eksklusif, buatan yang kemas, warna pastel yang menarik dan boleh custom made nama untuk diletakkan di baju, blanket ataupun tuala malah teether pun boleh juga! Produknya dibuat dari material buluh organik yang sangat lembut dan selesa.


5 pilihan Personalised Baby Gifts 

Di Website Raph & Remy ini terdapat 5 Pilihan Personalised Baby Gifts untuk korang pilih untuk dijadikan hadiah istimewa buat bayi comel korang ataupun untuk dijadikan hadiah menarik dan lain dari yang lain buat rakan-rakan atau sahabat korang yang baru menerima cahayamata mereka.. Jom kita tengok kot memang kebetulan ada hadiahkan untuk mereka.. 


5 pilihan Personalised Baby Gifts



1) Organic Bamboo Cloud Cooling Blanket 

Blanket ini diperbuat daripada 100% material buluh organik yang sangat mesra alam dan lembut pada kulit bayi. Ia mempunyai pelindung UV semula jadi dan hypoallergenic – ia tidak akan menyebabkan reaksi alahan. Semestinya sangat selesa untuk bayi bagi pastikan mereka tidur lebih lena. 




Kesemua produk Raph & Remy menggunakan teknologi OEKO-TEX® yang diperakui,  dimana materialnya sangat lembut dan halus seperti sutera. Suka tengok blanket Raph & Remy tu, ianya Organic Bamboo Cloud Cooling Blanket yang sangat breathable, antibakteria dan tiga kali lebih menyerap daripada kapas organik terbaik. Kebolehan pelembapan semulajadi kain menjadikan bayi kering, bebas bau dan segar.

Ianya secara semulajadi menjadi fungsi sebagai pelindung UV dan hypoallergenic - tidak akan menyebabkan reaksi alahan. Salah satu kain paling lembut di dunia, buluh organik adalah bebas racun perosak, lestari dan sumber yang boleh diperbaharui. Korang boleh dapatkan 4 warna pilihan iaitu biru, merah jambu, putih dan kelabu.





Set Raph & Remy Organic Bamboo Baby Towel & Mitt yang lembut dan mewah diperbuat daripada material bamboo organik berkualiti terbaik dengan tiga kali lebih serapan berbanding tuala kapas organik. Tuala ini mengeringkan kulit bayi dengan cepat sambil menjadikannya hangat dan sangat selesa. 

Manakala sarung tangan lembut sutera sesuai menjadikan pencucian pada waktu mandi mudah dan merangkumi gelung gantung yang mudah digunakan untuk pengeringan dan penyimpanan

Set ini diperbuat dengan mementingkan keselesaan kulit lembut si bayi. Sangat sesuai untuk kegunaan seharian, hadiah yang sangat praktikal dan ideal untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak sehingga 3 tahun. 


Pilihan mesra alam, Organik Bamboo Baby Towel & Mitt yang diperakui OEKO-TEX® dicampurkan dengan serat mikro untuk memberikan ketahanan, supaya tuala kekal lembut selepas dicuci dan juga tidak mudah berkedut. Bukan hanya salah satu kain yang paling lembut di dunia, ia juga merupakan sumber yang lestari dan boleh diperbaharui.

Set ini sengaja dibuat dengan mempertimbangkan kulit sensitif bayi. Ianya Hipoalergenik, antibakteria dan anti racun perosak,  Untuk kegunaan seharian, ianya adalah hadiah yang sangat praktikal dan ideal yang bersaiz sempurna untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak sehingga tiga tahun. Menampilkan telinga yang lembut dan lembut di atas hooded serta perincian sulaman pada kedua tuala dan sarung tangan, Korang boleh dapatkan 3 warna pilihan biru, merah jambu, dan kelabu.



Haa.. yang ni seperti yang TB nyatakan di awal entri ini.. dimana ia adalah buatan tangan yang berkualiti diperbuat dari campuran manik silikon gred makanan 100% berkualiti tinggi yang bebas daripada BPA dan kayu premium natural beechwood yang tidak dirawat. Iaitu kayu keras yang tahan lama, lestari dan antibakteria semulajadi. 

Manik-manik silikon lembut adalah ukuran dan tekstur yang sempurna untuk menenangkan dan mengurut lembut gusi si manja. Rekaan nya juga memudahkan untuk bayi memegang dan menggigit lembut teether ini. 



Diperbuat dari 100% viscose buluh dan terdapat dalam pelbagai campuran warna khas. Kain Kashmir seperti kain buluh adalah pilihan terbaik dalam fabrik berkualiti. Selembut sutera dan unik, ianya adalah pilihan terbaik dalam fabrik berkualiti yang mana tiga kali lebih menyerap daripada kapas biasa. 

Ia juga merupakan sentuhan paling lembut untuk bayi . Sifat kain juga menjadikannya anti-bakteria, anti-kulat dan hypoallergenic. Pilihan fabrik yang sangat tahan lama dengan semua pelindung dijamin kekal lembut selepas dicuci. Mempunyai pelbagai fungsi, selain selimut ia jugak boleh menjadi nursing cover, alas bayi dan sebagainya. 

 
 
Sebelum ni TB tak berpa faham tentang kegunaan SootherBuddy Security Blanket ni, Tapi bila TB baca seterusnya baru TB faham.. Hehehe.. ia ibarat bantal busuk, selimut busuk, bear busuk anak-anak kita la jugak kan.. hahaha.. Tapi yang comel dan trendy..  TB suka.. heheh.. 

Lembut mewah, SootherBuddy ™ Security Blanket menawarkan keselesaan dan keselamatan kepada anak-anak kecil di seluruh dunia. Selalunya digunakan sebagai objek peralihan, reka bentuk asli Raph & Remy khas. Menenangkan, bayi ketika mereka berpisah daripada ibu bapa mereka dan menghadapi suasana yang tidak biasa.



Pediatrik mengesyorkan agar bayi berusia enam bulan ke atas diberi objek keselamatan untuk membantu menghilangkan ketegangan dan kegelisahan mereka. Dibuat dengan velboa kelabu neutral yang sangat lembut dan dilapisi dengan satin sutera, SootherBuddy ™ terbuka di bahagian depan untuk snuggling yang selamat dan selesa. Ianya bergaya, berfungsi dan sentiasa menggayakan bahagiannya. Ini akan menjadi teman terbaik bayi yang selalu ada di sisi mereka.


Pakaian Bayi /Apparel

1) Knotted gowns

haa.. yang ni TB suka sangat tengok.. Gaun Simpul Buluh Premium yang nampak mewah serta lembut atau nama comelnya Knotted gowns ni sangat selesa untuk bayi dan semestinya koleksi wajib dimiliki bayi yang baru lahir. Terdapat dalam pelbagai warna dalam ukuran 0-3 bulan. Ianya sangat premium, selesa dan berbutang untuk memudahkan dipakaikan kepada newborn baby. Bahagian bawahnya boleh diikat dan dibuka jika hendak memakaikan dan menukar diaper.




Kelebihan material Premium Bamboo dalam produk Raph & Remy ini ialah :
  • Mempunyai serat semula jadi
  • 3 kali lebih banyak penyerapan daripada material kapas
  • Keupayaan kelembapan semula jadi
  • Material yang mudah bernafas
  • Temperature regulating
  • Anti bakteria
  • Anti kulat
  • Hypoallergenic

2) Baby Onesies

Antara Item penting untuk setiap koleksi bayi baru lahir dan tersedia dalam pelbagai warna dalam saiz 0-3 bulan. Memberikan pengalaman yang menarik buat bayi baru lahir. Premium Bamboo Onesis Sangat lembut dan selesa. Terdapat 7 pilihan warna untuk dimiliki dan ditukar setiap hari.

Memberikan pengalaman yang menarik buat bayi baru lahir. Onesies Buluh Premium adalah bersifat lembut. Sangat bergaya ketika digayakan untuk apa-apa majlis dan sesuai juga untuk waktu tidur dan bermain. Kain yang strecthable direka untuk mengikuti setiap pergerakan bayi baru lahir. 




Gift Sets

1) Newborn Essentials Collection Baby Gift Sets

Comel kan? Korang pilih je set yang ingin dijadikan hadiah untuk si manja. Pilih ikut keseuaian warna yang sesuai dan custome made mengikut nama bayi. Syok nya boleh custome made macam ni.. ada sentimental value buat baby bila dah besar nanti kan.. 

Hadiah yang ingin kita beri, boleh dipilih sendiri dan dikumpul serta dimasukkan dalam kotak yang sangat cantik ini. hanya pilih sahaja mana-mana set hadiah menarik untuk bayi baru lahir di Raph & Remy ini untuk dijadikan hadiah buat rakan korang yang baru menerima cahayamata. Siap disertakan kad lagi tau..

2) Newborn Essential Collection

Merupakan set lengkap bagi kepeluan bayi baru lahir. Semua barang keperluan baru lahir dalam satu set hadiah premium tanpa jantina. Ia termasuk Beg Canvas Tote Premium, untuk menjadikan semua keperluan lawatan ke hospital sangat istimewa, mudah! Semua item diperakui OEKO-TEX®.

Menjimatkan 20% apabila kita membeli Koleksi Keperluan Baru Lahir ini sebagai satu set hadiah yang lengkap.
  • Onesies Buluh Premium - Set Duo (0-3m)
  • Gaun Rajutan Buluh Premium (0-3m)
  • Pembalut Buluh Premium
  • Sarung Buluh Premium - Set Duo (0-6m)
  • Beanie Slouch Reversible Bambu Premium (0-6m)
  • Booties Bayi Buluh Premium (0-6m)
  • Stoking Bayi Buluh Premium - Set Duo (0-3 + 3-6m)
  • Beg Tote Kanvas Premium
  • Kad Hadiah

Memang sesuai untuk dijadikan hadiah untuk mereka yang baru menyambut baby baru. Lengkap dengan baju, sarung kaki/ tangan dan kotaknya sangat eksklusif.



Jom dapatkan Personalised Baby Essentials di Raph & Remy untuk dijadikan hadiah istimewa bakal ibu mahupun untuk bayi korang sendiri.. di Raph & Remy terdapat semua barang keperluan baru lahir dalam satu set hadiah premium tanpa jantina, dengan pilihan untuk menyesuaikan warna dan bahkan memperibadikan dengan nama khas.

Malah merangkumi Beg Kanvas Tote Premium kami untuk menjadikan semua barang keperluan menjadi mudah!

Semua item diperakui OEKO-TEX® dan diperbuat daripada kain buluh yang indah, licin dan halus yang bernafas .

Jimat 20% apabila korang membeli Koleksi Keperluan Baru Lahir kami sebagai satu set hadiah yang lengkap.


Kalau tak tahu nak pilih apa untuk mereka, korang hadiahkan aje egift card ni. biar mereka saja yang shopping apa yang mereka mahu di Raph & Remy ni.. hehehe.. 

 Untuk maklumat lebih detail.. sila lawati linklink dibawah :


Raph & Remy: 


Website : 

Instagram : 

Facebook : 




Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers